You are on page 1of 6

MANUAL DOKUMENTASI SMK SULTAN BADLISHAH

DISEDIAKAN OLEH : UNIT DOKUMENTASI SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN SMK Sultan Badlishah sekali lagi berjaya melakar kecemerlangannya apabila telah dipilih sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011. Penganugerahan ini adalah hasil usaha keras warga SMKSB setelah berhempas pulas untuk mencapainya. Kejayaan yang dilakarkan tidak diharapkan terhenti begitu sahaja sebaliknya meneruskan kesinambungan budaya kecemerlangan SMKSB untuk merangkul anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menjadi ukuran tertinggi bagi pencapaian sekolah dalam sistem pendidikan Negara. Justeru itu, dalam usaha untuk mencapai SBT, pelbagai aktiviti dan program yang telah, sedang dan akan dirancang berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah, negeri , kebangsaan mahupun antarabangsa bagi manfaat muridmurid seterusnya penyediaan modal insan cemerlang yang mampu mengurus Malaysia dengan baik. Bagi memastikan program-program dan aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan secara lancar dan berkesan, suatu bentuk dokumentasi yang sistematik dan terperinci perlu dihasilkan. Pendokumentasian yang lengkap dan tepat bukan sahaja digunakan sebagai suatu bukti pencapaian program atau aktiviti yang telah dilaksanakan, malahan ianya juga dapat digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang di samping penambahbaikan secara konsisten dan berterusan dapat dilakukan. Lanjutan daripada itu, pihak sekolah telah menubuhkan Unit Dokumentasi SMKSB bagi memantau penyeragaman dan pengkompilasian dokumentasi secara sistematik dan menyeluruh. Perancangan dan pelaksanaan program-program dan aktiviti-aktiviti perlu didokumentasikan mengikut prosedur berpandukan kepada Manual Dokumentasi SMKSB yang dihasilkan oleh Unit Dokumentasi SMKSB

2.0 OBJEKTIF Tujuan Manual Dokumentasi SMKBS dihasilkan adalah bagi kegunaan warga sekolah SMKBS: 2.1 Sebagai panduan atau rujukan piawai penghasilan dokumentasi bagi sebarang program atau aktiviti yang telah dilaksanakan 2.2 Dokumentasi yang dihasilkan adalah berkualiti mengikut prosedur, urutan pengisian, dan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

2.3 Bahan dokumentasi yang dihasilkan lengkap

3.0 PENGISIAN DOKUMENTASI 3.1 Bahagian 1 - Peraturan & Prosedur Penghasilan Dokumentasi Program - Dokumentasi yang dihantar mestilah bertaip menggunakan komputer 3.1.1 Jenis huruf Arial , font 11 3.1.2 Jarak Baris 1.5 3.1.3 Saiz kertas A4 3.2 Bahagian 2 - Penyediaan bahan dokumentasi - Dokumentasi program mestilah di sediakan oleh ajk dokumentasi yang bertanggungjawab dalam sesuatu program / aktiviti yang dirancang. - Kandungan / pengisian bahan dokumentasi 3.2.1 Muka depan mestilah seragam dari segi design dan warna mengikut unit / bahagian masing-masing. (rujuk kepada En Idrus Bin Tajuddin )
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kurikulum Biru Kokurikulum Hijau HEM- Kuning Asrama Purple Kluster ( bhs melayu & badminton ) Pink Bestari Biru terang Pentadbiran - Oren

ISI KANDUNGAN KERTAS KERJA: 1.0 2.0 3.0 4.0 Rasional Pendahuluan / latar belakang Matlamat / objektif

3.2.2

Butiran program ( tarikh , hari ,kumpulan sasaran , bil peserta , tempat ) Kertas kerja 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 Makluman penceramah (sekiranya berkenaan) Tentatif program (sekiranya perlu) Jawatankuasa Bidang tugas AJK Peruntukan kewangan

ISI KANDUNGAN LAPORAN: 1.0 2.0 3.2.3 Tajuk / Nama program Tarikh perlaksanaan

3.0 Tempat {dalam bentuk esei/point kecuali bahagian post Laporan programperlaksanaan Kumpulan sasaran Perbelanjaan (jika ada) mukasurat) Aktiviti yang dilaksanakan Post mortem: (contoh daripada murid/guru/AJK) I. II. III. 8.0 Keberkesanan Cabaran / masalah Cadangan / penyelesaian

mortem} (1-24.0 5.0 6.0 7.0

Disediakan oleh

3.2.4

Lampiran - gambar bermaklumat (wajib) - surat panggilan (bagi aktiviti/program yang tidak mempunyai kertas kerja seperti pertandingan luar atau jemputan menghadiri program sama ada peringkat daerah / negeri / kebangsaan / antarabangsa) - bahan edaran / flyers / brochure - borang borang berkaitan - dan lain-lain mengikut kesesuaian program - contoh sijil /senarai kehadiran / salinan resit

PERHATIAN

! Bagi program atau aktiviti yang tidak mempunyai kertas

kerja seperti dipanggil untuk mewakili sebarang pertandingan atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak luar , bahan dokumentasi yang perlu dihantar adalah : LAPORAN PROGRAM dan BAHAN LAMPIRAN SAHAJA. 4.0 PENUTUP Usaha SMK Sultan Badlishah menubuhkan Unit Dokumentasi Sekolah adalah untuk merealisasikan pengurusan program perlu didokumentasikan, dikompilkan dan sekolah yang seragam, sistematik, disimpan sebagai suatu tanda berkualiti dan berkesan. Program dan aktiviti yang dijalankan di peringkat sekolah pencapaian, digunakan sebagai rujukan masa hadapan, dan mungkin boleh dilakukan cadangan penambahbaikan secara berterusan bagi program-progam yang bakal dijalankan kelak.

Penghasilan Manual Dokumentasi SMKSB oleh Unit Dokumentasi Sekolah pula difikirkan perlu agar dapat digunakan sebagai panduan kepada penyeragaman bahan dokumentasi termasuk kertas kerja program dan laporan program mengikut prosedur, urutan dan peraturan yang telah ditetapkan. Diharapkan penyelaras-penyelaras program yang akan melaksanakan

program atau aktiviti di peringkat sekolah/daerah/negeri/kebangsaan mahupun antarabangsa akan memberi kerjasama dengan mematuhi Manual Dokumentasi SMKSB, bagi memastikan penghasilan dokumentasi yang berkualiti dan mengikut piawai yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.