You are on page 1of 12

KESAN PEMAKAIAN ISRAILIYYAT DALAM CERAMAH-CERAMAH AGAMA

Oleh

:

Mohd. Syafiq Kamal Bin Mohd. Iswan (10BI02047) Pelajar Sarjana Muda (Pengajian Islam) Al-Quran dan As-Sunnah dengan Komunikasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

ABSTRAK Asas pembinaan dalam Islam dibahagikan kepada dua sumber iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kedua-dua sumber terpenting ini mesti diletakkan di kedudukan paling hadapan dan dijadikan sebagai bahan rujukan utama kerana al-Quran adalah dari Allah SWT, manakala as-Sunnah merupakan segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi S.A.W yang dibimbing oleh wahyu daripada Allah S.W.T. Kefahaman yang betul tentang al-Quran dapat diperolehi menerusi pembacaan kitab-kitab tafsir yang digariskan oleh para ulamak berdasarkan ciri-ciri dan syaratsyarat yang ditentukan. Israiliyyat adalah isu yang berkait rapat dengan Tafsir Bil Ma‟sur kerana ia berkembang melalui periwayatan. Kewujudannya di celah-celah tafsiran al-Quran boleh menimbulkan bahaya tanpa disedari khususnya Israiliyyat yang bersifat merosakkan aqidah seseorang. Dalam banyak hal ia boleh menghalang seseorang dari memahami dan menghayati alQuran. Ianya juga boleh menyebabkan salah faham masyarakat terhadap sesuatu yang diceritakan di dalam al-Quran. Isu Israiliyyat perlu ditangani menerusi pemahaman yang betul tentang zat Israiliyyat itu sendiri, pembahagiannya serta cara atau pun kaedah bagi mengenal pasti atau mengenal Israiliyyat. PENDAHULUAN Melihat sesetengah penceramah televisyen atau di luar televisyen berceramah agama dengan menyelitkan kisah nabi-nabi atau wali-wali yang entah dari mana dikutipnya amat merisaukan hati. Sebahagian kisah-kisah yang disebutkan itu tidak mempunyai sebarang sandaran agama yang diiktiraf dari segi disiplin periwayatan. Kebanyakannya adalah Israiliyyat. Lebih malang

Masyarakat masa kini akan bertanya adakah rasional seorang nabi yang dipikulkan tugas dakwah ke atasnya boleh berfungsi sebagai seorang yang ala-ala chef untuk memperkenalkan resipi bubur? ISRAILIYYAT PENGERTIAN ISRAILIYYAT Perkataan Israiliyyat adalah diambil daripada kata jamak.s atau Bani Israil sejak beberapa zaman yang lalu dikenali dengan panggilan Yahudi.W pula telah menjadi sebahagian daripada umat Islam dan dikenali dengan Muslim ahl al-Kitab1.lagi. Keturunan yang beriman kepada Nabi Isa a. Ianya berasal daripada perkataan Israiliyyah yang dinisbahkan kepada Bani Israil (keturunan Israil). Hari ini kisah-kisah itu mula dipertikaikan sumber dan ketulenannya. Apabila ianya dikaitkan dengan Islam. Bahkan sesetengah ulama tafsir dan hadith menganggap Israiliyyat adalah setiap 1 Abu Syaybah 1408:12 . Keturunan Nabi Yaakob a. Sehinggakan watak seorang nabi diperkatunkan sehingga hilang kehebatan perjuangannya. Sehingga timbul kisah Nabi Sulaiman dan Sang Kancil. Maka tidak hairan jika generasi moden mula mempersoalkan banyak perkara-perkara yang dianggap kurang logik dalam masyarakat sekalipun atas nama agama.s pula dikenali dengan nama Nasrani. iaitu setiap kisah termasuklah cerita lama yang diadakan mahupun yang baru yang dimasukkan ke dalam tafsir. Dahulunya seorang ustaz di masjid boleh menceritakan berbagai riwayat Israiliyyat yang karut dan dongeng dengan selesa.s yang berkembang hingga kepada Nabi Musa a.A. Israiliyyat menurut istilah ahli tafsir ialah kisah-kisah Yahudi yang menyerap masuk ke dalam masyarakat Islam melalui tafsir al-Quran yang banyak berlaku di zaman tabi‟in. maka hilanglah kehebatan dan kemuliaan agama wahyu yang agung dan berwibawa ini. Namun ulama tafsir dan hadith menggunakan istilah Israiliyyat terhadap perkara-perkara yang lebih luas. sebahagian kisah-kisah itu kelihatan seperti mitos atau karut semata-mata. Manakala yang beriman dengan Nabi Muhammad S. Bani Israil atau keturunan Israil ialah keturunan Nabi Yaakob a.s dan seterusnya nabi-nabi yang datang silih berganti. Zaman hari ini lebih moden berbanding dahulu. tetapi mereka tidak menerima watak lucu itu dikaitkan dengan seorang nabi yang mempunyai tugasan dakwah besar. sehinggalah keturunannya yang terakhir iaitu Nabi Isa a. Dahulunya seorang ustaz akan berkempen apabila tiba 10 Muharram atau „asyura boleh bercerita dengan bebas tentang bubur Nabi Nuh di atas kapal dengan orang ramai agar memasak bubur tersebut untuk dimakan.s yang membawa maksud Abdullah atau hamba Allah. Manakala Israil adalah nama asal bagi Nabi Allah Yaakob a. Mereka mungkin menaiki kereta „kancil‟.s. Generasi-generasi baru mendapat pendidikan yang dalam dunia yang tanpa sempadan. Pendidikan dan pengetahuan moden selalu menuntut setiap perkara dikemukakan berdasarkan fakta dan angka.

a ada bertanya kepada beberapa orang yang terdiri daripada ahli kitab Yahudi yang telah pun memeluk Islam tentang beberapa perincian berkenaan cerita-cerita terdahulu akan tetapi pertanyaan mereka adalah terhad kepada aspek-aspek tertentu. maka lafaz Israiliyyat lebih sesuai digunakan. al-Israiliyyaat dalam Tafsir dan Hadis. proses periwayatan Israiliyyat menjadi lebih aktif disebabkan kecenderungan masyarakat mendengar cerita-cerita yang agak luar biasa. PERKEMBANGAN RINGKAS ISRAILIYYAT Menurut sejarah. Doktor Muhammad Husin az-Zahabi rahimahullah menyatakan : “lafaz Israiliyyaat. Doktor Muhammad Husin. Mereka memiliki ilmu pengetahuan yang diambil dari ajaran Kitab Taurat dan buku-buku agama mereka yang lain. 4 Pada zaman tabi‟in.kisah yang dicipta dan disampai oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir yang ada dengan tujuan untuk merosakkan kesucian dan akidah umat Islam2.A. Pada peringkat awalnya. 4 Ibid. m/s 19. Orang-orang Arab sering kali bertanya orang-orang Yahudi tentang perkara-perkara yang berhubung sejarah lama berkenaan tokoh. Mereka melakukan demikian kerana mereka faham keharusan yang diberikan nabi SAW dalam meriwayatkan cerita Israiliyyat. orang-orang Yahudi telah pun menetap bersama bangsa Arab sejak zaman sebelum Islam lagi. Sebahagian sahabat nabi S. lalu dikatakan “ Bani Israil”3. Kepadanyalah dinisbahkan bangsa Yahudi. Era pembukuan karya-karya Islam kemudiannya menyaksikan bagaimana tafsir al-Quran termuat dicelah-celah tajuk kitab-kitab hadis sebelum ia terpisah dan dapat menentukan kedudukannya sendiri. lafaz mufradnya adalah Israiliyyat. Menurut Doktor Zahabi lagi.W seperti Abu Hurairah dan Abu „Abbas r. tidak termasuk persoalan akidah.pada zahir adalah lafaz yang jama‟. Ia merupakan kisah atau peristiwa yang dinukilkan dari sumber Israiliyyi dan dinisbahkan kepada Israiliyyat iaitu Nabi Ya‟qub bin Ishak bin Ibrahim. m/s 66. Oleh kerana kebanyakan cerita yang diterima bersumberkan sumber Yahudi. 3 . peristiwa dan cerita tertentu. Apabila datangnya tabi‟ tabi‟iin periwayatannya menjadi lebih serius dengan munculnya golongan “ ‫(”القصّ اص‬alQassas) iaitu penyampai cerita yang tidak bertanggungjawab. tafsir al-Quran dipersembahkan dengan lengkap bersanad kemudiannya sanad-sanad yang menghiasi matan-matan tersebut telah dibuang dengan tujuan 2 Al-Dhahabi 1990 : 13 Az-zahabi . para ulamak tafsir dan hadis telah memperluaskan lagi pengertian Israiliyyat daripada hanya berkisar tentang cerita yang bersumberkan Yahudi kepada apa jua yang dianggap tidak berasas samada ia berbentuk dongeng dahulu kala ( sebahagian ّ ulamak melabelkannya ‫ ) الدخيل‬yang boleh jadi asalnya adalah dari bersumberkan Yahudi atau Nasrani atau sumber-sumber lain.

W dan berkata: “Wahai Muhammad. al-Quran dan as-Sunnah. maka riwayat-riwayat tafsir mula menempuh keadaan yang amat sukar dan bermasalah di mana tidak dapat dipastikan lagi riwayat yang boleh diterima dan riwayat yang tidak boleh diterima. BAHAGIAN-BAHAGIAN ISRAILIYYAT Apabila dikatakan mengenai Israiliyyat.A. sesungguhnya kami dapati 5 Ibnu Taimiyyah. Muqaddimah fi Usul Tafsir. Justeru terbuangnya sanad. Contohnya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa daripada Ibnu Mas‟ud ‫عن ابن مسعود رضي اهلل عنو قال : جاء حرب من األحبار إىل رسول اهلل صلى اهلل عليو‬ ‫وسلم فقال : يا حممد ، إنا جند أن اهلل جيعل السماوات على إصبع ، وسائر اخلالئق‬ ‫على إصبع فيقول : أنا ادللك ، فضحك النيب صلى اهلل عليو وسلم حىت بدت نواجذه‬ ِ‫تصديقا لقول احلرب ، مث قرأ رسول اهلل صلى اهلل عليو وسلم : (وما قَدروا اللَّوَ حق قَدره‬ ِ ْ َّ َ َُ ََ َِ ‫واألَرض َجيعاً قَ ْبضتُوُ يَوم الْقيَامة والسماوات مطْويَّات بِيَمينِو سْبحانَوُ وتَعاىل عما‬ َّ َ َ َ َ َ ُ ِ ِ ٌ ِ َ ُ َ َ َّ َ ِ َ ِ َ ْ َ ُ ْ َْ ِ )‫يُشكون‬ َ ُ‫ْ ر‬ Maksudnya : “ Telah datang seorang pendita Yahudi kepada Rasulullah S. Terdapat juga Israiliyyat yang dibenarkan dalam Islam kerana ianya tidak bercanggah dengan apa yang ingin disampaikan oleh Islam dan tidak bercanggahan dengan sumber-sumber utama Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah. pandangan masyarakat kebiasaannya akan tertumpu kepada perkara-perkara negatif yang sering dikaitkan dengannya.untuk meringkaskan dan meringankan saiz kitab-kitab tafsir yang penuh sarat dengan muatan rangkaian perawi itu. Dari timbunan riwayat inilah terdapat Israiliyyaat yang akhirnya melengkapi sebahagian besar tafsiran ayat-ayat al-Quran. m/s 100 . Merujuk kepada pembahagian ulamak antaranya Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah5 Israiliyyat terbahagi kepada 3 bahagian : Pertama : Israiliyyat yang selari dengan apa yang ada di dalam sumber Islam.

tujuh petala bumi atas satu jari.” Mendengar itu. Kemudian Baginda membaca sepotong ayat al-Quran yang bermaksud : “Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kananNya. Lalu Rasulullah s. air dan tanah atas satu jari dan seluruh makhluk atas satu jari lalu berkata.a. “Akulah raja.” (Al-Zumar : 67) (H/R Bukhari) Kedua : Israiliyyat yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah Contohnya seperti kisah-kisah Harut dan Marut yang terlibat dengan dosa besar seperti minum arak. bersabda: “Jangan percaya Ahli Kitab dan jangan dustakan mereka. zina dan membunuh. segala pokok atas satu jari. Katakanlah “Kami telah beriman kepada kitab- .(dalam kitab kami) bahawa Allah meletakkan tujuh petala langit atas satu jari. Ketiga Contohnya : : Israiliyyat yang tidak dapat dipastikan statusnya Dari Abu hurairah ‫عن أيب ىريرة رضي اهلل عنو قال : كان أىل الكتاب يقرؤون التوراة بالعربانية ، ويفسروهنا‬ ‫بالعربية ألىل اإلسالم ، فقال رسول اهلل صلى اهلل عليو وسلم : ال تصدقوا أىل الكتاب‬ )64 ‫وال تكذبوىم ، وقولوا: ( آمنَّا بِالَّذي أُنْزل إِلَْي نَا وأُنْزل إِلَْيكم) (العنكبوت: من اآلية‬ َِ ِ َ ْ ُ َِ َ Maksudnya : “Dahulu Ahli Kitab membaca al-Taurat dalam bahasa Ibraniyah dan mentafsirkannya dalam bahasa Arab untuk orang Islam. Maha suci Tuhan dan maha tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.w. Nabi tergelak sehingga ternampak gusinya. membenarkan kata-kata pendita itu.

Malangnya ada di kalangan umat.T : (Surah Luqman: 12) Bermaksud : “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman. bilangan mereka. Bahkan sebahagian besarnya adalah karut marut dan bohong. Apatah lagi yang tidak dapat dikenalpasti pula sejauh kebenarannya. al-Quran hanya menyebut sesuatu yang bermanfaat dan dapat dicontohi. Fokus kisah-kisah dalam al-Quran adalah untuk pengajaran. Israiliyyat telah memalingkan manusia dari memberikan tumpuan kepada intipati kandungan pengajaran kepada unsur-unsur yang tidak bermanfaat. agama yang menolak khurafat. dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah . Hanyalah Islam.W. (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada ALLAH (akan segala nikmatNya kepadamu)". jenis pohon yang digunakan oleh Allah untuk berkata dengan Nabi Musa dan banyak lagi masalah-masalah lain yang tidak disebutkan secara jelas dalam al-Quran kerana tidak ada faedahnya dalam urusan agama dan duniawiyah seorang mukallaf. Inilah mesej al-Quran dan Sunnah yang sahih.” (al-Ankabut 29:46). bukan untuk melalut dan meracau dalam perkara-perkara yang tiada kaitan dengan pengajaran. nama burung yang dihidupkan Allah untuk Nabi Ibrahim. tongkat nabi musa diperbuat daripada kayu apa ?. terutama para pendakwah dan penceramah yang kurang berhati-hati mencemarkan al-Quran dengan kisah-kisah Israiliyyat dan rekaan yang merosakkan agama. PEMAKAIAN ISRAILIYYAT DALAM CERAMAH AGAMA Di saat dunia semakin canggih dan moden. Kisah Luqman umpamanya. Firman Allah S.kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada kamu. Kepercayaan sebahagian manusia terhadap kebanyakan agama semakin tercemar disebabkan dengan kehadiran kisah-kisah karut-marut yang telah membaluti kebanyakan kepercayaan. tahyul dan karut-marut yang tiada asasnya dalam agama. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri. hikmat kebijaksanaan. (H/R Bukhari) Kebanyakan kisah Israiliyat tidak mempunyai manfaat kepada agama dan contoh kisahkisah tersebut ialah warna anjing ashabul kahfi.

Al-Quran tidak memperincikan tentang masa. Batu tersebut berada di atas tanduk seekor lembu jantan. Ini semua terlaksana dengan kadar dan cara yang telah dibentangkan oleh al-Quran. Para pembaca dan pengkaji al-Quran yang mengambil riwayat Israiliyyat dan cerita-cerita dongeng sepatutnya berpegang dengan tujuan al-Quran bagi kisah-kisah umat yang lalu. Lalu mereka mencari perincian apa yang diterangkan al-Quran secara umum. Abu Syahbah pula berkata bahawa : “Ini adalah rekaan ahli kitab bertujuan menghina para rasul” 7. Al-Quran tidak melakukan ini semua. Kata Salah al-Khalidi dalam karangannya yang lain: “Cerita dan sebutan al-Quran mengenai umat terdahulu. Tidak diceritakan setiap kejadian. Ia tidak pula melengkapkan (setiap episod). menghuraikan dengan panjang lebar peristiwa-peristiwa yang berlaku. atau memperincikan cerita. Juga mengambil manfaat dari panduan-panduan yang terdapat dalam kisah-kisah tersebut. Ini kerana bukan tujuan al-Quran untuk memperincikan kisah-kisah tersebut. Ini adalah karut. kisah-kisah dan berita mengenai mereka bukan dengan cara pendetilan huraian.s. maka batu tersebut pun bergerak dan bergeraklah bumi. Apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya. Al-Manar al-Munif. atau tempat.Tafasir. atau bahagianbahagiannya. setiap pergerakan watak-wataknya dan latarbelakang peristiwa. Mereka menyangka bahawa dunia berada di atas tanduk lembu dan lembu itu berada atas ikan nun seperti yang ditambah dalam riwayat palsu yang lain. lagi Maha Terpuji. mengambil iktibar. Mereka sepatutnya menumpukan kepada inti panduan dan pengajaran. Alangkah baiknya jika 6 7 Ibn Qayyim al-Jauziyyah. atau episodnya. pengajaran dan panduan.78 Abu Syahbah. Kita menganggap ini adalah riwayat palsu. menyalahi hakikat yang diterima secara yakin bahawa bumi ini terapung-apung di angkasa. cuba menjelaskan apa yang al-Quran samarkan dan menceritakan apa yang al-Quran diamkan.” Luqman : 12 Suatu ketika dahulu pernah popular sebuah cerita yang disampaikan oleh sesetengah ustaz atau lebai. memperincikan. Itulah gempa bumi. Sebaliknya tujuan al-Quran untuk membentangkan kebenaran dan menentukan nilaian dan pemikiran. m. Malangnya. Al-Israiliyyat wa al-Maudu`at fi Kutub al. Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) ketika mengulas riwayat ini: “Yang peliknya ada orang yang sanggup menghitamkan buku-bukunya dengan perkara-perkara merepek ini”6. kerana sesungguhnya ALLAH Maha Kaya. Mereka tidak sepatutnya mengambil sumber-sumber yang berasal dari manusia yang bersifat lemah dan jahil. atau watak.” Pengetahuan moden sama sekali menolak kepercayaan ini.menjadi hal kepada ALLAH). ada yang ikut mempercayai “Sesungguhnya bumi berada di atas sebiji batu. ada golongan agama dahulunya mempercayai perkara ini. Mereka sepatutnya mengambil faedah dari method al-Quran dalam melihat dan menghuraikan kisah-kisah tersebut. m/s 305 .

Apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya. Salah „Abd al-Fattah. Jordan: Maktabah al-Manar . langkah yang terbaik dalam menangani masalah ini ialah mendiamkan diri kita terhadap cerita-cerita Israiliyyat yang kita tidak pasti tahap kesahihannya dan asal-usul cerita tersebut yang mana ianya kebanyakan menceritakan perincian penciptaan alam. 85. Batu tersebut berada di atas tanduk seekor lembu jantan.mereka (ustaz@lebai) ini dapat mencari dari sumber yang dipercayai.” (Disahkan palsu oleh Ibnul Qayyim dalam al-Manar al-Munif) 8 Al-Khalidi. paras rupa nabi dan orang-orang soleh. Memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama yang penuh dengan khurafat dan pembohongan. kisah Nabi yusuf dan Zulaika. m/s.. Pada pandangan saya. Walaupun kisah-kisah tersebut ada yang bersifat “harus” untuk diceritakan. Ia boleh memberikan mereka ilmu yang bersumberkan sahih dalam hal ini. Itulah gempa bumi. dusta (Israiliyyat) dan mengambil dari manusia kafir lagi zalim yang menyelewengkan agama mereka (Yahudi).”8. Setiap kita tidak boleh memandang ringan terhadap hal ini kerana peremehan hal ini dapat membawa kepada impak yang negatif terhadap diri kita dan masyarakat. namun langkah berhati-hati perlu diterapkan dalam usaha menjernihkan kembali ajaran agama kita yang bercampur baur dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. cerita awal penciptaan Adam. KESAN-KESAN AGAMA PEMAKAIAN ISRAILIYYAT DALAM CERAMAH-CERAMAH Periwayatan Israiliyyat dalam ceramah-ceramah agama mempunyai dan akan memberikan banyak kesan negatif terhadap masyarakat tempatan khususnya umat Islam itu sendiri. perincian-perincian kisah al-Quran seperti cerita harut dan marut. Malangnya mereka mencari dari sumber yang yang diselewengkan. Antara kesan-kesan negatif periwayatan Israiliyyat terhadap masyarakat Islam adalah : 1. Ini kerana kisah-kisah yang disampaikan oleh Israiliyyat bukanlah suatu kisah-kisah yang sahih dan benar. Mafatih li Taa‟mul ma‟ al-Quran. kisah-kisah Nabi musa dan nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad. Contohnya seperti “Sesungguhnya bumi berada di atas sebiji batu. maka batu tersebut pun bergerak dan bergeraklah bumi.

Adapun kisah-kisah secara terperinci yang tidak ada kaitan dengan pengajaran maka ianya tidak ada motif lain melainkan untuk memalingkan kita daripada tujuan asal al-Quran diturunkan.Riwayat ini agak bertentangan dengan hakikat sebenar bumi yang terapung diangkasa dan gempa bumi adalah disebabkan pergerakan kerak bumi. 3. Akan tetapi terdapat sesetengah buku “murahan” yang terdapat dipasaran yang memperincikan lagi bahawa Nabi ayub ditimpa sakit sehingga badan beliau berulat. ada juga kita yang masih hannyut dalam membongkar “misteri-misteri” tersebut. Merendahkan martabat para nabi yang telah diutuskan. Namun yang demikian. cerita nabi Sulaiman membina istana kaca untuk melihat betis balqis dan banyak lagi cerita yang berbentuk perincian apa yang umum di dalam al-Quran. Selain itu ada juga yang sibuk dengan memikirkan di mana lokasi sebenar bahtera nabi Nuh terdampar. bibir lebar. walaupun kisah-kisah ini tidak memberi manfaat dan berlawanan dengan fakta al-Quran dan as-Sunnah yang sahih serta logik akal. Memang Nabi ayub telah diceritakan dalam al-Quran bahawa dia diuji oleh Allah dengan penyakit tetapi perincian Baginda a. Hasilnya keindahan agama ini semakin lama semakin terlindung dek kisah-kisah yang tidak masuk akal dan orang bukan Islam akan mempunyai tanggapan yang buruk terhadap Islam. Al-Quran diturunkan sebagai panduan dan untuk memberikan pengajaran. Riwayat-riwayat seperti ini hanya membuat Islam itu rendah martabatnya disisi orang yang bukan Islam. Konon-kononnya dia ini seorang hamba habsyi. 2. Antara kisah yang lain ialah kisah Nabi Sulaiman yang tertinggal solat asar kerana mengira kuda untuk berjihad. kayu yang dijadikan tongkat nabi Musa dan banyak lagi. kulit hitam. hidung pendek dan macam-macam lagi.s sakit apa tidak pula diceritakan dengan terperinci. Tafsiran yang melampau-lampau pula mengatakan bahawa daging beliau berguguran sehingga tingal tulang sahaja. Menurut para ulama kisah ini adalah kisah Israiliyyat yang cuba merendah-rendahkan martabat para Nabi yang diutus oleh Allah. Memalingkan umat Islam terhadap tujuan asal penurunan al-Quran dan melalaikan mereka daripada meneliti maksud sebenar ayat al-Quran Sebagai contohnya masyarakat kita hari ini sibuk memikirkan rupa bentuk Luqman yang diceritakan dalam al-Quran sebagai orang yang mempunyai hikmah. Contohnya kisah Nabi Ayub yang ditimpa sakit. Andai diperhatikan terdapat banyak kisah di dalam al-Quran yang menceritakan tentang para nabi secara umum sahaja. .

Selain daripada it. Menurut Dr Muhammad bin Abu syahbah ‫أن من اعتقد يف ىاروت وماروت أهنما ملكان يعذبان على خطيئتهما : فهو‬ ‫كافر باهلل‬ Maksudnya : "Sesiapa yang beri'tiqad dalam kisah Harut dan Marut bahawasanya mereka berdua adalah malaikat yang diazab atas kesalahan mereka. . Kisah-kisah israiliyat juga dapat merosakkan akidah umat ini dengan mengikis ketulenan agama Islam yang sebenar sehingga membuat seseorang itu ragu terhadap Islam.". Muhammad Abu Syahbah) Dan ini juga adalah pendapat ulama seperti Ibnu Katsir. pencemaran kisah-kisah al-Quran juga dapat membuat seseorang itu mempunyai iqtiqad yang berlawan dengan al-Quran dan as-sunnah yang sahih. Contohnya seperti kepercayaan harut dan marut adalah malaikat yang diazab Allah. Untuk melihat kisah sebenar ayat 102 surah al-baqarah ini perlu bagi kita merujuk sumber yang asal supaya kita tidak tersilap faham dan merujuk ulama-ulama tafsir untuk memastikan kesahihan suatu kisah yang disandarkan dengan kisah-kisah al-Quran. Merosakkan akidah umat Islam.4. (al-Israiliyyat al-Maudhuat fi Kutub al-Tafsir. maka orang itu kafir terhadap ALLAH yang maha agung.

Lalu mereka memasukkan riwayat Israiliyyat yang pelik-pelik.KESIMPULAN Al-Quran adalah kitab yang Allah turunkan kepada kita untuk dijadikan panduan dan pengajaran. Penambahan-penambahan seperti ini hanya akan menghilangkan maksud sebenar al-Quran sebagai sebuah panduan dan watak-watak agung yang sepatutnya menjadi teladan bertukar menjadi sebuah cerita yang karut marut dan seolah-olah direka. Amat menyedihkan apabila terdapat sesetengah pihak (mungkin penulis atau penceramah) mencemarkannya dengan nilai-nilai buruk. Dr Yusuf al-Qardhawi pernah berkata : “Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita. majalah lucu dan watak-watak yang dongeng sematamata. terutamanya di medan tafsir ialah meresapnya unsur-unsur Israiliyyat kepadanya dan sukar pula untuk dibersihkan”.com. maka tidak sampai sekejap. “Seakan-akan Yahudi ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah Islam di Madinah. katanya juga.google. 9 http://books. berhati-hatilah ketika ingin meriwayatkan sesuatu kisah yang tidak diketahui asal-usulnya kerana ianya mungkin akan membawa kepada Israiliyat yang tidak disedari akan memesongkan akidah umat Islam seterusnya merosakkan dan merendahkan martabat kalam suci al-Quran dan as-Sunnah. maka mereka ingin menghadapi Islam dengan senjata lain sebagai ganti kepada kekalahan mereka – iaitu senjata peperangan pemikiran (al-ghazwuul fikr –penjajahan pemikiran). Dalam kecuaian.my/books?hl=en&lr&id=GFpncKwNorMC&oi=fnd&pg=PR3&dq=kesan+BURUK+Israili yyat&ots=uUVvzxoceB&sig=IGBwxNrSfoSX4-9x0ZLrH7Cm4p8#v=onepage&q&f=false . lalu Israiliyyat telah mencekik kitab-kitab kaum muslimin”9. Oleh itu. Khaibar dan selainnya.

Muqaddimah Tafsir Quranil azim. 6. 10. 5. 12. Sahih Muslim. Al-Israiliyyat wa al-Maudu`at fi Kutub al.html 3.s. m/s.RUJUKAN 1. Imam Ibnu Katsir Al-Khalidi. Al-Israiliyyat Wal Maudhu‟at Wa Bida‟ At-Tafasir Qadiman Wa Hadithan. 9. Muhammad bin Abu Syahbah. Al-Quran Al-Karim. Doktor Muhammad Husin. 11. Muqaddimah fi Usul Tafsir. Al-Manar al-Munif.google. 2.blogspot. Al-Israiliyyat Wal Maudhu‟at Fi Kutub At-Tafsir. http://books.Tafasir. 13. karangan Abul Husayn Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi. 8.com/2010/12/riwayat-israiliyyat-menurut-perspektif. Jordan: Maktabah al-Manar Ibn Qayyim al-Jauziyyah. 7.78 Abu Syahbah. 4. Mafatih li Taa‟mul ma‟ al-Quran. al-Israiliyyaat dalam Tafsir dan Hadis. karangan Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari. m. m/s 100 Az-zahabi . Sahih Al-Bukhari. m/s 19. Salah „Abd al-Fattah. 85. karangan Hamid Ahmad At-Tahir Al-Basyuni.my/books?hl=en&lr&id=GFpncKwNorMC&oi=fnd&pg=PR3&dq=kesa n+BURUK+Israiliyyat&ots=uUVvzxoceB&sig=IGBwxNrSfoSX49x0ZLrH7Cm4p8#v=onepage&q&f=false . karangan Dr. http://pmram-manhal. m/s 305 Ibnu Taimiyyah.com.