You are on page 1of 19

PUSAT PENGAJIAN

PENDIDIKAN JARAK JAUH


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PULAU PINANG

TAJUK:
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MANIPULATIF
SAINS
MURID TAHUN 5 SEMASA MENJALANKAN
EKSPERIMEN

DIKEMUKAKAN OLEH :

NAMA : MOHD ANUAR B. IBRAHIM


NO.MATRIK : JD/1212/98
NO.I/C : 690303-01-5439
PUSAT WILAYAH : KUANTAN
ALAMAT : NO.11065 TAMAN SRI JAYA,
FASA III, GONG PAUH, 24000
CHUKAI, KEMAMAN.
NO.TEL : 09-8582620

1
Tajuk Kajian : Meningkatkan Kemahiran Manipulatif
Sains Murid Tahun 5 Semasa
menjalankan eksperimen

1.0 Menyebabkan mereka sukar membuat laporan berkaitan


dengan eksperimen yang dibuat.
2.0 Tidak dapat menepati masa yang diperuntukan.

3. BERTINDAK :

Dalam pelaksanaan tindakan :-

i. Masa diperlukan selama 3 minggu


ii. Melibatkan 4 kerja amali.
iii. Pemerhatian semasa eksperimen yang dijalankan dianggap
sebagai data awal untuk melakukan tindakan
iv. Laporan eksperimen / ujian Pengesanan dan ujian lisan akan
digunakan sebagai alat untuk penilaian.

3.0 PENILAIAN :

i. Proses penilaian akan dibuat setelah murid berjaya menjawab


beberapa soalan ujian / laporan eksperimen dan keputusan
daripada ujian pengesanan.

ii. Saya akan terus membuat pemerhatian ke atas setiap murid


Tahun 5 yang berkaitan dengan penggunaan alatan sains
semasa menjalankan eksperimen.

4.0 REFLEKSI :

Setelah proses penilaian selesai dibuat, saya akan dapat


menentukan samada tindakan yang saya lakukan berkesan,
sesuai dan boleh diteruskan. Sekiranya perlu dilakukan
pengubahsuaian. Tajuk ini akan menjadi fokus dalam gelungan
yang ke – 2.

2
5.0 SUBJEK :

Kumpulan murid yang menjadi sasaran ialah murid-murid


Tahun 5 Al-Hilmi dan murid Tahun 5 Al-Fathonah . Ini adalah
kerana ramai dikalangan mereka masih belum dapat menguasai
Kemahiran Manipulatif Sains dalam menggunakan alatan sains
dengan betul semasa menjalankan eksperimen. Mereka akan
dijadikan model kepada saya dalam melaksanakan Kemahiran
Manipulatif Sains di sekolah ini.

6.0 INSTRUMENT KAJIAN :

i. Instrument : Data pemerhatian, Data Ujian Pengesanan


dan Ujian Lisan.
ii. Alatan dan Bahan: Alat dan radas sains, Bilik Sains dan
bahan-bahan eksperimen yang digunakan.

7.0 OBJEKTIF KAJIAN :

i. Meningkatkan Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran


Manipulatif.
ii. Memupukkan keyakinan diri murid dalam pengendalian
alatan sains yang diberikan
iii. Melahirkan kepuasan dan keseronokan semasa mendapat
hasil eksperimen yang tepat.
iv. Murid dapat menepati masa yang ditetapkan dalam
sesuatu eksperimen yang diberikan.

8.0 REKA BENTUK KAJIAN :

10.1- Mengenalpasti masalah:

3
Fokus kajian, saya dapat kenalpasti melalui pemerhatian yang
dibuat ketika murid menjalani eksperimen. Kami dapati ramai
murid Tahun 5 masih belum mahir menggunakan beberapa
jenis alatan sains.

.1 –Taksiran Keperluan :

Adalah diharapkan apabila kajian ini dijalankan, murid-murid


akan dapat memperolehi kemahiran penggunaan alatan sains
dengan betul dan berkesan. Di akhir setiap eksperimen yang
dibuat, murid dapat membuat laporan yang tepat berdasarkan
keputusan eksperimen yang dibuat.

.2 – Merancang :

Dalam perancangan yang akan dilakukan ini. Saya akan


menggunakan masa sains sebenar yang disediakan dalam
jadual waktu kelas Tahun 5. Saya akan menggunakan alatan
yang sedia ada ataupun meminjam daripada Pusat Kegiatan
Guru yang berdekatan. Bagi kajian ini saya akan membuat
beberapa pendekatan iaitu :-

.2.1 – Mengadakan tunjuk cara penggunaan alatan


dengan betul
.2.2 Menulis langkah-langkah penggunaan alatan
secara sistematik.
.2.3 Melebelkan nama alatan sains yang terdapat di
dalam Bilik Sains.
.2.4 Menemubual murid Tahun 5
.2.5 Menjalankan 5 siri eksperimen menggunakan
alatan sains yang telah dikenalpasti mempunyai
masalah kepada murid.

Setelah semua langkah dilaksanakan satu ujian pengesanan dan ujian


lisan akan diadakan.

4
9.0 ANGGARAN PERUNTUKAN KEWANGAN MENGIKUT
KEPALA :

Pecahan Kepala :

24000 Sewa dan Upah:

1. Upah menaip 45 x RM 1.00 RM 45.00


2. Photostat 120 x RM 0.10 RM 12.00
3. Sewa Alatan Komputer RM 60.00

27000 Bahan-bahan :

1. 1 Kotak Riben Komputer RM 80.00


2. 1 Kotak Disket komputer HD 1.22 RM 20.00
3. 2 Rim Kertas A4 x RM 8.00 RM 16.00
4. 1 Roll Master Reso x RM 150 RM 150.00
5. Bahan-bahan untuk eksperimen RM 30.00

JUMLAH RM 413.00

5
SKEDUL KERJA

BIL TINDAKAN MINGGU MINGGU MINGGU MINGGU


1 2 3 4
1 Membuat
Pemerhatian
X
2 Menulis
Kertas
Cadangan X
3 Membina
Item Amali /
Soalan Lisan X

4 Melaksanakan
Amali sains
X
5 Melaksanakan
Ujian
Pengesanan X
6 Menjalankan
Ujian Lisan
X
7 Memproses
Data Ujian
Pengesanan X
8 Menyemak
laporan amali
X
9 Refleksi /
Renungan
X
10 Penulisan
Pelaporan
Kajian X
11 Menghantar
Laporan
Kajian X
Tindakan

6
PUSAT PENGAJIAN
PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PULAU PINANG

LAPORAN KAJIAN
TAJUK:
MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MANIPULATIF SAINS
MURID TAHUN 5 SEMASA MENJALANKAN
EKSPERIMEN

DIKEMUKAKAN OLEH :

NAMA : MOHD ANUAR B. IBRAHIM


NO.MATRIK : JD/1212/98
NO.I/C : 690303-01-5439
PUSAT WILAYAH : KUANTAN
ALAMAT : NO.11065 TAMAN SRI JAYA,
FASA III, GONG PAUH, 24000
CHUKAI, KEMAMAN.
NO.TEL : 09-8582620

UNTUK PERHATIAN PENSYARAH :

7
ABSTRAK

Daripada soal selidik dan perhatian , didapati salah satu masalah


yang terus menerus menyukarkan murid dalam pembelajaran Sains
ialah ketidak upayaan mereka menjalankan eksperimen. Daripada
temubual dan analisis yang dibuat didapati bahawa ramai dikalangan
murid Tahun 5 kurang mahir dalam mengendalikan alatan sains
semasa menjalankan eksperimen.

Perancangan Kajian Tindakan ini adalah bertujuan untuk


meningkatkan kemahiran murid dalam menggunakan alatan sains
semasa mereka menjalankan eksperimen. Empat sesi amali sains
telah dijalankan dalam tempoh 4 minggu, di mana dalam setiap sesi
amali peralatan sains yang dikenalpasti menimbulkan masalah telah
digunakan , bermula dari pengenalan alatan tersebut sehinggalah
kepada kaedah penggunaan alatan secara sistematik diajarkan
kepada setiap murid.

Pemerhatian yang dilakukan semasa murid menjalankan eksperimen


telah memberikan satu maklum balas yang positif. Ramai di kalangan
murid telah mula mahir serta seronok menggunakan alatan sains
semasa mereka menjalani eksperimen.

Hasil-hasil eksperimen yang dibuat oleh murid amat membanggakan


dan ianya dengan sendiri menjadi bukti kejayaan Projek Kajian
Tindakan ini. Soalan analisa pengetahuan murid mengenai
penggunaan alatan sains sebelum dan selepas kajian dapat dijadikan
satu pengukuran kemajuan yang telah diperolehi dalam kajian ini.
Kajian ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid dapat menerima
segala tunjuk ajar yang diberikan secara sistematik semasa mereka
menjalankan eksperimen daripada dengan memberikan penjelasan
penggunaan alatan hanya daripada gambar yang ditunjukan sahaja.

8
1.0 PENGENALAN :

Tumpuan kajian adalah kepada penggunaan alatan sains semasa


murid menjalankan eksperimen, ia mencakupi pengenalan kepada
alatan , cara mengendalikan alatan, kegunaan alatan sains tersebut
dalam sesuatu eksperimen untuk mendapatkan satu keputusan yang
tepat dan cepat.

Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah murid Tahun 5 Al-
Hilmi dan murid Al-Fathonah yang terdiri daripada 72 orang murid
kesemuanya. Sungguhpun kelas ini merupakan kelas Kedua dan
ketiga terbaik tetapi masalah penggunaan alatan sains dikalangan
mereka begitu ketara sekali.

2.0 TUJUAN KAJIAN :

i. Meningkatkan Kemahiran Manipulatif Sains dikalangan murid 5


Al-Hilmi dan murid 5 Al-Fathonah.
ii. Memupuk keyakinan diri murid dalam pengendalian alatan sains
yang diberikan.
iii. Melahirkan kepuasan dan keseronokan semasa mendapat hasil
eksperimen yang tepat.
iv. Murid dapat menepati masa yang ditetapkan dalam sesuatu
eksperimen yang diberikan.

9
3.0 PELAKSANAAN KAJIAN :

Kajian ini menggunakan pendekatan Gelungan Skema Kajian


Tindakan Generatif mengikut kitaran berikut :

MENGENALPASTI
MASALAH

TAKSIRAN
MELAKUKAN REFLEKSI
KEPERLUAN
DAN
MEMBUAT PENILAIAN

MERANCANG
BERTINDAK TINDAKAN

Gambarajah 1:

Gelungan Skema Kajian Tindakan Generatif Meningkatkan Kemahiran


Manipulatif Sains Murid Tahun 5

4.0 KENALPASTI MASALAH:

Untuk menentukan fokus kajian ini, kaedah pemerhatian , soalselidik,


Temu bual murid dan analisa dapatan digunakan. Bermula dengan
pemerhatian yang dibuat semasa murid menjalankan eksperimen
dalam Bilik Sains diikuti dengan temu bual yang dijalankan secara
tidak formal terhadap 35 orang murid, data-data dikumpul dan satu
soal selidik diedarkan kepada semua murid Tahun 5 Al-Hilmi dan 5

10
Al-Fathonah untuk dijawab oleh mereka. Dapatan daripada soal
selidik ini didapati bahawa beberapa alatan sains seperti di bawah
telah menimbulkan masalah kepada mereka semasa menjalankan
eksperimen.

Alatan tersebut adalah seperti betrikut :

i. Mikroskop
ii. Termometer Didih
iii. Penunu Bunsen
iv. Bikar-bikar-bikar dan selinder penyukat
v. Alatan Elektrik

.1 SOAL SELIDIK :

Dalam melaksanakan soal selidik ini, seramai 36 responden telah


dikehendaki menjawab 10 soalan yang dikemukakan seperti di
lampiran A. 10 soalan itu dibina berdasarkan temu bual dan
pemerhatian yang dibuat ketika murid menjalanan eksperimen.

Berdasarkan keputusan dapatan soal selidik pada lampiran B,


didapati bahawa bagi soalan no 1, seramai 58 % murid gagal menjawab
hanya 42 % yang berjaya menjawab. Bagi soalan no 2 pula 69 % murid
gagal menjawab dan hanya 31 % sahaja yang berjaya menjawab. Soalan
no 3 menunjukkan seramai 75 % murid gagal menjawab berbanding
25 % yang boleh menjawab . Bagi soalan 4 pula peratus yang boleh
menjawab adalah seramai 56 % berbanding 44 % yang gagal menjawab.
Soalan no 5 yang tertumpu kepada penggunaan penunu bunsen
menunjukkan seramai 66 % yang tidak dapat menjawab berbanding 34 %
yang boleh menjawab. Soalan no 6 tertumpu kepada kegunaan Tungku
Kaki Tiga pula menunjukkan seramai 75 % pelajar tahu menggunakan
alatan tersebut berbanding 25 % yang masih kurang mahir menggunakan
alatan ini. Soalan 7 dan 8 yang menerangkan tentang fungsi Tabung didih
dan Tabung Uji telah menunjukkan satu kekeliruan berlaku dimana murid
yang tidak dapat menjawab 2 soalan ini adalah seramai 75 % dan 91 %
berbanding yang dapat menjawab kedua-dua soalan ini iaitu 25 % dan 9
% sahaja. Soalan no 9 menyentuh tentang penggunaan alatan Mikroskop.
Kesemua pelajar gagal dengan tepat cara menggunakan alat ini. Keadaan

11
ini amat membimbangkan . Bagi soalan yang terakhir pula yang
menyentuh kepada satu Litar Elektrik Lengkap hanya 24 % sahaja yang
boleh menjawab dengan tepat berbanding 86 % yang gagal menjawab.
Melalui analisa ini saya telah merancang empat amali sains yang
akan membantu murid dalam meningkatkan lagi Kemahiran
Manipulatif murid untuk mengendalikan alatan sains semasa
eksperimen.

5.0 MERANCANG TINDAKAN

Dapatan yang diperolehi telah dianalisis bagi menyediakan empat


amali sains yang berkaitan dengan penggunaan alatan yang
menimbulkan masalah kepada murid semasa menjalankan amali
sains. Empat amali sains yang dirancangkan itu adalah seperti yang
dikepilkan pada lampiran C1, lampiran C2, lampiran C3 dan Lampiran
C4. Setiap amali sains yang dirancang itu lebih memfokuskan kepada
kemahiran Manipulatif Sains terutamanya dalam pengendalian alatan
sains semasa membuat eksperimen. Antara tajuk atau objektif
khusus yang dipilih adalah seperti berikut ;

Amali Satu :

Tajuk : Menyatakan Bahawa Bahan Makanan Boleh Menjadi Rosak


Disebabkan Oleh Bakteria dan Kulat.

Amali Dua :

Tajuk : Menyukat Takad Didih Air dan Takad Lebur Ais

Amali Tiga :

Tajuk : Memperihalkan Satu Litar Elektrik Yang Lengkap

Amali Empat :

12
Tajuk : Menyiasat Sifat Keasidan Bahan

Dalam pada itu , saya juga akan melaksanakan beberapa lagi


langkah susulan antaranya adalah seperti berikut ;

.1 Mengadakan Tunjukcara Penggunaan Alatan Dengan


Betul.

Langkah ini dijalankan semasa aktiviti amali berlaku, di mana


tunjukcara akan dilakukan ke atas alatan yang hendak digunakan.
Tunjukcara ini dilakukan secara sistematik dan ianya mengambil
masa lebih kurang 10 minit sebelum amali bermula.

.2 Menulis Langkah-langkah Penggunaan Alatan Secara


Sistematik

Langkah ini dibuat sebaik sahaja guru selesai melakukan tunjuk cara.
Setiap murid dikehendaki menulis semula langkah-langkah
penggunaan alatan yang telah diterangkan oleh guru dalam buku
nota mereka. Langkah ini dibuat bertujuan agar murid dapat
membuat rujukan semula jika mereka terlupa cara menggunakan
sesuatu alatan sains.

.3 Melebelkan Nama Alatan Sains Yang Terdapat Di dalam


Bilik Sains

Langkah ini dilakukan oleh beberapa orang guru sains, ia bertujuan


memudahkan murid mencari dan mengenali alatan sains yang
terdapat di dalam Bilik Sains.

6.0 MELAKSANAKAN TINDAKAN

Keempat-empat sesi amali sains telah dilakukan oleh saya sendiri


( Mohd Anuar b. Ibrahim ) dan dibantu oleh 2 orang guru sains yang
lain.

6.1 Amali Sains Satu:

13
Dalam Perancangan Tindakan ini, amali sains satu telah menekankan
kepada Kemahiran Manipulatif Sains berkaitan penggunaan alatan
sains seperti Mikroskop, Sirip Kaca dan Piring Petri. Objektif utama
saya dalam amali sains satu ini ialah supaya murid tahu
mengendalikan alatan Mikroskop dengan cekap.

Amali sains ini bermula dengan penerangan daripada saya mengenai


cara menggunakan alatan Mikroskop secara Sistematik satu demi
satu dan kemudiannya meminta murid agar dapat mencatatkan
langkah-langkah penggunaan yang telah saya terangkan.
Langkah seterusnya ialah meminta semua murid menjalankan amali
dengan berpandukan kepada lampiran C1. Semasa murid
menjalankan amali , saya telah dibantu oleh dua orang guru sains ,
masing-masing membimbing murid semasa mereka melakukan
eksperimen.

Setelah selesai melaksanakan amali sains , murid telah menuliskan


keputusan eksperimen mereka pada lampiran C1. Melalui analisa
yang dibuat menunjukkan satu peningkatan yang baik di mana 9
daripada 36 murid dari 5 Al-Hilmi dan 7 daripada 36 murid dari 5 Al-
Fathonah sahaja yang masih kurang mahir dalam penggunaan
Mikroskop dengan tepat.

Gambarajah Kulat yang dilukis menunjukkan kemahiran penggunaan


Mikroskop telah diperolehi.

6.2 Amali Sains Dua

Dalam amali sains dua, penekanan kepada kemahiran menggunakan


alatan seperti Termometer, Bikar,Tungku Kaki Tiga, Kai Retot, Kasa
Dawai, Gas Penunu Bunsen, Pemetik Api dan Jam Randik.
Amali ini dimulakan dengan tunjukcara oleh saya tentang
penyusunan alatan bagi menjalankan amali, dalam pada itu juga saya
telah memberikan penerangan cara menggunakan alatan sains yang
dipilih dengan cara yang betul dan sistematik. Saya turut
memberikan penekanan kepada langkah-langkah keselamatan yang

14
perlu dititik beratkan kerana amali ini menggunakan Gas dan Api.

Selesai memberikan tunjukcara dan penerangan, saya telah


mengarahkan murid menjalankan amali. Dalam amali ini dua orang
guru sains telah membantu saya . Ketika amali dilaksanakan
kelihatan murid-murid begitu tekun dan bersungguh-sungguh
menjalankan amali mereka, ini menunjukkan bahawa mereka kini
lebih yakin menjalankan eksperimen berbanding sebelumnya.

Selesai sahaja amali ini, murid-murid telah menuliskan keputusan


eksperimen mereka dalam lampiran C2 dan menjawab soalan yang
dikemukakan. Berdasarkan kepada keputusan laporan mereka dan
juga lukisan gambarajah susunan alatan menunjukkan kesemua
murid berjaya menjalankan amali dengan jayanya.

6.3 Amali Sains Tiga

Dalam amali sains tiga ini pula, penekanan diberikan kepada


kemahiran penggunaan alatan elektrik seperti Sel Kering,
Pemasangan Sel Kering, Wayar, Mentol Elektrik dan pemegang
mentol elektrik. Objektif utama yang diharapkan pada amali sains
tiga ini ialah murid dapat menghasilkan satu litar elektrik yang
lengkap.

Amali sains tiga ini , saya mulakan dengan sesi tunjukcara bagaimana
untuk menghasilkan satu litar elektrik yang lengkap dengan
memberikan penerangan mengenai setiap alatan yang digunakan
satu persatu secara sistematik

Selesai memberikan penjelasan dan tunjukcara,semua murid telah


diminta untuk menjalankan eksperimen mereka. Dalam
melaksanakan eksperimen ini saya telah dibantu oleh dua orang guru
sains. Murid yang menghadapi masalah diberikan bimbingan dan
tunjukajar. Melalui pemerhatian di dapati murid dapat membuat
sambungan wayar lebih kemas dan sistematik. Mereka telah menguji
litar mereka dengan membuka dan menutup suis.
Kebanyakan murid dapat menyelesaikan eksperimen mereka dalam

15
masa yang singkat, ini menunjukkan bahawa murid telah faham apa
yang telah diterangkan kepada mereka. Kesemua murid dapat
melukis rajah litar elektrik lengkap dengan jayanya. Mereka juga
telah berjaya menjawab kesemua soalan yang dikemukakan dengan
tepat.

6.4 Amali Sains Empat

Dalam amali sains empat ini , penumpuan lebih kepada penggunaan


kertas litmus Merah dan Kertas Litmus Biru bagi mengenali sifat
keasidan sesuatu bahan yang disenaraikan. Objektif utama yang
menjadi sandaran ialah murid dapat membezakan bahan asid dan
bahan alkali.

Oleh kerana penggunaan alatan sains tidak banyak dalam


eksperimen ini maka hanya sedikit sahaja penerangan dan tunjukcara
yang dapat saya berikan kepada semua murid. Langkah utama yang
diterangkan ialah cara menggunakan kertas litmus dan mengukur
kadar keasidan dan kealkalian sesuatu bahan.

Selesai sahaja penerangan dan tunjukcara, semua murid


menjalankan eksperimen seperti mana yang diarahkan dalam
lampiran C4. Melalui pemerhatian yang dapat dibuat, ramai
dikalangan murid agak sukar untuk mengukur kadar keasidan dan
kealkalian, namun dengan bantuan dua orang guru sains dan satu
sampel skala warna kertas litmus maka masalah ini dapat
diselesaikan .

Di akhir amali, murid telah berjaya mengelas bahan-bahan yang diuji


mengikut sifat keasidan. Ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid
telah tahu menggunakan kertas litmus untuk menguji keasidan
sesuatu bahan. Kesemua murid dapat memberikan jawapan yang
tepat pada soalan yang dikemukakan pada lampiran C4.

7.0 PENILAIAN

16
Proses penilaian dibuat dengan menjalankan semula soalan
pengesanan pengetahuan penggunaan alatan sains . Seramai 36
Responden telah menjawab soalan ini . Penilaian ini dijalankan
setelah selesai Amali Sains yang keempat, ianya bertujuan untuk
melihat sejauh mana tindakan yang telah dibuat berjaya
meningkatkan kemahiran manipulatif murid mengenai penggunaan
alatan sains semasa murid menjalankan eksperimen.

Keputusan penilaian dapat dilihat pada Graf Bar yang ditunjukkan


sebagai bukti kejayaan yang diperolehi dalam Kajian Tindakan ini.
Perbandingan Pengetahuan murid sebelum dan selepas amali
dijalankan memperlihatkan julat perbezaan yang ketara.

8.0 REFLEKSI :

Saya amat optimis dengan perlaksanaan projek Kajian Tindakan ini.


Segala penat lelah dirasakan “ Berbaloi ‘ apabila melihat satu
perubahan yang agak baik di kalangan murid Tahun 5 Al-Hilmi dan
murid Tahun 5 Al-Fathonah melalui analisa dan pemerhatian semasa
murid menjalani eksperimen. Saya amat bersyukur kerana dalam
masa yang amat terbatas ini saya dapat melaksanakan tugas saya
dengan jayanya.

Sungguhpun begitu terdapat juga sedikit sebanyak kelemahan yang


berlaku semasa saya menjalankan kajian ini. Kelemahan ini berlaku
disebabkan oleh beberapa faktor iaitu; Faktor Murid, Faktor Masa dan
Faktor Alatan.

Faktor Murid ialah berkaitan dengan kehadiran dan persediaan


mereka untuk menjalani beberapa siri amali sains yang telah
dirancang. Faktor Masa pula berhubung rapat dengan persediaan
murid untuk peperiksaan pertengahan tahun , oleh itu adakalanya
saya terpaksa menunda masa untuk menjalankan amali bagi
mengelakkan gangguan berlaku dalam persediaan murid menghadapi
peperiksaan.

Faktor Alatan pula merujuk kepada penggunaan Bilik Sains. Jadual


Penggunaan Bilik Sains adalah amat padat , ini kerana Bilik Sains di

17
sekolah ini hanya sebuah berbanding jumlah kelas yang mahu
menggunakannya sebanyak 15 buah kelas. Faktor-faktor inilah
merupakan kekangan yang terpaksa saya lalui dalam melaksanakan
Kajian Tindakan ini. Namun begitu saya amat bersyukur kerana
sokongan daripada Tuan Guru Besar telah memberikan saya
semangat untuk meneruskan Kajian Tindakan ini sehingga berjaya.

9.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA:

Berdasarkan kepada keputusan analisa yang dibuat, didapati


kesemua murid Tahun 5 Al-Hilmi dan murid 5 Al-Fathonah dapat
menguasai Kemahiran Manipulatif dengan jayanya. Maka projek
kajian seterusnya ialah berkaitan dengan Kajian Penggunaan
Kemahiran Proses Sains, oleh kerana Kemahiran Manipulatif dan
Kemahiran Proses Sains merupakan dua elemen penting dalam
kurikulum pendidikan sains sekolah rendah, maka kedua-dua elemen
ini jika dapat dikuasai oleh murid sudah tentu mutu pendidikan sains
sekolah ini akan meningkat.

18
LAMPIRAN

19

You might also like