1.

0 Pengenalan Keusahawanan merupakan satu akitiviti bidang perniagaan yang boleh dijalankan oleh seseorang atau berkongsi yang mengambil kira semua aspek kesempatan perniagaan bagi tujuan berniaga. Sama ada besarnya atau kecilnya perniagaan mereka itu adalah dikira bisnes yang boleh dibanggakan bagi mendapat hasil-hasil yang lumayan. Kejayaan oleh seseorang usahawan itu banyak bergantungnya kepada usaha, keberanian, sabar dan bersifat proaktif terhadap perniagaan yang mereka lakukan walaupun terdapat banyak cabaran dan halangan dalam usaha untuk memajukan perniagaan terutamanya pada awal penubuhan perniagaan. Dalam melihat kepada keadaan ini, Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew adalah antara usahawan yang berjaya yang mampu menempah nama sebagai seorang yang cekal, tabah dan sentiasa memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang wujud sama ada dalam diri, perniagaan mahupun persekitaran perniagaan.

Bermula sebagai pencuci bas sepanjang hari dengan upah sebanyak 10 sen sebuah, Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew tetap gigih melaksanakan tugasannya. Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew juga pernah bekerja sebagai mekanik dalam sebuah bengkel dan mendapat upah sebanyak RM3 sebulan namun beliau tetap meneruskan usaha adan sentiasa bersabar dan tidak pernah mengalah kepada tekanan-tekanan dan halangan yang ada disekitar hidupnya. Ternyata segala usaha adan tindakan yang dilakukan oleh Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew sebenarnya mempunyai visi dan misi yang sudah ditanam dalam hatinya yang tiada seorang pun mengetahui mengenai cita-cita serta matlamat beliau untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Pada usia mencapai 18 tahun, Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew telah membeli 11 buah bas dengan menggunakan wang simpanannya sebanyak RM2,000.00. Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew adalah seorang yang berpandangan jauh dan sentiasa berfikiran positif. setiap bas yang dibeli telah diperbaiki dan menjualnya kembali dengan harga 1

RM12,000.00 sebuah. Segala sumber pendapatan yang dikumpul hasil daripada jualan bas tersebut telah digunakan semula untuk membeli bas baru sebanyak 39 buah dan seterusnya. Hasil daripada usahanya ini beliau dapat mengumpul wang bagi menampung lawatannya ke negara Jepun sekitar tahun 1950 an. Akhirnya, Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew telah berjaya menubuhkan syarikatnya sendiri bertempat di Taman Saw Kit dan Jalan Loh Boon Siew Pulau Pinang. Syarikat ini adalah satu-satunya syarikat yang mendapat lesen bagi membuat pemasangan motosikal yang berjenama Honda.

Sekitar tahun pada 1958, sebuah syarikat daripada Jepun iaitu Syarikat Motor Honda Jepun telah melantik Boon Siew sebagai pengedar tunggal di negara ini. Maka motosikal yang dikeluarkan dalam syarikat ini dinamakan sempena nama beliau iaitu Boon Siew. Pasarannya telah menembusi ke rantau Asia serta mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pengguna termasuk negara Malaysia sendiri.

Hasil daripada usaha gigih ini, Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew telah menjadi seorang ahli korporat yang terkenal jika dibandingkan daripada awal hidupnya. Segala kejayaan demi kejayaan yang dikecapi adalah hasil usaha yang ditunjukkan bermula dengan seorang perantau dari negara China yang datang ke Malaysia sehinggalah beliau menjadi seorang yang cukup di segani di Malaysia.

2.0 Keusahawanan Dan Ciri-Cirinya Aktiviti keusahawanan dan usahawan telah membentuk peluang pekerjaan kepada rakyat sesebuah negara. Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah satu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam ‘ekuiti’, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu prosuk atau perkhidmatan. Ianya adalah satu proses dalam mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan 2

Pendefinisian terhadap konsep usahawan dapat digambarkan dengan lebih baik jika dilihat dengan lebih mendalam segala usaha yang dilakukan oleh Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew seperti mana yang telah diterangkan pada bahagian pengenalan.mengambil kira risiko kewangan. Dalam pada itu. Dengan optimistik dan komitmen. Segala usaha dan pembaharuan yang dilakukan oleh Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew menjelaskan kepada kita bahawa terdapat beberapa ciri usahawan yang perlu ada pada diri seseorang sekiranya mereka ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya. Melalui pemikiran yang kreatif. alam sekitar dan proses. Kuratko dan Hodgetts (2004) pula mendefinikan usahawan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu.1 Kreatif dan Inovatif Kreativiti dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada dalam diri setiap usahawan dalam usaha untuk memperolehi kelebihan persaingan dalam setiap pelaburan perniagaan yang dijalankan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu. seseorang usahawan akan dapat menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna. psikologi dan sosial. Menurut mereka lagi. pendidikan dan organisasi. inovatif dan berdaya saing. dengan kerjasama rangkaian dalam kerajaan. kepuasan peribadi dan kebebasan. 2. usahawan adalah seorang yang berusaha untuk mengatur. mengurus dan mengambil risiko dalam perniagaan. Berikut adalah beberapa ciri-ciri usahawan. organisasi. usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru semata-mata untuk mencipta keuntungan. Contohnya seperti usaha yang dilakukan oleh Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew untuk mengumpul dana dalam mencapai 3 . perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. dan dalam menerima manfaat dari segi kewangan.

Peluang yang dilihat ini oleh Tan Sri Dato’ Loh Boon 4 . usahawan perlu melihat peristiwa atau kejadian sama seperti yang dilihat oleh orang lain.2 Orientasi Peluang (Opportunity Oreintation) Selain ciri kreativiti dan inovatif yang perlu ada dalam diri setiap individu yang ingin menjadi usahawan. Bermula dengan bekerja sebagai pencuci kereta sehinggalah beliau membeli bas yang kemudiannya diperbaiki sebelum dijual semula untuk mendapatkan dana. hasil dan penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan dan berbeza. Dalam mencari peluang perniagaan yang baru. Namun begitu. Ciri kerativiti dan inovatif ang ditonjolkan oleh Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew adalah suatu yang patut dicontohi oleh mereka yang bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan. kebanyakan usahawan bermula dengan merebut peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan sepatutnya tidak hanya mencari peluang yang boleh menjadikan setiap impian dan cita-cita mereka menjadi kenyataan. struktur atau strategi yang difikirkan perlu dalam menjadi seorang usahawan.cita-cita yang diingin. usahawan juga perlu memikirkan peluang yang wujud dan perlu direbut sebelum orang lain yang mengambilnya. kreativiti dan usaha yang ditunjukkan untuk mencapai matlamat hidup beliau tidak pernah pudar walaupun terpaksa bersusah dan bekerja keras. 2. Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu memiliki kebijaksanaan dalam mencari peluang yang ada. Jika dilihat kepada usaha yang dilakukan oleh Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew sehinggakan beliau sanggup ke Jepun untuk meneroka teknologi negara berkenaan dalam usaha untuk menghasilkan motosikal yang berkualiti dan berdaya saing. sebaliknya perlu mempunyai kebolehan untuk merebut setiap peluang yang wujud. Sebaliknya. Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak semestinya bergantung kepada kajian. Kegagalan mereka dalam merebut peluang yang ada boleh menyebabkan mereka dipintas oleh individu lain yang turut sama mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama.

Sekiranya usaha dan tindakan yang dilakukan dengan berhati-hati dan memenuhi setiap matlamat yang ingin dicapai. usahawan juga perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang berpaksikan kepada kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Sebaliknya.4 Keyakinan dan Optimistik Dalam pada itu. kegagalan usahawan ini dalam mengawal setiap tindakan yang boleh mendatangkan kerugian kepada perniagaan yang dijalankan akan mendorong mereka ke arah yang negatif. Oleh yang demikian. seseorang usahawan juga akan menerima kesan dan akibat hasil daripada tindakan dan usaha yang dilakukan. 2.3 Fokus Kawalan Dalaman Fokus kawalan dalaman adalah suatu keadaan di mana usahawan mengawal setiap tindakan dan gerak geri yang dilakukan. 2.Siew telah mendorong Syarikat Honda Jepun memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew untuk menjadi pengeluar utama motosikal di Malaysia pada ketika itu dan kini motosikal berjenama Bon Siew Honda adalah antara motosikal yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna motosikal di Malaysia. fokus kepada kawalan dalaman perlu dititik beratkan untuk mencapai setiap matlamat dan cita-cita sebagai seorang usahawan. maka hasil yang akan dibentuk juga adalah positif. Kecenderungan dalam mencapai kejayaan akan membuatkan setiap usahawan bersikap positif dan optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap 5 . Kemajuan dan kemunduran yang berlaku berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri. Setiap usahawan perlu percaya dan yakin bahawa setiap kejayaan dan kegagalan yang dikecapi adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Dalam pada itu.

Oleh yang demikian. Dengan adanya keyakinan dan optimistik yang tinggi serta bersikap positif terhadap setiap usaha yang dilakukan. misi dan matlamat. Usahawan perlu lebih bersemangat dalam dan bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang bakal dihadapi. 2. Selain daripada penetapan visi. maka tidak hairanlah sekiranya banyak usahawan yang pernah gagal berkali-kali sehinggalah mereka menjadi seorang usahawan yang berjaya.5 Lebih Bertenaga (High Level of Energy) Sebagai seorang usahawan. seseorang usahawan tersebut berkemungkinan akan mengalami kegagalan dan perniagaan yang dijalankan mungkin tidak dapat diteruskan. 2. setiap usahawan perlu mengetahui apa yang ingin dicapai.ini perlulah bersandarkan kepada keadaan sebenar. usahawan juga perlu memikirkan apa yang harus dilakukan untuk mencapai visi berkenaan. Tenaga dan semangat tersebut adalah aset utama yang akan mendorong mereka meneruskan perniagaan walaupun dilimpahi dengan pelbagai tekanan. cita-cita yang tinggi tidak akan tercapai tanpa adanya semangat yang tinggi untuk mengecapi setiap matlamat yang ingin dicapai. dugaan dan cabaran terutamanya dalam memulakan perniagaan.6 Kebolehan Menentukan Visi Visi adalah matlamat yang ingin dicapai oleh seseorang usahawan. usahawan adalah lebih bersemangat berbanding kebanyakan individu. Dalam 6 . Jika dibandingkan dengan kebanyakan lapisan masyarakat. Setiap tindakan dan usaha yang dilakukan perlulah berpaksikan kepada visi dan matlamat yang ingin dicapai. Tanpa adanya semangat yang cekal dan tenaga untuk terus bangun.

Menerusi kegagalan dan kejayaan yang dapat dilihat. seseorang usahawan itu akan menetapkan visi dan matlamat perniagaan dan segala tindakan yang akan dilakukan perlulah berasaskan kepada visi dan matlamat yang telah dibentuk. Contohnya seperti kebolehan dalam memilih dan mengumpul pekerja seperti mana yang dikehendaki adalah perlu.7 Kemahiran Mengatur Strategi dan pengurusan adalah dua elemen yang saling berkaitan dalam memulakan perniagaan. Tanpa adanya strategi. Hal ini adalah perlu agar arah tuju perniagaan berada di jalan yang sepatutnya iaitu selaras dengan visi dan misi yang ingin dicapai. 2. tidak semua usahawan mempunyai visi di awal permulaan perniagaan. kebolehan dan kepakaran mereka juga dapat digunakan untuk mencari jalan terbaik untuk sama-sama memajukan perniagaan. 7 . Dengan adanya tenaga kerja yang mempunyai pelbagai kepakaran dan kebolehan yang bersesuaian dengan orientasi perniagaan yang akan dijalankan. Penetapan visi ini selalunya berlaku apabila usahawan tersebut menyedari apa yang telah berlaku kepada perniagaan mereka. Pekerja yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang diingini dan selaras dengan matlamat perniagaan yang ingin dijalankan. strategi yang dilakukan pasti mencapai kegagalan. akan memudahkan lagi usahawan berkenaan untuk mengurus dan merancang setiap aktiviti dan proses perniagaan syarikat atau firma.kebanyakan keadaan. kebijaksanaan seorang usahawan dalam mengurus dan mengatur perniagaan adalah perlu bermula dari awal penubuhan perniagaan sehinggalah perniagaan mencapai kejayaan. Oleh yang demikian. sesuatu perniagaan sukar untuk dilakukan dan tanpa adanya pengurusan yang baik. Dalam masa yang sama juga.

Oleh yang demikian. tidak terdapat ramai pemimpin yang sanggup untuk mengambil dan menanggung masalah yang dihadapi. Usahawan adalah seorang yang bertanggung jawab terhadap setiap tindakan yang dilakukan dan kesan daripada tindakan yang dilakukan. 2. kejayaan sesuatu usaha seorang usahawan bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. sebagai seorang usahawan.9 Komitmen Yang Tinggi Dalam pada itu. Komitmen yang ditunjukkan oleh usahawan akan membantu seorang usahawan untuk mengatasi ancaman. Golongan usahawan ini adalah golongan yang sanggup meletakkan diri mereka sebagai seorang yang bertanggung jawab dalam sesuatu keadaan sama ada dalam situasi berjaya atau gagal. halangan dan rintangan yang dihadapi dalam menajalankan perniagaan. golongan usahawan ini akan mencari inisiatif yang dapat menyelesaikan dan meringankan masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian. Usahawan bukanlah seseorang yang sanggup mengambil risiko secara 8 . 2. risiko ini bukanlah suatu yang dapat diramal dan dapat diketahui. mereka perlu menanggung setiap masalah yang dihadapi yang disebabkan oleh tindakan mereka.2. Dalam keadaan-keadaan seperti ini.10 Mengambil Risiko Secara Sederhana Risiko adalah elemen penting yang sering dijaga dan dikawal oleh setiap usahawan.8 Inisiatif dan Bertanggungjawab Kebanyakan pengkaji bersetuju bahawa keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Namun begitu. komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka akan menentukan kejayaan pelaburan yang mereka lakukan.

membabi buta. semua perkiraan telah diambil kira demi mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya. Antaranya ialah mencari maklum balas. Rajah di bawah adalah ringkasan yang menunjukkan ciri-ciri yang harus dimiliki oleh seorang usahawan berjaya. Selain daripada ciri-ciri yang dinyatakan di atas. Kreatif Dan Inovatif Orientasi Peluang Fokus Kawalan Dalaman Keyakinan Dan Optimistik 9 . terdapat beberapa ciri lain yang perlu ada pada seorang usahawan. menuju ke arah kejayaan. toleransi terhadap kegagalan. Segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira dan setiap usahawan telah bersiap sedia untuk menghadapi setiap risiko yang dihadapi. Kesemua ciri ini adalah antara ciri yang perlu ada dalam diri setiap usahawan agar mereka mampu menjadi usahawan yang berjaya dan berdaya saing. semangat berpasukan. berdikari dan fleksibel dalam setiap tindakan yang dilakukan. Apabila seseorang usahawan melibatkan diri dalam sesuatu pelaburan.

persekitaran yang akan mempengaruhi setiap keputusan perniagaan tidak hanya dikaji semasa memulakan perniagaan tetapi perlu dititik beratkan semasa perniagaan dijalankan. Hal ini adalah perlu bagi memastikan bahawa setiap tindakan yang diambil sentiasa berada dilandasan yang bersesuai dengan matlamat dan objektif perniagaan. faktor persekitaran makro dan mikor adalan antara keadaan yang dapat memberikan kesan secara langsung kepada perniagaan. Sebagai seorang usahawan.Ciri-Ciri Usahawa n Lebih Bertenaga Kebolehan Menentukan Visi Inisiatif Dan Bertanggungjawab Kemahiran Mengatur Mengambil Risiko Sederhana Komitmen Yang Tinggi Rajah 1 : Ciri-Ciri Usahawan 3. 10 .0 Faktor-Faktor Persekitaran Luaran Faktor persekitaran luaran adalah satu keadaan semasa yang boleh mempengaruhi perkembangan dan pencapaian semasa syarikat atau perniagaan. Oleh yang demikian.

1 Faktor Persekitaran Makro Persekitaran makro adalah faktor luaran yang boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang akan dibuat untuk jangka masa yang panjang dan merupakan unsur yang tidak boleh dikawal. 11 . Politik dan undang-undang yang dibuat adalah sebahagian dari persekitaran makro yang mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing untuk memperolehi perhatian dan sumber. Selalunya usahawan terpaksa menerima unsur politik dan undang-undang yang dibuat untuk pelaburan perniagaan yang baru dibuat. Setiap usahawan perlu menerima segala polisi. undang-undang dan peraturan di mana perniagaan itu dijalankan.1. Faktor persekitaran makro ini boleh dikelaskan kepada empat faktor yang utama seperti mana yang terdapat dalam rajah 2 di bawah:- Faktor Persekitaran Makro Politik Dan UndangUndang Politik Dan UndangUndang Kebudayaan Sosial Kebudayaan Sosial Rajah 2 : Faktor Persekitaran Makro 3.3. Ini adalah keadaan di mana usahawan akan menggunakan segala kekuatan dan kelebihan politik yang mereka ada.1 Politik Dan Undang-Undang Salah satu faktor yang harus diambil kira oleh usahawan ialah kestabilan politik.

Segala keadaan politik dan undang-undang yang dibuat oleh sesebuah negara perlu dipatuhi dan diikuti bagi memastikan kelancaran perjalanan perniagaan usahawan. Namun begitu. Setiap usahawan ini perlu berupaya untuk melihat perubahan terhadap ekonomi dan berupaya untuk menentukan pembolehubah yang berkaitan untuk dianalisis.2 Ekonomi Persekitaran ekonomi memainkan peranan yang penting dalam usahawan mencapai kejayaan atau kegagalan dalam sesuatu perniagaan yang diceburi.Antara polisi dan undang-undang yang harus dipatuhi oleh usahawan adalah halangan perdagangan dan tarif. Antara lainnya ialah perjanjian perdangan di antara dua negara seperti pelaksanaan AFTA ke atas negara-negara ASEAN dan risiko politik di sesebuah negara. nasional dan tempatan di mana operasi perniagaan usahawan dijalankan. terdapat beberapa polisi yang harus diikuti dan dipatuhi.3 Kebudayaan Sosial 12 . 3. meramal dan mentafsir keadaan ekonomi makro yang akan memberikan kesan kepada perniagaan mereka. Setiap perniagaan saling berhubung kait antara satu sama bagi ketiga-tiga tahap ini pada persekitaran ekonomi makro. Selain itu. Keadaan ini akan menghalang sumber aliran bebas dari negara lain sebagai perlindungan kepada industri tempatan.1. Setiap usahawan perlu meninjau. memantau. Contohnya seperti sekatan perdagangan yang telah dikenakan ke atas industri automobil di Malaysia. 3. Polisi ini dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa.1. Persekitaran ekonomi makro meliputi kesemua produk dan perkhidmatan. Usahawan perlu menganalisa persekitaran ini pada aras global. penjualan dan penggunaan. pengedaran. usahawan perlu mengenal pasti paras mana yang akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada perniagaan.

Usahawan boleh menggunakan maklumat dan data yang ada dari sumber umum dan peribadi untuk menjalankan penilaian dan pemantauan setiap perubahan yang berlaku. Dalam masa yang sama juga. perubahan aliran demografis ini berada di luar kawalan seorang usahawan. makanan dan pakaian kanak-kanak. usahawan perlu menilai dan memantau setiap pertukaran cara hidup untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud. Usahawan perlu menilai perubahan demografis untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang ada. kuasa beli dan kapasiti industri. 3. Namun begitu. b) Aliran Budaya Dalam Masyarakat Perubahan dalam sosial ini berkait rapat dengan kesopanan dan tingkah laku di mana manusia itu berada.Persekitaran kebudayaan sosial adalah faktor persekitaran ketiga yang harus diambil kira oleh seorang usahawan. lokasi.1. usahawan perlu meramal dan menilai segala perubahan yang akan dan sedang berlaku untuk memperolehi keuntungan. geografi dan bilangan taburan pendapatan penduduk.4 Teknologi 13 . jantina. Cara hidup sesuatu masyarakat akan menggambarkan cita rasa dan kecenderungan manusia. kumpulan etnik dan struktur bilangan penduduk mengikut umur. Kesemua unsur ini menjadi faktor sumbangan kepada kehendak pengguna. Oleh yang demikian. a) Perubahan Demografis Perubahan demografis berlaku ekoran daripada perubahan bilangan penduduk. Persekitaran kebudayaan sosial boleh dikelaskan kepada dua kategori yang utama iaitu demografis dan aliran budaya dalam masyarakat. Contohnya seperti penambahan bilangan kanak-kanak di sesuatu kawasan akan menghasilkan peluang perniagaan seperti pelajaran.

Terdapat banyak penciptaan. Situasi ini akan menghasilkan barang dan perkhidmatan yang baik termasuk memperbaharui proses pembuatan dan mencipta permintaan baru serta menjadi amalan pemasaran dalam perniagaan. 3.intensif pembangunan dalam penyelidikan dan aktiviti pembangunan dalam pelbagai sektor seperti bioteknologi. Salah satu peningkatan besar dalam teknologi ialah internet.2 Faktor Persekitaran Mikro Kuratko dan Hodgetts (2004) menyatakan bahawa persekitaran mikro bagi usaha perniagaan adalah sebahagian daripada persekitaran luaran perniagaan yang secara langsung mempengaruhi aktiviti pembuatan keputusan. Oleh itu revolosi teknologi telah mengubah gaya hidup dan rupa bentuk perniagaan serta persaingan.Teknologi juga adalah faktor yang mengubah dunia perniagaan. biomedikal dan kejuruteraan medikal telah menghasilkan pelbagai barang dan perkhidmatan baru. inovasi dan peningkatan teknologi dalam perniagaan. Selain itu ia juga telah mengubah cara bekerja kepada berasaskan teknologi elektronik. Faktor Persekitaran Mikro Pengguna Pertubuhan Bukan Kerajaan Pesaing Institusi Kewangan 14 .

2.1 Pengguna Adalah penting bagi seorang usahawan untuk mengetahui pelanggan yang berpotensi untuk produknya. Semua maklumat ini adalah sangat penting bukan sahaja untuk mereka memulakan aktiviti perniagaan produk baru tetapi penting juga untuk tujuan pasaran dan jualan. Contohnya. kanak-kanak. Oleh itu adalah penting untuk membezakan sesuatu produk dengan produk pesaing lain. 3. organisasi Greenpeace. Contohnya persaingan gas asli dengan etanol.3 Pertubuhan Bukan Kerajaan Organisasi bukan kerajaan adalah organisasi yang perlu diberi pertimbangan oleh usahawan dalam membuat keputusan. Oleh itu usahawan mesti tahu siapa mereka punya pelanggan sasaran.2. pada hari ini pelanggan wanita lebih mengutamakan produk makanan yang sesui untuk diet dan sihat untuk dimakan.2. wanita atau lelaki. Ini termasuk citarasa dan keutamaan pelanggan ke atas barang dan perkhidmatan.Pengeluar Rajah 3 : Faktor Persekitaran Mikro 3. Kesatuan Sekerja dan seumpamanya banyak mempengaruhi organisasi 15 .2 Pesaing Semakin sama sesuatu produk dengan produk lain maka semakin sengit persaingan produk tersebut dengan produk lain. Dalam hal ini jenama adalah penting dalam membezakan produk anda dengan produk lain. kawasan luar bandar atau luar bandar dan sebagainya. 3. Contohnya. Contihnya.

16 . 3. adalah didapati bahawa halangan utama yang menghalang mereka untuk memulakan perniagaan ialah masalah kewangan. Objektif pembekal adalah untuk mendapatkan keuntungan. seorang usahawa perlulah bijak dalam berunding tentang perletakan harga yang dikenakan oleh pembekal.2. Hal ini adalah kerana kebanyakan pelabur seperti bank-bank tidak sanggup melaburkan duit mereka di kawasan luar bandar kerana mereka takut potensinya adalah kecil dan tidak mendatangkan keuntungan. Oelh itu untuk mengurangkan kos pengeluaran. Dalam kajian terhadap usahawan baru yang menghadiri bengkel untuk membantu mereka membentuk idea baru. Mereka juga sukar untuk meningkatkan jumlah kewangan mereka.perniagaan dalam pembuatan keputusan. 3.2.5Pengeluar Atau Pembekal Pembekal adalah gabungan syarikat yang membekalkan bahan mentah untuk produk dan perkhidmatan yang anda keluarkan. Pertumbuhan syarikat pembekal akan memberi fokus kepada perletakan bahan mentah dan seterusnya mempengaruhi harga produk akhir. Para usahawan sangat bergantung dengan sumber kewangan yang mampu memberikan mereka peluang untuk menubuhkan perniagaan sendiri. Oleh itu setiap organisasi perniagaan perlu berjaga-jaga dengan mereka. Masalah sebegini sering dihadapi oleh bakal usahawan yang ingin berniaga di kawasan luar bandar. Contohnya Projek Bakun telah dibantah oleh Greenpeace kerana projek tersebut telah menyebabkan pemusnahan alam sekitar yang luas dan menyebabkan banjir besar ekoran daripada kitaran hidrologi yang tidak seimbang.4 Institusi Kewangan Kewangan dan kredit adalah penting untuk membangunkan perniagaan baru dan untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat semasa fasa pembentukan.

Kreativiti dalam bidang keusahawanan adalah satu bidang yang menggabungkan kebolehan untuk mengenovasi. Seorang usahawan tidak akan hanya melaksanakan satu idea dalam satu masa tetapi lebih dari sati idea dalam mengejar kepuasan dalam berniaga. mereka tidak akan puas jika idea baru yang mereka ada tidak dibangunkan dan dilaksanakan.0 Proses Kreativiti Kreativiti adalah proses berterusan bagi usahawan. Berikut adalah beberapa cara untuk mendapatkan maklumat: • • • • • Majalah Perbincangan dengan orang lain Mengikuti persatuan proffesional dan menghadiri mesyuarat Mengkaji budaya negara lain Bengunkan kemahiran mendengar 4. Kreativiti seringkali dilihat sebagai cara baru untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan dan ia juga berkaitan dengan ubahsuai baru bagi sesuatu produk.1 Pengumpulan Pengetahuan Peringkat pertama dalam proses kreativiti adalah pengumpulan pengetahuan atau maklumat. Maklumat berguna yang banyak akan membantu usahawa untuk menghadapi pelbagai masalah kelak. Dalam hal ini usahawa akan melakukan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat yang diinginkan. Bagi usahawan. 4. Masalah yang dihadapi akan menyebabkan fikiran dan 17 . Sifat sebegini membawa usahawan ke arah kecemerlangn dalam bidang perniagaan.2 Inkubasi Inkubasi adalah bahagian yang seterusnya dalam proses kreativiti semasa fikiran mengalami tekanan.4. menghasilkan dang menggunakan idea-idea baru serta mampu mempraktikkannya.

3 Idea Dalam peringkat ini usahawan akan mencari idea untuk menyelesaikan masalahnya. mandi. Ia memerlukan keberanian. Dari masa ke masa mereka akan meningkatkan kemahiran dan semakin bijak mengelakkan masalah. usahawan akan mula mencari penyelesaian masalah. Berikut adalah beberapa cara untuk menjana idea:• • • Berkhayal Mengamalkan hobi Bekerja dalam persekitaran yang lapang (contohnya.tubuh badan menjadi senyap. Idea baru dan inovasi akan muncul semasa mereka sibuk bekerja bagi kerja yang tidak berkaitan dengan perniagaan seperti semasa bermain. bersukan dan sebagainya. diet dan rehat yang mencukupi. Apabila ini berlaku.4 Pelaksanaan Dan Penilaian Peringkat ini adalah peringkat yang genting. bawa kerja anda ke kawasan lapang) • • Membawa nota catatan untuk merekod idea-idea Ambil masa rehat semasa bekerja 4. Mereka mungkin akan gagal beberapa kali tetapi usahawan yang berjaya tidak akan berputus asa. terlalu fatik di mana seseorang usahawa tidak dapat melupakan kerjanya. Berikut adalah beberapa cadangan untuk melepasi fasa ini:• • Tingkatkan kuasa tenaga dengan bersenam. disiplin diri dan ketabahan untuk melakukannya. mereka akan sentiasa memperbaharui kerja dan idea. 4. Didik diri anda dalam proses rancangan perniagaan dan semua segi perniagaan. Ahli psikologi mengatakan bahawa kesan inkubasi adalah disebabkan oleh cara kerja yang terlalu berhati-hati dalam menyelesaikan masalah. 18 .

Belajar polisi dan amalan organisasi. Mereka akan sentiasa berusaha yang akhirnya menjadikan diri mereka sebagai orang yang konsisten dan stabil. Usahawan akan melihat dunia dengan cara yang berbeza denganorang lain.• • • • Kongsi idea anda dengan orang yang berpengetahuan. Dapatkan nasihat daripada orang lain terumanya daripada mereka yang berpengalaman. Mereka adalah orang yang berobjektif dan berani mengambil risiko dalam dunia perniagaan. Usahawan adalah orang yang mempunyai kemampuan untuk mengawal keyakinan diri berdasarkan kemampuan dan sumber yang mereka ada. persaingan dan karismatik serta pengambil risiko. Mereka mempunyai kebolehan untuk melihat sesuatu secara menyeluruh dan sebagai sebuah unit integrasi dan mereka mempunyai kebolehan untuk melihat peluang di dalam gambaran yang berbentuk global. • Lihat masalah yang dihadapi sebagai cabaran dalam bekerja. Usahawan juga dilihat sebagai orang yang mempunyai tenaga yang lebih dan cenderung untuk bersaing. Mereka mempunyai kebolehan untuk melihat dinia sebagai sebuah sistem. Manakala terdapat juga pendapat yang mengatakan usahawan sebagai pemimpin yang memberi fokus. 5. Mereka mempunyai 19 .0 Kesimpulan Sebagai kesimpulannya. sesetengah orang percaya bahawa usahawa adalah dilahirkan dan ada juga yang berpendapat bahawa usahawa adalah wujud kerana diajar dan dilatih. Mereka sering mengatakan bahawa mereka berkebolehan dan akan menyempurnakan rancangan perniagaan yang direka. Didik diri anda dalam proses penjualan. disiplin. Terdapat juga kepercayaan yang menganggap usahawan adalah artis. Mereka juga digelar sebagai pemikir yang bersistem.

Pengurusan. Ahmad Bashawir Hj.F & Hotgetts. 10 Edition. Terjemahan : Mohd Salmi Mohd Sohod dan Siti Nadzrah Sheikh Omar. David L.kebolehan yang menakjubkan untuk memulakan sesuatu yang tidak pernah berlaku sbelum ini di dalam suasana persaingan yang sengit.M. Entreprenuership : A Contemporary Approach. Harcourt Colledge Publisher 20 . (1998). Fourth Edition.D & Peter. Mereka adalah orang yang penuh dengan sumber yang produktif dalam menyelesaikan masalah dan rajin bekerja walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah yang mungkin menghalang diri mereka untuk terus berusaha. Perniagaan Antarabangsa. Ghani. Mothersbaugh and Roger J. Best. R. Jumaat Mahat. 2005 Del I. Dewan Bahasa dan Pustaka. BIBLIOGRAFI Abd. D. Sobri Don. R.P. Mohd. Universiti Terbuka Malaysia. Akhir sekali. Entreprenuership : Starting. Consumer Behavior : Bulding Marketing Strategy. Irwin Kuratko. (2004). McGraw Hill. Hawkins. usahawa adalah orang yang bijak berkomunikasi serta mampu menyampaikan maklumat ringkas yang tepat dan padat serta mudah difahami. Cik Jannatul Firdaus. Abd. Pengetahuan mereka dalam bidang yang diceburi adalah mendalam dan ini menjadikan diri mereka sebagai orang yang sangat produktif dalam bidang tersebut. Mohd. M. 2001 Hisrich. Kuala Lumpur. Usahawan ialah orang yang mempunyai gerak hati yang kuat dalam memenuhi keperluan para pelanggan dan keperluan diri sendiri. Sixth Edition. New York. Shah Kassin. 2007 Harold Koontz & Heinz Weihrich. Kuala Lumpur. Developing and Managing A New Enterprise.

Pengurusan Strategik : Kes dan Konsep. Pearson Prentice Hall. (1999). Kuala Lumpur.Mohammad nizam Hanafiah. 2005 Scarborough.M & Zimmerer.W. Sixth Edition. T. Prentice Hall 21 . N. Effective Small Business Management : An Entreprenuership Approach.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful