You are on page 1of 1

Pastikan tugasan tuan/puan telah lengkap dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Arahan: Tugasan ini mengandungi 3 soalan. Tuan/puan hanya perlu menjawab SATU sahaja daripada TIGA soalan tersebut.

Soalan 1. a) Berdasarkan video klip ucapan YAB Dato Sri Najib bin Hj Tun Abdul Razak, nyatakan anjakan paradigma yang telah dirancang untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. (11 markah) b) Agenda kelima dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ialah memastikan seorang Pengetua atau Guru Besar yang berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Bincangkan bagaimana anda sebagai pemimpin Instruksional dapat mewujudkan iklim sekolah yang positif untuk merealisasikan agenda kelima tersebut dengan jayanya berserta contoh. (14 markah)

Soalan 2. Anda ditugaskan menguruskan Temasya Sukan Tahunan Sekolah, Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas temasya tersebut.

Soalan 3 Senario Cikgu Shaari, seorang guru Bahasa Malaysia telah mendapati dua orang muridnya; Salleh bin Sudin dan Mariah binti Aman tidak menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan dua minggu lalu. Walaupun beliau telah beberapa kali mengingatkan murid ini supaya menyiapkan tugasan mereka, namun tugasan itu masih gagal disiapkan. Oleh itu, cikgu Shaari telah bertindak merotan murid berkenaan di hadapan kelasnya yang menyebabkan betis kedua-dua murid tersebut cedera. Soalan: Sebagai pemimpin sekolah anda diminta membuat ulasan terhadap senario di atas. Nyatakan komen anda tentang tindakan guru berkenaan dan perbincangan haruslah meliputi aspek-aspek perundangan. Berikan juga pandangan anda tentang proses tindakan yang perlu dilakukan oleh guru tersebut sebelum mengambil tindakan.