You are on page 1of 14

Soalan 4: Dahagi 1857 merupakan peristiwa penting dalam sejarah India.

Setakat manakah ia dilihat sebagai satu kebangkitan masyarakat tempatan menentang British.

Salah satu peristiwa di dalam sejarah India abad kesembilan belas yang sering diperbincangkan adalah mengenai kebangkitan yang berlaku pada tahun 1857. peristiwaperistiwa yang berlaku dalam tahun itu telah dikemukakan oleh sesetengah penulis sebagai langkah kebangsaan pertama yang menggulingkan pemerintahan British dan juga sebagai contoh pertama nasionalisme di India. Sementara itu, terdapat juga penulispenulis lain menganggapnya sebagai api terakhir zaman lampau iaitu percubaan terakhir pleh kaum feudal India bagi mengembalikan kekuasaan silam mereka. 1 Dilihat daripada mana aspek sekalipun, dahagi tahun 1857 itu merupakan satu titik pemisahan dalam sejarah India, sama ada ianya dianggap berakhirnya satu zaman atau permulaan zaman lain. Maka setiap langkah penentangan penjajah ataupun perbincangan nasionalisme haruslah dimulakan dengan titik ini iaitu dahagi India kerana ia merupakan asal usul pergerakan nasionalisme India.

Sebelum meneruskan perbincangan dengan lebih jauh dan mengetahui setakat mana dahagi di India mempengaruhi kebangkitan penduduk tempatan selepas itu, eloklah kita mengetahui serba sedikit tentang peistiwa dahagi itu sendiri.2 Dahagi India meletus pada 10 mei 1857 apabila supai atau sipahi atau sepoy di Meerut menyerang, membunuh pegawai British dan membakar kediaman mereka. Pada pagi 11 mei1857, tentera sipahi Meerut menyeberangi Jamuna, membakar rumah Tol dan memasuki Delhi. Seterusnya

1 2

Neil Ryan, Pemberontakan Tahun 1857 , INDIA: Nasionalisme dan Kemerdekaan, Tahun 1978, ms. 1 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor, Dahagi 1857 , Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800- 1963, Tahun 2000, ms. 278

mereka bergerak ke Kota Merah ( Red Fort). Melalui pintu Raj Ghat mereka memasuki Istana dan menghadap Maharaja Moghul, Bahadur Shah II lalu menuntut supaya maharaja menjadi ketua mereka.dengan itu, mereka mengisytiharkan Maharaja Bahadur Shah II sebagai Maharaja Hindustan ( Shahenshah- e- Hindustan).

Kemudiannya, tentera Sipahi menawan dan mengawal bandar Delhi. Dalam serangan ini, Simon Fraser, ejen politik dan beberapa orang pegawai British telah terbunuh. Mereka juga membuat kerosakan di sekitar bandar dan menduduki pejabat am British.pengisytiharan dibuat di Delhi sambil membuat kenyataan bahawa British telah membuat rancangan jahat dimana mereka menuduh British telah mengganggu ugat kedudukan agama dan telah memeksa rakyat tempatan memeluk agama Kristian.

Kebangkitan di Meerut dan penawanan Delhi adalah permulaan tersebarnya

dahagi keseluruh utara India., termasuklah India tengah dan India Barat. Walaupun begitu, keadaan di India Selatan agak tenang, manakala Punjab dan Bengal hanya menerima kesan yang hanya sedikit. Peristiwa dahagi terus merebak ke kawasan lain di dalam negeri iaitu di Kanpur, Benares, Lucknow, Bareilly, Allahabad, Jhansi dan juga Jagdishpur. Di Kanpur, Nana Saheb telah dipilih sebagai pemimpin dahagi.4 Pasukan dibawah Nana Saheb menyerang dan mengepung benteng pertahanan British pada 2 Jun 1857. Setelah gagal bertahan dan mendapat jaminan Nana Saheb yang mereka tadak akan diganggu ketika dalam perjalanan ke Allahabad, tentera British menyerah kepada Nana Saheb pada 27 Jun 1857. tentera British ini bersama keluarga nereka ditembak oleh
3

Bipan Chandra, The First Major Challenge: The Revolt of 1857 , Indias Struggle For Independence 1857- 1947, London, 1989, ms. 31 4 Sanjay Yadav, The War Of 1857, The Indian Mutiny of 1857: Why Britain succed and the Rebels Failed, Journal Of Asian History, 28 (199 ), 2, Hanassowitz Verlag, Germany, ms. 140

pasukan Nana Saheb ketika menaiki sampan. Seramai 125 orang, termasuk kanak- kanak dan wanita terkorban. Hanya empat orang sahaja yang selamat daripada serangan ini. Manakala pasukan British dibawah pimpinan Kolonel Neill dan Jeneral Havelock yang dihantar untuk membantu pasukan ini hanya tiba sehari selepas pembunuhan itu berlaku.

Kebangkitan di Lucknow dipimpin oleh Begum Hazrat Mahal. Kebangkitan

meletus di situ pada 30 Mei 1857. mereka menyerang markas tentera British di bawah pimpinan Sir Henry Lawrence. Henry Lawrence terbunuh dalam pertempuran ini, manakala tempatnya diambil alih oleh Bridiger Inglis. Pasukan British bertahan sehingga bantuan daripada Outram dan Haveloch tiba. Namun begitu, Lucknow hanya dapat ditawan semula pada 21 Mei 1858, apabila pasukan British dibawah pimpinan Sir Collin Campbell datang membantu. Colin Campbell mendapat bantuan daripada pasukan Guekha dibawah pimpinan Jang Bahadur. Pasukan Colin Campbell juga dapat mengatasi kebangkitan di Bareilly, Rohilkhand. Gerakan tentangan di Bihar pula diketuai oleh Kunwar Singh iaitu beliau adalah seorang tuan tanah (zamindar).

Pasukan british bertindak balas ke atas dahagi dan berjaya menawan semula Bihar, Allahabad dan juga Benares. Seterusnya pasukan British berjaya menguasai semula Delhi pada 20 September 1857 setelah mengambil masa yang panjang untuk bertempur. Dalam pertempuran ini, ramai nyawa terkorban. Maharaja Bahadus Shah II telah ditangkap. Namun begitu Delhi ditawan semula oleh pasukan dahagi pada 2 November 1857. pasukan tentera British dibawah pimpinan Sir Colin Campbell menyerang semula Delhi dan menawannya pada 6 Disember 1857. Kebangkitan yang
5

David Hutchinson, The Burning Fuse , Annal of the Indian Rebellion, London 1974, ms. 18

berlaku di Qudh juga dapat diatasi oleh pasukan British. Pada Disember 1857, Sir Colin campbell berjaya menawan Kanpur.

Kebangkitan yang berlaku di kawasan India Tengah adalah dibawah pimpinan

Tantia Topi. Beliau adalah seorang Maratha Brahman. Tantia topi berjaya mengumpulkan 20 000 orang pengikutnya dan melancarkan serangan keatas Gwalior. Dalam pada itu, pasukan Nana Saheb berjaya menawan Peshawar. Walaupun demikian, pasukan tidak hanya berdiam diri sebaliknya bertundak balas keatas tentera dahagi. Pada bulan Mac 1858 pasukan British dibawah pimpinan Sir Hugh Rose menyerang Jhansi dan berjaya menawannya pada bulan April 1858. Pasukan ini juga berjaya mengalahkan pasukan Tantia topi di Betwa. Rani Lakshibhai mengundur diri dan bergabung pula dengan pasukan tantia Topi. Kedua- dua pasukan ini mara ke Gwalior. Sir Hugh Rose mengarahkan pasukannya menyerang Gwalior. Pasukan Nritish berjaya mengalahkan pasukan ini di Morar dan Kotah. Rani Lakshmidhai terbunuh dalam pertempuran pada 17 Jun 1858, manalaka Tantia Topi telah ditawan.Namun begitu, Nana Saheb berjaya mengundurkan diri ke Nepal.

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor, Dahagi 1857 , Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800- 1963, Tahun 2000, ms. 279

KAWASAN BERLAKUNYA DAHAGI 1857

Seterusnya Dahagi India telah dapat dihapuskan pada 8 Jun 1858. ini adalah

serba sedikit cerita tentang peristiwa dahagi yang berlaku di India dalam tahun 1857. Akhirnya dahagi India berakhir dengan kegagalan. Berbagai- bagai faktor yang mendorong kepada kegagalan penentangan terhadap British ini antaranya adalah mereka yang terlibat dalam dahagi mempunyai matlamat yang berlainan, misalnya ada kumpulan berjuang hanya untuk gaji, agama, dan berkaitan dengan kehilangan tanah. Selain itu, berbanding dengan pasukan British, pasukan dahagi mempunyai banyak kekurangan dalam pelbagai aspek termasuklah disiplin, kelengkapan senjata dan kemahiran teknik peperangan.

Peristiwa dahagi ini adalah sebagai lambang penentangan penduduk tempatan bagi melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pembaharuan yang dibuat oleh
7

Sanjay Yadav, The War Of 1857, The Indian Mutiny of 1857: Why Britain succed and the Rebels Failed, Journal Of Asian History, 28 (199 ), 2, Hanassowitz Verlag, Germany, ms.149

pihak British.8 Punca terjadinya peristiwa ini beloh dibahagi kepada empat faktor iaitu politik, ekonomi dan sosial, agama dan ketenteraan. Terdapat banyak ketidakpuasan yang menyebabkan berlakunya dahagi seperti pengambil alihan Oudh dan campurtangan dalam agama serta dalam adat kebiasaan tentera Benggala.9 Sebab- sebab lain yang tidak diragukan lagi adalah oleh proses pembaratan yang dibuat oleh British. Pentadbiran Syarikat Hindia Timur itu sendiri telah memperluaskan pengaruh Barat ke India. Hasilnya adalah beberapa contoh bentuk campurtangan British kedalam adat resam penduduk tempatan seperti pemulihan adat (suttee) pembakaran janda- janda, pembunuhan kanak- kanak perempuan dan sebagainya secara tidak langsung telah menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati penduduk tempatan.

8 9

RC Majumdar, Causes of The Revolt, An Advanced History Of India, Mc Mullian, 196, ms. 765 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor, INDIA , Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800- 1963, Tahun 2000, ms. 250

Lukisan yang menunjukkan sewaktu pemberontakan Dahagi 1857 berlaku

10

Selain itu, British juga memperkenalkan agama Kristian di India hal ini telah

melahirkan kebimbangan kepada penganut-penganut agama lain terutamanya penganut agama Hindu dan juga Islam. Perubahan yang dibuat oleh British juga telah menjejaskan sistem kasta Hindu di India. Tumpuan penjajah adalah untuk memberi kesamarataan kepada semua orang dari pelbagai aspek termasuklah kehakiman mahupun undangundang dan tidak lagi mngikut kasta- kasta Hindu seperti yang diamalkan sebelum ini.
10

Neil Ryan, Pemberontakan Tahun 1857 , INDIA: Nasionalisme dan Kemerdekaan, Tahun 1978, ms. 3

Aktiviti mubaligh Kristian yang semakin aktif beserta dengan kemudahan sistem pembelajaran Inggeris menambahkan kebimbangan penduduk tempatan. Sebab terakhir adalah disebabkan bertambahnya kuasa dan perluasan kawasan yang dibuat oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris dimana wilayah Punjab diambil alih pada tahun 1849 selepas dua peperangan menentang kaum- kaum Sikh. Hal ini juga terjadi pada wilayah Kashmir seterusnya pengambil aihan negeri- negeri kecil terutamanya semasa Dalhouse menjadi Gabenor Jeneral.

11

Melalui faktor- faktor terjadinya dahagi India 1857 ini, maka dapat diketahui

bahawa penentangan yang dilakukan bukanlah atas dasar semangat kebangsaan yang mahu memerdekakan negeri mereka tetapi hanyalah untuk memenuhi dan mendapatkan kembali kepentingan masing- masing dimana kepentingan menjadi semakin berkurang ekoran pembaharuan yang diketengahkan oleh British. Ternyata penentangan dahagi lebih bersifat kawasan yang mana setiap kawasan memperjuangkan matlamat masingmasing.

Sebagai contoh di kawasan India tengah, Tantia Topi sebagai pemimpin tentera di kawasan itu, Nana Saheb di Kanpur, kebangkitan di Lucknow dibawah pimpinan Begum Hazrat Mahal, Gurkha dibawah pimpinan Jang Bahadur dan lain- lain lagi.12 Hari ini kebanyakan ahli sejarah India akan bersetuju dengan pendapat bahawa pemimpinpemimpin Dahagi mungkin mengembalikan masa yang telah lalu, mengenepikan undang- undang serta peraturan baru seterusnya kembali kepada hari- hari kegemilangan
11

S. Moinul Haq, Was the Revolution of 1857 A National Movement? , The Great Revolution Of 18571858, 1990, ms. 541 12 S.N. Sen Eightenn Fifty- Seven Ministry of Information and Broadcasting, Government of India, New Delhi 1957

di masa lampau yang mana golongan bawahan tidak dapat mengharapkan keadilan yang sama dengan golongan atasan, berdarjat. Tambahan lagi, mereka yang menyokong kenyataan ini menghujahkan bahawa 13 kita tidak akan dapat mengharapkan satu peperangan nasional untuk memerdekakan India sama ada dalam tahun 1857 mahupun pada masa sebelum itu, kerana nasionalisme atau patriotisme dalam ertikata yang sebenar ketara tidak wujud di India sehingga pada satu tarikh kemudiannya....Adalah dijelaskan bahawa tahun 1857 tidak menimbulkan apa- apa perasaan nasionalisme ketika itu dan tidak pula ia dianggap sebagai satu peperangan nasional untuk kemerdekaan sehingga kebangkitan kesedaran nasional pada penghujung abad ke sembilan belas.

Apa yang dapat diperkatakan tentang peristiwa- peristiwa pada tahun 1857 ialah ianya merupakan satu pergerakan yang popular secara serantau tetapi mereka menceburkan diri mempunyai objektif- objektif yang terhad yang pentingnya untuk mendapatkan kembali kedudukan- kedudukan kuasa yang telah hilang kepada British serta untuk mengekalkan kesucian tradisi- tradisi agama Hindu.14 Oleh itu, kebangkitan itu bukanlah contoh pertama nasionalisme baru yang akan membawa ke arah kemerdekaan di India. Benih- benih semangat kebangsaan itu dan peristiwa- peristiwa yang menyuburkannya mestilah dicari pada tempat dan waktu yang lain, bukannya Dahagi India 1857.

Pada pendapat saya, dahagi adalah satu peristiwa yang dapat merangsang kebangkitan penduduk tempatan menentang pihak British bahkan ia juga merupakan

13 14

R.C. Majumdar The Sepoy Mutiny and the Revolt of 1857, Calcutta 1957 David Hutchinson, The Burning Fuse , Annal of the Indian Rebellion, London 1974, ms. 23

sebagai satu kesedaran kepada pihak British berkenaan dengan pembaharuan yang dibuat mereka secara mendadak seterusnya membawa kepada ketidakpuasan masyarakat tempatan. Hal ini dapat dibuktikan dengan terdapat beberapa perubahan polisi British di India selepas pemberontakan dahagi.
15

Golongan terpelajar India berasa hampa kerana selepas peristiwa dahagi 1857,

sikap British terhadap India telah berubah. Di Britain, tanggapan ramai berkaitan faktor berlakunya dahagi ialah kerana pengenalan pembaratan yang terlalu cepat dan terlalu banyak campurtangan dalam adat- adat dan tradisi India.16 Oleh itu, semasa dalam tahun 1858 Syarikat Hindia Timur Inggeris itu dihapuskan manakala pentadbirannya dipindahkan kepada kerajaan British, keputusan ini dibuat adalah untuk mengelakkan lebih banyak pembaharuan dijalankan. Selepas dahagi 1857, pada tahun 1858 Ratu Victoria telah mengumumkan perlindungan terhadap agama- agama Islam dan juga Hindu dan penambahmilikan tanah juga tidak akan dibuat lagi. Segala perubahan akan diperkenalkan secara perlahan- lahan dan beransur- ansur.

Walaupun campurtangan dalam adat dan tradisi di India tidak lagi digalakkan, tetapi kemudahan- kemudahan material terus diutamakan seperti jalan kereta api dibina, sistem jalanraya telah ditambah dan sistem telegraf diperluaskan. Secara tidak langsung perkara inilah yang menyumbangkan kepada penyatupaduan rakyat. Penduduk tempatan mudah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain seterusnya menggalakkan perhubungan interaksi sesama mereka. Ras- ras yang berlainan dapat berbual bersama-

15

B. R. Nanola, The Revolt of 1857 and after, The Making Of A Nation, Herper Collins, New Delhi, 1998, ms. 7 16 B. R. Nanola, The Revolt of 1857 and after, The Making Of A Nation, Herper Collins, New Delhi, 1998, ms.10

sama di peringkat pertengahan kerana walaupun mereka datang dari Benggala atau Punjab, dari Delhi atau Madras, mereka tetap bolah bertutur dalam bahasa Inggeris.

17

Kesan selepas pemberontakan dahagi 1857 ini dapat dilihat dimana Britain tidak

begitu ingin lagi untuk berkongsi kuasa dengan orang India, kurang berminat terhadap golongan yang berpendidikan barat yang menarik kepada Macaulay, dan lebih pasti bahawa merekalah yang akan menjadi pemerintah India yang kekal. 18 Kami tidak dapat bayangkan masanya apabila berakhirnya pemerintahan kami tidak bermakna bermulanya anarki serta huru- hara dan adalah jelas bahawa harapan India sekarang terletak kepada berteusannya kerajaan yang dermawan dan kuat, yang terdiri daripada orang- orang Inggeris.

Kesimpulannya, Dahagi 1857 merupakan satu kebangkitan penduduk tempatan menentang penjajah iaitu British dimana disebabkan sedikit demi sedikit hak dan keistimewaan mereka terhakis ekoran beberapa pembaharuan drastik yang dilakukan oleh British. Disamping itu, pemberontakan Dahagi 1857 telah memberi satu kesedaran kepada kedua- dua belah pihak sama ada penduduk tempatan mahupun penjajah iaitu British. Hal ini kerana dahagi India secara tidak langsung telah menyatu padukan penduduk India walaupun kebanyakannya terdiri daripada wilayah utara untuk berjuang menuntut hak dan tradisi India yang telah dirampas oleh British. Walaubagaimanapun gerakan dahagi ini bukanlah satu perjuangan kebangsaan ataupun semangat nasionalisme untuk memerdekakan India, wah hal ia lebih kepada ketidakpuasan masyarakat tempatan

17 18

Neil Ryan, Polisi Selepas Tahun 1857 , INDIA: Nasionalisme dan Kemerdekaan, Tahun 1978, ms. Sir John Strachey yang disebut dalam Porter op. cit. ms. 43

terhadap pembaharuan yang dijalankan oleh British. Bagi pihak yang lain pula iaitu British, peristiwa ini telah menyedarkan mereka bahawa segala langkah pembaharuan yang dijalankan adalah terlalu drastik dan cepat. Hal ini telah menaikkan kemarahan penduduk India kerana kepentingan dan juga adat resam mereka telah terjejas. Namun demikian, peristiwa Dahagi 1857 tetap dianggap sebagai satu pergerakan permulaan penentangan bagi masyarakat India kearah penentangan yang lebih berbentuk radikal.

DAHAGI INDIA 1857

BIBLIOGRAFI

1. Neil Ryan, INDIA: Nasionalisme dan Kemerdekaan, 1978 2. Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffin Mansor, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800- 1963, 2000. 3. B. R. Nanola, The Making of A Nation, Haper Collins, New Delhi, 1998. 4. Sanjay Yadan, The Indian Mutiny of 1857: why Britain Succeed And The Rebels Failed, Journal Of Asian History, 28 ( 199 ), 2, Hawassowitz Verlag, Germany. 5. R. C Majumdar, An Advanced History Of India, Mc. Mullian, 1946. 6. S. Moinul Haq, The Great Revolution of 1857- 1858 , Hakim Mohamed Said ( eds). Road To Pakistan, Hawdard Foundation Pakistan, Pakistan, 1990. 7. Bipan Chandra, Indias Struggle For Independence 1857- 1947, 1989. 8. David Hutchinson, Annal of the Indian Rebellion 1857- 58, London 1974. Rangka Tugasan Muka depan A.selatan Pengenalan : story secara ringkas bout dahagi Isi penting : bahawa kegagalan dahagi india berpunca drpd ketiadaan perpaduan dan tujuan yg sama
1. Perjuangan mereka berdasarkan kepentingan sendiri

-Jhansi rani berjuang untuk mendapatkan hak seorang putera -Nana sahib berjuang utk membalas dendam akibat kehilangan tanah dan estet bapa angkatnya, Baji Rao -Org muslim berjuang utk memperjuangkan untuk memulihkan empayar moghul -Sepoi-sepoi india berjuang atas sebab agama dan dasar diskriminasi inggeris yg mengancam kepentingan mereka.

2. Tidak melibatkan seluruh penduduk india 3. Hanya tertumpu di tempat-tempat tertentu sahaja : Oudh & Rohilkand 4. Sikap toleransi Lord Canning juga menjadi punca kegagalan dahagi India. 5. Kekurgn pemimpin ideal dan peralatan senjata tidak maju serta strategi ketenteraan yg jauh ketinggalan

Penutup Letak kesan dahagi India secara keseluruhan