PENDAHULUAN Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah

mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan. Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi.

Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid. Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran untuk panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.

MATLAMAT

Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat : i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal; ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi; iii.Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara; iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis; v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan; vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis; vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;

viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis; ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan cinta akan negara. ORGANISASI KANDUNGAN Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.

HASIL PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN BAHASA Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar. dan menulis. . bertutur. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. membaca.

Kemahiran Mendengar Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti . serta dapat memberikan maklum balas. memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan. perasaan. serta idea . pendapat. Kemahiran Bertutur Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat.

bercerita. Kemahiran Mendengar dan Bertutur o Kemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal. intonasi. tanda baca dan ejaan yang betul. I. . puisi. dan kemas. o Hasil Pembelajaran bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur ialah berbual. Kemahiran Membaca Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan. serta tulisan yang jelas. menyampaikan maklumat dan berbincang. o Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih mencabar. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Kemahiran Menulis Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis. dan jeda yang betul.yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. o Semua perbualan harus mengambil kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan. dan grafik. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. cantik. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa.

1. 1. 2. 1. sebutan. betul. ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. rakan sebaya. intonasi.0 Berbual dengan keluarga. dibaca . frasa.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian menggunakan kata. 1. menarik. ungkapan. 2.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah.1 Bercerita menggunakan kata. dan nada yang sesuai.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat\ 3. 1.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar. 2. ditonton.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat. dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal. 1.1. dan berkesan . ayat.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara. atau dialami.

3. dan gaya pembacaan yang sesuai . 5. dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci. memahami maklumat. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca.1 Mengemukakan idea. 4. struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pandangan dan pendapat dalam perundingan bagi mencapai kata sepakat.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila 4. Kemahiran Membaca Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang dibaca. intonasi. frasa. Penekanan diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Hasil Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat. tepat . dan menghayati teks.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang terancang. 3. dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain. pengalaman. II. 4. 3. dan tersusun. 4. istilah. 4.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan. menaakul. pandangan.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata.

6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberi dalam bahan ilmu.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks. 6. . dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca 7.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. 5. 7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan. 6.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. dan menghayati kandungan teks yang dibaca 7.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan. 7. 6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus. 6. 6.5.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca. pelbagai jenis ayat. menaakul .0 Membaca.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat. 6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks 6.

8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan 8. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan. mencatat dan menyusun maklumat. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui. Kemahiran Menulis Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat. menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif. bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Hasil pembelajaran bagi Kemahiran Menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana. dan membuat ulasan.1 Membina dan menulis perkataan. ayat tunggal dan ayat majmuk. serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.III. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. .

8.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca. ditonton. 10.6 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan. atau dibaca . 10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif 10. 8. 11.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara. menarik dan bermakna.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas. 10. 8.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah.8.3 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca secara kohesif.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan bagi sesebuah karangan. 8.0 Mencatat dan menyusun maklumat 9.1 Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan. 9. 9.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. 9.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

ayat. watak dan perwatakan. wacana. ejaan. dan gaya bahasa. SISTEM BAHASA Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa. kosa kata dan peribahasa. sebutan dan intonasi. 11.2 Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan. nilai dan pengajaran. .11. 11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan persoalan.4 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihak lain. nilai dan pengajaran. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah. idea.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya. 11.

1. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. dan peribahasa. Penerangan ringkas bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.0 Tatabahasa Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. ejaan. . kosa kata.Sistem Bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. sebutan dan intonasi.

Bentuk kata . dan penggolongan kata. bentuk kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. kata pinjaman bahasa b. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan. pemajmukan . Aspek morfologi yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut: a. dan penggandaan.1. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi i. kata asli bahasa Melayu Melayu ii. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.1 Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur.

Golongan kata i. Oleh itu.i. kata majmuk iv. yang amat kompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu. klausa. struktur . bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. kata kerja iii. Aspek sintaksis yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut : a. unsur utama yang terdiri daripada kata. kata tugas 1. kata • Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah: i. dan aspek . c. pengimbuhan ii. penekanan hendaklah diberi kepada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna. frasa. Ini bermakna. kata terbitan iii. kata nama ii. pemajmukan Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata. dan binaan atau konstruksi ayat.2 Sintaksis Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk. kata tunggal ganda ii. penggandaan iii. kata adjektif iv.

Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. dan f. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku. ejaan kata dasar dan kata terbitan ii. ayat tunggal iii. iaitu ayat penyata. ayat tanya. ejaan kata pinjaman 2. aspek tanda baca i. b. iaitu susunan biasa dan songsang. ayat dasar ii. pola keselarasan huruf vokal iii. binaan dan proses penerbitan ayat: i. dan ayat seruan.0 Sebutan dan Intonasi Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda.0 Sistem Ejaan 3. i. d. c. ayat perintah. Sebutan . jenis ayat. ragam ayat. iaitu ayat aktif dan ayat pasif. ayat terbitan atau ayat majmuk. susunan ayat. e.pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat.

0 Peribahasa Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa. keperibadian. ayat perintah Nota: * Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Edisi 1993 ialah buku tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran. pepatah. ii. Pemilihan peribahasa. kata-kata hikmat. * Buku Daftar Ejaan Rumi dan Jawi Edisi 2001 ialah buku panduan ejaan yang menjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran b. dan . ayat songsang c. dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu.Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku. bidalan. Ragam ayat i ayat aktif ii. kata-kata hikmat . Susunan ayat i ayat biasa ii. ayat penyata ii. ayat pasif 4. ayat tanya iii. ayat seruan iv. dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah. perbilangan . Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah. 5. perumpamaan. Jenis ayat i. Intonasi Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut: a.0 Kosa kata Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah.

peraturan sosiobudaya. dan kemahiran bernilai tambah. iaitu ilmu daripada pelbagai bidang ilmu. kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. . kajian masa depan. dan kontekstual. kemahiran belajar cara belajar.kewarganegaraan .nilai. serta pembelajaran secara konstruktivisme. kecerdasan pelbagai .nilai murni masyarakat Malaysia. iaitu kemahiran berfikir. PENGISIAN KURIKULUM Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum.

Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Selain itu. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi. 2.1. geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung.0 Nilai Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia.0 Kewarganegaraan .0 Ilmu Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin . Contohnya ilmu dalam bidang sains.

5. Di samping itu. . 4. pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. laras bahasa .0 Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global.Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Sehubungan dengan itu. kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.0 Peraturan Sosiobudaya Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa. dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia.

kecerdasan pelbagai . serta pembelajaran konstruktivisme. kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Kemahiran berfikir . dan kontekstual.Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir. kemahiran belajar cara belajar. bertutur. membaca. 5. Penjelasan tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan di bawah.1 Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar. sama ada dari segi . kajian masa depan. dan menulis.

menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian. murid dapat membuat ramalan.4 Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel. menyelesaikan masalah atau membuat keputusan penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. masa kini. 5.mengkonsepsikan idea. Ini bermakna. cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah. serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. dan masa depan. 5. 5. 5. dan mengakses maklumat melalui internet. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan. dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup. menjangka akibat.5 Kecerdasan Pelbagai .

kinestetik. dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai. dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka. guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. 5. yakin. dan naturalis. intrapersonal. muzik. Oleh itu. 5.7 Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu. visual-ruang. . secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir.Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham.6 Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. logikmatematik. masyarakat. interpersonal.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN .

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif berkomunikasi dan berinteraksi. Guru boleh memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. murid dapat membina dan memantapkan keyakinan berbahasa. . Oleh itu. Kepelbagaian Teknik Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar.Pendekatan Berpusatkan Murid Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri.

pengayaan. PENEKANAN KONSEP 5P Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep penggabungjalinan. Penggunaan Tatabahasa yang tepat Pendidikan Bahasa Melayu. Bacaan Luas Bacaan luas memberikan peluang kepada murid menimba pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan gaya berfikir dan minat membaca. pemulihan dan penilaian. guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. sekolah rendah menekankan penggunaan tatabahasa mengiut kemampuan murid.Kepelbagaian Sumber Bahan Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. kamus. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Fasafah Pendidikan Kebangsaan. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa melayu dengan menggunakan bahan ilmiah dan bahan sastera. buku rujukan. Untuk mencapai tujuan tersebut. internet. serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan ekstensif. Pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan melalui penyerapan. . majalah. penyerapan. Bahan sumber seperti akhbar.

c. unsur itlu. nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir.a. beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penyerapan Dalam pengajaran Bahasa Melayu. Penggabungjalinan Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran boleh digabungjalinkan. b. Pengayaan . Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran. kemahiran belajar cara belajar. sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. kajian masa depan boleh diserapkan. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Melalui proses ini.

bahan. Oleh itu. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. kad. dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Penilaian Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripadda proses pengajaran dan pembelajaran. keupayaan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad. REFLEKSI . dan minat. permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. bakat. Bahan seperti bahan bacaan tambahan.Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan. alat permainan. dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. penilaian perlualah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan makluma yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. e. carta. sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. d. Pemulihan Program pemulihan disediakan untuk membantu murid dan menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. maujud.

saya berharap tugasan yang telah disiapkan ini dapat memenuhi kehendak soalan tugasan yang telah diberikan dan menjadi sumber rujukan untuk manfaat semua di masa akan datang. banyak pengetahuan yang sebelum ini tidak saya ketahui dapat saya pelajari. Terima kasih kepada pensyarah Encik Hj. Akhir sekali. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Masalah utama adalah untuk mencari buku rujukan yang memenuhi kehendak soalan. Sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Dengan dorongan dan semangat serta tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan. akhirnya saya dapat juga menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Sekian. Pada peringkat akhir menyiapkan kerja kursus ini. Oleh itu. (AHMAD ASYRAF BIN M.SHAIPULAH) HALAMAN PENGAKUAN . Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak berkongsi maklumat dan pendapat.T yang memberi kekuatan dan semangat kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini dalam masa yang diperuntukkan.Ghani yang telah banyak membantu saya dalam tugasan kali ini. Dengan melaksanakan tugasan ini para pelatih guru seperti saya akan mendapat tambahan kepada pengalaman pembelajaran yang berguna. saya perlu membaca dan menganalisis terlebih dahulu bahan bacaan yang saya perolehi. Sesetengah buku yang diperolehi hanya menyentuh sedikit sahaja perkara yang terkandung dalam soalan.Syukur kepada Allah S. Ilmu yang saya peroleh dapat saya gunakan untuk proses pembelajaran dan peperiksaan saya. saya menghadapi pelbagai masalah. saya berharap agar kerja kursus ini dapat dijadikan sebagai contoh kepada pelajar lain untuk menimba ilmu. Selain meningkatkan lagi pengetahuan saya dalam bidang perguruan ini. terima kasih.Rosli Bin Ab.W. saya berasa lega dan berpuas hati dengan hasil yang diperolehi.

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya” Tandatangan Nama Tarikh : ……………………………………… : AHMAD ASYRAF BIN M.SHAIPULAH : : ISI KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN .

ISI KANDUNGAN PERHARGAAN PENDAHULUAN HASIL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BAHASA SISTEM BAHASA PENGISIAN KURIKULUM LANGKAH-LANGJAH PENGAJARAN LAMPIRAN REFLEKSI BIBLIOGRAFI KOLABORASI PERHARGAAN .

Kerjasama daripada anda semua amat kami hargai. Jutaan penghargaan dan terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberikan tunjuk ajar serta sokongan bagi menyempurnakan tugasan ini dengan menyeluruh.Ghani atas bimbingan dan panduan yang telah diberikannya sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. BIBLIOGRAFI . kami berharap agar tugasan bagi subjek ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya kerana melalui tugasan ini banyak ilmu pengetahuan yang saya perolehi.Alhamdulillah.Rosli Bin Ab. terima kasih. Segala tunjuk ajar dan didikan yang telah beliau curahkan tidak akan saya lupakan. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kami Encik Hj. Semoga ilmu yang saya perolehi dapat diadaptasikan semasa proses pengajaran yang akan kami tempuhi di sekolah kelak. Sekian.

my%2F6873%2F1%2FDocument-14336_Version15023_applicationpdf_0. Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. ke-4. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu.net/guest8fbccf/pengajaran-bahasa-melayu http://www. 1989. Ed. Dewan Bahasa dan Pustaka. INTERNET http://www.pdf&rct=j&q=pengajaran+bahasa+melayu&ei=PD2mS6f9NMO6r Afjlcj3CA&usg=AFQjCNHQI0ZQmEIwM8WbjZIfIHIe2puzmQ HASIL PEMBELAJARAN TAHUN 4 . Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum Abdullah Hassan.BUKU Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). (1996).my/url? sa=t&source=web&ct=res&cd=6&ved=0CCgQFjAF&url=http%3A%2F %2Feprints.usm.com.com/docs/20629161/RANCANGANPENGAJARAN-HARIAN-Mata-Pelajaran-Bahasa-Melayu-Kelas http://www. Kamus Dewan.slideshare.google.docstoc.

Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar. • 5. Fokus Sampingan • 1. interpersonal. . Mencatat nota dalam bentuk grafik. intrapesonal • Konstektual  bekerjasama.Fokus Utama 9.  Aras 2 i. menghubungkait • Konstruktivisme  menilai. Kemahiran Bernilai Tambah • Kecerdasan Pelbagai  verbal linguistik. serta memahami perkara yang dibaca.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca. boleh menerangkan Aktiviti 1 • Murid mencari isi tersurat dan tersirat mengenai petikan ‘Sayangi Alam Sekitar’ dan persembahkan dalam bentuk peta minda.Menerangkan maklumat yang tersurat dan tersirat tentang sesuatu peristiwa.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat  Aras 2 i. Aras 1 i.

 Wakil setiap kumpulan akan mendapatkan kertas mahjong untuk diisi peta minda.  Murid diberikan masa untuk menjawab lembaran kerja yang diberikan. Aktiviti 2 • Menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan ’Sayangi Alam Sekitar’ yang dibaca Langkah-langkah  Murid memberikan tumpuan terhadap guru yang bercerita kepada murid tentang cerita terdapat dalam petikan.  Murid-murid akan mempersembahkan peta minda di hadapan kelas.  Murid-murid akan merangka isi-isi tersebut dalam peta minda.  Murid membacakan jawapan yang ditulis semasa sesi perbincangan.Langkah-langkah  Murid mendapatkan petikan bertajuk ‘cintailah alam sekitar’ daripada guru.  Murid-murid akan membaca petikan secara senyap dalam kumpulan.  Murid-murid mencari isi tersurat dan tersirat didalam petikan.  Murid mendapatkan lembaran kerja daripada guru.  Murid berada didalam kumpulan masing-masing. .  Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan dengan petikan.  Murid membuat pembetulan.

 Murid akan membaca petikan secara senyap.  Murid berada didalam kumpulan masing-masing.  Murid akan membuat refleksi tentang situasi yang dilakonkan.Aktiviti 3 • Murid membuat lakonan berdasarkan situasi perbualan petikan bertemakan ‘Sayangi Alam Sekitar” Langkah-langkah  Murid mendapatkan petikan perbualan yang mengambarkan situasi bertemakan ‘Sayangi Alam Sekitar’ daripada guru. .  Setiap murid dalam kumpulan akan melakonkan watak masing-masing berdasarkan kepada petikan yang telah dipamerkan.

menghayati organisasi sukatan pelajaran serta dalam merangcang aktiviti berdasarkan aras pembelajaran yang sesuai.Ini penting bagi mendedahkan pengetahuan awal sebelum belajar secara lebih mendalam. beliau membekalkan kami dengan pelbagai persediaan terutama dari aspek teori dan praktikal didalam sesi kuliah khususnya waktu ditugaskan ke sekolah nanti. Pensyarah pembimbing dalam subjek ini ialah Tuan Hj Rosli Bin Ab. Selain itu juga ada dibincangkan bagaimana cara-cara membuat analisis dan menerapkan kemahiran Bernilai Tambah dalam merencanakan aktiviti. Bagi subjek ini.Refleksi keseluruhan Tugasan Kerja Kursus pendek bagi subjek Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah(3101) ini merupakan satu cabaran baru kepada kami. melalui perkongsian ilmu yang dicurahkan. Subjek dibawah kendalian Jabatan Bahasa Melayu ini banyak memberikan input dalam kemahiran menganalisis unsurunsur dalam sukatan pelajaran.kami banyak didedahkan dengan analisis huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahap satu dan tahap dua. merancang aktiviti dan membuat langkah-langkah pengajaran. Ia sebagai pendedahan awal kepada guru-guru pelatih untuk mengkaji dan menghayati Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.saya telah menerima tugasan KKP BMM 3101. Pada peringkat awal pembelajaran kursus ini. Seterusnya kami diperkenalkan dengan kebolehan merancang serta menghubungkaitkan sukatan pelajaran dengan kemahiran bernilai tambah serta membuat analisis. . Tugasan berdasarkan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan kami menyediakan tiga aktiviti pengajaran. secara dasarnya dapat kami katakan kandungan pelajarannya adalah lebih kepada pemahaman sebagai seorang guru terhadap sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Didalam kelas juga kami telah dutugaskan untuk membuat beberapa aktiviti dan dibentangkan didalam kelas sebagai persediaan awal dalam merancang aktiviti serta membuat langkah pengajaran Setelah pembelajaran teori sewaktu kuliah. Ghani.

terdapat sedikit masalah dalam merangcang aktiviti ini.Untuk menyiapkan tugasan ini.penerapan kemahiran bernilai tambah dan menyediakan langkah-langkah pengajaran yang sesuai. Kami membahagikan aras pembelajaran kepada fokus utama dan fokus sampingan.setelah itu. Profesion keguruan perlu dipelihara melalui personaliti guru. Permasalah tersebut ialah untuk memilih sukatan pelajaran bagi tahun berapa. Seterusnya ialah merancang aktiviti pengajaran. Setelah itu. Ianya sedikit merumitkan apabila ada yang tidak dapat dimuat turun daripada internet. dalam membuat perancangan aktiviti. Setelah berjaya mendapatkan contoh RPH kami telah merancang aktiviti pembelajaran dengan berpandukan kepada aras pembelajaran. ciri-ciri dan personal yang ditunjukkan oleh guru akan dijadikan ikutan dan bebas daripada sebarang gejala sosial. Kesimpulannya. kami telah banyak mendapat pengajaran daripada kursus ini. saya bukan sahaja menyiapkan diri saya dengan ilmu dan kemahiran dalam melaksanakan proses pengajaran-pembelajaran sahaja tetapi juga menjadi rol model kepada para pelajar pada masa depan. Setelah membuat analisis kami membuat ringkasannya dalam bentuk grafik. Selepas itu. Impaknya adalah sebagai seorang bakal guru. . bagi tugasan yang pertama memerlukan kami membuat analisis mengenai unsure-unsur dalam Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran. Setelah menbuat analisis dan rujukan kami memilin untuk merancang aktiviti berdasarkan sukatan pelajaran tahun empat. kami perlu mendapatkan beberapa contoh Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap sabagai panduan untuk membuat langkah-langkah pengajaran.kami memilih aras pembelajaran yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dirancang. Dengan itu. Kami membuat beberapa rujukan dan carian bagi mendapatkan sukatan pelajaran ini. Kami marancang aktiviti berdasarkan aras pembelajaran dengan menerapkan kemahiran bernilai tambah.kami perlu mendapatkan huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tahap satu dan tahap dua.

Langkah pertama yang dilakukan ialah memilih aras pembelajaran yang sesuai dan menentukan fokus utama serta fokus sampingan dalam proses merancang aktiviti. Saya juga membuat rujukan beberapa contoh Rancangan Pengajaran Harian(RPH) guru bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas.namun hasil bimbingan pensyarah pembimbing berkaliber Tuan Haji Rosli Bin Ab. Berbekalkan bahan yang diedarkan oleh pensyarah semasa kuliah. Setelah mendapat kata sepakat memilih tahun empat.saya perlu menelaah Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terlebih dahulu. Ghani telah mendedahkan saya dengan beberapa kemahiran iaitu kemahiran mencari isi kandungan dankefahaman maklumat. Dalam merangcang aktiviti pengajaran ini. Walaupun saya tidak begitu mahir dalam merancang aktiviti pengajaran ini. Selain daripada internet. Ini disebabkan saya perlu menyediakan perancangan tiga aktiviti dan langkah-langkah pengajaran yang bsesuai dengan menerapkan beberapa unsur-unsur Kemahiran Bernilai Tambah.saya juga membuat rujukan di perpustakaan dengan mendapatkan buku teks Bahasa Melayu tahun empat disamping . Selain itu rujukan secara ’on-line’ melalui internet dan blog banyak membantu saya. Saya dan ahli kumpulan saya Ahmad Asyraf telah memilih Sukatan Pelajaran bagi tahun empat untuk aktiviti pengajaran.antaranya nota-nota serta penerangan kuliah yang jelas telah banyak memberikan saya panduan dalam merancang aktiviti ini.. merancang dan menghubungkait aras pelajaran serta membuat analisis sehinggalah untuk merangcang aktiviti pengajaran. Ini penting bagi menentukan hasil pembelajaran supaya perancangan aktiviti menjurus kepada fokus utama terhadap murid.REFLEKSI (MOHAMAD IZAR BIN KAMARUZAMAN) Tugasan Kerja Kursus Pendek bagi matapelajaran Pengajian Ssukatan Pelajaran Bahasa melayu Sekolah Rendah (BMM3101) ini merupakan satu cabaran baru kepada saya.saya saya telah membuat pengumpulan maklumat dan menganalisis unsur-unsur terdapat dalam sukatan pelajaran tahun empat.

Ia mejadikan saya seorang yang mahir merancang aktiviti pengajaran berdasarkan aras-aras pembelajaran. Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini.insyaAllah. masa untuk berbincang dengan pensyarah juga terganggu karana pensyarah terlibat dalam progran Memperkasakan Bahasa Melayu dan sukar untuk saya berkolaborasi serta tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Tugasan ini juga menjadikan saya teliti dan mempunyai sikap menyelidik untuk bagaimana menjadikan proses pengajaran yang berkesan. . antaranya kelajuan talian internet. Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran ini.mendapatkan Huraian Sukatan Pelajaran tahun 4. Bahan dari internet yang akan dicantumkan dengan bahan dari buku teks untuk mendapatkan hasil yang lebih matang. Selain itu talian internet maktab yang menahan website telah menyukarkan saya kerana ada yang tidak dapat dibuka untuk dibuat rujukan. Pengetahuan ini akan saya terapkan semasa saya menjalankan praktikum disekolah serta setelah saya bergelar seorang guru nanti.

ANALISIS UNSURUNSUR DALAM ORGANISASI KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH AKTIVITI DAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN .

REFLEKSI • KESELURUHAN • INDIVIDU KOLABRASI .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful