You are on page 1of 6

PBS 3103 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH LAPORAN TUGASAN PBS 3 (PJM 3106 Anatomi dan Fisiologi) Pada hari

ketiga PBS saya (09 March 2011), saya meminta kebenaran untuk memerhati kelas Pendidikan Jasmani Encik Arrif, ketua panitia Pendidikan Jasmani sekolah SK Bekenu. Tujuan saya melaksanakan aktiviti ini adalah untuk menyempurnakan tugasan PJM 3106 saya. Saya memerhati kelas murid tahun 5 dan pengajarannya bertumpu kepada larian dengan baton.

Soalan 1: Semasa aktiviti memanaskan badan a. Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan? b. Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar? c. Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancangkan diberi tumpuan? d. Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan?

Jawapan: a. Sepanjang pemerhatian saya di kelas PJ Encik Arrif, aktiviti memanaskan badan telah dijalankan. Sebelum itu, guru mengarahkan murid-murid membuat satu bulatan besar di tengah-tengah gelanggang bola keranjang. Satu murid telah dipilih untuk mengetuai aktiviti memanaskan badan. Murid bermulakan aktiviti tersebut dari kepala hingga kaki. Guru menjadi fasilitator sahaja semasa aktiviti memanaskan badan dijalankan.

Sebelum aktiviti memanaskan badan: bulatan dibuat untuk persediaan.

Semasa aktiviti memanaskan badan: bahagian kepala.

Semasa aktiviti memanaskan badan: bahagian kaki.

b.

Penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan telah diberikan kepada pelajar sebelum aktiviti memanaskan diri dijalankan. Guru menyampaikan kepentingannya secara ringkas sahaja kerana murid-murid hanya bertahap sederhana. Guru memberitahu mereka bahawa aktiviti memanaskan badan merupakan persediaan badan sebelum bersukan, kita tidak akan mengalami kekejangan otot atau kecederaan lain kerana otot kita sudah bersedia untuk bersukan.

Murid-murid mendengar guru menjelaskan kepentingan aktiviti memanaskan badan.

c.

Otot-otot besar untuk aktiviti dirancang telah diberi tumpuan. Guru telah menjalankan aktiviti larian dengan baton, antara otot-otot tersebut adalah seperti berikut: 1) Quadriceps femoris 2) Hamstrings 3) Gluteus Maximus

4) Calf

5) Biceps brachii

6) Abdominals

d.

Aktiviti yang diberi tidak membahayakan otot-otot, sendi dan lain anggota badan. Guru telah merancangkan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap mereka, jika aktiviti dirancangkan terlalu lasak, kecederaan atau kemalangan mungkin berlaku. Guru memastikan murid mempunyai ruang yang besar untk pergerakan supaya tidak terlanggar apa-apa. Sebelum dan selepas aktiviti, guru akan menanya muridnya sama ada mereka dalam keadaan sihat.

Soalan 2: Adakah keperluan warm down dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar? Jawapan: Aktiviti warm down telah dijalankan sebelum murid bersurai daripada kelas PJ. Guru mengumpulkan murid dan mengetuai mereka untuk melaksanakan aktiviti warm down. Penjelasan warm down telah disampaikan dengan ringkas, guru memberitahu murid bahawa aktiviti warm down akan merehatkan otot dan mengelakkan kecederaan otot.

Aktiviti warm down

Soalan 3: Adakah peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang? Jawapan: Aktiviti kelas pendidikan jasmani tersebut adalah larian dengan baton. Peralatan pendidikan jasmani yang digunakan adalah sesuai dengan aktiviti yang dirancangkan. Peralatan yang digunakan untuk aktiviti adalah baton, kon kecil dan bola. Keadaan peralatan adalah selamat bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

Peralatan PJ

Soalan 4: Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang?

Jawapan: Pembahagian masa dari mula hingga tamat sesuai seperti yang dirancang. Sebelum kelas dilangsunkan, guru menunjukkan rancangan pengajaran hariannya kepada saya. Kelas ini mempunyai satu waktu sahaja iaitu 30 minit. Sepanjang pemerhatian saya, guru telah menggunakan 5 minit untuk aktiviti memanaskan badan serta penerangannya. Dia menggunakan 20 minit untuk menjalankan isi kandungan pengajarannya iaitu larian dengan baton tanpa pasangan atau berpasangan. Yang terakhir sekali, aktiviti warm down menggunakan 5 minit.

Soalan 5: Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut. Jawapan: Sepanjang pemerhatian saya dalam kelas ini, saya mendapati guru membuat persediaan yang mencukupi sebelum memasuki kelas, seperti pembahagian masa, penggunaan peralatan dan isi pengajaran kelasnya. Oleh itu, kelas pj tersebut dijalankan dengan lancar dengan perancangan yang rapi. Pada pendapat saya, saya mencadangkan guru mengaturkan murid yang tidak berpakaian sukan dengan menjalankan tugasan lain seperti menjadi pengira masa atau penjaga peralatan.

You might also like