BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK 1

Sintaksis

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara yang berikut:     Struktur binaan ayat Pembahagian subjek dan predikat; Ayat dasar dan ayat terbitan ; Susunan dalam ayat Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Selain itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Hasil dari binaan perkataan, frasa. klausa, ialah satu ayat.

1

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menjelaskan definisi ayat, ayat dasar, ayat terbitan, struktur binaan ayat, binaan subjek dan predikat

2.

Menganalisis binaan ayat, binaan ayat dasar, binaan ayat terbitan dan struktur subjek dan predikat dalam ayat.

KERANGKA TAJUK-TAJUK => => Ayat merupakan unit binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain. => Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum tatabahasa atau rumus transformasi. => Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula dan peluasan. Struktur binaan ayat : subjek dan predikat boleh berubah-ubah kedudukan mengikut kesesuaian dalam proses penerbitan ayat.

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat dan binaannya. Seterusnya, perbincangan difokuskan kepada struktur binaan ayat serta struktur binaan subjek dan predikat dalam ayat.

1.1 Definisi Ayat (Sintaksis) Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang

2

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al, 2006). Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . 2008). Contoh binaan ayat: Subjek (1). Ali (FN) (2). Pemburu itu (FN) (3). Bajunya (FN) (4). Rumah itu (FN) Predikat peniaga (FN) melontar lembing (FK) cantik sekali (FA) di tepi sawah (FS)

1.2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Contoh: Subjek (5). Amin (6). Abang kandungku (7). Pegawai kastam itu Predikat guru besar di sekolah baru itu. sedang berehat di bilik sebelah. amat cekap.

Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang. Subjek (8). Guru besar di sekolah baru itu (9). Sedang berehat di bilik sebelah (10). Amat cekap Predikat Amin. abang kandungku. pegawai kastam itu.

3

(13) Pak Cik membaca(FN+FK) => Pak Cik membaca surat khabar.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 1. Contoh : Ayat Dasar -------- Ayat terbitan (perluasan) (11) Faridah guru (FN+FN) (12) Ah Meng berlari (FN+FK) => Faridah guru yang sabar. (15) Mak Limah ke sawah (FN+FS) => Mak Limah ke sawah untuk menuai padi. LATIHAN (i). penyusunan semula atau peluasan. (ii). Bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat terbitan. Bincangkan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu 4 . Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti .3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi.Sabran. Rahim Syam . => Ah Meng berlari dengan pantas. Nyatakan kepentingan membuat analisis sintaksis dalam kalangan guru bahasa. (14) Kucing comel (FN+FA) => Kucing comel itu kesayangan Mama. iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj. Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran.1987). AKTIVITI (i).

Sabran.Bhd. Petaling Jaya: Oxford Fajar Nik Safiah Karim et. (2008). Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Bahasa Melayu II. Tatabahasa Dewan. Raminah Hj.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Siti Hajar Abdul Aziz Sdn.al (2006). 5 . Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Rahim Syam (1987).

(Marzukhi Nyak Abdullah. jenis ayat serta aspek tatabahasa bahasa Melayu akan disentuh dalam bab ini. Perpindahan ayat merupakan satu proses pembentukan ayat berdasarkan binaan subjek dan predikat sama ada secara susunan biasa atau susunan songsang. konsep ragam ayat. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. Menyatakan konsep ayat berdasarkan jenis dan ragam ayat. Menjelaskan jenis-jenis ayat. Ragam ayat . Jenis Ayat SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Konsep kata dan perpindahan ayat dalam Bahasa Melayu.1997). jenis ayat Sintaksis dan aspek tatabahasa bahasa Melayu Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 2 Sintaksis:   Urutan Kata. 6 . Selain itu. Perpindahan Ayat Ragam Ayat. ragam ayat serta aspek tatabahasa dalam binaan ayat. 2. yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. anda seharusnya dapat: 1.

(3). Sebagai contoh. Ramli sangat pandai bermain skuasy. Aspek-aspek tatabahasa yang menjurus kepada bidang sintaksis merupakan aspek penting dalam melengkapi kajian bahasa. (2). terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut: (1). 2. ragam ayat. kata kerja.1975). Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep sintaksis yang merangkumi konsep kata dan perpindahan ayat. 7 . Kek lapis itu enak sekali. Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sama ada kata nama. jenis ayat serta aspek tatabahasa yang lain.0 KANDUNGAN ISI Untuk pengetahuan anda. (Lutfi Abas . Maniam itu baik sungguh.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK Sintaksis Konsep kata dan perpindahan ayat Ragam Ayat.1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat. Jenis Ayat Aspek Tatabahasa 2.adjektif atau kata sendi nama.

perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah: a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin) Paulus = Paul Mariam =Mary vidit = melihat Dalam hubungan tersebut.al 2008). kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut. Kedudukan sesuatu perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et. Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut. b) Min aina anta ? (bahasa Arab) Min = daripada / dari aina = mana anta = kamu (lelaki) Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana? Oleh itu . Oleh itu. akhiran –us dan –am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek. 8 . ayat Melihat Paul.perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan. dalam bahasa Melayu.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. Sebaliknya.

Ayat pasif pula mengutamakan Contoh: (4) Amar menendang bola itu. ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut polapola yang tertentu.1 Ayat aktif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. Seterusnya. subjek terbitan sebagai judul. (ayat pasif) (8) Saya tendang bola itu.2. kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah satu unsur dalam ayat. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. (ayat aktif) (5) Bola itu ditendang oleh Amar. (ayat pasif) (6) Saya menendang bola itu.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. Dengan perkataan lain. (ayat aktif) (7) Bola itu saya tendang. 9 . (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat) 2. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.2 Ragam Ayat Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan.

di pantai Damai. Air mata b) Ayat Aktif Tak Transitif Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif (12). 2. Kereta itu (16). Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu: a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. Pekerja (10). i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif Subjek Kata Kerja Pasif (15). pipinya. Kanak-kanak (13).2 Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan.2. Diana sedang mandi memutih menangis Objek di kolam itu. Keterangan 10 . Budin (11). membaiki membeli membasahi Predikat Objek jalan itu.Semak samun sudah dibeli dibersihkan Oleh + Frasa Nama oleh Amin oleh pekerja minggu lepas setiap bulan. Ombak (14). sepanjang malam.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh : a) Ayat Aktif Transitif Subjek Kata Kerja Transitif (9). buah durian.

Contoh: (21). (22). Dunia ini penuh dengan dugaan. 11 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua sudah saya bersihkan belum awak makan Keterangan (17). Rusa itu (20). Budak itu kena kena tembak kejar oleh pemburu. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan. Saya sudah memiliki kereta baru. Kereta itu (18). iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh+Frasa Nama (19). 3. Dia pandai mengawal emosinya. Kuih itu pagi tadi. Jenis Ayat Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis. lagi. oleh anjing. (23). i) Ayat penyata ii) Ayat tanya iii) Ayat perintah iv) Ayat seruan a) Ayat Penyata Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.

marah. Bincangkan pola-pola ayat pasif dalam bahasa Melayu 12 . Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya. suka. amboi. gembira.sedih dan sebagainya. terkejut.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU b) Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. anda.takut. c) Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih. LATIHAN 1. Nyatakan 4 jenis ayat dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh- contoh yang sesuai. d) Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah. aduh dan sebagainya. 2. wah. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak. AKTIVITI 1. cis. hairan dan lain-lain.gembira. kamu. engkau dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh. duka . Menurut Abdullah Hassan (2005).

Bhd. 13 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Marzukhi Nyak Abdullah. Raminah Hj.Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia.al (2006). Nik Safiah Karim et.Rahim Syam (1987).Sabran. Tatabahasa Dewan. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. (1997)Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Malah.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 3 Frasa Nama Bahasa Melayu SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:   Konsep Frasa Nama. frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. iaitu frasa subjek dan frasa predikat. iaitu frasa nama (FN). Binaan Frasa Nama bahasa Melayu. ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. frasa kerja (FK). Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu. Sehubungan itu. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). terdapat unsur frasa nama yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Tanpa unsur frasa. 14 . maka sesuatu ayat itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna. manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa.

2.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis frasa nama bahasa Melayu. KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Nama inti 3. 15 . menjelaskan definisi frasa nama dan.0 KANDUNGAN ISI + inti inti + penerang Anda perlu mengetahui bahawa. Seterusnya. anda seharusnya dapat: 1. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa nama berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. menjelaskan binaan frasa nama.

Struktur Frasa Nama (inti + inti) Frasa Nama Inti (5). disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj. Emak (2).1 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et. (2008) ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Ibu (6). Emak Wan Seng (3). 1986) Contoh : Subjek Frasa Nama (1). Anak (11). untuk pekerja sahaja. atau sebelum dan sesudah frasa nama. Atlet (8). Pelajar (9).al. Kucing Penerang paralimpik semester akhir Jabatan Haiwan yang soleh itu jinak itu 16 Predikat meraih pingat emas. Putrajaya (4). baik akhlaknya. bandar selamat. Pegawai (10). peniaga sayur.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 3. memberi ceramah. Struktur Frasa Nama (inti + penerang) Frasa Nama Inti (7). bandar selamat. menduduki ujian. Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama. . Bandar Putrajaya Predikat Frasa Nama peniaga. menggigit makanan. Keluar Inti bapa masuk Predikat saling bantu-membantu.Omar. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya.

Jawa.1983). parsi. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang binaan frasa nama bahasa Melayu. mawar.al. Penerang kegunaan nama serbuk minyak kari pelincir skru pintu lelaki. (Abdullah menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan Hassan. namun perbincangan dalam topik 3 ini frasa nama. Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut: Binaan Nama Penerang keturunan Suku bangsa Penerang Inti + Penerang Nama jenis bunga nama kucing nama askar Frasa Penerang Inti Penerang British. Frasa digunakan bagi membina ayat. wanita.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 3. Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. 2006).2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et. pantai Penerang penyambut nama pemutar penjaga Penerang kelamin Penerang tempat nama pelakon guru nama pinggiran 17 . Dalam struktur binaan ayat.

Penerang Penerang (Penentu belakang) Inti orang rumah Penerang kata kerja Penerang kata adjektif Penerang frasa sendi nama Penerang bilangan ordinal Inti + inti dengan maksud Inti + inti sama erti Inti + inti dengan maksud berlawanan tuan atas hidup mesin bilik pengemis kereta baju banglo tempat tingkat tubuh bukit itu ini kira menunggu muda antik di jemuran di desa.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Penerang (Penentu Binaan Frasa Nama Hadapan) Inti Penerang (Bilangan+penjodoh (Inti) bilangan) tiga orang lima buah tujuh dulang guru kereta nasi minyak. kedua ketiga badan bukau puan bawah mati 18 .

al (2006) Sintaksis. 2. atau akhbar tempatan.Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 19 . Asmah Hj. PTS Professional Publishing Sdn.al (2008).Bhd. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et. Tulis 10 contoh frasa nama bagi binaan inti + penerang nama.Omar (1986) Nahu Melayu Mutakhir. Apakah ciri-ciri yang dapat membezakan frasa daripada ayat? BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Senaraikan 20 binaan frasa nama berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. LATIHAN 1. Abdullah Hassan et. Tatabahasa Dewan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1.

0 Konstituen Frasa Nama Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspekaspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu :    Peraturan D-M (Hukum D-M) Kekecualian Hukum D-M Bilangan dan panggilan Peraturan D – M (Hukum D . unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Contoh : Frasa Nama Diterangkan (Inti) Askar Budak Pemain Penarik Penghantar Pensyarah Pakar Doktor Menerangkan (Penerang) Melayu lelaki boling beca surat wanita psikologi veterinar 20 .1 Dalam tatabahasa bahasa Melayu. D-M membawa maksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini.M) 4.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 4 Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu  Peraturan D-M  Kekecualian Hukum D-M  Bilangan dan Panggilan 4.

sos cili (bukan cili sos) . keadan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam konteks hukum D .M. Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri . seperti sesetengan penguna bahasa Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur berbahasa.nasi goreng (bukan goreng nasi) 4. terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan.Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim) .sup kambing ( bukan kambing sup) . 21 .cakera padat (bukan padat cakera/compact disc) . Selain itu. Lama-kelamaan. kekecualian hukum D .2 Kekecualian Hukum D . Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa.pisang goreng (bukan goreng pisang) .Restoran Ali ( bukan Ali Restoran) .kentang goreng ( bukan goreng kentang) .M juga wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan.M Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam masyarakat pengguna bahasa.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh-contoh lain: .

hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar. (15). Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman. menteri pengangkutan.Ali. Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian. (16). imam besar. Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian. (17). 22 . dan seumpamanya. Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh: Penerang (M) Perdana Ibu Naib Ketua Timbalan Naib Pembantu Menteri Pejabat Presiden Hakim Perdana Menteri Presiden Penyelaras Diterangkan (D) Namun. (18). Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari. menteri kanan. (13). (14). Mohd. Contoh penggunaan dalam ayat: (12). Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 4.3 Bilangan dan Panggilan Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di hadapan katan nama inti. (Abdullah Hassan, 2006) Dalam konteks ini, bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa.

Contoh

:

lima ekor kuda segolongan kecil peneroka kelima-lima pendekar silat sekumpulan penyelidik segelintir pengundi sejumlah wang sebilangan besar pekerja Contoh ayat: (19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir. (20). Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu. (21). Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan. (22). Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas. (23). Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ. (24). Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan. (25). Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung.

Secara lebih khusus, kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan makna (Hashim Hj.Musa, 1993); i. Kata bilangan tentu ii.Kata bilangan tak tentu iii.Kata bilangan himpunan iv.Kata bilangan pisahan v.Kata bilangan pecahan; dan vi.Kata bilangan tingkatan 23

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Kata Bilangan Tentu Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad. Contoh: satu = 1 dua = 2 Contoh ayat: (26). Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam. (27). Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet Malaysia. (28). Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian. (29). Shakira mempunyai empat ekor anak kucing. (30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih . empat = IV sepuluh = X

Kata Bilangan Tak Tentu

Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus . Contoh: Segala, semua , banyak ,sedikit, beberapa, sekalian, sekelompok. Contoh ayat: (31). Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman. (32). Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung. (33). Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai.

Kata Bilangan Himpunan Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul. Contoh: berpuluh-puluh, berbelas-belas, beratus-ratus, beribu-ribu, kedua-dua, kelimalima, kesemua. 24

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh ayat: (34). Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara. (35). Kedua- dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan. (36). Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat. Kata Bilangan Pisahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Kata jenis ini juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing. Contoh: masing-masing, setiap, tiap-tiap Contoh ayat: (37). Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan sukan. (38). Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah. (39). Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan. Kata Bilangan Pecahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada jumlah keseluruhannya. Contoh: setengah, separuh, sepertiga, segelintir, sebahagian Contoh ayat: (40). Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali. (41). Sabar itu adalah separuh daripada iman. (42). Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir. Kata Bilangan Tingkatan Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf tingkatan bilangan. contoh: pertama, kedua, ketiga , keseribu. 25

konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan. Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata nama inti. pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus. Haji. Contoh: Datuk Maharaja Lela Datuk Sagor Haji Abdul Rahman Limbong Tuan Adam Puan Mastura Chong Contoh ayat : (46). (45). Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di Perak. Gerai pertama menjadi perhatian pembeli. Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan. Puan . Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut. Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas. Tun.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU contoh ayat: (43). (48). 2008).4 Panggilan / Kata Panggilan Sementara itu. (47). (44). 4. Tunku. Jenis-jenis kata panggilan seperti Tuan. Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan. Profesor Ungku Aziz Tunku Kamalia Syed Zain Barakbah Sharifah Mona Alsagoff Tan Sri Malik Kamal 26 .Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung pengurusan haji di Malaysia.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). e) Itu hari kita sudah bercadang melawat mini zoo. Bina carta atau pengurusan grafik untuk menunjukkan peraturan D – M. Apakah maksud hukum D-M? 2.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1. Abdullah Hassan et.M.al (2006) Sintaksis.Bhd. f) Lain masa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. a) Ahmad punya kedai terletak di sebelah bas terminal. d) Lain-lain hal boleh dibincangkan pada lain hari. 27 . Hashim Hj. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. LATIHAN 1. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. c) Kenderaan mini bas sudah semakin dilupakan.al (2008).Bhd. g) Sport rim kereta itu milik Romli. b) Cili sos jenama lada dijual di Aminah Mini Market.Bhd.Musa ( 1993) Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur. Nik Safiah Karim et. Bahasa Melayu II. Tatabahasa Dewan. Tulis semula ayat. anda boleh bayar bil awal. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.ayat di bawah dengan ayat-ayat yang sesuai berdasarkan Hukum D.

frasa kerja (FK). Frasa kerja juga menjadi salah satu tonggak dalam binaan sintaksis. manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa. Sehubungan itu. terdapat unsur frasa kerja yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja (1. iaitu frasa subjek dan frasa predikat.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 5 Frasa Kerja Bahasa Melayu    Binaan Frasa Kerja Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek Binaan Frasa Kerja Dengan Objek SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:   Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja Menganalisis binaan frasa kerja. Malah.6) 28 . Frasa kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat.1) Menganalisis binaan frasa kerja. frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. iaitu frasa nama (FN). binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu. ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek (1. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

29 . (2008) ialah frasa yang terdiri Frasa Kerja daripada kata kerja sebagai unsur intinya. 5. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. Dalam susunan ayat biasa.1 Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu menurut Siti Hajar Abdul Aziz.al (2006).0 KANDUNGAN ISI Anda perlu mengetahui bahawa. Menurut Abdullah Hassan et. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Kerja(Predikat) Frasa kerja (tanpa objek) Frasa Kerja (dengan objek) 5. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. frasa kerja berfungsi sebagai predikat.

2 Binaan Frasa Kerja Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. (7). 5. Pemuzik itu (4). terjatuh dan bergaduh. Contoh : (5). 30 . (10). Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang.1 Frasa Kerja Tanpa Objek Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat. 5. (6). Emak (2). (92) dan (93) menunjukkan kata kerja tidur. Faisal tidur lena di bilik tidur. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. Dia selalu bergaduh. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh : Ayat Subjek (1). Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya. (9). meniup saksofon. Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah. Contoh: (8). Berdasarkan contoh ayat di atas. ayat (91) . Faisal tidur lena. mencipta lagu itu.2. Emak Ahmad (3).Ramlee Predikat Frasa Kerja menjemur kain. menjual sayur di pasar. Budak nakal itu terjatuh lagi. P. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang.

Contoh: Frasa Kerja Kata Kerja Transitif Menaikkan menganyam membaiki Penyambut bendera tikar radio Contoh ayat lengkap: (11). Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan. Dalam konteks ini . Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. (13). kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang. (12). (95). dan (96). Hal yang demikian berlaku dalam proses membina sesuatu ayat.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Dalam ayat (94). frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Biarpun begitu. Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek. Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. 5. 31 . frasa kerja. Dalam ayat (11). Ibu menganyam tikar setiap hari. Mahmud membaiki radio yang telah rosak.3 Frasa Kerja Dengan Objek Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama. frasa adjektif dan frasa sendi nama. ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek) Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut. (12) dan (13).

Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang. Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu. ‘produk ’. (18). 32 . Catatan: kejadian’. Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif. (15). (19). Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 – 24) (20). Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat. (16).Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba. Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19). ‘tangan’. Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama (21). Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan. (23). (17). (22). Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring. (24). Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan.Halijah menggenggam erat tangan suaminya. ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif.

Bhd. Bahasa Melayu II. Siti Hajar Abdul Aziz Sdn. Tulis 10 contoh frasa kerja tanpa objek LATIHAN 1. Abdullah Hassan et. Kuala Lumpur.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1. Petaling Jaya: Oxford Fajar 33 . BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. (2008).Bhd. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. PTS Professional Publishing Sdn. atau akhbar tempatan.al (2006) Sintaksis. Buat analisis binaan frasa kerja berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 6 Frasa Kerja Bahasa Melayu  Frasa Kerja dengan Kata Bantu  Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen  Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:  frasa kerja dengan kata bantu. Kata bantu boleh hadir di hadapan predikat kata kerja. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.1) 34 . Selain itu. Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. aspek penggunaan ayat komplemen dan unsur keterangan akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa kerja bahasa Melayu. frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja(1. anda seharusnya dapat:  Menghurai frasa kerja dengan kata bantu. kita akan melihat pola-pola frasa kerja yang menggunakan kata bantu dalam predikat. frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja. Frasa kerja dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata bantu dalam predikat. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata dalam sesuatu frasa bahasa Melayu menghasilkan satu sistem yang komprehensif. Dalam perbincangan ini.

telah .1 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. ini atau masa hadapan. Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah . frasa kerja berfungsi sebagai predikat.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Kerja (Predikat) Frasa kerja (didahului kata bantu aspek. 6. 35 .0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa. (2). Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau. Dalam hal ini. Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat-pendapat ahli bahasa. Dalam susunan ayat biasa.pernah) (1). diberikan contoh ayat berkaitan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek. dan kata bantu ragam) Frasa kerja (dengan ayat komplemen) 6.

(11). mesti. Contoh ayat: (6). Contoh : telah. (9). boleh. Anda mesti belajar untuk menguasai kemahiran mengajar. (5). (7). Wan Malini akan memetik bunga di taman. (8). dan dapat Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang aspek perasaan. Yatim boleh berjaya jika dia berusaha bersungguh-sungguh. Menurut Nik Safiah Karim et. frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif. Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang. Daud dapat menyertai program sukan berkuda di Johor Bahru. 36 . Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan belum) (4). belum 6. Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi juara.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (3). sudah. masih. (10). boleh menerima ayat komplemen. atau masa hadapan. Dia hendak bekerja di Kuala Lumpur. kini. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek yang memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. akan. Kata Bantu Kata Bantu Aspek Memerihalkan masa lampau.al (2008). mahu. 6. harus.3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat. sedang. Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota.2 Kata Bantu Ragam Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. Contoh: hendak. Dia harus pulang ke kampung segera.

Bagi kata kerja transitif. terjatuh dan bergaduh. frasa kerja tak transitif telah menerima ayat komplemen. unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas 37 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Dalam binaan predikat. Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat sampai ke destinasi. semoga dan untuk. (17). Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk. Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu untuk kesihatan minda. Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar. dan (17). unsur keterangan hadir selepas objek (penyambut). maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk Contoh : (i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen (12). frasa adjektif. Berdasarkan contoh ayat di atas. (14). (13) dan (14) menunjukkan kata kerja tidur. (16).4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja Unsur keterangan dalam frasa kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. ayat (12) . Unsur –unsur biasanya hadir selepas kata kerja. demi. (16). Biarpun begitu. Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung. Dalam ayat (15). (ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen (15). Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan. Yang pasti. Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan komando. 6. dan frasa nama. ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk. (13). supaya. Apabila keadaan sedemikian berlaku. Unsur-unsur keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama. frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata kata hubung bahawa.

ke. .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur binaan dalam satu-satu frasa. Contoh: (18) Dia belajar di universiti. (21) Emak Shafik menerima hadiah cenderamata daripada guru besar. tahun lepas. (ii) Keterangan waktu Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu   Contoh : (22) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam.kepada . dalam .dari. Penggunaan kata sendi nama di. (24) Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam. sejak dan hingga bentuk frasa nama seperti semalam. (19) Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah.daripada. (23) Pameran kesenian itu bermula sejak semalam. unsur keterangan dapat dibahagikan kepada lapan jenis: (i) Keterangan tempat atau arah (ii) Keterangan waktu (iii) Keterangan cara (iv) Keterangan tujuan atau harapan (v) Keterangan alat (vi) Keterangan penyertaan (vii) Keterangan hal (viii) Keterangan bagai Huraian: (i) Keterangan tempat atau arah Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa. Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja.pada jelas terdapat dalam unsur keterangan ini. (20) Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan. 38 bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada.

Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. (27) (a) Menteri berjalan dengan megahnya. Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar. (iv) Keterangan tujuan atau harapan   Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (iii) Keterangan cara   Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif. (26) (a) Azman berlari dengan pantasnya. Contoh : (28) (29) (30) Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan. untuk dan bagi. (25) (a) Air sungai mengalir dengan derasnya. 39 . (26) Azman berlari pantas. Contoh : (25) Air sungai mengalir deras. (33) Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki. Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda –nya. perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. (v) Keterangan alat  Unsur yang menerangkan peralatan. (27) Menteri berjalan megah. Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi. Contoh: (31) Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api (32) Encik Ahmad memotong kek dengan pisau. Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup.

Contoh : (40) Amran berlagak seperti pegawai tinggi . terhadap. 40 . bagai. Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap. Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti. (41) Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung . Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. 6. (vii) Keterangan hal   keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan kata sendi nama yang digunakan ialah tentang. (39) Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut. (43) Hidungnya mancung bak seludang. Contoh: (37) Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu.5 Kesimpulan Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsur-unsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya. bak. sebagai.kesamaan atau hampir sama. (38) Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu. mengenai.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (vi) Keterangan penyertaan   Unsur yang menerangkan maksud ikut serta. (35) Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa surau. ikut bersama-sama atau melibatkan diri. (viii) Keterangan bagai   Unsur yang menerangkan keserupaan. Contoh: (34) Aminah datang ke masjid dengan suaminya. (36) Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya. (42) Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang.

berjumpa x.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhd. Bincangkan fungsi kata bantu ragam dan kata bantu aspek dalam frasa kerja. mengalami ix. PTS Professional Publishing Sdn. Nik Safiah Karim et. i. bertolak iii. memancing iv. 41 . Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Berdasarkan perkataan di bawah.al (2008) Tatabahasa Dewan. bersedia vii. berupaya vi. Bahasa Melayu II. mendirikan BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. memutuskan viii. Abdullah Hassan et. LATIHAN 1. bina ayat yang menggunakan predikat frasa kerja dengan kata bantu ragam atau kata bantu aspek. Hashim Hj. memikirkan ii.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU AKTIVITI 1. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Musa (1993). Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Kuala Lumpur. melagukan v. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhd.Bhd.

Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai keterangan. kata adjektif yang hadir selepas kata nama disebut sebagai penerang.Kata Bantu dalam Frasa Adjektif SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Binaan frasa adjektif : unsur pengisi frasa adjektif Penguat Kata bantu dalam frasa adjektif Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Selain itu. Dalam perbincangan ini. kata penguat dan kata bantu dalam frasa. Sementara. unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif bahasa Melayu ini.Penguat .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 7 Frasa Adjektif Bahasa Melayu . kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa.Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif . 42 .

frasa adjektif berfungsi sebagai predikat. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi frasa adjektif. Dalam susunan ayat biasa. 43 .1) Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. penguat dan kata bantu.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. (1. (1.2) KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Adjektif Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif Penguat Kata Bantu dalam Frasa Adjektif 7.

Contoh : (1) . Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. Bentuk sedemikian boleh berubahubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan. [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + penguat + kata adjektif] Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah: Kata Bantu sudah belum masih Penguat terlalu sangat terlalu amat Kata Adjektif tua prihatin masak awal baik Penguat benar - Dalam contoh-contoh di atas. Frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Wak Samad sudah terlalu tua Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya.1 Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur Frasa adjektif intinya. kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif. Dalam hal ini. Dalam binaan predikat. 44 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7. Namun. penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang kata adjektif.

Tanamannya subur. (6) .1 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat.1. Salim sangat rajin. 7. (5) . Penglihatannya kabur.2 Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua kata adjektif dalam ayat Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut: (i) kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna) contoh : letih lesu cantik molek lemak manis penat lelah (i) kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan) contoh: jatuh bangun hidup mati baik buruk susah senang pahit maung 45 . (3) . Dia kelihatan ceria.1.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7. Guru pelatih itu cergas (4) . Contoh: (2) .

Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling. nian (9) .  Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas. Contoh: (7) . Kereta lembu itu lambat benar. benar. 46 . Lukisan itu paling cantik. (12) . Contoh : sungguh amat. (8) . Pakaian puteri itu cantik sekali. Kubah masjid itu amat besar. Taman Bunga di istana itu indah nian. Terdapat tiga jenis penguat: (i) Penguat hadapan (ii) Penguat belakang (iii) Penguat bebas  Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif.  Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif seperti sekali. seperti dalam ayatayat berikut: (14). Rumahnya terlalu besar. Contoh: amat dan sungguh.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7. (15). Perangai anaknya terlalu amat sopan. terlalu amat. Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif. (10) . iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh. Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar .2 Penguat  Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif berdasarkan jenis-jenisnya. (11) . (13) .

(17). Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat. Contoh: (16). 47 . (22). Anak sulungnya itu sungguh masih muda. AKTIVITI 1. Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur. (23). (21). (20).3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. sungguh masih muda. belum. harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat. Kedudukan khemah itu masih amat jauh. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. belum terlalu lewat. misalnya: masih amat jauh. Pekerja baru itu belum sangat cekap. masih. Bincangkan fungsi kata bantu dalam frasa adjektif.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 7. Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat. Pelajar kelas peralihan itu sungguh telah pandai. belum sangat cekap. Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah. Anaknya sudah besar. sungguh telah pandai Contoh: (19). Pekerja yang berkualiti harus cekap. (18).

di bumi Gaza ini. dan pijak lantaran amarah yang membakar hati lantas kau tegar menyusun langkah pantas. jatuh bangunnya. hatinya cemas langkahnya kian tidak cergas. Mungkin rasa ihsan sudah terhakis dari dalam dirimu hingga kau mudah keliru antara langkah. Barangkali kau sudah lupa wahai rejim zionis. untuk memijak sesiapa jua dengan mata yang merah menyinga. menampar muka mendabik dada langkahmu pantas sungguh. letih lesunya. injak. 48 . Senaraikan frasa adjektif dalam petikan sajak di bawah.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU LATIHAN 1. hingga akhirnya kau terpijak kakimu sendiri dan jatuh tersungkur menyembah bumi. SAJAK : SEBUAH PERSOALAN Mengapa harus kau pijak kaki anak kecil itu? yang hanya semalam belajar bertatih dan jatuh kembali. penat lelahnya dihiasi air matanya berderai tangisnya mohon belas kasihan sedu-sedannya tanda kesedihan wajahnya pucat. Oleh: ESA ALHAJ Johor Bahru. sepak. bahawa kau juga pernah jadi anak kecil hidupmu sangat sederhana kautidur berselimutkan langit gelap impianmu sangat suram.

Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). PTS Professional Publishing Sdn. Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.al (2006) Sintaksis. Nik Safiah Karim et.Bhd. Hashim Hj. Abdullah Hassan et.Bhd.al (2008) Tatabahasa Dewan. 49 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu.Musa (1993). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selain itu. boleh hadir selepas frasa nama sebagai penerang. Harus dijelaskan bahawa frasa adjektif mempunyai ketentuan sama ada boleh hadir selepas subjek sebagai predikat. kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat serta frasa adjektif dan ayat komplemen. boleh hadir selepas kata kerja sebagai keterangan dan. unsur predikat yang terdapat dalam frasa objektif dapat diikuti oleh ayat komplemen yang mewujudkan ayat majmuk. Dalam perbincangan ini. Hal yang kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. 50 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 8 Frasa Adjektif Bahasa Melayu   Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Adjektif Bahasa Melayu   Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang besar dalam mengungkapkan kata sifat secara luaran dan dalaman berdasarkan konteks kata-kata adjektif tertentu demikian membuktikan bahawa dalam binaan frasa dan ayat.

0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. frasa adjektif berfungsi sebagai predikat. anda seharusnya dapat:   Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi.2) Menghuraikan ayat komplemen.(1.(1. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. 51 . kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif dan elemen berkaitan dengan susunan frasa serta ayat komplemen. penguat dan kata bantu. Dalam susunan ayat biasa.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.2) KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Adjektif Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen 8.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 8. Dalam hal ini. (susunan biasa) (2) (a) Putih bersih kulitnya (susunan songsang) [predikat + subjek] (3). frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat. Contoh-contoh lain: (2). Stadium itu sudah usang. Contoh : 8. [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + kata adjektif] Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut: (1) (a) Sudah usang stadium itu. [predikat + subjek] Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan. Dalam hal ini.1. Kulitnya putih bersih. Dalam binaan predikat.1 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur adjektif merupakan komponen penting dalam proses Frasa adjektif intinya. Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. Warna bola itu merah tua. (susunan songsang) [predikat + subjek] 52 . frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. Contoh: (1) .1 Frasa Adjektif Sebagai Predikat Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Frasa melengkapkan sesuatu ayat. (susunan biasa ) (3) (a) Merah tua warna bola itu.

Frasa Nama Kata Nama kereta warna baju madu pangkat kain benang kelapa pinang besar merah kelabu asli tinggi licin kasar muda masak 53 Kata Adjektif . Air sungai itu (7).1.3 Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama. Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja. Contoh: Subjek Predikat Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) (4). Pemuzik (8).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 8. laju. Amira (5).2 Frasa Adjektif Sebagai Keterangan Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan. Kucing itu berenang berpidato mengalir beraksi berlari sangat pantas. 8. Pelajar itu (6).1. lancar sekali. Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama. deras sekali. hebat sekali.

AKTIVITI 1. (12). Predikat Subjek Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) 54 . Bina 10 ayat berdasarkan pola binaan ayat di bawah ini. LATIHAN 1.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU kitab tebal 8. Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam acara boling. ayat komplemen. Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah sementara. (10). Bincangkan fungsi susunan frasa adjektif dalam sesuatu ayat.2 Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen. Kesannya. Contoh: tersebut akan menjadi ayat (9). Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya. Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu. (11).

Nik Safiah Karim et.Bhd.al (2006) Sintaksis.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur. Bahasa Melayu II. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. 55 .Bhd. Abdullah Hassan et. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ini membuktikan bahawa kepentingan elemen kata sendi nama menjadikan fungsi frasa sendi nama sebagai asas pembentukan predikat yang mempunyai pola FN+ FSN ( Frasa Nama + Frasa Sendi Nama). Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir sebelum frasa nama atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama. kita akan melihat pola-pola frasa sendi nama yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat . unsur predikat frasa sendi nama juga akan dibincangkan dalam bab ini. Selain itu. Dalam perbincangan ini.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 9 Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu  Binaan Frasa Sendi Nama  Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat  Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Sendi Nama    Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang utama dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama dalam ayat. 56 .

6) KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Sendi Nama Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama 9.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu daripada terdiri beberapa perkataan yang mewakili kata sendi atau kata adjektif sebagai unsur binaan frasanya. 57 . kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa sendi nama dan elemen berkaitan dengan binaan frasa sendi nama dalam ayat. anda seharusnya dapat: Menjelaskan definisi dan binaan frasa sendi nama(1.1) Menganalisis binaan dan kedudukan frasa sendi nama dalam ayat.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa.(1.

tentang.1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama Frasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN). Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek. hingga. dari. Dalam hal ini. sampai. Contoh : 9.2008) Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama. Contoh: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama di ke dari daripada kepada untuk dengan sejak tentang Frasa Nama gimnasium sekolah pusat tuisyen aluminium Tuan Jana Khatib ibu kemewahan semalam klorofil 58 . daripada . kata sendi nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama. (Abdullah Hassan et.al 2006).kepada .oleh. untuk. ke. (Nik Safiah Karim et. Frasa sendi nama terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu. akan bagi.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 9. dan sebagainya.1. dengan.1 Binaan Frasa Sendi Nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang Frasa sendi nama boleh bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa. Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di.al. pada.

3 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan) Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama dan keterangan.2 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama Frasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu unsur kata nama arah).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU sampai bagi siang ayah 9. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut kesesuaian ayat. Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Kata Nama Arah (i) di di (ii) ke ke (iii) dari dari atas luar bawah 59 Frasa Nama pentas pentas garisan garisan rumah rumah Keterangan pada saat itu.1. frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir tanpa kata nama arah.1. Selain itu. Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama (i) di (i) di (ii) ke (ii) ke (iii) dari (iii) dari dalam dalam belakang - takungan takungan kolam kolam pentas pentas 9. dengan bergaya dengan kayu - .

Kerusi itu daripada kayu jati.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU 9. (4). frasa adjektif dan frasa nama. Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud predikat frasa kerja.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat. 9. Ahmad ke sekolah setiap hari. 9. (5).(keterangan tujuan) (13).(keterangan hal) (11). frasa sendi nama hadir selepas subjek.Ayah berbincang tentang hal pertunangan. Contoh: (1). Bahaman daripada keluarga seni.2 Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. (3). Hadiah ini untuk ibu Zarina.(keterangan tempat) (10). Namun. (2).(keterangan cara) 60 . (keterangan bandingan) (8) Dahlan memasak pada waktu petang.Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya. unsur keterangan ini boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa. Kolam ikan di tepi taman.(keterangan penyertaan) (12) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri. Dalam sesetengah ayat lain. (6). Contoh: (i) Keterangan bagi frasa kerja Contoh: (7) Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional.2.Hang Tuah menikam lanun dengan keris. (keterangan masa) (9) Marini berehat di tepi pantai. Yushiro dari bandar raya Tokyo.2.1 Predikat Frasa sendi Nama Dalam susunan ayat biasa. frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan.

(keterangan bandingan) (15) Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. atau.3 Penggunaan Kata Sendi Nama Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat.mandir di dalam dan luar bangunan. frasa sendi nama dengan kata hubung dari boleh digugurkan secara pilihan unsur kedua.(keterangan tujuan) (21) Keris itu diperbuat daripada besi. (keterangan sumber) (22) Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya. (26) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi ke Austria. terdapat dua unsur kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung dan. (keterangan hal) (16) Dia rabun pada waktu malam. Contoh: (23) Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu. (keterangan tempat) (19) Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal) (20) Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut. (28) Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya? 61 . (keterangan masa) (17) Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (ii) Keterangan bagi frasa adjektif Contoh : (14) John segak seperti model. (24) Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya? (25) Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam. (keterangan tujuan) (iii) Keterangan bagi frasa nama Contoh: (18) Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi. tetapi. Dalam ayat (23). (keterangan pembuat) 9. Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua ialah: (27) Dia mundar.

(akan sebagai kata bantu aspek) (32) Diana sayang akan kucingnya. Ini berlaku pada perkataan ’akan’. frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam ayat. 62 . dalam perbincangan ini. terdapat kata sendi yang boleh berfungsi sebagai kata bantu aspek. Pada asasnya. Namun dalam beberapa keadaan. Contoh : (31) Diana akan ke Kuala Lumpur. perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu situasi.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU (29) Tuan Haji Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam. (30) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria. Bincangkan unsur-unsur yang terdapat dalam frasa sendi nama. AKTIVITI (Aktiviti kumpulan) 1. (akan sebagai kata sendi) Namun. Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan melihat kedudukan dan fungsinya dalam ayat.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU LATIHAN (Aktiviti individu) 1. Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama Keterangan 63 . Bina 10 frasa dengan pola binaan frasa sendi nama berdasarkan jadual di bawah.

al (2006) Sintaksis.Bhd.al (2008) Tatabahasa Dewan. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Abdullah Hassan et. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).Bhd.Bhd. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 64 . Nik Safiah Karim et.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Bahasa Melayu II.

Frasa. ayat tunggal dan tidak ketinggalan unsur yang berkaitan dengan susunan klausa. frasa dan perkataan mempunyai fungsi yang utama dalam pembentukan ayat. Klausa. ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang terdiri daripada ayat penyata. Dalam perbincangan ini. Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal Ayat Bahasa Melayu Ayat dalam bahasa Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya. 2008). 65 . Klausa. Perkataan  Ayat Dasar  Ayat Tunggal TAJUK 10 SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Ayat.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Ayat Bahasa Melayu  Ayat. Ayat terdiri daripada binaan klausa. serta mengandungi intonasi yang sempurna.dan perkataan. Frasa. Kajian tentang ayat membuktikan bahawa kepentingan klausa. (Nik Safiah Karim et. dan perkataan dalam ayat . frasa. Selain itu. frasa .al. kita akan melihat pola-pola ayat dasar. perintah dan seruan dan sebagainya.

Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal 10. (Nik Safiah Karim et.1 Ayat Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat.6) KERANGKA TAJUK-TAJUK Ayat Bahasa Melayu Ayat. Perbincangan juga akan berkisar pada aspek ayat dasar (ayat inti) dan juga ayat tunggal. Frasa. frasa dan perkataan.1) Menganalisis binaan ayat dasar dan ayat tunggal. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi klausa.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa.(1. Klausa. frasa. 2008).al. 10. ayat dasar dan ayat tunggal (1. klausa. serta mengandungi intonasi yang sempurna. 66 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.

baju. Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok perbincangan.al (2006). kereta dan seumpamanya. (2) Rumah langsir biru.Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang terletak di tepi laut. Setiap satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam ayat tersebut.al 2006). yang menjadi konstituen dalam ayat. ayat terdiri daripada perkataaanperkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. Contoh : (1).BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Menurut Abdullah Hassan et. seperti rumah. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat (Abdullah Hassan et. Predikat pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu menerangkan tentang rumah. kereta dan seumpamanya. Sekolah di tepi laut. (Nik Safiah Karim et. Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. Malah sebenarnya. langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah besar tersebut. baju. Sementara. di tepi laut.al. 10. 2008) Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu: (i) Klausa bebas (ii) Klausa tak bebas Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan intonasi yang sempurna. Subjek menyebut sesuatu perkara. sekolah ialah komponen subjek ayat. Dalam kumpulan perkataan kedua. 67 .2 Klausa Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat . Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap.menceritakan tentang subjek ayat.

Frasa digunakan bagi membina ayat. Berdasarkan contoh : Majid kaya [klausa bebas] [klausa utama] Oleh itu. Frasa baju sehelai baju baju kurung sehelai baju kurung 68 . frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et. Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Contoh : klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas) klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas) Ayat sempurna: klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan. (2006). Dalam struktur binaan ayat. pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang sempurna. Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama.al. ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. kerana cekap menguruskan perniagaan. et. [ klausa tak bebas] 10.3 Frasa Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan. (Nik Safiah karim. Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa.

Contoh: kata nama: pelajar. gempal. ayah. baju kurung. 2008) Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah. baju. dan sebagainya. kata tugas dan sebagainya.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di dalam almari. kata kerja. taman kata kerja : makan. Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju. ke kedai. dari Johor. 10.4 Perkataan Perkataan ialah konstituen kepada frasa. Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu: Pola 1 : FN + FN Pola 2 : FN + FK Pola 3 : FN + FA Pola 4 : FN + FS 69 . daripada besi kata adjektif.al . Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti kata nama. Jadi. kata sendi nama. pucat. melukis. Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et. kata 10. frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung. Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat. tidur. sehelai baju kurung. menendang Kata adjektif : kurus. tampan kata sendi nama : di rumah. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. hubung. kereta adalah perkataan yang mendokong makna tertentu. Seremban.5 Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayatayat lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa. orang.

yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya. 10. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Sementara. Contoh: Subjek (1). Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. sangat tangkas. ke kedai runcit. Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. sungguh pandai di Pusat Islam. sedang berehat. sedang berehat di bilik sungguh pandai di Pusat Islam Kuala Lumpur.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Marlina Muzium Predikat pesilat amatur. Contoh: Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Adik Marlina Muzium warisan Predikat pesilat amatur negara. ayat perintah ayat seruan dan sebagainya. Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu subjek dan satu predikat. binaanbinaan tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa. 70 Predikat . Namun. Namun. Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut. membaca kitab jawi. (2) (3) (4) Bapa saudara Ali Peninju itu Darwis Wahab pensyarah.6 Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat.

Nyatakan unsur-unsur klausa dalam ayat bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. Nyatakan perbezaan antara ayat dasar dan ayat tunggal. (8) (a) Pokok kayu itu ditebangnya. 71 . terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang. (b) Ditebangnya pokok kayu itu. jelas didapati bahawa subjek dan predikat dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur bahasa. (b) Ke pasar raya Mariam hari ini.BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Dalam proses binaan ayat tunggal ini . Bina lima ayat aktif dan tukarkan ayat tersebut menjadi ayat pasif LATIHAN 1. (7) (a) Kuih itu dimakannya. (b) Di dalam almari baju itu. Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut. proses sedemikian menggambarkan sifat bahasa Melayu yang dinamik dalam pelbagai aspek bahasa dan rumus tatabahasa. 2. AKTIVITI 1. Contoh: (5) (a) Mariam ke pasar raya hari ini. (6) (a) Baju itu di dalam almari. Jelas. (b) Dimakannya kuih itu.

Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.al (2008) Tatabahasa Dewan. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Nik Safiah Karim et. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Bahasa Melayu II. Abdullah Hassan et. 72 .BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.Bhd.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).Bhd.Bhd.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful