Cerita Dalam KeretaPertengahan tahun 1999,selepas ceramahdi Pusat Tarbiah PAS Taman Melewar,Mohamad Sabu meminta

saya mengikutinya.Kemana,tak diberi tahu,Saya mulanya enggan kerana sedang mengemas barang-barang jualan di tapak ceramah itu.Memandangkan dia serius,seperti ada hal penting,Saya tinggalkan urusan barangbarang itu kepada sahabat,saudara Shukri Hj.Musa atau glamornya Awang,saya tak ingat siapa lagi, selain Abu Bakar Rashid atau glamor Abu Bakar hulk,yang turut berada dalam kereta itu. Mat Sabu yang saya panggil abang Mat tidak beritahu dibawa.Nampaknya kereta itu menuju kearah Petaling Jaya. kemana saya

Mengikutnya sudah lama dia ingin bertanya sesuatu pada saya.Berkaitan isu tabung Memali dan juga isu antara saya dengan Yusof Husin.Saya tidak Tanya apa tujuanya,kerana saya amat berminat untuk memberi tahu siapa sahaja pemimpin tertinggi PAS akan perkembangan Madrasah Islahiah Diniah,Kg Memali. Apa yang saya ceritakan pada Mat Sabu malam itu,terutamanya tentang salahlaku Yusof Husin,hampir sama dengan laporan tersebut.Mat Sabu AJK PAS pusat dengar maklumat dari saya dengan penuh kusyuk. Saya juga begitu ghairah bercerita tanpa sedar yang kami telah melepasi Petaling Jaya dan menuju ke Shah Alam.Cerita saya tergantung sementara apabila kereta itu berhenti di hadapan rumah Mat Sabu,Seksyen 19,Saya kenal rumah itu,sebab saya pernah tidur di rumah tersebut.Rupanya dia buat jamuan untuk kawan-kawan lebih kurang 15 orang. Tak lama di rumahnya.Siap makan kami bergerak semula ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan itu kisah Memali disambung semula.Hampir jam tiga kami sampai.di Taman Melewar.Mat Sabu sempat mengucapkan terima kasih atas kerjasama saya memberi maklumat padanya.saya pesan padanya agar dia lakukan sesuatu untuk matlamat Madrasah Islahiah Diniah dan perjuangan As syahid Ustaz Ibrahim Libya. Sementara saya bersama Awang,bertolak pulang ke Memali.Entah kenapa malam itu mata saya tidak mengatuk,badanpun tidak penat seperti selalu.Mungkin terasa puas kerana hajat untuk untuk meluahkan perasaan berkaitan isu Madrasah Islahiah Diniah dan Yusof Husin kepada pemimpin sudah terlaksana. Biasanya setiap kali mengemaskan barang-barang jualan selepas ceramah,badan cukup letih untuk menerus perjalanan pulang.Kerap kali akan berhenti tidur diperhentian lebuhraya.

Mat Sabu bukan saja sumber ekonomi kepada pengajur ceramah,juga kepada kami para peniaga di tempat ceramahnya.Kehadiran peminatnya tidak kurang dari tiga ribu orang,Setengah tempat di Kedah,lebih dari sepuluh ribu hadirin.Sebab itu tidak hairanlah kalau para peniaga ditempat ceramah akan mengikut program ceramah Mat Sabu dimana juga. Saya sendiri,selain dari kawasan utara tanah air,pernah mengikuti programnya hingga ke Kuantan,Melaka.dan Muar.Kuala Lumpur dah jadi macam rumah tangga sendiri.Itulah aktiviti Saya sejak tahun 1997 sehingga tahun 2000 sebelum ditahan ISA selama lima tahun dua bulan. Serba sedikit isu Memali ini pernah saya berbual dengan Allahyarham Ustaz Hassan Shukri.Ianya berkaitan wang balu-balu syuhada sebanyak RM 30,000 yang dilaburkan kedalam Koperasi Al-Hilal,saya ingin tahu kenapa wang pelaburani itu yang dulunya atas nama pengerusi,setiausaha dan bendahari Lembaga Tadbir Madrasah Islahiah,berpindah nama kepada saya seorang.Isu ini telah menjadi fitnah terhadap saya yang dicanangkan oleh Yusof Husin kepada Presiden,Allahyarham Ustaz Fadzil Nor,Ustaz Hasan mengaku yang dia tidak tahu kenapa boleh jadi begitu.Saya di minta merujuk kepada orang yang bertanggungjawab,saudara Hazrin. saya pernah menyatakan hasrat untuk meninggalkan Madrasah Islahiah dan juga Bangkel Jahitan Memali, Allahyarham menesihati saya agar jangan berbuat begitu,kerana tak ada orang yang boleh mengambil tugas menguruskan Koperasi Madrasah Islahiah Diniah dan juga bengkel jahitan itu. Kalau saya berhenti juga ,dia pasti kedua-dua perojek itu akan tutup.Allahyarham juga mengingatkan saya agar berhati-hati dalam menghadapi krisis dengan Yusuf Husin.Dalam pengalamanya menghadapi beberapa kes yang sama sebelum ini,akhirnya orang yang ada jawatan atau paling rapat dengan pemimpin akan selamat. "Dalam kes anta ini, ana tahu siapa betul,sapa salah,Macamanapun anta kena faham,anta sekarang ni bukan gaduh dengan Yusuf Husin tapi di anggap lawan Parti.Tak mustahil satu hari anta kena pecat .Ana dah masak sangat kes-kes macam ni."itulah antara kata-kata alahyarham yang masih saya ingat" Apa yang disebut oleh Allahyarham Ustaz Hassan itu,benar-benar berlaku.Lima minggu sebelum ditahan bawah ISA.saya menerima surat dari Pejabat Agong PAS Pusat,bahawa saya dipecat keahlian dari ahli PAS,Saya tidak sedih,kerana telah menduga pekara ini akan berlaku. Cuma saya amat sedih bila teringatkan antara tulisan Sheikh Yusuf Qardawi yang memberi amaran kepada mana-mana pimpinan gerakan Islam,agar berhati-hati dalam mengambil sebarang tindakan memecat keahlian seorang anggota jemaah Islam.

Mengikutnya adalah satu kesalahan besar memecat anggota jemaah gerakan Islam,kerana ia merupakan antara tentera Allah yang berjuang untuk agama Allah dengan pemecatan itu menyebabkan ibadatnya terhadap perjuangan Islam terhalang Kecuali pemecatan itu dilakukan mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh syarak. Saya tidak mahu mengatakan bahawa pemecatan saya ini satu dosa besar terhadap pimpinan Pas,Saya mahu mengajak anda membuat nilaian sendiri setelah mengikuti pendedahan yang akan di paparkan nanti,saya tidak marah pada keputusan yang dibuat kerana saya sedar Ajk Disiplin parti menerima tekanan dari pihak tertentu. Siapa pihak tertentu itu,anda akan tahu setelah bersabar membaca kisah seterusnya. Apa yang telah saya ceritakan tentang perkembangan Madrasah Islahiah,Yusuf Husin,tabung mangsa Memali pada Mat Sabu?Ikutilah satu persatu.Semoga memberi manfaat pada semua pihak yang boleh dijadikan muhasabah diri masing-masing. Saya bertanggungjawab isi kandung pendedahan ini dengan penuh sedar tindakan ini diperhati oleh para malaikat yang akan kembali memberi laporan pada Allah yang lebih mengetahui. Usaha menyalin cerita " Air Mata Di Bumi Memali"ini dilakukan oleh penulis Media Shah Alam(mediashahalam.blogspot.com) dengan cara bersiri tanpa ada melakukan perubahan walaupun sedikit. Boleh disebar kepada sesiapa dengan cara copy paste kelaman-laman sosial anda sendiri atau sebagainya.Tukang salin tidak redha artikel ini dijadikan bahan dagangan dalam bentuk apa sekalipun...sekian Tahun 1990,saya bertugas sebagai wartawan Harakah cawangan Kedah.Kerja yang tidak menentu masa Kerja yang tidak menentu masa membuatkan saya lebih banyak tidur di pejabat yang terletak pada tingkat 2 bangunan Pas Kedah Jalan Kota,Alor Setar selang sebilik dengan pejabat Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah(DPPNK). Setiausaha DPPNK adalah saudara Aris Awang,masih bujang yang juga setiap malam tidur di pejabat.Kadang-kadang hari raya pun dia tak pulang kerana sibuk dengan kerjakerja DPPNK. Seorang bekas graduan muda yang gigih serta komited dengan Pas. Bersikap tegas dan lantang menegur tak kira siapa saja.Kami berdua amat akrab kerana sepanjang hari bersama.Minum pagi di lorong belakang bangunan Pas sudah menjadi rutin kami. Makan tengahari jarang bersama,kerana Aris suka makan nasi bungkus di pejabat .Sikapnya memang tak suka membuang masa,saya pula keluar cari bahan berita.Malam kami bertemu.

Selepas PRU 1990,Yusof Husin di arah bertugas sepenuh masa dengan Jentera Pilihanraya Negeri(JPN).Yusuf Husin juga terpaksa tinggal dan tidur dipejabat Perhubungan Pas Kedah.Maka antara saya,Aris dan Yusuf Husin menjadi teman rapat tiga serangkai.Kami bertiga sama-sama menjadi Exco DPPNK.Ketua DPPNK adalah Tuan Hj.Najib Fahmi Hj.Yahya Junid dan timbalanya Ustaz Hasan Razak. Sepanjang bersama dengan Yusuf Husin inilah saya lebih mengenali perjuangan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya.Hati saya tersentuh dengan kisah-kisah sedih dalam peristiwa Memali.Selaku wartawan Harakah,banyaklah masa yang saya berikan untuk turun ke Memali.Dengan itu hubungan saya dengan mangsa Memali makin mesra.Terutama keluarga para syuhada. Renungan dan linangan air mata anak-anak yatim Memali,memahat rasa cinta terhadap mereka yang akhirnya mereka ini saya anggap sebagai anak-anak sendiri.Saya sudah bertekad,susah senang akan bersama mereka, Perasaan bertambah hiba lagi bila melihat keadaan Madrasah Islahiah Diniah yang seperti tidak terurus. Satu isu yang menyentuh jiwa saya apabila meneliti tulisan lirik nasyid‟Bumi Memali‟oleh ketua kumpulan nasyid.Tulisan adik Nasri bin Ramli itu bercampur aduk huruf kecil dan besar serta turun naik bagai ular di palu. Sebagai bekas guru saya rasa bersalah melihat keadaan ini.Mungkin ramai lagi pelajar Madrasah Islahiah Diniah yang begitu. Jiwa saya tertekan,akhirnya terpaksa memberitahu Yusuf Husin hasrat untuk berkhidmat membantu pelajar di Madrasah Islahiah Diniah.Yusuf Husin Bersetuju dengan syarat kena tinggal di Memali.Saya juga setuju untuk tinggal di sana dengan syarat Yusuf Husin kena cari Isteri untuk saya.Secara seloroh Yusuf Husin kata boleh kerana balu syuhada banyak. Dia cadangkan seorang balu yang muda mempunyai dua orang anak dari nama serta perangai pun sama dengan isterinya,Rokiah Februari 1992 saya berkahwin dengan balu kepada As syahid Mohd Radzki@Zakaria bin Ahmad.Mempunyai 2 orang anak lelaki yang berusia enam dan sepuluh tahun, Ketika bertemu dengan saudara Kamal Koh dalam muktamar Pemuda Pusat di Taman Melewar 1992,dia mengucapkan taniah kepada saya.Mengikutnya kalau lambat saya meminang dia bercadang hendak masuk meminang untuk jadikan Isteri kedua. Ketua Dewan Muslimat Pusat dalam satu program DPPNK di Pantai Merdeka,juga mengingatkan saya agar jaga baik-baik balu syuhada.Pada mulanya Ustazah Jamilah yang saya panggil kak Lah.merungut juga bila saya berpoligami.Tapi dia akur bila tahu saya kahwin dengan balu syuhada.

Sejak berkahwin dengan balu itu,hubungan saya dengan Yusuf Husin semakin erat.Kami sering pulang bersama ke Memali dari pejabat perhubungan.Biasanya kami pulang lewat malam jam dua belas ke atas.Saya lebih banyak menjadi pemandunya dan saya tak kisah kerana saya menyenanginya selaku murid As Syahid Ibrahim Libya. Sepanjang perjalanan pulang itu kami banyak berbual dan berbincang tentang masa depan Madrasah Islahiah Diniah juga aktiviti DPPNK.Juga pengalamanya bersama As Syahid Ibrahim Libya mengikutYusuf Husin adalah, „kita tidak boleh berdiam diri,menutup mulut atau memejam mata atas kemungkaran,maksiat dan kezaliman yang di lakukan semata-mata orang itu pernah berbudi pada kita‟ Hujung 1992 secara rasminya saya berhijrah dari kampong asal Kuala Nerang ke Kampong Memali.Yusuf Husin memberi kuasa penuh pada saya untuk melakukan apaapa yang saya fikirkan perlu dalam pentadbiran dan kewangan Madrasah Islahiah Diniah.Niat asal saya untuk membantu pelajar tidak dilupakan.Saya dapati hampir 30 pelajar peringkat menengah yang tidak mahir membaca dan menulis rumi.Saya ambil masa sejam sehari membimbing mereka.Dalam tempoh 3 bulan semua pelajar ini dapat membaca dan menulis dengan baik. Setelah itu saya ujudkan pula satu subjek khas untuk peringkat menengah di namakanya Politik Tanah Air.Tujuan untuk mendedahkan pelajar kepada isu-isu semasa tentang politik yang berlaku dalam Negara,agar mereka celik politik. Sedikit demi sedikit perubahan di lakukan dalam pentadbiran serta kewangan,kurikulum dan Ko- kurikulum.Guru-guru yang ada, majoriti berpendidikan pondok dan sekolah agama.Sukar bagi mereka untuk menerima perubuhan seperti pendidikan jasmani dan lukisan.Puas juga saya bersabar untuk menghadapi karenah ini. Alhamdulillah ,akhirnya mereka dapat terima hingga acara sukan seperti merentas desa dapat diadakan.Pemuda dan orang kampong turut beri kerjasama.Sebelum saya datang,waktu pulang pelajar adalah jam 12.45 tengahari.Alasan dari Yusuf Husin selaku setiausaha Madrasah Islahiah Diniah,kerana ada guru-guru di kalangan suami isteri nak balik masak untuk makan tengahari.Juga pelajar pulang dengan bas akan lewat sampai rumah jika pulang lebih dari jam 1.00 petang kerana jadual bas tidak menentu. Alasan ini saya tidak dapat terima.Tidak wajar sekolah agama seperti Madrasah Islahiah Diniah tidak melatih pelajar untuk solat jemaah zohor sebelum pulang.Akhirnya saya buat satu kertas kerja membentuk disiplin pelajar.Waktu pulang pelajar ialah selepas solat zohor.Semua pelajar dan guru di wajibkan solat jemaah.Pelajar perempuan yang uzur tak boleh pulang selagi tak selesai kawan-kawan solat.Pulang

mesti bersama.Yusuf Husin menyokong kuat keputusan ini. Bila dilaksanakan,dia sendiri tidak mematuhinya,masih meneruskan kerja-kerja dipejabat Madrasah Islahiah Diniah.Satu sikap yang kurang saya senangi kerana membelangkangi keputusan yang di buat,tidak sepatutnya selaku ketua,menunjuk contoh yang tidak baik buat orang bawah. Peringkat awal banyak juga waris yang membantah,setelah di beri penjelasan,akhirnya mereka setuju dan terdapat waris yang datang awal untuk sama-sama solat jemaah.Saya minta guru disiplin ketika itu,Cikgu Khotub Ibrahim berunding dengan pihak bas menyusun jadual perjalanan yang sesuai dengan masa pulang pelajar Madrasah Islahiah Diniah.Sementara guru-guru yang suami isteri bertugas di Madrasah Islahiah Diniah boleh mengambil masakan di kantin bawa pulang,Tak perlu masak di rumah untuk makan tengah hari. Sepanjang tiga bulan berkhidmat,saya Cuma perhatikan sistem pengaliran masuk dan keluar wang Madrasah Islahiah Diniah.Yuran pelajar banyak yang tercicir,Saya faham rata-rata waris adalah orang miskin.Sumbangan orang ramaipun tidak seberapa.Pendek kata kewangan Madrasah Islahiah Diniah amat terhad.Rata-rata guru dibayar elaun dibawah dua ratus ringgit.Saya sendiri di beri saguhati oleh Yusuf Husin hanya seratus lima puluh sahaja sebulan.Waktu ini saya tidak lagi berkhidmat dengan Harakah sepenuh masa.Sekadar pemberita sambilan.Ada berita adalah imbuhan.Memang sukar untuk saya mencari berita kerana sibuk di Madrasah Islahiah Diniah. Bagaimanapun saya masih sebagai Ajk DPPNK.Memegang Ketua Unit Amal Kedah kemudian pengarah Pasti Kedah.Melalui jawatan peringkat negeri dan juga ajk beberapa lujnah di peringkat pemuda pusat,banyaklah kenalan di setiap negeri.Dalam usaha membantu pendapatan guru dan meringankan bebanan waris,saya cadangkan penubuhan Koperasi Madrasah Islahiah Diniah(KOMID).setiap kaki tangan Madrasah Islahiah Diniah melabur 100 ringgit seorang yang jumlahnya RM 2.200 dari 22 orang kakitangan Madrasah islahiah Diniah. Projek pertama adalah mengedar kicap,sos dan rempah jenama KOMID. Sambutan dari masyarakat setempat dan waris cukup menggalakkan.Semua kakitangan Madrasah Islahiah Diniah di wajibkan membeli produk keluaran KOMID .Dalam masa beberapa bulan sahaja pendapatan menjangkau lebih dari dua ribu ringgit.Setiap kali mesyuarat,saya akan meminta komen dari ahli KOMID tentang kualiti produk dari masa ke masa,semua memberi komen yang baik kecuali Yusuf Husin.Alasanya tak sesuai dengan selera keluarganya. Komenya itu sungguh mendukacitakan saya.kerana dia merupakan SU Madrasah Islahiah Diniah yang sepatutnya memberi semangat kepada yang lain dengan

mengutamakan produk KOMID .Maklumat yang saya dapat selepas itu,bahawa Yusuf Husin sejak dari awal datang ke Memali tidak pernah membeli barang-barang di kedai kampong,keluarganya berbelanja di kedai bukan Melayu di kampong Lalang hinggalah ke hari ini. Sejak itu,saya perhatikan dia memang seperti tak berminat dan kurang peduli dengan perkembangan KOMID.Akhirnya dengan usaha bersungguh ahli khususnya ustaz Ishak,KOMID Berjaya membuka sebuah kedai runcit di hadapan sekolah. Melihat kepada sambutan baik,saya mula menyusun program memperingati mangsa Memali luar dari Kedah.Di Pulau Pinang,Kuala Lumpur,Selangor,Perak,Pahang,Terengganu,Melaka dan Johor.Melalui program ini,kami perkenalkan produk KOMID di beberapa tempat.Dalam tempoh tak sampai dua tahun,KOMID telah Berjaya mengumpul dana lebih sepuluh ribu tidak termasuk aset dalam kedai runcit.Seterusnya saya berhubung dengan pihak Koperasi Al- Hilal untuk mengedar produk KOMID. Ramadhan 1994,saya telah memperkenalkan produk baru dari KOMID,iatu biskut durian. Kohilal menjadi pengedar utama ,suatu hari ketika memuatkan biskut ini kedalam lori,Yusuf Husin terkejut melihat kotak-kotak biskut yang memenuhi lori hingga keparas bumbung kanvas.Dia bertanya kepada pemandu lori,Shukri Harun yang pernah menjadi mangsa keganasan polis dalam peristiwa Memali.Waktu itu dia masih remaja.sekarang menjadi pemandu lori Harakah milik Tuan Hj.Najib Fahmi.Bila dia beritahu Yusuf Husin bahawa itu biskut durian yang akan di hantar ke KOHILAL,saya dengar Yusuf Husin berkata,‟Takkan macam ni kot,banyak ni.Ana macam tak percaya”dia menjadi hairan kerana dia jarang datang ke Madrasah Islahiah Diniah,banyak masanya di prhubungan negeri. Di waktu yang sama,saya dapat merasai wang Madrasah Islahiah Diniah di monopoli oleh bendahari.saya suarakan rasa kurang senang ini pada Yusuf Husin .Hasilnya,dia menyerahkan tugas kewangan itu buat sementara kepada saya. Dari situlah saya mengetahui bahawa akaun Madrasah Islahiah Diniah di pecahkan kepada dua,Satu untuk Madrasah Islahiah Diniah dan satu lagi untuk tabung Mangsa Memali.Tabung Mangsa Memali ini pula terbahagi kepada beberapa pecahan iatu,pertama untuk mangsa Memali.

Wang dari pecahan ini boleh digunakan untuk semua kategori orang-orang yang pernah di tahan di lokap,penjara dan Kem Kamunting(KEMTA) .Termasuk juga untuk keluarga syuhada.Ianya juga digunakan untuk kos perbelanjaan kes perbicaraan tuntutan saman oleh balu –balu terhadap kerajaan. Pecahan kedua adalah untuk balu syuhada.Wang dari pecahan ini boleh digunakan untuk samada isteri dan anak-anak syuhada. Sementara pecahan ketiga adalah untuk anak-anak yatim.Dimana wang ini di khususkan untuk kegunaan anak-anak yatim sahaja. Pada peringkat awal saya dapati wang yang ada tidaklah banyak,belasan ribu sahaja.Setelah beberapa siri program di luar Kedah,barulah sumbangan dari orang ramai mencurah yang akhirnya wang untuk tabung Mangsa Memali dan juga Madrasah Islahiah mencecah ratusan ribu ringgit. Di samping itu,jualan kaset nasyid pelajar Madrasah Islahiah dan buku-buku yang saya tulis berkaitan dengan Memali dan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya juga memberI infak yang besar pada Madrasah Islahiah Diniah.Satu sen pun saya tak ambil sebagai royalti menulis buku-buku tersebut.Terpulang kepada budibicara Yusuf Husin.Dimuka akhir setiap buku itu.saya lampirkan borang sumbangan pembaca kepada Madrasah Islahiah dan Tabung Mangsa Memali. Hasilnya Madrasah Islahiah Diniah Berjaya mendirikan sebuah bangunan baru yang terdiri dari bilik darjah dan dewan solat. Pelajar juga semakin bertambah lebih dari 300 orang.Pelajar asrama lelaki dan perempuan lebih dari seratus orang.Sewaktu menguruskan kewangan Madrasah Islahiah Diniah ini saya menetapkan setiap wang keluar lebih dari sepuluh ringgit,mesti ada invois.Sebelum ini wang keluar tak pernah direkod secara jelas.Bendahari boleh guna duit secara bebas dengan hanya sekadar maklum pada Yusuf Husin.Yusuf Husin juga rasanya tidak telus dalam hal ini,kerana wang tunai Madrasah Islahiah Diniah sentiasa tersimpan di rumahnya tak kurang dari tiga ribu ringgit. Penyata kewangan tak pernah ujud dan juga juruodit tidak mengambil tahu perjalanan kewangan Madrasah Islahiah Diniah.Saya pernah bertanya kepada salah seorang juruodit,Tuan Hj.Harun Osman,AJK Pas Kawasan masa itu,kenapa dia tidak pantau kewangan Madrasah Islahiah Diniah.Dia tidak menjelaskan apa-apa kecuali berkata‟depa ni susah,biaq kat depa la‟.Apa maksud „depa „ saya pun tak tahu,saya cuba timbulkan perkara ini pada Yusuf Husin.Dia tak banyak komen.Acuh tak acuh saja.Macam dia tak berminat bincang isu ini. Pernah berlaku beberapa kes hilang wang dari almari PIBG dan juga almari kerani.Peliknya,wang ini tidak diambil semua,sekadar mungkin keperluan individu

berkenaan.Saya sebut pada Yusuf Husin yang saya syak orang dalam.Dia tidak bersetuju,Saya minta izin padanya untuk membuat majlis baca yasin dan juga bertemu orang tertentu di pondok Lanai untuk mintak petunjuk siapa pencurinya.Yusuf Husin tidak benarkan dengan alasan nanti terfitnah kawan sendiri. Jadi saya pun diam sahajalah,Begitu juga bila saya sarankan untuk membuat laporan polis,Yusuf Husin tak setuju dengan alasan boleh memalukan pihak Madrasah Islahiah Diniah,Selang tak berapa lama,Yusuf Husin mintak saya serahkan semula urusan kewangan kepada bendahari Madrasah Islahiah Diniah,Saya akur.Dalam diri saya sudah timbul rasa kurang senang,seperti ada sesuatu yang tak kena.Saya amat bimbang takut berlaku salahguna wang orang ramai,pasti kecewalah para penyumbang. Kebanyakan sumbangan pada masa itu melalui money order yang bernilai RM 10,RM 20,RM 50 dan ada juga RM 100,kadang-kadang money order ini kosong tanpa sebarang catatan atau ada catatan tetapi di tinggalkan kosong pada ruang penerima.Dengan ini,siapa pun boleh ambil dengan menulis namanya .Diwaktu Madrasah Islahiah Diniah dan KOMID bergerak maju,Saya diberi tugas baru oleh Yusuf Husin,dia mengumumkan pada kakitangan Madrasah Islahiah Diniah yang saya tak terlibat lagi dengan urusan pentadbiran.Saya diberi tugas sebagai pegawai Perhubungan Luar.Hal-hal berkaitan pentadbiran,kewangan dan kurikulum Madrasah Islahiah saya tak boleh campur tangan.Yusuf Husin berkata urusan itu akan diambil alih oleh seorang penyelia.Sebelum ini tidak pernah ada jawatan penyelia.Saya yang cadangkan padanya supaya mengujudkan jawatan penyelia itu.Dia amat bersetuju. Tahun 1995,saya terpaksa menumpukan sepenuh masa untuk KOMID dan juga urusan bengkel jahitan balu-balu Memali(BJM) Hati kecil saya masih tertanya kenapa Yusuf Husin tidak membenarkan saya mencampuri hal pentadbiran,kewangan dan kurikulum Madrasah Islahiah Diniah.Lebih mengejutkan lagi,apabila penyelia yang dimaksudkannya itu adalah dirinya sendiri.Bermakna mulai tahun 1995 itu,Yusuf Husin memegang dua jawatan penting di Madrasah Islahiah Diniah,Setiausaha dan juga Penyelia. Sesuatu yang tidak pernah dibuat orang. Mungkin orang lain menganggap ini sabagai satu yang lucu. tetapi tidak pada Yusuf Husin,kerana dia ada matlamat. Sungguhpun ada lembaga tadbir,tapi kuasa sebenar di tangani Yusuf Husin.Bila orang bertanya status Madrasah Islahiah Diniah,Yusuf Husin akan mengatakan Madrasah Islahiah Diniah berada di bawah Pas Kawasan Baling.Sedangkan Pas Kawasan tak pernah ambil peduli urusan Madrasah Islahiah Diniah.Apabila berlaku masalah,Yusuf Husin akan menuding jari pada Pas Kawasan.Bebanan dari kerjanya yang bermasalah itu terpaksa dipikul oleh Pas Kawasan.Dia mencari jalan selamat.

Sepanjang berkhidmat di Madrasah Islahiah Diniah,saya tidak melepaskan jawatan Exco DPPNK.Saya tidak mahu memutuskan hubungan dengan pimpinan pemuda negeri Kedah,juga lain-lain negeri.Saya gunakan kedudukan itu untuk promosi Madrasah Islahiah,KOMID,dan Bangkel jahitan Memali.,kalau tidak mengenali orangorang ini,sukar saya nak adakan program di beberapa negeri.Sewaktu menjadi pengarah PASTI Kedah,saya telah berusaha melobi Ajk PASTI pusat agar mengadakan Ijtimak PASTI Malaysia kali ke 2 di Memali. Sungguh menghairankan,sebelum itu apabila saya ajukan keputusan PASTI pusat untuk adakan ijtimak di Memali dalam mesyuarat DPPNK,Yusuf Husin selaku ketua DPPNK pada mulanya tidak setuju dengan cadangan tersebut.Alasanya,bimbang saya dan PASTI Kedah tak mampu mengandalikan program itu.Oleh kerana semua ajk lain bersetuju,Yusuf Husin terpaksa setuju.Di luar mesyuarat,dia beritahu saya yang dia tidak mahu campur program itu.saya terima itu sebagai satu cabaran untuk membuktikan saya boleh uruskan tanpa bantuan darinya. Alhamdulillah,program pada 29 dan 30 Mac 1996 ini berjalan dengan lancar atas sokongan banyak pihak ,khususnya Pasti Negeri dan Kawasan,Unit Amal Negeri dan Kawasan juga ahli-ahli Pas disekitar Memali.Ckgu Noh Ahmad,Pangarah Pasti Pusat sangat berpuas hati,apabila program itu dapat menghasilkan lima ribu ringgit untuk Pasti Pusat. Bila Yusuf Husin kembali bertugas semula di Memali dan tidak membenarkan saya campur tangan di Madrasah Islahiah Diniah,kecuali KOMID Dan Bangkel Jahitan Memali,hati saya tak pernah tenang.Apakah agenda sebenar Yusuf Husin di sebalik ini.Dalam perbualan saya dengan Setiausaha Perhubungan ketika itu,allahyarham Ustaz Suhaimi Hj.Ahmad,saya di beritahu yang Yusuf Husin beberapa kali jumpa allahyarham Ustaz Fadzil merayu untuk pulang ke Madrasah Islahiah Diniah. Mulanya allahyarham tidak benarkan kerana saya dah ada untuk uruskan Madrasah Islahiah.Untuk menyakinkan allahyarham,akhirnya Yusuf Husin membuat cerita yang saya tidak dapat diterima oleh guru Madrasah Islahiah dan banyak menimbulkan masalah dalam pentadbiran.Dia terpaksa kembali menyelesaikan masalah di Madrasah Islahiah.Untuk itu dia meminta pulang dalam tempoh setahun sahaja. Apakah yang mendorong Yusuf Husin cuba memburukan saya dan menghalang saya dari beri khidmat di Madrasah Islahiah Diniah.Tidak lain adalah nafsu,Nafsu untuk berkuasa dan tidak mahu melihat orang lain melebihinya.Kadang-kadang Yusuf Husin cuba perkecilkan kerja-kerja saya bawa ke dalam mesyuarat DPPNK.Sehingga Saudara Basir Ismail,bendahari DPPNK waktu itu menegur sikap Yusuf Husin yang tidak rasional.Sedar yang dia tidak boleh pengaruhi,kawan-kawan dalam DPPNK,Yusuf Husin tidak lagi perlekehkan hal saya di depan mereka.

Hubungan saya dengan penduduk kampong Memali dan juga kakitangan Madrasah Islahiah Diniah cukup mesra.Apa juga perubahan yang saya cuba lakukan dalam Madrasah Islahiah Diniah serta PAS cawangan mereka sokong,Saya sedar nama saya mula di sebut oleh penduduk dan waris pelajar Madrasah Islahiah .Saya sudah menjadi perhatian dan harapan mereka.Sebenarnya saya tidak mintak di sanjung,cukup hormati dan sokongan terhadap kerja buat saya untuk memajukan Madrasah Islahiah Diniah serta menjaga kebajikan keluarga syuhada.Hasrat saya untuk melihat suatu hari pelajar Madrasah Islahiah Diniah belajar secara percuma dan elaun guru mencecah empat angka. Kerana itu saya perlu sokongan semua pihak samada guru,waris,penduduk Memali dan sekitarnya juga ahli Pas seluruh Negara.Dengan sokongan kuat oleh Ustaz Ishak,Cikgu Khotub,Ustazah Salmiah,Ustazah Fahkriah,Ustazah Mashitah,Ustazah Azura,Ustazah Rohani,mudir dan ramai lagi,Madrasah Islahiah Diniah bergerak maju. Dalam mesyuarat samada Lembaga Tadbir atau kakitangan Madrasah Islahiah Diniah,di akhir keputusan banyak yang merujuk pada saya,tidak pada Yusuf Husin seperti sebelum ini. Yusuf Husin mulai sedar dan dia pernah merungut hal ini pada saya dengan sedikit rasa kecewa.Keadaan bertambah rumit lagi bila saya hadir ke mesyuarat DPPNK.Kawan-kawan sering bergurau di hadapan Yusuf Husin dengan memanggil saya „penghulu Memali‟. Masam juga muka Yusuf Husin mendengarnya. Seorang kakitangan veteran Perhubungan Negeri,Hj,Ramli yang saya panggil‟abang Li‟ kadang-kadang‟Ram;I Haji‟ sangat suka bergurau dengan saya di hadapan Yusuf Husin.Selalu dia berkata‟Ha! Penghulu Memali maid ah.Pakcup (nama glamor Yusuf Husin) tak dak apa dah.Habih balu boleh kat Cikgu Non(nama glamor saya).”Pada kami.ini adalah gurauan semata-semata.Sebaliknya pada Yusuf Husin tidak.Dia tidak dapat menerima nama saya kerap di sebut samada di M adrasah Islahiah Diniah atau di Perhubungan Negeri,seolah-olah saya sudah menjadi ancaman padanya. Ketika Yusuf Husin meletak jawatan sebagai Setiausaha Pas Kawasan Baling ,YDP Kawasan,Ustaz Hj Wahab Hasan pernah bersuara untuk pelawa saya mengisi jawatan itu.Yusuf Husin turut ada dalam perbualan selepas kuliah YDP di surau Madrasah Islahiah Diniah,segera membantah.Belum pun sempat saya sebut apa-apa samada setuju atau tidak,dia telah membuat keputusan.Pada saya memang sama sekali tak akan terima jawatan itu,kerana mahu tumpukan pada Madrasah Islahiah Diniah.Lagi pun,dari dulu saya tidak pernah memegang jawatan penting dalam parti lebih dari satu. Sewaktu menjadi ketua pemuda Pas kawasan Padang Terap,saya lepaskan jawatan ketua cawangan,setelah saya dilantik AjK DPPNK,saya lepaskan pula jawatan itu kepada timbalan,saudara Ir,Munir Zakaria.saya hanya tumpukan di DPPNK.Saya suka

pilih jawatan yang lebih mencabar,mungkin tabiat saya suka kepada hal-hal yang mencabar.Lagi pun pada saya,menerima jawatan yang banyak itu seperti menipu diri sendiri.Tahu tak mampu laksanakan tetapai nak juga tanggung risiko.Akibatnya parti menjadi masalah kerana kerja terbengkalai.Biarlah tugas itu di agih-agihkan pada yang lain. Saya sedar sekarang bahawa Yusuf Husin sedang berusaha untuk menyingkirkan saya secara halus.Sejak dia kembali ke Madrasah Islahiah Diniah,apa pun pandangan saya tidak di minta lagi,dia bebas buat apa saja hingga timbul kurang senang waris dan guru.Cikgu Khotub yangboleh saya katakan seorang guru cemerlang di Madrasah Islahiah Diniah melepaskan jawatan untuk bertugas di Yayasan Khariah,Kupang. Dia merupakan tenaga penting PIBG .Berjaya mengendalikan kantin PIBG sehingga dapat mengumpul belasan ribu ringgit.Yusuf Husin dalam komenya terhadap keputusan Cikgu Khotub,berkata bahawa tindakan itu tidak bijak,mengejar wang lebih dan pentingkan diri dari berkorban untuk perjuangan meneruskan cita-cita As syahid Ustaz Ibrahim Libya. Bibit-bibit kebencian Yusuf Husin mulai ketara pada saya sehari selepas mesyuarat agong Pas Kawasan Baling di dewan Madrasah Islahiah Diniah pada 20 April 1996.Dalam membahaskan usul dari kawasan dan cawangan itu,Saya bertikam lidah denganya yang mewakili kawasan.Dalam usul dari cawangan Kg.Pisang,berkaitan sagu hati wang kebajikan kepada ahli yang kematian waris,di bahas secara panjang lebar.Pihak kawasan yang diwakili oleh Yusuf Husin bersetuju diberikan wang itu kepada waris di kalangan ibu atau bapa ahli UMNO.Sedangkan cawangan tidak setuju. Saya yang mewakili Pas cawangan Kg.Memali mencelah menyokong pihak cawangan.Suasana semakin panas bila pengerusi tidak dapat mengawal perbalahan antara saya dan Yusuf Husin.Setelah undian berlaku,pihak saya menang.Begitu juga usul dari kawasan yang mintak kerajaan tidak mewajibkan mata pelajaran bahasa Cina di sekolah kebangsaan mulai tahun 2000.Alasan kukuh saya adalah Tuanguru Nik Aziz pernah seru ahli PAS belajar bahasa tersebut atas kepentingan dakwah.Pihak saya juga menang bila di adakan undian.Yusuf Husin rasa tercabar. Semenjak Yusuf Husin menjadi SU Kawasan Baling,boleh di katakan tidak ada ajk atau perwakilan yang benar-benar berani mencanggah pandanganya.Kecuali dua orang Yusuf.Iatu Md.Amin dari dewan pemuda kawasan dan Ustaz Yusuf Ambeng dari cawangan.Apabila dia menerima tentangan dalam perbahasan dengan saya,dan kalah pula dalam setiap undi,dirasakan seperti maruahnya tercabar.Begitu juga dalam DPPNK.Setiap kali mesyuarat antara ajk yang sering bercanggah pandangan denganya adalah saya.Apa yang di rasakan tidak sesuai,saya tetap menegur. Selain saya,saudara Aris Awang,Wan Romani,Ustaz Azizan Taib, Cikgu Md. Amin Taib,Basir Ismail adalah orang-orang yang sering menegurnya dalam mesyuarat ketika

Yusuf Husin menjadi ketua DPPNK.Sehari selepas mesyuarat agong kawasan itu,dia berkata pada saya'anta gamak buat kat ana macam tu no' tak sempat saya minta maaf lagi,dia terus beredar dengan muka yang agak kecewa. Sejak itu,Yusuf Husin mula mencari kesalahan saya,walaupun kepada perkara yang lepas.Contohnya,semasa berlangsungnya ijtimak PASTI,berlaku sedikit insiden di asrama lelaki.Lantai asrama terbakar dalam beberapa inci sahaja.Tidaklah sampai hangus,sekadar terbakar di permukaan lantai.Puncanya di katakan beberapa orang pelajar dari kumpulan nasyid menghisap rokok,antaranya termasuklah ketua kumpulan nasyid itu,anak saya. Isu ini telah di perbesarkan oleh Yusuf Husin.selepas mesyuarat Agong PAS Kawasan dia telah memanggil semua 22 orang kakitangan Madrasah Islahiah Diniah,guru-guru dan pekerja termasuk saya.Tujuannya adalah untuk membincangkan isu disiplin ke atas anak saya.Dalam mesyuarat khas itu selaku SU dan Penyelia Madrasah Islahiah Diniah,Yusuf Husin telah memaksa semua guru bercakap atas tiga pilihan yang ditetapkannya.Saya diminta mendengar sahaja,tidak di benarkan bercakap.Katanya,isu ini melibatkan anak saya,jadi saya tak ada hak untuk bercakap.Tiga pilihan yang telah ditetapkan itu adalah memaafkan,mengantung dan buang sekolah. Cubalah bayangkan bagaimana perasaan saya dalam menghadapi situasi ini.Begitu juga para guru,sudah tentu mereka kekok untuk membuat kenyataan di hadapan saya.Pastinya mereka tidak akan tergamak untuk memberi cadangan membuang anak saya.Kerana terpaksa mengambil kira perasaan saya.Hampir semua guru minta di maafkan anak saya kerana itu kesalahan pertama.Seorang dua sahaja yang bersetuju di gantung belajar dalam tempoh satu atau dua minggu.Setelah semua guru memberi pandangan,barulah saya di beri peluang bercakap. Saya hanya kata,'segala keputusan saya redha dan keputusan itu kelak biarlah adil jangan teragak-agak semata-mata Loqman itu anak saya.Yang salah tetap bersalah.'Yusuf Husin dalam ucapan terakhirnya berkata,tindakan ke atas anak saya nanti,bukanlah keputusan dia seorang,tetapi keputusan semua kakitangan sekolah.Tidak beberapa hari selepas itu,saya menerima surat yang di tandatangani oleh Yusuf Husin selaku SU Madrasah Islahiah Diniah,bahawa anak saya,Loqman di gantung belajar selama 6 bulan. Satu keputusan diluar jangkaan saya dan guru-guru. Ada ustazah yang menitis air mata dengan keputusan itu.Bagi saya, inilah satu cara Yusuf Husin hendak menunjukan yang dia berkuasa sedangkan mana-mana juga sekolah,dalam menghukum pelajar yang bersalah,memadai dengan beberapa orang guru disiplin sahaja.Bila Yusuf Husin menjemput semua kakitangan,tidak lain hasratnya untuk memalukan saya,saya

bersabar .Hanya memikirkan di mana pula harus dihantar Loqman belajar sementara menunggu masa yang begitu panjang. Kebetulan anak sulong As Syahid Ustaz Ibrahim Libya,Mohd.Islah waktu itu sedang belajar di pondok Pasir Tumbuh,Kelantan.saya serahkan anak saya untuk tinggal belajar sementara dengannya di situ.Pada April 1997 saya hantar dia dan adiknya Mohamad Al-Hafiz ke Maahad Tahfiz di Mansoorah,Lahore,Pakistan. Kebencian Yusuf Husin terhadap saya sudah berada di tahap yang membimbangkan.Boleh tercetus sesuatu yang buruk jika saya masih bersama Madrasah Islahiah Diniah.Untuk menjaga maruah masing-masing,saya mengambil keputusan meninggalkan Madrasah Islahiah Diniah dan juga bangkel jahitan Memali.Berhasrat meneruskan pengajian di Pakistan.Saya mendapat maklumat di Manseera,ada seorang tuanguru yang mahir berbahasa Melayu.Dia pernah beberapa tahun tinggal di Malaysia dan berkawan dengan Tuanguru Nik Aziz.Saya sangat berminat untuk berguru denganya. Hasrat saya dapat di hidu oleh Yusuf Husin.Tanpa pengetahuan saya,dia berjanji dengan keluarga isteri kedua saya yang pihaknya akan membiayai kos saraan mereka,RM 150.00 sepanjang ketiadaan saya.Bapa mertua dan isteri saya yang tak tahu apa-apa secara jujur bersetuju saja.Bila saya tahu,rasa cukup marah dengan perangkap Yusuf Husin ini.Dia sengaja nak menunjukkan keikhlasannya untuk memberitahu orang kampong yang saya pergi belajar dengan di biayai oleh Madrasah Islahiah Diniah. Bila saya meninggalkan Madrasah Islahiah Diniah hujung September 1996,sayasebutkan dalam surat perletakkan itu yang saya tidak akan mengizinkan isteri menerima sumbangan bulanan dari Madrasah Islahiah Diniah. Jadi,Yusuf Husin terpaksa membatalkan niatnya,kos perjalanan saya ke Pakistan dan sumbangan bulanan buat keluarga telahpun saya uruskan.Bila sampai di Lahore,Pakistan,saya dapat berita Taleban telah menguasai Afghanistan .Hasrat untuk belajar di Manseera saya tangguh sekejap.saya ke Afghanistan untuk tinjau keadaan disana.Tiga bulan disana, saya kembali ke Lahore semula.sekali lagi saya menerima berita sedih,kerana tuan guru yang saya nak berguru itu baru dua minggu meninggal dunia.Katanya,ia meninggal di atas pangkuan murid setianya,Nik Adli anak Tuan guru Nik Aziz,14 Januari 1997,saya pulang semula ke tanah air, Tujuan saya adalah menerbitkan buku isu terkini Afghanistan. Buku itu saya beri tajuk TALEBAN:Antara Jihad dan Jahat. Bila pulang,berbagailah berita yang saya dengar,merupakan fitnah terhadap saya.Antaranya saya larikan wang KOMID dan wang bangkel jahitan Memali.Kononya saya pergi kepakistan itu di biayai sepenuhnya oleh Madrasah Islahiah Diniah.Maka keputusan saya menghalang Yusuf Husin membiayai keluarga itu adalah tindakan

tepat.Jika tidak saya akan terperangkap dengan jeratnya.Sangat menyedihkan saya apabila mendapat tahu Yusuf Husin telah membubarkan KOMID.Empat bulan semasa saya berada di Pakistan,KOMID di bubarkan dan setiap orang kakitangan mendapat lebih dari RM 400.00. Sewaktu saya tinggalkan Madrasah Islahiah Diniah,wang di bank bernilai tujuh belas ribu lebih.Sementara asset di dalam kedai runcit hamper sepuluh ribu ringgit.Segala pengedaran produk KOMID seperti kicap dan sos di pajak pada salah seorang ustaz di situ.Ustaz itu hanya membayar sekitar seratus lima puluh ringgit sebulan.Itulah jumlahnya yang akan dibahagikan dengan dua puluh satu orang kakitangan.Demikianlah bijaknya Yusuf Husin dalam melayan kakitangannya dan runtuhlah istana kebajikan yang telah saya bina. Segala tomohan Yusuf Husin itu,saya diamkan saja kerana menumpukan perhatian menulis buku tentang Taleban di Afghanistan.Selepas buku itu keluar pada Mei 1997,saya menumpukan pula pada perniagaan di tempat-tempat ceramah Pas melalui syarikat Corak Memali Enterprise (COME).Perniagaan COME ini bukanlah sematamata untuk mengaut keuntungan peribadi,Niat saya adalah untuk meneruskan cita-cita membantu keluarga syuhada.Rata-rata anak syuhada ketika ini sudah remaja dan belajar di peringkat menengah.Juteru itu,perbelanjaan untuk mereka sudah pasti besar,sedangkan ibu mereka di kalangan orang yang tidak mampu. Hanya seorang saja balu yang berkerja sebagai guru,iatu balu kepada As syahid Cikgu Shafie,orang pertama gugur dalam tragedi Memali itu.Enam orang menorah getah dan lain-lainnya tak berkerja.Sebelum saya datang ke Memali,mereka ini hanya mendapat bantuan bermusim,khususnya dihariraya.Bila saya menguruskan kewangan Madrasah Islahiah Diniah,saya dapati wang mereka mencukupi untuk diberi sumbangan bulanan sekitar seratus atau lebih sebulan. Saya ajukan perkara ini kepada Yusuf Husin,Dia bersetuju,tetapi utamakan kepada balu yang anak-anak mereka belajar di luar dari Memali,termasuk luar negeri ,juga waktuwaktu kecemasan seperi kos rawatan dan sebagainya. Saya tetapkan setiap balu antara dua ratus ke tiga ratus ringgit sebulan.Jadi,kebajikan balu di ambil berat melalui wang dalam tabung mereka. Keadaan kembali berubah,apabila saya berhenti dari Madrasah Islahiah Diniah.Kebajikan kepada balu tak di pedulikan lagi.Ada balu-balu yang benar-benar perlukan wang menemui Yusuf Husin,tetapi dia cakap wang dalam tabung sudah tidak ada.Kalau balu perlu dia boleh bagi dengan syarat kena bayar balik,kerana dikira itu sebagai hutang.Dengan penuh hiba balu ini pulang.Alternatif terakhir adalah mengadai barang kemas mereka.Ada dua kes balu yang barang kemas mereka hampir tamat tempoh.

Alhamdulillah,sempat saya menebus kembali barang kemas mereka.Itulah nasib yang menimpa Pn Siti Mariam dan Pn Robiah ,balu yang anak mereka belajar di Pakistan.Mula marah juga saya kerana mereka tidak maklum perlukan wang hingga sanggup gadai barang kemas.Mengikut mereka,tidak mahu bebani saya kerana pada mereka telah banyak saya bantu.Antara tahun 1996 hingga 2000 itu, masih terdapat 22 orang anak syuhada yang belajar di beberapa negeri seperti Kelantan,Terengganu,Perak dan Kedah.Ada juga yang menuntut di luar Negara. Perbelanjaan mereka ini besar sedang wang dari tabung anak yatim tidak disalurkan pada mereka lagi,Kerana telah bertekad untuk membantu mereka,Saya dengan dibantu oleh Awang berkerja keras mengumpul wang dari perniagaan kami COME *( Corak Memali) kadang-kadang isteri saya merungut,kerana melihat saya seperti mengutamakan anak-anak syuhada dari anak sendiriMemang saya pun tidak menafikan hal ini.Mungkin semangat jihad yang ada pada saya yang sentiasa mahukan Syahid.Kalau pun saya tidak dapat syahid lagi,peluang untuk saya berbakti pada anakanak syuhada terbuka luas.Saya yakin dengan janji Allah yang menjanjikan syurga kepada orang-orang yang membela anak-anak yatim,apa lagi anak para syuhada. Awal tahun 1998,ketua Penerangan Pas Negeri Melaka,saudara Jaafar menghubungi saya untuk mengadakan majlis meraikan keluarga syuhada.Saya panjangkan hal ini pada Pak Teh Md.Piah seorang tenaga pengajar Madrasah islahiah Diniah,supaya maklumkan hal ini kepada Yusuf Husin.Seminggu lepas itu bila saya rujuk Pak Teh,dia beritahu Yusuf Husin tidak kata apa-apa pun,sekali lagi saya dihubungi oleh saudara Jaafar dan saya mencadangkan dia menghubungi terus Yusuf Husin.Katanya dia telahpun hubungi Yusuf Husin,tetapi Yusuf Husin melayannya cara agak kasar.Seterusnya saudara Jaafar minta saya saja uruskan. Pada cuti sekolah hujung Februari 1998,saya membawa beberapa orang balu dan anak-anak mereka serta kumpulan nyasid ke sana.Kami dilayan dengan penuh mesra dan di luar jangkaan. Hasil dari program ceramah malam terakhir bersama Mohamad Sabu,dapat di kumpulkan hampir sepuluh ribu,Pengerusi majlis telah umumkan sumbangan itu untuk keluarga syuhada.Saya serah semua wang itu kepada Pak Teh.Saya dan Pak Teh bertanya pada balu.adakah wang itu mereka mahu di agihkan atau diserahkan kepada tabung mangsa Memali,mereka tak yakin lagi dengan Yusuf Husin.Mereka mintak saya yang simpan untuk kegunaan mereka kelak.Saya dan Pak Teh membuka akaun bersama di BIMB cawangan Baling.Buku bank itu dipegang oleh Pak Teh.Segala keperluan balu dari wang itu,Pak Teh yang menguruskan. Kalau ada masalah,Pak Teh akan rujuk kepada saya.Setiap bulan saya akan lihat buku catatan keluar masuk wang itu.Siapa balu yang ambil dan berapa jumlah yang diambil

serta tujuan kegunaannya.Pak Teh menguruskanya dengan baik,sehinggalah ia meninggal pada Mei 2001.Setelah itu buku bank itu saya serahkan pada kak Ah sebelum saya di tahan bawah Akta ISA pada Ogos 2001. Alhamdulillah,perniagaan COME mendapat sambutan baik,COME mula mendapat tempahan produk,umpamanya Kopi Habatus Sauda yang kami bekalkan untuk syarikat BBI.Dengan itu,dapatlah saya memberi peluang kerja sambilan kepada tiga orang balu Pn Solehah,Pn Mariam dan Pn Aishah untuk kerja pembungkusan.Balu-balu ini sudah tidak berkerja di Bangkel jahitan Memali kerana ditutup oleh Yusuf Husin. Sedih juga,kerana ramai lagi ibu tunggal selain balu yang datang memohon kerja dari saya.Tetapi saya terpaksa menolak kerana kemampuan yang terhad.Awal 1999,saya juga turut menjual bendera PAS sempena pilihanraya umum yang hampir tiba.Beberapa negeri menempahnya. Waktu ini,ramai balu dan ibu tunggal yang berpeluang berkerja menjahit tepi kain bendera,Hampir 15 orang menjahit di rumah masing-masing.Sementara beberapa orang balu bekerja sepenuh masa di rumah saya.Mereka berpuashati,walaupun pendapatan antara seratus ke dua ratus ringgit,saya bersyukur kepada Allah yang telah memudahkan segala urusan perniagaan saya,boleh juga orang kampong menumpang cari rezeki. Antara tahun 1996 hingga 1998,tiga kali saya ke Pakistan.Kali pertama September 1996 dengan niat untuk belajar,kali kedua pula pada April 1997 hantar anak saya Loqman dan adiknya belajar di sana.Selesai menguruskan pengajian anak-anak,saya pergi pula pada April 1998 untuk menghantar wang tiga puluh ribu kepada kumpulan Hizbul Mujahidin Khasmir.Wang itu adalah hasil sumbangan para pembaca buku Tangisan di Buku Khasmir. Sejak terbit buku itu,perhatian saya bukan sahaja kepada keluarga syuhada Memali,malah kepada pejuang Khasmir.Boleh kata tiap-tiap bulan ada saja sumbangan untuk mereka,yang dikirim oleh pembaca.Disamping itu saya juga menulis buku pengalaman Pak Teh Md Piah dalam peristiwa memali bertajuk‟Perisai Memali‟ sebuah buku yang mendapat sambutan baik dari pembaca. Juga edisi baru buku kisah As syahid Fauzi yang gugur di bumi Afghanistan.Juga mendapat sambutan baik dari pemuda,terutama pemuda PAS.Ini di antara sumbersumder keuntungan yang sebahagiannya saya peruntukkan untuk keluarga syuhada Memali serta Hizbul Mujahidin Khasmir.Saya sungguh bersyukur,kerana dapat membuka ruang pada orang ramai untuk sama-sama melakukan amal mereka pada anak yatim,balu syuhada serta mujahidin Khasmir.

Selain itu saya juga berusaha mencari keluarga angkat kepada dua orang anak syuhada yang belajar di Rusila,Terengganu dan seorang di Institute Berakan juga di Kuala Terengganu.Alhamdulullah,sahabat saya Cikgu Rosli,aktivis pemuda Pas Terengganu sanggup menagung tugas.Sementara beberapa orang yang belajar di Perak,saya minta Ustaz Sidiq Nor uruskan mereka.Waktu ini Yusuf Husin langsung tak pedulikan perkembangan anak syuhada.Dia tidak ambil tahu lagi dimana dan apa yang berlaku terhadap anak-anak yatim ini. Mengikut Mohamad Islah selama tiga tahun belajar di Kelantan,langsung dia tidak terima apa-apa sumbangan lagi dari Tabung Mangsa Memali.Bermula tahun 1997,hubungan Yusuf Husin dengan keluarga syuhada mulai dingin,termasuk keluarga As syahid Ustaz Ibrahim Libya.Yusuf Husin seperti membalas dendam terhadap mereka,kerana balu-balu ini menyebelahi saya dalam banyak pekara. Dalam dia mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak syuhada,secara diamdiam Yusuf Husin berusaha menghantar anak-anaknya belajar di YIK Kelantan.Walaupun anaknya gagal dalam ujian kemasukkan,Yusuf Husin telah menggunakan khidmat Ustaz ismail Noh, yang ketika itu ada pengaruh di YIK.Sedangkan anak-anak syuhada dan lain-lain pelajar yang cemerlang berbanding anaknya, tidak di uruskan ke YIK atau mana-mana sekolah terpilih.Apabila memberi ceramah dalam program ihtifal Madrasah Islahiah Diniah atau membuat kenyataan dalam Harakah,Yusuf Husin sering menyebut ramai pelajar Madrasah Islahiah yang belajar di YIK.Sedangkan hanya dua orang anaknya sahaja. Inilah pembohongan Yusuf Husin,yang semata-mata menagih simpati orang ramai memberi derma pada Madrasah Islahiah Diniah.Pelajar-pelajar lain,lepasan dari Madrasah Islahiah Diniah membawa arah masing-masing.Ikut selera waris.Boleh dikatakan waktu ini,banyaklah air mata balu-balu yang mengalir mengenangkan nasib mereka untuk menanggung kos pelajaran anak-anak.Secara diam-diam ada juga yang berhutang,memajak atau menjual tanah.Mereka sudah tidak ada pilihan,kerana tempat bergantung,tabung mangsa Memali sudah tidak berfungsi. Begitu juga bila Yusuf Husin buat keputusan untuk menutup bengkel jahitan Memali,balu-balu merayu agar beberapa mesin jahit yang ada diberikan pada mereka.Walaupun terpaksa di beli,mereka sanggup membayar secara ansuran.Dengan adanya mesin itu nanti,bolehlah mereka mengambil upah menjahit.Tetapi apakah hasrat dan hajat mereka ini di layan dengan mesra oleh Yusuf Husin? Tidak.Dengan dendam kesumat,Yusuf Husin tidak beri pada balu-balu,sebaliknya di jual pada orang yang tidak berkenaan di kampong dan selebihnya di katakan di jual kepada HPA.Kak Ah,Isteri As syahid Ustaz Ibrahim Libya sebagai bendahari bengkel jahitan Memali langsung tidak di maklumkan.

Hingga hari ini dia tidak tahu kemana wang hasil jualan mesin jahit di bawa oleh Yusuf Husin.Khabar angin yang dia terima,hampir tiga puluh ribu ringgit hasil jualan mesin itu.Yusuf Husin bukanya tidak tahu bahawa modal projek bengkel jahitan Memali ini sebenarnya wang dari tabung mangsa Memali yang di salurkan melalui Pas pusat sebanyak empat puluh ribu ringgit. Di ujudkan bengkel ini atas cadangan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat ketika itu,Ustazah Jamilah.Dengan tujuan memberi peluang kerja pada balu-balu.seharusnya wang jualan mesin itu perlu di kembalikan kepada balu-balu.Itu hak mereka. Maka ,berterusanlah balu-balu ini berendam air mata dengan tindakan Yusuf Husin.Sudahkah mereka tidak dapat hak,malah mereka juga hilang pekerjaan setelah bengkel itu ditutup pada hujung 1997.Tiga orang balu yang berkerja di bengkel ini.Pn Solehah,Pn Mariam dan Pn Zainab amat memerlukan wang kerana anak-anak mereka masih belajar.Paling kurang pun keperluan mereka ketika itu lima ratus ringgit sebulan. Sekembalinya saya dari Pakistan 1997,ada berita yang mengatakan Yusuf Husin sedang merencanakan satu projek pembangunan semula Madrasah Islahiah Diniah. Di mana seorang yang dikatakan korperat dari kuala lumpur,berjanji untuk melaburkan beberapa juta untuk Madrasah islahiah Diniah.Untuk peribadi Yusuf Husin juga akan diberinya satu juta.Bagaimanapun,wangnya masih ada di Singapura dan dalam proses di bawa masuk.Sementara menunggu proses tersebut,dia minta Yusuf Husin membiayai beberapa kosnya seperti rumah,kereta dan keperluan harian.Tanpa memaklumkan hal ini kepada Lembaga Tadbir Madrasah Islahiah Diniah,pimpinan kawasan dan perhubungan negeri Yusuf Husin bersetuju atas keputusan sendiri. Ia membeli sebuah kereta Mercedes model 230 bernilai lebih dua puluh ribu.Menyewa sebuah rumah taman di Sungai Kob,Kulim serta membeli dua buah peti wang besi yang bernilai lebih tiga ribu ringgit.Peti besi ini akan di gunakan untuk menyimpan wang tunai yang akan di bawa masuk dari Singapura kelak.Sbuah di katakana berada di rumah taman itu dan sebuah lagi di rumah Yusuf Husin. Berbulan juga isu ini di bualkan oleh orang kampong.masing-masing risau bila mendapat tahu korporat tersebut bercadang untuk merobohkan bangunan asrama dan kantin untuk dibuat baru.Mereka bimbang setelah diroboh nanti tidak diganti seperti yang dijanjikan.Saya tak ingat,pada siapa saya suarakan hal ini di peringkat negeri,samada alahyarham Ustaz Suhaimi selaku Setiausaha Perhubungan atau saudara Sobri Awang yang bertugas di JPN Pas Kedas.Akhirnya isu ini mula heboh di peringkat kawasan dan negeri.Bila di persoalkan kenapa dia tidak membawa isu ini dalam mesyuarat lembaga,alasannya takut ramai yang tak setuju dan peluang untuk Madrasah Islahiah Diniah terbantut.

Oleh kerana isu ini sudah hangat di bincangkan,Yusuf Husin rasa terancam,lalu mencipta satu helah.Dia memaklumkan kepada pihak negeri dan kawasan yang dia seperti tidak sedar,seolah-olah di pukau .Dalam satu mesyuarat agong cawangan Memali ,saya timbulakn isu ini dan dia menjawab perkara yang sama,iatu di a di pukau,tetapi dia terpukau kerana di janjikan akan diberikan padanya satu juta,dia tidak menjawab apa-apa. Memanglah dia akan diamlkan hal ini dari jawatankuasa ,kerana tidak mahu wang satu juta untuknya itu akan di bahaskan.Setelah alasan dia dipukau tidak dapat diterima,malah di ejek oleh banyak orang,Yusuf Husin membuat laporan polis yang dia ditipu.Sebelum ini pun Yusuf Husin pernah mendapat pangilan talipon dari anak Korporat itu,mengingatkan Yusuf Husin berhati-hati dengan bapanya,kerana sudah sudah banyak kes penipuan berlaku.Anehnya,apabila korporat itu di tahan,kereta Mercedes juga ditahan sebagai bahan bukti,rumah sewa dan kelengkapan termasuk sebuah peti besi di sita, perbicaraan tidak tahu berlaku atau tidak. Hanya Yusuf Husin member tahu yang koporat itu di penjarakan dua tahun. Kereta Mercedes yang dibeli oleh Yusuif Husin itu pula di serah kembali kepada used car di Baling.Isu ini masih menjadi rahsia dan berapa banyak wang yang dihabiskan oleh Yusuf Husin kepada korporat tersebut tak ada yang tahu.Samada wang itu kepunyaan Madrasah Islahiah Diniah atau tabung mangsa Memali juga tak siapa tahu.Hanya Yusuf Husin dan Allah sajalah yang tahu.Apa yang pasti,ketika itu wang yang masuk ke Madrasah Islahiah Diniah mencurah-curah .Waktu itu juga lah Yusuf Husin di katakana berbelanja sakan. Terhalangnya cita-cita besar Yusuf Husin dengan korporat yang di maksudkan itu,membengkak lagi hatinya terhadap saya .Saya dikatakan menjadi punca kerana mendedahkan rancangan kepada pihak atasan parti. Dari hari kehari Yusuf Husin mula mengumpul maklumat palsu tentang saya dan perniagaan saya.Dicelah-celah orang lain menaruh simpati dan menyokong usaha saya,namun pada Yusuf Husin sebaliknya.Hidup sentiasa resah,makan tidak lalu,mandi tidak basah,tidur tak lena dan sembahayang tak khusyuk. “Dalam hati mereka terdapat penyakit(syak dan hasad dengki) lalu Allah tambahkan lagi penyakit buat mereka.” 1:10 Agaknya dia tidak senang melihat iklan COME sentiasa terpampang di dada akhbar Harakah.Berbagai produk baru di perkenalkan.Di mana juga ijtimak atau muktamar negeri dan pusat,saya akan berada di sana berniaga.Memang saya dan Awang,pembanttu saya berkerja keras,tak cukup rehat,tidur dan makan.Bukan sahaja untuk mencari rezeki buat kami,juga untuk anak-anak syuhada Memali dan juga mujahidin Khasmir.Apatah lagi,mulai Oktober 1997,anak sulung As syahid Ustaz

Ibrahim Libya melanjutkan pelajaran ke Yamen, setelah tamat pengajian di Pasir Tumbuh, Kelantan Setelah mengumpul maklumat,Yusuf Husin yang juga SU Kawasan Baling telah membentang satu laporan tentang salah laku saya dalam mesyuarat kawasan pada 2 December 1998.Terdapat enam fitnah yang di kemukakan oleh yusuf Husin. Fitnah 1-Mempengaruhi balu-balu syuhada dan masyarakat bahawa Madrasah Islahiah Diniah telah menyalahgunakan wang tabung mangsa Memali untuk tujuan pentadbiran dan sebagainya. Penjelasan-Berlaku kekeliruan disini tentang‟mempengaruhi‟.Seperti yang saya jelaskan pada Yusuf Husin dalam surat saya 28 Januari 1999.Saya tidak mempengaruhi,Cuma menerangkan kedudukan sebenar aliran wang dari tabung mangsa Memali berdasarkan iklan rayuan Perhubungan PAS Negeri Kedah dalam harakah setiap menjelang hariraya,iklan itu memyebut, „ GAMITAN MEMALI KEMBALI LAGI:Pada 19 November 1997,genaplah dua belas tahun berlakunya tragedy Memali yang meninggalkan kesan pada mereka yang terlibat,secara langsung terutamanya balu-balu dan anak-anak yatim.Perhubungan PAS Kedah merayu kepada muslimin muslimat agar dapat menghulurkan sumbangan bantuan khas untuk hariraya,pendidikan dan perbicaraan kes Memali yang masih belum selesai.‟ Atas dasar untuk anak yatim dan balu syuhada inilah yang membuatkan orang ramai menghulurkan sumbangan,Mereka mahu keluarga syuhada dapat sambut satu syawal dengan penuh bermakna seperti orang lain.Setelah wang terkumpul adakalanya hingga lebih empat puluh ribu ringgit,biasanya Yusuf Husin akan menggunakan separuh untuk Madrasah Islahiah Diniah dan separuh sahaja untuk keluarga syuhada serta mangsa Memali,Tetapi untuk tahun 1998 itu,wang terkumpul adalah RM 26,070.00.Dari jumlah itu Yusuf Husin telah menetapkan RM 13,900.00 untuk Madrasah Islahiah Diniah dan selebihnya RM 12,170.00 untuk keluarga syuhada dan mangsa Memali.Daripada jumlah 13,900.00 untuk Madrasah Islahiah Diniah itu, RM 8,000.00 di berikan bonos untuk 22 orang kakitangan Madrasah Islahiah Diniah.Sebaliknya RM 12,170.00 itu diagihkan kepada hampir 150 orang terdiri keluarga syuhada dan mangsa Memali. Majoriti mangsa hanya mendapat antara RM 30 hingga RM 50 setiap orang dan keluarga syuhada pula antara RM 400.00 ke RM 600.00 sahaja.Sepatutnya mereka mendapat lebih dari itu jika peruntukkan pada kakitangan di ketepikan.Jadi,bagaiman pula kakitangan Madrasah Islahiah Diniah? Mereka masih ada sumber lain untuk diberi bonus.Biasanya,terdapat beberapa korporat datang member berbagai sumbangan pada mereka.Selain wang terdapat juga kain batik dan pelikat,kuihmuih dan beras.

Kutipan tilawah ramadhan pada tahun 1998 itu sahaja mencecah RM 40,000.00.Andainya setiap kakitangan Madrasah Islahiah Diniah di beri bonus RM 1,000.00 seorang,sebanyak RM 20,000.00 sahaja yang diguna.Masih berbaki lagi RM 18,000.00 hasil tilawah tersebut.Biasanya balu yang paling banyak mendapat sumbangan adalah Kak Ah,kerana empat orang anak masih belajar.Jika dia mendapat hanya enam ratus ringgit,apakah cukup untuk membeli pakaian dan lain-lain persiapan untuk hariraya. Inilah antara penjelasan yang saya berikan pada balu dan mangsa Memali.Mereka memang tidak tahu kerana tidak pernah di beri tahu.Daripada ujudnya tabung itu hinggalah ia di katakan tutup,mereka tak pernah tahu berapakah jumlah sebenar wang dari Tabung Mangsa Memali.Apa yang mereka tahu,setiap menjelang raya,akan dapatlah samada tiga puluh atau lima puluh ringgit.Mereka juga mungkin tidak tahu bahawa wang Tabung Mangsa Memali itu,bukan sahaja terdapat di Madrasah Islahiah Diniah,juga terdapat di perhubungan Negeri Kedah,Pejabat Agong Pas Pusat dan juga Harakah.Pas kawasan Baling yang mendakwa Madrasah Islahiah dan Tabung mangsa Memali ini berada di dalam pantauan mereka,bolehlah memberi penjelasan isu ini.Setahu saya,hanya Harakah saja yang sering menyalurkan wang mangsa Memali,itu pun di zaman Pak Daeng Mariok menjadi pengarah urusan Harakah. FITNAH 2-Mengadakan Hari syuhada pada Februari 1998 di Taman Melewar dan Melaka dengan membawa sebahagian besar balu tanpa mekluman dan kebenaran dari pihak Madrasah Islahiah Diniah dan Pas Kawasan Baling,Perolehan derma dalam program tersebut tidak diserahkan pada pihak Madrasah Islahiah Diniah. Penjelasan- Isu ini telah saya jelaskan di atas.Kenapa Ketua Penerangan Melaka,saudara Jaafar mahu saya uruskan.Juga kenapa duit derma balu-balu tidak mahu serahkan pada Yusuf Husin dan kemana wang itu pergi.Sementara program di Taman Melewar seperti yang dimaksudkan itu,tidak pernah ujud sama sekali. Selepas program di Melaka,kami terus pulang ke Memali.Program di taman Melewar seingat saya adalah tahun 1994 anjuran Dewan Muslimat Pusat.Yusuf Husin turut serta sebagai penceramah utama isu tragedi Memali. Inilah Program pertama saya susun untuk perkenalkan produk KOMID.Sepanjang dua hari program sekitar Kuala Lumpur dan PJ itu Yusuf Husin dapat bawa pulang hampir tiga puluh ribu ringgit.Rombongan kami berakhir dengan jamuan makan sumbangan Azlan Jan serta kawan-kawanya,yang mereka sebut masa itu, orang Mat Sabu. Dari fitnah itu dapat difikir betapa Yusuf Husin sengaja mencipta isu .Sebelum ini tidak pernah ada pekeliling yang melarang sesiapa membawa balu tanpa kebenaran Yusuf Husin atau Pas Kawasan.Apakah ada perjanjian antara kedua pihakyang tidak

membolehkan sesiapa pun membawa balu.Kalau tidak ada perjanjian,mengapa pekara ini sengaja di jadikan isu oleh Yusuf Husin? FITNAH 3-Menubuhkan Tabung Balu syuhada dan menjalankan kutipan untuk tabung berkenaan tanpa makluman dan kebenaran Madrasah Islahiah dan Pas kawasan Baling. Penjelasan –seingat saya,tidak pernah pun menubuhkan tabung ini,selain dari menyimpan wang derma dari program di Melaka tempoh hari.Jika Yusuf Husin ada maklumat sila sebutkan siapa jawatankuasa tabung itu. Fitnah 4-Mengunakan balu-balu syuhada untuk kepentingan syarikat COME.menyiarkan gambar dalam Harakah,3 orang balu sedang mengisi kopi Habbatussauda sebagai pekerja COME.Menjaja barang jualan dan buku-buku tulisan Cikgu Zainol untuk Madrasah Islahiah Diniah,sedangkan COME tidak pernah beri sebarangan sumbangan pada Madrasah Islahiah Diniah. Penjelasan-Telah di jelaskan sebelum ini apa yang saya lakukan berhenti dengan Madrasah Islahian Diniah.Iatu menumpukan perniagaan COME sebagai usaha membantu keluarga syuhada dan Hizbul Mujahidin Khasmir.Pn Solehah,Pn Mariam dan Pn Aishah adalah tiga orang balu yang saya upah untuk mengisi kopi Habbatussauda yang di tempah oleh syarikat BBI.Sebagai pemberita sambilan Harakah.Saya rasa ini peluang untuk memberitahu khusunya ahli Pas bahawa kopi edaran BBI itu hasil kerja balu.Bila mereka memberi sokongan bererti peluang pekerjaan untuk balu akan berterusan.Salahkah saya mendapat sedikit keuntungan bersama balu-balu itu. Tentang saya menjaja nama Madrasah Islahiah Diniah ketika jualan,adalah satu pembohongan besar oleh Yusuf Husin.Tolong nyatakan pada sya di mana dan bila saya berbuat begitu.Sejak saya berhenti dari Madrasah Islahiah Diniah saya tidak pernah ambil kesempatan seperti yang di dakwa.Kalau ada orang yang ingin memberi sumbangan pada Madrasah Islahiah Diniah atau Tabung mangsa Memali,saya akan minta mereka serahkan sendiri melalui money order sambil saya memberi alamat Madrasah Islahiah Diniah pada mereka.Kalau orang yang benar-benar mengenali saya dan percaya dengan saya.saya ambil dan serahkan melalui Ustaz Pak Teh Md.Piah untuk Madrasah Islahiah Diniah.setelah dapat resit penerimaan saya pos kepada orang yang berkenaan. Antara yang saya masih ingat adalah sumbangan dari saudara Latif Exco pemuda pusat.Sekarang saya di fahamkan beliau telah menjadi seorang professor.Begitu juga sumbangan kepada balu-balu lebih seribu ringgit dari jemaah masjid Al-Falah ,Batu 3 Jalan Gambang,Kuantan.saya tidak serahkan pada Madrasah Islahiah Diniah,tapi saya serahkan perhubungan Pas Kedah.Setelah saya dapat resit dari saudara Razak

Khamis,kerani Pejabat perhubungan,saya kirimnya pada saudara Hj Ismail Mohamad atau Ayah Ngah yang menguruskan sumbangan itu.Itulah yang saya masih ingat. Fitnah 5-Mengadakan majlis bacaan Yasin dan Tahlil serta kenduri pada 10 November 1998 tanpa makluman dan kebenaran Madrasah Islahiah Diniah serta Pas Kawasan Baling. Penjelasan-Majlis ini saya adakan di rumah As syahid Ustaz Ibrahim Libya bersama keluarga syuhada,mangsa Memali dan penduduk kampong,sepatutnya majlis ini di adakan pada 19 November 1998 sempena hari peristiwa Memali yang ke 13.Ada cadangan supaya kami adakan majlis itu ikut tarikh tahun hijrah peristiwa itu.maka ramai yang setuju.Untuk memeriahkan lagi majlis.kami minta adik As syahid Ustaz Ibrahim Libya Ustaz Rusdi atau Pak Njang Di menyampai sedikit motivasi. Samada wajar atau tidak majlis tahlil untuk para syuhada ini di jadikan isu oleh Yusuf Husin,anda pembaca fikirlah sendiri.Buatlah penilaian tentang hati budinya yang kini bergelar Senator.Lainlah kalau Yusuf Husin tergolong dari kalangan yang anti tahlil dan talkin. Fitnah 6-Mengubah penama saham Kohilal sebanyak RM 30,000.00 yang di laburkan oleh Madrasah Islahiah Diniah atas nama Pengerusi dan Bendahari Madrasah Islahiah Diniah kepada nama peribadinya tanpa kebenaran Lembaga tadbir dan Pas kawasan Baling.Apabila pihak Madrasah Islahiah mengarahkan al-Sanadi Mohd Bakhori,pengurus Kohilal Edar yang juga Pengerusi PIBG ,Madrasah Islahiah Diniah menguruskan penukaran semula penama,Cikgu Zainol enggan berbuat demikian.Barubaru ini Cikgu Zainol telah berusaha mengeluarkan wang tersebut dan bertembung dengan Ustaz Salleh Ahmad,Ajk Pas Kawasan Baling di pejabat Kohilal Kuala Lumpur: Penjelasan-Wang pelaburan ini sebenarnya bukanlah milik Madrasah Islahiah Diniah tetapi milik balu-balu.Yusuf Husin telah maklumkan pada balu-balu tujuan pelaburan ini.Allahyarham Ustaz Hasan selaku pengerusi Kohilal waktu itu menyarankan hal ini .Kohilal,katanya sedang mencari pelabur untuk tudung ubat gigi.Cadangan Ustaz Hasan ini saya kemukakan pada Yusuf Husin dan dia turut bersetuju.keputusan mesyuarat Lembaga Tadbir Madrasah Islahiah Diniah yang saya juga salah seorang jawatankuasanya pun setuju.Lalu di amanah pada Pengerusi,Setiausaha dan Bendahari Lembaga Tadbir sebagai penama setiap orang sepuluh ribu ringgit. Apabila Koilal membuka cawangan di negeri-negeri,pihak kohilal sendiri mencadangkan supaya pelaburan wang balu-balu itu di pindahkan ke dalam pelaburan Kohilal Edar Kedah .Dalam satu perjumpaan dengan pelabur-pelabur Kedah,saya hadir sebagai salah seorang jawatankuasa Kohilal Bahagian Utara Kedah.Apabila sampai kepada agenda mengisi borang pelabur,timbul masalah pelaburan dari balu-balu.Siapa yang

nak turunkan tandatangan kerana tiga penama yang ada tidak hadir.Saudara Hazrin Ismail yang mewakili Kohilal Pusat minta saya tandatangan wakali bagi pihak balu. Mulanya saya enggan,bimbang apa-apa akan terjadi,kerana dua minggu lagi saya akan ke Pakistan.Langsung tak terfikir pada saya begitu mudah berlaku perpindahan dari tiga penama kepada saya seorang,tanpa pengetahuan mereka yang berkenaan.saya sedar perpindahan ini selepas hadir dalam mesyuarat agong Hilal Kedah 1997. Tahun itu juga saya dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Kohilal Edar Kedah mewakili Pelabur,bersama Cikgu Mat Lazim(sekarang bertugas di Muasasah Darululum) mewakili ajk negeri dan juga Haji Aziz Hasan wakil Kohilal pusat.Pengurus samasa itu adalah saudara Idrus anak Kedah yang dibawa pulang dari Kohilal pusat.Pejabat dan kedai runcit Kedah masa itu bertempat di jalan Sultanah Sambungan,Alor Setar.Untuk kali ketiga,sekali lagi saya pergi ke Pakistan. Bulan Mei 1998 saya pulang.saya pergi kepejabat Kohilal dan terkejut pula kerana pejabat itu telah berpindah ke Sahab Perdana dan pengurusnya pula orang baru,Al Sanadi,seorang yang sangat saya kenali kerana dia pengerusi PIBG Madrasaha Islahiah Diniah,semasa saya masih berkhidmat dengan Madrasah Islahiah Diniah dulu.Seorang yang gigih membantu mencari wang untuk PIBG Madrasah Islahiah Diniah bersama SU PIBG,Cikgu Khotub.Anak-anak kami,sama-sama belajar di Rosila,selepas tamat di Madrasah Islahiah Diniah.Kadang-kadang kami pergi hantar dan ambil anak bersama.Kadang-kadang kalau dia tak pergi,anaknya saya akan bawa pulang,begitulah sebaliknya. Hubungan kami agak renggang selepas berlakunya salah faham antara saya dan Yusuf Husin,tetapi masih boleh bertemu dan berbicang.saya cuba dapatkan maklumat dari Cikgu Mad. Lazim kenapa berlaku perpindahan pejabat dan pengurus baru.Katanya, sewa di tempat baru lebih murah dan pengurus lama Idrus berhenti untuk berniaga sendiri.(sekarang buat produk minyak rambut kelapa dara di kampongnya dekat Kulim).Di samping itu Cikgu Md.Lazim juga merungut tentang pengurus baru yang agak agresif.Baik untuk perubahan,Cuma banyak kerja-kerja tak dirujuk.Paling mengejutkan apabila dia membuat keputusan memindahkan pejabat dan kedai Kohilal dari Alor Setar ke Sungai Petani. Kami Lembaga Pengarah tidak tahu apa-apa.mungkin memudahkanya untuk berulang alik dari Baling lebih dekat di Sungai Petani berbanding Alor Setar.Dia juga mengambil pekerja tanpa rujuk kami. DI sebalah kedai Kohilal,dia membuka kedai sendiri atas syarikat Nadi.Oleh kerana ahli banyak merungut,fitnah terhadapnya mula kedengaran,saya tak dapat diam diri lagi.Sebagai kawan untuk selamatkan dia dari fitnah yang lebih besar,Saya dan Cikgu Md,Lazim terpaksa membuat laporan kepada Kohilal Pusat.

Saya sedar,Al-Sanadi marahkan saya,tetapi matlamat saya untuk menyelamatkan dia dan juga Kohilal dari fitnah berpanjangan. Kohilal Pusat mengarahkan kami pindah semula ke Alor Setar dan mereka menghantar pengurus baru,saudara Jam-jam Md. Jalil yang isterinya orang Padang Serai Kedah.Sekarang dia membuka kilang air karbonat di Padang Serai.Kami berpindah semula ke Alor Setar bertempat di Batu 2,jalan Langgar berhampiran Komplek Yayasan Bakhori sekarang ini. Seperti yang saya kata,wang pelaburan dalam Kohilal itu adalah hak balu-balu.Apabila saya dan balu-balu sendiri curiga dengan Yusuf Husin,bagaimana dengan mudah saya nak mengubah penama itu kepada orang-orang yang saya anggap tak amanah.Lalu saya bertekad untuk mengubah kepada balu-balu sendiri.Bila Al-Sanadi bertemu saya untuk bincangkan perkara tersebut,saya Tanya kepada siapa saya nak ubah nama itu,sedangkan kepercayaan saya pada mereka tiada lagi. Saya bertegas untuk mengubah kepada balu-balu.Al-Sanadi cadangkan pada saya buat sementara ini,ubah saja penama itu kepada dia,selepas itu dia akan uruskan.Saya beritahu yang dia tidak ada hak atas wang itu dan satu hari akan berlaku fitnah terhadapnya seperti yang sedang saya alami.Sebagai kawan ,saya terpaksa berterus terang. Alhamdulillah,Al-Sanadi memahami dan kami kekal sebagai kawan hingga hari ini.Saya bersyukur kerana dia sekarang sudah Berjaya dalam perniagaannya dan Berjaya juga membina Maahad Tahfiz Di Kg.Lanai,Parit Panjang.Anaknya Mohd.Farhan yang juga bekas pelajar saya di Madrasah Islahiah Diniah dulu,pernah menjadi johan pertandingan tahfiz peringkat kebangsaan.Mewakili Negara ke beberapa Negara Timur Tengah.Inilah rezekinya dan anak-anak setelah sekian lama bersabar melalui berbagai cabaran. Hasrat saya untuk memindah penama kepada balu-balu ini saya maklumkan kepada Allahyarham Ustaz Hasan Syukri.Setelah mendengar maklumat dari saya,Allahyarham cadang untuk panggil semua yang terlibat bersemuka.Entah bila tariknya,saya tidak ingat.Pertemuan itu di adakan di dewan kecil Hotel Seri Malaysia, Alor Setar. Turut bersama Allahyarham Haji Subky Latif yang ketika itu Ajk Lembaga Pengarah Kohilal Pusat.Allahyarham mulanya minta maaf kerana kekeliruan itu berpunca dari Kohilal Pusat.Dia mencadangkan penama lama di kekalkan dan di tambah seorang lagi pelabur mewakili balu. Saya menarik diri,bila nama saya di sebut dan saya cadang nama anak As-Syahid Ibrahim Libya,Mohd,Islah.Pada 15 Sept 1999,seperti yang di setujui.Saya pindahkan

semua wang ittu kepada penama-penama yang berkenaan.Setiap penama RM 7,500.00. Pemindahan penama ini telah di uruskan oleh Faris Tax & Management Consultant Sdan Bhd. Jalan Badlishah Alor Setar.Sejak itu hingga hari ini,saya tidak tahu ke mana wang itu pergi.Cuma difahamkan semua pelabur terpaksa menanggung rugi,kerana Kohilal Edar Kedah telah ditutup kerana mengalami kerugian.Bagaimanapun,Allahyarham Ustaz Hasan pernah berjanji untuk berbincang dengan Kohilal Pusat mengganti semula wang pelaburan balu-balu itu.Wallahuaklam. Yusuf Husin memang licik dalam menyalamatkan diri.Sepatutnya setiap surat begitu akan ditandatangani oleh SU Kawasan,tetapi laporan keputusan mesyuarat kawasan ini telah ditandatangani oleh Timbalan Yang di Pertua Kawasan,Ustaz Abdullah Shaari.Yusuf Husin tentu faham,bila hal ini jadi isu,saya tak akan berdiam diri.Sebagai langkah awal agar dia tidak dipersalahkan,digunakan timbalan YDP.Pada awalnya pihak pengurusan Harakah tidak berminat untuk menyiarkan isu saya ini seperti di kehendaki oleh kawasan.Yusuf Husin telah menggunakan pengaruh allahyarham Ustaz Fadzil mengarahkan Dato‟ Hisyamiddin menyiarkan isu ini. Seminggu menjelang aidilfitri,15 Januari 1999 tersiarlah di dalam Harakah bahawa ZAINOL BIN ISMAIL TIDAK LAGI BERKHIDMAT DENGAN MID(MADRASAH ISLAHIAH DINIAH) MULAI OKTOBER 1996.MULAI TARIKH TERSEBUT PIHAK MID DAN PAS KAWASAN BALING TIDAK LAGI MEMBERI MANDAT KEPADA BELIAU MEMUNGUT DERMA ATAU MENJALANKAN SEBARANG URUSAN BERHUBUNG DENGAN KEPENTINGAN MID DAN JUGA PAS KAWASAN BALING,SYARIKAT CORAK MEMALI ADALAH JUGA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG KAITAN DENGAN MID DAN PAS KAWASAN BALING” Waktu ini saya dalam usaha jualan terakhir kuih raya yang milainya lebih sepuluh ribu ringgit,pelangang saya majoritnya adalah ahli dan penyokong Pas.Sehari selepas siaran Harakah itu,saya telah menerima penggilan telefon yang mengecam,menuduh dan marah-marahkan saya.Ada yang menggugut untuk pukul bila bertemu.Rakan kongsi saya yang berniaga di Jalan Pahang Barat dan juga Taman Melewar,memaklumkan jualan terjejas teruk.Bila pembeli melihat alamat pengualar adalah COME(corak Memali) DARI Memali,mereka jadi tak berminat membeli.Sedihnya yang tempahpun dibatalkan perjanjian. Satu Syawal yang saya sambut pada tahun itu,benar-benar menguji ketabahan.Saya mengalami kerugian berbelas ribu ringgit bagi satu produk kuih hanya dengan sekali siaran oleh Harakah hasil fitnah dari Pas Kawasan.Jika dikumpulkan kerugian keluruhan saya setelah tidak dapat berniaga,hampir RM100,000.00.Juga terpaksa menanggung beban hutang hampIr RM40,000.00.Hingga sekarang belum dapat di

jelaskan lagi.Saya bersyukur kerana ada juga pemiutang yang sanggup menghalalkan hutang mereka, selepas bebas dari KEMTA (Kem Kamuting).Moga Allah merahmati mereka dunia dan akhirat. Lebih tiga bulan saya terpaksa hentikan perniagaaan bimbang dengan keselamatan.Fitnah-fitnah terhadap saya samada di kampung atau luar mula kedengaran.Hinggakan ada yang sanggup membuat cerita yang kicap keluaran COME(Corak Memali) menggunakan tulang babi.Seperti yang Yusuf Husin faham,saya memang tak akan berdiam diri. Saya menemui Ustaz Abdullah Shaari untuk minta penjelasan,apa tujuan kawasan buat begitu pada saya,Kenapa kawasan tidak selidik atau bincang dengan saya terlebih dahulu. Isu ini bukan saja menyekat rezeki saya,malah keluarga syuhada Memali serta pejuang-pejuang di Khasmir.Sewaktu bertemu dengan Ustaz Abdullah,saya membidas kawasan kerana tunduk pada telunjuk Yusuf Husin,saya sarankan pada beliau agar minta kawasan buat siaran mohon maaf dalam Harakah.Juga minta beliau aturkan pertemuan saya dengan AJK kawasan termasuk Yusuf Husin dalam tempoh terdekat.Jika tidak besar kemungkinan saya akan membawa kes ke mahkamah tuntut saman malu. Setelah mendengar penjelasan dari saya pada setiap tuduhan dan bimbang kes itu pergi ke mahkamah,Ustaz Abdullah di katakana berusaha untuk menjernihkan suasana.Bagaimana pun usahanya gagal.Pihak kawasan tidak mahu melayan saya dan bersedia untuk berdepan dengan mahkamah sekalipun.Dalam mesyuarat Pas Cawangan Memali sekali lagi saya timbulkan isu ini.Seperti yang di jangka Yusuf Husin mengatakan ini keputusan kawasan,bukan dia seorang. Saya minta penjelasan kenapa dia tidak mahu berbincang dengan saya secara terbuka.Akhirnya dia menjawab,”Ana mendapat amanat dari aruah bapa ana,soalansoalan macam ini tak payah jawab‟.Terkejut semua yang hadir mesyuarat,apakah jawapan itu serius,kerana bapanya dah lebih lima tahun meninggal.Kerana itu jawapannya,saya tidak persoalkan lagi,Saya sedar yang dia cuba melepaskan diri,tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.Kami bukan sahaja terkejut,malah seperti tidak percaya jawapan itu datangnya dari Yusuf Husin. Dia pulang dengan tak bersalam dan itulah kali terakhir dia hadir dalam mesyuarat cawangan.Selepas tiga bulan,saya kembali memulakan perniagaan.Nampaknya kesan dari siaran Harakah itu besar.Setengah rakan yang mengenali saya, sekadar lihat dari jauh,senyum sinis terhadap saya.Ini mengingatakan saya pada kata-kata Lutfi Osman,pengarang Harakah.Sehari lepas siaran Harakah itu,dia talipon saya untuk

mendapat cerita sebenar.Di akhir perbualan,mengikut pandangannya saya akan bermasalah dalam bisnes.Sebab saya bergantung kepada sokongan jemaah. Satu Malam,selepas program ceramah di Taman Melewar,saya bertembung dengan peguam Hanifah Maidin.Exco PemudaPusat.Guamanya belum popular lagi seperti sekarang.Saya minta pandangannya dalam isu ini dari sudut perundangan.Padanya saya ada hak untuk saman malu jika terbukti ianya satu fitnah atau cubaan memburukkan nama atau perniagaan.Bagaimanapun katanya,dalam kes saya ini tak akan ada peguam Pas yang berani mengambil kes,kerana ianya melibatkan parti.Saya fikir sebagai langkah terakhir.Saya masih berusaha untuk memujuk kawasan agar memohon maaf.Nampaknya tidak berhasil. Pengaruh Yusuf Husin cukup kuat hingga tak ada ruang untuk saya berdamai.Pada 25 Januari 1999,Ustaz Abdullah Shaari,Naib YDP menghantar surat peribadi pada Dato`Hisyamudin.Dia mendedahkan bahawa surat dari kawasan yang di tandatanganunya dulu,bukan sepenuh hati darinya.Menurutnya itu semua putar belit Yusuf Husin kerana mendedami saya.Ustaz Abdullah menegaskan yang dia tidak bertanggungjawab dengan surat itu,dan memohon maaf pada semua pihak. Kalaulah pihak Pas kawasan,negeri dan pusat prihatin dengan surat ini,tentulah mereka siasat pengakuan Ustaz Abdullah terhadap sikap Yusuf Husin.Malangnya tak ada apaapa pun tindakan.Yusuf Husin masih berada dalam keadaan selamat.Diwaktu yang sama,Yusuf Husin Berjaya lagi mempengaruhi kawasan untuk mengumpul sebanyak maklumat tentang saya.Segala maklumat ini,dihantar kepada pihak jawatankuasa disiplin parti.Pihak kawasan mahu sesuatu tindakan diambil keatas saya.Bagaimanapun,pihak jawatankuasa disiplin seperti tak berminat segerakan laporan tersebut.Hinggakan pihak kawasan agak kecewa dan mendesak pihak atasan campur tangan. Sementara perniagaan saya pula semakin malap.Hanya mengharap sokongan rakanrakan yang masih yakin dengan saya.Selepas pilihanraya umum 1999 itu,keadaan ekonomi saya semakin tenat hinggakan van perniagaan diambil balik oleh pihak bank.Waktu ini,Mohd Islah yang sedang belajar di Yamen,perlukan wang untuk kos kitab dan peperiksaan.Emaknya Kak Ah dah buat keputusan untuk menjual tanah.Tetapi tak disetujui oleh Mohd,Islah.Seorang lagi anak syuhada Kamilah yang belajar di Madrasah Taufikiah Padang Lumat atau Pondok Pak Ya juga menghadapi masalah yuran asrama.Saya minta Tuan Haji Najib,bekas ketua DPPNK,uruskan. Begitu juga dengan beberapa orang anak syuhada lagi.Termasuk mereka yang belajar di Pakistan tajaan Madrasah Islahiah Diniah.Puan Robiah,balu yang tinggal di Kg.Guar Robak,Padang Serai mengadu yang dia menerima surat dari Massa Pakindo(Persatuan

Pelajar di Pakistan),minta hantar wang untuk dua orang anaknya yang sedang belajar disana. Begitu juga dengan Puan Solehah,Puan Mariam Omar dan Puan Asma Ibrahim,yang anak mereka turut belajar di Pakistan.Keadaan ini membuatkan hati saya bertambah sedih.Kenapa pekara ini boleh berlaku,sedangkan Yusuf Husin berjanji anak-anak syuhada akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Madrasah Islahiah Diniah,begitu juga dengan wang poket untuk 43 orang pelajar dari Madrasah Islahiah Diniah yang di hantar belajar di Maahad Tahfiz di Assrofiah,Muslim Town,Lahore,Pakistan. Sebelum berhenti dari Madrasah Islahiah Diniah,salah satu agenda saya adalah menghantar pelajar Madrasah Islahiah Diniah ke luar negeri.Ini termasuk dalam kurikulum baru yang disediakan.Yusuf Husin sangat berminat dengan idea ini.Dia minta saya uruskan.Kebetulan waktu itu saya kerap ke Terengganu menhgantar tempahan sarung bantal,antara produk Bengkel Jahitan Memali kepada Ustazah Zainab yang tinggal di Kg.Banggol Donas, dekat batu 6,Kuala Terengganu.Suaminya Ustaz Zaid mengajar diInstitut Berakan. Ustazah Zainab aktivis muslimat kawasan,merupakan stokes terbesar memasarkan hasil keluaran Bengkel Jahitan Memali.Saya kagum dengan kegigihannya membantu balu-balu.Disamping itu dia juga aktif dalam memasarkan barangan zulian hingga mendapat berbagai anugrah,termasuk kereta.Mungkin inilah berkat simpatinya pada balu-balu syuhada. Sewaktu menghantar barangan kepadanya,saya banyak berehat di Institut Berakan,kerana disitu ada bilik musafir.Tenaga pengajarnya ramai juga yang pulang dari Pakistan.Salah seorangnya dari Kedah,Ustazah Solehan Ghafur,bekas pelajar taufikiah atau pondok Pak Ya. Bukti email daripada Mohd Islah kepada Ibunya&penulis,menyatakan yang dia menghadapi masalah kewangan yang serius dan teramat memerlukan wang pada ketika itu. Bukti salinan surat dari Persatuan MASA-PAKINDO Lahore Pakistan melaporkan pada pihak Yusuf Husin masalah yang berlaku terhadap pelajar-pelajar Memali disana.Yusuh Husin tidak memperdulikan laporan tersebut sebaliknya menyuruh mereka pulang ke tanah air dengan perbelanjaan sendiri.Setelah pulang ke tanah air,nasib mereka tidak dipedulikan oleh Yusuf Husin.Sedangkan matlamat asal menghantar mereka ke Pakistan adalah untuk menjadi tenaga pengajar dalam bidang tahfiz di Madrasah Islahiah Diniah.Sudah tentu tindakan Yusuf Husin ini tidak amanah terhadap kepercayaan orang ramai yang menyumbang kos pengajian kepada pelajar-pelajar tersebut yang bernilai lebih dari RM100,000.00.Apakah benar Yusuf Husintelus dalam

menguruskan sumbangan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk pelajarpelajar Memali?.Dimanakah pelajar-pelajar ini sekarang? Kebetulan dia adalah SU Massa Pakindo di tanah air,jadi saya berbincang dengannya hasrat membawa pelajar Madrasah Islahiah Diniah ke Pakistan. Saya dan Yusuf Husin susun program taklimat dengan waris.Ustazah Solehan dan saudara Sazali selaku Pengerusi Massa Pakinda,turun memberi taklimat.Ramai waris yang bersetuju. Bagaimanapun pihak Madrasah Islahiah Diniah hanya memilih pelajar yang sudah memiliki kad pengenalan.Saya dan Yusuf Husin beberapa kali ke Kuala Lumpur menguruskan vusa pelajar.Walaupun hubungan kami kurang mesra,dia terpaksa mengajak saya sebagai pemandu keretanya.Mungkin kerana saya agak mahir jalan di Kuala Lumpur. Kami pernah jumpa Pak Lah semasa dia menjadi Menteri Luar.Yusuf Husin ajak Haji Subky,kerana mereka berdua pernah berkawan semasa dibangku sekolah dulu.Saya tak tahu apa yang dibincangkan kerana saya diarah tunggu dalam kereta.Di buatnya saya betul-betul seperti pemandunya.Dari situ kami pergi pula ke kedutaan Pakistan.Waktu ini,Yusuf Husin telah mula mengiklankan dalam Harakah rayuan derma untuk pelajar meneruskan pelajaran di Pakistan. Sampai masanya.Mei 1997 seramai dua puluh orang pelajar lelaki kumpulan pertama bertolak kesana,Yusuf Husin dan mudir Madrasah Islahiah Diniah.Ustaz Mad.Juki ikut serta.Sampai ditempat rehat Jamaat Islami,Mansoorah,Lahore,Yusuf Husin rancak bercerita pada pelajar-pelajar disitu.Mengikut Yusuf Husin,ribuan orang menghantar pelajar-pelajar di lapangan Terbang Sultan Abd.Halim,Kepala Batas,Kedah.Ustaz Fadzil dan pimpinan negeri turut serta. Saya dengar dengan penuh gembira,kerana roh jihad As Syahid Ustaz Ibrahim Libya masih kental dihati ahli Pas.Saya percaya dengan apa yang diceritakan itu,apabila dia mengeluarkan satu bag yang berisi wang tunai,sumbangan orang ramai di lapangan terbang.Banyak,memang banyak,Saya turut serta membilang wang tersebut bersama pelajar Rosli Azmi dan Ustaz Zailani yang kedua mereka sekarang ini Exco DPPNK.Begitu juga saudara Saiful Ambia aktivis Pas Terengganu sekarang ini. Sehingga saya meninggalkan tempat itu, jumlah terkumpul telahpun lapan ribu ringgit,masih banyak lagi yang belum dikira.Saya yakin jumlah melebihi sepuluh ribu. Selepas seminggu mereka tiba,saya pulang ke tanah air.Pemergian pelajar Madrasah Islahiah Diniah ini sudah jadi bualan.Sesekali berita mereka keluar dalam harakah.Sumbangan orang ramai kepada Madrasah Islahiah Diniah rancak.Jumlah

sumbangan untuk pelajar kumpulan pertama sahaja RM 60,080.00.Sumbangan boleh dikatakan setiap bulan ada.Apa lagi bila Yusuf Husin hebahkan untuk hantar kumpulan kedua termasuk beberapa orang pelajar perempuan. Pada 15 Mac 1998,bertolaklah pula kumpulan kedua bersama dua belas orang pelajar perempuan.semua pelajar pelajar ini yang berjum;ah 43 orang berada dibawah pantauan persatuan Massa Pakindo.Passport,dokumen penting dan wang mereka dijaga oleh persatuan.Segala aktiviti,hari minggu juga tertakluk kepada arahan persatuan.Pelajar lelaki peringkat awalnya di awasi oleh saudara Abd.Rahman atau lebih glamor dengan panggilan Abang Man Bauk.Iatu abang kepada Habibullah Md.Amin ketua kumpulan Al-Maunah. Dari bulan kebulan,setiap prestasi pelajar dan kedudukan kewangan mereka akan dihantar kepada waris dan juga Madrasah Islahian Diniah oleh Massa Pakindo.Selepas setahun keadaan pelajar mula berubah.Ada yang sudah tidak minat belajar.Tidak mahu mengikut program persatuan.Massa Pakindo disana mula serba salah,khusunya Rosli Azmi selaku anak jati Kg.Memali.Abang Man Bauk pun mereka tidak pedulikan lagi.Masing-masing dah pandai membawa diri.Massa Pakindo hantar laporan kepada Yusuf Husin untuk dilakukan sesuatu,tetapi tidak ada respon.Sementara pelajar perempuan pula tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sana.Ada yang trauma untuk pulang. Sewaktu saya menziarihi anak pada Mac 1999,macam-macam aduan yang saya terima.Semua ini saya dengar dengan penuh sedih,saya tidak ada kuasa lagi di Madrasah Islahiah Diniah.Juga tidak berani mencadangkan apa-apa pada waris,bimbang saya difitnah pula.Sebelum ini pun ada waris yang cuba dapat maklumat sebenar keadaan anak mereka disana pada Yusuf Husin,tetapi dia nafikan,kononya ada pihak yang buat cerita. Seorang waris.Cikgu Ismail dari Kulim yang dapat tahu saya hendak ke Pakistan,meminta saya bawa pulang anaknya,Siti Nor Atifah.Pada 5 April 1999,di Airport Lahore suasana amat sedih.Tak sampai hati saya mendengar rayuan pelajarpelajar perempuan untuk saya bawa mereka pulang bersama.Menyayat hati kerana mereka ini juga bekas pelajar saya di Madrasah Islahiah Diniah beberapa tahun lalu.Saya hanya boleh minta mereka bersabar,Semua mereka Menangis ketika perpelukan berpisah dengan Siti Nur Atifah.Saya menahan sebak,tidak mahu mengalir air mata kerana anak saya juga ada bersama menghantar saya di airport itu. Diatas pesawat Pakistan Airlane (PIA),jiwa saya tidak tenteram.Sedih,geram dan rasa marah dengan sikap Yusuf Husin.Siti Nur Atifah pun nampaknya tak berminat untuk berbual,dia juga kelihatan termenung.Mungkin terkenangkan nasib rakan-rakannya yang ditinggalkan.Atau juga sedang bayangkan ibu bapa dan adik-adik yang sedang

menunggu di KLIA.Saya biarkan dia dengan angan-angan sendiri.Saya terpaksa melayan wajah Yusuf Husin yang sedang bermain-main di kepala.Dalam keadaan pelajar menghadapi delima begitu,dia tidak mengambil apa-apa langkah.Malah dia masih senang mengiklankan sumbangan dari orang ramai,untuk pelajar-pelajar Madrasah Islahiah Diniah yang belajar di Pakistan.Padahal wang-wang itu tidak sampai sepenuhnya kepada pelajar. Teringat semula saya pada desas desus dari orang kampong yang mempersoalkan gaya hidup Yusuf Husin akhir-akhir ini.Hujah-hujah yang diberikan oleh orang kampong ada logiknya.Dalam tempoh beberapa tahun ini,nampaknya dia berbelanja besar.Membeli sebuah kereta Toyota KE 20 secondhand,selepas itu mengecatnya pula.Bila saya ceritakan pada Mohamad Sabu yang Yusuf Husin Beli kereta secondhand,dia terus berkata kereta begitu lagi banyak perlu duit,kerana sekejap-kejap rosak.‟Mana dia ambil duit?”Mohamad sabu Tanya saya. Inilah juga persoalan yang ditimbulkan oleh orang kampong .Dimana Yusuf Husin ambil duit.Ada orang yang cuba menghintung pendapatannya.Elaun dari Madrasah Islahiah Diniah,Pas Kawasan dan JPN negeri sekitar RM 1,200.00 sahaja.Isterinya sebagai kerani sekolah pun mungkin sekitar itu.Jika dicantum pendapatan mereka suami isteri adalah sekitar RM 2,000.00.Sedangkan kos pendidikan anak-anaknya sahaja waktu itu besar.Seorang di YIK,Kelantan,,seorang di UIA dan 2 orang di Pakistan,lain-lain belajar di Madrasah Islahiah Diniah.Orang kampong bercakap lagi,diwaktu yang sama juga dia menambah ruang rumah bahagian dapur. Lebih terpinga-pinga lagi bila Yusuf Husin,isteri,seorang anaknya dan juga ibunya pergi menunaikan umrah pada tahun 1998.Tahun dimana sumbangan orang ramai untuk pelajar Pakistan mencurah ke Madrasah Islahiah Diniah.Dalam perjalanan itu,Yusuf Husin singgah menemui pelajar dan masa itulah di katakan bagnya hilang di airport Lahore.Tapi tidak masalah.Mengikut cerita dari pelajar,Yusuf Husin borong sakan membeli pakian dan persiapan umrahnya di Pakistan.Jadi salahkah jika orang kampong bercakap yang Yusuf Husin akhir-akhir ini kelihatan mewah.Di hitung lagi oleh orang kampong ,perbelanjaanya sekeluarga pergi menunaikan umrah itu hampir dua puluh ribu ringgit. Ada orang bertanya padanya sumber wang yang di perolehi,diberitahu wang simpanan ibunya.Jawapannya itu,lebih mengejutkan.Kerana semua orang kampong Memali tahu siapa ibunya,sekeping tanahpun tak ada,makan minumpun hasil pemberian anakanak.Tiba-tiba dia boleh mengeluarkan beribu ringgit untuk pinjamkan Yusuf Husin beli kereta,buat rumah dan Perbelanjaan Ke mekah Apabila waris mula mendesak Yusuf Husin agar mengambil langkah tertentu terhadap anak-anak mereka,akhirnya Yusuf Husin buat keputusan membawa pulang pelajar-

pelajar berkenaan,Segala perbelanjaan perjalanan pulang di tanggung oleh waris.Pening setengah waris ada yang menemui saya minta bercakap dengan Yusuf Husin supaya guna wang Madrasah Islahiah Diniah dulu,mereka akan ganti kemudian.Saya terpaksa menolak kehendak mereka,siapalah saya.Ada juga waris yang benar-benar tidak mampu,tebal muka bertemu dengan Yusuf Husin,tetapi hanya kecewa saja yang dapat. Bagi pelajar yang mahu pulang dan waris mampu sediakan wang tiket pulang,pada 2 Oktober 1999 seramai 24 orang pulang termasuk semua pelajar perempuan.Yang selebihnya ada yang pulang pada tahun 2000,mengikut kemampuan waris sediakan wang tiket untuk pulang.Setelah pelajar ini pulang,Madrasah Islahiah Diniah lepas tangan.Masing-masing bawa diri ke pondok dan Madrasah di beberapa negeri.Ada yang terus tidak belajar.Janji-janji Yusuf Husin menghantar pelajar-pelajar ini dengan tujuan menjadi tenaga pengajar di Madrasah Islahiah Diniah,hanya tinggal janji.Hingga hari ini belum lahir kelas tahfiz yang di janjikan. Kalau janji-janji Yusuf Husin itu hilang di telan angin,kemanakah pula hilang puluhan ribu sumbangan orang ramai untuk pelajar-pelajar ini,di telan oleh apa dan siapa…? Sebagai contoh,sumbangan yang diterima untuk kelompok pertama pelajar ke Pakistan hingga December 1996 itu sahaja RM 60,080.80.Perbelanjaan untuk pelajar RM 38,702.00 berbaki RM 21,345.00.Belum di kira lagi untuk tahun 1997,1998 dan1999.Jika setiap tahun berbaki dua puluh ribu,maka untuk empat tahun,sekurangkurangnya RM 80,000.00.Saya tidak hairan kalau Yusuf Husin Sanggup menggunakan wang Madrasah Islahiah ini untuk kegunaan harian dan perbelanjaan sekolah anakanaknya.Dia pernah berkata kepada saya dan bendahari Madrasah Islahiah Diniah,katanya‟hampa nak pakai duit,pakai.Jangan terlebih.Jangan buat kerja sampai anak hampa tak makan,tak mengaji‟. Alhamdulilah,saya tidak terpengaruh dengan umpanan itu Sungguhpun elaun yang dibayar pada saya sekadar seratus lima puluh ringgit memang tidak cukup,tetapi ianya berkat.Biarlah anak-anak saya saban hari sekadar minum teh dan kopi 0.Berlauk ikan kembong atau tamban sahaja setiap hari,tak ada pakaian mahal buat anak isteri tak bergelang,rantai dan subang,bersabar saja.Sekurang-kurangnya mereka dapat berkongsi kesusahan sebahagian besar keluarga syuhada.Saya juga bersyukur kerana Isteri pertama masih bertugas sebagai guru dan dia sangat bertimbang rasa terhadap saya,terhadap isteri kedua dan juga anak-anak isteri kedua saya.Boleh di katakana sepanjang saya berkhidmat dengan Madrasah Islahiah Diniah,dialah yang menampong sebahagian besar perbelanjaan pihak isteri kedua saya.Allahuakbar.

„Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata,‟Kami beriman,‟sedangkan mereka belum diuji(bagi membuktikan keimanan mereka)?”29:22 …………………................YANG AMAN YANG BEBAS……………………… Saya yakin apa yang telah diceritakan kepada Mohamad Sabu itu,di fahamnya sungguh-sungguh.Agar dia dapat buat sesuatu untuk menyelamatkan anak-anak yatim dari putar belit Yusuf Husin.Namun dari masa ke semasa tak juga ada khabar berita.Sementara itu,saya juga membuat laporang tentang salah laku Yusuf Husin kepada Jawatankuasa disiplin.Waktu itu di pengerusikan oleh Haji Hadi Awang,Presiden sekarang. Haji Hadi anggap ini masalah Kedah yang boleh di selesaikan oleh Pesuruhanjaya Kedah,Allahyarham Ustaz Fadzil Nor(UFN).Lalu di faxnya laporan itu kepejabat Pas Kedah. Apabila SU Perhubungan mendapat salinan laporan itu,di katakan dia(MB Kedah sekarang)mengamuk,marah pada saya.Apa lagi dengan Yusuf Husin.Dia juga telah mengumpul beberapa lagi maklumat terbaru saya.Segala maklumat itu di buat laporan dan di hantar kepada jawatankuasa disiplin.Pada tahun 2000,cawangan Pas Kampung Memali tidak mengadakan mesyuarat tahunan untuk memilih perwakilan kemesyuarat Agong Pas Kawasan pada 15 April 2000.Oleh itu saya menggunakan peruntukkan dalam Perlembagaan Pas Bab 5,Fasal 19 Kurungan(2) mengadakan mesyuarat khas. Dalam mesyurat khas itu,3 orang perwakilan di lantik ke mesyurat agong kawasan iatu saya sendiri,Azmi Haji Salim dan Ramli Che Mid.Malam itu juga saya mendapat maklumat bahawa perwakilan Kampung Memali tidak akan dibenar masuk mesyuarat.Oleh itu,saya telah merangka satu kenyataan untuk di edarkan pada semua perwakilan,jika kami dihalang menghadiri mesyuarat. Sewaktu mendaftar,tidak ada apa-apa masalah,Setengah jam sebelum bermula majlis,petugas daftar,saudara suhaimi dari Pemuda kawasan menemui saya.Memaklumkan yang dia diarah membatalkan pendaftaran cawangan Memali.Saya enggang menerima kembali wang pendaftaran dan minta bertemu bendahari .Haji Nawawi selaku Bendahari Kawasan datang memujuk saya agar akur dengan arahan.Saya tidak puas hati dan ingin berjumpa dengan orang yang mengeluarkan arahan itu.Dia tidak benarkan dan tidak mahu beritahu siapa membuat arahan.Tapi saya tahu semua ini perancangan Yusuf Husin. Waktu itu dia berada di dalam pejabat Pas kawasan.Ingatkan tidak mahu buat kecoh,saya mengalah.Saya serahkan kenyataan yang dirangka kepada seorang untuk diedar.Setelah pastikan kenyataan itu di edar,saya pulang dengan penuh kecewa.Antara kandungan kenyataan tersebut,

„Krisis ahli-ahli Pas di Memali tiga tahun berlalu,terdapat yang hampir setahun tidak berteguran.Tanda-tanda meredakannya tidak nampak.Tahun ini,cawangan kami tidak mengadakan mesyuarat agong,kerana mahu menyekat suara perwakilan ke mesyuarat agong kawasan,demi menjaga individu tertentu.Tidak mahu terbongkar apa yang sebenarnya yang sedang berlaku di Memali.Masalah kewangan keluarga syuhada,kewangan bengkel jahitan Memali dan punca krisis antara Yusuf Husin dan Cikgu Zainol.Inilah satu kejayaan besar yang dilakukan oleh pemimpin Pas Baling yang mejoritinya terdiri dari alim ulama yang bergelar tok guru dan ustaz-ustaz.Oleh kerana perwakilan kami dihalang ke mesyuarat agong kali ini 15 April 2000,saya anggap ruang menuntut keadilan melalui jemaah memang ditutup rapat.Perancangan pihak tertentu yang saya tuju khas kepada Yusuf Husin selaku SU Kawasan,berhasil.Memandangkan perancangan yang begitu rapi menfitnah saya,maka saya terpaksa mencari jalan keluar sebagaimana yang disarankan oleh Prof.Dr.Yusuf Qardawi dalam bukunya,‟fatwa melalui isu fitnah‟. Dalam muka surat 11 perenggan pertama,beliau menulis [„„Hak seorang yang di tuduh dengan tuduhan melibatkan agama,maruah serta moral ialah dibenarkan membela dirinya secara lisan,menulis disurat-surat khabar dan berucap di radio dan televisyen,Terutamanya jika pandangan umum akan memberi kesan yang cukup besar dalam kes tersebut‟‟] Memandangkan Pas kawasan pernah mencabar saya membawa kes ke mahkamah,maka selepas 15 April 2000 ini saya terima cabaran tersebut.Akhirnya sekali lagi saya memohon maaf pada anda,mungkin saya terpaksa membongkar sesuatu yang tidak terduga oleh anda selama ini.Semua ini terpaksa kita hadapi bersama-sama,semata –mata sikap pemimpin kita yang ingin menyelamatkan individu tertentu tanpa menghiraukan risiko pada jemaah.Bagaimanapun,kita sama –sama berdoa agar apa yang berlaku ini,ada manfaat untuk jemaah di masa-masa akan datang.” Pada 19 April 2000 kami perwakilan Memali yang di halau ke mesyuarat agong kawasan,menghantar surat bantahan pada setiausaha,Ustaz Nasarudin Md.Isa.Selain dari cawangan kami dihalang,kami maklumkan terdapat 31 cawangan yang tidak daftar turut menjadi perwakilan dan beberapa cawangan darinya mengambil bahagian dalam perbahasan. Salinan surat ini dihantar juga kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negara.Hasil dari ini pejabat agong mengarahkan mesyuarat agong khas di adakan pada 25 Mei 2000. SU Perhubungan,Azizan Razak hadir mewakili Perhubungan Negeri.Selain dari melantik perwakilan ke muktamar Pas pusat,ada juga usul yang meminta saya dipecat dari keahlian.

Setelah berbahas ada perwakilan minta usul itu dipinda,iatu dengan menambah Yusuf Husin juga perlu dipecat.Akhirnya,keputusan di serah kepada pucuk pimpinan dan Yusuf Husin di minta meninggalkan semua jawatannya dalam kawasan. Di katakana dalam ucapan penaguhan,Ustaz Azizan selaku SU Perhubungan telah menegaskan pada perwakilan,jika kawasan tidak mahu khidmat Yusuf Husin,maka dia akan membawa Yusuf Husin ke negeri. Segala-galanya menjadi kenyataan apabila Yusuf Husin di berikan tugas baru di negeri selain JPN.Satu jawatan baru yang tak pernah ujud sebelum ini di peringkat negeri Kedah,atau juga lain-lain negeri telah di ujudkan oleh negeri,iatu Pegawai Tugas-tugas Khas.Dengan jawatan itu Yusuf Husin semakin besar kepala,dia kini menjadi anak mas di peringkat negeri dan satu cabaran juga kepada Pas kawasan Baling. Seperti di terangkan,keadaan ekonomi saya sudah terjejas.Keperluan anak-anak syuhada makin terdesak dan laporan saya melalui Mohd Sabu dan Jawatankuasa Disiplin pun tak berkesan,akhirnya tiada pilihan lagi buat saya,melain terpaksa membuat laporan terhadap Yusuf Husin pada 27 Julai 2000,jam 6 petang.Repot itu berbunyi, „Saya Zainol bin Ismail adalah salah seorang waris pelajar di Madrasah Islahiah Diniah,Kg.Memali yang juga ahli Pas cawangan Memali.Saya telah mendapat maklumat berlaku pecah amanah berhubung kewangan di madrasah tersebut.Pecah amanah ini melibatkan penyelia Madrasah,iatu Muhamad Yusuf bin Husin.Di samping kewangan madrasah tersebut,beliau juga menyalahgunakan wang dari Tabung Mangsa Memali,yang juga di amanahkan pada beliau menguruskannya.Di antara pecah amanah yang dilakukanya,ialah Kes ini telah di ambil oleh Inspektor Asma.Dia mengaku berasal dari Kelantan dan keluarganya pemyokong Pas.Dia juga menjelaskan yang dia sangat menghormati dengan Memali,jika dia melintasi kampung Memali,pasti dia akan memakai tudung.Dia hairan,kenapa boleh berlaku pekara begitu kepada orang Memali.Saya tak komen apaapa.Malu juga mendengar kata-katanya seperti menyidir.Bagaimana pun,itu adalah kenyataan,orang luar hingga hari ini pun masih menghormati Memali. Selepas dua hri,isu repot ini sudah menjadi liputan media Terpampang di muka depan semua akhbar pada 29 Mei 2000 bahawa tabung memali di salah guna.Hari itu saya berada di Kula Lumpur,mengikuti perbicaraan isu kriket.Antara yang terlibat dalam dakwaan adalah Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub. Selesai kes mahkamah hampir jam satu,seperti biasa saya pergi ke Jalan Pahang Barat .Beberapa rakan dari Kohilal dan Harakah menunggu di restoran Haslam untuk makan tengahari.Oleh kerana ruang di hadapan penuh,kami masuk ke bilik hawa

dingin.di situ terdapat beberapa orang pemimpin Pas sedang allahyarham Ustaz Fadzil Nor.

makan,termasuk

Bila Nampak saya.terus dilambainya.Selepas di pelawa makan, terus di tannya apa berlaku di Memali dan siapa buat repot.Memandangkan suasana tidak sesuai untuk saya mengaku ,saya jawab tak tahu sahaja kerana saya berada di Kuala Lumpur.Itulah kali terakhir saya berbual dan bersalam dengannya.Sebelum Ustaz fadzil Nor kembali ke rahmatullah. Anggapan saya bila berlaku repot ini,semua akan tenang dan menyerahkan pada pihak polis menjalankan siasatan.Rupanyan tidak.Majoriti pimpinan dan ahli Pas khususnya di Kedah,tidak dapat menerima hakikat.Lebih-lebih lagi UMNO/BN membesarkan isu ini.Keadaan ahli PAS di Memali makin gawat. Berpecah kepada kumpulan Yusuf Husin dan Cik Gu Non(Saya) kalau tidak di bendung,boleh sampai gaduh besar.Seperti biasa Yusof Husin,apabila berlaku masalah di Madrasah Islahiah Diniah,maka jarinya menghala kekawasan atau negeri.Dia Berjaya meyakinkan kawasan dan negeri yang dia di jalan yang betul. Beberapa orang ajk kawasan di minta membantunya mengemaskinikan akaun sekolah.Yang tak betul di betulkan,yang tak ada di adakan.Mereka ini bukanlah untuk membantu Yusuf Husin,tetapi kononya nak menyelamatkan maruah Madrasah Islahiah Diniah dan Parti. Seolah-olah bila Yusuf Husin di Hukum,seluruh orang Pas terhukum,Pas akan malu selamanya dan tak akan dapat sokongan rakyat dalam pilihanraya nanti.Di waktu yang sama ini,saya di kecam pada setiap sudut.Kalau dulu saya pernah di tuduh sebagai SB,sekarang sudah naik pangkat kepada agen UMNO dan CIA. Bermula dari pimpinan pusat,pemuda pusat perhubungan negeri,kawasan dan pemuda kawasan,ada sahaja yang mengatakan saya agen CIA. Hinggakan satu ketika,tak berani untuk saya jawab panggilan talipon.Ada saja maki hamun yang keluar.Menuduh saya pengkianat,munafik dan gila duit.Kononya saya menerima ratusan ribu dari UMNO.Pernah sekali saya menghantar anak ke Madrasah Nur Hidayah,Tembak.Seorang waris yang tidak mengenali saya bertanya di mana tempat tinggal saya.Bila di beri tahu tinggal di Memali,terus dia berkata,”Cikgu Non tu Umno bagi berapa juta ha?”.Sepatutnya dia tanyalah dulu samada saya kenal atau tidak dengan Cikgu Non.Begitulah bila dah fanatik. Pemimpin Pas yang benar-benar emosi adalah Ustaz Fadzil Nor.Dia benar-benar di pengaruhi oleh Yusuf Husin.Pemimpin lain seperti Tuan Guru Nik Aziz dan juga Haji Hadi,minta ahli bertenang dan serahkan pada pihak Polis buat siasatan.Pendekatan

ini tidak di ambil oleh Ustaz Fadzil Nor .Ada juga rakan-rakan yang sama dalam Exco DPPNK dulu,berjumpa saya minta maaf kerana katanya dia tahu saya benar tetapi terpaksa ikut jemaah.Saya hanya berterima kasih saja atas keiklasannya itu. Ada juga kawasan keluarkan pekeliling pada cawangan menyebut pekara yang sama.Bermakna seperti sudah ada arahan bahawa isu repot ke atas Yusuf Husin itu,berada dalam tanggungjawab parti. Lebih kurang dua minggu selepas repot,inspektor Asma memanggil saya untuk menjelaskan perkembangan terkini kes itu.Menurutnya, kes saya telah di ambil alih oleh pihak Bukit Aman,dia dan IPD Baling sudah tiada apa-apa kuasa lagi.Mulai hari itu ,apa-apa masalah saya di minta rujuk kepada pihak tertentu. Inspektor Asma sendiri akui yang dia rasa hairan,kenapa kes ini menjadi perhatian Bukit Aman.Biasanya mereka di IPD sahaja yang mengedalikannya.Saya pernah di Hubungi oleh seorang ASP dari IPK ,Alor Setar .Namanya saya sudah lupa.Dia arah saya menemuinya di IPK Alor Setar. Seperti yang di janjikan saya pergi untuk menemuinya di tingkat dua.Sampai saja saya,dia siap menunggu di bawah dengan perkenalkan dirinya(bangsa cina).Secara ringkas yang pihaknya telahpun buat siasatan awal tentang tabung Memali.mengikut apa yang mereka siasat ,memang tiada rekod yang jelas sejak tabung itu ditubuhkan pada tahun 1986 hingga2000,kalau dibawa ke Mahkamah,bila-bila saja tertuduh boleh di hukum,Seperti juga Inspektor Asma,dia memberi tahu pada saya,‟you datang hari ini saja‟lepas ni jangan jumpa saya lagi,sebab kes ini Bukit Aman sudah ambil alih‟.Memang benar,itulah kali pertama dan terakhir saya jumpa dia. Pada 14 ogos 2000,beberapa orang saksi di panggil oleh pihak polis dari Bukit Aman.Antaranya balu dan beberapa orang Ajk Lembaga Tadbir Madrasah Islahiah Diniah.Soalsiasat ini di lakukan di Balai Polis Tanjung Pari.Saksi yang paling lama di Soal siasat adalah Puan Solehah,itu pun setengah jam,lain-lainya lingkungan beberapa minit sahaja,di katakan itulah satu-satu soal siasat yang di buat,selepas itu senyap hingga sekarang. Pada media di katakan kes masih dalam siasatan,begitu juga pada saya.Sedangkan waktu itu ,Yusuf Husin mengadakan roadshow seluruh Kedah,memberitahu kesnya sudah selesai dan pihak polis cadangkan dia membuat saman malu terhadap saya. Saya memang menunggu saman itu bila-bila sahaja,kerana banyak lagi yang saya nak dedah.Tetapi tidak berlaku hingga hari ini. Yusuf Husin tidak akan berani berbuat begitu kerana dia lebih mengenali dirinya siapa.Samalah juga dengan keinginan saya untuk menulis buku tentang

pengalamannya dalam peristiwa Memali,tetapi dia tidak mahu dengan alasan dia akan tulis sendiri.Hingga hari ini masih belum keluar buku tentangnya,kenapa dia seperti takut mendedahkan kisahnya itu?. Saya sendiri rasa sesuatu yang tak kena.Telah berbulan tidak ada apa-apa perkembangan,saya tidak dapat merujuk pada sesiapa lagi,bila IPD sendiri kata mereka tak tahu apa-apa.Merujuk kepada tuduhan,semestinya antara saksi yang perlu di panggil oleh pihak Bukit Aman adalah saya sendiri,anak-anak syuhada,Pengerusi atau bendahari Kohilal,pihak HPA yang membeli mesin jahit dan individu yang di beri wang oleh Yusuf Husin. Tetapi semua ini tidak di panggil untuk soal siasat,kenapa? Memang ada niat saya untuk membuat satu repot terhadap pihak polis,kerana tidak menjalankan siasatan rapi terhadap repot itu.Dengan tiadanya siasatan rapi itu,fitnah terhadap saya makin tersebar. Saya percaya dengan keterangan Asp dari IPK,akaun Tabung Mangsa Memali dan kewangan Madrasah Islahiah Diniah dari tahun 1986 hingga 2001 itu bermasalah.Lihat sajalah pada penyata kewangan untuk tahun 1996.Akaun di pecahkan pada dua.Satu akaun‟madrasah‟yang di tandatangan oleh pengerusi , Setiausaha dan bendahari Madrasah Islahiah Diniah,sementara pada akaun‟sekolah‟ pula di tandatangan oleh Penyelia,Mudir dan Timbalan Mudir.Kedua-dua akaun ini tidak di odit.Sementara orang yang sama iatu Yusuf Husin memegan dua jawatan,Penyelia sekolah dan setiausaha Madrasah Islahiah Diniah .Begitu juga dengan Zaman Mahmud sebagai Bendahari Madrasah Islahiah Diniah dan Timbalan Mudir sekolah.Bermakna akaun sekolah tidak ada bendahari Lihat pula pada ruangan perbelanjaan akaun kedua-duanya ada pengeluaran untuk alat tulis,peralatan pejabat dan perlalatan sekolah.Sedangkan pejabat,kelas dan asrama hanya satu.Samada sekolah atau madrasah yang itu jugalah yang diguna,jadi item yang sama berada dalam akaun yang berbeza.Kekeliruan juga berlaku pada akaun sekolah yang tidak dicatat bayaran untuk bil letrik,air dan talipon.Sedangkan yang banyak menggunakan letrik,air dan talipon sudah tentu sekolah kerana disitu ada pejabat(untuk talipon) kantin dan asrama(air dan letrik).Apakah pihak TNB dan JPA memberi khidmat percuma pada sekolah dan kena bayaran hanya pada madrasah? Begitu juga kalau di perhatikan pada akaun madrasah ada tercatat baki tahun 1995 sebanyak RM30,211.54.Sebaliknya pada akaun sekolah tidak tercatat baki 1995.Kenapa? Adakah satu sen pun tak ada atau kalau berhutang perlu catatan hutang.Pada Akaun Madrasah,tercatat di item pendapatan untuk Tabung Mangsa Memali sebanyak RM38,503.65.Pada perbelanjaan pula tercatat RM35,409.10.Setelah ditolak antara pendapatan dengan perbelanjaan,patutnya berbaki RM3094.00.

Tetapi,kenapa pula pecahan di bawah kaki penyata mencatatkan baki untuk Tabung Mangsa Memali sebanyak RM51,878.17.Bagaimana Yusuf Husin menjelaskan pekara ini kepada Bukit Aman tidak nampak penyata ini atau sekadar pandang sebelah mata. Banyak lagi tanda Tanya yang timbul pada akaun satu tahun itu sahaja (1996) .Itu baru satu tahun,bagaimana pula dengan akaun lagi 14 tahun(1986 hingga 2000).Bagaimana Yusuf Husin begitu berani memberi hutang kepada satu syarikat perniagaan Jitra Pot dengan jumlah yang begitu besar,RM90.000.00. Begitu penat saya memikirkan menerbit buku dan setiap helian buku di sertakan dengan rayuan sumbangan dari orang ramai,juga amat penat saya dan ustaz juga ustazah turun kebeberapa negeri merayu sumbangan dari orang ramai dan betapa iklasnya orang-orang kampong Memali dan sekitar menghulurkan derma dimusim buah untuk Madrasah Islahiah Diniah.Bukanya untuk diberi hutang pada sesiapa.Saya juga tidak dengar yang Bukit Aman ada menemui bekas pemilik syarikat ini untuk memastikan kesahihan seperti yang tercatat dalam akaun tersebut. Syarikat Jitra Pot.tidak ujud lagi hari ini kerana sudah lebih sepuluh tahun gulong tikar.Pemiliknya saudara Basir telah membuka syarikat baru.Ada juga orang salah faham bahawa Jitra Pot itu hak milik Dr.Azizan pengasas Syarikat Era Edar di Jitra.Sebenarnya tidak ada kaitan langsung antara dua syarikat itu.Kebetulan saudara Basir adalah ipar kepada Dr.Azizan.Pernah bekerja sebagai Pengurus Besar Di Era Edar dan berhenti membuka perniagaan Jitra Pot.Syarikat milik orang Islam pertama yang mengeluarkan penapis air minuman. Tarikh 29 Ogos 2000 satu anugerah besar telah diperolehi oleh Yusuf Husin dari Presiden Pas,Ustaz Fadzil Nor.Yusuf Husin telah menyusun satu program menghimpun pimpinan dan ahli Pas Kawasan Baling mendengar taklimat dari Ustaz Fadzil Nor tentang isu berbangkit. Program itu bertempat di Dewan Madrasah Islahiah Diniah.Hampir seribu orang juga yang hadir.Mulanya saya tidak hadir dalam majlis.Saya dan hampir tiga puluh lagi mangsa dan balu Memali berkumpul dirumah Kak Ah,isteri As Syahid Ustaz Ibrahim Libya.Kami berharap Ustaz Fadzil Nor akan datang bertemu balu-balu disitu untuk perbincangan. Ustaz Fadzil Nor dimaklumkan melalui surat Kak Ah yang disampaikan terus kepada Ustaz Fadzil Nor oleh wakil Kak Ah sebaik saja Ustaz Fadzil Nor sampai di halaman Madrasah Islahiah Diniah.Malangnya wakil yang kami hantar majlis itu datang memberi tahu,bahawa Ustaz Fadzil Nor sudah beri tahu yang dia tidak ada masa melayan balu. Dalam ucapannya juga Ustaz Fdzil Nor mengatakan saya bukan ahli Pas dan dia tidak kenal saya.Entah dari hutan mana saya datang.Juga dikatakan bahawa anak yatim

sudah tiada lagi.Mereka dah besar-besar belaka.Bila mendapat maklumat ini,didesak pula oleh anak seorang anak syuhada supaya pergi bercakap dalam majlis,maka saya pun pergi. Turun dari motor,dengan mencelah orang ramai,saya terus kepentas utama.Waktu Itu Cikgu Nasir sedang menjelaskan kedudukan wang yang dia pinjam dari Madrasah Islahiah Diniah sebanyak RM10,000.00.Nampak saja saya masuk dia berhenti bercakap serta merta dan menyerahkan mikrofon kepada pengerusi majlis,saudara Sobri Awang petugas di JPN negeri. Pertama sekali saya keluarkan kad ahli Pas seumur hidup.Tujuan adalah untuk membuktikan saya ahli Pas.Kemudian saya minta untuk bercakap dalam masa 10 minit sahaja.Pengerusi enggan beri, tetapi di izinkan oleh Ustaz Fdzil Nor.Dalam ucapan ringkas itu,saya merayu pada pimpinan Pas pada semua peringkat,bahawa saya membuat repot polis atas nama Mohamad Yusuf bin Husin,bukanya atas Parti Islam Se Malaysia.Oleh itu saya minta semua orang faham dan mengambil sikap seperti Tuanguru Nik Aziz dan juga Haji Hadi bahawa isu ini di serahkan pada pihak polis membuat siasatan.Jika salah hendaklah di hukum dengan adil. Berita harian 9 Ogos 2000 mengiakan komen tokguru”saya setuju sangat kalau pihak polis menjalankan apa saja siasatan berhubung kes seperti itu,kerna cara demikian akan dapatmenyelesaikan segera sebarang syakwasangka terhadap sesuatu pihak.Langkah itu juga akan menentukan mereka yang bersalah menerima hukuman‟. Sementera Ustaz Fadzil Nor dalam komennya di akhbar yang sama berkata,‟Tabung berkenaaan mempunyai laporan lengkap mengenai kedudukan kewangan.Penyelewengan dan pecah amanah tidak berlaku kerana pekara itu di kendalikan satu jawatankuasa kawasan yang bertanggungjawab.‟ Ucapan saya dalam majlis itu tidak sampai lima minit,sekadar mengingatkan saja kerana saya tidak boleh emosi untuk berhujah balas di tengah dua penyokong yang sedang berang.Pasti mendatangkan kesan burut dan saya terpaksa memikirkan juga keselamatan Ustaz Fadzil Nor.Ikut hati memang geram juga pada pengerusi,kerana menyebut perkataan‟dia kata ahli Pas‟bila saya mengeluarkan kad ahli Pas seumur hidup. Dia Cuma menafikan dengan tujuan mengelirukan hadirin,sedangkan saya ahli Pas yang sah. Yusuf Husin lebih tahu samada saya ahli Pas atau tidak.Saya pernah sama-sama menjadi Ajk DPPNK antara tahun 1991 hingga 1995.Jawatankuasa kawasan juga tahu yang saya ahli Pas.Pada 27 Mei 2000 mereka hantar surat kepada setuausaha agong mencadangkan saya dipecat dari keahlian.

Tercatat di situ nama saya,nombor kad pengenalan dan nombor keahlian 265671.Kalaulah saya jelaskan ucapan Ustaz Fadzil Nor mendakwa tidak kenal saya.lagilah kecuh majlis.Dimana Ustaz Fdzil Nor nak letak mukanya. Bagaimanapun,saya masih ada perasaan hormati pemimpin serta sedar ini permainan jahat Yusuf Husin.Sewaktu menjadi wartawan Harakah kami sering bertemu.Berpuluh kali saya wawancara Ustaz Fdzil Nor dalam berbagai isu.Dia tidak memanggil saya „Cikgu Non‟ seperti orang lain,hanya panggil „Non‟ begitu juga panggilan Yusuf Husin terhadap saya. Panggilan itu saya senangi,sebab saya sudah berhenti dari guru. Ada orang kata saya samseng,jahat dari muda sampai tua.Ya,saya akaui.Demi islam saya akan samseng.Samseng dengan akhlak mujahid,bukan seperti mujahat. Demi membela kebenaran dan keadilan serta mencegah kemungkaran saya sanggup jahat.Jahat yang di izinkan oleh agama seperti yang ditarbiah oleh Pas sepanjang berbelas tahun saya dengan Pas.Umpamanya demontrasi jalanan ,ada orang kata kerja itu kerja samseng,kerja orang jahat.Biarpun orang kata samseng dan jahat,itulah antara uslub dakwah selagi ia bertujuan membela kebenaran dan agama. Di hadapan Ustaz Fadzil Nor hari itu,memang saya boleh bersikap samseng,tapi matlamat saya bukan untuk mencari gaduh dengan pemimpin kawasan atau negeri.Isunya adalah Yusuf Husin pecah amanah wang Madrasah Islahiah Diniah dan Tabung Mangsa Memali. Alhamdulillah,saya dapat menahan sabar walaupun terdengar ucapan balas Ustaz Fadzil Nor dalam perjalanan meninggalkan majlis.Ketika itu sudah kedengaran suara menjerit,takbir dan sedikit pergaduhan kecil.Jika saya ada,pergaduhan boleh merebak.Kereta Ustaz Fadzil Nor pun sudah ada yang mula ketuk.Dalam ucapan balasnya Ustaz Fadzil Nor menyebut”Pak Cop” (Yusuf Husin) adalah seorang petugas parti.Seorang yang gigih,kuat berkerja untuk parti.Bila berlaku apa-apa padanya,maka kita akan bersama-sama dengannya,memberi sokongan padanya.Apa lagi bila berlaku fitnah yang begini besar padanya.Sebab itu kita turun pada hari ini untuk memberi penjelasan sebenar apa yang sedang berlaku.‟ Inilah yang saya maksudkan bahawa Yusuf Husin telah mendapat satu anugrah besar dari Ustaz Fdzil Nor.Sudah tentu,Yusuf Husin yang turut berada dalam majlis itu,boleh mendabit dada.Ap lagi nak,seorang presiden telah mengumum dia bersama Yusuf Husin,bahaw aPas tak akan terima sama sekali yang Yusuf Husin melakukan pecah amanah.seperti yang disebut oleh Ustaz Fadzil Nor,repot saya itu sebagai fitnah besar pada Yusuf Husin.

Inilah hipokritnya setengah pimpinan Pas.Bila kes begini berlaku kepada orang Umno cepat-cepat mendesak pihak polis,SPRM dan pimpinan tertinggi Umno mengambil tindakan segera.Menghukum sebelum peguam sempat memfailkan kes ke mahkamah. Apabila terkena pada ahli sendiri terutama orang-orang yang di sayangi atau kroni,belum lagi polis membuka fail siasatan, sudah membuat keputusan itu sebagai fitnah.Seolah-olah mereka „maksom‟ lebih mulia dari Nabi.Apabila memberi kuliah,di singkapkan sejarah bagaimana Nabi pernah berkata,‟ jika Fatimah, anakku membuat kesalahan,pasti akan dihukum”.Peringatan ini untuk siapa amalkan,apakah hanya untuk ahli kuliah atau Umno?. Pengiktrafan oleh Ustaz Fadhil Nor yang Yusuf Husin ini difitnah oleh saya,pasti membuka ruang lagi untuk Yusuf Husin berusaha gigih menyingkirkan saya,Dalam mesyuarat agong khas kawasan pada 25 Mei 2000,SU Perhubungan Negeri terangterang mengangkat ekor Yusuf Husin apabila membuat jaminan dia akan mabil Yusuf Husin ke negeri jika Kawasan Baling tidak mahu Yusuf Husin.Jaminan ini bukan sahaja mengimbarakan Yusuf Husin,juga merendahkan maruah kawasan baling.Patutnya negeri kena siasat dengan minta laporan dari kawasan,kenapa mereka menolak Yusuf Husin.Ini tidak,diberi kedudukan yang lebih baik pada Yusuf Husin. Mana lebih besar.mana lebih berkuasa antara negeri dan kawasan.Dengan kedudukan itu,maka desakkan demi desakkan dilakukan olehnya keperingkat jawatankuasa Disiplin agar tindakkan pecat keatas saya di percepatkan. Beberapa hari selepas isu report ini tersebar dalam akhbar,saya di datangi oleh pengarah Keda Negeri dan juga Kawasan Baling.Mereka ditemani oleh saudara Khotib Jais,seorang kontraktor kecil yang tinggal tidak jauh dari MID. Tujuan mereka adalah untuk memberi beberapa projek mini tar disekitar kampung Memali dan sekitarnya.Katanya mereka diarahkan kementerian.Saya tak buat keputusan,hanya berjanji akan bincang dengan ramai lagi kawan-kawan.Esok petang saya mengumpulkan beberapa orang penting untuk berbincang pelawaan Keda itu.Kebetulan,adik Asyahid Ustaz Ibrahim Libya,Ustaz Rusdi turut serta.Pandangan dan nasihat kami terima,yakni menolak apa juga bantuan yang cuba disogok oleh manamana pihak,supaya tidak menambahkan fitnah yang sedia ada. Isu ini antara yang dilakukan oleh Yusuf Husin kepada pihak atasan yang saya membawa masuk orang UMNO,menjadi agen UMNO. Pernah mengadakan perjumpaan dengan orang Keda di rumah Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.Begitulah fitnah yang berterusan dari Yusuf Husin terhadap saya. Sepuluh hari selepas Ustaz Fadhil Nor turun ke Memali,Yusuf Husin susun pula ceramah besarbesaran MS di Madrasah Islahiyah Diniah.Pentas diadakan tidak jauh dari rumah saya,lebih kurang 100 meter.Pembesar suara suara seperti sengaja dihalakan kerumah

saya. Ucapan MS pada malam 7 September 2000 itu jelas kedengaran,sungguh bersemangat dia membela Yusuf Husin. Boleh kata ucapanya pada malam itu dengan niat memujuk balu dan mangsa Memali agar tidak bersama saya, Kerana dituduh UMNO menjadi dalang di balik isu yang timbul.Sayapun tak banyak ambil perhatian terhadap ucapannya.Lebih banyak berbual dengan pemandu MS dan seorang lagi menemaninya dari Kuala Lumpur.Kereta mereka juga diletakkan dihadapan rumah saya.Ramai juga yang merunggut,kenapa MS sedang hentam saya dipentas,pemandunyapula berada dirumah saya. Sebenarnya sahabat saya Abdul Razak dan Mokhtar yang tinggal di Subang.Tempat lepak saya dan juga MS sebelum dan semasa menjadi ahli Parlimen dulu. Saya pesan kepada mereka ini,selepas MS ceramah nanti bawa dia kerumah saya,ada mangsa dan balu-balu nak jumpa dia untuk memberi beberapa penjelasan. Difahamkan,MS enggan singgah kerumah saya.Alasannya dah tengah malam,letih dan nak pulang jauh lagi.Kalau dia datang,hanya yang saya sebutkan,adakah dia lupa yang dia sendiri bertanya saya,dimana Yusuf Husin ambil duit beli kereta ,baiki rumah dan pergi umrah?Repot saya itulah jawapannya.Dia pecah amanah Tabung Mangsa Memali.Antara ucapan MS yang saya kecewa sekali,bila dia menyebut "kita bila bergaduh anak bini,janganlah dok pi cerita kat orang,kita selesai la dalam rumah tangga kita,maluuu la sama"-sila lihat siri 21 Singktan MS=Mohamad Sabu Inilah antara persoalan yang dipertikaian oleh kebanyakan yang menemui saya.Iatu,kenapa saya buat repot.Patutnya jumlah pimpinan,buat laporan dekat jawatankuasa disiplin atau tak bolehkan berbincang cara baik dangan Yusof Husin.Sya menjelaskan bahawa tak mampu untuk hantar surat pada semua ahli Pas hampir 500 ribu ornag.Nak bagi tahu yang saya dah hantar laporan salahlaku Yausuf Husin pada jawatankuasa tatatertib,saya dahpun cerita segalanya pada MS,selaku AJK Pas Pusat yang juga MP Kuala Kedah,masa itu.juga usaha peribadi saya melalui cawangan,kawasan untuk menyelesaikan masalah. Saya pernah kirim surat pada Yusuf Husin minta berbincang,Pernah diadakan program mahabbah anjuran Pas kawasan di Markaz Pas Kupang.Yusuf Husin bersama empat orang wakil,begitu juga saya.Dipengerusikan oleh YDP kawasan,Ustaz Awang Lanai.Apa yang saya dapat malam itu melainkan ditengking dan katakan "kafir" oleh YDP. Pada saya majlis mahabbah itu gagal,kerana YDP seperti mempertahankan Yusuf Husin.Saya tidak hairan dengan sikap YDP,sebab telah diketahui oleh semua AJK kawasan,YDP sekadar boneka kepada Yusuf Husin.

Dalam pengalaman saya sepanjang mesyuarat Lembaga Tadbir Madrasah Islahiah Diniah,Ustaz Awang yang juga Pengerusi Madrasah Islahiah memang tidak berani membuat apa-apa keputusan ,melainkan kena rujuk dengan Yusuf Husin.Apa yang dibuat oleh Yusuf Husin semuanya baik.Kalau nak berbahas sedikitpun biasanya Azmi Hj.Salim,Ramli Che Mid,Ibrahim Waboh.Lihatlah apabila saya tiada dalam AJK ituYusuf Husin mencadangkan Madrasah Islahiah memberi hutang pada Jitra Pot RM90.000.00 pada tahun 1996,AJK bersetuju.Ustaz Awang tak akan bantah kerana hujahnya tak pernah boleh menandingi hujah Yusuf Husin.Kerana sikap seperti boneka itu akhirnya Madrasah Islahiah Diniah hilang wang dengan jumlah yang begitu banyak. Oleh kerana sikap jawatankuasa Disiplin tidakbertanggungjawab,saya terpaksa membuat laporan Polis.Dimanakan lagi yang dikatakan saya bertindak tidak ikut saluran parti.Kalau anda berada ditempat saya bagaimana tindakkan seterusnya.Sedangkan air mata balu dan anak-anak yatim sentiasa mengalir perlukan wang belanja sekolah. Anda tidak melihat wajah-wajah mereka,tidak melihatrumahtangga mereka,tidak melihat periuk nasi mereka,tidak lihat pakaian mereka,tidak lihat serta membaca surat-surat si anakpada pada ibu dan tidak melihat surat gadai gelang dan rantai pusaka si ibu.Saya melihat semua itu.Wajah mereka yang sedih,atap rumah yang bocor,lantai rumah yang reput,periuk yang tidak berlauk,pakaian yang tidak bersalin,surat gadai yang hampir lelap dan lihat serta membaca surat-surat anak mereka yang belajar diluar negeri sedih lagi menyedihkan. Itulah kenapa saya terlalu kecewa dengan MS yang telah tahu segala-gala,tapi sanggup datang mempertahankan Yusuf Husin. Kalau orang seperti MS,yang mempunyai sifat prihatin pada keluarga syuhada,tahu siapa benar,siapa salahpun tunduk dengan tekanan parti,apalagi yang lain.Kekecewaan saya itu bertambah bila esoknya selepas MS ceramah,beberapa orang balu terpilih,mendapat sumbangan RM200.00,dikatakan pemberian dari MS atau ada orang memperalatkan namanya.Oleh itu saya mengirim surat yang yang agak panjang pada MS .menegur dan membidas atas sikapnya itu.Antara yang sebut, 'selepas ini abang mat jangan lagi bercakap dalam Parlimen,menegur kemungkaran UMNO/BN.Tidak layak berbuat begitu, kerana abang Mat tidak berani membuat teguran terhadap kemungkaran,penyelewengan,kezaliman yang dibuat oleh orang tertentu dalam Pas.' Surat ini MS TERIMA SEBAIK SAHAJA PULANG DARI MEKAH.SAYA DAPAT MAKLUMAT,MS menangis apabila membaca surat dan megakui akan kebenaran apa yang saya katakan padanya.Bagaimanapun saya bersyukur,kerana MS lah satusatunya pimpinan tertinggi Pas pusat yang menziarihi saya selepas dibebaskan dari KEMTA.Walaupun dalam sekitar sepuluh minit,MS singgah tanpa minum.Hajatnya ingin

menziarahi juga memohon maaf dari saya.Sejak itu kami kembali berkawan seperti dulu. Saya juga hantar surat peribadi kepada UFN,agak panjang lebar.Banyak kata-kata pedas yang saya tulis.Surat peribadi saya ini adalah yang kedua dari saya untuk UFN.Surat pertama,selepas saya pulang dari medan jihad di Bumi Afghanistan hujung 1988.Waktu itu berlaku tangkapan ISA yang dikenali Operasi Kenari.Lebih 30 orang kawan-kawan saya dari Perak dan Kedah yang ditahan.Mereka ini dituduh terlibat dengan kumpulan Mujahidin Kedah.Antaranya membakar bagunan Semarak diperanginan Sik yang dalam rangkaan lawatan oleh PM,Tun Mahathir.Semasa operasi tangkapan,saya berada di Afghanistan.Saya juga dikehendaki kerana dikatakan antara pemimpin kumpulan tersebut. Setelah beberapa bulan pulang dari Afghanistan,ada desas desus yang menuduh saya SB.Ada orang buat cerita yang saya tidak pergi ke Afghanistan,sebaliknya duduk dibukit Aman.sayalah yang memberi maklumat hingga tertangkap kawan-kawan lain.Tuduhan ini juga meniti disetiap mulut pimpinan Kedah samada diperhubungan atau dewan pemuda negeri.Saya hantar surat pada UFN dengan harapan dia dapat meredakan kedaan.Yusuf Husin satu ketika pernah merunggut pada saya,'hang hantaq surat apa kat Ustaz Fadzil ,Non?Dia kata hang hentam teghuk sangat'.Alhamdulillah, lepas itu reda isu saya sebagai SB.Sehinggalah diberi kepercayaan menjadi wartawan Harakah. Antara kandungan surat kedua itu,selain menyentuh sikapnya terhadap isu tabung Memali,saya pertikai juga arahanya meminta Harakah ambil anaknya sebagai pekerja tanpa mengikut prosedur.Saya sebut,masih ramai lagi,terutamanya remaja Memlai yang layak dan patut diutamakan.Khabarnya,UFN cukup marah dengan surat itu,dia segera mengarahkan AJK disiplin bertindak keatas saya.Atas tekanan ini,AJK disiplin tidak dapat melengahkan lagi.Saya tidak pernah menerima surat tunjuk sebab.Tetapi Azmi Hj.Salim(Pak Njang Mi) dan ramli Che Mid(Pak Lang Murah) ada menerimanya.Pada 20 Mei 2001 kami bertiga dipanggil untuk bertemu dengan AJK disiplin.Kami di ingatkan supaya membawa saksi atau apa bahan bukti yang ada. Selain membawa dokumen berkaitan,saya juga membawa tiga orang balu,iatu Pn.Solehah Husin(Kak Ah),Pn Aishah Ahmad(Mak Lang) dan Pn.Mariam Omar(Kak Pah).Pertemuan Itu diadakan dibilik mesyuarat bangunan JKR 10,kediaman rasmi MB Kelantan .Sebelum itu kami pergi kebangunan Pusat Tarbiah(PUTIK) dekat Pengkalan Chepa.Mengikut arahan awal.pertemuan disana.Puas juga mencari baru jumpa bangunannya.Sampai disana kami hairan kerana bangunan itu sedang dalam pembinaan.Tak nampakpun apa-apa pejabat.Seperti tidak percaya disitu tempat pertemuan apatah batang hidung seorang AJK didiplin pun tak nampak,hanya ada beberapa orang pekerja.Bila ditanya mereka,barulah salah seorang yang mungkin kepala kerja,memberi tahu kami yang tempat perjumpaan dipindahkan ke JKR 10.

Pedih juga rasanya kerana tidak dibritahu awal.Terpaksalah kami berpatah balik kekota Bharu.Jam dah hampir pukul 2. Perutpun mula meragam,lapar. Pertemuan itu diadakan pada jam3:00 petang.Sampai di JKR 10,kami naik keruang tamu.Saya,Pak Njang Mi dan Pak Lang Murah dipanggil masuk kebilik mesyuarat.kami diarahkan duduk dihujung meja bujur panjang.Sementara dihujung meja sana sudah sedia ada Ustaz idris Omar selaku Pengerusi AJK Disiplin,Ustaz Harun Taib Su Ajk Disiplin,Ustaz Yahya Osman, dan Dato`Hisyamudin Yahya Ajk.Mungkin ada seorang lagi,tapi saya tak ingat siapa. Diatas meja penuh dengan pinggan serta cawan bekas makan.Masih banyak lagi kuihkuih yang belum disentuh.Betul-betul dihadapan kami yang boleh dicapai bila-bila masa.Mungkin mereka baru selesai jamuan agaknya.Dato'Hisyamudin sedang meneguk minuman.Tanpa buang masa Ustaz idris membuka majlis dengan memberitahu tujuan kami dipanggil.Saya hairan juga sebab tidak kelihatan Yusuf Husin,Ustaz Awang Lanai,Ustaz Abdullah Shaari,Ustaz Md.Juki Ahmad dan Ustaz Hasan Saad. yang patut hadir mewakili kawasan dan Madrasah Islahiah Diniah.Macamanpun dalam perjalanan tadi,bila berbual tentang kehadiran wakil kawasan,kami telah agak mereka tidak akan datang.Telahan kami itu memang benar apabila Ustaz Idris Omar menjelaskan wakil kawasan tidak dapat datang atas sebabsebab tertentu.setelah itu Ustaz Idris Omar serah agenda seterusnya pada Dato' Hisyamudin. Tanpa memberi salam,Dato'Hisyamudian(bekas peguam) menyebut nama saya dan minta menjawab soalannya,Samada ya atau tidak'.Soalan pertama,tentang laporan polis yang saya buat pada 27 July 2000. Benarkah pada 27 Julay 2000 kamu ada membuat repot polis berkaitan Tabung Mangsa Memali? singkatan kepada huruf....MS=Mohamad Sabu dan UFN=Ustaz Fadzil Nor Tanpa memberi salam,Dato` Hisyamudin(bekas peguam)menyebut nama saya dan minta menjawab soalannya,samada ya atau tidak.Soalan pertama,tentang laporan polis yang saya buat pada 27 July 2000. Benarkah pada 27 July 2000 kamu ada membuat repot polis berkaitan Tabung Mangsa Memli? 'Ya... Jadi Kamu mengaku membuat laporan itu? 'ya,tapi....'

'Saya tidak minta apa-apa penjelasan' 'Mana boleh,saya perlu memberi penjelasan......... Berlaku sedikit pertelagahan antara kami berdua,Pak Njang Mi mula merah muka,Dia gelisah.Tapi masih boleh bersabar.Dato` Hisyamudin tidak beri laluan untuk saya memberi penjelasan,dia meneruskan soalan kedua. 'Benarkah kamu ada membuat kenyataan akhbar tentang Tabung Memali? 'ya,Ada.Tapi......' 'Saya dah cakap tak mahu penjelasan' 'Habis kalau tidak mahu mendengar penjelasan,buat apa panggil kami datang kesini.Kami diminta bahan bukti dan saksi untuk apa...? ''Sedarkah perbuatan awak bolah memudhoratkan parti'' Ustaz Harun Taib mencelah,''Cikgu sepatutnya utamakan kepentingan jemaah,bukan diri'' ''Saya faham ustaz....''Dato`Hisyamudin memotong percakapan saya. Soalan yang ketiga...Belum habis, Dato` kemuka soalan ketiga saya lantas bangun. ''saya minta maaf,setakat ini saja.Terpulanglah pada Dato` nak ambil tindakkan apa dekat saya' Saya keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu bersama balu-balu dan Awang pemandu van kami.Sebenter saja ,Pak Njang Mi dan Pak Lang Murah ikut keluar.Seorang anak muda yang tadinya mencatat percakapan kami mungkin SU kerja,datang beritahu majlis dah selesai.Saya tanya tentang saksi (balu-balu) yang belum dipanggil.Dia hanya menggeleng kepala,Saya faham,bermakna saksi tidak perlu lagi buat mereka.Kamipun beredar mencari masjid untuk solat dan makan sebelum bertolak pulang. Dalam perbualan perjalanan pulang itu,Pak Njang Mi dan Pak Lang Murah memberitahu yang merekapun tak mahu jawab apa-apa.Hanya kata,mereka pun macam Cikgu Non saja,lalu keluar bilik.Sesuatu yang saya cuba elak dari perbualan,tentang makan yang terhidang didepan kami.Saya amat malu dengan sikap AJK Disiplin yang ada.Tak ada seorangpun yang pelawa kami makan atau minum.Tidakkah terfikir oleh mereka yang kami datang dari jauh.Entah makan entah tidak.Apa salahnya kalau dipersilakan kami menjamu selera walaupun kami ini orang bersalah.Kebetulan kami waktu itu,memenagpun lapar,belum sempat makan kerana

tersasar hingga ke PUTIK mengikut arahan dalam surat.Rupanya Pak Njang Mi terasa juga hal itu.Dia bersuara, 'eih,rupanya demo ni macam tu no' 'Bokpa de(mengapa)'sampuk Pak Lang Murah. 'Mu tak perasan ka tadi.depan kita penuh makanan.Demo buleh tak pelawa kita' 'Haa.le(iya la) Aku dok pike(fikir) jugak ,jawab Pak Lang Murah. 'teghuk(teruk)rupanya puak ni' Agar tak lebih jauh mereka kutuk pimpinan,saya potong perbualan kami kepada nasib yang akan diterima nanti,mengikut Pak Lang Murah.Kalau begitu sikap pimpinan,sah kami semua akan dopecat.Sayapun fikir begitu bila melihat kepada sikap Dato` Hisyamudin .Cara dia bertindak,seperti mahu menghukum terus tanpa apa-apa soalsiasat lagi selepas ini.Keputusan mungkin sudah ada pada mereka.Memanggil kami sekadar lakonan. Mungkin,setelah kami dipecat nanti,jika sesiapa pertikai,mereka sudah ada jawapan.Yakni kami telah dipanggil mengadap AJK Disiplin.Tetapi cara mereka layan kami,tak akan siapa tahu.Bermakna keputusan keatas kami kelak,adalah satu keputusan yang tidak telus,apabila saksi dan bahan bukti tidak mahu dipanggil atau dilihat. Seperti yang dijangka.Tidak sampai satu bulan keputusan telah kami terima.Pada 16 Jun 2001,sah saya di pecat melalui surat yang ditandatangani oleh setiausaha Agong,Ustaz Nasaruddin Md.Isa.Sementara Pak Njang Mi digantung keahliannya dan Pak Lang Murah diberi amaran.Tindakan keatas mereka ini diambil sebab mereka turut tandatang surat protes mesyurat agung kawasan,sehingga kawasan terpaksa buat mesyuarat khas.Kes mereka agak ringan berbanding saya.Bagaimanapun saya tidak terkejut atau menyesal dengan pememecatan itu. Peringatan Allahyarham Ustaz Hasan dulu menjadi perangsang kepada saya.Saya tahu pekara ini akan berlaku dan saya tidak marah,tidak malu kerana saya dipecat disebabkan berjuang menuntut hak dan keadilan bagi balu-balu dan anak yatim Memali.Biarlah orang lain puas dengan pemecatan saya dan hasratnya nak hidup senang,mewah dan megah diatas perjuangan titisan darah dan nyawa para syuhada. Saya mengambil sikap berjuang untuk Islam.Perjuangan saya ini boleh di teruskan walaupun tidak menjadi ahli .Mungkin saya rugi kerana tidak berpeluang untuk menjawat jawatan dalam parti.tak boleh menghadiri sebarang mesyuarat dan mengikut program anjuran parti.Itu bukan matlamat saya lebih-lebih lagi dalam suasana

sekarang,arah atau hala tuju Pas tidak jelasseperti dulu.Biarlah saya tawakuf dulu.Dalam masa yang sama,saya tidak pernah menghasut atau meminta sesiapa dari ahli keluarga hatta isteri-isteri atau yang menyokong saya untuk tinggalkan Pas.Begitu begitujuga dengan anak menantu saya.Sya galakan mereka menjadi ahli Pas,bergiat aktif dalam Pas. Beberapa minggu dopecat,saya didatangi oleh Salehuddin Ayub yang kebetulan ada program dengan pemuda Baling.Dalam berbual itu,dia nasihatkan saya agar membuat rayuan,saya berjanji akan pertimbangkan dulu,kerana masa yang diberi 60 hari.Mengikut hati seperti dah serik untuk berjuang bersama PasSikap pemimpin Pas kawasan,negeri dan pusat dalam menangani isu Tabung Memali ini,sungguh mengecewakan.Kadang-kadang susah untuk percaya,para pimpinan yang bertaraf ulamak.Tok Guru,Ustaz boleh bersikap demekian.Sedangkan masing-masing faham,apa yang sedang menjadi isu sekarang adalah harta anak yatim yang diamanahkan kepada parti. Benar,apa yang diucapkan Oleh UFN (Ustaz Fadzil Nor)dalam majlis 29 Ogos 2000,bahawa sudah tidak ada lagi anak yatim.Mereka telah remaja,dah besar.Paling mudapun berusia 16 tahun.Persoalannya bukan usia,tetapi duit mereka yang masih ada,dibawa kemana.Bukankah harta anak yatim itu wajib diserahkan kepada mereka setelah mereka cukup usia atau telah boleh menguruskan sendiri.Haram diguna untuk apapun tanpa izin dari mereka.Sepatutnya apabila sedar yang mereka ini telah cukup usia,terangkan pada mereka jumlah wang setiap dari mereka.Jika ada baki.serahkan pada mereka,Jika habis dibelanjakan untuk mereka selama ini.beritahu,mintak halal mungkin ada yang tersalah guna atau tersalah urus.Ini mereka tidak pernah diberitahu berapa sebenar wang mereka,tiba-tiba sahaja diberitahu habis. Mustahil para alim ulamak dalam Pas lupa akan peringatan Allah dalam ayat satu dan dua surah Al-ma`un. Tahukah engkau orang yang mendustakan agama?"#Orang itu adalah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak-anak yatim' 107:1-2 Juga dibicarakan isu Tabung Mangsa Memali.Hak balu-balu dan mangsa Memali.Contohnya tahun 1996 wang dari Tabung Mangsa Memali itu sebanyak RM51,878.17. Saban tahun wang Tabung Mangsa Memali ini sentiasa bertambah,kerana setiap menjelang ramadhan,iklan Gamitan Memali akan disiar oleh Harakah.Berpuluh ribu lagi akan masuk.Perbelanjaan sebenar untuk mangsa dimusim raya tidak lebih dari RM15,000.00 setiap tahun,andainya setiap tahun dari 1997 hingga 2000,Wang Tabung Mangsa Memali bertambah RM10,000.00 ,bermakna pada tahun 2001,jumlah terkumpul wang Tabung Mangsa Memali hampir RM100,000.00.Jumlah mangsa

termasuk balu-balu lebih kurang 150 orang.Pada tahun 2001.dikatakan Tabung Mangsa Memli ini telah ditutup dan agihan untuk mangsa setiap seorang RM200.00. Kalaulah setiap orang dari 150 mangsa itu mendapat RM200.00. maka keseluruhannya baru RM30,000.00.Masih berbaki lebih dari RM50,000.00.Sepatutnya mengikut kiraan kasar setiap mangsa perlu diserahkan sebanyak RM500.00 seorang ketika Tabung Mangsa Memali ditutup.Justeru,kemana lebih RM50,000.00 wang mangsa dibawa pergi.Ini baru dihitung mengikut akaun madrasah,sedangkan wang Tabung Mangsa Memali masih berada ditiga tempat lagi.Di Harakah,Perhubungan Kedah dan juga pejabat Agong.Kalau dikumpul semuanya mungkin setiap mangsa boleh dapat lebih dari seribu ringgit.Semua ini andaian yang pernah dibincangkan oleh mangsa Memali.Andaian ini telah menjadi buah mulut sesama mangsa khususnya dihujung tahun. Masa itu bukan sahaja mereka perlu belanja untuk persiapan raya tetapi untuk persiapan kemasukkan anak-anak kesekolah sempena sesi pengajian tahun baru.Waktu ini juga pendapatan mereka menjunam,kerana musim hujan.Biasanya setiap Ramadhan mereka dapat menoreh kurang dari sepuluh hari.Tahun 2008,umpamanya hanya tiga hari sahaja dapat menoreh. Dalam suasana begini apa lagi yang dapat mereka harapkan selain menoleh pada Tabung Mnagsa Memali.Mereka membicarakan hak mereka tidak yang tidak pernah dinyatakan secara jelas.Sepanjang lima belas tahun itu mereka tidak diberitahu berapa wang Tabung Mangsa Memli yang ada. Hanya yang mereka tahu setiap menyambut aidilfitri akan dapatlah samada dua puluh ringgit,tiga puluh ringgit.empat puluh atau lima puluh ringgit mengikut kategori masingmasing.Menjelang aidilfitri 2000,ada beberapa mangsa yang tidak disenaraikan dalam menerima sumbangan. Beberapa orang balu dan mangsa,protes tidak mahu mengambil sumbangan dari Tabung Mangsa Memali,Kerana mereka mendapat maklumat wang anak yatim,sudah dicampurkan dalam Tabung Mangsa Memali.Bimbang termakan wang anak yatim.mereka sanggup menolak sumbangan hariraya.Sayapun waktu itu,ekonomi agak tenat kerana perniagaan terjejas teruk. Apa yang dapat saya buat,melainkan berdoa kepada Allah agar membuka hati manamana korporat menghulurkan sumbangan.Pilu hati saya,kerana mangsa-mangsa lain telahpun mendapat sumbangan dari Tabung Mnagsa Memali dalam majlis di Madrasah Islahiah Diniah.Lebih dari tiga puluh orang juga yang boikot sumbangan itu.Allah Maha Kaya.Maha Pengasih,Maha Penyayang.Rintihan dari orang-orang teraniaya didengarinya. Mungkin dengan berkat kesabaran dan keikhlasan mangsa-mangsa tersebut,maka datang wakil korporat minta saya beri sumbangan pada orang-orang yang

perlu.Mulanya saya ragu,kerana ada kaitan dengan pemimpin umno.Setelah diberitahu wang itu dari sebuah yayasan dan teringat pula doa agar Allah membuka hati seseorang untuk hulur sumbangan,maka saya terima.Lagi pula syawal akan tiba dalam empat hari lagi. Yusuf Husin tidak lagi fikir keadaan orang-orang ini,Dia menggunakan kuasanya bukan untuk membantu,tetapi menyekat hak-hak yang patut dapat sumbangan.Untuk apa dia mahu fikir pada orang susah,dia sendiri tidak pernah susah.Didalam ramai mangsa Memali ini,hanya seorang sahaja yang disebut hidup dalam keadaan senang lenang,tidak ada masalah kewangan,boleh pergi kemana yang dikehendaki kerana dia ada duit,itulah keadaan Yusuf Husin.Satu-satunya insan dari kalangan mangsa Memali berada dalam ketenangan. Hidupnya sentiasa aman disebalik Bukit Aman dan dia cukup Bebas bersama dengan PAS. "Sebenarnya kamu tidak muliakan anak yatim,(malah kamu menahan apa yang dia berhak menerimanya) Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan(yang berhak diterima oleh) orang meskin'' 89-17-18 Pada 02 Ogos 2001 merupakan tarikh bertuah buat saya.Terpilih juga akhirnya saya untuk melalui ujian yang mengerunkan.Satu ujian yang pernah disebut oleh Karpal Singh sebagai'neraka dunia"Memang mengerunkan.Ditangkap dengan kasar,di telanjangkan,di kurung seorang diri dengan mata sering tertutup,tidak kenal siang atau malam,tidak boleh berhubung dengan dunia luar dan tidak akan dibicarakan.Itulah tangkapan maut ISA. Saya tidak berhajat mengisah pengalaman sepanjang lima tahun dua bulan ditahan bawah ISA..Sampai masa,buku tentangnya akan menemui anda.Hanya yang akan di timbulkan dalam buku ini perkara yang ada kaitan dengan Memali dan Yusuf Husin.Salah seorang yang menyoal siasat saya selama 56 hari sebelum di bawa ke KEMTA,adalah SB yang pernah soal siasat Yusuf Husin.Seorang yang mungkin ketua kumpulan dari 6 orang SB itu pula mendakwa pernah terlibat secara langsung dalam peristiwa Memali.Sebab itu dia amat marah dengan saya ,kerana menulis buku perisai Memali kisah Pak Teh Md.Piah.Mengikutnya kerana terlampau marah dengan buku itu,dia koyakanya. Dia juga memuji saya,kononya saya berani tegur pemimpin.Dia dapat maklumat pada hari majlis bersama Ustaz Fadzil Nor di Madrasah Islahiah Diniah dulu,saya merampas mikrofon ketika Ustaz Fadzil Nor tengah berucap.Malas saya nak betulkan faktanya yang salah itu.Otak saya ketika itu berligar macam-macam masalah.Lepas sebulan mengambil berbagai maklumat dari saya,mereka mulalah nak bersembang dan ajak saya bermain.Walaupun siasatan keatas saya dah habis,tapi kena tunggu hingga

tempoh 60 hari untuk dapat arahan samada dibebas,buang dearah,atau di bawa ke KEMTA.Masa yang ada itu,bolehlah berbual apa-apa saja. Biasanya mereka nak ajak berborak tentang isu politiklah.Yang kena hentam teruk,Ulamak dalam Pas.Yang dipuji pula Siti Norhaliza.Konon Siti ini artis bersopan santun,anak bapa. Bila siti kahwin,di katakan Siti jahat pula,sebab rampas suami orang.Kesempatan ini saya ajak mereka bersembang tentang peristiwa Memali.Pertamanya tentang tempat dimana Yusuf Husin ditangkap.Sehingga tidak ada seorang pun mangsa Memali yang tahu dimana Yusuf Husin ditahan.Ada yang berkata di dalam kawasan rumah Asyahid Ustaz Ibrahim Libya dan ada yang mengatakan diluar kawasan. Yang berkata berlaku tangkapan Yusuf Husin dalam kawasan rumah ,tidak pasti pula tempat yang tepat.Ada kata disebalik rumpun pokok -pokok kopi dan ada juga yang berkata didalam jamban.Satu maklumat yang boleh diterima seperti apa yang diceritakan oleh saudara Mohamad Khoiri Azmi.Hari tragedi 19 November 1985 itu,dia yang masih remaja turut berada di dalam kawasan rumah Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.Apabila keadaan mula kelam kabut,dia terdengar suara Yusuf Husin sedang memanggil beberapa orang ikutnya keluar. Yusuf Husin mengajak sekurang-kurangnya sepuluh orang mengikutnya keluar dengan alasan untuk menyerang pihak polis dari arah belakang.Mulanya lebih dari sepuluh orang yang cuba ikut Yusuf Husin Keluar.Bagimanapun beberapa orang masuk semula,kerana mereka teringat pesanan Asyahid Ustaz Ibrahim Libya supaya hari itu jangan sesiapa pun keluar dari rumahnya.Menurut Asyahid Ustaz Ibrahim Libya,pintu syahid sedang terbuka luas untuk mereka. Salah seorang yang Mohd.Khoiri masih ingat adalah saudara Ahmad Ayob,salah seorang mangsa yang cedera parah terkena tembakan polis,tetapi tidak meninggal.Mohd.Khoiri dan beberapa orang lagi,mengikut Yusuf Husin keluar menyeberangi jalan raya menuju kesebuah rumah kecil bertentangan rumah Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.Mereka berlindung dirumah itu.Mohd.Khoiri hanya berbekalkan lastik untuk pertahankan diri.Semasa berlindung dibawah rumah tersebut,perhatiannya tertumpu dihadapan dengan lastik siap sedia ditangan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful