You are on page 1of 48

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama

Islam Selangor

BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA Ahmad Nasim bin Abdul Rauf 1.0 MUQADDIMAH Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam. Untuk mengetahui betapa bahayanya ajaran Syiah kepada aqidah, syariah dan umat Islam, perlu kita merenung kembali sejarah silam ke zaman khalifah Islam ketiga, ketika mana gerakan menentang khalifah dan usaha-usaha menggugat perpaduan umat di setiap wilayah yang dikuasai Islam pada masa itu dilancarkan begitu hebat sehingga akhirnya terkorban syahid Khalifah Uthman bin Affan yang telah dikahwinkan oleh Rasulullah S.A.W. dengan dua orang cahaya matanya, seorang yang berkali-kali dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai ahli syurga kerana besar jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Uthman dengan mencurahkan harta bendanya yang banyak untuk melengkapkan `Jaisyu al Usrah. Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud : Selepas hari ini tiada amalan lagi boleh merosakkan Uthman. 1 Perancangan untuk memecahbelahkan umat Islam dari dalam itu dengan cara penyusupan masuk ajaran yang bukan Islam ke dalam masyarakat Islam yang dikenali dengan gerakan Ibnu Saba telah berjaya memecahbelahkan perpaduan Umat Islam selama ini. Umat Islam setelah itu tidak lagi dapat menumpukan perhatian mereka kepada musuh Islam dan pedang mereka tidak lagi terhunus ke muka musuh-musuh yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan sebagainya tetapi sebaliknya mereka mula bercakaran sesama sendiri. Pedang dan lembing mereka mula bergemerencang di medan perang saudara sehingga beberapa lama. Jika di zaman masyarakat Islam yang sebilangan besarnya terdiri daripada orangorang yang dididik oleh Rasulullah S.A.W. sendiri dan masih ramai orang yang
1

Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad dan beliau telah menilai hadis ini sebagai hadis hasan sahih.

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

imannya teguh dan keyakinan tentang Islam begitu mendalam, racun-racun yang disemburkan oleh mereka itu telah dapat juga melemahkan sebahagian anggota masyarakat Islam sehingga menimbulkan huru-hara yang berpanjangan,

bayangkanlah bagaimana agaknya jika racun yang begitu berbisa itu disemburkan ke tubuh masyarakat Islam hari ini yang mana anggotanya terdiri daripada orangorang yang lemah aqidahnya, cetek pengetahuannya tentang selok belok ajaran Islam dan tidak pula mendapat pendidikan Islam yang sempurna, tentu sekali dalam masa yang singkat wajah masyarakat Islam akan berubah kepada rupa yang sungguh menakutkan. Apakah intisari ajaran Syiah permulaan yang dikepalai oleh Ibnu Saba itu? Apakah fahaman-fahaman tajaan Syiah permulaan yang telah berjaya menggugat Islam dari dalam dan telah melemahkan ikatan persaudaraan Islam pada ketika itu? Jawapannya akan kita temui dalam ajaran dan fahaman Syiah hari ini. Umat Islam hari ini perlu menjadikan sejarah yang lampau sebagai pengajaran dan iktibar, jika tidak sejarah akan berulang lagi. Tidak mungkin umat Islam yang berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah boleh terperangkap dengan jerangkapjerangkap yang dipasang oleh musuh-musuh yang telah tercatat dalam sejarah muram mereka. Mukmin sejati mustahil akan terjebak ke dalam fahaman-fahaman salah yang dikemukakan oleh musuh-musuh yang pernah menikam nenek moyang mereka dahulu kerana Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

2
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah R.A. daripada Nabi S.A.W. Sabdanya : Orang mukmin tidak disengat dua kali di lubang yang sama.

Sahih Muslim, Kitab Zuhdi wa al-raqaaiq, bab La yuldaghu al-mukminu min hujrin waahidin maratain, no hadith : 2998.

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

Walaupun golongan Syiah hari ini menafikan hubungannya dengan ajaran yang dibawa oleh Ibnu Saba dan rakan-rakannya namun penafian itu tidaklah membawa apa-apa erti jika persamaan di antara kedua-duanya diketahui dan diakui oleh umum termasuk pengikut Syiah sendiri. Lihatlah kepada at-Thusi, seorang tokoh ulama mutaqaddimin Syiah, beliau dianggap sebagai tokoh yang mendalam ilmunya tentang riwayat dan rijal menuliskan di dalam kitabnya yang dianggap sebagai kitab yang terpenting tentang Rijal Syiah yang dikenali dengan `Rijal Kasyi. Sebahagian ahli ilmu menyebut bahawa Abdullah Ibnu Saba adalah seorang Yahudi yang kemudiannya memeluk Islam dan membela Sayyidina Ali A.S. Semasa beragama Yahudi dia berpendapat Yusya bin Nun merupakan Washi bagi Nabi Musa secara ekstrim. Setelah dia masuk Islam (secara pura-pura), fahaman yang sama dibawakan tentang Ali sebagai Washi bagi Rasulullah S.A.W. sepeninggalan Baginda S.A.W. Dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajiban melantik Ali sebagai Imam, menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuhmusuh Ali dan berlepas diri dari mereka bahkan mengkafirkan mereka. Dari sinilah orang yang menentang Syiah mengatakan punca ajaran Syiah dan Rafidhah ialah Agama Yahudi. 3 Di antara tokoh-tokoh Syiah yang juga telah menyebutkan perkara yang sama ialah an-Naubakhti dalam Firaq asy-Syiah (hal. 43-44), al-Hulli dalam Kitab al-Rijal (hal. 469), Mamaqami seorang tokoh ulamak mutaakhir Syiah tentang Rijal dalam kitabnya Tanqihu al-Maqal Jilid 2 hal. 184), al-Ustarabadi dalam kitab Manhaju alMaqal (hal. 203), Ibnu Abi al-Hadid dalam Syarah Mahju al-Balaghah (Jilid 2 hal. 309), Syeikh Abbas al-Qummi dalam kitabnya Tuhfatu al-Ahbab (hal. 184) dan lainlain. (lihat lampiran no.1) Di kalangan tokoh-tokoh ahli Sunnah pula yang menyebutkan ajaran Ibnu Saba dan peranannya dalam memecahbelahkan umat Islam ialah Abu Hasan al-Asyaari dalam Maqalat al-Islamiyin (Jilid 1 hal. 50), Abdul Qahir al-Baghdadi dalam al-Farqu Baina al-Firaq (hal. 233-235), al-Isfiraini dalam at-Tabsir fi ad-Din (hal. 108-109), Syahrastani dalam al-Milal wa an-Nihal (Jilid 2 hal. 11), at-Tabari dalam Tarikh alUmam wa al-Muluk (Jilid 5 hal. 90), Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wa an-Nihayah

Kitab Rijal al-Kasyi, hlm.108.

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

(Jilid 7 hal. 167), Hafiz Ibnu Hajar dalam Lisan al-Mizan (Jilid 3 hal. 289) dan lainlain. (lihat lampiran no. 2) Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti dan kita mengkaji ajaran Syiah dari semua aspek aqidah, syariah, akhlak dan lain-lain maka kita akan dapati ajaranajaran itu telah dirancang sebegitu rupa untuk mengambil alih agama Islam yang sedia ada supaya umat Islam secara tidak sedar menganut dan mengamalkan ajaran-ajaran yang bukan berasal dari Islam sama sekali. Pada ketika itu Islam yang dianuti pada hakikatnya hanya nama semata-mata atau Islam yang palsu dan Islam yang palsu itu tentu sekali tidak membimbangkan atau menggugat kedudukan agama-agama dan fahaman-fahaman lain yang terdapat di dunia. Segala-galanya disusun dan direncanakan sehingga umat Islam sendiri yang pengetahuannya tidak begitu mendalam tentang Islam dapat menerima ajaran yang dikemukakan mereka sebagai ajaran Islam. Di sini kita akan mendedahkan kepalsuan ajaran Syiah, percanggahannya dengan agama Islam yang suci dan bahayanya kepada umat Islam di setiap tempat supaya agama yang mereka mahu hapuskan dan lenyapkan dari muka bumi (Islam) ini tetap akan mengibarkan bendera kemenangannya sesuai dengan firman Allah :

Maksudnya : Dialah yang telah mengutuskan Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangnya atas segala agama walaupun orangorang musyrikin tidak menyukainya. Di antara bahaya dan percanggahan ajaran Syiah dengan Islam yang akan dikemukakan di sini ialah : 1.
4

Bahaya kepada aqidah

Al-Quran, Surah at-Taubah: 33.

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

2. 3. 4. 5.

Bahaya kepada syariat Bahaya kepada akhlak Bahaya kepada ummat Bahaya kepada negara

2.0 BAHAYA KEPADA AQIDAH 2.1 Aqidah Syirik Dengan Allah 2.1.1 Muhammad Bin Yaakub al-Kulaini meriwayatkan dalam Ushul Kahfi

dari Abi Abdillah, kata beliau Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.5 (lihat lampiran no. 3) Sedangkan Allah telah berfirman di dalam al-Quran yang berbunyi :
6

""

Maksudnya : Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah. Diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hambahambanya. Allah berfirman lagi :
7

""

Maksudnya :
5

al-Kafi, Bab dunia ini semuanya kepunyaan Imam, jilid 1, hlm. 409 Al-Quran, Surah al-Araf: 128. 7 Al-Quran, Surah al-Hadid: 2.
6

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi.. 2.1.2 Allah menyatakan sifatnya dalam al-Quran sebagai yang awal dan

akhir, yang zahir dan yang batin sebagaimana firman-Nya :


8

""

Maksudnya : Dialah yang awal dan akhir, yang zahir dan yang batin Tetapi Syiah meriwayatkan kononnya Saidina Ali R.A. berkata :
9

""

Maksudnya : Akulah yang awal dan yang akhir, akulah yang zahir dan akulah yang batin, akulah pewaris bumi. Sedangkan Allah berfirman :
10

""

Maksudnya : Kamilah pewaris bumi dan sekelian makhluk yang ada di atasnya. 2.1.3 Al-Kulaini menyebut dalam Usul Kafi bahawa Imam Muhammad al-

Baqir berkata : Kami adalah wajah Allah, Kami adalah mata Allah di kalangan makhlukNya dan Kami adalah tanganNya yang terhampar menghulurkan rahmat kepada hambaNya.11. Begitu juga diriwayatkan dari Abi Abdillah (Jafar

Al-Quran, Surah al-Hadid: 3. Kitab Rijal al-Kasyi, hlm. 211 10 Al-Quran, Surah Maryam: 40. 11 Al-Kulayni, Abu Jafar Muhammad bin Yaqub(t.t), Usul al-kafi, t.t.p. Jilid 1: Intisyarat ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 83.
9

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

as-Sadiq) bahawa Amirul Mukminin Ali a.s selalu berkata : Akulah pembahagi syurga dan neraka bagi pihak Allahaku dikurniakan beberapa

keistimewaan yang tidak pernah dikurniakan kepada sesiapa pun sebelumku, aku mengetahui kematian dan bencana yang menimpa manusia, keturunan mereka dan kemampuan memutuskan perkara yang tepat. Sesuatu yang telah berlaku tidak terlepas dari pengetahuanku dan tidak tersembunyi dari pengetahuanku apa yang tidak ada di hadapanku.
12

Seorang ahli tafsir Syiah yang terkenal bernama Maqbul Ahmad dalam tafsirnya ketika mentafsirkan ayat berbunyi :
13

""
binasa kecuali wajah-Nya

Segala

sesuatu

akan

meriwayatkan bahawa Jafar as-Sadiq mentafsirkan ayat ini dengan: Kamilah wajah Allah itu. (lihat lampiran no. 4) 2.1.4 Al-Kulaini mengadakan satu bab bertajuk :

Para Imam mengetahui perkara yang lalu dan yang akan datang dan tidak tersembunyi daripada pengetahuan mereka sesuatu pun. Di dalam bab ini beliau mengemukakan satu riwayat dari Jaafar as-Sadiq bahawa beliau berkata : Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di syurga dan di neraka. Aku mengetahui perkara yang berlalu dan perkara yang akan datang. 14 2.1.5 Di dalam kitab yang sama menyebut bahawa para Imam boleh menghalalkan dan mengharamkan apa yang mereka kehendaki dan mereka

12 13

Kitab al-Hujjah min al-kafi, hlm. 197. Al-Quran, Surah al-Qashash: 88. 14 Ibid, hlm. 261.

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

sekali-kali tidak menghendaki melainkan apa yang dikehendaki Allah. 15 Sedangkan Allah berfirman di dalam al-Quran:
16

Maksudnya : Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu. Ini bermakna Syiah menyekutukan Allah dengan para Imam mereka dalam mengharamkan dan menghalalkan sesuatu, di dalam kitab itu juga al-Kulaini meriwayatkan bahawa as-Sadiq berkata : Mana-mana Imam yang tidak mengetahui sesuatu yang akan menimpanya dan ke mana mereka akan pergi maka ia bukanlah hujah dari pihak Allah kepada makhluk-Nya. 17 Sedangkan Allah berfirman yang bermaksud :
18

Maksudnya : Katakan tiada siapa pun mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah. Di sinilah Syiah menyekutukan Allah dengan Imam-Imam mereka dalam mengetahui perkara ghaib.

15

Al-Kulayni, Abu Jafar Muhammad bin Yaqub(t.t), Usul al-kafi, t.t.p. Jilid 1 : Intisyarat ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 441. 16 Al-Quran, Surah at-Tahrim: 1. 17 Op.cit, hlm. 285. 18 Al-Quran, Surah al-Naml:65.

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

2.2 Di antara Aqidah Syiah yang sungguh menyesatkan ialah Aqidah Bada. Aqidah ini juga telah dipopularkan oleh Ibn Saba. 2.2.1 Bada bermakna :

(a) Nyata atau jelas sesuatu setelah tersembunyi seperti yang terpakai dalam firman Allah yang berbunyi :
19

Maksudnya : Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang tidak pernah terfikir oleh mereka. (b) Timbul fikiran baru tentang sesuatu setelah melihat keadaan yang berlainan dari apa yang ada dalam pengetahuan seseorang sebelumnya. Ini terpakai dalam firman Allah yang berbunyi :
20

Maksudnya : Kemudian timbul fikiran pada mereka setelah melihat tandatanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka mesti memenjarakannya hingga ke suatu masa. Kesimpulannya Bada bererti jahil tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Golongan Syiah mempercayai Allah bersifat dengan sifat al-Bada. Di dalam al-Kafi terdapat satu riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini dari arRayyan Bin as-Salt, dia berkata: Aku mendengar ar-Ridha A.S. berkata : Tidak ada seorang pun nabi yang diutus Allah melainkan ia membawa ajaran

19 20

Al-Quran, Surah az-zumar: 47. Al-Quran, Surah Yusuf: 35.

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

tentang haramnya arak dan ajaran yang memperakui Allah bersifat dengan alBada. 21 Hakikat Bada ini dihuraikan oleh satu riwayat lain dengan lebih jelas lagi, iaitu riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini juga dari Abi Hasyim al-Jaafari katanya : Pernah aku berada di samping Abi al-Hassan A.S. sepeninggalan anaknya Abu Jaafar. Ketika itu aku berfikir di dalam diriku dan mahu menceritakan kepadanya apa yang terlintas di hatiku. Seolah-olah Abu Jaafar dan Abu Muhammad dalam keadaan ini seperti Abu al-Hassan bin Musa dan Ismail bin Jaafar bin Muhammad. Kisah kedua-duanya sama kerana Abu Muhammad yang diharapkan (menjadi Imam sepeninggalan Abu Jaafar). Tibatiba Abu al-Hassan menghadap ke arahku sebelum lagi aku menceritakan isi hatiku kepadanya, terus dia berkata : Ya, Wahai Abu Hasyim memang telah berlaku kepada Allah berhubung dengan Abu Muhammad sepeninggalan Abu Jaafar apa yang Ia (Allah) tidak mengetahui sebelumnya seperti mana telah berlaku kepada Allah tentang Musa sepeninggalan Ismail. Perkara ini memang seperti apa yang terlintas di hatimu walaupun tidak disenangi oleh orang-orang yang sesat. Abu Musa adalah anakku yang menjadi pengganti sesudahku kerana padanya ada pengetahuan yang diperlukan dan bersamanya ada alat Imamah. 22 An-Naubakhti menyebutkan bahawa Jaafar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika beliau masih hidup. Maka Jaafar pun berkata : Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku. 23 2.2.2 Untuk menguatkan lagi aqidah al-Bada ini golongan Syiah

mengemukakan riwayat yang kononnya berasal daripada Muhammad al-Baqir bahawa Nabi Luth A.S. juga bimbang akan berlaku Bada pada Allah sehingga
21

Al-kulayni, Abu Jafar Muhammad bin Yaqub(t.t), Usul al-kafi, t.t.p. Jilid 1 : Intisyarat ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 148. 22 Ibid, hlm. 327. 23 Firaq as-Syiah hlm. 84.

11

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

Baginda tidak sabar-sabar lagi meminta para malaikat yang diutuskan untuk menyeksa kaumnya supaya menyegerakan penyeksaan terhadap mereka sebelum berlaku perubahan pada kehendak Allah kerana sesuatu sebab yang tersembunyi kepadaNya sebelum itu dan baru nyata kemudian setelah berlaku sebab itu (al-Bada). Inilah dialog Nabi Luth dengan para Malaikat yang tersebut di dalam riwayat itu : Luth berkata kepada mereka : Wahai utusan-utusan Tuhanku, apakah perintah Tuhanku kepada kamu terhadap mereka? Para Malaikat menjawab : Ia memerintah kami supaya menimpakan azab ke atas mereka pada dinihari nanti. Nabi Luth berkata : Aku ada hajat dengan kamu. Mereka Tanya : Apakah hajatmu itu? Nabi Luth berkata : Kamu timpakanlah azab ke atas mereka sekarang juga kerana aku bimbang akan berlaku Bada kepada Tuhanku tentang mereka. Para malaikat berkata : Wahai Luth! Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab ke atas mereka itu ialah Subuh, bukankah Subuh itu sudah hampir?24. 2.2.3 Al-Bada mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam aqidah Syiah

sehingga mereka menganggapnya sebagai pernyataan ubudiyyah terhadap Allah yang tidak ada tolok bandingnya. Mereka meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir bahawa beliau berkata : Tidak ada satu pun pernyataan ubudiyyah kepada Allah yang menyamai al-Bada. 25

24 25

al-Furu Min al-Kafi, jilid 5 hlm. 546 Opcit, hlm. 146.

11

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

Daripada Jaafar as-Sadiq pula mereka meriwayatkan bahawa beliau berkata : Tiada suatu pun cara pengagungan terhadap Allah yang menyamai alBada.26 Dari Jaafar as-Sadiq juga, mereka meriwayatkan bahawa beliau berkata : Sekiranya manusia mengetahui pahala yang terdapat pada memperkatakan dan mempercayai al-Bada tentulah mereka tidak jemu-jemu memperkatakannya.27 Lihatlah bagaimana Syiah menghubungkan sifat jahil kepada Allah S.W.T. dan menganggapnya sebagai puncak pernyataan ubudiyyah kepada Allah

sedangkan Allah S.W.T. telah berfirman :


28

Maksudnya : Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi segala sesuatu. Firman Allah S.W.T.. :
29

Maksudnya : Allah Maha mengetahui tentang segala sesuatu. Firman Allah S.W.T.. :
30

Maksudnya :

26 27

Ibid. Op.cit, 148. 28 Al-Quran, Surah at-Talaq:12. 29 Al-Quran, Surah An-Nisa: 176. 30 Al-Quran, Surah Ali-Imran: 5.

12

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

Sesungguhnya tidak ada satu pun yang tersembunyi kepada Allah baik di bumi mahupun di langit. Firman Allah S.W.T. :
31

Maksudnya : Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

2.3. Di antara aqidah Syiah ialah at-Tahrif fi al-Quran. Satu aqidah tentang al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari ini sudah diubah, ditokok tambah dan diselewengkan. Di antara ulamak Syiah yang mengakui berlakunya tahrif kepada al-Quran adalah Allamah Husain bin Muhammad Taqiy an-Nuuri at-Thabarsi bilamana beliau menukilkan kata-kata Sayyid Ni'matullah al-Jazaairi di dalam kitabnya Al-Anwar An-Nu'maniyyah yang berbunyi :


Terjemahannya : Sesungguhnya tokoh-tokoh Syiah telah sepakat tentang sahihnya hadith-hadith yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan terhadap al-Quran. 32

31 32

Al-Quran, Surah al-Hasyr: 22. Fashlul Khitab Fi Tahrif Kitabi Rabbil Arbab, hlm. 31.

13

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

2.4 Aqidah al-Imamah dan al-Walayah Kepercayaan bahawa Imam-Imam dua belas itu dilantik berdasarkan nas dan mereka adalah maasum serta wajib ditaati. Kepercayaan ini begitu penting di dalam ajaran Syiah, sehingga ia merupakan salah satu syarat keimanan dan dianggap terpenting dari antara rukun-rukun Islam yang lain. Setiap Nabi yang datang telah mengakui keimaman dan walayah Ali dan seseorang yang tidak mengenal Imam-Imamnya dianggap tidak mengenal Allah. Kepercayaan ini terdapat dalam mana-mana kitab Syi'ah terutamanya kitab al-Kafi. Antaranya:

: : .
Terjemahannya : Al-Kulaini meriwayatkan dari Fudhail dari Abi Jaafar A.S. Kata beliau : Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak ada satu pun daripada rukun-rukun yang tersebut yang diseru sebagaimana seruan yang diberikan kepada al-Walayah. Lalu manusia mengambil keempat-empatnya dan meninggalkan yang ini, iaitu walayah.
33

2.5

Aqidah Takfir as-Sahabah

Akidah tentang majoriti para sahabat telah murtad yang tidak tersembunyi kepada sesiapa sahaja yang pernah membaca kitab-kitab Syiah, sehingga bolehlah dikatakan tidak ada sebuah kitab Syiah yang muktabar terutamanya yang ditulis oleh ulama-ulama mereka yang lalu melainkan pasti tersebut di dalamnya riwayat-riwayat yang mengkafirkan atau memurtadkan para sahabat atau melaknat, memaki hamun dan melakukan tabarri (tabarra yakni
33

Al-kulayni, Abu Jafar Muhammad bin Yaqub(t.t), Usul al-kafi, t.t.p.Jilid 2: Intisyarat ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 20.

14

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

menyatakan sikap berlepas diri dan tidak mempunyai hubungan kasih sayang) terhadap mereka. Tidak terlepas daripada tuduhan-tuduhan mereka sahabatsahabat besar Rasullullah s.a.w sekalipun seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Abdul Rahman bin Auf, isteri-isteri Rasullullah s.a.w dan lain-lain. 2.6 Ar-Rajah Satu aqidah dan kepercayaan Syiah tentang para Imam akan dibangkitkan sebelum kiamat untuk menuntut bela dan menghukum orang-orang zalim yang telah merampas hak-hak mereka. Kepercayaan ini merupakan perkara yang telah diijmakkan oleh para ulama Syiah. Antaranya Syeikh Mufid

menyebutkan:

""

Terjemahannya : Golongan Imamiah sependapat tentang wajibnya rajah (kembali) sebahagian besar dari orang-orang mati ke dunia sebelum qiamat.34 3.0 BAHAYA KEPADA SYARIAT Sememangnya musuh-musuh Islam yang merupakan pengasas Syiah melalui ajaran yang diada-adakan mereka bermaksud supaya diketepikan dan diperkecilkan syariat yang dibawa oleh Nabi S.A.W. Syariat yang dikemukakan oleh mereka tentu sekali akan bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunah. 3.1 Jika al-Quran menyatakan bahawa Seseorang akan diberi balasan
35

dan ganjaran mengikut amal yang dilakukan olehnya tidak menanggung dosa seseorang yang

Seseorang manusia
36

lain

Tiap-tiap

diri

34 35

Awaailu al-Maqaalat, hlm 52. Al-Quran, Surah an-naml: 39. 36 Al-Quran, Surah al-An am: 164.

15

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor 37

bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya

, Orang-orang yang
38

tidak bersembahyang akan dimasukkan ke dalam neraka

, Orang-orang

yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan membunuh orangorang yang tidak bersalah dan orang-orang yang berzina akan diisikan kedalam neraka pada hari Qiamat nanti kecuali yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh
39

, maka Syiah pula akan mengatakan itu semua

tidak penting asalkan seseorang sudah mempunyai perhubungan kasih sayang dengan para Imam. Mereka meriwayatkan bahawa Jaafar as-Sadiq berkata kepada golongan Syiah : Ketahuilah demi Allah! Tidak akan masuk ke dalam neraka dua orang pun dari kalangan kamu. Tidak! Demi Allah! Tidak seorang pun!
40

Jaafar as-Sadiq berkata kepada Syiah : Sesungguhnya suratan amalan setiap orang dari kamu akan dipenuhkan (dengan pahala tanpa sebarang amalan).
41

Lebih dari itu Jaafar as-Sidiq berkata bahkan dia akan bersama Nabi dalam darjat mereka (Nabi) pada hari Qiamat nanti.42 Ibnu Babwaih al-Qummi meriwayatkan dari Abi al-Hasan ar-Ridha (Imam Maasum yang kelapan di sisi Syiah) bahawa Qalam diangkat (tidak dicatitkan dosa) dari Syiah kita. Tidak seorang pun dari Syiah kita yang melakukan dosa atau kesalahan melainkan pasti akan ada perkara yang menghapuskan dosadosanya itu walau pun dia melakukan dosa sebanyak titisan hujan, sebanyak bilangan anak batu dan pasir, sebanyak bilangan duri dan pokok.43 Mereka juga meriwayatkan satu hadis Qudsi (yang direka oleh mereka) bahawa Allah berfirman : Ali bin Abi Talib adalah hujahKu atas makhlukKu dan cahayaKu dalam kerajaanKu dan pemegang amanah ilmuKu. Tidak akan

37 38

Al-Quran, Surah al-Muddatsir: 38. Al-Quran, Surah al-Muddatsir: 41-42. 39 Al-Quran, Surah al-Furqan: 68-70. 40 Ar-Raudhah Jilid 8 hlm. 78. 41 Ibid, Jilid 8, hlm. 315. 42 Muqadimah al-Burhan, hlm. 21. 43 Uyunu Akhbari ar-Ridha, Jilid 2, hlm. 236.

16

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

masuk

ke

dalam

neraka

orang

yang

mengenalinya

walaupun

ia

mengingkariku. 44 Ini bererti untuk masuk ke syurga seseorang itu tidak perlu terikat kepada syariat asalkan ia telah mencintai Ali dan Imam-Imam sesudahnya dan untuk menghindarkan diri dari neraka tidak perlulah seseorang itu meninggalkan maksiat asalkan ia telah mengenali dan menerima Imam dua belas. Setelah itu bebaslah ia melakukan apa sahaja yang dikehendakinya kerana Allah akan mengampunkan mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam Syurga. 3.2 Golongan Syiah juga tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana mereka ada meriwayatkan daripada Jaafar as-Sadiq bahawa beliau berkata : Sesungguhnya Allah menghindarkan azab dan kebinasaan daripada orang yang tidak bersembahyang dari kalangan kita dengan orang yang bersembahyang daripada Syiah kita. Dan sesungguhnya Allah

menghindarkan (azab dan siksaan) daripada Syiah yang tidak mengeluarkan zakat dengan Syiah kita yang mengeluarkan zakat dan sesungguhnya Allah menolak azab dan siksaan daripada Syiah kita yang tidak mengerjakan haji dengan Syiah kita yang mengerjakannya.
45

. Mereka tidak memandang berat

kepada sembahyang, zakat dan haji kerana dengan adanya segolongan daripada orang yang mengerjakan sembahyang dan menunaikan haji sudah mencukupi. Tetapi di sebalik pandangan sepi mereka terhadap ajaran dan syariat yang ditekankan dan digalakkan oleh Rasulullah S.A.W., mereka mengadakan syariat yang lain sebagai gantinya. Mereka menggalakan supaya

mengerjakannya dan diperbanyakkan pula fadhilat dan keutamaan orang yang mengerjakannya iaitu syariat cintakan ahlulbait, ziarah kubur para Imam, menangisi dan meratapi kematian mereka, menyebarluaskan perhubungan seks yang bebas atas nama kahwin mutah, mewajibkan khumus atas nama Imam mereka yang ghaib, mengutamakan tanah Karbala berbanding dengan

44 45

Muqaddimah al-Burhan, hlm. 23 dan Kitab al-Khisal al-Qummi, jilid 2, hlm. 583. Tafsir al-Qummi, jilid 1 hlm. 83 dan 84 Tafsir al-Ayyasyi, jilid 1, hlm. 135.

17

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

tanah Mekah dan Madinah, menambah ucapan Syahadah dalam azan dan lain-lain lagi. 3.3 Untuk membuktikan syariat yang diada-adakan oleh mereka itu, mereka mengemukakan riwayat-riwayat (yang direka oleh mereka) dan mentakwilkan ayat-ayat sebagai alasan dari pihak syarak atau sebagai surat-surat pengampunan dan keredhaan dari pihak Allah dan Nabi untuk masuk syurga. 3.3.1 Allah.46 3.3.2 Mereka meriwayatkan juga bahawa Nabi ada bersabda : Seseorang Mereka umpamanya meriwayatkan bahawa menziarahi Husain A.S.

(kuburnya) menyamai seratus haji Mabrur dan seratus haji umrah yang diterima

yang menziarahi Husain selepas kematiannya pastilah dia mendapat syurga. 3.3.3 Untuk mendapat syurga, seseorang yang tidak mampu menziarahi

kubur Saiyidina Husein, cukuplah ia menangisi kesyahidan beliau sebagaimana yang diriwayatkan daripada Muhamad al-Baqir bahawa beliau berkata tidak jatuh setitik air mata kerana menagisi al-Husain melainkan pasti Allah akan mengampunkan dosa seseorang itu walaupun banyaknya dosa itu seperti buihbuih di laut dan pastilah dia mendapat syurga. 47 3.3.4 Begitu juga mereka meriwayatkan seseorang yang menangisi Ali ar-

Ridha (Imam Maasum yang kelapan) pasti akan diharamkan Allah neraka ke atasnya. Ali ar-Ridha berkata ; Tiada seseorang Mukmin pun yang menziarahi kuburku dan mukanya dibasahi setitik air mata melainkan Allah akan mengharamkan tubuhnya atas neraka. 48 3.3.5 Mereka meriwayatkan dari Imam Musa al-Kazim, (Imam Maasum yang ketujuh) bahawa beliau berkata : Sesiapa yang menziarahi kubur anakku Ali pahalanya di sisi Allah menyamai pahala tujuh puluh haji mabrur. Aku berkata (kata perawi) : Tujuh puluh haji? Dia berkata: 70,000 haji. Kemudian dia berkata : Alangkah banyak haji yang tidak diterima! Dan sesiapa yang
46 47

Al-Irsyad-Syeikh Mufid, hlm. 252. Jila-u al-Uyun- al-Majlisi, jilid 2, hlm. 464 468. 48 Uyun Akhbari ar-Ridha, jilid 2, hlm. 227.

18

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

menziarahinya (Ali) lalu bermalam dikuburnya, dia seperti menziarahi Allah di arasyNya. (Kata perawi) : Seperti menziarahi Allah di arasy-Nya? Dia menjawab : Ya. 49 3.4 Islam mengadakan institusi perkahwinan demi menjaga keturunan manusia dan kemurniaan hidup berkeluarga dalam satu ikatan tanggungjawab tetapi sebaliknya Syiah mahu menghidupkan amalan jahiliah atas nama Islam dengan mengemukakan syariah mutah, meminjam dan menyewakan seks dan menghalalkan amalan kaum Luth dengan isteri-isteri mereka. Kedudukan mutah ini begitu penting dalam syariah Syiah . Seseorang itu tidak dianggap sebahagian dari mereka selagi ia tidak menganggap halal amalan mutah. 3.4.1 Al-Kulaini meriwayatkan dari Jaafar bin Muhamad al-Baqir bahawa

beliau berkata Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai rajah (kebangkitan semula kami para Imam sebelum kiamat untuk menghukum orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mutah kita. 50 Untuk menggalakkan amalan Mutah ini mereka mengadakan sekian banyak hadits palsu atas nama para Imam mereka yang dua belas dan Nabi S.A.W. sendiri di mana mereka meriwayatkan dari Nabi, bahawa Baginda bersabda : Sesiapa yang keluar dari dunia (mati) dalam keadaan tidak pernah melakukan mutah, ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan rompong. Ketika Nabi s.a.w miraj ke langit Baginda telah ditemui oleh Jibril, lalu berkata: Wahai Muhammad, Allah Tabarakawataala berkata : Sesungguhnya Aku telah mengampunkan orang yang melakukan mutah dengan perempuan dari kalangan umatmu.
51

(lihat lampiran no. 5)

49 50

Ibid, jilid 2, hlm. 259. Man La Yahdhuru al-Faqih, jilid 3, hlm. 458, Muntaha al-Amal-Syeikh Abbas al-Qummi, jilid 2, hlm. 341. 51 Manla Yadhuruhu al-Faqih, jilid 3, hlm. 463.

19

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

3.4.2 Perkahwinan Mutah tidak memerlukan kepada saksi, wali dan perisytiharan. 52 (lihat lampiran no. 6) Ini boleh dilakukan di antara seorang perempuan dan seorang lelaki di manamana sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi dan dengan perempuan pelacur sekalipun seperti kata Khomeini di dalam kitabnya53 Tidak perlu disoal dan diambil tahu samada perempuan itu mempunyai suami atau tidak. 54 At-Thusi meriwayatkan dari Fadhal Maula Ahmad bin Rasyad bahawa dia menceritakan kepada Jaafar as-Sadiq A.S. : Bahawa aku telah berkahwin dengan seorang perempuan secara mutah setelah itu timbul dalam hatiku bahawa perempuan itu mempunyai suami. Tiba-tiba aku dapati memang benar dia mempunyai suami. Dia (Jaafar) berkata : Kenapa kamu selidiki?55 Pernah Abdullah bin Umair al-Laisi menemui Abu Jaafar (Muhammad alBaqir). Lalu Abdullah berkata kepadanya: Apa pendapatmu tentang mutah? Beliau berkata: Allah telah menghalalkan dalam kitab-Nya dan melalui Nabi. Ia adalah halal sampai hari kiamat. Lalu Abdullah bin Umair al-Laisi berkata : Wahai Abu Jaafar, adakah orang sepertimu berkata begini sedangkan Umar mengharamkan dan melarang daripada melakukannya? Berkata Abu Jaafar : Walaupun Umar mengharamkannya dan melarang daripadanya! Abdullah bin Umair berkata : Aku minta supaya engkau dilindungi Allah daripada menghalalkan sesuatu yang diharamkan Umar. Abdullah bin Umair berkata, maka Abu Jaafar berkata kepadanya : Engkau berada di atas pendapat ikutanmu dan aku berada di atas keputusan Rasulullah. Mari kita saling memohon kepada Tuhan supaya dilaknatkan (orang yang tidak benar di antara kita). Aku yakin yang benar apa yang diputuskan oleh Rasulullah dan yang salah apa yang diputuskan oleh ikutanmu. Berkata perawi, Abdullah bin Umair pun mengadap Abu Jaafar seraya berkata : Adakah engkau suka isteriisterimu, anak-anak perempuanmu saudara-saudara perempuan dan sepupu52 53

Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal 254, an-Nihayah, hlm. 489. Tahrir al-Wasilah, jilid 2, hlm. 292 . 54 An-Nihayah at-Thusi hal: at-Thusi, hlm. 489, Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 253. 55 Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 253.

21

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

sepupu perempuan dilakukan mutah? Berkata perawi, maka berpalinglah Abu Jaafar daripada Abdullah bin Umair ketika ia menyebutkan isteri-isterinya dan sepupu-sepupu perempuannya. 56 3.4.3 Abu Jaafar telah ditanya tentang sekurang-kurang umur perempuan

yang boleh dilakukan Mutah. Beliau menjawab, iaitu kanak-kanak yang tidak tertipu. Berkata perawi, aku pun berkata : Semoga Allah mendamaikan engkau. Berapakah minima umur perempuan yang tidak tertipu. Beliau menjawab : Sepuluh tahun. 57 Al-Hulli dalam kitab fiqahnya yang bernama Syaraain al-Islam tidak berhak membantah, samada ia masih dara atau janda. 3.4.4 Perempuan boleh dikahwini secara mutah mengikut Syiah tanpa had.
58

Seseorang

gadis cerdik yang sudah baligh boleh mengakadkan mutahnya sendiri. Walinya

Ia tidak terbatas sampai empat orang sahaja, tetapi mengikut apa yang mereka riwayatkan dari Jaafar as-Sadiq beliau ada berkata : Berkahwinlah dengan mereka secara mutah walaupun sampai seribu orang kerana mereka itu termasuk di antara perempuan yang disewakan. 3.4.5 tamar.60 3.4.6 Berkenaan dengan jangkamasa mutah itu boleh dilakukan dapat kita
59

Mas kahwin untuk nikah mutah pula tidak terlalu besar, hanya

memadai dengan segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah

ketahui dari riwayat yang dikemukakan oleh mereka dari Abu Hasan Ali bin Muhamad al-Jawad bahawa beliau pernah ditanya : Berapa lamakah sekurang-kurangnya tempoh mutah itu boleh dilakukan? Adakah harus seseorang melakukannya dengan syarat sekali persetubuhan? Beliau

56 57

Al-Furu Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 449; Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 251. Al-Istibsar, jilid 3, hlm.145, Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 225, al-FuruMin al-Kafi, jilid 5, hlm. 463. 58 jilid 2 hlm. 186. 59 Al-Istibar jilid 3 hlm. 147;Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 259. 60 Al-Furu Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 457; Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 259.

21

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

menjawab : Ya, tidak mengapa tetapi bila selesai hendaklah memalingkan mukanya dan tidak memandang lagi (kepada perempuan itu). 61 3.4.7 Selain dari itu, seseorang lelaki boleh berkahwin secara Mutah dengan

seorang perempuan beberapa kali sebagaimana yang diriwayatkan dari Jaafar as-Sadiq bahawa beliau berkata : Tidak mengapa, seseorang boleh melakukan mutah dengan seseorang perempuan seberapa banyak kali yang dikehendakinya. 62 3.4.8 Bahkan lebih dari itu golongan Syiah berpendapat harus menyewakan

faraj dan menghadiahkan kepada sahabat handai. At-Thusi meriwayatkan dari Abu Hasan bahawa dia berkata : Aku bertanya Abi Abdillah A.S. tentang peminjaman faraj. Dia menjawab : Tidak mengapa. 63 Dengan pembohongan dan pendustaan yang sedemikian itu pada hakikatnya Syiah mahu membuka pintu pelacuran dan perhubungan seks secara bebas tanpa sebarang sekatan dengan seluas-luasnya. 3.4.9 Lebih dari itu lagi golongan Syiah mengharuskan seseorang

mengamalkan amalan kaum Luth dengan isterinya atas nama Ahlil Bait. AlKhulaili meriwayatkan dari al-Ridha bahawa beliau ditanya oleh Safuan bin Yahya : Salah seorang hamba bebasanmu menyuruh aku bertanya engkau. Al-Ridha berkata: Apa pertanyaan itu? Aku berkata : Bolehkah seseorang mendatangi isterinya pada duburnya? Al-Ridha menjawab : Itu haknya. Berkata Safuan : Maka aku pun bertanya dia : Adakah engkau melakukannya? Ar-Ridha menjawab : Kami tidak melakukannya.64 Diriwayatkan juga dari Abu Hasan ar-Ridha (Imam Masum yang kelapan) satu riwayat yang lebih jelas dan lebih jelik daripada riwayat di atas, kerana at-Thusi meriwayatkan bahawa beliau (al-Ridha) ditanya oleh seseorang lelaki tentang seorang yang mendatangi isterinya dari belakang (pada dubur). Al-Ridha

61 62

Al-Furu Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 460, al-Istibar jilid 3, hlm. 151. Al-Furu Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 460 . 63 Al-Istibsr, jilid 3, hlm. 141. 64 Al-Furu Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 40, al-Istibsar, hlm. 243 244.

22

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

menjawab : Satu ayat dalam kitab Allah telah menghalalkannya, iaitu kata-kata Nabi Luth A.S. yang dihikayatkan oleh Allah;
65

Maksudnya: Luth berkata : Wahai kaumku! Ini anak-anak perempuanku lebih suci untuk kamu. Sedangkan Nabi Luth sudah maklum bahawa mereka tidak menghendaki faraj. Sebagaimana mereka meriwayatkan dari Jaafar as-Sadiq melalui Abdullah bin Abi Yaafur bahawa beliau berkata : Aku bertanya Abu Abdullah (Jaafar asSadiq) tentang seorang yang mendatangi isteri pada duburnya. Dia berkata : Tidak mengapa jika isterinya suka. Aku pun berkata di mana firman Allah yang berbunyi:


Maksudnya : Datangilah mereka itu ditempat yang diperintahkan Allah kepadamu.Lalu Jaafar bin as-Sadiq menjawab: Tempat itu untuk mencari anak. 66 4.0 BAHAYA KEPADA AKHLAK 4.1. 4.1.1 Kebiadaban dan penghinaan Kebiadaban dan Penghinaan terhadap Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.

Orang-orang Syiah dan orang-orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman Syiah pasti akan bersifat biadap terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul.

65 66

Al-Quran, Surah Hud: 78. Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 414, al-Istibsar jilid 3, hlm. 243

23

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

Maulla Baqir al-Majlisi meriwayatkan secara dusta dalam kitabnya Biharu alAnwar daripada Nabi S.A.W. bahawa Nabi s.a.w berkata kepada Ali : Wahai Ali! Engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku, Fatimah isterimu, sedangkan aku tidak mempunyai isteri yang seumpamanya. Daripadanya engkau memperolehi dua orang anak lelaki yang mana tidak ada bagiku dua orang anak laki-laki seumpamanya. Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan aku tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpamanya. Aku sendiri bapa mertuamu. Sedangkan aku tidak mempunyai saudara seumpama Jaafar. Fatimah al-Hasyimiah adalah ibumu, dimana akanku dapat ibu seumpamanya.
67

Al-Kulaini menyebutkan bahawa darjat Imamah adalah lebih tinggi dari darjat kenabian, kerasulan dan khullah. Untuk maksud itu dia (Kulaini) telah berdusta atas nama Jaafar as-Sadiq, bahawa beliau berkata : Sesungguhnya Allah menjadikan Ibrahim sebagai hamba sebelum menjadikannya sebagai nabi dan menjadikannya sebagai nabi sebelum menjadikannya sebagai rasul dan sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai khalil sebelum menjadikannya sebagai Imam. 68 Al-Kulaini meriwayatkan lagi daripada Saif at-Tammar bahawa beliau berkata : Kami pernah bersama Abi Abdillah A.S. dalam satu kumpulan di Hijir Ismail, maka Abu Abdullah berkata : Adakah mata-mata gelap mengikut kita? Kami pun berpaling ke kanan dan ke kiri, tidak kelihatan kepada kami sesiapapun. Maka beliau pun berkata : Demi Tuhan Kaabah! Demi Tuhan binaan ini! (3 kali) Kiranya aku berada di antara Musa dan Khaidir A.S. tentu aku menceritakan kepada mereka berdua bahawa aku lebih alim daripada mereka berdua dan tentu aku akan menyatakan kepada mereka berdua apa yang tidak diketahui oleh mereka sesungguhnya mereka telah dikurniakan ilmu tentang masa lampau. Untuk mereka berdua tidak dikurniakan ilmu tentang apa yang akan terjadi dan apa yang berlaku sampai hari qiamat. 69

67 68

Kitab Biharu al-Anwar Kitabu asy-Syahadah, jilid 5, hlm. 511. Kitabu al-Hujjah Min al-Kafi, jilid 1, hlm. 175. 69 Usul Kafi, jilid 1, hlm. 261.

24

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

Diriwayatkan juga dari Jaafar as-Sadiq : Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di syurga dan di neraka. Aku mengetahui ilmu tentang zaman silam dan ilmu tentang zaman akan datang. 70 Mereka menganggap bala yang menimpa Nabi Ayub dan Nabi Yunus ditelan ikan sehingga terpaksa terkurung di dalam perut ikan sampai beberapa lama itu, tidak kerana lain melainkan kerana mereka mengingkari Walayah Ali. 4.1.2 Kebiadaban dan Penghinaan Terhadap Isteri-Isteri Nabi S.A.W.
71

Mulla Baqir al-Majlisi mengadakan satu bab yang khusus dalam kitabnya, Hayatu al-Qulub bertajuk Bab Yang Ke 55 pada menyatakan kecelakaan Aisyah dan Hafsah 72. Di dalam bab ini berkali-kali pengarangnya mengatakan Aisyah dan Hafsah sebagai munafik dan kafir. Beliau mengemukakan riwayat yang kononnya muktabar tentang Aisyah dan Hafsahlah yang telah meracuni Nabi sehingga mengakibatkan kewafatan Baginda. Al-Aisyyasyi telah meriwayatkan dengan sanad yang muktabar dari Imam Jaafar Sadiq bahawa Aisyah dan Hafsah telah mensyahidkan Rasulullah S.A.W. dengan meracuni Baginda. Di suatu tempat yang lain didalam kitab yang sama Mulla Baqir al-Majlisi meriwayatkan dari tokoh tafsir Syiah yang terkemuka dari kalangan Mutaqaddimin, iaitu Ali bin Ibrahim al-Qummi bahawa Sayyidina Abu Bakar dan Saidina Umar bersama anak perempuan mereka masing-masing telah mengadakan pakatan untuk membunuh Nabi dengan meracuni Baginda, begini bunyinya, Maka dua munafik lelaki itu dan dua munafik perempuan itu (Aisyah dan Hafsah) telah mengadakan pakatan untuk membunuh Baginda dengan memberikan racun kepada Baginda. 73 4.1.3 Kebiadaban dan Penghinaan Terhadap Sahabat-Sahabat Rasulullah

S.A.W. yang lain.


70 71

Ibid. Tafsir Nurr ats-Tsaqalain jilid 3 hlm. 435. 72 jilid 2, hlm. 610 612. 73 Ibid.

25

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

Golongan

Syiah

mempercayai

bahawa

para

sahabat

telah

murtad

sepeninggalan Rasulullah S.A.W. kecuali tiga atau empat orang dari kalangan mereka. Tidak ada lagi kebiadaban dan penghinaan yang lebih dahsyat dari ini. Al-Kulaini yang dianggap sebagai Bukhari di kalangan Syiah telah

meriwayatkan bahawa para sahabat telah murtad sepeninggalan Nabi kecuali tiga orang daripada mereka, iaitu Miqdad bin Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi. 74 Perkara yang sama telah disebut oleh al-Majlisi yang dianggap sebagai Khatimatu al-Muhadditsin di kalangan Syiah bahawa, maksudnya : Para sahabat semuanya binasa, selepas wafat Rasulullah S.A.W. kecuali tiga orang iaitu Abu Zar, Miqdad dan Salman.
75

. (lihat lampiran 7)

4.2 Di antara ciri yang tidak dapat dipisahkan dari Syiah ialah Taqiyyah. Taqiyyah pada hakikatnya ialah berdusta dan berbohong. Ulamak Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh mereka lantaran jelas mereka mengamalkan pembohongan kerana itu Imam Syafie berkata : Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syiah. 4.2.1 Syiah ada meriwayatkan hadis dari Imam mereka tentang pentingnya

mengamalkan taqiyyah dan tiada agama bagi orang yang tidak mengamalkan taqiyyah. Al-Kulaini meriwayatkan dalam kitabnya al-Kafi bahawa Jaafar asSadiq berkata : Taqiyyah adalah di antara ajaran agamaku dan agama nenek moyangku. Tiada agama bagi orang yang tidak mengamalkan taqqiyyah. (lihat lampiran 8) 4.2.2 amalan Taqqiyyah adalah amalan yang disukai oleh Imam Maksum dan satu yang meninggikan darjat seseorang di sisi Allah. Al-Kulaini
76

meriwayatkan lagi dari Jaafar as-Sadiq bahawa beliau berkata : Demi Allah,
74

Al-Raudhah Min al-Kafi, jilid.8, hlm. 245. Hayatul Al-Qulub, jilid 2, hlm. 640. 76 Al-Kafi, jilid 2, hlm. 223.
75

26

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

tiada sesuatu di atas muka bumi ini yang lebih disukai olehku daripada taqiyyah. 4.2.3 Sesungguhnya seseorang yang mengamalkan taqqiyyah diangkat

darjatnya oleh Allah dan Allah merendahkan darjat orang yang tidak mengamalkannya. Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abi Abdillah beliau berkata : Allah mengangkatkan darjat orang yang mempunyai taqiyyah dan merendahkan orang yang tidak mempunyai taqiyyah. 77 4.2.4 Taqiyyah perlu dilakukan dalam kebanyakan kehidupan beragama

sehingga ia diamalkan dalam sembilan persepuluh kehidupan beragama. AlKulaini meriwayatkan lagi dari Jaafar as-Sadiq beliau berkata : Sesungguhnya sembilan persepuluh agama terletak dalam taqiyyah, Tiada agama bagi orang yang tidak bertaqiyyah. Taqiyyah boleh dilakukan dalam semua hal, kecuali dalam masalah nabiz dan menyapu khuf. 78 4.2.5 Bahkan ajaran agama Syiah sebenarnya ditegakkan di atas taqiyyah. kamu berada di atas agama yang sesiapa

Al-Kulaini meriwayatkan dari Jaafar as-Sadiq bahawa beliau berkata : Sesungguhnya

menyembunyikannya akan dimuliakan Allah dan sesiapa menyebarkannya akan dihina oleh Allah. 79 4.2.6 Taqiyyah adalah sesuatu yang wajib diamalkan oleh seseorang yang

berfahaman Syiah. Akan terkeluar dari Syiah jika tidak mengamalkannya. Diriwayatkan dari Imam kelapan Ali bin Musa bahawa beliau berkata : Tiada agama bagi orang yang warak dan tiada iman bagi orang yang tidak bertaqiyyah. Maka beliau ditanya : Wahai cucunda Rasulullah, sampai bilakah (perlu bertaqiyyah)? Beliau menjawab: Sampai hari tertentu, iaitu munculnya Imam Mahadi. Sesiapa yang tidak mengamalkan taqiyyah sebelum keluar Imam Mahadi, bukanlah ia dari kalangan kami. 80

77 78

Usul Kafi, jilid 2, hlm. 217 Ibid. 79 Ibid,hlm. 222. 80 Kasyful Ghummah al-Ardabili, hlm. 341

27

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

4.2.7

Kadang-kadang orang-orang Syiah berdalih dengan berkata bahawa

taqiyyah itu bukanlah amalan yang bercanggah dengan Islam kerana seseorang boleh mengucapkan kalimah kufur dalam keadaan terpaksa dan dikasari seperti yang berlaku pada Ammar bin Yasir. Tetapi sebenarnya ini hanya dolak dalik mereka kerana terlalu banyak riwayat Syiah yang mengemukakan contoh amalan taqiyyah dalam keadaan tiada sebarang tekanan dan paksaan. Di antaranya adalah riwayat yang

dikemukakan oleh al-Kulaini dari Muhamad bin Muslim bahawa beliau berkata : Aku masuk untuk menemui Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq A.S.). Pada ketika itu disisinya ada Abu Hanifah, lalu aku berkata kepadanya : Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Aku telah bermimpi suatu mimpi yang aneh. Maka beliau pun berkata kepadaku : Wahai Ibnu Muslim, kemukakanlah mimpimu itu. Sekarang ada orang yang arif tentangnya di sini. Sambil dia mengisyaratkan dengan tangan ke arah Abu Hanifah. Aku pun menceritakan : Aku bermimpi aku masuk ke dalam rumahku. Tiba-tiba keluar isteriku dengan membawa banyak buah badam dan dihamburkannya buah badam itu kepadaku. Aku berasa sungguh hairan dengan mimpiku ini. Maka Abu Hanifah pun mentabirkan mimpiku dengan berkata : Engkau akan bertengkar dan berhadapan dengan orang-orang yang bangsat berhubung dengan harta pusaka isterimu, tetapi selepas engkau mengalami susah payah engkau akan mendapat juga hajatmu dari harta pusaka itu, InsyaAllah. Mendengar tabir itu Abu Abdillah (Jaafar as-Sadiq) pun berkata : Demi Allah! Tepat tabirmu itu, wahai Abu Hanifah! Berkata Muhamad bin Muslim : Tak lama kemudian Abu Hanifah pun keluar dari sisinya (Jaafar as-Sadiq), lalu aku berkata kepadanya : Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Aku tak suka kepada tabir nasib ini. Lalu ia berkata: Wahai Ibnu Muslim! Semoga Allah tidak memburukkan padahmu! Tabir mereka tidak akan menepati tabir kita dan tabir kita pula tidak akan menepati tabir mereka, tabir mimpiku yang sebenar bukanlah seperti yang diceritakannya. Muhammad bin Muslim berkata : Aku pun berkata kepadanya (Jaafar asSadiq): Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Bagaimana dengan katamu
28

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

tadi, Tepat tabirmu dan engkau bersumpah pula atas tabirnya padahal dia salah? Beliau berkata : Memang benar aku bersumpah tadi dan mengatakan ia tepat, tetapi tepat salah. 81 Kita semua maklum Abu Hanifah bukannya seorang penguasa dan pemerintah yang perlu digeruni dan ditakuti bahkan dia adalah salah seorang yang tidak disenangi oleh pihak penguasa, tetapi apakah yang mendorong Jaafar asSadiq bersikap demikian jika tidak untuk menghidupkan amalan taqiyyah?. 4.2.8 Khomeini sendiri mengajar Syiah mengamalkan taqiyyah ketika

membicarakan tentang perkara-perkara yang membatalkan solat, katanya : Perkara kedua (yang membatalkan sembahyang) ialah takfir iaitu meletakkan satu tangan di atas tangan yang lain (dakap qiam) seperti yang dilakukan oleh orang-orang bukan dari kalangan kita. Tetapi tidak mengapa melakukannya dalam keadaan taqiyyah. 82 Dia berkata lagi : Dan sengaja mengucapkan amin selepas selesai membaca Fatihah (juga membatalkan sembahyang) kecuali kerana taqiyyah, tidak mengapa mengucapkannya. 83 5.0 BAHAYA KEPADA UMMAH

Kebanyakan orang Islam hari ini terdiri daripada orang-orang yang pengetahuannya tentang Islam terlalu mendatar. Merekalah yang akan menjadi mangsa yang ketara kepada ajaran Syiah kerana mengamalkan amalan yang langsung tidak ada kena mengenanya dengan ajaran Islam yang suci murni. Merekalah yang akan memaki hamun pejuang-pejuang Islam yang lampau terdiri daripada para sahabat, tabiin, tabii at-tabiin yang telah begitu berjasa kepada mereka dan juga kepada umat Islam seluruhnya dengan membawa Islam dengan penuh rasa tanggungjawab, generasi demi generasi sehingga ke hari ini. 5.1. Memecahbelahkan Ummah
81 82

Op.cit, hlm. 292. Tahriru al-Wasilah, jilid 1, hlm. 186. 83 Ibid, hlm.190.

29

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

5.1.1

Kehadiran

Syiah

akan

memecahbelahkan

umat

Islam

kerana

menganggap golongan Ahli Sunnah yang berpegang dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah sebagai kafir dan lebih dahsyat kekufurannya daripada iblis. Syeikh Mufid berkata : Golongan Imamiah sepakat bahawa semua pendokong-pendokong bidaah adalah kafir. 84 Ibnu Babwaih al-Qummi yang dianggap sebagai Syeikh Shaduq (Syeikh yang sangat benar) berkata : Orang yang tidak menerima (tidak mempercayai) Imam Ghaib adalah lebih kafir dari iblis. 85 5.1.2 Ahli Sunnah khususnya dan semua masyarakat Islam pada pandangan

Syiah adalah anak zina kecuali mereka. Al-Kulaini meriwayatkan dalam al-Kafi bahawa manusia semuanya adalah anak zina kecuali Syiah kita. 86 Riwayat yang sama dikemukakan juga oleh al-Majlisi di dalam al-Baiharu AlAnwar87. 5.1.3 Ahli Sunnah lebih hina dari anjing di sisi Syiah. Mulla Baqir al-Majlisi

menulis : Mereka (Nashibi atau ahli Sunnah) lebih jelik dari anak zina, sesungguhnya Allah tidak mencipta binatang yang lebih hina dari anjing tetapi Nashibi adalah lebih hina daripadanya lagi. 88 5.1.4 Golongan Syiah menganggap harta ahli Sunnah adalah halal, boleh

dicuri dan boleh dirampas. Mereka hanya perlu mengeluarkan khumus daripada harta Ahli Sunnah yang dirampas itu. At-Thusi meriwayatkan dari Abi Abdillah, kata beliau : Ambillah harta Nashibi di mana sahaja kamu temui dan keluarkanlah 1/5 daripada harta yang diambil itu kepada kami.
89

84 85

Awaailu al-Maqalat, hlm. 15 Ikmalu ad-Din, hlm. 13. 86 Ar-Raudhah min al-Kafi, hlm. 135. 87 Jilid 24 hlm. 311. 88 Haqqu al-Yaqin, jilid 2, hlm. 536. 89 Tahzibu al-Ahkam, jilid 4, hlm. 122-123.

31

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

Tokoh-tokoh Syiah juga berpendapat bahawa harta Nashibi dan segala sesuatu yang dimilikinya adalah halal. 90 Perkara yang sama disebutkan juga oleh al-Hurrru al-Amili dalam kitabnya 91 5.1.5 Golongan Syiah juga menganggap Ahli Sunnah najis. Khomeini

berkata, Adapun Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij (semoga mereka dilaknat oleh Allah) adalah najis dan ini tidak terhenti kepada penafian mereka terhadap risalah. 92 5.1.6 Sembelihan Ahli Sunnah tidak halal di sisi Syiah seperti kata Khomeini

: Halal sembelihan semua golongan-golongan dalam Islam kecuali sembelihan Nashibi walapun ia menyatakan Islamnya. 93 Tidakkah ajaran-ajaran yang seperti ini akan memecahbelahkan umat Islam? Tidakkah fahaman-fahaman yang seperti ini akan menimbulkan permusuhan, suasana benci membenci dan menyimpan dendam kesumat yang

berpanjangan di antara satu dengan yang lain? Tentu sekali! Inilah yang akan merupakan natijah dari kehadiran ajaran Syiah ke dalam masyarakat umat Islam. (Di antara perkara yang menambah kebencian terhadap Ahlus Sunnah ialah menganggap sahabat-sahabat adalah perampas hak ahlul bait dan musuh mereka. Begitu juga dengan pengikutpengikut sahabat R.A. Memperbesarkan upacara mengingati kematian imamimam mereka yang dianggap dizalimi oleh pemimpin-pemimpin dari kalangan ahlus sunnah adalah untuk memperbaharui kebencian terhadap ahlus sunnah). 5.2 Mempercayai perkara-perkara bidaah, khurafat, tahyul serta

mengamalkannya.

90 91

Tahzibu Al-Ahkam, jilid 2, hlm. 48. Wasailu as-Syiah, jilid 6, hlm. 340. 92 Tahriru al-Wasilah, jilid 1, hlm. 118. 93 Ibid, jilid.2, hlm. 146.

31

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

5.2.1 Golongan

Syiah

menganggap

Kufah

adalah

tanah

haram.

Bersembahyang dan berbuat kebajikan padanya pasti mendatangkan pahala yang besar. Mereka meriwayatkan dari Abi Abdillah A.S. bahawa beliau berkata : Sesungguhnya Mekah adalah Tanah Haram Allah dan Madinah adalah Tanah Haram Muhammad dan Kufah adalah tanah Haram Ali A.S. Sesungguhnya Ali A.S. mengharamkan di Kufah apa yang diharamkan oleh Ibrahim di Mekah dan apa yang diharamkan oleh Muhammad di Madinah. 94 Diriwayatkan dari Abi Abdillah bahawa beliau berkata : Membelanjakan satu dirham di Kufah sama dengan membelanjakan 100 dirham di tempat lain dan mengerjakan dua rakaat sembahyang padanya dikira sama dengan mengerjakan 100 rakaat di tempat lain. 95 5.2.2 Tanah Karbala dianggap sebagai tanah yang suci. Tanahnya juga

digunakan oleh orang-orang Syiah sebagai tempat sujud dimana-mana sahaja di dunia ini. Jarang sekali ditemui rumah Syiah yang tidak mempunyai tanah Karbala di dalam berbagai-bagai bentuknya. Mereka juga menganggap tanah Karbala itu boleh dimakan sebagai penawar yang boleh menghilangkan berbagai-bagai jenis penyakit. Keutamaan yang seperti ini tidak dipercayai ada pada tanah-tanah yang lain termasuklah tanah kubur Rasulullah S.A.W. dan para Imam. Khomeini berkata : Dikecualikan daripada tanah (yang haram dimakan) tanah kubur penghulu kita Abi Abdillah al-Husain A.S. sebagai ubat dan tidak harus dimakan tanah ini dengan tanah lain dan tidak boleh juga dimakan lebih dari kadar kacang putih yang sederhana, tidak termasuk didalam hukum boleh memakan tanah ini, tanah kubur orang lain walaupun tanah kubur Nabi S.A.W. dan tanah kubur para Imam A.S. yang lain. 96

94

Syeikh Abbas al-Qummi- Safinatu al-Bihar jilid 2, hlm. 498 dan Mulla Mohsein al-Kasyani-al-Wafi, jilid 8, hlm. 215. 95 Ibid. 96 Tahriru al-Wasilah, jilid 2, hlm. 164.

32

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

5.2.3

Golongan Syiah juga merayakan hari-hari besar orang-orang Majusi

dan menganggap sunat mandi pada hari itu. Khomeini berkata : Di antaranya (di antara mandi-mandi yang disunatkan itu) ialah mandi dua Hari Raya dan di antaranya lagi ialah mandi pada hari Nauruz.97 5.2.3 Mereka juga mengadakan hari perkabungan kerana kesyahidan

Sayyidina Hussain di Karbala pada 10hb. Muharram di mana mereka melakukan bermacam-macam bidaah, khurafat dan kekufuran. 5.3 Keganasan Akan Berlaku Di kalangan Ummah. 5.3.1 Syiah menganggap orang-orang Islam dari kalangan Ahli Sunnah halal

darahnya dan harus dibunuh terutama dengan cara yang tidak diketahui oleh sesiapapun. Diriwayatkan dari Daud bin Farqad katanya : Aku berkata kepada Abi Abdillah A.S. apa katamu tentang membunuh Nashibi? Beliau berkata: Halal darahnya tetapi aku bimbangkan dirimu. Sekiranya engkau boleh merobohkan dinding ke atasnya atau engkau menenggelamkannya ke dalam air supaya tiada sesiapapun menyaksikan pembunuhan itu maka lakukanlah.
98

At-Thusi mengemukakan satu cerita yang mengisahkan Abu al-Buhair telah membunuh 13 orang Islam kemudian datang bertemu Jaafar as-Sadiq dan menceritakan kepadanya cara-cara pembunuhannya namun Jaafar as-Sadiq tidak menyalahkannya. Abu Buhair menceritakan : Di antara mereka ada yang aku naik ke atas rumahnya dengan menggunakan tangga kemudian membunuhnya. Ada juga di antara mereka yang aku panggil di muka pintunya pada waktu malam, apabila ia keluar aku terus membunuhnya. Ada juga antara mereka yang aku temaninya di dalam perjalanan bila sampai di tempat yang

97 98

Tahriru al-Wasilah, jilid 1, hlm. 98-99. Ibn Babwaith Ilalu as-Syara, hlm. 200, Wasailu as-Syiah, jilid 18, hlm. 163, Biharu al-Anwar, jilid 27, hlm. 231.

33

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

sunyi aku membunuhnya. Pembunuhan mereka itu tidak diketahui oleh sesiapa pun. 99 5.3.2 Sifat Imam Mahdi yang ditunggu oleh Syiah begitu ganas dan kejam

sehingga kerjanya tidak lain selain dari membunuh dan menyembelih manusia, terutama bangsa Arab dan kalangan Ahli Sunnah. Mereka menyatakan apabila muncul Imam Mahadi nanti orang-orang Syiah akan menghadapkan setiap nasibi di hadapan Imam Mahadi. Jika Nasibi itu mengakui Islam iaitu walayah, maka ia dibebaskan, jika tidak akan dipenggal lehernya atau ia bersedia membayar jizyah sebagai ahli Zimmi. 100 Mereka mengatakan lagi bahawa pada ketika kemunculan Imam Mahadi nanti tiada layanan yang lain diberikan kepada orang Arab selain menyembelih mereka.101 5.3.3 Imam Mahadi yang dinantikan kemunculannya itu yang mengikut

kepercayaan ahli Sunnah akan memenuhi bumi dengan keadilan, setelah ianya dipenuhi dengan kezaliman, dianggap oleh Syiah sebagai orang yang akan merobohkan Kaabah dan akan memotong tangan dan kaki penjaga Tanah Haram. Syeikh Mufid menyebutnya bahawa : Apabila Imam Mahadi muncul dia akan merobohkan Masjidil Haram dan memotong tangan Bani Syaibah kemudian menggantungkannya di Kaabah serta ditulis kepadanya : Mereka inilah pencuri-pencuri Kaabah. 102 5.4 Memusnahkan Imej Islam. 5.4.1 Islam yang suci murni dengan ajaran tauhidnya akan tercemar dengan

kepercayaan syirik yang dibawa oleh Syiah atas nama satu golongan dari Islam, seperti yang telah kita kemukakan sebelum ini.

99

Rijal Kasyi, hlm. 343. Biharu al-Anwar, jilid 52, hlm. 373, Tafsir Furat bin Ibrahim, hlm. 100. 101 Kitab al-Ghaibah, hlm. 155, Biharu al-Anwar, jilid 52, hlm. 349. 102 Al-Irsyad, hlm. 411, at-Thusi- Kitabu al-Ghaibah, hlm. 282.
100

34

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

5.4.2

Dengan mengamalkan upacara-upacara seperti pada 10 Muharram

yang sungguh memalukan setiap orang Islam, perbuatan-perbuatan yang ditunjukkan oleh golongan Syiah di awal bulan Muharram dan kemuncaknya pada 10 Muharram itu, tidak ada bezanya bagi orang-orang bukan Islam dengan upacara-upacara keugamaan Hindu seperti Thaipusam dan Kawadi atau upacara-upacara yang dilakukan oleh orang-orang jakun di Afrika. 5.4.3 Setiap orang Islam merasa sedih diatas kesyahidan Sayyidina Umar di

tangan Abu Luluah yang beragama Majusi itu tetapi Syiah yang mendakwa dirinya Islam suka hati dengan tragedi itu bahkan mereka merayakan hari berlakunya tragedi pembunuhan ke atas Sayyidina Umar. Mereka gelarkan Abu Luluah dengan Baba Syujauddin sebagai menghargai keberaniannya. Ali bin Mudzahir al-Wasiti meriwayatkan dari Ahmad bin Ishaq (seorang tokoh Syiah di Qom dan dianggap telah mendapat kehormatan yang besar kerana bertemu dengan Imam Mahadi dan merupakan orang yang rapat dengan Imam Hassan al-Askari, Imam kesebelas Syiah) bahawa dia berkata : Hari Kebangsaan, Hari Penghormatan, Hari Kelepasan Besar, Hari Berkat dan Hari Hiburan. Sungguh ganjil ugama Islam yang dianuti oleh Syiah kerana kematian pejuang Islam disambut dengan keseronokan dan perayaan seperti yang dilakukan oleh orang-orang Majusi. 5.5 Hilangnya keyakinan Ajaran Syiah juga akhirnya akan mengakibatkan hilangnya keyakinan umat kepada agama itu sendiri apabila agama yang benar sudah tidak dipercayai lagi kerana pembawa-pembawanya yang sudah dianggap sebagai perosak, pengkhianat dan perampas hak Ali dan Ahlul Bait selain dari orang yang bertanggungjawab mengubah kandungan al-Quran dan memalsukan hadithhadith. Sementara ajaran Syiah yang dianuti ini pula akan membingungkan mereka lantaran penuh dengan kekarutan dan khurafat yang tidak mungkin dapat diterima oleh orang-orang yang mempunyai akal yang waras. Pada ketika itu

35

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

mereka akan menganggap agama tidak lebih dari candu seperti yang dipercayai oleh orang-orang komunis.

6.0

BAHAYA KEPADA NEGARA 6.1 Bahayanya kepada negara dapat dilihat bagaimana perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam di zaman permulaan Islam hasil fitnah yang dicetuskan oleh mereka. 6.1.1Gerakan Ibn Saba yang mencetuskan huru-hara di dalam khilafah Islam di zaman Sayyidina Uthman. 6.1.2 Peperangan saudara yang dicetuskan oleh mereka di dalam peperangan Jamal (yang pertama seumpamanya di dalam sejarah Islam), peperangan Siffin dan sebagainya. 6.2 Mereka merupakan tangan-tangan yang memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang lalu dengan menyokong atau membuka jalan kepada musuh-musuh Islam. 6.2.1 Nasiruddin at-Thusi (W 627 H), Ibn al-Alqami dan penasihatnya Ibn Abil Hadid telah merancang pembunuhan umat Islam secara beramai-ramai yang sungguh mengerikan dengan membuka jalan kepada Hulaku Khan pada tahun 656 H untuk menyerang Baghdad, ibu negara Islam pada masa itu.
103

Walaupun Nasiruddin at-Thusi ini dianggap sebagai seorang yang kejam oleh sejarawan-sejarawan Islam namun Khomeini sebaliknya menyanjung tinggi Nasiruddin at-Thusi ini dan orang-orang yang seumpamanya dengan mengatakan mereka telah memberi sumbangan yang besar kepada Islam. 6.2.2
104

Negara Syiah akan bertindak kejam terhadap umat Islam dari kalangan

ahli Sunnah umumnya dan golongan ulamak mereka khususnya. Syah


103

Syiah al-Muntaqa, Muhibbudin al-Khatib, hlm. 20, Ibn Qayyim, jilid 2, hlm. 263, al-Bahfan alHidayah wa an-Nihayah, jilid 3, hlm. 200-266. 104 Al-Hukumah al-Islamiah, hlm. 128.

36

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

Waliyullah misalnya telah direnggangkan pergelangan tangannya semata-mata kerana beliau mengarang sebuah kitab yang bernama Izalatu al-Khafa untuk menghilangkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Syiah tentang Khilafah para Khulafa ar-Rasyidin. Hukuman terhadap Syah Waliyullah ini dijatuhkan oleh seorang pemimpin Syiah yang menguasai Delhi iaitu Najaf Ali Khan pada tahun 1175H. 6.3 Peranan Syiah di dalam menjatuhkan sesebuah negara tidak boleh dipandang kecil kerana negara Iran yang dahulunya merupakan sebuah negara yang dikuasai oleh Ahli Sunnah dan telah melahirkan begitu ramai tokoh-tokoh dan ulama-ulama Islam di dalam berbagai-bagai bidang ilmu agama seperti Imam Tirmidhi, Imam Abu Dawud, Imam Razi dan lain-lain lagi, tetapi apabila agama Islam lemah kerana pengetahuan penganutpenganutnya tidak mendalam lagi, sementara pengaruh kebendaan dan dunia pula kuat, maka mereka telah dapat dikuasai oleh Syiah dengan mengemukakan hujjah-hujjah yang berupa ilmiah sehingga akhirnya Iran telah bertukar menjadi negara Syiah. Begitu juga Mesir yang di suatu masa dahulu merupakan negara ahli Sunnah tetapi kemudian ia bertukar tangan menjadi Syiah. Walaupun Syiah itu bukan Syiah Imamiyyah tetapi Syiah Fatimiyyah namun tidak kurang juga dahsyat dan bahayanya dari Imamiyyah Itsna Asyariyyah. Bagaimana pula agaknya negara kita Malaysia yang rata-rata

pengetahuan penduduknya masih lemah tentang aqidah dan syariah Islam yang dianuti mereka. 6.4 Di zaman-zaman akhir ini pun mereka tetap memainkan peranan dalam mengganggu kelahiran sebuah negara Islam seperti di Afghanistan. 6.5 Sesebuah negara Syiah begitu mudah menjadi pusat kepada kelahiran berbagai-bagai bentuk bidaah, khurafat dan kekarutan amalan. Ini ialah kerana agama mereka dibina diatas asas-asas yang karut.

37

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

6.5.1 Pemimpin-pemimpin Negara Syiah selalunya merupakan pelopor kepada amalan-amalan bidaah. 6.5.2 Orang yang dikatakan mula-mula mengadakan upacara perkabungan terhadap kematian Hussain mengadakan majlis-majlis nyanyian ratapan dengan diiringi muzik, mendirikan kubur-kubur yang besar sebagai tempat kunjungan ialah Maharaja yang zalim Taimurlang (Tamerlane) dan orang-orang seperti Syah Ismail Safawi (907 H) dan sampai sekarang ini pun pemimpinpemimpin mereka menganggap perkara biasa. (Mahnamah al-Marifat Hyderabad, Muharram 1389H). 6.6 Kuasa negara mengikut teori `Walayatul Faqih merupakan kuasa ketuhanan dan mutlak sehingga boleh membatalkan mana-mana ketentuan Syariat. 6.6.1 Walayatul Faqih adalah satu teori baru dalam menegakkan sebuah kerajaan Syiah kerana mengikut Syiah tidak ada sebuah kerajaan Syiah pun yang boleh ditubuhkan atau ditegakkan sebelum kemunculan Imam Mahadi. Setiap negara yang ditegakkan sebelum kemunculan Imam Mahadi adalah tidak sah mengikut Syiah walaupun pembawanya berada di atas jalan yang benar. Al-Kulaini meriwayatkan menerusi Abi Basir dari Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq). Beliau berkata : Setiap orang yang menjulang bendera sebelum kemunculan al-Qaain adalah thaghut yang disembah. 105 Pensyarah kitab al-Kafi Maula Muhamad Salleh al-Mazandarani (W 1080H) di dalam syarahnya terhadap kitab al-Kafi yang dianggap sebagai di antara syarah al-Kafi yang terpilih menulis ; Walaupun orang menjulang itu menyeru kepada kebenaran.106

105 106

Ar-Raudhah min al-Kafi, jilid 12, hlm. 295. Syarah al-Kafi, jilid 12 hlm. 371.

38

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

6.6.2 Walayatul Faqih adalah satu teori penubuhan negara yang dikemukakan oleh Khomeni dengan alasan Naib Imam boleh menggantikan Imam dalam menubuhkan sesebuah negara dan penubuhan itu dianggap sah setelah mereka putus asa pada hakikatnya dengan kemunculan Imam Mahadi yang tidak kunjung datangnya. 107 6.6.3 Kerana itu kita lihat kuasa negara yang tegak di atas Walayatul Faqih adalah mutlak dan bersifat ketuhanan seperti yang dinyatakan oleh Khomeini sendiri dalam sepucuk suratnya yang ditujukan kepada Presiden Republik Iran, Ali Khomeini yang kemudiannya disebarkan oleh sebuah akhbar resmi Iran Kayhan Bil. 182, yang diterbitkan pada 23 Jumadul Ula, 1408H dengan tajuk, Sesungguhnya kerajaan boleh menyepikan masjid-masjid atau merobohkannya dan kerajaan lebih utama dari sembahyang. Dalam surat itu Khomeini menulis : Sesungguhnya kerajaan merupakan cabang dari kekuasaan Rasulullah S.A.W. yang lurus dan di antara hukum-hukum Islam yang utama dan lebih diutamakan daripada semua hukum-hukum cabang termasuk solat, puasa dan haji. Oleh itu harus bagi penguasa-penguasa menyepikan masjid-masjid ketika perlu dan merobohkan masjid. Penguasa juga boleh membatalkan mana-mana hukum Islam walaupun yang berkaitan dengan perkara ibadat atau bukan ibadah jika hukum itu bercanggah atau bertentangan dengan kepentingankepentingan Islam. Penguasa boleh menghentikan ibadah haji yang merupakan kewajipan Islam yang penting apabila maslahah negara Islam menghendaki demikian kerana kerajaan ini adalah kekuasaan Ilahi yang mutlak. 108

107 108

Al-Hukumat al-Islamiah, hlm. 74. Al-Murtadha, hlm. 249.

39

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

7.0 PENUTUP Setelah kita meneliti perbincangan yang lalu, adakah kita dapati sesuatu percanggahan di antara Syiah yang dipropagandakan hari ini dengan Syiah yang dikenali oleh ulama-ulama Islam dahulu sebagai Syiah Ghulat yang telah mereka hukumkan terkeluar dari Islam. Adakah Syiah yang sedemikian ajarannya tidak merbahaya kepada aqidah, syariah, akhlak, ummah dan negara Islam?. Dan adakah Syiah yang fahamannya seperti yang telah kita kemukakan tadi tidak tepat jika dikatakan bahawa sebenarnya mereka adalah satu gerakan musuh Islam yang telah dirancang untuk menghancurkan Islam?. Apalah yang ada lagi pada aqidah, syariah dan nilai akhlak umat Islam seperti yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat Baginda yang mulia setelah ajaran Syiah yang begini dianggap sebagai ajaran Islam?. Tentu sekali tiada lagi yang tinggal dari ajaran Islam yang masih berbaki sesudah itu dan inilah yang dikehendaki oleh mereka. Sesungguhnya para Imam yang terdiri dari anak cucu Rasulullah S.A.W. yang dianggap sebagai Imam oleh Syiah tidak terlibat sama sekali dengan ajaranajaran yang diperkenalkan oleh Syiah kepada dunia atas nama mereka. Malah mereka itu telah pun mengetahui gelagat-gelagat dan jiwa-jiwa orang-orang yang mendakwa sebagai Syiah atau pendokong setia mereka. Nah! Imam Jaafar as-Sadiq sendiri pernah berkata tentang Syiah bahawa : Tidak ada satu pun ayat yang diturunkan oleh Allah tentang golongan munafiqin melainkan kandungan ayat itu pasti ada pada orang yang mendakwa Syiah.109 (lihat lampiran 9).

109

Rijal Kasyi, hlm. 299.

41

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

Oleh itu di dalam menghadapi golongan yang mempunyai fahaman yang seumpama ini semestinya setiap muslim menyatakan pendiriannya seperti pernah dinyatakan oleh Nabi Ibrahim A.S. bahawa : Sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah. Kami engkari (Kekufuranmu) dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah semata-mata .. . 110.

8.0

LAMPIRAN Lampiran 1

An-Naubakhti menyebutkan: : " : : . . : ." As-Sabaiyyah: pengikut Abdullah Ibnu Saba. Dialah orang yang menyatakan celaan terhadap Abu Bakar, Umar, Uthman dan sahabat-sahabat yang lain serta menyatakan berlepas diri daripada mereka. Dia berkata, Sesungguhnya Ali A.S. telah memerintahkan begitu maka Ali A.S. menangkapnya lalu bertanya tentang apa yang diperkatakan olehnya lantas dia mengakuinya. Maka Ali A.S. memerintahkan supaya ia dibunuh. Lalu berteriaklah orang ramai, Wahai Amirul Mukminin, apakah engkau akan membunuh seorang yang menyeru kepada cintakan engkau Ahlul Bait
110

Al-Quran, Surah al-Muntahanah: 4.

41

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

dan kepada berlepas diri dari musuh-musuh engkau? menghantarnya ke Madain.

Maka Ali

A.S.

Sebahagian ahli ilmu dari kalangan pengikut Ali A.S. menyebutkan bahawa Abdullah bin Saba adalah seorang Yahudi lalu dia memeluk Islam dan mengatakan wala terhadap Ali A.S.. Dia juga berpendapat ketika masih lagi di dalam agama Yahudinya tentang Yusa bin Nun (sebagai wasi) selepas Musa A.S. maka dia berkata selepas Islamnya tentang Ali A.S. sama seperti itu. Dialah orang yang mulamula mempopularkan pendapat tentang kefarduan melantik Ali A.S. sebagai imam dan menyatakan berlepas diri terhadap musuh-musuhnya serta mendedahkan kekufurannya. Kerana itu orang yang menyalahi Syiah akan berkata, Sesungguhnya asal Rafidhah adalah daripada Yahudi. Bilamana sampai berita kematian Ali kepada Abdullah ibnu Saba yang ketika itu berada di al-Madain, dia berkata kepada orang yang membawa berita tersebut, Kalau engkau bawakan otaknya (Ali) di dalam tujuh puluh pundi-pundi dan engkau mengemukakan tujuh puluh orang yang adil sebagai saksi maka sesungguhnya kami yakin bahawa dia tidak akan dibunuh, dia tidak akan mati sehinggalah dia dapat menguasai dunia.(FiraqusSyiah ms. 23) Al-Kasyi menukilkan riwayat daripada Imam Jafar al-Sadiq yang berbunyi, : .

Daripada Aban bin Uthman katanya, aku mendengar Abu Abdillah Jaafar al-Sadiq berkata, Semoga Allah melaknat Abdullah bin Saba, sesungguhnya dia mendakwa Rububiyyah (ketuhanan) pada Amirul Mukminin A.S. sedangkan demi Allah, Amirul Mukminin A.S. adalah seorang hamba Allah yang taat. Celakalah ke atas sesiapa yang berdusta atas nama kami. Sesungguhnya ada kaum yang memperkatakan tentang kami apa yang tidak kami perkatakan tentang diri kami sendiri. Kami

42

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

berlepas diri kepada Allah dari mereka, kami berlepas diri kepada Allah dari mereka.111

Lampiran 2 Hafidz Ibnu Hajar menukilkan kata-kata Ibnu Asakir di dalam tarikhnya: " ." Asalnya adalah daripada Yaman, dia adalah seorang Yahudi lalu menyatakan keislaman dan mengelilingi negeri-negeri orang Islam untuk memalingkan mereka daripada ketaatan kepada pemimpin-pemimpin dan memasukkan kejahatan di kalangan mereka, Dia juga memasuki Damsyik untuk tujuan tersebut. 112 Abu al-Muzaffar al-Isfiraini menyebutkan : ."" Sesungguhnya Ibnus Sauda adalah seorang Yahudi dan ia menyembunyikan dirinya dengan Islam. Dia mahu merosakkan agama ke atas orang-orang Islam. 113

Lampiran 3 Daripada Abi Bashir daripada Abu Abdillah A.S. katanya, Tidakkah engkau (Abu Basir) tahu bahawa sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.
111 112

Rijal al-Kasyi, jilid, hlm. 325. Lisanul Mizan, jilid 2, hlm. 39. 113 At-Tabsir fi ad- Din, hlm. 109.

43

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

Lampiran 4 Syeikh Saduq juga mengemukakan satu riwayat di dalam kitab At-Tauhid Bab Tafsir Firman Allah Taala Segala Perkara Akan Binasa Kecuali Wajahnya .

. : : Daripada Abu Abdillah (Jaafar as-Sadiq) berkenaan firman Allah Segala sesuatu akan binasa kecuali wajahNya beliau berkata, Kamilah (wajah Allah itu).
114

Lampiran 5 .) : ( Jafar as-Sadiq A.S. berkata: Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai rajah (kebangkitan semula para Imam sebelum kiamat untuk menghukum orang-orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mutah kita. 115 : ( . : : Jafar as-Sadiq A.S. berkata : Sesungguhnya aku tidak suka seseorang itu mati dalam keadaan masih ada lagi mana-mana sifat (perbuatan) Rasulullah S.A.W. yang masih belum dilakukannya. Maka aku (perawi) bertanya kepadanya : Apakah Rasulullah S.A.W. melakukan mutah? Dia menjawab : Ya!. 116

114 115

At-Tauhid Syeikh Saqud, hlm. 151, Tafsir Maqbul Ahmad. Man Laa Yahdhruhul Faqih, jilid 3, hlm. 458, hadith no. 4583, Syeikh Abbas Al Qummi-Muntaha Al Amal, jilid 2, hlm. 34. 116 Man Laa Yahdhuduruhul Faqih, jilid 3, hlm. 467, hadith no 4615, Wassailu As Syiah, jilid. 14 hlm 442, Qurbul Isnad, hlm. 21.

44

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

: .)

Abdullah bin Sinan telah meriwayatkan dari Jaafar As-Shadiq A.S. katanya : Sesungguhnya Allah Tabaraka wataala telah mengharamkan bentuk minuman yang memabukkan ke atas Syiah kita dan menggantikannya dengan mutah. 117 : : ( : .) : Jafar as-Sadiq A.S. berkata : Sesungguhnya Nabi S.A.W. ketika telah diperjalankan ke langit Baginda berkata, Jibril A.S. telah menemui aku lalu berkata, Wahai Muhammad, Allah Tabaraka waa taala berfirman : Sesungguhnya Aku telah mengampunkan orang yang telah melakukan mutah dengan perempuan dari kalangan umatmu. 118 Lampiran 6 . ( : :

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq) A.S. bahawa disebutkan kepadanya tentang mut'ah adakah ia termasuk daripada empat (isteri)? Beliau menjawab, Kahwinilah daripada mereka seribu pun kerana mereka termasuk perempuan-perempuan yang disewakan. 119 ( : Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abi Jaafar A.S. (Muhammad al-Baqir) berkenaan mut'ah, katanya, ianya bukan termasuk daripada empat (isteri) kerana mereka tidak diceraikan dan tidak mewarisi, mereka hanyalah perempuan sewaan sahaja.120

117

Ibn Bahwaih Al Qummi-Man Laa Yahdhuruhul Faqih, jilid 3, hlm. 467, hadith no 4616, Al Muurru Almili-Wasaailu As Syiah, jilid 14, hlm. 438. 118 Man Laa Yahdhuruhul Faqih, jilid 3, hlm. 464 hadith no 4601, Wasaailu As Syiah, jilid 14 hlm. 442, Biharu Al Anwar, jilid 100, hlm. 306 119 Al-Furu min al-Kafi, jilid 5, hlm. 452, Al Istibshar, jilid 3, hlm. 461, Tahzib al-Ahkam, jilid 7 hlm. 259, Wasaail as-Syiah, jilid 14, hlm. 446 120 Al-Furu min al-Kafi, jilid 5, hlm. 452, hadith no 9954.

45

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

. ( : Al-Kulaini meriwayatkan daripada Zurarah daripada Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq) A.S. katanya, Tidak berlaku mut'ah kecuali dengan dua perkara iaitu tempoh yang telah ditetapkan dan upah (bayaran) yang tertentu.
121

. : ( - - : Al-Kulaini meriwayatkan daripada Muhammad bin Muslim katanya, aku bertanya Aba Abdillah A.S., Berapakah mahar (dia maksudkan pada mut'ah)? Beliau menjawab, Sekadar yang yang diredhai oleh keduanya sehingga tempoh yang ia kehendaki. 122 . : (: : Al-Kulaini meriwayatkan daripada Ahwal katanya : Aku bertanya Aba Abdillah A.S.: Berapakah mahar yang paling rendah untuk perkahwinan mut'ah? Beliau A.S. menjawab : Segenggam gandum.
123

: (: .: Al-Kulaini meriwayatkan daripada Khalaf bin Hammad katanya: Aku menghantar orang kepada Abi al-Hasan A.S. untuk bertanya tentang tempoh paling singkat melakukan mut'ah, adakah harus seseorang melakukan mut'ah dengan syarat sekali (persetubuhan) sahaja? Beliau menjawab, Ya. 124 : ( : : ( : . : :

121 122

Al-Furu min al-Kafi, jilid 5, hlm. 457, hadith no 9967. Al-Furu min al-Kafi, jilid 5, hlm. 459, hadith no 9977. 123 Al-Furu min al-Kafi, jilid 5, hlm. 457, hadith no 9978, Tahzib Al-Ahkam, jilid 7, hlm. 260. 124 Al-Furu min al-Kafi, jilid 5, hlm. 460.

46

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Ismail bin al-Fadhl al-Hasyimi, katanya : Aku bertanya Abu Abdillah A.S. tentang mutah lalu dia berkata : Bertemulah dengan Abdul Malik bin Juraij maka tanyalah dia tentangnya kerana dia mempunyai ilmu tentangnya. Maka aku pun bertemu dengannya lalu dia membacakan kepadaku banyak perkara tentang penghalalan halalnya mutah, di antara apa yang diriwayatkan kepadaku oleh Ibnu Juraij ialah katanya : Tidak ada penentuan waktu dan bilangan yang tertentu dalam mutah, mereka hanyalah seperti hamba sahaja. Seseorang boleh berkahwin dengan mereka (perempuan secara mutah) sebanyak mana yang ia kehendaki. Begitu juga dengan orang yang telah mempunyai empat isteri dia boleh berkahwin dengan mereka mengikut yang ia kehendaki tanpa sebarang wali dan saksi. Bila telah habis tempoh maka berpisahlah mereka tanpa sebarang Talak dan dia hendaklah memberikan kepada perempuan itu sesuatu walaupun sedikit dan iddahnya adalah dua haid dan kalau dia tidak haid maka empat puluh lima hari. Lalu aku bawakan kitab itu kepada Abu Abdillah A.S. lalu aku kemukakan kepadanya maka Ia berkata, Benar ia (Ibnu Juraij) dan dia mengakuinya. Ibnu Uzainah berkata, Zurarah bin Aayun berpendapat demikian dan dia bersumpah bahawa ia adalah benar cuma dia berkata, jikalau perempuan itu datang haid maka (idahnya) adalah satu haid dan jika dia tidak datang haid maka sebulan setengah. 125 Lampiran 7 Mereka mengatakan bahawa imam Ja'far As-Sadiq mejadikan laknat beberapa orang sahabat sebagai wirid selepas sembahyangnya sebagaimana yang dinukilkan oleh Al-Kulaini : () Daripada Husain dan Abi Salamah katanya, "Kami mendengar Abu Abdillah A.S. melaknat selepas setiap sembahyang fardhu empat orang lelaki dan empat orang perempuan iaitu si-fulan,si-fulan,si-fulan dan Mu'awiyah serta ia menyebut nama

125

Al-Furu min al-Kafi,jilid 5, hlm. 453, hadith no 9955.

47

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor

mereka dan si-fulanah,si-fulanah, Hindun dan Ummul Hakam saudara perempuan Mu'awiyah. 126 Yang dimaksudkan dengan "si-fulan" di dalam kitab-kitab Syi'ah adalah yang pertama Abu Bakar R.A., kedua Umar R.A. dan ketiga Uthman R.A. sementara "sifulanah" adalah yang pertama Aisyah R.A. dan kedua Hafsah R.A. Lampiran 8 Untuk menjelaskan hakikat taqiyyah ini Al-Kulaini mengemukakan satu riwayat yang berbunyi: : Abu Abdillah A.S. berkata : "Wahai Mu'alla! Sembunyikan urusan (agama) kami dan jangan nyatakannya, kerana sesungguhnya orang yang menyembunyikan agama kami dan tidak menyatakannya akan dimuliakan oleh Allah di dunia dan Allah akan menjadikannya sebagai cahaya di antara dua matanya di akhirat yang akan membawanya ke syurga. Wahai Mu'alla! Orang yang menyatakan agama kami dan tidak menyembunyikannya akan di hina oleh Allah di dunia dan Allah akan membuang cahaya di antara dua matanya di akhirat dan akan menjadikannya kegelapan yang mengheretnya ke neraka. Wahai Mu'alla! Sesungguhnya taqiyyah adalah agamaku dan agama datuk nenekku dan tidak ada agama bagi orang yang tidak bertaqiyyah". 127 Lampiran 9 Disediakan oleh : Maulana Mohd. Asri bin Yusof. Diedit dan ditambah lampiran oleh : Ahmad Nasim bin Abdul Rauf.
126 127

Al-Kafi, jilid 3, hlm. 343. Usul al-Kafi, jilid 2, hlm. 225.

48

You might also like