You are on page 1of 7

4.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN 4.1 Faktor Kebakaan (Genetik) Menurut Norman L.

Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anakanaknya melalui gen-gen. Ernest R. Hilgard pula mengatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. W.E. Vinacke pula menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur organ, arah sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseoarang individu. Amram Schienfeld pula menyatakan bahawa baka itu menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Menurut J.A Thomson, baka itu merujuk kepada perhubungan genetik di antara generasi manusia. Baka adalah ciri-ciri yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Oleh itu, ahliahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yang sama seperti warna mata dan kulit, warna rambut, bentuk muka dan telinga, kecerdasan dan penyakit seperti diabetes. Walau bagaimanapun, pernah juga terdapat perbezaan sifat di antara anak dengan ibu bapa. Tahukah anda mengapa keadaan seperti ini boleh berlaku? Sifat-sifat yang berbeza itu mungkin berasal daripada nenek moyang. Ini adalah kerana gen yang menentukan sifat-sifat yang berbeza itu mungkin telah lama terpendam. Gen ini pula akan muncul semula apabila keadaan sesuai. Ketika gen itu berpasangan dengan pasangannya, gen itu muncul lebih kuat lalu menyebabkan berkembangnya sifat yang berbeza itu. Pengaruh baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan adalah jelas dilihat daripada ciri-ciri berikut: · Ciri-ciri fizikal. Warna kulit seseorang individu sama ada hitam, putih atau coklat adalah diwarisi daripada ibu bapa atau datu nenek. Begitu juga dengan warna dan bentuk mata, sama ada mata itu biru atau hitam, berbentuk kecil, bulat atau sepet adalah ditentukan oleh gen yang diwarisi daripada ibu bapa. Warna rambut, sama ada hitam, perang atau lurus adalah juga dipengaruhi oleh gen. Jenis darah sama ada A positif, O, AB atau B juga bergantung kepada gen. Saiz tubuh badan seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh baka. Kanak-kanak daripada ibu bapa yang tinggi dan berbadan besar biasanya lebih berat dan tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain. · Ciri Fisiologi. Adalah didapati bahawa kanak-kanak daripada ibu bapa yang sihat juga merupakan individu-individu yang sihat. Ini bermakna sesetengah penyakit seperti diabetes, hemofilia dan kekerdilan adalah disebabkan oleh pengaruh baka. · Kecacatan mental. Rencatan mentaladalah disebabkan oleh pewarisan gen yang resesif daripada kedua-dua ibu dan bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Penyakit fenilketonuria atau PKU juga disebabkan oleh faktor baka. Penyakit ini menyebabkan kekurangan enzim yang perlu untuk menyingkirkan fenilalanina, iaitu asid amino yang beracun yang terdapat banyak dalam makanan. Oleh itu, bayi yang mengalami PKU akan memiliki asid beracun yang kan merosakkan keadaan mentalnya. Pengaruh baka ke atas kecerdasan telah pun dikaji. Kecerdasan tinggi atau rendah seseorang individu biasanya ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Kedua-dua faktor baka dan

faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting kerana alam sekitar yang kaya dengan kemudahan-kemudahan akademik akan merangsang perkembangan mental kanak-kanak. Faktor Pralahir Di antara faktor-faktor pralahir yang penting adalah seperti berikut: · Pemakanan. bisu atau buta. Ini bermakna bayi tidak mudah diserang penyakit. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unitunit kebakaan. · Penyalahgunaan Dadah.2 Faktor Persekitaran. perangai dan sifat introvert atau ekstrovert adalah dipengaruhi oleh faktor baka. Pengertian-pengertian di atas menunjukkan dengan jelas bahawa persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu sama ada di peringkat pralahir atau selepas lahir. Faktor baka banyak memainkan peranan dalam menentukan kecerdasan seseorang individu. Sebaliknya. · Kesihatan Ibu. Seorang ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat. Terdapat dua kategori faktor persekitaran. baka juga memainkan peranan yang penting. persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan. Contohnya seorang bayi Thalidomide yang dilahirkan cacat adalah disebabkan penyalahgunaan dadah Thalidomide. · Kecerdasan. W. iaitu faktor pralahir dan faktor selepas lahir. Edgar Vinacke menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Norman L. Amalan menyalahgunakan dadah oleh ibu lazimnya akan membahayakan perkembangan biasa seseorang bayi. Seseorang ibu yang sentiasa ketakutan. 4. · Sahsiah. Walau bagaimanapun. Menurut Amram Schienfeld. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan seseorang ibu kepada X-Ray yang berlebihan akan menyebabkan bayi yang dilahirkannya cacat sama ada dari segi jasmani atau mental. · Kesan X-Ray. pekak. Makanan yang seimbang adalah penting bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan seseorang bayi yang sihat dan kuat.persekitaran adalah penting dalam menentukan kecerdasan seseorang individu tetapi kajian-kajian menunjukkan bahawa nisbah pengaruh baka ialah 51 peratus dan persekitaran 41 peratus. Ini bermakna ibu bapa yang tinggi kecerdasannya kemungkinan besar akan melahirkan anakanak yang juga tinggi keupayaan mentalnya. · Emosi Ibu. bimbang atau tertekan kemungkinan melahirkan . Contohnya. Walaupun sahsiah seseorang individu banyak dipengaruhi oleh persekitaran. ibu yang menghidapi penyakit akan meyebabkan kecacatan seseorang bayi seperti kecacatan mental. Seseorang yang cepat marah atau selalu berasa bimbang banyak dipengaruhi oleh faktor baka.

Ini boleh menyebabkan kanak-kanak bersikap angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapa. diasuh dan dididik oleh kedua-dua ibu bapanya. Contohnya. takut dan menarik diri. malahan ia juga dapat melindungi seseorang individu dari pelbagai penyakit. Kedudukan sesebuah sekolah. Rakan sebaya merupakan sekumpulan individu yang mempunyai tingkat umur yan sama atau lebih kurang sama dengan individu yang berkenaan. rakan sebaya mempunyai cita-cita. sama ada di luar bandar atau di bandar boleh mempengaruhi perkembangan mental. · Sekolah. makanan yang berzat dan seimbang adalah diperlukan. · Keluarga. Keluarga mempunyai hubungan yang rapat dengan seseorang individu. Sejak lahir. Ini akan menyebabkan anak-anak itu menjadi pasif. Makanan seseorang bayi perlu dijaga sejak peringkat awal lagi. Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa seseorang ibu yang sudah lanjut usia berkemungkinan besar melhirkan bayi yang mengalami kecacatan mental atau mempunyai darjah kecerdasan yang rendah. Biasanya. Ibu atau bapa yang autokratik sentiasa tidak membenarkan anak-anak mereka mengemukakan pendapata atau cadangan. berbincang dan mematuhi pendapat majoriti dalam satu-satu tindakan embuat keputusan. kanak-kanak dilindungi. sosial dan jasmani seseorang. Ibu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. Saiz sesebuah sekolah juga mendatangkan kesan yang berlainan. Sikap kepimpinan yang ditonjolkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi sikap anak-anak mereka. Kumpulan ini terbentuk kerana manusia adalah mahkluk sosial yang aktif. Kemesraan serta kejeleketan di antara pelajar-pelajar adalah kurang berbanding dengan sesebuah sekolah yang kecil yang mana pelajar-pelajarnya dapat . Faktor Selepas Lahir Di antara faktor-faktor selepas lahir yang penting adalah seperti berikut: · Pemakanan.bayi yang kurang sihat. Saiz sesebuah keluarga boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah seorang kanak-kanak. Sebaliknya ibu bapa yang mengamalkan prinsip demokrasi akan mengasuh anak-anak belajar untuk menerima dan memberi. sosial. Susu ibu amat baik bagi seseorang bayi. · Umur Ibu. Anak-anak seperti ini akan menjadi individu-individu yang kurang berkeyakinan dan amat bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan. Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu dari segi afektif. seorang kanak-kanak dari keluarga yang kecil biasanya akan mendapat layanan dan perhatian yag sempurna daripada ibu bapanya. Kemungkinan segala yang diminta oleh kanak-kanak itu akan diberi oleh ibu bapanya. Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan dan pekembangan seseorang individu. minat dan tahap kecerdasan yang lebih kurang sama. Seterusnya bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat. bertolak ansur. · Rakan Sebaya. kognitif dan psikomotor. Kekurangan kemudahan di sekolah-sekolh luar bandar akan menjejaskan perkembangan seseorang individu dari pelbagai aspek.

kemesraan dan sebagainya adalah kurang ketara di kalangan penduduk di bandar. wayang gambar akan mempengaruhi perkembangan mental. Urie Bronfenbrenner seorang ahli psikologi Amerika menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi di antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. pandangan dan sikap seseorang terhadap isu-isu ekonomi. politik dan ideologi. Beliau mengetengahkan model ekologi berbentuk lapisan bulatan (Sistem Ekologi Bronfenbrenner ) yang masing-masing mempunyai pengaruh dan tahap tertentu. Merangkumi hubungan kanak-kanak dengan persekitaran yang lebih luas dan bagaimana persekitaran ini mempengaruhi kanak-kanak. · Tempat Tinggal. · Pusat Ibadat. Tempat tinggal sseorang individu akan mempengaruhi perkembangannya. bahasa dan matematik. gereja dan kuil yang terdapat di satu-satu tempat juga mempengaruhi falsafah hidup dan gaya hidup seseorang individu.berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih kerap. bagaimana kanak-kanak bergaul di sekolah lebih-lebih lagi apabila mahu memulakan alam persekolahan dan pertama kalinya berpisah dengan keluarga. Pembelajaran pelajar-pelajar juga dipengaruhi oleh sekolah yang mereka hadiri. Pusat-pusat ibadat seperti masjid. Penduduk-penduduk di bandar adalah bersifat lebih materialistik berbanding dengan penduduk-penduduk di luar bandar. Ahli-ahli politikdan pemimpin-pemimpin. · Eksosistem. penduduk-penduduk adalah kurang mesra di antara satu sama lain berbanding dengan penduduk-penduduk di luar bandar. kanak-kanak akan membesar menjadi individu-individu yang juga selalu mengharapkan bayaran atau ganjaran bagi sesuatu tugasan. ekonomi. bertimbang rasa. Kanak-kanak terdedah kepada persekitaran yang berbentuk pada apa yang ada di depan mata termasuklah pengaruh objek-objek fizikal seperti patung dan teknologi. bertimbang rasa dan bertoleransi. Sekolah yang hanya menekankan hal-hal akademik akan menghasilkan individu yang kurang berminat dalam permainan atau sukan. budaya. Sebagai contoh. abjad. akhbar. di kawasan bandar. buku. ekonomi. struktur persekitaran. · Mesosistem. rakan-rakan ibu bapa dan institusi sosial lain. amanah. sosial dan politik. progarm TV Pendidikan seperti Along Bijak banyak membantu kanakkanak mempelajari konsep-konsep nombor. Terdapat empat tahap dalam perkembangan ini iaitu: · Mikrosistem. Pandangan atau falsafah hidup penduduk berkenaan juga turut dipengaruhi. · Persekitaran Dunia. serta peranan dan persekitaran ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa dan adik beradik. Menghubungkaitkan kanak-kanak dengan persekitaran yang mungkin kurang berkaitan dalam hidup mereka. kesyukuran. Semua jenis sebaran am seperti radio. Melihat bagaimana kanak-kanak didedahkan dengan jiran tetangga. Pusat-pusat tersebut juga akan membentuk individu-individu yang menghayati nilai-nilai murni seperti seperti belas kasihan. televisyen. sosial dan bidang-bidang lain di seluruh dunia boleh mempengaruhi penduduk di satu-satu tempat iaitu dari segi idea. · Sebaran Am. Dengan itu. Nilai-nilai seperti tolong-menolong. suka menolong orang lain. Contohnya. Contohnya. majalah. tempat kerja ibu bapa. .

· Makrosistem. Hubungan ini termasuklah sistem nilai sosial. Kanak-kanak tidak lari daripada berhadapan dengan persekitaran sosial mereka setiap hari yang mana ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi perkembangan mereka. Makrosistem adalah lapisan paling luar yang menyentuh pengaruh hubungan kanakkanak dengan persekitaran yang jauh lebih besar. teori yang dikemukakan oleh beliau bersandarkan tanggapan bahawa faktor persekitaran tidak sepenuhnya memainkan peranan kepada perkembangan kanak-kanak tetapi antara keduanya saling berkait rapat. perubahan sejarah. polisi sosial dan media massa. . Menurut Bronfenbrenner.

masyarakat. Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah seperti pemakanan. Ia menguasai perkembangan manuisa dan adalah unik bagi setiap individu. gaya hidup ibu misalnya adakah ibu merokok semasa hamil. Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. ketinggian.1 Baka dan persekitaran Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperuntukkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya. Gen-gen ini terkandung dalam kromosom. rambut dan mata. Tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut. rawatan yang diterima ibu.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan 2. Ia termasuk pengalaman sebelum dan selepas lahir. media dan persekitaran dunia. Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu.2. rakan sebaya. tempat ibadat. misalnya saiz dan bentuk badan. sekolah. Semua ini dikatakan mempengaruhi perkembangan individu. Ada yang menyatakan pengaruh baka yang lebih kuat tetapi ada pihak yang menyangkal dan berpendapat persekitaran . sosio ekonomi dan tahap pendidikan keluarga. usia dan keadaan emosi ibu. Pengaruh baka dan persekitaran telah lama diperdebatkan.

Menurut beliau. . perkembangan kanak-kanak adalah hasil kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut kepada persekitaran. Teori Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanakkanak tersebut.memainkan peranan yang lebih penting.