You are on page 1of 3

4.

2 Pengaruh Perubahan Dalam Kurikulum Matematik Negara Luar Terhadap Perkembangan Kurikulum Matematik Di Malaysia

Hasil pembelajaran: i. ii. Pelajar dapat mengenalpasti asal usul kurikulum matematik di Malaysia. Pelajar mempelajari kesan pendidikan luar negara yang memberikan impak kepada pendidikan di negara Malaysia. iii. Mengenali beberapa projek-projek yang pernah diikuti oleh negara Malaysia.

Kurikulum matematik di Malaysia telah dipengaruhi oleh beberapa projek luar negara. Di antara projek- projek luar yang mempengaruhi kurikulum matematik Malaysia ialah Nuffield Mathematics Project (NMP), Scottish Mathematics Group (SMG), School Mathematics Project (SMP) dan School Mathematics Study Group (SMSG). Selain itu, National Council of Teachers of Mathematics (NCTM-1989) juga mempengaruhi pembentukan kurikulum matematik di Malaysia sejak tahun 1990 melalui dokumen Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics yang telah dikeluarkan oleh NCTM.

4.2.1 Nuffield Mathematics Project (NMP-1964) Projek ini dijalankan terhadap sekolah-sekolah rendah di Britain, 1964. Kaedahkaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah diperkenalkan. Kaedah ini berpandukan kepada Teori Pembelajaran Piaget. Aplikasikan strategi berpusatkan murid dan kaedah inkuiri penemuan diutamakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Projek ini telah memberikan impak kepada kurikulum matematik di Malaysia melalui projek Khas yang telah dilancarkan. 1970. Setiap teori dan contoh pembelajaran dari luar negara boleh dijadikan rujukan untuk pendidikan di Malaysia namun haruslah bersesuaian dengan masyarakat.

4.2.2 Scottish Mathematics Group (SMG) Pasukan SMG terdiri daripada kumpulan ahli matematik Scotland yang menulis sembilan buku teks yang berjudul Modern for Schools. Buku ini memperkenalkan tajuk baru seperti Sets, Number Systems, Number Bases, Modular Mathematics, Transformation, Inequalities, Linear Programming dan Matrices. Bahan SMG menjadi dokumen rujukan utama dalam Projek Matematik Moden untuk Sekolah Rendah Malaysia, 1970 Projek matematik ini bersesuaian dengan perkembangan kurikulum matematik di Malaysia dan silibus digunakan boleh membantu membangunkan kepentingan kurikulum di Malaysia.

4.2.3 School Mathematics Project (SMP) Projek dipengerusikan oleh Bryan Thwaites dari University of Southampton, 1961. Projek bertujuan menyediakan sukatan matematik yang lebih progresif di Great Britian. Pendekatan yang lebih bersepadu dalam pengajaran dan pembelajaran contohnya teoti set diajar sekali dengan tajuk algebra dan geometri. Digunakan secara meluaskan oleh sekolah menengah di Great Britain, namun sukatan tidak sesuai untuk pelajar lemah dalam matematik kerana kandungan terlalu akademik dan abstrak. Bahan SMP menjadi rujukan utama buku teks Matematik Moden di Malaysia. Sukatan pembelajaran luar negara memberikan impak kepada pembelajaran di Malaysia. Pembangunan kokurikulum boleh mengikut kurikulum di Malaysia namun demikian hendaklah berdasarkan kemampuan pelajar di Malaysia.

4.2.4 School Mathematics Study Group (SMSG) Projek ini diterajui oleh Edward G.Begle pada tahun 1958 di Soviet Union. Objektif meningkatkan mutu sukatan matematik di sekolah rendah setanding dengan Russia. Usaha kumpulan ini membawa perubahan dalam pendidikan matematik yang dikenali sebagai New Mathematic, geometri, teori set, nombor negatif, asas

nombor dan trigonometri. New Mathematics menitikberatkan penjelasan matematik dalam konsep abstrak seperti teori set dan asas nombor. Malaysia menggunakan projek ini membekalkan idea-idea yang berguna kepada para pendidik di Malaysia dengan penjelasan matematik yang betul. Dengan adanya idea-idea tersebut, maka matematik dapat dijelaskan dan difahami oleh pelajar.

4.2.5 National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) NCTM bermula pada tahun 1920 dan memberikan pelajar pendidikan matematik yang berkualiti tinggi. NCTM bekerjasama dengan National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE) untuk menilai program latihan guru. Pada tahun 1976 NCTM menubuhkan Mathematics Education Trust (MET) yang menyediakan dana bagi guru meningkatkan pengajaran dan pembelajaran matematik. Setiap usaha yang dijalankan bagi meningkatkan mutu pendidikan matematik di Malaysia haruslah berdasarkan kepada usaha semua pihak terutamanya guru-guru di Malaysia.

4.2.6 Rumusan

Pelbagai projek telah dijalankan diluar negara seperti yang disenaraikan diatas. Antara negara yang menjayakan beberapa projek tersebut adalah negara Rusia dan Amerika Syarikat. Setiap hasil projek yang dijalankan oleh negara luar boleh dijadikan contoh

oleh negara kita dan jika diperhatikan sekarang negara kita turut mengambil silibus yang
digunapakai oleh negara luar. Sumber-sumber silibus dari negara luar boleh dijadikan ikutan namun demikian haruslah bersesuaian dengan komuniti dan tahap pendidikan di Malaysia. Setiap projek ini memberi manfaat yang baik serta meningkatkan potensi pelajar di Malaysia untuk menghayati konsep matematik serta mampu bersaing dengan pelajar-pelajar dari luar negara justru meningkatkan tahap modal insan di negara ini.

You might also like