Isi Kandungan

No 1 2 3 4 5 8 6 7 8 9 14 10 23 11 12 Rumusan Lampiran 25 26 Latiha-latihan Persediaan Prinsip Aksi Reaksi Hukum-hukum Newton Fasa Lompatan Gaya Lompat Tinggi 14 12 12 Tajuk Pengenalan Sejarah Peralatan Ukuran Ciri-ciri Umun Lompatan 7 2 5 M/s 2

1

1. PENGENALAN Acara lompat tinggi secara amnya dikuasai oleh atlit-atlit yang bertubuh tinggi dengan kualiti lonjakan yang baik. Kelajuan memecut tidak dianggap sebagai kriteria yang penting seperti dalam acara lompat jauh atau lompat kijang. Namun begitu, terdapat juga atlit yang bertubuh rendah tetapi telah mencapai kejayaan kerana kualiti lonjakan yang istimewa. atlit-atlit yang bertubuh rendah dengan kualiti lonjakan yang baik biasanya akan lebih berjaya dalam acara lompat jauh atau lompat kijang berbanding dengan acara lompat tinggi. 2. SEJARAH Lompat tinggi merupakan acara padang dalam sukan olahraga. Atlet lompat tinggi bebas memilih gaya lompatan yang sesuai dengan keupayaan mereka sendiri. Lompat tinggi telah dipertandingkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. Mengikut sejarah, acara lompat tinggi telah bermula seawal Olimpik pada zaman Greece. Rekod pertama bagi acara lompat tinggi bermula pada abad ke-19 di Scotland, dengan pencapaian atas 1.68 m oleh peserta ketika itu. Pada abad ini peserta lompat tinggi melompat dan mendarat di atas tanah yang berumput dengan menggunakan gaya gunting, iaitu dengan cara lunjakkan kaki yang jauh dari palang. Gaya ini mengkehendaki kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan “duduk berlunjur”. Gaya ini banyak mendatangkan kecederaan kepada para peserta.

2

Kemudian.97 m. Sweeney. tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya pelana. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain.F. Horine. Gaya ini seakan-akan gaya Gunting. Gaya ini dikatakan lebih efisyen berbanding sebelumnya. pada Sukan Olimpik 1968. di Mexico Dick Fosbury dari Amerika Syarikat telah memperkenalkan satu teknik lompatan gaya baru dalam bidang lompat tinggi yang membolehkannya memenangi pingat emas. Gaya ini telah popular dan dikenali sebagai 3 . Gaya yang dimodenkan ini dikenali sebagai gaya timur. Buktinya. Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang bekesan dan mensipta rekod pada 1895 dengan ketinggian 1. M. Menerusi gaya ini. dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960.F.F. Horine berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat. Kemudian. Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Kemudian. pada tahun 1912. M. inilah gaya pertama diguna oleh Sweeney yang mendorong kebanyakan orang Pantai Timur Amerika menggunakannya. Sebenarnya. pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan gaya pelana yang menjadi ikutan pelompat-pelompat yang lain. M.Namun pada sekitar abad ke-20 gaya gunting telah dimodenkan oleh warga IrishAmerica. gaya barat diperkenalkan oleh seorang lagi warga Amerika.

Berdasarkan sejarah di atas.09m pada 30 Ogos 1981 di Rome. Oleh itu. penujuan dan lonjakan yang tepat sangat penting dalam acara lompat tinggi. Walau bagaimanapun gaya yang sering menjadi pilihan atlet ialah gaya pelana (straddle) dan gaya Fosbury. Asas lompatan yang baik adalah kebolehan peserta untuk menukar momentum tegak yang akan menaikkan badan peserta melepasi palang. jelas menunjukkan bahawa cara dan teknik lompat tinggi mengalami perubahan daripada gaya lompatan. rekod tertinggi bagi atlet lelaki dipegang oleh Javier Sotomayor dari Cuba dengan ketinggian 2.45 m pada 27 Julai 1993 di Salamanca. pusingan dan flop. Itali. atlet yang mengambil bahagian dalam acara lompat tinggi kebanyakannya mempunyai susuk badan yang kurus dan tinggi lampai. Oleh sebab itu. tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa atlet melakukan latihan mahupun ketika pertandingan dilangsungkan. Sepanyol manakala wanita pula dipegang oleh Stefka Konstadinova dari Bulgaria dengan ketinggian 2.gaya Fosbury (atau gaya lentang) di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang (bahu) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan bahagian tengkuk. Ketinggian atlet dan penguasaan teknik lompatan adalah faktor utama untuk menghasilkan lompatan yang baik. Untuk tujuan keselamatan. Bagi rekod dunia acara lompat tinggi. Bagi rekod kebangsaan acara lompat tinggi kategori lelaki dipegang olehLoh Kum Zee dengan 4 .

Panjang palang hendaklah 5 .1 Tiang Lompat Tinggi. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :3. 3. Thailand manakala bagi kategori wanita pula dipegang oleh Nor Aishah Ismail dengan ketinggian 1. Antara jaguh-jaguh lompat tinggi Malaysia yang lain adalah seperti Arifin Rahmat.24 m pada 14 Disember 1995 di Chiang Mai.ketinggian 2. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan. hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta.77 m pada 15 Julai 1990 di Kuala Lumpur. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu. logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Baljit Singh Sidhu. Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. PERALATAN Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Ho Yon Wah.2 Palang Lompat Tinggi. 3. Glady Chai Ng Mei dan Shabana Khanum.

Kini. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan.3 Kawsan Mendarat Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan. Kini. 3. dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. 6 . Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan. pihak penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.4 Pita Pengukur Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang sewajarnya. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu. 3. kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat.sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan.

Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan.4 Pita Pengukur Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh peserta.1 Tiang Lompat Tinggi Tiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4. Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Berat maksimum palang ini ialah 2 kg. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan.2 Palang Lompat Tinggi. 3. 3. 3.04 meter dari bahagian dalam.UKURAN 4. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segi empat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang. Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu 7 .3 Kawasan Mendarat Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan saiz 5 meter panjang dan 4 meter lebar dan 1 meter tebal.

yang sekarang dikenali sebagai satu bidang biomekanik. Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat dalam acara lompat tinggi ini dibincang dengan ringkas :5. pengasas gaya Fosbury dalam lompat tinggi.Menurut Dick Fosbury . ia akan mudah digunakan untuk acara yang lain. 4. Jika sesuatu konsep mekanikal difahami. CIRI-CIRI UMUM ACARA LOMPATAN Kejayaan suatu kejurulatihan adalah gabungan daripada aspek seni dan sains.mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah. Kita dapat lihat banyak kes mengenai manusia genius dengan pemberian tuhan adalah lebih baik daripada orang yang mengambil bahagian. penukaran kelajuan secara mendatar kepada kelajuan menegak dan pendaratan. latihannya berpusatkan kekuatan latihan yang digunakan. menjadi kawan baik dengan jurulatih dan menanamkan semangat untuk memecahkan rekod dunia dan akhirnya dia mendapat pingat emas dalam Olimpik.1 Pergerakan Terdapat dua jenis pergerakan iaitu :8 . Tiada atlit yang tidak berpengetahuan tentang faktor sainstifik mengenai pergerakan manusia.Setiap lompatan mengandungi fasa penujuan larian. Perkara ini mempunyai banyak kesinambungan daripada satu acara ke acara yang lain.

3. 2. Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju ialah kuantiti pergerakan yang dikandung oleh sesuatu jasad. B – Pergerakan Menegak. Lari landas menghasilkan pergerakan mendatar A. Hasil gabungan pergerakan mendatar dan pergerakan menegak mengakibatkan layangan dalam bentuk parabola C. A – Pergerakan Mendatar. Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan misalnya hayunan atau kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa lonjakan dalam lompat tinggi supaya 9 . Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim.i) ii) Pergerakan mendatar (Linear Motion) Pergerakan menegak (Vertical Motion) Dengan ringkas. maka momentum jasad itu akan bertambah. C – Vektor Resultant 1. seseorang atlit perlu meminda pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak. 5.2 Momentum Halaju dan momentum adalah konsep-konsep penting dalam kemahiran sukan. Lonjakan dari lari landas di point X menghasilkan pergerakan menegak B.

Daya Ikut Tangen Selain daripada pergerakan mendatar dan menegak terdapat juga daya sentrifugal.4 Putaran Pergerakan-pergerakan putaran bertujuan mendapat layangan merentasi palang adalah dua jenis iaitu ‘direct’ dan I’indirect’. Daya Sentripetal. pada hakikatnya terdapat satu jenis daya yang bertindak ke arah pusat bulatan itu dan satu lagi daya yang sama wujud dalam arah yang bertentangan. Pergerakan lengan dan bahu juga menolong melonjakkan badan ke atas. seseorang atlit itu haruslah menggabungkan konsep-konsep pergerakan dengan daya sentrifugal seperti rajah di atas. Daya yang bertindak ke luar dikenali sebagai Daya Sentripetal. Daya Sentrifugal 2. Kedua-duanya dilaksanakan hanya apabila ada geseran pada bumi di pusat bulatan. 5. Putaran direct dicapai semasa atlit ada kontrak 10 .3 Daya Sentrifugal 1. 5. Untuk mencapai lonjakan yang tinggi. 3. Apabila sesuatu jasad melakukan pergerakan dalam bentuk sesuatu bulatan. maka daya ini akan dilepaskan pada titik bulatan yang tertentu dan memecut dalam bentuk tangen pada pusat bulatan itu.dapat menghasilkan momentum yang lebih untuk membawa badan pada takat yang lebih tinggi. Sekiranya terdapat suatu daya sentrifugal sebagai bertindak kepada pusat bulatan dan tidak terdapat geseran pada pusat itu.

terdapat kedudukannya yang leper membolehkan pusat graviti adalah sangat hampir pada palang. 5. Jasad-jasad a dan b yang kedudukannya menegak dapati pusat graviti masing-masing agak jauh di atas palang. 11 .5 Graviti Dan Pusat Graviti Satu daripada prinsip yang sangat penting adalah daya graviti bumi yang berkesan pada atlit dan bagaimana atlit itu boleh memindahkan pusat graviti pada badannya supaya memperolehi lompatan yang paling berjaya. Konsep di atas digambarkan oleh Gambarajah 4. Ketinggian yang lebih boleh dicapai dengan jumlah daya yang sama sekiranya pusat graviti ditempatkan rapat kepada bahagian atas palang.dengan bumi manakala putaran indirect semasa atlit tidak mempunyai kontrak dengan bumi. Tanda x menunjukkan pusat graviti atlit yang tinggi di atas palang. Gambarajah-gambarajah di bawah menunjukkan beberapa gaya dalam acara lompat tinggi yang tidak sempurna dari segi pemindahan pusat supaya mendapat satu lompatan yang tinggi. Putaran indirect dicapai dengan membawa masuk dengan kuat kaki bebas setelah lonjakan untuk menambah lagi daya sentrifugal. Manakala dalam jasad c. Walau bagaimanapun gayagaya yang membolehkan penempatan pusat graviti seperti ini juga melibatkan atlit-atlit mendarat dalam posisi yang mencemaskan.

Ketika bahagian pinggang melepasi palang. reaksi dari tindakan ini akan memindahkan pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak. Dengan ini kedua belah kaki akan dapat melepasi palang. pinggang dilenturkan.PRINSIP AKSI – REAKSI Konsep : Walaupun arus jalan pusat graviti tidak boleh diubah setelah kaki meninggalkan bumi dengan mengubahsuaikan segmen-segeman tertentu dalam badan secara mengaplikasikan hukum reaksi membolehkan segmen-segmen badan mengikuti itu di angkat. HUKUM-HUKUM NEWTON Prinsip-prinsip mekanik juga melibatkan hukum-hukum seperti di bawah : 7. Setelah lonjakan seluruh kaki bebas ditarik masuk dengan kuat untuk menghasilkan putaran badan. tumit kaki hadapan di tanam dengan kuat. Apabila kedua belah tangan atlit di hayun dengan kuat semasa lonjakan seluruh badan akan turut terangkat. Prinsip-prinsip yang telah dibicangkan ini adalah mustahak bagi seseorang atlit untuk mencapai tahap pencapaian lompatan yang tinggi.1 Hukum Inertia (Hukum Pertama) 12 . Semasa lari landas dilakukan. maka kita akan mendapat satu pergerakan di bahagian badan yang lain. Pergerakan inilah mengangkat kedua tangan dan kedua kaki melepasi palang dengan mudah. Konsep menerangkan bahawa apabila sesuatu bahagian badan dikenakan sesuatu gerakan tertentu.

13 .2 Hukum Pecutan (Hukum Kedua) Kadar penurunan momentum adalah secara terus dengan daya yang digunakan dan pertukaran ini berlaku pada arah yang sama dengan arah tindakan daya. 7. 7.3 Hukum Tindakbalas (Hukum Ketiga) Untuk sebarang tindakan selalu terdapat suatu tindakbalas yang sama magnitutnya tetapi pada arah yang bertentangan.Setiap jasad akan terus berada dalam keadaan rehat atau terus bergerak dengan halaju yang sekata pada satu arah lurus sehingga terdapat satu daya yang mengubah keadaannya.

FASA LOMPATAN TINGGI Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu : a) Penujuan – larian menghala ke palang b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang. gaya timur.1 Gaya gunting pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang.5. d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat 6. GAYA LOMPAT TINGGI Terdapat beberapa gaya lompat tinggi. pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur. Semasa melepasi palang. gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. 9. 14 . iaitu gaya gunting. gaya guling barat.

Layangan 1. selari dengan palang. Semasa melonjak. Kaki lonjak dihayun ke atas.FASA-FASA DALAM LOMPAT TINGGI Penujuan 1. memulakan larian dengan kaki kanan. 4. Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang. 3. Lonjakan 1. kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri. Pelompat menggunakan 7-9 langkah. Kaki bebas dihayun kuat ke atas. 15 . Pelonjak melonjak dengan kaki luar. 2. 3. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan. memulakan larian dengan kaki kiri. 2. Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah. 2.

16 . Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat “berguling” selari dengan palang untuk membuat pelepasan.2 Gaya timur pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90%). Pelompat melompat di atas punggung atau dengan dua belah kaki. Semasa melonjak. 9. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang.Pendaratan 1. kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring. 9.3 Gaya guling barat penujuan ke palang adalah secara bersudut seperti dalam gaya gunting.

FASA-FASA DALAM LOMPAT TINGGI a) Penujuan Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan 17 .4 Gaya pelana Gaya ini adalah hampir sama dengan gaya guling barat.9. Ketika melepasi palang.

Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. badan dan kaki bebas pelompat berada dalam keadaan hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan. badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. 18 . b) Lonjakan Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. kaki bebas dihayun dengan kencang ke atas paras palang.terkawal. pelompat hendaklah melompat dengan kuat. c) Layangan Setelah membuat lonjakan. d) Pendaratan Ketika di fasa pendaratan. Serentak dengan tolakann ini. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.

b) Badan ke hadapan semasa bahagian tumit kaki lonjak mencecah tanah. Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. Walau bagaimanapun masih ada guru yang mengajar gaya gunting 19 . d) Badan dikilas terlalu awal sebelum bahagian kepala dan bahu kanan melepasi palang.5 Gaya Fosbury Flop Penujuan ke palang sebelum pelompat melonjak adalah secara melengkung.KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN DALAM LOMPAT TINGGI GAYA PELANA a) Larian menuju palang terlalu pantas hingga tidak terkawal. Pelompat melepasi palang dengan membelakangi palang. c) Kaki bebas tidak dihayun secara maksimum ke atas. 9.

Fasa Lonjakan. Gaya pelana adalah suatu gaya lompatan yang sesuai untuk pelompat yang mempunyai kaki lompatan yang kuat. Mengikut prinsip mekanikal. a) FASA LARI LANDAS 20 . 9. gaya ini kurang berkesan kerana seluruh berat badan pelompat terpaksa dibawa lebih tinggi dari paras palang sebelum pelepasan dapat dilakukan dalam keadaan berlunjur. Meskipun demikian.1 FASA-FASA DALAM LOMPAT TINGGI Dalam acara Lompat Tinggi (gaya flop) seseorang atlit akan melalui empat fasa iaitu : a) b) c) d) Fasa Lari Landas. Fasa Mendarat. gaya gunting masih boleh diajar di atas sebab-sebab yang lain. Bagi gaya Fosbury Flop pulapelompat yang nahir dalam penujuannya akan dapat melepasi palang dengan mudah. Murid yang telah biasa dengan gaya gunting tidak akan menemui kesulitan apabila diajar teknik lompatan Fosbury Flop. Cara membuat lonjakan bagi gaya gunting mempunyai banyak persamaan dengan cara membuat lonjakan bagi gaya Fosbury Flop. Fasa Layangan.kepada murid-muridnya meskipun gaya ini mempunyai banyak kekurangan.5.

Arah : Atlit hendaklah menuju ke arah palang pada sudut 20° hingga 30° dari satah tegak palang. Lari lengkung dari mula lari landas untuk mendapat kepantasan yang optima seperti Dick Fosbury. Lari landas melibatkan di antara 7. Kelajuan : Atlit dikehendaki berlari secepat mungkin tetapi dengan halaju yang terkawal. Ini dilakukan untuk mendapatkan daya sentrifugal yang sangat penting bagi gaya flop. 2. 3. Untuk mendapat daya sentrifugal yang unik dalam gaya flop empat langkah terakhir hendaklah dilakukan dalam garisan satu lengkungan seperti di bawah. 21 .Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari landas yang akan membawa seseorang atlit lompat tinggi pada suatu tahap yang paling sesuai untuk melakukan fasa lonjakan seterusnya. Tempat mula lari landas adalah 70° hingga 80° dari permukaan satah palang seperti digunakan oleh beberapa atlit ternama. Dalam gaya flop ini di bahagian akhir lari landas atlit perlu mengubah arahnya pada satu lengkungan. Terdapat tiga gaya lari landas yang sering digunakan dalam gaya flop seperti berikut : 1. Ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk melintasi palang kerana tinggi palang. 2. Bermula lari secara lurus kemudian melencong pada empat langkah terakhir. Secara lari atas garisan lurus menuju ke palang.9 atau 11 langkah yang laju. Faktor-faktor itu adalah :1.

Pada masa ini kepala dihalakan ke palang dan atlit mesti melihat palang. kaki bebas di angkat sambil dipusing ke dalam untuk mendapat daya putaran supaya badan mencapai layangan istimewa flop. Putaran yang dihasilkan oleh kaki bebas dalam fasa lonjakan tadi akan membawa badannya secara belakang atlit menghadap palang. Kemudian kaki lonjakan diguling dari tumit ke tengah kaki ke jari kaki sambil menekan bumi. Serentak dengan ini sejurus sahaja badan terangkat dari bumi. Perkara yang perlu diingati adalah semasa lonjakan dibuat pusat graviti hendaklah berada di atas kaki lonjakan. tujuannya adalah untuk membawa pusat graviti melepaskan palang secara ekonomikal dan mudah. atlit akan mencapai fasa layangan yang diingini. Dalam fasa layangan ini. 22 .b) FASA LONJAKAN Tujuan lonjakan adalah untuk mengubah pergerakan mendatar kepada pergerakan menengak dan untuk mengangkat pusat graviti atlit ke atas palang. Atlit yang melonjak dengan kaki kiri melompat dari sebelah kanan palang manakala atlit yang melonjak dengan kaki kanan mula lari landasannya dan melompat dari sebelah kiri palang lompat tinggi. c) FASA LAYANGAN Sekiranya fasa lari landas dan fasa lonjakan adalah semurna. Badan di condong sedikit ke belakang sambil kedua tangan dihayun ke atas. Pada akhir lari landas kaki lonjakan dihentak pada bumi dengan tumit untuk mendapat daya tindakbalas yang akan mengangkat badan.

1 Latihan Garisan Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang.2 Latihan Pergerakan Kaki. Pendekatan melompat pada sudut 45° digunakan. Sekiranya tenaga kinetik terlampau ia dikehendaki melakukan gulingan ke belakang untuk menyerap hentakan impact. 10. LATIHAN –LATIHAN PERSEDIAAN 10. Kesesuaian latihan ini adalah untuk peserta yang baru mempelajari gaya ini. d) FASA MENDARAT Dalam fasa ini badan atlit setelah melepasi palang sedang jatuh dari tinggi ke bumi. Gerakan ini akan bertindakbalas secara kakinya akan melurus sambil melintas atas palang. Atlit akan mengangkat kepalanya dan ini akan mengangkat bahagian bahu. Jenis daya yang dihasilkan adalah daya kinetik yang makin jatuh makin bertambah. Mulutnya mesti ditutup supaya tidak tergigit lidah. Kaki dihayunkan ke hadapan dan lompatan dibuat melintasi palang dengan pendaratan kaki yang sama. Untuk mengurangkan hentakan maka atlit mesti cuba mendarat pada bahunya. Seseorang atlit ketika ini mesti menyediakan dirinya dengan mengadakan kedua lutut jauh dan dagunya rapat pada dada.Ketika ini kaki masih belum melepasi palang dan pusat graviti masih berada di belakang dan rendah dari palang. Kakinya hendaklah dikangkang sedikit. 23 .

24 . Keadaan ini akan membolehkan pelompat memebuat gulingan badan pada aras yang lebih tinggi. 10. Pergerakan badan akan mendahului pergerakan kaki yang berpusing di atas palang.Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. 10.2 Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat aerta menendang sesuatu objek yang digantungkan. pelompat dapat menguji keupayaan kakinya untuk membuat lonjakan yang lebih bertenaga. Sudut 45° digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian. Perlakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan berhatihati kerana ia agak merbahaya.4 Latihan Gulingan Badan Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di bahagian kaki pelompat.3 Latihan Melonjak Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian kepala pelompat. (Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan menaikkan palang dan tilam digunakan untuk mendarat). 10. Cara mendarat yang betul boleh dicapai melalui latihan ini. Latihan melompat melepasi palang dilakukan dan pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki hadapan. Dengan cara ini.

Kelajuan ketika lonjakan akan memberi kesan kepada arah layangan. Semua kejurulatihan dan kerja teknikal mesti memusatkan keseluruhan asas mekanikal. ketinggian. Setiap pelepasan daripada setiap elemen ini akan menentang kesan perlaksanaan lompatan 25 . Ketinggian pinggang ketika lonjakan penting kerana tarikan graviti keatas atlit ketika dia di udara. RUMUSAN Kelajuan. Kesimbangan pula mestilah tetap semasa layangan ketika atlit melakukan pergerakan parabola. sudut dan keseimbangan adalah empat elemen utama untuk semuaacara lompatan.7.

8. LAMPIRAN 26 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful