Sumbangan Pasaran Saham Kepada Pembangunan Ekonomi Negara

MOHAMMAD TAQIUDDIN MOHAMAD. BSh (UM), M.Econs (UKM) PROFESOR DR JONI TAMKIN BORHAN, BSh, MSh (UM), PhD (Edinburgh) JABATAN SYARIAH & EKONOMI UNIVERSITI MALAYA

DEFINISI SAHAM
Bahasa Keberuntungan, kesempatan, sedikit daripada sesuatu yang banyak. Disebut juga sebagai Asham Bainahum (bahasa arab) yang bererti undilah di antara mereka, sahimahu yg bererti bagilah, akhoza sahman yang bererti mengambil kesempatan.

ISTILAH
Saham adalah perincian yang dibahagi ke dalam kelompok –kelompok modal perusahaan dan ditetapkan melalui surat berharga yang mencantumkan nilai nominal. Surat berharga atau sijil saham yang diberikan kepada pemilik saham adalah sebagai pengakuan terhadap haknya. Majoriti fuqaha’ Islam mengharuskan saham berasaskan kepada syarikat saham bersama kerana syarak mengharuskan penanaman modal sama ada sama nilainya atau tidak di kalangan rakan kongsi. (Muhammad Kamal ‘Atiyah, 1992; 98.)

Dalam erti kata lain, para pemegang saham secara bersama menanam modal dan mereka bersedia menghadapi sebarang keuntungan atau kerugian yang mungkin berlaku Sekiranya berlaku kemuflisan syarikat, wang yang tinggal selepas dibayar segala hutang piutang hendaklah dibahagikan di kalangan pemegang saham. Mereka secara bersama menanggung kerugian oleh firma disebabkan oleh kemuflisan tersebut.

PANDANGAN ISLAM TERHADAP SAHAM
Yusuf Al-Qardhawi; Saham merupakan sebahagian daripada syarikat atau bank. Nilai saham akan berubah, iaitu ia akan turun dan naik berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh syarikat atau bank berkenaan.

Jika nilai saham naik, maka nilai keuntungan boleh diperolehi oleh para pelabur dan begitu juga sebaliknya. Sifat ini telah menjadikan pelaburan saham halal di sisi syara’ dan tiada halangan terhadapnya sama ada bagi menerbitkan, menjual, membeli atau menyimpan saham berkenaan. (Taufik, 2000). Dr Wahbah Al-Zuhaily turut menyatakan bahawa pelaburan saham adalah satu kegiatan yang halal dan diharuskan di sisi syarak (Wahbah al-Zuhaily; 1997).

KOMPONEN INDUSTRI KEWANGAN DI MALAYSIA Perbankan Institusi bukan Kewangan Pasaran Wang Pengurusan Kekayaan KEWANGAN ISLAM Pasaran Modal Pngurusan Aset Produk Berstruktur & Derivatif Takaful .

KEDUDUKAN PASARAN SAHAM DALAM SISTEM KEWANGAN MALAYSIA Pasaran Kewangan (Financial Market) Pasaran Wang dan Pertukaran Asing Pasaran Modal Pasaran Derivatif Pasaran Luar Pesisir (Offshore) .

KEDUDUKAN PASARAN SAHAM DALAM SISTEM KEWANGAN MALAYSIA Pasaran Kewangan Pasaran Wang dan Pertukaran Asing Pasaran Luar Pesisir (offshore) Pasaran Modal Pasaran Derivatif Pasaran Ekuiti/ Saham Pasaran Bon/ Sukuk KLSE (Kuala Lumpur KLSE Stock Exchange) Sekuriti Hutang Awam (Public Debt Securities) MESDAQ (Pasaran Hutang Swasta) Private Debt Securities .

UNSUR–UNSUR DALAM PASARAN MODAL Pengantara Pasaran Produk Aktiviti Saham Sukuk Dana Amanah Dagangan Pengurusan Pelaburan Kewangan Korporat Pelabur Bursa Saham (Exchanges) Rumah penjelasan Pendepositan Institusi Undang-undang sekuriti Infrastruktur Peraturan Garis panduan Peraturan Bursa .

PASARAN MODAL ISLAM Pasaran Ekuiti (Saham) Pasaran Hutang • Bentuk Kontrak • Instrumen • Institusi Unit Amanah (unit trust) Pasaran Bon (Sukuk) I-REITs Syarikat Tersenarai Awam Sekuriti Hutang Awam Islam Sekuriti Hutang Swasta Islam (IPDS) BURSA MALAYSIA Sekuriti Hutang Tersenarai & Tidak Tersenarai .

Pasaran ini melibatkan dagangan di Bursa Malaysia yang mempunyai dua bahagian iaitu “papan pertama” dan “papan kedua”. Sebagai pemilik bersama.PASARAN SAHAM/EKUITI Ekuiti merujuk kepada bahagian pemilikan saham dalam perniagaan atau syarikat yang merupakan bahagian modal yang disumbangkan oleh pemilik. Ini bermaksud para pelabur dalam pasaran ekuiti memiliki kepentingan bersama dalam syarikat yang mereka laburkan. . Penyenaraian sesebuah syarikat di kedua-dua papan ini ditentukan oleh saiz dan modal berbayar syarikat. penguasaan dan juga rekod perniagaan. tanggungan mereka hanya terhad kepada jumlah modal yang disumbangkan.

OPERASI DAGANGAN DI BURSA MALAYSIA ASPEK Modal berbayar PAPAN UTAMA (KLSE) Modal minimum RM20juta PAPAN KEDUA (MESDAQ) Modal minimum RM5juta dan tidak melebihi RM20juta Mempunyai rekod perniagaan yang menguntungkan tidak kurang tiga tahun berturut-turut Membayar dividen tiga tahu berturut-turut Rekod peniaga Mempunyai rekod perniagaan yang menguntungkan sehingga lima tahun berturut-turut Membayar dividen selama lima tahun berturut-turut Rekod Dividen .

di mana modal perusahaan dibahagi ke dalam bentuk saham-saham dengan nilai yg sama. .KEISTIMEWAAN SAHAM DAN HAK-HAK PEMILIKNYA KEISTIMEWAAN SAHAM Saham-saham mempunyai nilai yg sama. digadaikan dan sebagainya. baik di dalam bentuk hak mahupun t/jawab pemegangnya di dalam perusahaan Boleh diperdagangkan iaitu hak pemilikannya boleh dipindahkan kepada orang lain melalui pemindahan hak milik seperti dijual. diwasiatkan. dan hasil daripada nilai-nilai ini adalah sama. dihibahkan. . Bebanan tanggungjawab pemegangnya hanya menjurus kepada jumlah/nilai saham yang dimiliki.

SAHAM BIASA (common shares) Pemilikan sesebuah syarikat oleh pemegang saham Pemegang saham mempunyai hak pemilikan. Dua indeks Islam digunakan iaitu Indeks Islam RHB yang dilancarkan pada tahun 1996 dan Indeks Syariah Kuala Lumpur pada bulan April 1999. hak mengundi ahli Lembaga Pengarah Menanggung risiko yang dikaitkan dengan pemilikan tersebut Tidak mempunyai ciri-ciri yang bercanggah dengan syarak MPS akan menyenaraikan syarikat-syarikat yang diluluskan oleh Syariah Senarai akan dikemaskinikan 2 kali dalam setahun iaitu pada bulan Mei dan Oktober.INSTRUMEN PASARAN EKUITI I. SC. Indeks-indeks Islam ini berfungsi untuk menjejaki prestasi sekuriti patuh Syariah di dalam Bursa Malaysia. hak berkongsi untung. Bursa Malaysia turut memperkenalkan beberapa siri indeks yang baru (Siri Indeks FMB) antaranya Indeks EMAS FTSE Bursa Malaysia Indeks Syariah Hijrah FTSE Bursa Malaysia. Ia dibina daripada kaunter-kaunter yang diklasifikasikan sebagai patuh Syariah oleh MPS. .

III. Diterbitkan oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia . utk melanggan saham biasa baru pada harga kuat kuasa terdahulu dalam tempoh masa tertentu. Ia tidak bernilai selepas tempoh masa yg ditetapkan. HAK LANGGANAN BOLEH PINDAH (TSR) TSR merupakan suatu kontrak yang memberikan pemegangnya “hak” tetapi bukan “kewajipan” .

Tempoh guna hak. iii. Aset pendasar. tetapi bukan kewajipan untuk membeli dengan kuantiti tetap sesuatu aset (saham) dengan harga tertentu dalam tempoh masa terhad. WARAN PANGGILAN Merujuk kepada instrumen yang memberi hak kepada pemiliknya. ii. Harga pd mana pemegang waran boleh memlilih utk menggunakan hak membeli saham pendasar. Tiga Ciri Utama. Harga ditetapkan pada masa waran diterbitkan. Selepas tempoh. Harga guna hak. Lazimnya diterbitkan oleh pihak ketiga misalnya bank saudagar. . Hak yg ada bagi waran hanya boleh diguna dalam satu tempoh terhad. waran sudah tidak bernilai. Hak membeli saham dalam syarikat (aset). i.IV.

Berbanding amanah saham biasa.v. Modal terkumpul seterusnya dilaburkan untuk mendapatkan pulangan yang dinikmati oleh pelabur dalam bentuk dividen atau bonus Menjadi pilihan pelabur kerana mempunyai risiko yang rendah. . Amanah Saham Berteraskan Islam Amanah saham merujuk kepada pelaburan dalam satu dana yang diuruskan secara profesional oleh pengurus-pengurus dana. amanah saham diuruskan berdasarkan prinsip Syariah dan melibatkan pelaburan dalam syarikat-syarikat yang diktiraf halal oleh MPS.

Malaysian Tabung Ittikal BHLB Pacific Dana Al-Ihsan BHLB Pacific Dana Al-Mizan Dana Al-Aiman Kuala Lumpur Islamic Bond Fund Kuala Lumpur Ittikal Fund Lifetime Dana Putra Mayban Dana Yakin OSK .UOB Dana Islam Pacific Dana Aman RHB Islamic Bond Fund RHB Mudharabah Fund TA Islamic Fund Tabung Amanah Bakti .SENARAI SAHAM AMANAH BERTERASKAN SYARIAH ABRAR Investment Fund Amanah Saham Bank Islam Amanah Saham Darul Iman Amanah Saham Kedah Amanah Saham Wanita Arab.

Hak mendapat keuntungan perniagaan. begitu juga terhadap asetaset perniagaan. Hak mengawasi perjalanan perniagaan seperti menghitung keuntungan dsb. membeli dan menghibahkannya. .HAK-HAK KEKAL PARA MEMEGANG SAHAM Hak bersuara di dalam syarikat secara langsung ataupun tidak langsung. Hak mengundurkan diri dalam pemilikan saham sama ada menjual.

PERBEZAAN UMUM ANTARA SAHAM DAN SUKUK (BON ISLAM) SAHAM Sebahagian daripada modal PERBEZAAN SURAT BERHARGA SUKUK Sebahagian daripada pinjaman. dan nilainya tidak termasuk ke dalam sebahagian modal Penghutang bukan org yang turut bekerjasama dalam perusahaan Setelah tertubuhnya perusahaan untuk memperluaskan pelaksanaannya Orang yang turut bekerjasama di dalam perusahaan Pada waktu penubuhan perusahaan & sesudahnya PEMEGANG WAKTU PENGELUARAN Mempunyai saham PERUSAHAAN Tidak mesti mengeluarkan PERSEORANGAN bon .

Tidak mempunyai risiko pun kerana mempunyai jaminan keuntungan Mempunyai hak yg tetap & tidak berubah walaupun perusahaan berada dlm keadaan untung @ rugi Mempunyai batasan (limit) waktu pengembalian PENGELUARAN PENGELUARAN Kaedah utk mendapatkn modal melalui pinjaman daripada pihak lain .PERBEZAAN UMUM ANTARA SAHAM DAN SUKUK (BON ISLAM) SAHAM Mempunyai hak untuk hadir & hak memberikan suara Kadang-kadang keuntungan hilang kerana hutang perusahaan @ kerugiannya Mempunyai hak dalam keuntungan yang berubahrubah sesuai dengan keadaan perusahaan Nilai nominal tidak boleh dikembalikan kecuali pada waktu pembekuan perusahaan Kaedah utk mendapat modal daripada pemilik projek PERBEZAAN HAK DLM MESYUARAT RISIKO KEUNTUNGAN HAK DLM KEUNTUNGAN SUKUK Tidak berhak untuk hadir & memberikan suara.

.PERANAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAH (MPS) Memastikan penyelidikan yang dilakukan selaras dengan prinsip dan kehendak Syariah. tumpuan diberikan kepada aktiviti utama Syarikat dari sudut barangan dan perkhidmatan yg dihasilkan. KRITERIA SYARIAH Dalam membentuk kriteria tersebut . Ini kerana aktiviti utama mendatangkan pulangan kpd Syarikat dan seterusnya dibahagikan kepada pemegang saham dalam bentuk keuntungan dan dividen.

SEKURITI TERSENARAI DI BURSA MALAYSIA HUKUM HALAL HARAM SYUBHAH Patuh Syariah Berteraskan judi. arak. HURAIAN . amalan riba. amalan tidak bermoral dan sebagainya Bercampur antara halal dan haram. gharar.

4. 3.KRITERIA AKTIVITI UTAMA 1. Berteraskan Riba Kegiatan judi Pengeluar dan penjualan barang dan perkhidmatan yang diharamkan dalam Islam Syarikat bersifat gharar . 2.

a. b.dalil al-Quran : “‫واﺣﻞ اﷲ اﻟﺒﻴﻊ و ﺣﺮم“ اﻟﺮﺑﺎ‬ Dalil ijma. . c.ulama bersepakat riba adalah haram. Hujah.1. KRITERIA BERTERASKAN RIBA Aktiviti utama syarikat adalah berteraskan riba seperti yg di jalankan oleh institusi kewangan konvensional.

seperti kasino. sesungguhnya (meminum) khamar. Maka jauhilah perbuatanperbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan” Al.maidah : 90 i. . mengundi nasib dengan panah.2. nom. berjudi. KRITERIA BERTERASKAN KEGIATAN JUDI i. Aktiviti utama syarikat adalah kegiatan judi. (berkorban untuk) berhala. adalah termasuk perbuatan syaitan.ekor dan yg seumpamanya. Hujah pengharaman – “Hai orang-orang yang beriman.

3. makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi. b. Hujah – “Hai sekalian manusia. Aktiviti utama syarikat adalah pengeluaran barangan & perkhidmatan yg diharamkan dalam Islam yg merangkumi: Proses.” Al. KRITERIA BERTERASKAN PENGELUARAN & PERKHIDMATAN YG HARAM.Baqarah : 168 . a.mengeluar & memasarkn minuman keras. Membekalkan daging yg tidak halal Memberikn perkhidmatan yg tidak bermoral. Kerana Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.

A. Aktiviti utama syarikat adalah bersifat gharar ( ketidakpastian) seperti: perniagaan insurans konvensional dan perbankan.a.W: “Sesungguhnya Nabi s.4. KRITERIA BERTERASKAN UNSUR GHARAR i. Dalil pengharaman gharar: berdasarkan hadis nabi Muhammad S.” ii. .w menegah jual beli gharar.

SYARIKAT BERCAMPUR Bermaksud. aktiviti utama syarikat adalah terdiri daripada aktiviti yg dibenarkn Syariah tetapi terdapat juga aktiviti sampingan yg haram dalam nisbah yang kecil. Bagi syarikat bercampur MPS mempertimbangkan beberapa kriteria tambahan sebelum memasukkan dalam senarai sekuriti patuh syariah iaitu: .4.

manakala unsur haram adalah amat kecil.i. iii. manakala unsur haram yg amat kecil melibatkn perkara umum balwa. Aktiviti utama syarikat mestilah bukan aktiviti yg bertentangan dgn prinsip-prinsip Syariah. Aktiviti utama syarikat tersebut m’punyai kepentingan & maslahah kpd umat Islam dan negara. uruf & hak masyarakt bkn Islam yg diperakui oleh Islam. Pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik. ii. .

.iv Majoriti fuqaha’ mengharuskan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam dan menghukumnya makruh (Syafi’ I. Maliki dan Hanbali) manakala minoriti fuqaha tidak mengharuskan kerana benda haram seperti khinzir adalah mal bagi bukan Islam dan haram bagi orang Islam. sebahagian Hanafi.

Prinsip umum balwa. akal. Perundangan Islam terima hakikat gharar yasir.daruriyat al. zuriat dan harta) Maslahah .Khamsah ( Agama. diri. Prinsip al.RASIONAL MENGHARUSKAN KEMASUKAN SYARIKAT BERCAMPUR DALAM SENARAI SEKURITI PATUH SYARIAH.

33% Ukur rujuk berdasarkan Ghabn Fahish (melampau) oleh Mazhab Hanafi. .ASAS MEMBENTUK UKUR RUJUK Ukur 1/3 dalam kes wasiat sa’ad ibn waqas-1/3 atau 33.iaitu: 5% = Barangan biasa 10% = Haiwan tunggangan/kenderaan 20% = Aset tetap.

Contoh sumbangan tersebut adalah pendapatan faedah daripada simpanan tetap dalam bank konvensional. Antara aktiviti yang mempunyai tanda aras ini ialah aktiviti pengoperasian hotel dan pusat peranginan.PERLAKSANAAN SEMASA TANDA ARAS a) Tanda aras lima peratus (5%) Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang jelas keharamannya (tidak selaras dengan Syariah) seperti riba (syarikat berasaskan faedah seperti bank konvensional). perniagaan saham. judi. Tanda aras ini juga digunakan bagi aktiviti yang melibatkan tembakau. minuman keras dan daging babi. b) Tanda aras 10 peratus (10%) Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang melibatkan unsur `umum balwa iaitu perkara terlarang yang melibatkan kebanyakan orang dan sukar untuk dielakkan. c) Tanda aras 20 peratus Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan terimaan sewaan daripada aktiviti tidak patuh Syariah seperti terimaan sewaan premis yang menjalankan aktiviti perjudian. jualan arak dan sebagainya. namun terdapat unsur lain yang boleh menjejaskan status Syariah aktiviti berkenaan. d) Tanda aras 25 peratus Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang secara umumnya selaras dengan Syariah dan mempunyai maslahah kepada masyarakat awam. .pembrokeran dan sebagainya kerana aktiviti tersebut berkemungkinan melibatkan aktiviti lain yang tidak selaras dengan Syariah.

RINGKASAN SEJARAH PENERBITAN SEKURITI (SAHAM) PATUH SYARIAH Pada bulan Ogos 1995 Suruhanjaya Sekuriti (SC) dengan kerjasama Kumpulan Penyelidikan Instrumen Islam (KPII) telah berusaha membuat penyelidikan bagi memulakan penganalisaan terhadap saham-saham yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Pada 28 November 2008. Hasil daripada penyelidikan tersebut terbentuklah kriteria-kriteria yang dijadikan sebagai panduan asas untuk menilai sekuriti-sekuriti tersenarai dari perspektif Syariah. jumlah saham yang diklasifikasikan oleh MPS sebagai sekuriti patuh Syariah telah bertambah iaitu sebanyak 855 saham. Pada bulan Jun 1997. jumlah Saham Patuh Syariah hanyalah sebanyak 371 buah atau kira-kira 57% sahaja dari jumlah keseluruhan sekuriti tersenarai. Jumlah ini mewakili 85% daripada jumlah keseluruhan sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia. .

Secara kolektif. ia merupakan mekanisme yang memudahkan pemindahan dana pelaburan daripada agen ekonomi yang mempunyai lebihan kewangan kepada mereka yang mengalami defisit kewangan. pihak berkuasa tempatan. sektor swasta.SUMBANGAN PASARAN SAHAM/EKUITI TERHADAP EKONOMI MALAYSIA Pasaran saham adalah sebahagian daripada pasaran modal yang berperanan penting dalam menjalankan fungsi ekonomi dan kewangan. kerajaan. Ini dapat dicapai melalui proses penjualan sekuriti (saham atau bon) sama ada di pasaran primer ataupun pasaran sekunder . 2001) . Kesannya. dan lain-lain boleh mengakses himpunan besar modal daripada aktiviti tersebeut berbanding hanya bergantung pada modal dalaman semata-mata (SHEIKH GHAZALI ABOD.

pasaran saham juga membolehkan pelabur-pelabur sama ada untuk membubarkan atau memperuntukkan pelaburan mereka kepada aset-aset kewangan lain. Walaupun kebanyakan perniagaan pasaran saham hanya melibatkan perniagaan saham sedia ada (sekunder). .Samb. Pada masa lain. Aktiviti jual beli sekuriti/saham adalah sangat penting bagi peruntukan modal yang cekap dalam sesebuah ekonomi.. hak atau bon pada harga yang tinggi. syarikat-syarikat boleh meningkatkan modal dengan menerbitkan saham baru. Melaluinya. Harga transaksi dan sebut harga bagi sesuatu saham juga memberikan pelabur “petunjuk nilai pasaran bagi kekayaan” yang boleh mempengaruhi keputusan mengenai perbelanjaan penggunaan (consumption expenditures). namun harga sekuriti tersebut tetap menyediakan isyarat yang penting kepada institusiinstitusi kewangan.

Lebihan Dana & Kurangan Dana Lebihan Dana Sumber Dana Instrumen Kewangan Islam Pasaran Modal Islam Instrumen Pelaburan Islam Pengguna Dana Kurangan .

kesannya hasil pelaburan dan kos pembiayaan akan cenderung untuk menjadi lebih kompetitif. Bagi pelabur-pelabur kecil. misalnya.KELEBIHAN PASARAN SAHAM/EKUITI Meningkatkan Kecekapan Sistem Kewangan. . pilihan pelabur umumnya akan menjadi deposit pelaburan dengan tarikh matang yang pelbagai. tanpa banyak kelonggaran dalam perkembangan risiko . Dengan itu ia akan meningkatkan kadar nominal simpanan bagi penyimpan dan merendahkan kadar bayaran pulangan kepada peminjam. Pasaran saham yang terkawal baik boleh meningkatkan kecekapan sistem kewangan melalui persaingan dalam penawaran instrumen kewangan yang mempunyai tingkat kualiti yang berbeza. Apabila wujud instrumen pelaburan kewangan alternatif dalam sesebuah pasaran. Dalam BIMB. ini mungkin tidak boleh terjadi jika pelaburan hanya dibuat dalam sektor perbankan. di samping institusi-institusi pula saling bersaing untuk mendapatkan dana terkumpul. Pilihan instrumen dengan risiko dan ciri pulangan yang berbeza akan membolehkan pelabur-pelabur membentuk portfolio yang diingini.

Pemadanan Tempoh Dana. Pelabur yang lebih mengutamakan penggunaan semasa akan dapat membubarkan pelaburan mereka melalui pasaran sekunder. Misalnya apabila pembiayaan besar diberikan kepada sesebuah firma besar. Pasaran saham membantu dalam memadankan keutamaan penyimpan dan pelabur berhubung dengan mudah tunai. Dengan kata lain. Pasaran saham juga berjaya memisahkan pemilikan sesebuah firma daripada pengurusannya. keadaan ini akan membolehkan firma meningkatkan modal jangka panjang mereka tanpa memerlukan pemegang-pemegang syer melibatkan diri sepenuhnya sepanjang tempoh projek dilaksanakan. . memadankan dana bagi projekprojek berjangka masa panjang dengan tempoh pembiayaan yang berjangka pendek. ia akan mewujudkan risiko yang besar. Bursa saham menyediakan sumber kewangan yang bukan sahaja mampu mewjudkan perkongsian risiko tetapi juga membenarkan pengurusan untuk menjalankan dasar jangka masa panjang seperti membuat perubahan dalam struktur pemilikan.

ii. Skim cukai yang amat menarik turut diwujudkan untuk pelaburan bumiputera.Mobilisasi Simpanan. Simpanan kewangan akan cenderung meningkat naik berbanding simpanan bukan kewangan. pelaburan dalam ekuiti berfungsi sebagai. Di Malaysia. . Dalam memobilasi simpanan. Menyediakan insentif untuk menyimpan pelaburan berbanding untuk penggunaan lain seperti hartanah ataupun perumahan. dan akibatnya kadar simpanan domestik akan turut meningkat. pemilikan ekuiti dan perkembangan pemilikan saham korporat. Pasaran saham/ekuiti merupakan satu bentuk pelaburan yang berdaya maju dan agak selamat di samping menjanjikan pulangan jangka panjang yang menarik. Bersaing dengan deposit perbankan yang mungkin menjadi subjek kepada kawalan kadar faedah. i. kerajaan menggalakan pelaburan dalam pasaran modal dengan menawarkan yuran pembrokeran yang amat kompetitif terhadap dagangan saham dan kadar cukai ke atas pulangan modal dan dividen hasil.

jadi adalah penting bagi komuniti tersebut menyertai pasaran saham dalam usha memperluaskan lagi pemilikan asas di samping meningkatkan kesejahteraan ekonomi untuk tempoh jangka panjang. melalui cara membebaskan sektor swasta daripada kawalan asing tanpa mengambil serius tentang bahayanya terhadap pertumbuhan ekonomi. ini hanya boleh menjadi jika pasaran saham mendapat sambutan yang bermakna oleh sebahagian besar penduduk. kemungkinan pengekalan keuntungan yang lebih besar dan tahap kawalan yang lebih besar oleh pelabur-pelabur tempatan. termasuk kesinambungan dalam pertumbuhan. Keupayaan individu tempatan untuk membeli saham firma-firma asing dan untuk menukar simpanan domestik swasta kepada pelaburan ekuiti boleh menghasilkan faedah yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun. . 50% populasi penduduknya adalah bumiputera Islam.• Keaslian Pelaburan Satu daripada kebimbangan kerajaan adalah terpaksa bergantung kepada modal asing untuk membangunkan ekonomi Malaysia. Misalnya di Malaysia.

Pengalaman di Malaysia misalnya memperlihatkan kebanyakan bank-bank tempatan (tahun-tahun awalan selepas kemerdekaan) dimiliki oleh kaum Cina yang lebih mengutamakan kaum sendiri dalam memberikan pembiayaan. ini adalah salah satu daripada objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam usaha menggalakkan syarikatsyarikat swasta dan syarikat milik penuh Cina untuk pergi kepada orang ramai untuk membolehkan agensi amanah bumiputera memiliki sahamsaham mereka. firma-firma kebiasaanya akan kembali kepada bank dan institusi kewangan lain dalam usaha memenuhi keperluan modal jangka pendek dan panjang. Dalam ketiadaan pasaran saham berdaya maju. . Sebenarnya. Dalam kebanyakan kes. Dalam kes lain. pasaran saham mengatasi isu-isu in dengan menawan aliran bebas pasaran permintaan dan penawaran syarikat perkongsian dalam meningkatkan modal. akses untuk mendapatkan modal akan terjamin dengan membuat kawalan terhadap beberapa buah bank. bank mungkin juga memerlukan pengekalan ekuiti sebagai satu keadaan untuk pembiayaan yang selalu membawa kepada satu asas pemilikan yang sempit. dan secara serentaknya membolehkan asas pemilikan menjadi meluas.Meluaskan Asas Pemilikan. Jadi.

2. 3. Faedah lain bagi pasaran saham antaranya adalah.Kelebihan Lain. 4. 1. Meningkatkan akses kepada ekuiti dan pelaburan Mengurangan nisbah hutang/ekuiti bagi syarikat-syarikat Akses modal untuk firma-firma baru Memudahkan proses penswastaan melalui pemindahan teratur saham kerajaan/projek kepada sektor swasta dan sebagainya .

029 syarikat (85%) • 64 % daripada permodalan pasaran (market cap.0 17.0 8.9 Telekom Malaysia Maxis Com.6 15.SAHAM PATUH SYARIAH 10 syarikat patuh Syariah yang terbesar berdasarkan permodalan pasaran RM billion Tenaga Nasional MISC • 843 daripada 1.4 11. IOI Corporation Petronas Gas Sime Darby Plus Expressway Golden Hope Digi.Com 1150 1100 1050 1000 950 900 850 800 KLCI KLSI 160 155 150 145 140 135 130 125 120 Composite Index Syariah Index .6 32.4 29.) Sekuriti Lulus Syariah 85% Sekuriti Tidak Lulus Syariah 15% 42.2 14.4 21.PASARAN EKUITI ISLAM .9 22.

PRESTASI PASARAN EKUITI MALAYSIA 1.000 800 600 400 200 0 Debt securities outstanding Equity market capitalisation Banking sector assets RM billion Source: Bank Negara Malaysia .200 1.

PRESTASI PASARAN EKUITI MALAYSIA SETAKAT OKTOBER 2008 .

PRESTASI PASARAN EKUITI MALAYSIA SETAKAT OKTOBER 2008 .

EVOLUSI PENGGUNAAN KONSEP ISLAM DLM PENERBITAN SUKUK (BON ISLAM) Islamic Securities Approved by SC based on No. of Securities Issued Istisna 10% BBA 16% Istisna 5% Bai'Inah 3% Murdharabah 1% Musyarakah 6% BBA 21% BBA & Istisna Musyarakah 8% 2% Ijarah 4% Ijarah 13% Ijarah 10% BBA 17% 2006 Musyarakah 6% Murabahah 55% 2005 Murabahah 54% 2004 Murabahah 52% Istisna 3% Murabahah & Bai' Al Dayn 3% Istisna 9% Bai' Al Dayn 3% Murabahah 35% Murabahah 44% 2003 BBA 62% 2002 BBA 53% Murabahah 26% 2001 BBA 62% Sumber: Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia .

88 35.77 36.37 2000 2001 2002 2003 2004 2005 Sep2006 33.399.00 116.00 24.000.900.00 Jumlah % Sukuk 18.86 119.00 179.550.286.309.641.000.00 190.94 175.00 201.04 12.668.44 38.50 10.62 50.56 43.200.100.400.400.237.471.833.00 91.550.770.00 26.526.885.24 146.00 Jumlah % Sukuk 4.583.010 114.120.00 22.00 192.080.00 217.00 219.100.850.00 117.97 12.800.00 4.81 197.120.26 4.435.76 Sukuk Sektor Awam (RM juta) Bon Konvension al 95.500.500.59 64.757.00 178.00 99.35 5.72 25.01 114.900.00 Sumber: Bank Negara Malaysia .00 71.110.00 20.949.00 6.00 102.404.35 110.670.208.00 186.00 208.99 119.NILAI TERBITAN SUKUK DALAM PASARAN DOMESTIK Sektor Swasta (RM juta) Tahun Sukuk Bon Konvensional 145.85 46.00 126.249.91 65.950.77 185.01 109.99 5.45 12.00 168.00 146.00 166.930.300.809.

. hanya bahagian itu sahaja yg menanggung dosa.PENGLIBATAN UMAT ISLAM DALAM PEMBELIAN EKUITI Umat Islam boleh menguasai syarikat dgn mempunyai pegangan saham terbesar di dalamnya. tindakan ini merupakan tindakan yg berasingan dengan aktiviti utama syarikat. terdapat syarikat yang membuat akad riba dlm urusan perdagangan yang dilakukan oleh pihak pengurusan syarikat. akan tetapi hanya di sesetengah bahagian sahaja. maka. Contoh: Dalam soal riba. Jika terdapat sebarang unsur yg diharamkan.

Samb… Dari perspektif Islam. memandangkan menyimpan modal tanpa digunakan adalah suatu yang dilarang. . maka usaha dan strategi yang telah tersedia ada perlu diperpanjangkan lagi oleh semua pihak dengan suatu penggemblengan tenaga bersepadu dalam konteks menyemarakkan lagi penglibatan umat Islam dalam pasaran modal Islam. Sekarang adalah masa yang paling tepat untuk memupuk masyarakat kembali kepada pelaburan yang sebenar termasuk pasaran ekuiti Islam setelah ramai yang tewas dan terjebak dalam skim pelaburan haram yang berleluasa di internet gara-gara tamak haloba dan malas berusaha.

aktiviti perniagaan mereka.KESIMPULAN Pelaburan dalam pasaran saham/ekuiti merupakan asas penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara kerana ia menyediakan modal kepada syarikat untuk membesarkan aktiviti . Penyenaraian sesebuah syarikat di Bursa Malaysia memberi peluang lebih baik untuk syarikat mendapat modal yang lebih besar Pasaran saham berfungsi sebagai sebuah pusat pelaburan kepada sesebuah syarikat yang dipilih berdasarkan keyakinan pelabur dan juga tempat untuk mencairkan pemilikan saham apabila dirasakan pelaburan telah mencapai objektifnya. Di sinilah pentingnya peranan pasaran saham dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara di mana transaksi berbilion-bilion ringgit diniagakan setiap hari. .

firma broker saham Islam dan jendela broker saham Islam. . Pasaran modal Islam secara umumnya terdiri daripada pasaran ekuiti dan pasaran sekuriti hutang di bawah kawalan dan seliaan Suruhanjaya Sekuriti (SS). Indeks Islam Bursa Malaysia. Di bawah pasaran ekuiti Islam terdapat sekuriti patuh Syariah yang telah disahkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SS). Pelaburan melalui pembelian saham-saham syarikat yang boleh mendapat keuntungan dalam perniagaannya memang digalakkan kerana ia akan menjadi harta yang berkembang dan memberi manfaat kepada para pelabur itu sendiri dan kepada pembangunan ummah secara keseluruhannya. dana unit amanah berasaskan Syariah.Pelaburan secara Islam membawa maksud pelaburan yang dibuat daripada lebihan pendapatan dan harta dengan matlamat untuk mendapat keuntungan pada masa depan dalam bentuk keuntungan modal (kenaikan harga) mahupun keuntungan perniagaan (dividen) mengikut kehendak – kehendak hukum syarak.