You are on page 1of 10

PENGERTIAN ZAKAT

DARI SEGI BAHASA Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG" Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

DARI SEGI SYARAK Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah: Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada. Membersihkan diri pembayar zakat. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada. Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

Jenis2 ZAKAT
Ada 2 jenis zakat iaitu: Zakat Fitrah Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Zakat Harta Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut: Zakat Pendapatan Zakat Perniagaan Zakat Binatang Ternakan Zakat Pertanian Zakat Wang Simpanan Zakat Emas dan Perak Zakat Saham Zakat Ma'adin, Kunuz dan Rikaz *

*** Ma'adin Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut. Kunuz Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun). Rikaz Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)

ZAKAT PENDAPATAN Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun adalah juga diserapkan dalam perbincangan ini. Kesemuanya ini dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yang menjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama.

Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Contoh: Gaji tahunan Tunggakan gaji Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat) Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian. Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Contoh: Khidmat guaman Khidmat nasihat Juru perunding Rawatan perubatan Kejuruteraan Seniman Lain-lain DALIL WAJIB ZAKAT Firman Allah s.w.t: "Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu." Surah al-Baqarah (ayat 267)

Allah menjelaskan bahawa segala 'hasil usaha yang baik' itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat. Sabda Rasulullah s.a.w: "Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".

SYARAT WAJIB ZAKAT Islam. Merdeka. Sempurna Milik. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat. Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan pengajian yang merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisen, pemberian, ganjaran profesional, hasil sewaan, perkhidmatan dan sebagainya. Pendapat para fuqaha' menyebutkan semua hal berkenaan pendapatan dan penggajian disebut sebagai 'mal mustafad' iaitu perolehan baru yang termasuk dalam takrifan sumber harta yang dikenakan zakat. Cukup nisab. Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk mata wang yang disandarkan kepada emas. Cukup haul. Jangka masa setahun adalah jarak untuk mempersatukan semua hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting ialah seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya harta wang simpanan ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat. KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT Terdapat 3 garis panduan mengira zakat pendapatan KAEDAH 1 2.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab) CONTOH: Jika jumlah kasar dari sumber setahun ialah sebanyak RM33,800.00, maka zakatnya sebanyak RM33,800.00 x 2.5 % = RM845.00 KAEDAH 2 Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenakan (berlandaskan kaedah penolakan yang dibenarkan KAEDAH 3 Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar. CONTOH PENGIRAAN ZAKAT MENGIKUT KAEDAH 2 DAN 3

A. Pendapatan Dari Semua Sumber (setahun) Gaji Elaun Bonus Lain-lain JUMLAH PENDAPATAN

RM 24,000 5,800 4,000 5,000 38,800

B. Perbelanjaan Yang Dibenarkan (setahun) Diri Isteri Anak-anak (1,000 x 4 orang) Pemberian IbuBapa Caruman KWSP Caruman Tabung Haji Caruman kepada institusi / koperasi yang telah memberi zakat bagi pihak ahli. JUMLAH TOLAKAN

RM 8,000 3,000 4,000 2,400 2,400 600 1,200 21,600

C. Pendapatan Bersih Yang Layak Dizakat (A-B)

RM

RM38,800 - RM 21,600 Nilai melebihi paras nizab, (contoh: nisab bagi tahun 2006 (April) = RM 6,297.96)

17,200

D. Zakat Yang Wajib Dibayar (C x 2.5%) RM17,200.00 x 2.5% NOTA: 1. 2.

RM 430.00

3.

Perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak dalam jadual di atas adalah berdasarkan kaedah penolakkan yang dibenarkan (berdasarkan kaedah kedua). Bagaimanapun perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak boleh diambil kira tanggungan sebenar (berdasarkan kaedah ketiga) iaitu mengambil kira perbelanjaan asasi bagi makanan, pakaian, perubatan, pengankutan, pendidikan dan tempat tinggal. Pemberian kepada ibu bapa, caruman KWSP, caruman Tabung Haji, caruman kepada institusi/koperasi yang telah membayar zakat bagi pihak ahli hendaklah berdasarkan kepada jumlah sebenar.

ZAKAT WANG SIMPANAN Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram) DALIL WAJIB ZAKAT

"Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun."

Kaedah Kiraan Zakat Wang Simpanan

Simpanan Tetap o Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut. Simpanan Biasa o Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul bagi simpanan tersebut. Simpanan Dalam Satu Akaun o Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan. Simpanan Dalam Beberapa Akaun o Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki terendahnya dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi nisab.

Zakat Pendapatan
1. Maksud pendapatan adalah luas. Bolehkah diperincikan apakah jenis-jenis pendapatan yang wajib dizakatkan? Zakat pendapatan juga diistilahkan sebagai zakat al-mal al-mustafad, iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan professional yang lain. Zakat pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan atau bayaran yang diperolehi sebagai balasan atas perkhidmatan yang diberi. Ia dikenali sebagai upah, gaji, bonus, dividen, hasil sewaan, royalty, hibah, elaun, honorarium, pampas an, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk pendapatan yang berasaskan kerjaya atau sebagai ahli professional. Oleh itu, zakat pendapatan tidak hanya tertakluk kepada gaji tetap sahaja bahkan segala jenis pendapatan lain juga wajib dikira sebagai tunduk kepada zakat pendapatan. 2. Adakah seorang isteri yang berkerja wajib menunaikan zakatnya? Atau cukup sekadar suaminya sahaja yang menunaikan zakat? Zakat adalah tertakluk kepada individu. Suami yang berkerja maka zakat wajib ke atasnya, maka isteri yang berkerja juga wajib zakat ke atasnya. Begitu juga, wang simpanan isteri milik isteri dan wajib dizakatkan, wang simpanan suami milik suami maka wajib dizakatkan. Ia adalah harta individu. Maka, suami dan isteri hendaklah mengira sendiri, sama ada pendapatan tahunan mereka wajib dizakatkan atau tidak. Sekiranya wajib, maka masing-masing wajib mengeluarkan zakat. Ia berbeza dengan zakat fitrah pada bulan Ramadan, kerana ia dikeluarkan oleh ketua keluarga untuk semua tanggungannya. 3. Saya telah memenangi sebuah peraduan dan mendapat hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000.00. Adakah ia dikira sebagai pendapatan dan saya wajib menzakatkannya? Bagaimana pula jika saya memenangi kereta atau rumah? Wang hadiah itu tidak boleh dikira pendapatan kerana ia didapati secara mengejut dan tidak berkala atau tetap. Jadi, saudara tidak perlu mengeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun, ia akan menjadi zakat simpanan jika saudara tidak menghabiskannya dan menyimpannya di dalam mana-mana akaun (sebaik-baiknya tahun hijrah), misalnya saudara dapat wang hadiah itu pada bulan Ramadan tahun ini, saudara guna dan pada bulan Ramadan tahun hadapan, yakni genaplah setahun hijrah, jika masih berbaki maka ia dikira zakat simpanan. Itu pun jika baki selepas setahun itu masih melebihi nisab semasa (katakan nisab ialah RM6,800), maka barulah dikirakan zakat ke atas wang hadiah itu. Manakala hadiah dalam bentuk lain seperti rumah dan kereta tidak perlulah dizakatkan. 4. Saya melaksanakan zakat menerusi Skim Potongan gaji. Sekiranya saya sengaja melebihkan amaun bayaran zakat melalui potongan gaji, adakah ia dikirakan zakat juga? Bolehkah saya meniatkannya sebagai qada zakat? Bagaimana pula dengan akad zakat?

Zakat sudah tertentu jumlahnya. Jika ditaksirkan zakat saudara ialah RM100 sebulan, kemudian saudara sengaja menunaikan RM150, maka lebihan itu bukanlah zakat melainkan dikira sebagai sedekah. Walau bagaimanapun, ia boleh diniatkan sebagai zakat harta yang lain. Misalnya zakat emas, zakat simpanan atau apa sahaja zakat termasuklah qada zakat yang lalu. Memadai dengan niat saudara semasa mengisi borang potongan zakat maka akad tidak diperlukan lagi. Ini kerana, rukun dan syarat sah zakat ialah niat dan memberikan harta, yakni berlaku pemindahan hak milik ke atas harta zakat. Manakala lafaz zakat atau akad hanyalah sunat semata-mata. 5. Saya telah ditegur oleh seorang kawan kerana membayar zakat melalui potongan gaji setiap bulan. Kata kawan saya, haul zakat saya ialah di hujung tahun. Saya keliru dan adakah sah zakat saya sebelum ini? Sebenarnya, perbicaraan mengenai haul zakat penggajian agak panjang. Walau bagaimanapun, ulama sendiri mempunyai dua pendapat. Ada menyatakan, ia boleh dizakatkan tanpa menunggu setahun dan ada yang menyatakan hendaklah ditunggu setahun. Hukumnya adalah sah zakat tersebut bahkan lebih awla jika saudara bimbang seandainya apabila cukup setahun, maka saudara sudah menghabiskan semua wang tersebut. Kesimpulan yang dapat diberikan, adalah sah dan harus mengeluarkan zakat lebih awal dari waktunya. Inilah pendapat yang kuat bagi kalangan Syafie, Hanafi dan Hambali. 6. Saya berminat mengetahui rebat cukai individu yang menunaikan zakat? Bolehkah diperjelaskan kesannya kepada PCB saya? Hakikatnya, rebat kepada cukai pendapatan adalah suatu kelebihan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada umat Islam. Maknanya, zakat termasuklah zakat fitrah layak dijadikan rebat kepada cukai pendapatan. Menurut Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 6A (3), setiap individu yang menunaikan zakat berhak mendapat rebat ke atas jumlah cukai yang perlu dibayar pada tahun berkenaan. Implikasinya, sama ada ia akan mengurangkan jumlah cukai pendapatan individu ataupun ia akan terus mendapat pelepasan daripada membayar cukai pendapatan. Oleh itu, setiap pembayaran zakat wajib disimpan resitnya bagi tujuan pembuktikan kepada pihak LHDN apabila diminta. Di samping itu, menunaikan zakat menerusi Skim Pemotongan Gaji juga akan melayakkan pelarasan cukai bulanan bagi mereka yang dikenakan Potongan Cukai Berjadual.

Zakat Simpanan
1. Apakah perbezaan di antara zakat pendapatan dan zakat wang simpanan? Zakat pendapatan dilihat puncanya dari gaji, elaun, bonus, pendapatan sampingan dan hasil-hasil lain yang boleh diertikan sebagai pendapatan. Adapun zakat wang simpanan dilihat puncanya dari wang yang disimpan sahaja. Zakat wang simpanan dikenakan pada jumlah terendah yang mencecah nisab semasa, sementara zakat pendapatan dikenakan kepada jumlah yang berbaki selepas dibuat penolakan terhadap perbelanjaan asasi.

2. Mengapakah seseorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajib membayar zakat wang simpanannya walaupun wang simpanan tersebut datang dari pendapatan yang sama? Seorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajib membayar zakat wang simpanannya kerana zakat yang dikenakan ke atas simpanannya itu walaupun dari sumber yang sama tetapi perlu difahami bahawa zakat simpanan itu adalah dari sumber dan haul yang berbeza. Contohnya: Seseorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajib membayar zakat wang simpanannya apabila simpanannya itu telah cukup haulnya. Pengiraan haulnya mula dikira apabila simpanan dari gajinya itu cukup setahun. Melalui keterangan ini, difahami bahawa zakat dikenakan ke atas wang simpanan tersebut kerana wang simpanan itu mengikut haul yang berbeza dari haul gajinya. Permasalahan ini dapat difahami dengan lebih jelas lagi apabila kita qiaskan kepada kewajipan membayar zakat emas yang dibeli dari sumber gaji. Contohnya: Seseorang yang telah membayar zakat gajinya kemudian ia membeli emas dari lebihan gajinya itu, maka ia wajib mengeluarkan zakat emasnya. Begitulah halnya pada permasalahan yang saudari kemukakan. Di dalam situasi ini, ia wajib membayar zakat emas tersebut apabila ia telah cukup haulnya. Pemilik emas tidak boleh mendakwa bahawa emas ini tidak wajib dizakatkan kerana ia dibeli dari wang gaji yang telah dizakatkan.

3. Saya mengeluarkan wang KWSP saya sebanyak RM40,000.00 bagi tujuan membayar ansuran rumah. Adakah saya kena menzakatkan wang tersebut, sedangkan saya langsung tidak memegang wang itu kerana KWSP telah mengeluarkan cek dan ia dibayar terus kepada bank? Wang yang disimpan di dalam KWSP dikategorikan sebagai wang simpanan. Walau bagaimanapun, sepanjang wang itu berada di dalam simpanan KWSP, syarat sempurna milik masih belum ada. Oleh itu, saudara masih belum wajib mengeluarkannya. Hanya apabila saudara membuat pengeluaran, maka saat itulah datangnya kewajipan berzakat. Menurut fatwa di Selangor, amalan yang paling afdal ialah saudara terus menunaikan zakat KWSP tersebut sebanyak 2.5 peratus daripada jumlahnya semasa pengeluaran. Sungguh pun saudara tidak memegang wang KWSP kerana ia dibayar terus kepada bank; namun saudara masih mendapat manfaatnya. Maka, ambillah wang dari manamana sumber lain bagi menjelaskan zakat KWSP tersebut.

You might also like