You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

Trigonometri ialah satu satu cabang matematik yang mengkaji hubungan sudut dan sisi dalam segi tiga. Kesimpulannya,trigonometri dapat dikatakan sebagai penyelesaian segi tiga. Trigonometri digunakan dalam bidang astronomi bagi

mengira jarak bintang-bintang terdekat di langit, dalam bidang kejuruteraan bagi mendapatkan ukuran binaan dengan tepat. Trigonometri juga digunakan dalam

kajian berkaitan gelombang bunyi dan cahaya.selain itu, ianya banyak juga dugunakan dalam bidang geografi untuk menghitung jarak antara titik tertentu dan juga dalam navigasi satelit. Ia merupakan bidang asas dalam banyak disiplin ilmu.

Trigonometri adalah sebuah cabang matematika yang berhadapan dengan sudut segi tiga dan fungsi trigonometrik seperti sinus, kosinus, dan tangen. Secara

umumnya, trigonomeri adalah cabang matematik yang berurusan dengan nisbah yang terdapat antara sisi segi tiga bersudut tegak, hubungan antara nisbahnisbah tersebut, dan aplikasi yang melibatkan fakta tersebut.
2.0 ISI KANDUNGAN

2.1 SEJARAH TRIGONOMETRI Asal trigonometri bermula pada lebih 2000 tahun lalu di Mesopotamia, Babylonia dan Mesir atas keperluan ahli-ahli astronomi. Trigonometri

dicipta oleh orang-orang Mesir Purba dan Babylon, yang bekerja dengan segi tiga, dan dari semasa ke semasa melalui orang Yunani dan India. Pada mulanya, orang Mesir Purba dan Babylon tidak mempunyai penggunaan yang jelas mengenai fungsi trigonometri tetapi dapat menggunakannya tanpa pengetahuan yang banyak mengenainya. Istilah trigonometri dicipta oleh ahli Matematik Jerman iaitu

Bartholomaeus Pitiscus. Ahli Matematik Mesir Purba pula telah menghasilkan sebuah jadual yang menghubungkan panjang bayang-bayang pada masa-masa tertentu pada awal abad ke-13 sebelum Masihi.
Perkembangan trigonometri bermula daripada zaman Yunani lagi. Ahli matematik yang terlibat ketika ini ialah Hipparchus, Ptolemy dan Menelaus. Pada abad ke-2 1

Sebelum Masihi, Hipparchus telah meletakkan asas kepada trigonometri. Beliau telah membina jadual trigonometri dengan mengukur panjang perentas bulatan

yang mempunyai jejeri tetap. Hipparchus akhirnya telah membina jadual perentas. Menelaus pula telah berjaya membuktikan teori untuk trigonometri sfera. Pada tahun 100 selepas Masihi, ahli Matematik Babylon, Ptolemy mengiktiraf nilai Hipparchus untuk jejari sebagai 60 dan mencipta semula jadual perentas Hipparchus yang hilang. Jadual perentas ini menunjukkan bagaimana untuk mencari bahagiandaripada bahagian-bahagian yang

bahagian segi tiga yang tidak diketahui

diberikan. Maka, fungsi trigonometri yang digunakan oleh orang Yunani purba adalah perentas, iaitu yang berkait rapat dengan fungsi sinus.

Trigonometri juga berkembang di India iaitu pada zaman Siddhantas. Pada tahun 500 Selepas Masihi , Aryabhata Kusumapura, merupakan seorang ahli matematik yang pertama menggunakan fungsi sinus. Oleh sebab itulah dikatakan bahawa istilah sinus itu datangnya daripada India. Beliau menghasilkan jadual sinus dan dipanggil sine jya. Pada tahun 628 Selepas Masihi, seorang lagi ahli Matematik iaitu Brahmagupta juga telah menghasilkan jadual sinus.

Pada zaman Renaissance pula, Nicholas Copernicus telah menerbitkan sebuah buku mengenai trigonometri untuk astronomi pada masa itu.

Di tanah Arab pula, trigonometri juga turut berkembang. Ahli Matematik menggunakan bentuk hindu dan menambah fungsi dan rumus baru dalam trigonometri. Abu Abdullah Muhammad ibn Jabir al-Battani pula telah

memperkenalkan fungsi kosinus secara rasminya. Beliau telah menyambung kajian pengkaji trigonometri India dan Greek. Nasir ad-Din at-Tusi, telah menemui satah trigonometri sebagai satu disiplin dalam haknya sendiri yang seterusnya

memisahkannya daripada konsep trigonometri sfera. Abu Al-Wafa pula telah dipercayai memperkenalkan konsep tangen yang dipanggil umbra versa dan kemungkinan juga sekan dan kosekan.

Di Eropah pula, trigonometri sampai melalui orang arab.

Manakala ahli

Matematik barat, George Joaschim telah mendefinisikan fungsi trigonometri sebagai nisbah panjang bagi sesebuah garisan pada abad ke-13. Pada tahun 1583, Dane 2

Thomas Fincke telah memperkenalkan nama yang diguna pakai sehingga sekarang iaitu tangen yang datang daripada perkataan Latin tangere, ” menyentuh” dan sekan daripada secare, “memotong”. Pada tahun 1620 pula, nama kosinus dan kotangen telah diperkenalkan oleh Edmund Gunter.

Bentuk awal trigonometri yang muncul di China adalah pada abad ke-6 tetapi tidak begitu maju sehinggalah pada abad ke-12 dan ke-13 walaupun pengiraan

astronomi dan sains kalendar memerlukannya. Shen Kuo Yanh telah menggunakan trigonometri untuk menyelesaikan masalah berkaitan perentas dan lengkok bulatan.

Pada era modenisasi pula, ahli-ahli matematik pada tahun 1700-an, 1800an dan 1900-an telah membuat kajian atas idea-idea trigonometri yang canggih seperti melibatkan pemboleh ubah kompleks dan fungsi hiperbola. Antara tokoh yang terlibat ialah Bernoulli, Cotes, DeMoivre, Euler Dan Lambert.
2.2 DEFINISI

Mengikut American Heritage Dictionary 4, trigonometri bermaksud cabang matematik yang berurusan dengan hubungan antara sisi-sisi dan sudut-sudut yang terdapat pada segi tiga dan pengiraan yang berdasarkan hubungan tersebut iaitu fungsi trigonometri. Menurut Oxford Dictionary Of Sport Science & Medicine, trigonometri bermaksud salah satu cabang matematik yang berurusan dengan sudut-sudut dan sisi-sisi segi tiga dan pengiraan yang melibatkan

hubungan tersebut. Ianya berasal daripada kajian hubungan matematik dalam segi tiga yang mengandungi sudut tegak di dalamnya.
Istillah „trigonometri” datang daripada perkataan Greek iaitu trigonon yang bermaksud „ segitiga‟ dan perkataan Greek –metria yang bermaksud ukuran. Kesimpulannya, trigonometri bermaksud tri (tiga), gon (sisi), metri (ukuran); pengukuran segi tiga.

3

2.3 SUMBANGAN AHLI-AHLI MATEMATIK

Ahli-ahli Matematik di seluruh dunia banyak menyumbang kepada bidang yang melibatkan matematik seperti astronomi sehinggalah hari ini. Antara tokoh yang banyak menyumbang kepada dunia ialah Abu Al- Wafa‟ atau lebih dikenali dengan nama Al – Buzgani. Beliau banyak mempelajari matematik dan bidang astronomi serta mengkaji satah-satah. Beliau sebenarnya merupakan perintis dalam trigonometri dan digelar Peletak Dasar Rumus Trigonometri. Al – Buzgani telah membangunkan kaedah baru dalam penggunaan kosain. Beliau juga telah menetapkan undang-undang am kosain dalam trigonometri bulatan. Beliau juga merupakan orang pertama yang mencipta nisbah segitiga dan seterusnya memperkemaskan lagi trigonometri. Beliau adalah yang pertama membuktikan adanya teori relatif segitiga parabola.

Seterusnya adalah Al- Battani. Beliau menyumbang dalam trigonometri dengan memperkenalkan penggunaan sinus-kosinus serta trigonometri sfera secara meluas. Beliau memperlengkapkan jadual keterangan dalam bentuk darjah, menghitung dengan sinus, tangen dan kotangen. Maka, Al – Battani merupakan orang yang memperkenalkan teorem tangen, kotangen, sin,dan kosinus. Selain itu, beliau juga turut memperkenalkan konsep moden dalam trigonometri iaitu perlambangan fungsi dan identiti trigonometri. Di samping itu, beliau dikatakan menghasilkan sifir kotangen yang pertama.

Terdapat juga sumbangan tokoh dari Eropah seperti Hipparchus yang merupakan seorang ahli matematik dan astronomi. Beliau dikenali dengan nama „Bapa Trigonometri‟. Pada abad kedua Sebelum Masihi, Hipparchus dikatakan telah menyusun sifir trigonometri. Sifir trigonometri yang dirangkanya adalah untuk kegunaan bidang astronomi pada masa itu. Kesannya, beliau merupakan tokoh peralihan antara astronomi. Beliau juga telah membina jadual nilai sepadan bagi lengkok dan perentas kepada seluruh siri sudut bulatan. Beliau juga banyak menyumbang dalam kiraan set perentas yang seterusnya membawa kepada trigonometri. Trigonometri Hipparchus juga telah memberi beberapa sumbangan dalam bidang astronomi, antaranya ialah penyusunana data empiriknya yang terhasil daripada Babylon, merangka katalog bintang, memperbaik pelamar 4

astronomi yang penting ( seperti tempoh waktu dalam bulan dan tahun, saiz bulan dan sudut kecondongan gerhana ) dan penemuan keliukan ekuinoks. Beliau juga telahmenentukan panjang bulan dalam kalender lunar. Beliau telah mengumpulkan jadual trigonometri yang pertama dalam 12 buah buku. Beliau menggunakan 360 daripada Babylonians dan memperkenalkan trigonometri dengan ukuran sudut degree yang kita guna sehingga sekarang

Ahli Matematik yang seterusnya pula ialah Nasir al- Din. Nasir al-Din telah menubuhkan sebuah kitab yang bertajuk Kitab shikl al-Qita ( Teatise on Quadrilateral ) yang menjadi titik permulaan bagi trigonometri sebagai salah satu disiplin autonomi iaitu bebas daripada bidang astronomi. Dalam buku tersebut, beliau telah membentuk sebuah peristiwa penting mengenai kemunculan

trigonometri sebagai salah satu cabang matematik tulen. Beliau juga turut memperkenalkan hukum sinus yang berkaitan dengan segi tiga untuk menyediakan alat asas dalam menyelesaikan masalah. Beliau telah

membuktikan hukum sinus dan membuat demonstrasi aplikasi hukum sinus tersebut dalam mencari bahagian segitiga yang tidak diketahui daripada bahagian yang sedia ada.

Di samping itu, ahli Matematik dan astronomi Nicholas Copernicus juga banyak menyumbang dalam trigonometri. Antaranya ialah beliau terkenal kerana telah merevolusikan dunia dengan teori heliosentrik alam semestanya. Bagaimanapun dalam bukunya, De revolutionibus orbium coelestium, beliau

telah memperkembangkan trigonometri. Buku tersebut diterbitkan pada tahun kematiannya. Berdasarkan kerja Copernicus, anak muridnya, Rheticus telah membawa trigonometri kepada penggunaan yang menyeluruh. Rheticus telah menggunakan dan mengolah jadual trigonometri untuk keenam-enam fungsi trigonometri.

5

2.4 APLIKASI TRIGONOMETRI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Sebagaimana yang diketahui, kita dikelilingi oleh banyak aplikasi matematik, dan itu bermakna tidak terkecuali trigonometri. Trigonometri memang tidak dapat dinafikan bahawa ianya memainkan peranan penting dalam bidang astronomi. Hal ini kerana trigonometri merupakan pelengkap kepada astronomi.

Jadual

trigonometri telah dicipta lebih 2000 tahun yang lalu untuk kerja pengiraan dalam bidang ini. Asas-asas trigonometri membolehkan ahli astronomi untuk menentukan segala macam maklumat tentang jarak, jisim, orbit dan kelajuan. Fungsi trigoometri mamberikan kita keupayaan untuk mengukur sesuatu yang terletak di luar kemampuan kita seperti bumi. Jenis trigonometri yang diperlukan untuk memahami kedudukan pada sfera ( bumi ) ialah trigonometri sfera. Trigonometri membantu ahli astronomi dalam berurusan dengan skala yang besar daripada skala yang terdapat di atas bumi. Maka dapat dikatakan bahawa astronomi merupakan salah satu aplikasi trigonometri.

Selain itu, bidang arkitek juga merupakan salah satu juga aplikasi trigonometri. Kita tidak boleh memisahkan seni bina dari trigonometri. Trigonometri penting dalam menentukan permukaan melengkung dalam bahan binaan seperti keluli dan kaca. Trigonometri amat berguna dalam merekabentuk bangunan untuk menentukan corak geometri yang diinginkan. Trigonometri

membolehkan arkitek untuk

memikirkan ukuran dan sudut supaya pelan induk mereka boleh diwujudkan dengan bahan-bahan mentah. Apabila bangunan itu siap didirikan, strukturnya
bukan sahaja kuat, tetapi ia juga mempunyai ukuran yang tepat. Trigonometri membolehkan apa-apa yang dilakarkan di atas kertas mempunyai peluang untuk dibangunkan. Kita tidak boleh membayangkan jika bangunan didirikan atas ukuran yang diletakkan dengan semena-menanya. Oleh sebab itu trigonometri memainkan peranan yang penting bagi arkitek untuk mencari sudut dan ukuran yang betul bagi sesuatu bangunan.

Di samping itu, kita dapat lihat trigonometri diaplikasikan ke dalam kejuteraan. Bidang kejuteraan mempunyai cabangnya masing-masing dan menggunakan asas trigonometri untuk struktur, sistem, mereka bentuk jambatan, menyelesaikan 6

masalah saintifik dan banyak lagi. Jurutera boleh mula membina projek dan menentukan skop projek yang diambil apabila mengaplikasikan konsep

trigonometri. Contohnya, bagi jurutera reka bentuk, mereka menggunakan hukum sinus dalam menyenggarakan pesawat. Jurutera ini mesti mengira halaju pesawat tersebut serta halaju udara untuk membuat ia mempunyai aerodinamik. Oleh kerana halaju angin, sudut bearing dan laju udara sudah diketahui, maka mereka perlu mencari sudut yang tidak diketahui nilainya (perbezaan dalam arah angin dan

bearing) . Penggunaan hukum sinus dengan halaju angin dan kelajuan udara memberikan sudut yang mengimbangi pesawat tersebut. Kemudian jurutera menggunakan hukum kosinus dan sudut yang ketiga dan hasilnya jurutera dapat mencari magnitud kelajuan paduan pesawat dengan arah bearing yang

dipilih. Contoh yang lain pula ialah dalam kejuruteraan awam, kita perlu mengira taburan kuasa untuk struktur yang berbeza, seperti jambatan kekuda. Mereka juga perlu mengira sudut yang terlibat antara batang rasuk yang terdapat di jambatan serta panjangnya.

Muzik juga merupakan salah satu daripada aplikasi trigonometri dalam kehidupan sebenar. Apabila kita mendengar muzik, ianya akan sampai ke telinga kita dalam bentuk gelombang bunyi. Fungsi trigonometri boleh menjelaskan dengan lebih lanjut bagaimana bunyi itu bergerak daripada sumbernya dan menjelaskan kualiti, nada, dan kenyaringannya. Gelombang bunyi bergerak melalui udara pada sudut yang berlainan dari sumbernya. Ia kemudiannya melantun di mana sahaja seperti orang atau dinding dewan konsert. Jika bangunan rupa iaitu bunyi tidak melantun muzik tersebut susah untuk direka sedemikian , maka seimbang.

semula kepada telinga pendengar didengar atau gelombangnya tidak

Jurutera menggunakan trigonometri untuk memikirkan sudut gelombang bunyi dan bagaimana untuk mereka bentuk sebuah bilik atau dewan supaya gelombang

melantun kepada pendengar dengan cara yang seimbang dan terus. Ada pengurus dewan yang memasang panel yang tergantung di siling bilik , panel ini boleh

dilaraskan pada sudut tertentu untuk mendapatkan lantunan gelombang bunyi yang betul. Maka, dapat disimpulkan bahawa muzik merupakan salah satu aplikasi trigonometri.

7

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita tahu serba sedikit mengenai sejarah trigonometri dan asalusulnya. Secara keseluruhannya, kronologi trigonometri dikatakan bermula daripada Babylon dan Mesir, kemudian berkembang pada zaman Yunani. Seterusnya trigonometri berkembang di India dan kemudiannya pada zaman Renaissance. Selepas itu, ia bergerak ke Tanah Arab , Eropah dan akhir sekali China. Pada zaman moden pula trigonometri juga turut dimodenisasikan.

Sumbangan ahli Matematik pada zaman dahulu telah meninggalkan

kesan

yang amat bermakna pada hari ini. Terutamanya dalam bidang ilmu dan astronomi. Kita juga telah mengetahui aplikasi trigonometri yang terdapat di sekeliling kita. Antaranya ialah muzik, kejuruteraan, astronomi, arkitek dan banyak lagi.

Perkara ini membuktikan bahawa trigonometri bukan sahaja penting dalam bidang ilmu, tetapi untuk kehidupan sebenar.

8

RUJUKAN
a) Buku Karl J. Smith. (1998). Essential of Trigonometry. (Third Edition). Penerbitan Brooks/Cole Publishing Company.

Berchie Holliday, Gilbert J. Cuevas, Melissa S. McClure. (2004). Advanced Mathematical Concept. ( Teacher Wraparound Edition ). The McGraw-Hill Companies.

Jan Gullberg. ( 1997 ). Mathematics From The Birth Of Numbers. ( Cetakan Pertama ). W.W. Norton & Company Ltd.

Mohaini Mohamed.Great Muslim Mathematicians.( Cetakan Pertama). Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad Baharuddin Abdullah. Kerjaya Dalam Bidang Kejuruteraan. ( Edisi Kedua). Pendidikan Sdn. Bhd.

Carl B. Boyer. Sejarah Matematik. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

b) Internet Al-Battani (Albategnius). http://databaseartikel.com/tokoh/20114353-al-battanialbategnius.html Dilayari pada

Abu Wafa Muhammad Al-Buzjani. http://databaseartikel.com/tokoh/20114003abu-wafa-muhammad-al-buzjani.html Dilayari pada

9

Applications Of Trigonometry. http://www.clarku.edu/~djoyce/trig/apps.html. Dilayari pada

History of Trigonometry Outline. http://cs.clarku.edu/~djoyce/ma105/trighist.html. Dilayari pada

Gilbert Manda .2011. What Are Real Life Applications in Trigonometry? http://www.ehow.com/list_7769833_real-life-applications-trigonometry.html. Dilayari pada

Eric Tilden. The History of Trigonometry. http://www.ehow.com/about_5395140_history-trigonometry.html. Dilayari pada

Joseph Hunt. 2000. The Beginnings of Trigonometry. http://www.math.rutgers.edu/~cherlin/History/Papers2000/hunt.html. Dilayari pada

Bradon Pierce. 2011. What Are Some Applications of Trigonometry? http://www.ehow.com/info_10052141_applications-trigonometry.html. Dilayari pada

Wanda Thibodeaux. How Is Trigonometry Used in Music? http://www.ehow.com/how-does_4969029_how-trigonometry-used-music.html. Dilayari pada

c) Jurnal Mohd. Koharuddin Bin Mohd. Balwi. (2002). Sains dan Teknologi Asia:Hadiah kepada Dunia.

10

11