You are on page 1of 12

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER 2012

HBEF 2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

NAMA NO. MATRIKULASI

: YUNUS BIN HAJI ELI : 820531136163001

NO. KAD PENGENALAN : 820531-13-6163 NO. TELEFON E-MEL : 0198166500 : samminsayang@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, SIBU

0 TRANSKRIPSI PERBUALAN 2.2 2.3 Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 m/s 5 .0 RUMUSAN LAPORAN 1 .7 m/s 8-10 m/s 11-12 m/s 13 3.HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN ISI KANDUNGAN 1.3 Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 m/s 2 m/s 3 m/s 4 2.1 2.2 1.1 1.0 BIODATA 1.

0 BIODATA INDIVIDU 1. CHENG TOH KWONG : 56 tahun : Taman Permai Sibu : Guru Besar : SJK SING SHING : Berkahwin 2 .HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 1.1 Kumpulan 1 Nama Umur Alamat Pekerjaan Tempat bekerja Status : En.

Sibu : Berkahwin 3 . : Guru : SK Kampung Banyok.HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 1.2 Kumpulan 2 Nama Umur Tempat tinggal Pekerjaan Tempat bekerja Status Perkahwinan : Puan Ngien Leh Leh : 38 Tahun : Sibu.

Sibu 4 . : Murid : SJK Shing Ming . Sibu.HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 1.3 Kumpulan 3 Nama Umur Tempat tinggal Pekerjaan Sekolah : CYRIL EALESTER LAI : 12 Tahun : Paradom.

Sekarang ia juga dikenal sebagai mercun yang berwarna merah dan ia bukan sahaja dapat menghalau haiwan ganas malahan ia juga dianggap dapat membawa tuah di dalam kehidupan. Saoalan pertama saya berbunyi.1 Kumpulan 1 individu yang berumur 55 tahun dan ke atas Sesi temubual ini telah saya rakamkan di rumah individu ini dengan menggunakan audio. 3. Sebelum temubual berlangsung saya terlebih dahulu telah menyatakan tujuan temubual ini dijalankan. 2. Bagi memulakan temubual saya meminta beliau memperkenalkan diri dan umur beliau. Dahulu kanak-kanak memang seronok ketika menyambut tahun baru cina tetapi kanak- 5 . Kemudian soalan diteruskan. zaman dahulu telah keluar binatang ganas yang menganggu masyarakat Cina dan pada satu hari kebetulan terdapat orang yang membakar buluh dan bunyi yang kuat itu menakutkan haiwan tersebut.HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 2. apakah tujuan sambutan Tahun Baru Cina ini disambut ? Beliau memberikan satu jawapan yang yakin dengan menyatakan bahawa mengikut sejarah. Saya beralih kepada soalan yang ketiga. Adakah perayaan ini penting bagi tuan? Beliau menyatakan bahawa Perayaan Tahun Baru Cina amat penting bagi pihak beliau dan orang cina yang juga merupakan permulaan hari pertama di tahaun tahun yang baru di dalam kalender cina.0 TRANSKRIPSI PERBUALAN 2. Apakah perbezaan sambutan pada zaman kanak-kanak berbanding dengan masa kini? Beliau menceritakan dengan bersahaja menyatakan bahawa mungkin disebabkan oleh peredaran zaman. Seterunya saya menyoal soalan-soalan yang telah saya sediakan. Beliau dengan besar hati membakrikan kerjasama kepada saya untuk membuat sesi temubual dalam masa yang singkat. Transkrip terbual yang telah saya rakamkan adalah seperti di bawah. 1.

Pertanyaan diteruskan dengan soalan berikut. Soalan seterusnya ialah. 5. Warna merah itu membawa maksud tuah kepada orang cina atau orang muda. Apakah berlaku kemerosotan nilai atau amalan-amalan semasa sambutan perayaan ini? Beliau juga berpendapat bahawa amalan-amalah semasa sambutan Tahun Baru Cina tidaklah merosot. Dalam perayaan Tahun Baru Cina terdapat makan besar. Beliau membalas ucapan saya dengan perkataan sama-sama. ? Beliau menekankan bahawa nilai dan amalan-amalan semasa Tahun Baru Cina perlu dikekalkan dan disemai kerana ia merupakan budaya yang penting bagi masyakat cina. 6. Beliau menyatakan tujuan makan besar dilakukan sebelum hari pertama dikenali sebagai “reunion” kepada ahli keluarga yang bekerja jauh akan berkumpul dan makan bersama. 4. hari gawai dan hari raya. Ia masih diamalkan cuma terdapat kekurangan 7. Saya mengakhiri perbualan ini dengan mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan. Perlukah nilai dan amalan ini dikekalkan dan disemai kepada orang muda sekarang. apakah amalan-amalan yang biasa dilakukan semasa Tahun Baru Cina? Menurut beliau juga. Apakah yang dimaksudkan dengan makan besar?.HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN kanak sekarang tidak begitu seronok mungkin disebabkan oleh pengaruh perayaan yang lain seperti hari krismas. Kemudian saya meneruskan perbualan dengan soalan. 6 . pada tahun baru cina orang cina akan berpakaian baru dan hari pertama Tahun Baru Cina pemberian angpaw berwarna merah akan diberikan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin sahaja. Soalan terakhir saya kepada beliau adalah.

HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 2. Soalan pertama saya berbunyi. Sebelum memulakan perbualan seperti biasa. Beliau telah memberikan kerjasama semasa temubual dijalankan. 2. Beliau adalah Pn. Kemudian soalan saya diteruskan . biru dan sebagainya. apakah tujuan sambutan Perayaan Tahun Baru Cina? Beliau menyatakan bahawa tujuan sambutan Tahun Baru Cina diraikan adalah sebagai meraikan kemenangan peperangan antara manusia dengan seekor makhluk ganas. hitam. Sesi temubual diteruskan dengan soalan ketiga. telah memilih individu perempuan di sebuah sekolah kebangsaan. 1. beliau menceritakan adat resam nenek moyang harus diikuti dengan memakai pakaian yang berwarna merah. dahulu beliau mesti memakai pakaian tradisional kaum cina seperti cheongsam manakala sekarang beliau boleh memakai mana-mana pakaian yang disukainya. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan membakar mercun bagi menghalau makhluk tersebut. „Nian‟ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Segala butiran temubual antara saya dan Pn. Tetapi beliau memakai baju yang pelbagai warna seperti warna putih. Beliau seorang guru yang berumur 38 tahun yang berbangsa cina. Ngien Leh Leh terdapat pada transkrip di bawah.2 Kumpulan 2 Individu yang berumur antara 25 tahun hingga 45 tahun Bagi kumpulan yang kedua pula. 7 . kuning. Tambahan beliau lagi. Nama makhluk tersebut bernama „Nian‟. saya memberikan taklimat ringkas kepada beliau agar sesi temubual berjalan dengan lancar. 3. Adakah Perayaan Tahun Baru Cina penting bagi anda? Beliau menyatakan dengan penuh yakin bahawa perayaan ini sememangnya penting bagi dirinya dan kaum cina yang lain. Ngien Leh Leh. Hal ini kerana Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan di dalam masyarakat cina. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Bagaimanakah sambutan perayaan ini bagi anda pada zaman kanak-kanak berbanding dengan masa kini? Kemudian. Hal ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.

itik sayur campur dan sebagainya. amalan itu sedikit merosot disebabkan mereka mengambil langkah mudah dengan memesan makanan dari restoran. Amalan ini dikatakan dapat membantu mengeratkan hubungan antara satu sama lain. beliau berpendapat bahawa nilai dan amalan yang menjadi tajuk temubual ini perlu dan sememangnya patut dikekalkan dan diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. sekarang kepelbagaian makanan menyebabkan kaum cina hanya menyediakan makanan biasa seperti ikan. ibunya menyediakan makanan yang dianggap istimewa oleh kaum cina iaitu Lo Han Zhai. Saya mengakhiri ucapan terima kasih di atas kerjasama yang beliau berikan kepada saya. 5. Bagi mengakhiri perbualan ini. 8 . Jika sambutan perayaan dahulu. Soalan saya brlanjutan dengan soalan barikut. Dahulu. apakah berlaku kemerosotan nilai atau amalanamalan semasa sambutan perayaan ini? Beliau berpendapat kemerosotan amalan-amalan ini tidak berlaku dan beliau sememangnya mengambil berat terhadap perkara tentang berlakunya kemerosotan nilai atau amalan-amalan semasa sambutan perayaan ini. makanan mestilah dimasak bersama-sama kerluarga. Tambahan pula amalan memasak di dapur dapat membawa tuah dan untung dalam perniagaan mereka. makanan yang dimakan sehari sebelum perayaan Tahun Baru Cina berbeza berbanding dulu. Apakah perbezaan makanan yang anda makan sehari sebelum TBC berbanding dahulu? Menurut beliau. Walaupun begitu. Kerana beliau tidak mewarisi makanan warisan nenek moyang beliau.HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 4. adakah perlu amalan ini disemai dan dikekalkan pada generasi sekarang? Sebagai jawapan terakhir. Yee Seng dan sebagainya. Namun. 6. Kemudian soalan saya diteruskan. Soalan saya yang terakhir kepada beliau adalah.

Sesi temubual diteruskan kepada soalan yang kedua. dia mengatakan dapat memakai pakaian baru dan menerima angpaw daripada orang yang lebih tua. Hal ini kerana bapanya akan membawa mereka balik ke kampung untuk meraikan perayaan ini dengan ahli keluarga sebelah bapanya. saya telah memilih individu yang berumur 12 tahun dan juga sedang belajar di tahun 6. Dia rasa amalan ini patut diteruskan dari generasi ke generasi seterusnya. Pada sesi temubual yang terakhir. 2. Soalan yang berikutnya daripada saya ialah. Seperti dua temuramah yang lepas saya meminta individu memperkenalkan diri. Transkrip perbualannya adalah seperti dibawah. Adakah Perayaan Tahun Baru Cina penting bagi anda? Adik Cyril menyatakan bahawa perayaan ini sangat penting bagi dirinya sendiri. 9 . Pelajar ini ialah Cyril Ealester Lai berketurunan cina campuran. Tetapi pelajar ini tahu akan kebudayaan cina serta masih mengamalkan kehidupan cina. Pada pendapat kamu. Dia dengan jawapan keanak-anakan mengatakan bahawa perayaan Tahun Baru Cina merupakan perayaan untuk menyambut musim bunga. Kerana makan malam bersama-sama dengan ahli keluarga amat penting kepada ahli keluarga dan manjadikan hubungan semakin rapat. kemudian mengemukakan soalan. Pada pendapat anda. perlukah amalan seperti makan bersama keluarga pada malam sebelum perayaan Tahun Baru Cina diamalkan? Dia mengatakan bahawa ahli keluarganya ada makan malam bersama keluarga sebelum perayaan Tahun Baru Cina sebelah ayahnya. Sehubungan dengan itu. apakah tujuan sambutan Tahun Baru Cina? Selepas memperkenalkannya adik Cyril menjawab pertanyaan saya.3 Kumpulan 3 individu yang berumur 7 hingga 18 tahun. 1. 3. Ini disebabkan mereka dikelilingi masyarakat cina dan bukannya hidup dirumah panjang bersama kaum iban.HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 2. Ayah pelajar ini adalah berketurunan cina tulen manakala ibunya berketurunan iban. Musim bunga datang menyebabkan pemandangan pun berubah maka penanaman padi dimulakan.

Soalan terakhir pada sesi temubual saya adalah. Seperti bapanya yang akan membawa mereka sekeluarga balik ke kampung untuk menziarahi datuk dan nenek semasa perayaan Tahun Baru Cina. adik Cyril menyatakan bahawa dia berasa gembira kerana dia dapat berada di sisi ahli keluarga semasa menyambut Tahun Baru Cina. 10 . Dia juga seronok melihat tarian singa. Tambahan pula. saya mengucapkan berterima kasih kepadanya atas kerjasama dan perkongsian pendapat yang amat berguna. dia berpendapat juga amalan seperti menziarahi kaum keluarga terutama datuk dan nenek harus diwarisi. 6. Sebagai penutup kepada perbualan kami. Seterusnya soalan daripada saya kepada adik Cyril. adakah amalan ini harus diwarisi? Di samping itu. dia berasa besar hati dapat menikmati pelbagai jenis makanan yang dihidangkan semasa Tahun Baru Cina.HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 4. Ini bagi memberikan tanda hormat kepada orang tua. Apakah perasaan anda semasa perayaan Tahun Baru Cina? Pada akhirnya.

Pengalaman yang mereka tempuh banyak menjadikan tugasan yang saya lakukan ini lebih bermakna. Kepada rakanrakan OUM dan kepada individu-individu yang ditemubual kerana sudi meluangkan masa menjawab soalan-soalan yang saya ajukan dengan penuh dedikasi.. pandangan dan pengalaman. saya dapati ia meruapakan satu aktiviti yang seronok disamping dapat melibatkan diri di dalam budaya kaum cina melalui perkongsian pendapat. Inilah yang menyebabkan tugasan ini memakan masa untuk disiapkan. Lebih-lebih lagi pendapat daripada golongan yang berumur 55 tahun keatas. Akhir sekali pada rumusan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelbagai pihak yang memberikan kerjasama kepada saya dengan rasa tidak berbelah bagi.0 RUMUSAN LAPORAN Setelah melalui pelbagai fasa di dalam menyiapkan tugasan ini. Sekian.HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN 3. saya akui terdapat dugaan dan cabaran yang saya hadapi semasa menjalankan tugasan ini lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan sesi temubual. Individu yang ditemubual mempunyai pelbagai karenah yang sememangnya berbeza dari segala hal. 11 . Sesungguhnya tiada ucapan yang lebih berharga selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Walaubagaimanapun.