You are on page 1of 5

1.0PengenalanSeni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan senipergerakan.

Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebihmenegaskan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses inimenyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dankonsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamikserta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karyaseni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakanrefleksi pemikiran kanak-kanak.

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusundan terancang dapat melahirkan kanakkanak yang mempunyai keupayaanmenyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuatkeputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaanpancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objekyang terdapat di sekeliling mereka.Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyaitiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugaskemasyarakatan ( sivic mission ). Secara umumnya, tugas profesional seorangguru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua danketiga pula berkaitan dengan etika. Tugastugas profesional seorang guru ialahmenyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anakdidik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalahtugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak.Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti.Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegarayang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan olehbangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran jurutera masyarakat yangdiberikan kepada golongan pendidik dewasa ini. Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional( initial training ) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untukdisampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidakmungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasaipengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlahbermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guruseni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guruitu menguasai seni mengajar ( art of teaching ). Selain mengajar, seorang guruseni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara(fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, dayaimaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh danmenyeronokkan. 2.0Peranan Guru Pendidikan Seni Visual2.1Guru Sebagai PengurusPeranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai pengurus.Apa yang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-tugaspengawasan ( supervisor

) serta tugas-tugas yang berkaitan denganmendisiplinkan murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta normahidup dalam keluarga dan masyarakat (W.F. Connell, 1972). Takrifan inimembawa maksud guru perlu memainkan peranan sebagai pengurus bukansahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi pengurus kepada pelajar dalam proses P & P. Antara perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh seorangguru seni ialah:1)Menguruskan rutin bilik darjah.2)Mengurus muridmurid supaya menjalankan tugasan harian.3)Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah.4)Mengurus keadaan fizikal bilik darjah.5)Mengurus aktiviti kumpulan.6)Mengurus karya dan hasil kerja murid.7)Mengurus sumber, alat dan bahan Pendidikan Seni Visual.8)Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik.9)Menguruskan dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaranseni yang menyeronokkan.10) Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. 2.2Guru Sebagai PembimbingAntara lain, guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing dalampengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahun barukepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada sertamencungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran SeniVisual. Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan didalamkumpulan di mana peserta digalakkan mengambil tanggungjawab di dalam hasilpembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut beliau juga, peranan guru adalahuntuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif dikalangan pelajar.Sebagai pembimbing, seseorang guru itu perlu peka terhadap tingkah laku danperkembangan spiritual murid dalam P & P Seni Visual. Sebagai contoh, jikaseorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis pemandangan di tepipantai, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada muridmuridmengenai suasana di tepi pantai. Kemudian, guru perlu membimbing muridmurid melukis gambar tersebut dengan memberikan input-input baru mengenaiperkara tersebut. Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebutdengan bimbingan guru.Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyaisikap-sikap berikut untuk membimbing murid-murid dalam P & P Pendidikan SeniVisual:1)Bersopan santun2)Menghormati pandangan murid3)Peramah4)Jujur 5)Prihatin Bimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami denganlebih jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu pembelajaran secarabimbingan akan memupuk nilai instrumental seperti berdikari, rasional, beranidan bersemangat semasa menghasilkan karya seni visual.2.3Guru Sebagai Motivator Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehanguru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat inidikemukakan oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian duniapendidikan. Apakah kebolehan yang dimaksudkan oleh tokoh tersebut?Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada kebolehan seseorang gurumemotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam P & P Seni Visual, guru perluberperanan sebagai motivator untuk memupuk minat mereka terhadap isipelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dankegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi guru juga dapatmeningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat yangterbaik dalam penghasilan karya seni.Bagaimanakah seorang guru seni dapat memotivasikan pelajar dalampengajaran dan pembelajaran Seni Visual?:1)Memberi komentar yang positif.2)Wujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan murid.3)Memilih alat dan bahan. -

Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatanyang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.

PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSRMac 2008 4)Masa Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyaimasa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, danmeneroka.5)Rangsangan Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokonganberterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untukmenghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.6)Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Merekaseharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minatidea dan cadangan daripada murid.7)Hormat-menghormati Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormatimurid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan8)Memberikan Galakan dan Motivasi Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patahsemangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.9)Penghargaan Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dankomitmen yang mereka berikan di dalam kelas.

PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSRMac 2008 2.4Guru Sebagai Pemudah CaraSebagai seorang guru seni yang cermerlang, kita perlulah mengambil kirakaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Menurut Joyce, B., & Weil, M., (2003), hasil pengajaran yang palingpenting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untukbelajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuandan kemahiran serta pengusaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud,pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam danmudah difahami oleh murid. Bagaimana untuk mewujudkan pembelajaran

yangmudah dan berkesan?Dalam proses P & P Seni Visual, guru perlulah berperanan sebagaipemudah cara. Sebagai contoh, sekiranya guru mahu mengajar murid membuatkain rentang bagi menyambut hari merdeka. Seperti yang kita ketahui, kreativitimurid sekolah rendah masih di tahap sederhana. Bagi menyempurnakantugasan ini, agak sukar sekiranya guru tidak memberi bantuan yang sewajarnya.Justeru, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu bertindak sebagai pemudahcara. Guru boleh menyeidakan wording yang sesuai untuk membuat kainrentang tersebut. Murid-murid hanya perlu menekap huruf-huruf yang telahdisediakan oleh guru. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untukmenguasai kemahiran asas membuat kain rentang.

PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSRMac 2008 2.5Guru Sebagai Inisiator Apa yang dimaksudkan dengan inisiator? Inisiator bermaksud individu yangsentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnyamempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-muridnya secara berkesan. Apabila seorang guru itu menunjukkan kesungguhandalam melaksanakan P & P, pasti murid-murid akan turut berusaha untukmelaksanakan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.Apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh seorang guru seni?1)Merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai olehsemua murid.2)Merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam P & P.3)Memahami dinamika kumpulan.4)Membantu murid memperkembangan ilmu seni.5)Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan muridmenjalani aktiviti P & P seni mereka.6)Menggubah dan menyesuaikan strategi P & P yang dapat menarikperhatian murid.Bagaimanapun terdapat pelbagai lagi usaha yang boleh ditonjolkan oleh paraguru seni. Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secaratidak langsung akan mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusahamelakukan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.

PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSRMac 2008 3.0RUMUSANFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan penyataan yangmenjadi penentu arah haluan, asa serta sumber inspirasi kepada semua usahadan rancangan dalam bidang pendidikan. Penghayatan terhadap FPKmerupakan tunjang kepada pelaksanaan program dan kegiatan pendidikan yangmeliputi semua bidang kurikulum dan kokurikulum dalam institusi pendidikankhususnya sekolah.Sekolah memainkan peranan dominan dalam usaha ke arah pencapaianfalsafah dan matlamat pendidikan seperti yang terkandung dalam FPK. Suasapersekolahan yang memberi peluang kepada pelajar mendapat pengalamanhidup dalam menghadapi masalah, bertukar-tukar pendapat, membinapersefahaman dan kerjasama antara satu sama lain perlulah diwujudkan. Disamping itu, suasana bilik darjah sewajarnya boleh menarik minat dan dapatmenggalakkan pelajar berfikir, menyoal serta mengeluarkan buah fikiran secaralisan dan bertulis.Perhatian yang wajar juga perlu diberikan kepada

perkembangan muridsecara menyeluruh dan bukannya menitikberatkan satu-satu aspek tertentusahaja secara terpisah-pisah. Kaedah ini sesungguhnya dapat membantumeningkatkan perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar.Pengitlakkannya, semua pihak sewajarnya bersama-sama berusahauntuk mencari formula yang terbaik bagi merealisasikan Falsafah PendidikanKebangsaan dengan jayanya. Usahlah bersikap seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing. Sesungguhnya, sikap tidakbertanggungjawab ini akan meranapkan impian untuk menjadikan pendidikan diMalaysia sebagai satu sistem pendidikan bertaraf dunia.

PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL 1. Guru Pendidikan Seni Visual perlu menerapkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid. 2. Menimbulkan rasa kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan. 3. Selain itu juga mengajar murid- murid melakar atau melukis pelbagai jenis bentuk dan gambar. 4. Pemupukan minat dalam bidang artistik supaya muridmurid berkeinginan untuk menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan memperlihatkan kepentingan konsep visual. 5. Peranan guru PSV juga sebagai pelaksana dalam kurikulum yang telah diselaraskan. 6. Membantu murid-murid menghadapi cabaran masa depan dalam Pendidikan Seni Visual. 7. Peranan guru juga menyatukan pelbagai pelajar yang berlainan latar belakang. dalam PSV dapat menyatukan mereka. 8. Meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni warisan bangsa. 9. Selain itu juga menggalakkan murid-murid melaksanakan pemerhatian aktif, interaksi yang kreatif dengan alatan, serta aspresiasi seni.