BAHAGIAN A 1. Apakah haluan dan contoh haluan?

Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain. 2. Bentuk pergerakan dalam alatan? -membaling dan melambung -menyambut -memukul -menyepak -menahan -mengelecek manipulasi

• • •

lombol palang bertingkat batang titian

3. Apakah imbangan dan nyatakan jenis imbangan? Imbangan bermaksud kebolehan untuk seseorang mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti. Terdapat dua jenis imbangan iaitu: -Imbangan statik- kestabilan semasa pusat graviti berada setempat seperti dalam aktiviti dirian. -Imbangan Dinamik ialah mengekalkan kestabilan diubah seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas titi atau berlari 4. Apakah koordinasi. Bagaimanakah koordinasi itu dikaitkan dengan pergerakan? Kordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar. 5. Apakah ruang dan jenis ruang? Ruang adalah merujuk kepada kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ruang untuk melakukan pergerakan terbahagi kepada dua iaitu: Ruang Diri Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi kita iaitu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang Am Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan dalam melakukan pergerakan.

7. Spesifikasi alatan dalam gimrama belatan? Spesifikasi belantan

8. Ciri-ciri tempat latihan gimrama? -dewan tertutup -bahagian atas hendaklah kosong dan tidak mempunyai halangan seperti lampu, palang, rasuk dan struktur lain. -Permukaan lantai mestilah bersih dan tidak terlalu licin. -Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama. 9. Fasa-fasa lakuan dalam melombol? Lombol mempunyai enam fasa, iaitu larian penujuan, lonjakan, penerbangan awal, tunjalan, penerbangan akhir dan pendaratan.

10. Apakah putaran dan Pivot dan perbezaan
antara keduanya? -Putaran dilakukan dengan dua kaki di atas lantai. -jenis putaran yang dilakukan bergantung kepada sudut putaran contohnya separuh putaran (180°), putaran penuh (360°) atau lebih daripada satu putaran. -Pivot dilakukan atas satu kaki. -dua cara melakukan pivot iaitu ke arah luar (laitu ke arah kaki yang diangkat) atau ke arah dalam (ke arah kaki yang melakukan pivot). BAHAGIAN B 1. Konsep utama pendidikan pergerakan - Konsep pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran.

6. Acara-acara

dalam gimnastik Artistik Lelaki dan Perempuan? Ahli gimnastik lelaki bertanding dalam enam acara mengikut susunan berikut: • senaman lantai • kekuda berpelana • gelang • l ombol • palang sejajar • palang tunggal. Gimnas wanita pula bertanding dalam empat acara mengikut susunan berikut: • senaman lantai

- Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor. - Gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. - Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu kehadapan atau kedepan atau kekiri atau kekanan - Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok zig zag dan lain-lain. - Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tibatiba atau terkawal. - Konsep pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. - Pergerakan bukan lokomotor membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik bagi membolehkan badan berada dalam keadaan fleksibel dan seimbang. - Konsep Manipulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. - Di laksanakan di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. - Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki dan mata. 2. Matlamat, Objektif dan Tujuan Pendidikan Pergerakan Empat tujuan pendidikan pergerakan iaitu : • Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh badan • Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran kemahiran • Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui penggunaan • kemahiran dalam situasi-situasi penyelesaian masalah • Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik pergerakan yang baik 3. Kesedaran tubuh badan Melibatkan bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu,tangan (termasuk tapak, jari dan lengan),torso, kaki (termasuk tapak, dan jari kaki). Melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya kekuatan otot, ketangkasan, imbangan dan koordinasi. Jenis-jenis Pergerakan dalam Tema Kesedaran Tubuh Badan Jenis Pergerakan Maksud Jenis Pergerakan Aktiviti

Bergerak secara sentuhan berselang.

Bergerak secara sentuhan selalu.

.Bergerak tanpa sentuhan seketika. Menyokong beban padabahagian tubuh.

Bergerak dengan bahagian pada tubuh badan berselang seli menyentuh lantai. Bergerak dengan bahagian tubuh badan menyentuh lantai sentiasa. Bergerak dengan seluruh tubuh badan di udara seketika Bergerak dengan beban di bahagian tubuh.

Berjalan, berlari, merangkak, dan berjalan secara melutut.

Gulingan, guling balak,menarik dan menolak

Lompat bintang, lompat dakap dan lompat layang. Membawa pundi kacang di atas kepala serta Menggolekkan bola kecil di atas belakang badan

5.

Langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti pergerakan. 1. Setiap lakuan pergerakan perlu mengikut kemampuan dan kematangan murid, Jika aspek ini diabaikan ia boleh mengakibatkan kecederaan. 2. Gunakan ruang yang maksimum dengan selamat tanpa sebarang objek yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada murid. 3. Guru boleh melakukan sokongan semasa mengawal pendaratan murid. 6. Kaedah pengajaran yang sesuai pengajaran pendidikan pergerakan. bagi

Aliran Bebas • Mula-mula pelajar merangkak dibawah kerusi. • Kemudian naik ke atas meja secara merangkak • Selepas itu pelajar lalu di bawah bangku. • Pelajar kemudiannya berdiri dan berjalan melepasi kon yang disusun • secara berhalangan. • Pelajar bergerak melepasi gelung rotan. • Aktiviti akhir sekali pelajar akan melompat melepasi peti lombol. Aliran Terikat • Pertama, pelajar baring menelentang di atas lantai, lutut • dibengkokkan. Juak badan ke atas dan timbang badan. • Kemudian dengan tangan disisi dan kaki rapat guling ke kiri dan ke kanan. • Kemudian dengan secara melutut dari atas meja pendek lompat ke bawah (atas tilam). • Pelajar belari-lari anak kehadapan. • Kemudian pelajar melompat ke udara dengan kaki serta tangan mendepa.

Rangkaian Pergerakan Aliran Bebas dan Aliran Terikat • Mula-mula pelajar merangkak dibawah kerusi. • Kemudian naik ke atas meja secara merangkak • Selepas itu pelajar lalu di bawah bangku. • Pelajar kemudiannya berdiri dan berjalan melepasi kon yang disusun secara berhalangan. • Pelajar bergerak melepasi gelung rotan. • Kemudian pelajar akan melompat melepasi peti lombol. • Seterusnya, pelajar baring menelentang di atas lantai, lutut dibengkokkan. Juak badan ke atas dan timbang badan. • Kemudian dengan tangan disisi dan kaki rapat guling ke kiri dan ke kanan. • Kemudian dengan secara melutut dari atas meja pendek lompat ke bawah (atas tilam). • Pelajar belari-lari anak kehadapan. • Dan di akhir aktiviti ini pelajar melompat ke udara dengan kaki serta tangan mendepa. Soalan 7 Elemen pergerakan badan boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu: Pergerakan melangkah Ayunan dan Pusingan Putaran dan pivot Alunan Lompatan dan layangan Imbangan, Lentikan Gulingan Soalan 8 1. Gelung • Ayunan bulatan dan angka 8 • Golekan • Putaran • Lambungan 2. Reben • Ayunan, bulatan dan angka 8 • Lingkaran dari bentuk ular • Lambungan dan sambutan 3. Belantan • Ayunan dan bulatan besar • Bulatan kecil • Satah mendatar • Mill • Pergerakan bulatan simetri • Lambung dan sambut • Ketukan 9. Huraikan tema-tema dalam pergerakan kreatif

-Kesedaran Tubuh Badan Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan di beri kepada pergerakan bahagianbahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan. - Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa Tema ini akan memberi tumpuan kepada bagaimana cara tubuh badan bergerak dan membantu individu mengawal pergerakan mereka untuk melahirkan perasaan melalui pergerakan. - Kesedaran Ruang Tema ini memberi tumpuan kepada ruang dalam menimbulkan perasaan. Kesedaran ruang ini akan melibatkan penggunaan kawasan dan arah udalam mentontonkan sesuatu pergerakan. - Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa Tema ini berdasarkan kepada kelancaran urutan pergerakan tubuh badan dengan menggunakan ruang dan masa -Penyesuaian terhadap Rakan Penyesuaian terhadap Rakan adalah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan atau berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melaluipergerakan. Contoh aktiviti dalam kemahiran ini ialah: Aktiviti 1 Kerja Berpasangan Kerja berpasangan membolehkan hubungan dengan rakan dapat dilakukan bersama-sama berdasarkan peralihan tempat meniru sama ada selari atau pergerakan meniru bertentangan. Daya kreatif dapat dipupuk dan di pertontonkan secara unik. - Penggunaan Tubuh Badan sebagai Alat Tema ini memberi peluang kepada murid untuk menjelajah ruang dengan menggunakan tubuh badan sebagai alat persembahan secara spontan dan bebas. (a) Lompatan Asas Terdapat lima lompatan asas tetapi pilihan corak kedudukan kaki untuk membuat lompatan tidak ditetapkan. Pengalaman lompatan ini berguna untuk membolehkan murid menyedari bahawa cara lompatan berbeza akan memberi kesan yang berbeza. - Ritma Berkaitan dengan Pekerjaan Salah satu ritma yang agak terkenal dalam pergerakan kreatif ialah rithma yang berkaitan dengan pekerjaan. Setiap pelbagai bidang pekerjaan sama ada dalam industri pertanian, perkhidmatan atau perindustrian mempunyai ritma tertentu. Ritma ini boleh digunakan sebagai rangsangan pergerakan. Antara ciri untuk

mengenal pasti lakuan pergerakan yang berkaitan dengan sesuatu bidang pekerjaan adalah seperti berikut: • • • • Bentuk tangan yang memegang sesuatu alat. Ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan. Peralihan antara dua pergerakan. Cara tubuh badan digunakan untuk melakukan pergerakan.

perkembangan pelbagai bentuk pergerakan. peningkatan kemahiran pergerakan. penyelesaian masalah pergerakan dengan cara tersendiri. perkembangan kemahiran pembelajaran kognitif dan afektif. perkembangan kesedaran badan dan konsep kendiri yang positif. pembentukan hubungan baru dengan diri sendiri dan orang lain. peningkatan tahap kecergasan, koordinasi, ketangkasan, daya tahan dan kekuatan.

10.Lapan Lakuan Daya Asas a. b. c. d. e. f. g. h. Kertis Lejang/rodak Cecah Luncur Pulas Renjis Apung Teran

11. Kepentingan Pergerakan Kreatif
Antara faedah yang kita peroleh daripada pergerakan kreatif ialah: Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti. Pergerakan kreatif memperdalamkan pemahaman tentang manusia. Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi. Pergerakan kreatif membentuk sifat-sifat jaya diri dan inisiatif. Pergerakan kreatif membantu membina corak tingkah laku yang utuh. Pergerakan kreatif menolong membentuk kebolehan mengkomunikasikan idea-idea dengan menggunakan tubuh badan sebagai wadah ekspresi. Pergerakan kreatif menolong membina keyakinan diri, kepastian dan kepuasan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berhubung dengan prinsip-prinsip asas mengenai corak pergerakan. Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek pergerakan melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya. Pergerakan kreatif membina kesedaran serta apresiasi terhadap bentuk yang indah dan seni dalam geraktari. Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan. untuk membina alatan-alatan yang boleh diguna dan membantu dalam mencipta pergerakan geraktari yang signifikan dan asli serta menarik dengan nilai-nilai estetika.

BAHAGIAN C

1. Teknik-teknik lakuan kemahiran dan ansur maju
Guling Hadapan Cara guling hadapan: 1. Peserta hendaklah dalam kedudukan berdiri. 2. Lutut dibengkokkan, 3. Tangan diangkat lurus ke hadapan dan 4. Pastikan belakang dalam keadaan tegak 5. Kedua-dua tapak tangan berada di atas lantai dengan jarak seluas bahu, 6. kemudian jongketkan badan dengan meluruskan lutut 7. menolak ke hadapan dengan jari-jari kaki, 8. Kepala ditundukkan ke dada, 9. tangan dibengkokkan dan 10. bahu dibiarkan menyentuh lantai. (Pastikan anda tidak bergolek atas kepala.) 11. Tolakkan dan pangkal jari kedua-dua belah kaki diteruskan sambil 12. mengekalkan kedudukan badan yang bergulung semasa berguling ke hadapan 13. sehingga berdiri atas kaki semula. 14. Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula.

Guling Belakang Bengkokkan lutut agar paha selari dengan lantai. Badan dicondongkan ke hadapan serta tangan diangkat lurus ke hadapan untuk memastikan pusat graviti sentiasa diatas pangkal jari-jari kaki. Duduk rapat ketumit tanpa buntut terhentak. Dagu dirapatkan ke dada untuk membentuk belakang badan yang bulat. Dirian Kepala Kaki diluruskan, gerakan dibuat pada hujung jan kaki. Tangan menekan kuat ke lantai. Kepala dan tangan membentuk segitiga sama. Perlakuan dirian kepala bermula, dengan memastikan hidung mencecah lantai. Apabila kaki meninggalkan lantai, kaki dibawa ke kedudukan dirian kepala, lutut dan badan dirapatkan. Semasa dirian kepala, kaki dan belakang badan diluruskan Dirian Tangan Badan diregang sebelum kaki ditendang naik. Tangan lurus ke atas langkah kaki satu kaki kehadapan Tangan diletakkan di atas tilam dengan jarak seluas bidang bahu, menghala ke hadapan searah dengan jari kaki, jarijari tangan dibuka bagi menambah keluasan tapaknya. Siku sentiasa diluruskan untuk memastikan berat badan ditahan melalui tulang-tulang tangan dan tidak disokong oleh otototot. Pergerakan tangan terkawal dan lurus semasa diayun ke bawah. TEKNIK RODA KERETA 1. Muka menghadap ke hadapan. 2. Dada turun ke arah lutut, dan lakukan tolakan dari kaki yang bengkok. 3. Kaki mengangkang, badan dikekal pada datar yang sama, dan kepala kekal dalam kedudukan biasa dengan lurus. 4. Mata memandang ke arah tangan di lantai belakang, badan jangan dilengkungkan. 5. Kaki dibawa turun rapat sebelah tangan, dan berdiri dalam keduduka Ansur maju bace sendir!!! ( M/S 128 )

melaksanakan aktiviti. menguji kekuatan kelembutan,ketangkasan, dan imbangan pelajar Apa yang perlu dilakukan:

otot,


• •


• •

Mula-mula rangkaikan beberapa pergerakan secara sentuhan berselang, sentuhan selalu atau tanpa sentuhan seketika. Pilihan cara bergerak perlu dipilih oleh guru. Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara berterusan. Rangkaian yang ditentukan perlu mempunyai permulaan dan penamat pergerakan. Rangkaikan beberapa pergerakan secara licin, lancar, berterusan tanpa berhenti. Aktiviti perlu menggunakan ruang yang maksimum. Ia perlu turut melibatkan kepelbagaian kegunaan bahagian tubuh badan.

Aliran terikat - satu rangkaian pergerakan yang terkawal. - Pelaku boleh berhenti seketika pada tempat ertentu dalam rangkaian pergerakan dengan mengekalkan imbangannya. Rangkaian pergerakannya masih licin dan berkordinasi membentuk keyakinan diri dan kreativiti pelajar dlm laksa aktviti - membentuk dayan tahan otot, kekuatan otot, imbangan, kordinasi dan ketangkasan pelajar.


• • •

Apa yang perlu dilakukan: Semasa melaksanakan tugasan ini pelajar perlu bergerak dengan satu cara, berhenti seketika dan bergerak semula. Rangkaikan beberapa pergerakan sentuhan berselang, membeku seketika dan teruskan ke cara pergerakan yang lain. Guru boleh mempelbagaikan cara pergerakan dan penggunaan bahagian tubuh badan. Rangkaian pergerakan dicipta menggunakan alatan. Pastikan alatan yang disusun mencabar. Guru boleh menyuruh pelajar menggunakan berbagai arah, laluan dan kelajuan. 

2. Huraikan pergerakan aliran bebas dan aliran
terikat. Aliran bebas - merupakan percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan secara licin, lancar, berterusan tanpa berhenti. - membentuk keyakinan diri, kreativiti dan nilai estetika pelajar dalam