PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN KOLEJ SASTERA DAN SAINS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SGRM 3073

PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

TAJUK TUGASAN : BERDASARKAN TEKS YANG SAMA DENGAN TUGASAN PERTAMA, HURAIKAN NILAI-NILAI MURNI DALAM KARYA AGUNG MELAYU DAN BAGAIMANA NILAI TERSEBUT DITERAPKAN DALAM PENDIDIKAN DI SEKOLAH.

DISEDIAKAN OLEH: 1 2 3 4 21029 4 21028 3 21029 6 20150 2 AHMAD ZAIREL B IBRAHIM KHOIRULNIZAM B ABDUL RAHMAN ROSMANIZAM B ISMAIL RIDHUAN B AINI

DISEDIAKAN UNTUK: EN MOHAMAD AZMI AB RAHMAN

1

beradab dan bertatasusila dalam hubungan manusia sesama manusia. Takrifan tentang nilai murni telah dinyatakan sebagai : " tanggapan berkenaan perkaraperkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran.TARIKH SERAHAN: 7 DISEMBER 2012 Pengenalan Masyarakat sangat memerlukan pendidikan pada zaman ini. sistem pendidikan memberi tumpuan utama dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang. alam dan tuhan. Menurut Cristopher Dawson dalam Tajul Ariffin (1993). berpakaian kemas dan adil. Sebagai bukti. secara terperincinya penyerapan nilai-nilai murni ini berlangsung melalui dua pendekatan yang berbeza iaitu pendekatan implisit dan juga pendekatan eksplisit. walaupun manusia maju dalam bidang sains dan teknologi. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya dipaksikan kepada nilai keagamaan. untuk membentuk kehidupan seluruh penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia” Walaubagaimanapun. tetapi dari segi akhlak. kita perlu melihat dari sudut falsafah pendidikan yang utuh iaitu falsafah pendidikan kerohanian dan moral kerana pendidikan moden sukar untuk membina nilai murni manusia. Memang menjadi tujuan semua agama. Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Pembelajaran Nilai murni telah didefinisikan sebagai satu perlakuan yang baik. Oleh itu. 2 . martabat manusia masih menunjukkan nilai-nilai yang negatif. Pendekatan implisit digunakan apabila guru-guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai itu dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti apabila guru bercakap benar.

Penyerapan nilai murni melalui pendekatan eksplisit adalah lebih terancang bersesuaian dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan serta penilaian yang lebih jelas. Bertanggungjawab 2. Hari Guru. bimbingan. Tidak berharap atau bergantung kepada bantuan orang lain 3. Sedia memaafkan Berdikari 1. oleh sebab karya sastera kaya dengan nilai-nilai murni.Pendekatan ini boleh berlangsung secara merentas kurikulum oleh semua guru kerana nasihat. Dasar Kurikilum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). sambutan Hari Kemerdekaan. Belas kasihan 2. Saling memahami 5. teguran. Jaya diri 3 . Sebagai contoh. kempen kebersihan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian. pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan sepert arahan untuk tidak membuang sampah di merata-rata serta menjaga kebersihan persekitaran. khemah ibadat. Terdapat juga sesetengah pihak sekolah yang mengadakan program atau aktiviti yang khusus untuk menerapkan sesuatu nilai murni dalam kalangan murid seperti program motivasi. Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan sesuatu peraturan. pengajaran komsas dapat membentuk pelajar yang berperibadi baik. terdapat kira-kira 17 jenis nilai-nilai murni yang akan diterapkan terhadap pelajar dengan 63 cabang nilai yang wajar diteladani oleh setiap pelajar. contoh dan teladan boleh berlangsung pada bila-bila masa dan di mana-mana ketika yang difikirkan sesuai. Bertimbang rasa 3. nilai yang dinyatakan iaitu: Baik hati 1. arahan. Murah hati 4.

Berani mempertahankan kebenaran 4. Ramah mesra Hormat-menghormati 1. Sayang kepada nyawa 2. Hormat kepada ibu bapa 2. Mengaku kesalahan sendiri 3. Kebebasan dalam sistem demokrasi Keberanian 1. Hormat kepada hak asasi 5. Hormat kepada undang-undang 6. Kebebasan di sisi undang-undang 2. Taat kepada raja dan Negara 4. Berani bertanggungjawab Kebersihan fizikal dan mental 1. Cinta kepada keamanan dan keharmonian Keadilan 1. Kebersihan diri 2. Menghargai maruah diri Kasih sayang 1. Cinta kepada Negara 4. Bertindak adil 2. Kesopanan 2. Yakin kepada diri sendiri Berhemah tinggi 1. Berani kerana benar 3. Sayang kepada alam sekeliling 3. Berani dengan tidak membuta tuli 2.4. Pertuturan dan kelakuan yang sopan Kejujuran 1. Bercakap benar 4 . Bersifat amanah 2. Kebersihan persekitaran 3. Hormat kepada orang yang lebih tua 3. Sentiasa saksama Kebebasan 1.

Boleh membuat penaakulan 3. Tanggungjawab bersama 3. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku Kesyukuran 1. Toleransi 5. Berusaha dan produktif Penerapan nilai-nilai murni melalui teks kesusasteraan adalah sejajar dengan hasrat kerajaan dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu. Dedikasi 4. Menghargai Rasional 1.3. Cekal 2. Gotong-royong 4. Bermuafakat 2. Peka kepada isu-isu sosial dan masyarakat Semangat kewarganegaraan 1. Tekun Kerjasama 1. Mengenang budi 3. Berfikiran logik dan terbuka Semangat bermasyarakat 1. Daya usaha 3. Boleh membuat pertimbangan 2. Perpaduan Kesederhanaan 1. Sentiasa ikhlas Kerajinan 1.Sesuai 5 . Berterima kasih 2. Sederhana dalam meningkatkan kepentingan diri dan orang lain 2. Bersemangat patriotik 3. Persaudaraan 2. Gigih 5. Kejiranan 3. Kebaikan bersama 6. Berbangga menjadi rakyat Malaysia 2.

seminar dan sebagainya. Isu ponteng kelas. agama dan negara. Serta memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.dengan fungsinya sebagai alat hiburan. bertanggungjawab kepada diri. perjudian. Hasrat dan matlamat kerajaan juga dinyatakan melalui Penyata Razak pada tahun 1956 dan diteruskan dengan pengenalan pelbagai dasar pendidikan dan yang terbaru adalah melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang memberikan fokus kepada perpaduan dan memperkasakan sekolah. provokasi dan juga sebagai dokumen sosial. Penglibatan golongan pelajar yang ramai secara tidak langsung dapat mewujudkan situasi interaksi antara pelajar yang berbilang kaum. bangsa dan negara. Penerapan nilai-nilai murni melalui teks kesusasteraan Melayu juga dapat di kongsi bersama melalui tindakan yang bersepadu dalam membendung berlakunya penularan pelbagai penyakit dalam masyarakat yang berpunca dari kecanggihan teknologi dengan menjerat remaja dan masyarakat kepada pelbagai masalah. berilmu pengetahuan. bersikap penyayang. berakhlak mulia. bermoral serta bersikap positif. agama. Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri seperti percaya dan patuh kepada tuhan.. Kesinambungan interaksi akan lebih melahirkan kesefahaman sekaligus dapat membentuk sebuah masyarakat yang 6 . masyarakat. pelacuran. Berbakti dan memberikan sumbangan kepada masyarakat. Berdasarkan PIPP melalui teras keduanya yang bertujuan adalah untuk membangunkan modal insan dan berpengetahuan serta berkemahiran dalam menghayati nilai-nilai murni. pendidikan. mestamu puisi. merempit dan sebagainya dapat diatasi dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan penganjuran apresiasi nilai-nilai sastera seperti penganjuran teater.

syair. Penekanan bagi penerapan nilai ini diteruskan melalui pelaksanaan KBSR dan KBSM. teromba. Penerapan nilai tersebut bertujuan untuk membentuk murid yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif. gurindam. Pembelajaran pelbagai jenis genre seperti puisi iaitu pantun. Struktur masyarakat yang terpisah akibat polarisasi kaum telah menyebabkan dasar pendidikan yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak tidak dapat direalisasi dengan jayanya. Rasional pengenalan nilai-nilai murni ini wujud dalam pengajaran sastera adalah akibat daripada dasar kerajaan Inggeris pada suatu masa dahulu. Rusuhan kaum berlaku akibat tiada kepekaan dalam kalangan penduduk yang mengaku sebagai rakyat Malaysia. Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti beberapa nilai akhlak yang terdapat di dalam beberapa agama yang terdapat di Malaysia. Nilai murni dilihat mampu diterapkan berdasarkan pembelajaran teks Kesusasteraan Melayu ( KS ). afektif. psikomotor dan akhlak. Pengajaran kesusasteraan Melayu dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum dilihat sebagai sebuah langkah yang dapat menyatukan pelbagai bangsa yang seterusnya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu dan harmoni. Pembentukan nilai-nilai murni melalui teks sastera adalah berdasarkan peranannya sebagai agen masyarakat.bermoral berteraskan nilai-nilai murni. cerpen . Sikap penjajah yang menjalankan dasar pecah dan perintah telah menyebabkan berlaku peristiwa 13 Mei. novel dan drama kesemuanya menjuruskan kepada melahirkan sebuah masyarakat yang bersopan santun dan berbudi pekerti tinggi. 7 .

Turut dimuatkan ialah kisah perhubungan luar Melaka dengan negaranegara jiran dan negara-negara luar seperti Melaka dengan Siam. Sultan Mahmud Syah dan lain-lain lagi. mitos kemasukan Islam di Melaka. Pasai. Benua Keling. Pahang dan lainlain. Dalam Hikayat Melayu juga ada memaparkan kisah-kisah peperangan dan penaklukan. Pahang dan lain-lain lagi. serta kedatangan Peringgi dan penguasaannya ke atas Melaka. Tun Perak dan banyak lagi. 8 .Contoh seperti dalam Hikayat Melayu. dan mitos peminangan Puteri Gunung Ledang. terdapat juga kisah-kisah mitos seperti mitos pembukaan tempat dan negeri seperti pembukaan Pasai. Kampar.Ini kerana setiap kisah yang digarap memaparkan tentang kebijaksaan masyarakat pada suatu masa dahulu yang berpandangan jauh dalam melontarkan idea dan pengajaran pada masa tersebut. Di sebalik kisah-kisah yang wujud dalam Hikayat melayu ini. Singapura dan Melaka. Contohnya penaklukan Melaka ke atas Siak. Idea tersebut terakam melalui pemilihan kata yang puitis dan merdu apabila diucapkan secara tidak langsung memainkan peranan mendidik masyarakat dengan cara yang halus. Dalam pada itu juga tidak ketinggalan kisah tentang tokoh-tokoh yang dianggap lagenda seperti Badang. Contohnya seperti kisah Raja Suran turun ke negeri bawah laut yang bernama Dika dan juga kisah-kisah di Bukit Gunung Si Guntang.terdapat banyak perkara yang pelajar dan masyarakat boleh ambil ikhtibar untuk dijadikan pengajaran. telah dimuatkan dengan peristiwaperistiwa penting yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Hang Tuah. Selain itu. Sultan Alau`d-Din Ri`ayat Syah. Benua China. Sultan Mansur Syah. Selain itu Hikayat Melayu juga turut mengaitkan peristiwa-peristima yang bersifat fiksyen dan mitos.

Berdasarkan Kisah ‘Hang Tuah’ yang menggambarkan mengenai ketaatan rakyat kepada raja. bangsa dan agama. Ia bukan sahaja menjadi contoh dan ikutan tetapi juga ia turut dibanggai dan dikagumi oleh rakyat dan masyarakat luar.Kegagahan dan ketaatan yang ditunjukkan oleh Hang Tuah menjadi lambang kehebatan orang-orang melayu. berdikari dan juga berkaitan dengan hukum-hukum islam. wajar diberikan perhatian kerana ia juga satu proses mendidik masyarakat. taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja Melaka. kerajinan. kepahlawanan.Nilai baik hati yang diterapkan melalui teks Kesusasteraan Melayu banyak terangkum dalam media seperti drama. Kebenaran wujudnya tokoh lagenda ini terus dikaitkan dengan tinggalan sejarah seperti perigi Hang Tuah yang dikatakan tidak pernah kering biarpun musim panas. Kehebatan Hang tuah ini menjadi pendorong kepada semangat kemelayuan 9 . Tindakan Majlis peguam yang menganjur pelbagai forum yang menyentuh sensitivi kaum pada ketika ini yang dianjurkan secara terbuka lebih bersifat mencurah minyak ke api. puisi dan cerpen. novel. Kurang kepekaan terhadap isu semasa tidak mustahil peristiwa berdarah 13 Mei akan berulang.Sebagai sebuah masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum. Peristiwa seperti ini dapat diatasi jika masyarakat Malaysia menerima pakai nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks kesusasteraan Melayu. sehingga Hang Tuah dianggap sebagai tokoh lagenda yang penuh dengan keagungan. patriotisme. Hang tuah dianggap memiliki sifat ‘supernatural’ keberanian dan semangat kepahlawanan sejak kecil.nilai murni yang terpancar melalui teks kesusasteraan melayu adalah seperti nilai baik hati. Antara nilai. hormat-menghormati. secara tidak langsung akan menyebabkan masyarakat Malaysia akan terdedah kepada amalan yang menjuruskan kepada perkara-perkara yang boleh merosakkan perpaduan.

Maka oleh segala orang muda-muda ditertawakannya. lalu ia mengamuk dengan golok sunda. Maka ditikam oleh Hang Tuah Jawa itu dengan golok sunda itu kena dapur-dapur susunya terus ke sebelah. Maka Jawa itupun kemalu-maluan. maka Jawa itupun mati. Maka Hang Tuah pun segera datang.sehingga lahir ungkapan ‘Takkan Melayu Hilang di Dunia’ . kerana Hang Tuah terlalu tahu melihat keris. Kehebatan dan ketangkasan Hang Tuah ini diceritakan oleh pengarang seperti berikut: “ Maka sekali peristiwa ada seorang Jawa demam terkukul-kukul. Telah dilihat oleh Jawa itu keris Hang Tuah jatuh. Maka orang pun gemparlah berlarian sana-sini. Maka orang pun banyak mati dibunuh oleh jawa itu. Maka Hang Tuah pun pura-pura undur. Hal ini adalah baik kerana masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang hidup bersistem seperti institusi beraja ini. kerana kepada hatinya terlebih baik keris itu daripada golok. seorang pun tiada dapat mengembari dia. mendapati ikan-ikan yang telah memasuki ke dalam lukahnya telah dimakan oleh 10 . maka dibuangkannya goloknya dipungutnya keris itu. Badang yang berkerja menahan lukah di sungai. Jawa itupun segera menikam Hang Tuah. Selain itu kisah tentang ‘Badang’ menceritakan bagaimana seorang rakyat biasa yang akhirnya menjadi orang penting raja dan menjadi kuat hanya kerana memakan muntah hantu.lalu diusirnya. langkah yang diambil oleh pengarang dengan menyelitkan peristiwa yang menakutkan perlu dilihat dari segi positifnya iaitu ia menjadi pengajaran kepada generasi untuk menjaga institusi raja. Telah dilihat oleh Hang Tuah golok itu sudah dibuangkan Jawa itu. lalu diusirnya Jawa itu.( Sejarah Melayu: 86 ) Pendidikan menghormati raja ini adalah merupakan satu proses yang berterusan untuk menjamin kelangsungan sesuatu dinasti atau sistem beraja itu. tiada kena. segera diambilnya oleh Hang Tuah. kerisnya pun dijatuhkannya. Justeru itu. maka Hang Tuah pun melompat. Telah dilihat oleh Jawa itu Hang Tuah.

Dalam hal ini. mendapat perhatian kerana meskipun mendapat kekuatan luar biasa daripada hantu. Badang biarpun kuat tetapi tidak seperti manusia biasa yang menjalani kehidupan berkeluarga. akan janggut hantu itu.terlalu banyak muntahnya itu. pengarang telah menceritakan bahawa Badang akhirnya mati seperti orang biasa juga. Setelah tertangkap hantu tersebut minta dilepaskan dengan menawarkan sesuatu yang istimewa iaitu akan menunaikan segala permintaan si Badang. dan kayu yang sepemeluk dua pemeluk itu dengan sebelah tangannya juga dibantunya…” ( Sejarah Melayu :34-35 ) Kepercayaan masyarakat ini. Badang telah memiliki kekuatan yang luar biasa. “ Maka hantu itupun muntahlah. akhirnya Badang meminta untuk menjadi kuat dan bertenaga.Telah sudah ia makan muntah hantu itu.hantu. Syarat yang diberikan oleh hantu tersebut ialah dengan memakan muntahnya. tiada dilepaskannya. dibantunnya pohon kayu yang besar-besar itu habis tercabut. maka Badang pun berjalanlah.Maka dilepaskannya janggut hantu itu. Sambil berjalan itu dibantunnya kayu yang besar-besar itu habis tercabut. Dalam hal ini pengarang menyindir sinis kepada kepercayaan masyarakat kepada perkara yang tahyul. dan akibat terlalu marah dia berusaha menangkap hantu berkenaan. Setelah berfikir panjang. akhirnya membawa kepada masalah diri sendiri. masyarakat bukan sahaja percaya kepada hantu tetapi juga beranggapan bahawa hantu lebih kuat daripada manusia. namun Badang ditegah daripada berkahwin. Kisah ini semestinya memberi 11 . Di akhirnya cerita ini.dipegang jua oleh Badang.Maka dimakannya oleh Badang muntah hantu itu habis semuanya. maka dicubanya oleh Badang. Sebab itulah pengarang menggambarkan hanya dengan memakan muntah hantu. Badang akhirnya menjadi kuat setelah memakan muntah tersebut.

a. Merah Silu dapat mengaji pada keesokan harinya manakala tubuhnya pula berbau narawastu.Maka diciumnya bau tubuhnya seperti bau narwastu.’Maka oleh Fakir Muhammad Merah Silu itu diislamkannya.’Hambalah tuanya sekalian mereka itu. ( Sejarah Melayu : 41-42 ) Jika diamati petikan diatas kita dapati pengarang mengambarkan satu situasi yang luar biasa telah berlaku ke atas Merah Silu. Peristiwa yang luar biasanya.w. Maka sahut Merah Silu. Pengarang mengaitkan kedatangan Islam di Semudra dengan peristiwa Merah Silu bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad s.a. dan diajarnya kalimah syahadat. “ Hatta.ngangakan mulutmu.’Siapa nama tuannya di dalam negeri ini?.Maka kata Fakir Muhammad. Maka Merah Silu pun jaga daripada tidurnya. bagi 12 . telah sampai ke Semudra. maka fakir Muhammad pun naik ke darat. Beliau telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah dan Rasulullah meludah ke dalam mulutnya.maka ia bermimpi dirinya berpandangan dengan Rasulullah S. ‘Apa nama negeri ini?. Contoh untuk nilai baik yang lain adalah tentang mitos kedatangan Islam di Semudra. maka Merah Silu pun tidur. Telah Merah Silu sudah Islam. Dalam mimpi itu. akibat daripada itu Merah Silu pandai membaca Al-Quran. Maka sahut Merah Silu.pengajaran yang baik tentang bagaimana seseorang itu harus bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan Tuhan kepadanya.’ Maka dingangakannya oleh Merah Silu mulutnya.w. maka diludahi Rasulullah. Maka sabda Rasulullah pada Merah Silu.’Hai Merah Silu. Maka ia bertemu dengan Merah Silu berkarang di pantai. Maka Fakir Muhammad pun bertanya kepadanya. ‘negeri ini Semudra’. nabi Muhammad telah meludah ke dalam mulut Merah Silu dan sebagai hasilnya.

W.pengarang perlu dimasukkan dalam teks Sejarah melayu untuk meletakkan martabat sultan atau raja itu berada di atas dan jauh berlainan dengan rakyat biasa. Pembaca berasa dialog tersebut seperti diucapkan sendiri olehnya.A. kesederhanaan dan perasaan. Penggunaan dialog yang bersahaja dan seharian menjadikan kita berasa amat rapat dengan suasana tersebut. Kebijaksanaan dalam memilih dan menyusun kata menjadikan dialog yang diucapkan menjadi lebih bermakna dan sarat dengan pelbagai nilai-nilai murni dan nilai estetika. keindahan mesti mengandungi ciri-ciri kesatuan. Secara keseluruhannya kita dapat mengetahui bahawa tujuan utama pengarang ialah untuk menguatkan rasa taat dan hormat golongan bawahan kepada golongan atasan. Perasaan yang lahir dari deria dalaman dan luaran adalah penting untuk mengenal dan menikmati keindahan. (1990:3) adalah mempunyai perkaitan kehidupan manusia dan masyarakat. Kesenian umum yang dimaksudkan oleh Asmad. Winckelmann dalam Johari Ab. Penggunaan dialog yang bersesuaian dengan pemilihan dan penyusunan kata yang menarik telah menjadikan teks tersebut hidup. 13 . Hamid (2000) menegaskan. Keindahan ini mesti dinikmati oleh deria dan difahami oleh para intelek. Sebagaimana yang kita ketahui. Masyarakat telah menggunakan unsur kesenian untuk membentuk atau menyalurkan nilai-nilai murni. Masyarakat Melayu pada zaman awal banyak menghasilkan puisi-puisi tradisi dalam usaha mendidik masyarakat pada masa itu dan tetap relevan sehingga sekarang ini. hanya mereka yang tertentu sahaja dan istimewa akan bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad S. Keupayaan pengarang dalam melukiskan watak dengan menggunakan unsur kesenian yang indah dan menarik menyebabkan nilai-nilai yang ingin disampaikan dapat diterapkan kepada pelajar.

Konsep masyarakat melayu yang berpegang kepada adat. Warisan budaya akan berkekalan jika pengaruh unsur ini masih dapat dipertahankan. Hubungan unsur atau sistem kebudayaan dengan perlakuan mempunyai perkaitan yang erat. maka budaya warisan ini akan berubah atau mungkin lenyap ditelan zaman. Kesimpulan. perlambangan. Pengemblengan pihak yang berwajib dan masyarakat diharap dapat mewujudkan satu rantaian murni untuk merealisasikan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui pembudayaan nilai tersebut.Pemilihan dan penggunaan gaya bahasa yang dilakukan dalam sesebuah teks banyak membantu dalam melahirkan dan membentuk sebuah masyarakat yang harmoni. seperti melentur buluh biar dari rebungnya. Rujukan 14 . Andainya unsur atau sistem budaya ini telah dipengaruhi. paradoks dan sebagainya sedikit sebanyak telah melahirkan unsur puitis dalam pelukisan watak dan secara tidak langsung nilai-nilai murni yang cuba diterapkan dapat dilakukan dengan secara tidak langsung. Hubungan unsur dan kebudayaan yang terpancar melalui teks kesusasteraan mempunyai banyak perkaitan yang erat dengan nilai kemasyarakatan. Keupayaan sesebuah masyarakat mengubahsuai unsur budaya dengan menggunakan medium kesusasteraan akan dapat mengembangkan warisan. Penerapan nilai-nilai murni dalam teks sastera Melayu atau komsas diharap akan dapat membantu melahirkan sebuah masyarakat yang madani. Kesungguhan pihak yang berwajib dalam merealitikan impian masyarakat tidak harus dipandang ringan. Penggunaan gaya bahasa yang pelbagai seperti pengulangan kata.

(1997 ). Zainal Abidin Abdul Wahid.Ulasan Buku Sejarah Melayu untuk HSC.Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Sulalatus Salatin Sejarah Melayu.Bhd. W.Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Onn. Kuala Lumpur.(1991).Beberapa aspek dari Sejarah Melayu (Sulalatus-Salatin). Ismail Ahmad. (2011).Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. 1978. Utusan Publications & Distributors. Kuala Lumpur. Arbaiyah Mohd Nor. Kuala Lumpur.Penerbit Fajar Bakti. Farid M.G. Nik Safiah Karim. Malaysia : Warisan dan Perkembangan.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. 15 . Bahasa dan Pustaka.Pengertian Sejarah.Shellabear.Petaling Jaya.Abu Hassan Sham.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Samad Ahmad. Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. Fajar Bakti Sdn.Sejarah Melayu. A. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1996.(2002). Muhd Yusof Ibrahim.(1975).2000.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful