You are on page 1of 14

ISI KANDUNGAN

BILANGAN 1 2 3 4 5 6 7 TAJUK MUKA SURAT 3-5 6 7-8 9-10 11-12 13 14

PENGENALAN OBJEKTIF SKOP KAEDAH KAJIAN 1 KAEDAH KAJIAN 2 RUMUSAN RUJUKAN

PENGENALAN
Saya memilih artis ini adalah kerana saya kagum degan beliau kerana beliau seorang pengarang, pengkaji seni budaya warisan Melayu,seniman penyair dan pelukis Malaysia. Beliau juga seorang seniman penyair-pelukis yang memartabatkan warisan Melayu ini dimata dunia. Banyak karya-karya beliau yang menunjukkan beliau seorang tokoh kesenian dan pernah bertugas sebagai Jurulatih seni lukis di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (1974-1976). Pelukis tersebut adalah Siti Zainon Ismail, berikut adalah latar belakang beliau;

BIODATA DR. SITI ZAINON ISMAIL


BIODATA DR. SITI ZAINON ISMAIL Prof. Madya Dr Siti Zainon Ismail Lahir 18 Disember 1949 Alamat Unit Kebudayaan, Hal-ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Pendidikan 1970-74 Sekolah Tinggi Seni Rupa (ASRI) Yogyakarta (Sarjana Muda Seni Rupa 1974) 1976-79 Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Sastera,1980) 1985-90 Universiti Malaya (Ph.D,1992) Hadiah / Anugerah Hadiah Akademik 1972-73 Biasiswa ASRI 1977-79 Biasiswa UKM, Sarjana Sastera 1985-89 Biasiswa UKM dan JPM 1986 Hadiah Perjalanan PETRONAS,KUL-LONDON 1992 Prof. Madya,JPM-UKM 1996 Anugerah Warga Kehormat Guru Besar (Prof.) Luar Biasa Universitas Jabal Ghafur, Aceh

Hadiah Seni 1960 Hadiah Senilukis Sekolah-Sekolah Rendah Selangor 1970-73 Hadiah Sketsa Kartini, ASRI-Yogyakarta 1972-73 Hadiah Utama Pelajar Senilukis, ASRI 1975,1976 Hadiah Sastera (Puisi) 1985 Penghargaan Valmiki Poetry Festival, New Delhi, Bhopal India 1986 Piagam. Seoul World Poetry Korea Selatan Piagam Seminar Sastera Nusantara, Nusantara, Universitas Jabal Ghafur, Aceh Hadiah Majlis Buku Kebangsaan 1986, Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, DBP 1987 Hadiah Puisi Islam, PUSPA, Kelantan

Pameran Kumpulan 1966 'Pameran Pelukis Muda Ke-10', Galeri Samat, Kuala Lumpur 1967 'Pameran Pelukis Muda Ke-11', Galeri Samat, Kuala Lumpur 'Pameran Pelukis Lukisan Batik', Kuala Lumpur 1969 'Pameran Lukisan Batik & Kraftangan MAHA', Kuala Lumpur 1970 'Pameran ASRI', Yogyakarta, Indonesia 'Pameran Kartini', Yogyakarta, Indonesia 1971 'Pameran ASRI', Yogyakarta, Malang, Surabaya Pameran Sanggara Dewata', Yogyakarta, Indonesia 1972 Pameran Kartini', Yogyakarta, Indonesia 1974 'Pameran Jemputan', Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur 'Pameran Grafik Anak Alam', Kuala Lumpur 1975/76 'Pameran Lukisan Anak Alam', Kuala Lumpur 1977/78 'Pameran Lukisan & Arca Anak Alam', Kuala Lumpur 1978 'Pameran Lukisan Angkatan Pelukis SeMalaysia',Kuala Lumpur 1979/80 'Pameran Catan & Arca Anak Alam', Kuala Lumpur 1981 'Pameran Anak Alam', Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 'Geraktara',Muzium dan Galeri Negeri Pulau Pinang 'Pameran Koleksi Wanita Dalam Seni & Puisi', Galeri Tan Sri Kamarul, Kuala Lumpur 'Pameran Enam Sahabat', Sum Art Gallery, Kuala Lumpur 1982 'Pameran RASA ' 82', UKM 1983 'Titian 1', Museum & Gallery Singapura 1984/85 'Pameran Perdana', Australian High Commission, Kuala lumpur

DR. SITI ZAINON ISMAIL


SITI ZAINON ISMAIL Pengkaji seni budaya warisan Melayu, beliau adalah seniman dan penyair. Pelukis ini adalah puteri kelahiran Gombak, Kuala Lumpur (18 Disember 1949). Berdarah keturunan Melayu - Minang - Batubara, Jawa - Banjar. Juga diasuh oleh 'ayah kedua' berketurunan Acheh-Patanni. Mendapat pendidikan asas di Sekolah Rendah Setapak, Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Langgar, Kota Bharu ( 1956- 1957-1961) dan seterusnya ke Sekolah Menengah Aminudin Baki (SAB), Kuala Lumpur (1962-1968). Beliau mengaji dengan abah dan 'ayah Mat' yang juga memberinya cerita wayang kulit. Di Kota Bharu juga beliau mula belajar mencolek kain batik. Di SAB beliau dilatih oleh guru senilukis Idris Haji Salam sehingga ia bergabung pula dengan Angkatan Pelukis Semenanjung (APS, 1964-1968). Oleh kerana minatnya kepada seni lukis beliau melanjut ke pendidikan seni di Institut Seni Indonesia (ASRI) jurusan Seni Lukis (1970-1973). Beliau merupakan pelajar seni lukis yang kerap memenangi Anugerah Sketsa Kartini (1970-1973). Selama di ASRI turut bergabung dengan Sanggar Dewata dan turut menyertai pameran keliling Jawa. Pada bulan Februari 1974 pulang ke tanahair bertugas sebagai Jurulatih seni lukis di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (1974-1976). Seterusnya sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1976) dan lulus Sarjana Sastera (UKM. 1980). Ph.D (UM. 1992). Hingga kini masih mengajar di Pusat Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dalam bidang kepakarannya Seni Budaya Warisan (kursus Kesenian Melayu Tradisional. Pemerian Budaya Benda, Tekstil dan Busana Melayu, Sejarah dan Teori Penghayatan Seni, Penulisan Kreatif). Beliau juga adalah Felow Penyelidik ATMA (1995-1996) dan Pengarah Kebudayaan UKM (1996-1999). Beliau sekarang adalah Profesor di UKM. 5

OBJEKTIF kajian
Untuk mengkaji latar belakang pelukis yang dipilih. (a) (b) (c) (d) Untuk mengkaji karya yang dihasilkan oleh pelukis tersebut. Mengkaji cara pelukis tersebut menghasilkan sesuatu karya. Membuat rumusan tentang pelukis tersebut. Mengkaji media yang digunkan oleh pelukis tersebut.

skop
SITI ZAINON ISMAIL telah menggunakan media catan cat air dan pastel sebagai bahan penghasilan karya.

Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan bewrna atau cat yang disapu ke atas permukaan yang rata. Catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunkan ialah mozek dan fresco. Pada zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fressco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan karya seni abstrak dan semi abstrak. Teknik catan cat air ini terdiri daripada empat jenis teknik antaranya adalah teknik basah atas basah, basah atas basah, kering atas kering dan kering atas basah. Teknik basah atas basah adalah warna yang disapu di atas permukaan kertas yang basah, sesuai untuk menampakkan kesan air atau awan dan sesuai untuk menghasilkan kesan warna lut sinar. Teknik basah atas kering adalah warna yang disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering. Teknik kering atas kering adalah warna yang disapu tanpa campuran air atau tiada sedikit air di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering.Merupakan warna yang pekat dan likat dan bertujuan untuk menampakkan jalinan. Teknik kering atas basah adalah sapuan warna terus daripada tiub ke atas permukaan kertas lukisan yang basah atau lembap.

KARYA ARTIS

Kod 1977.20 " Gelora Gelombang Jugra ", Pastel, 51x54 cm

Angin Si Pauh Janggi,cat air

Cahaya itu Maya,cat air

KAEDAH KAJIAN 1

Kod 1977.20 " Gelora Gelombang Jugra ", Pastel, 51x54 cm

Gelora Gelombang Jugra adalah meditasi seni Siti Zainon Ismail yang dilontarkan dalam nada penuh kesenyapan. Beliau menganyam garisan lyricaldengan pastel sehingga membentuk perasaan yang tenang dan shahdu. Bentuk bertexture kubah digandingkan dengan 'tumpal' dan bulan purnama menjadikan komposisi karya ini ringkas (simplicity)dan berisi. Kekuatan beliau menggunakan garisan lyrical yang di adun dengan menggunakan bentuk bertexture menyebabkan karya seni yang sebati dengan jiwanya mengalir keluar melalui tanda tampak. Ulangan perkataan seakan-akan alif, lam,lam,ha yang memenuhi karyanya secara tidak langsung adalah intipati perasaan dalamannya yang mengalunkan lagu cinta abadi kepada yang maha Esa. Bulan kuning diufuk biru adalah imej tanda tampak yang dialirkan oleh SZ bagi membangkitkan rasa shahdu beliau terhadap kejadian malam. Allah meminta kita berfikir tanda-tanda kejadian ciptaanNya. Melewati karya ini, SZ mengolah perasan tenteram dalamannya yang khusyuk memikirkan kehebatan tanda-tanda ciptaan Allah , iaitu kejadian malam. Allah menghiaskan malam dengan bulan menguning bersama udara nyaman. Allah merekacipta perasaan yang halus dan gementar yang dimiliki setiap insan. SZ menggunakan pandangan mata hatinya mentafsirkan kembali keindahan suasana malam tersebut lalu memindahkan ke atas kertas, menjadikan karya ini segar dan tenteram Imej kubah yang menjadi dominasi komposisi pula seolah-olah melindungi kehidupan. Bentuk bertexture tumpal pula seperti kisah perjalanan menuju kesana (alam lain). Gabungan kubah, tumpal dan bulan kuning diufuk biru melalui anyaman garisan lyrical telah menjadikan karya SZ menepati ciri-ciri kesenian Islam. Menurut Titus Ibrahim Buchart seni Islam mestilah membangkitkan perasaan dalaman pemerhati sebagai 'perasaan yang bebas, lepas dan tenang. Sungguhpun kebanyakan kesenian Islam terutamanya arabes menggunakan warna minimal (misalnya putih), namun SZ berjaya membangkitkan perasaan tenang tersebut melalui perantaraan warna. Perantaraan warna yang beliau gunakan bersesuaian dengan perasaan puitisnya yang dialirkan menerusi "Gelora Gelombang Jugra". Keindahan karya ini jika dilihat melalui sudut lain ternyata cara SZ mengalunkan karya ini bertepatan seperti apa yang dibahaskan oleh Al Faruqi mengenai kesenian Islam. Al Faruqi menyentuh sruktur kesenian Islam mestilah menggunakan format keindahan Al Quran. Keindahan Al Quran diciptakan Allah diturunkan melalui perantaraan kalam, namun persembahan kalamullah tersebut disampaikan secara alunan lagu shahdu. SZ berupaya menimbulkan getaran warna melalui kawalan garisanlyrical bertexture. Rentak tidak senada ( random rhythm) yang beliau gunakan dalam komposisi karya ternyata menimbulkan alunan shahdu yang senyap.
10

KAEDAH KAJIAN 2

Cahaya itu Maya,cat air.

11

Cahaya Itu Maya adalah karya SZ pada tahun 2011,karya ini mengisarkan tentang malam lailatul qadar,iaitu malam seribu malam,yang boleh ditakrifkan sebagai 1 malam beribadah pada malam itu,ianya lebih baik daripada 1000bulan bersamaan 83tahun ibadah. Beliau cuba mengetengahkan karyanya dengan mengambarkan suasana atau waktu malam, dimana berlakunya malam lailatul qadar itu. Malam lailatul qadar itu hanya berlaku sekali dalam setahun dan ianya jatuh pada bulan Ramadhan. Oleh sebab itu,SZ cuba mengambil langkah inisiatif dengan menghasilkan karya ini bagi menunjukkan betapa indahnya malam lailatul qadar itu. Walaupun pada hakikatnya,malam lailatul qadar itu tidak diketahui masa,waktu bila ianya muncul,tp kte sebagai seorang Muslim percaya bahawa pada waktu itu keadaan tenang,suasana yang sayup-sayup, seolah-olah mengetahui akan turunya malam lailatul qadar itu. Hal ini kerana,seluruh malaikat turun ke bumi bagi mendoakan keampunan hamba-hambanya yang memohon,dan membawa segala amalan hamba-hambanya yang soleh ini untuk dijukkan kepada Allah swt. Bunga-bunga adalah imej tanda tampak yang menonjol yang cuba dialirkan oleh SZ bagi membangkitkan rasa penuh kehambaan diri kepada tuhan yang Maha Esa. Allah meminta kita berusaha mencari malam yang penuh kerahmatan dan kemuliaan itu supaya taat dan patuh melakukan ibadah kepada-Nya. Melewati karya ini,SZ mengolah perasaan yang tenang dah syahdu memikirkan tanda-tanda keagungan Allah swt. Bulan kuning diufuk hening malam adalah imej tanda tampak yang cuba ditonjolkan oleh SZ bagi membangkitkan rasa keheningan malam lailatul qadar. Suasana yang penuh ketenangan mengambarkan banyaknya rahmat tuhan yang melimpah ruah ke bumi untuk hamba-hambanya yang memerlukan serta mengampunkan dosa-dosa hamba yang meminta kepada-Nya. Imej dedaun yang saling bertaut dan berlingkar yang menjadi menghiasi ruang dan komposisi pula seolah-olah mengambarkan ikatan tuhan dan hamba-hambanya serta sesama manusia. Bentuk seolah-olah pintu gerbang(putih) pada karya ini mengisarkan tentang perihal manusia sebagai seorang musafir bagi mencari bekalan dunia dan akhirat. Gabungan tumbuh-tumbuhan ,cahaya, bulan, kura-kura melalui karyanya telah menjadikan karya SZ menepati cirri-ciri kesenian islam dengan mengambarkan flora dan fauna sebagai tanda kebesaran Allah swt. Perantaraan warna yang beliau gunakan bersesuaian dengan keindahan ciptaan tuhan. Penggunaan warna-warna yang lembut dan sejuk mengambarkan keharmonian karya tersebut. SZ berupaya menimbulkan getaran warna melalui kawalan garisan-garisan halus yang bertexture. SZ juga mengunakan warna minimal(putih) bagi membangkitkan kesenian itu bersifat kepada ketuhanan. 12

RUMUSAN
Secara kesimpulannya, saya dapat memahami sedikit sebanyak penghasilan karya artis menggunakan media catan cat air dan pastel. Selain itu,saya juga dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang nilai-nilai seni yang terdapat dalam karya artis. Saya juga dapat mengenali artis dengan lebih mendalam dan mengetahui perkembangan sejarah latar belakang beliau. Saya dapat mempelajari beberapa teknik-teknik catan dalam karya artis. Tambahan pula,saya juga dapat mempelajari dan dapat mengenal pasti elemen-elemen seni dan prinsipal-prinsipal seni serta sedikit sebanyak dapat mentakrifkan makna tersurat dan tersirat dalam karya artis.

13

RUJUKAN
a. ml.scribd.com/doc/89069790/39/cat-air b. senivisual.blogspot.com/2010/catan-cat-air.html c. www.wikipedia siti zainon ismail.com d. www.liriklagu.com/imnogman/SitiZainon_Puisi.html e. www.senirupasiti.blogspot.com f. www.sitizainon.blog.com

14