[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012

PENGENALAN Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan. Tiga faktor yang mendorong kanak-kanak mencapai pemahaman ialah sediakan suasana pembelajaran yang bermakna, galakkan murid untuk membuat dengan cara

keputusan dan berikan kesempatan untuk mereka menghalusi pemikiran

saling bertukar pendapat. Guru berperanan juga untuk merangsang tindakan mental kanakkanak semasa kanak-kanak sendiri bertindak ke atas sesuatu objek. Dengan itu, mereka boleh membina idea-idea sendiri. Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaru. Konstruktivisme menegaskan kepentingan membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.. Unsur konstruktivisme yang paling penting adalah bahawa seseorang membina

pengetahuan dirinya sendiri secara aktif, dengan cara membandingkan maklumat baru dengan pemahamannya yang sedia ada. Cara ini digunakan untuk menyelesaikan sebarang perselisihan idea atau miskonsepsi demi mencapai pemahaman baru. Kanak-kanak telah memperoleh pengalaman tentang alam sekitar sejak dilahirkan. Mereka telah mengembangkan idea-idea yang membolehkan mereka memahami apa yang berlaku di sekeliling. Mereka membawa idea-idea informal itu ke dalam bilik darjah.

PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102)

1

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012
Walaubagaimanapun, bukan semua idea atau pengalaman mereka boleh

memberikan gambaran yang jelas kepada pemerhati kerana konsep yang terlibat dalam fenomena alam susah difahami malah sangat sukar diterangkan secara saintifik. Penyesuaian dan gabungan idea daripada pemerhatian fenomena seharian dengan konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah selalunya menghasilkan miskonsepsi. Tujuan pendidikan Sains adalah memberi penerangan yang selanjutnya supaya idea-idea mereka menjadi konsep-konsep yang lebih bermakna. Konsep yang silap perlu diperbaiki supaya miskonsepsi murid terhadap pembelajaran sains tidak berterusan.

PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102)

2

atau campur tangan ghaib' (halaman 208). Memiliki miskonsepsi kanak-kanak. nasib yang baik. atau salah faham konsep. teori naif. kepercayaan bukan saintifik. dan 'salah faham' atau misinterpretations fakta. Barrass (1984) pula mentafsirkan miskonsepsi sebagai 'kesilapan' atau kesilapan. Kebanyakan kanak-kanak yang berpegang teguh kepada konsep yang salahTIDAK menyedari bahawa idea-idea mereka adalah salah. konsep bercampur. Disebabkan penerangan tentang sesuatu konsep tadi tidak sama dengan penerangan yang diberikan oleh ahli sains maka idea kanak-kanak tadi dikenali sebagai miskonsepsi. boleh mempunyai kesan yang serius kepada pembelajaran PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 3 . Manakala Novak dan Gowin (1984) menyatakan bahawa miskonsepsi adalah merupakan suatu interpretasi konsep-konsep dalam sesuatu pernyataan yang tidak dapat diterima. ini adalah kes-kes di mana sesuatu yang kanak-kanak tahu dan percaya tidak sama dengan konsep saintifik . dalam bidang sains. iman. Miskonsepsi juga mungkin dirujuk sebagai tanggapan prasangka. 'salah faham' atau idea-idea yang mengelirukan. Beliau mengatakan bahawa guru-guru dan pelajarpelajar yang lebih cerdik boleh membetulkan kesilapan. mereka sukar untuk mengaku kesalahan mereka lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai miskonsepsi untuk masa yang lama. Pada dasarnya. Apabila mereka diberitahu konsep mereka itu salah.[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 MAKSUD MISKONSEPSI Miskonsepsi adalah andaian dan penerangan kurang tepat tentang sesuatu fenomena yang dibentuk oleh individu melalui pengalamannya (Martin et al 2000). Hancock (1940) mentakrifkan miskonsepsi ialah ‘apa-apa kepercayaan yang tidak berasas yang tidak mengandungi unsur ketakutan.

Apabila mereka mempelajari sains. Mereka akan gunakan semua deria untuk belajar tentang objek atau fenomena yang sedang mereka kaji. PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 4 .[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 MISKONSEPSI PELAJAR DALAM SAINS Maksud miskonsepsi Kanak-kanak belajar dan memahami dunia sekeliling mereka melalui proses yang dilakukan oleh seorang ahli sains. Konsep awal yang dimiliki kanak-kanak disebut konsepsi. Konsep awal atau konsepsi yang tidak sesuai dengan konsep ilmiah dipanggil miskonsepsi. Pengalaman mereka yang terhad dan tahap pemikiran mereka juga belum mantap. mereka sudah punyai idea atau kefahaman mereka sendiri tentang konsep dan fenomena yang akan diajar oleh guru. Teori yang mereka bina adalah logic dan rasoinal sebab ianya berdasarkan bukti dan pengalaman mereka. mereka akan memahami objek atau fenomena yang dikaji. Daripada pemerhatian dan jawapan yang mereka terima.

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 CARA-CARA MENGENALPASTI MISKONSEPSI DALAM SAINS. • Terdapat 2 jenis soalan yang boleh dikemukakan: • Soalan objektif Ujian objektif mengandungi soalan-soalan yang mengandungi miskonsepsi yang biasa wujud di kalangan kanak-kanak. Guru akan dapat mengerti latar belakang munculnya miskonsepsi yang ada sekaligus dinyatakan dari mana mereka memperolehi miskonsepsi tersebut. 1987) Temubual dijalankan selama lebih kurang 40 minit dan dirakam perbualannya. Kanak-kanak diajak untuk mengekspresikan idea mereka mengenai konsep-konsep yang telah dipilih oleh guru. • TEMUBUAL • Guru boleh memilih beberapa konsep yang dianggap sukar dan abstrak oleh kanak-kanak. Perbualan kemudian di transkripsi dan dianalisis. • Soalan esei PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 5 . • Guru boleh menyediakan soalan-soalan yang telah dibina dan meminta kanak-kanak menjawab secara jujur dan guru perlu menegaskan kepada mereka bahawa ujian itu bukan untuk digred. • PENYOALAN. 1980) Interviews about events (Osborne and Freyberg. • Dua kaedah temu bual: • • • Interviews about instances (Osborne and Gilbert.

Guru juga dapat mngerti konsep-konsep alternative yang ada pada kanak-kanak.  Guru meminta murid untuk meneragkan sebab ramalan yang diberikan.[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 Bentuk soalan ini sesuai jika guru ingin meneroka untuk memahami cara pemikiran kanak-kanak. memerhati dan menerang. • Langkah 1 : Meramal  Secara individu. • PEMERHATIAN • Guru boleh memerhati dan mendengar perbualan kanak-kanak semasa mereka berbincang dalam kumpulan atau semasa mereka menjalankan eksperimen. • Langkah 2 : Memerhati  Murid melakukan eksperimen PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 6 . Guru akan dapat mencari punca miskonsepsi dan dengan ini guru dapat mencari jalan yang terbaik untuk menangani miskonsepsi kanak-kanak. Dari perbincangan itu guru dapat mengenalpasti idea kanakkanak tersebut tepat atau tidak. • RAMALAN • Miskonsepsi kanak-kanak juga boleh dikenalpasti melalui meramal. murid diminta untuk menulis ramalan mereka. Guru perlu menyediakan satu demonstrasi tentang sesuatu kejadian yang berkaitan dengan tajuk yang diberi kepada kanakkanak.

Guru perlu melatih murid-murid cara untuk membina peta konsep terlebih dahulu.[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012  Guru meminta murid membuat pemerhatian dan merekodkan hasil pemerhatian mereka. guru dapat mengenalpasti miskonsepsi yang wujud pada kanak-kanak. • PETA KONSEP • Dengan membandingkan peta konsep yang dibina oleh murid dengan guru. • Langkah 3 : Menerang  Murid diminta betulkan sebab yang mereka telah tulis di awal eksperimen  Murid diminta berbincang dengan rakan-rakan di dalam kumpulan mereka. Novak mencadangkan satu siri langkah yang boleh digunakan.    Pilih satu konsep utama Kenalpasti konsep-konsep yang berkaitan Susun konsep-konsep ikut hierarki daripada yang am kepada yang spesifik   Sambungkan konsep-konsep tersebut dengan garisan Tuliskan atas garisan tadi dengan perkataan yang sesuai CARA MENGATASI MISKONSEPSI PELAJAR PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 7 .

Selain itu guru juga perlu mengubah peranannya daripada ‘penyampai maklumat’ kepada penyelidik dan pemudah cara. Dunlop (1999) mencadangkan agar guru memberikan bukti bahawa konsep asas yang dikemukakan oleh saintis pada masa kini lebih tepat untuk menerangkan sesuatu fenomena semula jadi. Hal ini membolehkan murid menghubungkan fenomena. 1. idea dan pengalaman baru dengan konsep sedia ada mereka. • Dengan memahami apa yang difikirkan kanak-kanak dan cara mereka berfikir guru akan dapat mengetahui penyebab miskonsepsi dan menemukan caracara mengatasi masalah tersebut. 2.[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 Salah satu masalah besar yang sukar diatasi dalam pengajaran konsep sains adalah memisahkan atau mengubah pandangan ataupun pegangan asal pelajar pada satu konsep kepada penjelasan yang dapat diterima oleh komuniti sains. 3. Sebagai penyelidik guru perlu mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid manakala sebagai pemudah cara guru perlu membimbing agar murid dapatmempelajari sesuatu dengan bermakna (Bahagian Pendidikan Guru 1995). Guru perlu memahami kerangka berfikir kanak-kanak. STRATEGI-STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU UNTUK MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI. Guru boleh : PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 8 . Guru perlu menggalakkan murid menjalankan penyiasatan ke atas fenomenafenomena sains yang menarik. Cara-cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mengatasi masalah miskonsepsi: 1.

Kanak-kanak yang tidak berminat belajar akan mengalami kesulitan PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 9 . Guru juga perlu memberikan waktu tambahan atau khusus untuk membantu kanak-kanak yang kemampuannya kurang sesuai dengan keadaan mereka. Guru perlu mengerti sejauh mana konsep kanak-kanak ini tidak lengkap dan memikirkan cara yang terbaik untuk menambahkan bahagian konsep yang kurang atau belum lengkap.[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 a) Memberi kesempatan pada kanak-kanak untuk menceritakan idea dan pemikirannya mengenai bahan yang sedang dibincangkan secara lisan atau bertulis b) Bertanya kepada kanak-kanak tentang konsep yang biasanya membuat kanak-kanak keliru dan kanak-kanak diminta menjawab secara jujur c) Mengajak kanak-kanak untuk berbincang tentang bahan tertentu yang biasanya mengandungi miskonsepsi dan guru membiarkan murid berbincang secara bebas 2. • Minat kanak-kanak untuk belajar mempengaruhi pemahaman konsep kanakkanak. Guru perlu meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. 3. maka kanak-kanak yang kurang mampu ini perlu dibantu dengan sabar sesuai dengan daya kefahamannya. • Pemahaman konsep memerlukan proses yang terus menerus dan waktu yang lama bagi kanak-kanak untuk memahaminya.

4. • Guru perlu mengajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran sehingga kanak-kanak tidak bosan dan senang dengan pembelajaran. • Guru perlu bersabar dlam menghadapi kanak-kanak terutama yang memiliki kemampuan yang kurang dalam pembelajaran.Takrif lain bagi inkuiri ialah proses menyelesaikan masalah atau pengesanan kebenaran atau pengetahuan yang memerlukan pemikiran kritis. • Guru perlu berinteraksi secara akrab dengan kanak-kanak untuk menjadikan kanak-kanak suka belajar. Kanak-kanak yang tidak berminat cenderung mengabaikan apa yang diajar oleh guru.walaupun apa yang ditemui bukan semestinya baru dalam dunia ini.menjalankan pemerhatian. PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 10 .melakukan eksperimen dan menyatakan kesimpulan.mengemukakan soalan.[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 dan juga cenderung mengalami miskonsepsi. baik belajar secara sendiri mahupun belajar bersama dengan guru lain. Guru juga perlu menyedari bahawa ilmu yang dimilikinya harus selalu dipertingkatkan. Cara penyampaian isi pengajaran dan pembelajaran oleh guru perlu mantap. 5. • Guru menunjukkan pada kanak-kanak bahawa sesungguhnya kanak-kanak suka belajar. Guru yang tidak menguasai konsep secara benar perlu belajar lagi. • Guru perlu menjelaskan kegunaan konsep dalam kehidupan seharian. Selain itu juga guru boleh menggunakan strategi – strategi yang berikut • Strategi inkuiri penemuan Strategi inkuiri penemuan membuatkan murid berusaha untuk menemui sesuatu yang baru dalam dirinya. 6. terutama dalam konteks kehidupan kanak-kanak.

proses sains dan sikap terhadap sains. Berfikir untuk memperoleh pengetahuan baru atau penyelesaian masalah merupakan ciri utama bagi semua kaedah inkuiri.atau penyelesaian baru melalui proses inkuiri maka dia telah mencapai suatu penemuan. pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan pelajar. lawatan dan kajian masa depan. Walau bagaimanapun.Inkuiri sebagai suatu proses dapat meningkatkan pembelajaran sains.prinsip. logikal matematik. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap sains. bahan yang sesuai untuk dimanipulasikan. verbal linguistik. Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajar.konsep.kebebasan yang mencukupi untuk mereka membandingkan idea-idea serta membentuk penemuan pembelajaran dirinya sendiri. perbincangan. Eksperimen: PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 11 . muzik dan irama. Kaedah dan aktiviti yang yang berbeza perlu dirancang untuk murid-murid yang berbeza kecerdasan. perhubungan antara insan dengan penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar. Apabila murid berjaya memperoleh fakta. Contoh kecerdasan ini ialah visual dan ruang. kinestatik. guru boleh mengubah suai cadangan aktiviti pembelajaran jika perlu. perhubungan dengan diri sendiri. Dalam kurikulum cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk aktiviti pembelajaran. projek. • Berikut diberi penerangan ringkas mengenai kaedah-kaedah ini. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen. bantuan dan bimbingan. masalah yang mengagumkan .[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 Murid-murid berupaya menjalankan inkuiri apabila mereka diberi kesempatan pembelajaran hands on. simulasi. perhubungan antara individu.

Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir. 3. menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan menentulkan langkah menjalanakan eksperimen kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data Melakukan eksperimen Mengumpul data Menganalisis data Mentafsirkan data Membuat kesimpulan Membuat laporan PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 12 . 5. 9. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemuikonsep atau idea sains yang tertentu. 7. langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut: 1. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. 6. 8. Mengenal pasti masalah Membuat hipothesis Merancang eksperimen: mengawal pemboleh ubah.[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Secara kebiasaan. kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. 2. 4.

Semasa perbincangan. perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum sesuatu aktiviti. menyeronokkan dan bermakna. iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan. data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen. muzium. Projek Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu pembelajaran yang formal. paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan.[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 Dalam konsep pelancongan pelajar. adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru . Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 13 . Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo. pusat sains. artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar lain. murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. Lawatan Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Perbincangan Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan. institusi penyelidikan.

Lakukan operasi penyelesaian. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini. Secara umumnya. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan.[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini. Kajian masa depan Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral. Jelaskan masalah 3. Main peranan ialah aktiviti yang menempatkan kanak-kanak dalam situasi di mana mereka perlu mengandaikan diri sebagai watak (manusia atau bukan manusia) dan PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 14 . aktiviti seperti simulasi. 5. Semasa penyelesaian masalah. Kenal pasti dan faham masalah 2. Penyelesaian masalah Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. pendidikan alam sekitar. 4. Nilaikan penyelesaian Simulasi . ia mesti dirancang rapi dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Cari alternatif penyelesaian masalah. penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut: 1.

model keratin yang dibina untuk menunjukkan bahagian dalam sesuatu objek atau sistem. Sebagai contoh.Markah diberi untuk pengelasan yang dilakukan dengan betul .Model begini dapat diperhatikan dan dipegang dengan mudah.model keratin gigi yang menunjukkan lapisan-lapisan dalam gigi yang memainkan peranan masing-masing.kad tugasan diberikan kepada tiga kumpulan kecil yang akan membincangkan dialog dan lakonan yang diperlukan.Contohnya. Kedua.PPK.halaman 26-28).model glob digunakan untuk mewakili bumi dan permukaanya.kanak-kanak cuba bertindak.murid-murid menjalankan simulasi melancong ke bulan untuk menjelaskan keadaan di bulan seperti kawah. (sila rujuk PuLSaR Modul 5.gunung.1994. Permainan memerlukan aplikasi pengetahuaan sains dan strategi sains untuk menang sebagai contoh.berasa dan bergerak balas seperti watak berkenaan.tahun 4).Terdapat tiga jenis model yang utama.Pemain yang mendapat markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenag. Model merupakan bahan gentian yang dapat mewakili bahan sebenar.Contohnya.tanah dan batuan(bumi dan dunia teknologi.[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 memainkan peranan dan kelakuan watak itu.Dengan itu.40 keping kad gambar haiwan disediakan.struktur dan fungsi dalaman yang dilindungi dapat diperjelaskan.untuk membantu murid membuat persediaan.Pertama.model pepejal boleh dibina untuk membesarkan realia yang terlalu kecil atau mengecilkan realia yang terlalu besar. PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 15 .(sila rujuk PuLSaR Modul 5 halaman 2526).Empat orang pemain perlu mengelaskan gambar yang dipegangnya mengikut cara pengelasan haiwan bergilirgilir.Pelajar akan dapat mengenali dan memahami struktur luar dan ciri fizikal realia yang diwakili oleh model.

2.model enjin dua-jelang dan enjin empat-jelang boleh digunakan untuk mendemonstrasikan cara pembakaran bahan api dan bagaimana enjin menggerakkan motor. Perkara ini adalah hasilan atau matlamat akhir yang ideal bagi pengajaran sains. KESAN – KESAN MISKONSEPSI TERHADAP PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK Gilbert. jika idea ataupun pengetahuan sedia ada terbukti mencukupi berdasarkan pengalaman lampau.model pergerakan yang menunjukkan cara sesuatu sistem bergerak dan beroperasi. Sebahagian daripada pelajar mungkin tidak akan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan konflik kognitif ataupun ketidakseimbangan kognitif yang dihadapinya. Dalam keadaan ini.[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 Akhirnya. 1. pelajar tidak mampu menyatukan idea baru yang diterima daripada gurunya dengan pengetahuan sedia ada yang dipegangnya. Hasil yang paling ideal yang diharapkan adalah pengajaran guru yang berhasil membawa perubahan pandangan awal pelajar kepada penjelasan saintifik. 4. Pelajar mungkin tidak akan mengubah konsep sedia ada ataupun mungkin menerima perspektif yang disampaikan sebagai perkara yang berguna dalam peperiksaan dengan mengekalkan konsep sedia ada. Osborne dan Fensham ( 1982) memberi beberapa akibat yang mungkin timbul daripada keadaan itu. Kemungkinan juga pengajaran guru akan mengukuhkan pengetahuan ataupun konsep awal pelajar dan kerapkali juga pengajaran guru akan hanya menambahkan kekacauan dan kekeliruan kepada pelajar. Maka pelajar tidak berasa perlu menggantikan pengetahuan PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 16 .Contohnya. Tambahan pula. Kepelbagaian dalam personaliti pelajar membuatkan sesetengah pelajar lebih terbuka kepada idea-idea baru berbanding pelajar lain. 3.

Strike. berguna serta relevan kepada pelajar. Hewson. MISKONSEPSI PELAJAR BERDASARAKAN HURAIAN SUKATAN SAINS TAHUN 5 Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun Lima. dalam Tema Menyiasat Bumi dan Alam Semesta. Hal ini menyebabkan bentuk bulan yang diperhatikan dari bumi kelihatan berubah-ubah bergantung kepada kedudukan bulan di antara bumi dan matahari (Verdet 1995). murid saya sering mengalami miskonsepsi bagi Hasil Pembelajaran 2. Fenomena fasa-fasa bulan berlaku kerana bulan memantulkan cahaya matahari dan bulan beredar mengelilingi bumi.3 iaitu memahami fasa-fasa bulan. Bagi memastikan perubahan konseptual berlaku. dapat diterima masuk akal. PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 17 . Posner. dan Gertzog ( 1982) menyatakan idea baru mesti difahami.[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 sedia dengan pengetahuan baru. memberi makna kepada pelajar.

Awan yang tebal menyebabkan bulan kelihatan seperti sabit dan jika bulan berputar mendekati matahari maka bentuknya bulat terang berbanding jika bulan menjauhi matahari. bantuan dan bimbingan. cahaya bulan lebih terang atau lebih banyak berbanding cahaya bulan semasa bulan separa apatah lagi sewaktu bulan sabit. Ada murid berpendapat fenomena ini disebabkan bulan dilindungi oleh awan dan bayang-bayang matahari melindungi bulan. Ini dikatakan terbukti semasa bulan penuh. Fasa bulan dikatakan terjadi apabila cahaya bulan semakin kurang sedikit demi sedikit apabila bulan mengelilingi bumi. menjalankan pemerhatian. CADANGAN STRATEGI MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI PELAJAR Strategi pilihan : Strategi Inkuiri Penemuan Kaedah : Simulasi Berbagai takrif diberikan terhadap inkuiri. Murid saya menyangkakan bahawa bulan mempunyai cahaya yang sangat terang sepertimana yang dilihat semasa fasa bulan purnama. berfikir secara kretif dan menggunakan intuisi. kebebasan yang PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 18 . bahan yang sesuai untuk dimanipulasi. ada yang berpendapat fenomena ini berlaku disebabkan matahari dilindungi oleh bumi. Hal ini menyebabkan murid-murid saya keliru dan kerapkali menulis jawapan yang salah ketika membuat inferens.[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 Fenomena ini sangat sukar difahami oleh murid saya. pengesanan kebenaran atau pengetahuan yang memerlukan pemikiran kritis. Miskonsepsi ini perlu diperbetulkan segera supaya ia tidak terus kekal di ingatan . oleh itu bayang-bayang bumi jatuh ke atas bulan. Lantaran peribahasa ada menyebut bahawa ‘ rupamu cantik ibarat bulan purnama’. masalah yang mengagumkan. Sebenarnya konsep ini menerangkan fenomena gerhana bulan. Antaranya ialah suatu proses penyiasatan sesuatu masalah . melakukan eksperimen dan menyatakan kesimpulan. mengemukakan soalan. Malah . hipotesis dan kesimpulan. Takrif yang paling popular ialah memberi kesempatan pembelajaran hands-on.

Murid teruja semasa menonton video seolah-olah mereka berada di alam angkasa lepas. Kaedah ini menyerupai atau meniru keadaan yang sebenar.[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 mencukupi untuk mereka membandingkan idea-idea serta membentuk penemuan pembelajaran dirinya sendiri. kad tugasan boleh diberikan kepada mereka untuk membincangkan dialog dan lakonan yang diperlukan. miskonsepsi mereka tentang fasa bulan akan terhapus dan digantikan dengan ilmu saintifik yang sebenar. murid sendiri mengalami fenomena fasa bulan semasa aktiviti simulasi. PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 19 . Kemudian.oleh itu. Main peranan ialah aktiviti yang menempatkan kanak-kanak dalam situasi di mana mereka perlu mengandaikan diri sebagai watak ( manusia atau bukan manusia) dan memainkan peranan dan kelakuan watak itu. Contoh simulasi yang dipilih ialah main peranan. proses-proses kognitif. konsep. REFLEKSI SESI P&P Semua murid berjaya dipulihkan daripada miskonsepsi tentang fasa-fasa bulan setelah menonton video dan membuat simulasi. prinsip atau penyelesaian baru melalui proses inkuiri maka dia telah mencapai suatu penemuan. Tiga contoh simulasi yang utama ialah main peranan. Aktiviti ini akan mengukuhkan lagi fahaman dan ingatan mereka dan sedikit demi sedikit. Ciri utama kaedah inkuiri ialah berfikir untuk memperoleh pengetahuan baru atau menyelesai masalah. Simulasi merupakan salah satu kaedah dalam strategi inkuiri penemuan selain daripada eksperimen. berasa dan bergerakbalas seperti watak berkenaan. projek dan kajian lapangan. Apabila seseorang memperoleh fakta. permainan dan penggunaan model. Kanak-kanak cuba bertindak. afektif dan psikomotor yang digunakan oleh kanak-kanak merupakan inkuiri manakala hasil proses-proses ini dinamakan penemuan iaitu perkara yang dipelajari dan dibina dalam mindanya.

Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka. Pelbagaikan kaedah bagi tajuk ini seperti kajian lapangan. Aktiviti kuiz yang diadakan sebagai penutup mendapat sambutan yang memberangsangkan apatah lagi apabila murid sendiri yang mengendalikannya. Kepelbagaian teknik menyoal yang telah kami kemukakan nampaknya telah menunjukkan keberhasilan apabila murid-murid dapat menukar salahkonsep mereka kepada pengetahuan saintifik yang kami ajar. oleh sebab itulah berlaku fasa bulan apabila bulan mengelilingi bumi. masalah miskonsepsi dapat diatasi. Dengan cara itu.[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 Guru yang bertindak sebagai pemudahcara hanya memerhati dan membimbing murid tatkala murid-murid sendiri yang mengendalikan peralatan ICT. Bulan hanya memantulkan cahaya matahari . eksplores dan sebagainya bagi menarik minat murid untuk mempelajari ilmu sains. Kami gembira dengan maklumbalas murid pada pagi ini dan kami telah susuli mereka dengan aktiviti pengayaan mereka di rumah. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan boleh dilaksanakan. murid sendiri sedar bahawa sebenarnya bulan tidak mempunyai cahaya sendiri. Kata-kata pujian yang telah diberikan beserta sedikit cenderahati apabila mereka berjata menjawab soalan menimbulkan rasa seronok di kalangan murid-murid sekaligus mengurangkan malah menghapuskan tekanan yang ada dalam diri mereka. Contohnya. Pendek kata. pengajaran dan pembelajaran yang diadakan ini benar-benar berhasil dan diharapkan miskonsepsi yang mereka hadapi sebelum ini tidak akan berulang lagi. Gambarajah dan animasi video mengenai fasa-fasa bulan PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 20 .

Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. Pada akhir sesi P&P. Selain itu. PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 21 . plastesin. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. kajian ada menyatakan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan para pelajar mengenai topik . mereka dikehendaki menggantung hasil kerja mereka di belakang kelas atau bilik sains. Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan murid secara menyeluruh. hanya sebahagian miskonsepsi mampu diubah manakala sebahagiannya masih kekal (Dunlop 1999). Akhir sekali. pemadam. guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan.[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 dari pelbagai sumber media elektronik seperti internet boleh dipaparkan semasa sesi P&P. pensel. gunting dan benang . ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan. Dengan membahagikan para pelajar kepada beberapa buah kumpulan kecil. PENUTUP Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengubah miskonsepsi murid kerana kajian telah menunjukkan bahawa murid berpegang teguh dengan miskonsepsi mereka (Mestre 2002). Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. mereka dikehendaki merekabentuk model fasa bulan dengan menggunakan kad manila. Miskonsepsi ini akan diubah oleh murid sekiranya ada kelainan dalam pengajaran guru di bilik darjah. Walau bagaimanapun.

Oleh sebab fakta ini tidak digabungkan dengan pengetahuan sedia ada murid. guru membimbing murid agar dapat mempelajari sesuatu yang bermakna( Bahagian Pendidikan Guru 1995). idea dan pengalaman baru dengan konsep sedia ada mereka. Ini bermakna. pencabar konsep sedia ada murid.sebagai penyelidik. Dunlop 1999 mencadangkan guru memberikan bukti bahawa konsep asas yang dikemukakan oleh saintis pada masa kini adalah lebih tepat untuk menerangkan sesuatu fenomena semulajadi. murid bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aktiviti pembelajaran. Sebagai pemudahcara. Untuk membantu murid mengubah dan membina semula konsep sedia ada mereka. merancang strategi untuk menangani miskonsepsi ini dan membina teknik penilaian yang mengambil kira sejauh mana murid dapat menyerap konsep sains yang diajar(Trumper 1991). sumber maklumat dan rakan penyiasat (Roslijah A. miskonsepsi murid tidak berubah. perubahan peranan guru sebegini akan memberi peluang kepada murid membina potensi diri dan kreativiti dalam segala aspek. guru perlu memberi galakan kepada mereka membuat penyiasatan ke atas fenomenafenomena sains yang menarik. Guru perlu mengenalpasti miskonsepsi murid. guru mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid. Guru tidak boleh dianggap sebagai pakar yang cuba menyumbatkan pengetahuan ke dalam minda murid sebaliknya peranan guru adalah sebagai perangsang sifat ingin tahu murid. Murid mungkin akan menghafal fakta untuk lulus peperiksaan. Maksudnya. murid mungkin akan keliru dan tidak dapat menerima pengajaran guru (Mestre 2002). Samad 2004).zol Azlan (2000) berpendapat. Guru juga perlu mengubah peranannya daripada ‘penyampai maklumat’ kepada ‘penyelidik’ dan ‘pemudahcara’.[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 Jika miskonsepsi diabaikan. PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 22 . Hal ini membolehkan murid menghubungkan fenomena. fakta ini hanya akan dapat diingat dalam jangkamasa yang singkat(Dunlop 1999). walaupun murid lulus cemerlang.

Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahun Lima ( 2005). Kementerian Pelajaran Malaysia PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 23 .[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 BIBLIOGRAFI 1.

com/sci/pages/miscon/index. Misconceptions in Science atas talian http://www.[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 2. Science Misconceptions. atas talian http://www.com/doc/47149075/miskonsepsi-pembelajaransains PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 24 .com/vtalsma/misconcept. Hjh Roslizah A. (1997). Poh Swee Hiang ( 1997).newyorkscienceteacher.Strategi Pengajaran by Committee on Undergraduate Science Education Pembelajaran Sains.php 9.mac. Zurida Ismail. Syarifah Norhaidah Syed Idros.scribd. Ali Samsudin (2005 ). Children's Ideas in Science atas talian http://homepage. National Academy Press. Mohd.pdf 6.page 27 -30 3. Pahang : PTS Professional .newyorkscienceteacher.com/masjid/seminar/falak2006/1. Kuala Lumpur: Budiman 4.alazim. Pn. SCIENCE TEACHING RECONSIDERED : A HANDBOOK (U.php 7. Miskonsepsi Pembelajaran Sains atas talian http://www.S.html 8. Kaedah Mengajar Sains. ms 7 – 10 5.). Pedagogi Sains 2.com/sci/pages/miscon/index.Samad ( 2004) Salah Faham Beberapa Aspek Ilmu Falak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran atas talian http://www.

[MISKONSEPSI PELAJAR DI DALAM SAINS PPG SAINS 2012 10.com/doc/81016497/Beberapa-ContohMiskonsepsi-Dalam-Biologi 11.scribd.Children Misconseption in Science atas talian http://www.scribd.Contoh Miskonsepsi Dalam Biologi atas talian http://www.com/doc/14207212/children-misconception-inscience PEMBELAJARAN SAINS KANAK – KANAK (SCE3102) 25 .

.

PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK Page 27 .KKP SCE 3102.

KKP SCE 3102.PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK Page 39 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful