Teks Doa Majlis Rasmi - Sambutan Hari Guru 2011

.‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬
ِ ‫ِبسْ ِم‬
‫صالَةُ َوال َّسالَ ُم َعلَى َس ِّي ِد َنا م َُحمَّد‬
َّ ‫العا ِق َب ُة ل ِْل ُم َّت ِقي َْن َوال‬
ِ ‫اَ ْل َحمْ ُد‬
َ ‫ َو‬،‫العالَ ِمي َْن‬
َ ِّ‫هلل َرب‬
.‫َو َعلَى آلِ ِه َوأَصْ َح ِاب ِه أَجْ َم ِعي َْن‬
Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Rabbal ‘Alamin,

Kami memanjatkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami
untuk meraikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Antarabangsa Tahun 2011 pada petang yang berbahagia ini
dengan tema “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.
Ya Allah, Ya ‘Aziz Ya Sattar,

Sesungguhnya tugas sebagai seorang guru adalah tugas yang mulia dan murni.
Justeru itu, kurniakanlah kepada guru-guru kami dengan ganjaran, syafaat dan
keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada
kami di dalam mendidik dan membimbing kami menjadi insan yang berguna, berbakti
kepada agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah juga kepada mereka dengan
kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama dan permuafakatan dan semangat
juang yang tidak mengenal erti putus asa di dalam meneruskan tanggungjawab
sebagai pendidik yang menjana transformasi pendidikan Negara.

Ya Allah, Ya Mudabbiral Amr,

Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang taat dan
bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah
kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran
yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman
serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

‫اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َجمْ َع َنا َه َذا َجمْ عًا َمرْ ح ُْومًا‪َ ،‬و َت َفرُّ َقـَ َنا ِمنْ َبعْ ِد ِه َت َفرُّ قا ً‬
‫َمعْ ص ُْومًا‪َ ،‬والَ َتجْ َع ِل اللَّ ُه َّم ِف ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا َش ِق ًًّيا‬
‫َوالَ َم ْطر ُْو ًدا َوالَ َمحْ ر ُْومًا‪.‬‬
‫اللَّ ُه َّم ْ‬
‫ان َوالَ َتجْ َع ْل‬
‫اغفِرْ لَ َنا ُذ ُن ْو َب َنا َوإلِ ْخ َوا ِن َنا الَّ ِذي َْن َس َبقُ ْو َنا ِباإلِ ْي َم ِ‬
‫ك َرء ُْو ٌ‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‪.‬‬
‫ِفيْ قـُل ُ ْو ِب َنا ِغالًًّ لِلَّ ِذي َْن َءا َم ُن ْوا َر َّب َنا إ َّن َ‬
‫اب‬
‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َن ًة َوفِي األ ِ‬
‫خ َر ِة َح َس َن ًة َوقِ َنا َع َذ َ‬
‫ال َّنار ‪.‬‬
‫هلل‬
‫صحْ ِب ِه َو َسلَّ َم‪َ ،‬و ْال َح ْم ُد ِ َّ ِ‬
‫صلَّى هللا ُ َعلَى م َُحمَّد َو َعلَى َءالِ ِه َو َ‬
‫َو َ‬
‫َربِّ ال َعالَ ِمي َْن‪.‬‬

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful