SULIT

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN
SEPTEMBER 50 minit minit Lima puluh

011

tundA set 4 (tujuan nak dapat A)
=============================================================== JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap soalan,pilih satu jawapan sahaja.Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan,padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. _______________________________________________________________________ _ Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak. 011 [Lihat sebelah]
SULIT

Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu pada kertas jawapan. Hitamkan ruangan yang sama dengan jawapan yang kamu pilih. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Sebagai seorang anak yang baik,______________________perlu menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga. A. aku B. tuanku C. beliau D. kita

2. “________________akan pergi berburu,” titah Sultan Mahmud kepada Hang Tuah. A Aku B Beta C Patik D Baginda 3. “_________________hendak mengikuti lawatan ke Melaka,” kata Hasyim kepada ayahnya. A Saya B Dia C Aku D Beta

4. ______________________kakinya patah dalam kemalangan itu. A. Dua B. Kedua C. Dua-dua D. Kedua-dua 5._______________________jenis buku dijual di pesta buku yang diadakan di PWTC. A. Masing B. Seluruh C. Masing-masing D. Pelbagai 6. Di___________________rumah datuknya terdapat sebuah kawasan tasik buatan. A. antara B. hadapan C. samping D. sudut

7. Amira lambat sampai________________________tayar keretanya pancit. A. dengan B. kerana C. bersebab D. lantaran

8. Kawasan ini tidak lagi_______________________sejak kilang itu dibina. A. baik B. bising C. nyaman D. tenteram 9. Hati Mardiha bertambah_____________________apabila kucing kesayangannya Mati. A. takut B. gelisah C. sedih 10. “_______________ruamah teres, rumah pangsa____________________tidak Mampu saya beli, “ kata Khalid. A. Baik………….baik B. Usahkan…………pun C. Bukan sahaja…….bahkan juga D. Baik……..ataupun 11. Cara pemakaian idola itu telah menjadi____________________pemuda tempatan. A. rujukan B. ikutan C. ciptaan D. idaman

12. Pelbagai rintangan dan cabaran yang ditempuhi oleh Datuk Malik Mydin dalam Renangannya._____________________beliau tidak berputus asa. A. Walaupun B. Oleh itu C. Justeru itu D. Namun demikian

Soalan 13 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3 13.Encik Mok dan Encik Johan _________________ kerana ingin menegakkan pendapat masing-masing.

A. berpaling tadah B. bertikam lidah C. beralih angin

14. “_____________________kah kamu mengulang kaji nota yang saya berikan minggu Lepas?” Tanya Cikgu Zali kepada Arif. A. Apa B. Ada C. Kenapa D. Mana 15. Hadiah itu __________________ dengan kertas pembalut hadiah yang cantik. A. dibalut B. pembalut C. membalut D. balut 16. Air kopi itu____________________belum dikacau dan belum boleh dihidangkan. A. telah B. akan C. masih D. sedang

17. “Alina_________________menyiapkan makan tengah hari. Sebentar lagi siaplah”, kata bapa. A selalu B sedang C pernah

D perlu

18. Daun yang______________________itu telah disapu oleh tukang kebun. A. berguguran B. berterbangan C. berkeliaran D. berhamburan 19. Muka gadis itu menjadi merah padam apabila_______________oleh sahabatnya. A. disindir B. disapa C. diajar D. diajuk

20. Datuk gemar bermain tennis__________________________nenek pula gemar Membaca buku pada masa lapang. A. tatkala B. bilamana C. manakala D. walaupun 21. Askar itu sedang ____________________kasutnya hingga berkilat. A. mengelap B. menggilap C. menyapu

D. membasuh 22. Budak itu menangis ketakutan kerana _______________________ibunya. A. dijauhi B. dibelakangi C. ditinggalkan D. dihilangkan Soalan 23 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4 23. Encik Jonathan memang _______________ dalam bidang muzik. A. ada jalan B. ada bakat C. ada hati D. ada angin

24. Kakak memakai se_________________rantai emas pemberian ayah pada hari Jadinya yang ke-15. A. bentuk B. utas C. pasang D. buah

25. Peragut itu telah_____________________oleh polis. Dia akan didakwa di Mahkamah. A. tangkap B. ditangkap C. menangkap D. tertangkap Soalan 26 hingga soalan 27 Pilih kata yang seerti bagi kata yang bergaris 26. Kamala tertawa terbahak-bahak apabila mendengar cerita yang kelakar itu. A. jelik B. gembira C. mudah D. lucu 27. Jangan biarkan lalat menghinggapi makanan. A. halau B. tegah C. usah D. boleh

28. Salimah yang menghadiahi ibunya seutas rantai. Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di atas

A. Bilakah Salina menghadiahi ibunya seutas rantai? B. Siapakah yang menghadiahi ibu seutas rantai? C. Di manakah Salina membeli seutas rantai? D. Apakah yang Salina buat dengan hadiah tersebut? Soalan 29 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 29. A. Budak itu tidak pandai tetapi sangat rajin. B. Ayah bukan pergi ke Sabah tetapi ke Serawak. C. Abang bukan balik ke kampung kerana cutinya dibekukan. D. Tidak semua murid dibenarkan menghadiri seminar itu.

Soalan 30 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan 30. Jualan buku terbaharu keluaran Syarikat Mutiara mendapat sambutan yang menggalakkan. A. Syarikat Mutiara menjual buku terbaharu amat menggalakkan. B. Jualan buku terbaharu yang dikeluarkan oleh Syarikat Mutiara mendapat sambutan yang memuaskan. C. Sambutan yang baik jualan buku terbaharu Syarikat Mutiara menggalakkan. D. Menggalakkan sambutan buku keluaran terbaharu Syarikat Mutiara. Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada cuti penggal yang lalu, saya telah pulang ke kampung untuk meraikan majlis perkahwinan ayah saudara saya. Berikut adalah catatan ringkas dari awal saya bertolak sehinggalah hari perkahwinan itu. Khamis, 23 November 2007 Ayah menghantar saya ke Pudu Raya. Ayah tidak dapat pulang awal kerana tiada cuti. Apabila bas Ekspres Transnasional tiba, saya cepat-cepat bergegas menuju ke bas. Beberapa minit kemudian bas bergerak menuju ke utara. Jumaat, 24 November 2007 Saya mengikuti datuk ke Pekan Parit Saga. Datuk membeli barang-barang keperluan perkahwinan Pak Su. Seronok juga berjalan dengan datuk, sebab datuk suka bercerita. Sampai di rumah, ramai saudara- mara sudah tiba. Betapa gembiranya dapat bersamasama setelah lebih setahun tidak berjumpa. Ahad, 26 November 2007 Hari ini adalah hari perkahwinan Pak Su. Ayah dan ibu yang tiba malam tadi kelihatan begitu sibuk. Isteri Pak Su sangat menawan. Kami sempat mengusik isteri Pak Su. Jam 6.00 petang ayah dan ibu mahu pulang. Esok mereka akan bekerja. Mahu tidak mahu saya terpksa mengiut mereka.

31. Ke manakah penulis pergi bersama datuknya pada 24 November 2007?

A. Pudu Raya B. Pulang ke kampung C. Ke rumah penulis D. Pekan Parit Saga 32. Berapa lamakah penulis berada di kampungnya? A. Satu hari B. Dua hari C. Tiga hari D. Empat hari 33. Bilakah hari perkahwinan ayah saudara penulis? A. 23 November 2007 B. 24 November 2007 C. 25 November 2007 D. 26 November 2007 34. Berikut adalah benar mengenai penulis kecuali A. pergi ke pecan seorang diri B. membeli barang keperluan untuk perkahwinan Pak Su bersama datuknya. C. Pulang ke kampung seorang diri. D. Mengusik isteri Pak Usunya.

35. Perkataan Menawan dalam petikan sesuai digantikan dengan

A. kolot B. cantik C. hodoh D. comel

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca dan Fahami petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sekolah Rendah Kebangsaan Damansara akan menganjurkan Pertandingan Syarahan Perdana. Menggunakan Bahasa Malaysia selama sebulan sempena Bulan Bahasa di sekolah ini pada bulan hadapan. Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori, iaitu meliputi pelajar tahap dua dan setiap kategori akan ditawarkan hadiah lumayan. Hadiah bagi setiap tahap adalah seperti yang berikut: Tempat pertama: RM 200 Tempat kedua: Tempat ketiga: RM 100 RM 50

Semua murid tahap dua dari sekolah ini dipelawa untuk mengambil bahagian. Mereka yang berminat dikehendaki mengambil dan mengisi borang khas yang disediakan oleh Persatuan Bahasa Malaysia sekolah ini. Semua borang yang telah siap diisi hendaklah disahkan oleh guru kelas masing-masing sebelum dihantar kepada jawatankuasa pertandingan. Para peserta dibenarkan memilih tajuk yang sesuai dengan mereka. Para pemenang pertandingan akan dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan peringkat seterusnya. Tarikh tutup penyerahan borang adalah pada 12 Julai 2007. 36. Pada pendapat kamu, bilakah Bulan Bahasa akan diadakan di sekolah tersebut? A. Jun

B. Julai C. Ogos D. September 37. Pertandingan ini terbuka kepada siapa? A. Pelajar tahap satu B. Pelajar tahap dua C. Pelajar tahun dua D.Pelajar tahun lima dan enam 38. Berapakah jumlah hadiah wang tunai yang disediakan untuk pemenang Pertandingan? A. RM 350 B. RM 1050 C. RM 700 D. RM 1000 39. Apakah yang perlu dilakukan oleh pelajar yang ingin menyertai pertandingan ini? A. Mengisi borang dan menyerahkannya pada 12 Julai 2007 B. Mengisi borang dan mendapatkan pengesahan daripada guru kelas sebelum Menghantar borang pada 12 Julai 2007 C. Berjumpa dengan ahli Persatuan Bhasa Malaysia untuk mendapatkan syaratsyarat pertandingan. D. Mengisi borang yang diperoleh daripada Persatuan Bahasa Malaysia serta pengesahan daripada guru kelas dan dikirim sebelum 12 Julai 2007. 40. Pada pendapat kamu, apakah objektif pertandingan tersebut diadakan? A. Supaya pelajar yang pandai akan mendapat hadiah.

B. Untuk menyemarakkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan Pelajar C. Untuk membolehkan pelajar menguji kemampuan mereka menguasai Bahasa Malaysia D. Untuk merapatkan hubungan antara guru dan pelajar dengan Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah itu.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.