SULIT

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN
SEPTEMBER 50 minit Lima puluh minit

011

tundA set 7 (tujuan nak dapat A)
================================================================ JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap soalan,pilih satu jawapan sahaja.Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan,padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

_________________________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak. 011 [Lihat sebelah]
SULIT

1

Soalan 1 hingga Soalan 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1 1. Helang itu telah ……….. seekor anak ayam milik jiran saya. A. B. C. D. meragut menyambar membaham melepas

2. Mei Mei masih ………… berbahasa Melayu walaupun sudah hampir 10 tahun tinggal di luar negara. A. lincah B. alpa C. petah D. pantas

3. Air sungai yang ………… jangan disangka tiada buaya. A. B. C. D. susut surut tenang dalam

4. Sultan Mansur …………. beliau sebutir pingat emas semasa hari keputeraan baginda. A. B. C. D. menganugerahi menganugerahkan anugerahkan anugerahi

2

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2 5. Para ………… universiti itu berbincang tentang kemahiran berbahasa. A B C. D. cendekiawan bangsawan wartawan wirawan

Soalan 6 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3 6. Marina ……… cemerlang dalam pelajaran …………cemerlang dalam bidang sukan. A. B. C. D. walaupun…namun bahkan…juga biarpun…tetapi bukan sahaja…tetapi juga

3

7. Dia………….. di kaki lima itu semasa menunggu kedatangan sahabatnya. A. simpang-siur C. pantang-panting C. sesat-barat D. mundar-mandir

8. Se……….. rumah kedai dan tiga ……………kenderaan musnah dalam letupan itu. A B. C. D. buah…biji gugus…baris deret…buah buah … baris

9. Tolong belikan saya se…………. lontong dan tiga ………… roti canai. A. mangkuk…biji B. bungkus…keping C. buah…helai D. genggam…butir

Soalan 10 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4 10. Usah………….. semasa hendak membeli tiket perlawanan bolasepak itu. A B C D potong- memotong elak-mengelak tolak-menolak balas-membalas

11. …………..melindungi diri daripada pemangsa dengan mengubah warna badannya.

4

A. Sesumpah B. Kekunang

C. Sesibur D. Lelabah

12. Mereka ………… kepala kerana tidak memahami penjelasan orang itu. A. B. C. D. menggeleng-gelengkan mengganguk-anggukkan mengebil-ngebilkan memulas-mulaskan

13. Barang………….. negara dieksport ke Amerika Syarikat. A. B. C. D. keluaran hantaran perolehan keperluan

14. Anak gadis Encik Adam malu………apabila bertemu dengan tunangnya. A. B. C. D. terngiang-ngiang terkebil-kebil terangguk-angguk tersipu-sipu

Soalan 5 berdasarkan gambar 5

Gambar 5 15.Pasukan keselamatan………tembakan dengan perompak itu.

5

A. bergilir-gilir B. berselang-selang C. berbalas-balas D. berlepas-lepas

16…………….ibu bapa tidak menghiraukan pelajaran anak mereka. A. Setengah B. Sesetengah C. Para-para D. Setiap

Soalan 17 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6 17. Kami beroleh manfaat………ceramah motivasi itu. A. dari B. pada C. daripada D. kepada

18. Kami……..kerana majlis kenduri itu baru sahaja bermula . A. langkah kanan B. durian runtuh C. bidang terjun D. angkat kaki

19. Dia………….sepanjang hari kerana tidak berwang untuk membeli makanan. A. tutup mata C. ikat perut B. jauh hati D. makan hati

20.…………lagi ayah telah ke ladang.

6

A. Terang-terang tanah B. Keramat hidup C. Adu untung D. ada hati

Soalan 21 berdasarkan gambar 7

Gambar 7 21. Bagaimanakah keadaan nenek kamu sekarang? A. Nenek saya tinggal di kampung B. Nenek saya akan ke Mekah C. Nenek saya masih sihat D. Ya,dia sihat sekarang.

Soalan 22 Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan. 22. Negara ini aman kerana rakyat bersatu padu dan bertolak ansur. A. B. C. D. Bagaimanakah sikap rakyat di negara ini? Adakah negara ini aman? Bagaimanakah negara ini boleh aman? Mengapakah rakyat bersatu padu dan bertolak ansur?

Soalan 23 7

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 23.A.Melentur buluh hendaklah disemai sejak dari rebungnya. B.Gula dan coklat disemai di atas kek. C.Amalan bergotong-royong patut disemai di jiwa anak-anak. D.Baja organik disemai pada pokok-pokok itu. Soalan 24 dan 25 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul 24. I. Dia memotong tali yang mengikat kotak itu. II. Lori itu memotong kereta dengan laju. III. Kakak memotong kek itu lalu diberikannya kepada adik. IV. Harga yang dijualnya memang memotong leher. A. I dan II C. I,II dan III B.III dan IV D.I,II,III dan IV

25. I. Dian mundar-mandir di halaman rumahnya. II. Kakak mengibas-ngibas selimut itu sebelum melipatnya. III. Siapakah yang pandai-pandai membuat kerja ini? IV. Anak itik itu jalan terkedek-kedek A. I dan II C. I,II dan IV B. III dan IV D. I,II,III dan IV

Soalan 26 dan 27 Plih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 26.”Majalah yang baru dibeli oleh ibu telah saya baca,”kata Munirah kepada kakaknya. A. Kakak Munirah menyatakan bahawa majalah ibunya telah dibaca olehnya. B. Munirah memberitehu kakaknya tentang majalah yang baru dibeli oleh ibunya. C. Munirah memberitahu kakaknya bahawa majalah yang baru dibeli oleh ibunya telah dibaca olehnya. D. Munirah memberitahu kakaknya bahawa majalah yang baru dibeli olehnya telah dibaca oleh ibu.

27.Kerja-kerja mengecat bilik darjah itu telah disiapkan oleh murid-murid tahun 6 Amanah.

8

A. Murid-murid itu telah mengecat bilik tahun Enam Amanah. B. Murid-murid tahun Enam Amanah menyiapkan kerja di bilik darjah itu. C. Murid-murid tahun Enam Amanah diarahkan untuk menyiapkan kerja mengecat bilik darjah itu. D. Murid-murid tahun Enam Amanah mengecat bilik darjah itu. Soalan 28 Pilih jawapan yang betul 28. A. B. C. D. Baju itu belum saya cuci. Buku itu saya belum baca. Buku cerita itu ingin dibeli oleh saya. Majalah itu telah ibu belikan.

Soalan 29 Pilih ayat-ayat yang betul. 29. I. Di hari esok kami akan bermain lelayang. II. Saya berjumpa kawan lama tadi. III. Mereka belum bersedia untuk menyertai pertandingan itu. IV. Hal ini demikian kerana dia belum berusia remaja. A. III sahaja C. II dan III sahaja B. I dan II sahaja D. III dan IV sahaja

30. I. Duit syilingnya jatuh dalam lubang itu. II. Dia memasukkan beberapa kaki cendawan ke dalam gulai itu. III. Reban ayam itu ayah saya bina pagi tadi. IV. Orang yang ringan tulang tentu disukai oleh orang ramai. A. I dan III C. II,III dan IV B. II dan IV D. I,II,III dan IV

Soalan 31 hingga 35 Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

9

Jawatankuasa Taman Perumahan Indah, Taman Perumahan Indah 47000 Teluk Intan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Teluk Intan, 47000 Teluk Intan. Tuan, Masalah Banjir Taman Perumahan Indah Berhubung perkara di atas, saya sebagai Pengerusi JawatankuasaTaman Perumahan Indah, ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang masalah kami. 2. 3. Untuk makluman pihak tuan, taman perumahan kami bukan sahaja mengalami kerosakan lampu jalan tetapi juga menghadapi masalah banjir yang sering berlaku. Kejadian banjir ini disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak sempurna di taman ini.Apabila hujan lebat, air akan bertakung di kawasan parit yang tersumbat.Kami difahamkan bahawa sistem perparitan ini adalah di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Teluk Intan. Jika hujan lebat berterusan, air akan melimpah ke kawasan perumahan kami. Akibatnya, banyak barang di dalam rumah kami rosak dan kami terpaksa menanggung banyak kerugian.Selain itu, terdapat juga keadaan penduduk di sini mengalami penyakit seperti gatal-gatal kulit. Keadaan sedemikian benar-benar meyusahkan kami yang rataratanya bekerja di pejabat. Untuk mengatasi masalah ini, kami berharap agar pihak tuan dapat mendalamkan parit di tepi jalan raya berhampiran taman perumahan ini secepat mungkin. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami hargai. Sekian terima kasih.

15 MEI 2006

4.

5. 6.

Yang benar, Mohd Aiman ………………………….. (MOHD. AIMAN BIN IBRAHIM) Pengerusi Jawatankuasa Taman Perumahan Indah, Taman Perumahan Indah.

10

31. Siapakah yang menulis surat tersebut ? A. Setiausaha Jawatankuasa Taman Perumahan Indah B. Salah seorang penduduk Taman Perumahan Indah C. Pengerusi Majlis Perbandaran Teluk Intan D. Pengerusi Taman Perumahan Indah 32. Apakah tujuan surat itu ditulis ? A. Untuk memberitahu bahawa banjir sedang berlaku di taman perumahan itu. B. Untuk merayu supaya kerajaan membina parit baru. C. Untuk memberitahu tentang masalah banjir yang sering berlaku di taman itu. D. Untuk menganjurkan gotong-royong membersihkan parit.

33. Berikut adalah masalah yang dikemukakan dalam surat ini kecuali … A. penduduk kampung mengalami kerugian akibat kerosakan baran-barang rumah. B. penduduk Taman Perumahan Indah sering mengalami masalah banjir. C. sekiranya berlaku kecemasan, mereka tidak dapat menghubungi sesiapa melalui telefon. D. penduduk kampung terdedah kepada pelbagai jenis penyakit. 34. Mengapakah kejadian banjir boleh mengancam kesihatan penduduk di situ ? A. Kerana di kawasan perumahan itu terdapat banyak kanak-kanak. B. Kerana kejadian yang berlaku boleh menyebabkan penyakit berjangkit C. Kerana banjir yang berlaku boleh menyebabkan demam denggi. D. Kerana kebanyakan penduduk di situ tidak sihat. 35. Pada pendapat kamu, apakah langkah yang perlu dilakukan oleh Majlis Perbadanan Teluk Intan dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengatasi masalah banjir di situ? A. Mengarahkan penduduk berpindah. B. Meletakkan pasukan penyelamat di kawasan itu. C. Memastikan kawasan itu bersih. D. Mendalamkan longkang dan membersihkan longkang yang tersumbat.

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

11

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Sambutan Tahun Baru dicemari dengan kemalangan ngeri pada pukul 2 pagi tadi. Sebuah lori tangki minyak petrol telah terbakar dan meletup di Jalan Tun Abdul Razak. Pemandu lori yang belum dikenali bersama dengan kelindannya mati di tempat kejadian manakala beberapa orang pemandu kereta mengalami cedera ringan setelah terbabas kerana cuba mengelak daripada terlanggar lori itu. Lori yang terbakar tiba-tiba meletup dan menyebabkan kebakaran besar. Kejadian yang berlaku telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk lebih-lebih lagi ketika orang ramai hendak pulang ke rumah selepas menyambut Tahun Baru di bandaraya itu. Menurut pegawai bomba, lori tersebut menghala ke selatan semasa kejadian itu berlaku. Pemandu lori dipercayai gagal mengawal lori yang dipandunya ketika cuba membuat pusingan U secara tiba-tiba. Lori yang dipandunya telah terbalik lalu terbakar dan meletup. Pihak bomba dengan dua puluh orang anggotanya telah berjaya memadamkan api dalam masa satu jam. 36. Bilakah kemalangan itu berlaku ? A. Sebelum sambutan Tahun Baru diadakan. B. Beberapa jam sebelum sambutan Tahun Baru . C. Pada awal pagi Tahun Baru itu. D. Pada sebelah petang Tahun Baru itu. 37. Mengapakah sambutan Tahun Baru dikatakan dicemari? A. Kerana berlakunya masalah tidak diingini pada pagi itu. B. Kerana letupan itu tidak sama dengan letupan bunga api pada hari Tahun Baru itu. C. Kerana terjadinya suatu kemalangan yang mengakibatkan kebakaran dan letupan sebuah lori tangki minyak. D. Kerana orang ramai berduyun-duyun meninggalkan sambutan Tahun Baru untuk melihat kemalangan tersebut. 38. Apakah punca yang menyebabkan kemalangan itu ? A. Pemandu lori mengantuk dan mencuba mengelak daripada terlanggar kereta. B. Pemandu lori membuat pusingan U secara tiba-tiba. C. Pemandu lori itu mabuk selepas menyambut Tahun Baru di Kuala Lumpur. D. Brek lori tangki itu tidak berfungsi dengan baik. 39. Apakah kesan yang terjadi akibat kemalangan itu ? A. Seluruh kawasan itu terbakar. B. Orang ramai tidak menyambut Tahun Baru lagi. C. Kesesakan lalulintas pada awal pagi itu. D. Beberapa orang pemandu mati terbakar pada awal pagi itu 40.Manakah antara pernyataan berikut tidak benar tentang petikan di atas. A. Beberapa pemandu kenderaan cedera disebabkan terbabas ke tepi jalan. B. Kemalangan yang berlaku pada lori itu tidak melibatkan kenderaan lain.

12

C. Pihak bomba berjaya memadamkan api kebakaran itu selama 60 minit. D. Pemandu lori yang menyebabkan kemalangan itu telah ditahan oleh pihak polis.

13

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.