SULIT

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN
SEPTEMBER 50 minit Lima puluh minit

011

tundA set 1 (tujuan nak dapat A)
================================================================= JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap soalan,pilih satu jawapan sahaja.Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan,padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

___________________________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak. 011 1 [Lihat sebelah]
SULIT

Soalan 1 hingga Soalan 21 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai. 1. “Yang berbaju biru itu kakak saya. Beliau ____________ Universiti Sains Malaysia,” kata Intan kepada Mazlin. A seniwati B mahasiswa C peragawati D mahasiswi Mereka ______________ kereta pacuan empat roda itu ke bengkel yang berhampiran kerana enjinnya rosak. A menunda B menuntun C mengheret D mengusung

2.

Soalan 3 berdasarkan Gambar 1 .

Gambar 1 3. Puan Salina _______________ beg tangannya sambil membawa ____________buah pulasan. A mengusung ……..setandan B menyandang……..seikat C menjunjung…….....sesikat D menyandang………segugus Bawang merah itu ditumbuk oleh Mak Cik Tipah sehingga ________________. A leper B lebur C lumat D hancur

4.

2

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2.

Gambar 2 5. Emak ______________ menyiang ikan-ikan itu untuk dibuat ikan kering. A akan B telah C masih D sedang Syarikat telekomunikasi terkenal itu telah melabur berjuta-juta ringgit untuk ________ rangkaian perkhidmatan perhubungan ke seluruh negara. A mengadakan B meningkatkan C melaksanakan D menganjurkan Sejak terlantar di hospital, badannya semakin ______________ kerana hilang selera makan. A kecil B susut C nipis D kempis “Janganlah _____________ mengejeknya lagi. _____________ seharusnya saling menghormati antara satu dengan yang lain,” kata Jeffry kepada Ramesh. A saya……Mereka B anda……Kami C awak…...Kita D patik…...Baginda Apabila bomoh itu mula _____________ kelihatan riak mukanya berubah seperti orang ketakutan. A menurun B membaca C menjampi D menghafal 3

6.

7.

8.

9.

Soalan 10 berdasarkan Gambar 3.

Gambar 3 10. “_______________ ambilkan pisau tu,” kata emak kepada kakak. A Sila B Harap C Tolong 11. Laporan kes buli ini akan diserahkan ______________ guru disiplin dengan segera. A ke B pada C oleh D kepada Soalan 12 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4 12. Bangunan Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan ______________ di Malaysia. A paling tinggi B tertinggi sekali C paling tinggi sekali D amat tertinggi sekali 4

13. Semua kenderaan bergerak dengan _____________ kerana ada kemalangan yang berlaku di jalan raya. A berhenti-henti B perlahan-lahan C tersengguk-sengguk 14. Kejayaan Pak Andak dan isterinya mendidik anak-anak mereka amat _________ oleh penduduk kampung. A diekori B dihadiri C digeruni D dikagumi Soalan 15 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5 15. Orang ramai mengerumuni penjual ubat di _________________ kedai itu. A kaki lima B kaki kedai C kaki bangku 16. Penjual ubat itu ________________ topi ketika menjual ubat-ubatan tradisional. A pakai B pakaian C terpakai D memakai 17. ___________ penduduk yang ditimpa bencana itu telah diberikan bantuan oleh kerajaan. A Kesemua B Beberapa C Sesetengah D sebilangan

5

18. Ucapan Perdana Menteri itu __________________ sebagai tanda terima kasih beliau kepada rakyat. A ialah B adapun C adalah D adakah 19. “Selepas bersenam, kita _____________ minum air supaya kandungan air dalam badan kita dapat diganti,” terang jurulatih sukan itu. A. boleh B. mesti C. pernah D. sedang 20. Kemenangan pasukan bola jaring sekolah kami dalam pertandingan separuh akhir _____________ untuk ke perlawanan akhir pada petang nanti. A membuka jalan B membuka pintu C membuka langkah D membuka tembelang Soalan 21 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6 21. Kata yang berlawan bagi situasi dalam gambar di atas ialah _______________ A mengikat B mengawal C menangkap D melepaskan

6

Soalan 22 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan. 22. Apakah yang dilakukan oleh ketiga-tiga anggota pengakap itu? A Mereka sedang memasang khemah. B Mereka sedang membuat unggun api. C Mereka sedang menjalankan aktiviti perkhemahan. D Mereka sedang mengadakan perbincangan tentang aktiviti perkhemahan. Soalan 23 Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan. 23. Kaki kirinya cacat setelah dia terlibat dalam suatu kemalangan di jalan raya. A Adakah betul kaki kirinya itu cacat? B Apakah yang menyebabkan kaki kirinya cacat? C Apakah kemalangan yang menyebabkan kaki kirinya cacat? D Mengapakah dia terlibat dalam suatu kemalangan di jalan raya? Soalan 24 dan Soalan 25 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 24. Sulaiman meyakinkan ibunya bahawa dia akan menjaga diri dengan baik sepanjang perkhemahan itu nanti. A “Ibu, jagalah diri baik-baik semasa saya menyertai perkhemahan itu nanti,” kata Sulaiman kepada ibunya. B “Semasa perkhemahan nanti, saya yakin dapat menjaga diri dengan baik,” kata Sulaiman kepada ibunya. C “Saya yakin ibu dapat menjaga diri dengan baik semasa perkhemahan itu nanti,” kata Sulaiman kepada ibunya. D “Pandailah saya menjaga diri semasa perkhemahan itu nanti,” kata Sulaiman kepada ibunya. 7

25. “Mesyuarat dijangka akan berlarutan hingga petang,” kata Pengerusi Majlis. A Pengerusi Majlis akan menamatkan mesyuarat hingga petang ini. B Pengerusi Majlis memberitahu bahawa mesyuarat dilanjutkan hingga petang. C Pengerusi Majlis menjelaskan bahawa mesyuarat telah berlarutan hingga petang. D Pengerusi Majlis memberitahu bahawa mesyuarat diramalkan berlanjutan hingga petang. Soalan 26 Pilih ayat yang betul. 26. A B C D Kasut bertumit tinggi itu bukan sesuai dipakai oleh wanita yang mengandung. Telefon antik di kedai itu tidak untuk dijual tetapi untuk pameran sahaja. Daerah Besut bukan di negeri Kelantan tetapi di negeri Terengganu. Budak lelaki yang bertahi lalat itu tidak adik Johari.

Soalan 27 dan Soalan 28 Pilih ayat-ayat yang betul. 27. I II III IV A B C D 28 I II III IV A B C D Kita hendaklah sentiasa berbaik-baik dengan jiran tetangga. Rupanya Azry yang mencipta alat yang canggih itu. Saya belum menerima apa-apa berita tentang peristiwa itu. Fahmi jarang pulang ke kampung kerana mereka sibuk dengan tugas seharian. I dan III I dan IV II dan III I, II dan IV Para tetamu yang hadir dijemput masuk di dalam dewan itu. Dahlia ialah sepupu saya kerana ibu saya dan ibunya adik-beradik. Antara Siti ataupun Fatimah, masing-masing tidak dapat melompat parit itu. Saya tidak memahami percakapannya kerana dia menggunakan bahasa pasar. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

Soalan 29 dan Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 29 I Air bah itu sampai ke paras pinggang saya. II Kebanyakan peragawati mempunyai paras yang cantik. III Bangunan yang baru dibina itu dua puluh paras tingginya. IV Tok Sidang mempunyai paras tinggi dalam masyarakat. A I dan II B I dan III C I, II dan III D I, II dan IV 8

30 I II III IV A B C D

Semua bekas murid sekolah ini akan dijemput hadir pada majlis itu. Kakak mengisi kuih ke dalam bekas yang baru dibelinya. Bekas tapak kaki gajah kelihatan di sekitar kebun itu. Badannya bekas setelah disengat tebuan petang semalam. I dan III II dan IV I, II dan III I, II, III dan IV

9

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang bijaksana, dan hadirin yang dihormati. Pada hari ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Usaha-usaha Pemeliharaan Warisan Budaya”. Hadirin yang dihormati, Warisan budaya yang merangkumi aspek pakaian, makanan, kesenian, kebudayaan, dan adab-adab sosial sesebuah masyarakat. Generasi muda pada masa kini semakin melupai adat resam yang menjadi warisan budaya. Kebanyakan mereka menganggap bahawa warisan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman itu kolot. Generasi muda sekarang lebih terpengaruh dengan budaya hidup yang ditonjolkan oleh masyarakat dari negara barat. Sebenarnya, budaya hidup masyarakat barat itu tidak begitu bersesuaian dengan adat ketimuran. Hal ini demikian kerana budaya barat tidak mementingkan sikap berbudi bahasa atau sopan santun yang menjadi amalan budaya masyarakat Melayu sejak zaman-berzaman. Usaha-usaha pemeliharaan warisan budaya dan adat resam ini perlu dilakukan dengan segera. Jika tidak, generasi akan datang tidak mengenali warisan budaya bangsa mereka sendiri. Kesannya, warisan budaya itu akan terhapus sedikit demi sedikit. Pihak ibu bapa memainkan peranan penting untuk memelihara warisan budaya dalam kalangan anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak mereka supaya mengenali warisan budaya. Di samping itu, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak dengan mengamalkan warisan budaya dalam kehidupan sehari-harian. Anak-anak juga perlu dididik agar menghargai warisan budaya dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Pihak sekolah juga berperanan untuk memelihara warisan budaya dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan warisan budaya. Murid-murid perlu didedahkan dengan warisan budaya melalaui pelbagai cara seperti pertandingan, lawatan, ceramah, dan bengkel. Selain itu, pihak media massa memainkan peranan dalam usaha pemeliharaan warisan budaya. Pihak media perlu menggalakkan semua aktiviti yang berkaitan dengan warisan budaya. Para penonton dan pembaca perlu didedahkan dengan warisan budaya. Usaha ini dapat mendidik masyarakat mengenali dan menghargai warisan budaya yang diwarisi. Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dan memainkan peranan penting dalam usaha memelihara warisan budaya.

10

31. Mengapakah usaha-usaha pemeliharaan warisan budaya perlu dilakukan dengan segera? A Menghapuskan tanggapan bahawa warisan budaya itu sudah kolot. B Masalah sosial dalam kalangan generasi sekarang semakin serius. C Memastikan warisan budaya tidak terhapus begitu sahaja. D Generasi muda lebih mengagungkan budaya masyarakat negara barat. 32. Perkataan kolot dalam petikan bermaksud A tidak sesuai diamalkan lagi. B sudah ketinggalan zaman. C tidak menarik lagi. D sangat menyusahkan. 33. Peranan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk memelihara warisan budaya adalah seperti berikut, kecuali A mengamalkan warisan budaya dalam kehidupan sehari-harian. B mendidik anak-anak untuk mengenali warisan budaya. C memupuk sikap menghargai warisan budaya dalam kalangan anak-anak. D mendenda anak-anak yang tidak berminat mengamalkan warisan budaya. 34. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang langkah yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam usaha memelihara warisan budaya. A Guru-guru menerapkan pengetahuan tentang warisan budaya dalam pembelajaran. B Mengadakan lawatan ke tempat yang sesuai untuk mengenali warisan budaya dengan lebih dekat. C Menggalakkan murid-murid menderma kepada pihak-pihak yang berminat mengembang warisan budaya. D Mengadakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan warisan budaya. 35. Apakah peranan utama pihak media massa dalam usaha pemeliharaan warisan budaya? A Menyiarkan rancangan bercorak kesenian dan kebudayaan dengan lebih kerap. B Menggalakkan masyarakat mengamalkan warisan budaya. C Memberi maklumat dan pengetahuan tentang warisan budaya yang diwarisi. D Mengadakan pertandingan yang berkaitan dengan warisan budaya.

11

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Biar ilmu penuh di dada, Itulah harta itulah azimat, Dengarlah sehala kata bonda, Pasti hidup akan selamat. Marilah kawan bergurau senda, Janganlah bersedih memendam rasa, Ikuti semua nasihat ayahanda, Sekiranya mahu bahagia sentiasa. Sudah berusaha sehabis saya, Semoga impian menjadi kenyataan, Jika kita telah berjaya, Ayah bonda jangan dilupa. Hinggap tempua di pohon sena, Terbang melayang di ruang angkasa, Jadilah anak yang berguna, Mengenang budi dan membalas jasa. Anyaman indah penuh berseni, Tikar, beg, dan juga raga, Ingatlah kawan pesanan ini, Kasih mereka membawa ke syurga. 36. Rangkaian pantun di atas merupakan A pantun jenaka B pantun nasihat C pantun kanak-kanak D pantun teka-teki 37. Puisi di atas menekankan kepentingan A ilmu sebagai harta yang paling berharga B hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa C bersifat seperti tempua yang terbang bebas di angkasa D berusaha mencapai impian dan cita-cita pada masa hadapan 38. Apakah tajuk yang sesuai bagi puisi di atas? A Pesanan buat anak B Anak yang berguna C Kasih ayah dan bonda 12

D Kasih ibu membawa ke syurga 39. Pernyataan berikut merupakan ciri-ciri seorang anak yang baik, kecuali A alpa akan jasa ibu bapa B membalas jasa ibu bapa C mengenang budi ibu bapa D mendengar nasihat ibu bapa 40. Perkataan angkasa dalam petikan bermaksud A atmosfera B angin C langit D awan

13

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1 (PEMAHAMAN) TAHUN 6 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. D A B C D B B C A C D A B D A D A C B A D C B D D C A C A D C B D C C B B A A C

14

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.