Topik  Pentadbiran

7
1. 2. 3. 4. 5.

Ujian dan Penilaian

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Menjelaskan langkah-langkah pentadbiran ujian; Menjelaskan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa mentadbir ujian; Menyelaras pemarkahan jawapan ujian; Menyelaras markah ujian; dan Menilai markah ujian.

X PENGENALAN
Selepas kertas ujian siap digubal dan dibuat kajian rintis terhadapnya, langkah seterusnya ialah mentadbirkan ujian tersebut kepada calon-calon. Langkahlangkah mentadbir ujian termasuklah dari persediaan bilik/dewan ujian, menyusun kerusi dan meja, memberi arahan kepada calon, mengedarkan kertas soalan/jawapan, memungut kertas jawapan dan menyimpan/ menyerahkan kertas jawapan kepada guru berkenaan. T opik ini akan mendedahkan bagaimana ujian seharusnya ditadbir dan aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian oleh guru/pengawas ujian dalam mentadbirkan sesuatu ujian. Selain itu, tajuk ini juga menjelaskan tentang penyelarasan permarkahan, pemeriksaan skrip jawapan, penyelarasan markah ujian dan penilaian markah ujian.

154 

TOPIK 7

PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

7.1

PENTADBIRAN UJIAN

Ujian dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur pencapaian seseorang pelajar atau sekumpulan pelajar. Walaubagaimanapun, terdapat juga ujian yang dianggap sah, tetapi gagal memberikan maklumat yang diperlukan guru atau pihak tertentu. Hal ini berlaku mungkin disebabkan beberapa faktor lain, seperti ujian tidak dijalankan dengan baik. Sesuatu ujian yang diberikan itu boleh berbentuk ujian rujukan kriteria atau ujian rujukan norma. Setelah item digubal dengan sempurna dan menepati sesuatu matlamat penilaian, maka langkah seterusnya ialah mentadbir ujian itu kepada para pelajar. Dalam usaha menjamin kesahan sesuatu ujian, aspek arahan ujian, jarak kedudukan tempat duduk dan lokasi bilik/dewan peperiksaan perlu diberi perhatian seperti dalam Rajah 7.1.

Rajah 7.1: Lokasi peperiksaan

Sebelum sesi peperiksaan bermula, ketua pengawas peperiksaan perlu menyemak terlebih dahulu bilangan kertas peperiksaan yang disediakan agar mencukupi untuk semua calon yang mengambil peperiksaan. Ketua pengawas peperiksaan juga perlu memastikan bahawa kertas soalan peperiksaan adalah seperti yang dijadualkan. Ketua pengawas juga perlu tahu prosedur tertentu sekiranya terdapat calon/ramai calon yang datang lewat. Selain itu, persediaan perlu dibuat bagi calon yang memohon untuk mengambil peperiksaan di hospital, yang mungkin disebabkan mereka tidak sihat atau terlibat dalam sesuatu kemalangan.

Arahan pada peringkat awal peperiksaan juga dapat mengelak gangguan kepada calon- calon semasa mereka menjawab soalan peperiksaan. ketua pengawas perlu memaklumkannya terlebih dahulu tentang kesilapan tersebut sebelum calon mula menjawab soalan peperiksaan. Jawapan anda hendaklah tidak kurang daripada 50 perkataan. Apakah persiapan-persiapan anda perlu lakukan untuk menghadapi situasi ini? Sila sediakan satu senarai semak untuk membolehkan peperiksaan ini berjalan dengan lancar. Arahan berkaitan peperiksaan wajar diberikan sebelum peperiksaan bermula untuk mengelakkan sebarang kekeliruan sebelum calon mula menulis jawapan. sekiranya terdapat kesilapan dalam soalan peperiksaan. Bincang dengan rakan anda berhubung dengan senarai semak yang anda kemukakan itu. Setiap kertas ujian lazimnya mengandungi arahan tentang cara menjawab bersama contoh soalan dan jawapan dan juga masa yang diperuntukkan untuk menjawabnya. AKTIVITI 7. arahan yang jelas daripada guru diperlukan supaya mereka benar-benar faham bentuk jawapan yang diperlukan.1 Arahan Ujian Arahan ujian/peperiksaan terdiri daripada dua bahagian. Sila tulis jawapan pada ruang yang disediakan.TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN t 155 7.1. Misalnya. Contoh arahan dalam kertas soalan adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) Jawab semua soalan dalam bahagian A dan bahagian B dalam kertas soalan yang disediakan. Masa peperiksaan 2 jam.1 Anda dikehendaki menjadi ketua pengawas peperiksaan pada minggu hadapan di tempat anda. Apakah maklum balas yang anda terima daripada rakan anda? Rajah 7.2 menunjukkan contoh arahan pada kertas peperiksaan open university Malaysia. misalnya pelajar-pelajar Tahun 1 atau Tahun 2. Arahan lisan oleh ketua pengawas selepas calon memasuki bilik/dewan peperiksaan perlu dibuat dengan jelas supaya semua calon dapat mendengar dan memahami arahan yang diberikan. arahan tentang bagaimana calon harus menjawab soalan yang diberikan. Bagi sesetengah calon. . Sebagai contoh. Bahagian pertama ialah arahan yang diberikan dalam kertas soalan dan bahagian kedua merupakan arahan yang diberikan oleh guru/ketua pengawas peperiksaan.

percetakan tidak jelas atau tersilap mendapat kertas soalan. seperti tidak cukup muka surat. caloncalon diarahkan untuk mengisi maklumat pada kertas jawapan.3). Calon-calon diingatkan supaya tidak melakukan sebarang salah laku peperiksaan seperti meniru jawapan atau berbincang dengan calon lain.156  TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN Rajah 7.2: Contoh kertas peperiksaan Open University Malaysia Berikut ialah beberapa arahan yang biasa diberikan kepada calon. (a) Sebelum peperiksaan bermula Calon diarahkan untuk memasuki bilik/dewan peperiksaan dan duduk di meja yang telah ditetapkan (lihat Rajah 7. Seterusnya. Kemudian ketua pengawas akan mengarahkan calon untuk menyemak kertas soalan peperiksaan supaya tidak ada sebarang kecacatan. . kelas dan sebagainya. seperti nama calon.

TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN t 157 Rajah 7.4: Arahan ketua pengawas (d) Selepas tamat masa menjawab Ketua pengawas hendaklah mengarahkan semua calon berhenti menjawab soalan dengan meletakkan pen atau pensel di atas meja. . kebiasaannya 15 minit sebelum masa menjawab tamat. ketua pengawas perlu mengumumkan berapa lama masa yang masih ada untuk calon menjawab soalan seperti dalam Rajah 7. Sebelum tamat masa menjawab Apabila masa menjawab hampir tamat. Ketua pengawas perlu mengarahkan semua calon duduk di tempat masing-masing sehinggalah semua kertas jawapan dikutip. ketua pengawas perlu memberikan arahan supaya calon mula menjawab soalan dan memberitahu masa tamat menjawab soalan. (c) Rajah 7. apabila masa menjawab tamat.4.3: Calon diminta masuk ke dewan peperiksaan (b) Semasa mula menjawab soalan Apabila tepat pada masa untuk menjawab soalan.

Sila mengambil tempat duduk seperti yang telah ditetapkan. aspek lain yang perlu diberikan perhatian ialah lokasi dan suasana tempat peperiksaan diadakan. Menurut Abu Bakar (1996). . Peperiksaan tamat pada pukul 10. (b) Calon-calon diingatkan agar tidak meniru dalam bilik/dewan peperiksaan. SEMAK KENDIRI 7. Sila angkat tangan jika terdapat kesilapan pada kertas soalan.30 pagi. Keselesaan ini termasuklah dari segi kemudahan di bilik/dewan peperiksaan seperti meja dan kerusi.1 Tahukah anda bagaimana sesuatu ujian dilaksanakan? Apakah prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi oleh pengelola sesuatu ujian tersebut? Apakah keperluan-keperluan yang perlu ada sebelum. Masa menjawab soalan tamat. Calon-calon yang mengambil peperiksaan memerlukan tempat dan suasana yang selesa.2 Suasana di Tempat Peperiksaan Selain arahan yang diberikan oleh ketua pengawas adalah jelas. Sila berhenti menulis dan letakkan pen atau pensel di atas meja. Pihak pentadbir/guru khususnya perlu mengelakkan daripada memilih tempat peperiksaan yang diganggu oleh bunyi bising yang boleh mengganggu tumpuan calon-calon menjawab soalan. 7. alat penghawa dingin/kipas angin.158  TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN Contoh arahan: (a) Calon-calon dibenarkan masuk ke bilik/dewan peperiksaan. calon-calon yang lemah dan yang masih muda amat memerlukan tempat yang selesa untuk memberi mereka peluang menjawab dengan sebaik-baiknya.1. (c) Calon-calon dikehendaki menyemak jumlah muka surat kertas soalan peperiksaan. semasa dan selepas diadakan sesuatu ujian tersebut? Jelaskan. (d) Calon-calon boleh mula menjawab soalan sekarang. (e) (f) Calon-calon diingatkan bahawa masa menjawab soalan hanya tinggal 15 minit lagi.

Jarak yang perlu diambil kira termasuklah jarak antara calon di hadapan dan calon di belakang dan juga calon di kiri dan calon di kanan seseorang calon berkenaan. Semasa peperiksaan. misalnya menjelaskan maksud soalan kepada calon tertentu.5). cahaya menjadi terlalu terang. Penyusunan tempat duduk dalam jarak yang sesuai ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya peniruan.TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN t 159 Di samping itu. sebaliknya semasa hujan bilik menjadi lebih gelap.3 Jarak Tempat Duduk Perkara yang amat penting diberi perhatian berkaitan bilik/dewan peperiksaan ialah jarak tempat duduk/meja.1. T empat duduk/meja calon-calon yang mengambil peperiksaan perlu dijarak/dijauhkan sedikit berbanding jarak semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Di bilik/dewan ini. calon sering kali bertanya pengawas apabila terdapat soalan yang kabur/tidak jelas. Malah bilik/dewan berkenaan biasanya telah dipastikan supaya memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai bilik/dewan peperiksaan. Pengawas tidak boleh menolong mana-mana calon dalam apa cara sekalipun.6 di bawah. 7. Jarak kedudukan yang cukup jauh dapat mengelak calon daripada meniru jawapan calon lain dan memberi ruang untuk pengawas bergerak dalam bilik/dewan peperiksaan (lihat Rajah 7. aspek-aspek lain yang perlu diberikan perhatian termasuklah peranan ketua pengawas dan pengawas sendiri seperti dalam Rajah 7. pada hari yang panas.5: Jarak tempat peperiksaan Selain tiga aspek di atas. Misalnya. kemudahan telah disediakan dengan mencukupi dan keselesaan murid lebih terjamin. aspek pencahayaan juga perlu dititikberatkan. Rajah 7. kebiasaannya. Pengawas perlu berhati-hati semasa . Sebaik-baik tempat peperiksaan ialah di bilik/dewan yang telah dikhususkan sebagai bilik/dewan peperiksaan. seperti memindahkan calon-calon yang terkena panas matahari dan menyalakan lampu apabila bilik agak gelap. Keadaan ini memerlukan pengawas peperiksaan mengambil langkah-langkah sewajarnya.

160  TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN cuba membantu calon. selain hanya kertas soalan.6: Aspek pentadbiran ujian Penipuan sering kali berlaku dalam peperiksaan. Tempat duduk yang manakah menjadi pilihan anda? Adakah pilihan yang anda lakukan tersebut banyak membantu anda untuk menghadapi peperiksaan nanti? Kenapa? Berapa jarakkah biasanya antara dua meja semasa ujian/ peperiksaan? 2. Pengawas juga perlu memberikan amaran tentang denda yang boleh dikenakan kepada calon sekiranya didapati melanggar peraturan peperiksaan. Ketua pengawas dan pengawas Arahan Ujian 4 aspek pentadbiran ujian Jarak tempat duduk Suasana di tempat peperiksaan Rajah 7. .2 1. selain menjarakkan tempat duduk calon. Beberapa aspek perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlakunya penipuan. kertas jawapan dan alat tulis yang diperlukan. agar tidak memberi klu jawapan atau jawapan yang salah. Anda sekarang sedang mula memasuki dewan peperiksaan setelah mendapat arahan untuk berbuat demikian. iaitu mengosongkan meja peperiksaan. seperti meniru atau berbincang. SEMAK KENDIRI 7. mengawasi pergerakan keluar-masuk calon semasa peperiksaan. terutama ke bilik air.

jawapan yang berbentuk esei pula memerlukan guru memeriksanya dengan teliti dan tidak wajar diperiksa oleh sesiapa sahaja. borang OMR) atau jawapan dalam bentuk esei. adalah lebih mudah memeriksa borang jawapan melalui mesin memproses borang OMR. memeriksa jawapan dan membuat penilaian. Dalam proses memeriksa skrip jawapan.TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN t 161 7. maka skema jawapan perlu disediakan sebagai panduan kepada guru untuk memeriksa skrip jawapan ujian/peperiksaan. Rajah 7. Dalam memberikan markah/gred kepada pelajar. Selain itu. guru akan melaksanakan tugas seterusnya. berbanding jawapan berbentuk objektif. Bagi jawapan berbentuk objektif. iaitu memeriksa skrip jawapan. jawapan yang diberikan oleh pelajar. ia memerlukan guru memeriksa skrip jawapan dengan segera.2 PEMERIKSAAN KERTAS JAWAPAN Selepas ujian dijalankan dan kertas jawapan telah dikutip. Sebaliknya. adalah mudah bagi guru memeriksa dengan menebuk kertas jawapan “master” dan seterusnya menanda pada skrip jawapan pelajar. Beberapa perkara perlu diberi perhatian semasa memeriksa skrip jawapan. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemeriksaan skrip jawapan. dan seterusnya ia boleh menyebabkan pelajar merasa tidak puas hati dengan markah/ gred yang mereka perolehi. Sekiranya jawapan dibuat pada borang OMR. pemeriksaan skrip jawapan berbentuk esei memerlukan guru pakar dalam mata pelajaran tertentu. Keadaan ini menimbulkan rasa gelisah/risau di kalangan pelajar. Bagi ujian yang bertujuan mendapatkan maklumat tahap penguasaan pelajar bagi kemahiran tertentu.7 menunjukkan persepsi guru yang boleh menyebabkan ketidakadilan semasa mereka memeriksa jawapan pelajar. tujuan ujian dilaksanakan turut mempengaruhi prosedur pemeriksaan skrip jawapan. sama ada dalam kertas jawapan yang disediakan (contohnya. Ini jelas menunjukkan pelajar amat mementingkan dan merasa sensitif terhadap markah/gred tersebut. guru juga mungkin berhadapan dengan kekangan atau prosedur tertentu. seperti bentuk ujian yang diberikan. Justeru. kadang-kadang guru mengambil masa yang agak lama untuk memeriksa jawapan dan memberi markah/gred kepada pelajar. iaitu Kesan Halo. mentadbir ujian. . seperti memeriksa skrip jawapan dalam bilik guru yang bising. agar keputusan peperiksaan dapat digunakan untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. tanpa dipengaruhi faktor- faktor yang dinyatakan tadi. Lazimnya. keadilan terhadap penilaian pencapaian pelajar ini menuntut guru untuk lebih berhati-hati dan bertanggungjawab semasa membina soalan. Bagi memastikan pemeriksaan kertas jawapan menjadi lebih objektif.

3 Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan Kesan Halo.1 Skema Pemarkahan Skor yang diperoleh seseorang pelajar adalah bergantung kepada prestasi/ kualiti jawapan yang diberikan bagi setiap soalan yang dijawab. guru boleh menggunakan maklumat yang diperoleh bagi meningkatkan pencapaian pelajar dengan memberikan kelas-kelas pemulihan atau aktiviti tambahan kepada mereka. umpamanya semasa cuti sekolah. Misalnya. yang perlu diperbaiki atau dibuang seperti dalam .2. Skema pemarkahan ini perlu disediakan guru lebih awal untuk membantu guru mengenal pasti soalan yang tidak sesuai. Pada umumnya.162  TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN Rajah 7. Di samping prestasi jawapan.7: Kesan Halo Malah ada sebilangan guru yang tidak mengambil tindakan susulan yang sepatutnya dibuat daripada maklumat yang diperoleh daripada ujian/ peperiksaan yang dijalankan. SEMAK KENDIRI 7. 7. skor yang diperoleh juga dipengaruhi cara pemarkahan oleh guru/pemeriksa. penggubal soalan/guru diminta menyediakan skema pemarkahan sebagai panduan semasa memeriksa skrip jawapan. dalam sesuatu ujian/peperiksaan.

Rajah 7.TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN t 163 Rajah 7.8: Penyediaan skema pemarkahan Dalam usaha menyediakan skema pemarkahan bagi memeriksa jawapan. Pengelolaan – aspek penggunaan bahasa yang lancar. konsisten. Secara umumnya. iaitu: (a) (b) (c) Kandungan – mencakupi maklumat atau pengetahuan yang berkaitan. dan skema pemarkahan analitik (lihat Rajah 7. tiga aspek perlu diberi perhatian oleh guru/penggubal soalan. keaslian dan daya kreatif menjawab. skema pemarkahan boleh disediakan dalam dua cara.9). komprehensif. munasabah.8 yang menerangkan kepentingan perbincangan dalam penyediaan skema pemarkahan. iaitu skema pemarkahan holistik.9: Skema pemarkahan . Proses – aspek ketepatan. Rajah 7. tepat dan matang.

Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya diberi berdasarkan impresi (impression). Dalam mesyuarat ini. Walaupun begitu. Contoh skema pemarkahan secara holistik adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 7. ketua pemeriksa akan memberikan panduan memeriksa jawapan diikuti dengan perbincangan/ maklum balas daripada pemeriksa- pemeriksa dan seterusnya latihan tertentu diberikan kepada mereka. Pemeriksaan secara holistik ini memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan. Pelajar bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. Langkah untuk meningkatkan keobjektifan dapat dibuat melalui mesyuarat penyelarasan markah antara pemeriksa- pemeriksa berkenaan.164  TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN (a) Skema Pemarkahan Holistik Skema jenis ini disediakan secara umum sebagai panduan untuk memberi markah kepada jawapan pelajar.1: Jadual 7. Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan. .1: Skema Permarkahan Secara Holistik Skema pemarkahan secara holistik mempunyai kelebihan dari segi pemeriksaan kertas jawapan yang lebih cepat berbanding permarkahan secara analitik. cara pemarkahan holistik dianggap sebagai kurang objektif.

. persembahan dan bahasa. penentuan pemberatan jawapan.2. Ia mengandungi nilai tara isi kandungan. banyaknya fakta dan kualiti hujah yang diberikan dipertimbangan untuk diberikan markah penuh. Agihan markah dibuat berdasarkan aspek-aspek seperti markah untuk isi/fakta.TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN t 165 (b) Skema Pemarkahan Analitik Pemarkahan analitik merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara lebih terperinci yang mana markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci. Contoh skema pemarkahan analitik bagi ujian kemahiran lisan Bahasa Melayu sekolah rendah adalah seperti Jadual 7. pengelolaan dan proses yang lebih khusus. Misalnya.

2: Skema Permarkahan secara Analitik .166  TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN Jadual 7.

Mengelakkan daripada mengenali nama pelajar. Memeriksa jawapan hingga selesai. langkah yang boleh anda lakukan sebagai pemeriksa/guru ialah seperti Jadual 7.3. Bagi meningkatkan keberkesanan pemeriksaan jawapan berbentuk esei.3: Langkah-langkah Pemeriksaan Tahap 1 Langkah-langkah Memahami kehendak soalan – pemeriksa/guru perlu benarbenar memahami kehendak soalan supaya skema jawapan yang disediakan tepat kepada kehendak soalan. Jadual 7. lebih-lebih lagi sekiranya bilangan calon terlalu ramai. Memeriksa beberapa skrip jawapan calon terlebih dahulu. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pemeriksaan jawapan. Memberikan ulasan pada kertas jawapan. Menyediakan skema pemarkahan - skema perlu fleksibel. 2 3 4 5 6 7 8 AKTIVITI 7.2 Kenapa pemeriksa/guru perlu mengelak daripada mengenali pelajar/calon? . Walaupun begitu pemarkahan begini akan mengambil masa yang lama.TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN t 167 Pemarkahan secara analitik adalah lebih objektif berbanding dengan holistik. Hal ini disebabkan skemanya yang lebih terperinci. Mengadakan mesyuarat penyelarasan penggubalan soalan. Calon mungkin memberikan jawapan yang tidak terdapat dalam skema tetapi idea itu boleh diterima. iaitu boleh ditokok tambah atau dibaiki mengikut pemahaman dan jawapan calon.

168  TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN 7. . bentuk dan pemberatan markah. Penyelarasan yang dibuat adalah berdasarkan isi. Lazimnya. penyelarasan pemeriksaan dibuat sebelum pemeriksaan kertas jawapan dimulakan. Di samping penyelarasan pemeriksaan skrip jawapan. dengan adanya penyelarasan pemeriksaan skrip jawapan. Penyelarasan pemeriksaan skrip ini juga diharapkan dapat membantu pemeriksa-pemeriksa memberikan markah yang lebih adil kepada setiap calon/pelajar. penyelarasan markah ujian akan membantu guru memperbaiki taburan skor dan gred yang diperoleh pelajar. Sebagai contoh. 74. Ini mungkin disebabkan soalan ujian yang terlalu susah. 75. didapati terlalu ramai pelajar yang mendapat markah terlalu rendah. tiada pelajar yang akan mendapat gred A dalam ujian ini. ia dapat membantu mengurangkan perbezaan markah yang diberikan oleh pemeriksapemeriksa. guru mungkin akan mengambil tindakan untuk memberikan markah bonus kepada pelajar-pelajar untuk mengatasi masalah soalan yang terlalu susah ini. Tujuan penyelarasan ini dibuat ialah bagi mengurangkan perbezaan antara pemeriksa dalam memberikan markah kepada calon-calon. Pemeriksa terlebih dahulu hendaklah memeriksa beberapa contoh jawapan dan membandingkannya dengan pemeriksaan yang dibuat oleh ketua pemeriksa dan pemeriksa-pemeriksa lain. 7.3 Penyelarasan Markah Ujian Penyelarasan markah ujian perlu dibuat apabila keputusan ujian yang diperoleh calon/ pelajar adalah di luar jangkaan. Katakanlah markah yang diperoleh lima pelajar ialah 76. seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Seperti yang dijelaskan lebih awal. besar kemungkinan tiada pelajar yang akan mendapat gred A.2. bagi satu ujian yang sangat susah. ketua pemeriksa akan mengambil secara rawak beberapa kertas jawapan yang telah disemak oleh pemeriksa-pemeriksa lain untuk memastikan ketekalan dan keselarasan dalam pemberian markah. Justeru.2 Penyelarasan Pemeriksaan Kertas Jawapan Penyelarasan peperiksaan kertas jawapan perlu dilakukan terutama apabila melibatkan pemeriksa lebih daripada seorang. sementara markah minimum untuk mendapat gred A ialah 80. Dalam peperiksaan umum. Kadang kala dalam sesuatu ujian. sekiranya guru tidak membuat penyelarasan markah.2. 70 dan 69. setelah semua pemeriksa selesai menyemak kertas soalan esei. Dalam keadaan begini.

Jika pertimbangan ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang mendapat markah 77 sahaja.M PL ) c = M A . Dalam masa yang sama. Walaubagaimanapun. Begitu juga dengan markah lulus. iaitu dengan menaikkan markah 74 kepada 80. pelajar perlu mendapat markah minimum 80. Pelajar-pelajar lain akan mendapat tambahan markah tertentu seperti yang akan dijelaskan kemudian. markah yang diperolehi pelajar ialah antara 31 dan 77. Begitulah juga seterusnya. x ialah markah asal dan c ialah pemalar constant). Jika layak. Nilai c dan m (kecerunan persamaan perubahan markah) diperoleh melalui formula: m = (M A . kita bukan ingin meluluskan semua pelajar yang gagal. Jadi anda ingin membuat pertimbangan agar ada pelajar yang mendapat A dalam ujian ini. penyelarasan markah perlu dibuat. anda ingin membantu pelajar yang mendapat markah 36 untuk mendapat gred lulus (40). Untuk mendapat gred A.M L )/(M PA . . maka penyelarasan boleh dibuat dengan menambah tiga (3) markah untuk menjadikannya 80 markah. dalam satu ujian matematik. M L ialah markah minimum untuk gred lulus.TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN t 169 Dalam keadaan begini. Formula pengiraannya ialah: y = mx + c Di mana y ialah markah baru. Keputusan sama ada anda ingin memberikan gred A kepada pelajar yang mendapat markah 77 sahaja atau pelajar yang markah 75 terpulang kepada pertimbangan anda sebagai guru. dan kita dapati terlalu ramai pelajar gagal ujian ini. sekiranya kita menetapkan markah lulus 40. • Langkah penyelarasan markah ujian Sebagai contoh.mM PA Di mana M A ialah markah minimum untuk gred A. penyelarasan markah perlu juga dibuat. guru mungkin ingin membuat pertimbangan sama ada pelajar yang mendapat markah 74 ke atas itu layak diberikan gred A atau tidak. tetapi hanya kepada pelajar-pelajar yang berada di sempadan (border) markah lulus. M PA ialah markah minimum pelajar yang ingin diberi gred A dan M PL ialah markah minimum pelajar yang ingin diberi gred lulus.

46 + 4. Iaitu: y = 0.98)(43) + 4.54 Pelajar yang mendapat markah 77 akan diberi markah baru 80. M PA =77.54 = 35.54 = 39. M PL = 36 m = (MA-ML)/(MPA-MPL) = (80 – 40) / (77 – 36) = 40/41 = 0.98x + 4.14 + 4.85)x(0. Misalnya. Selagi nilai kecerunan persamaan perubahan markah kurang daripada 1. seperti berikut: y = mx + c = (0. maka: M A = 80. varians markah baru akan lebih rendah daripada varians markah asal.54 = 75.85. .68 ˜Þ 47 Penyelarasan markah ini juga akan mengurangkan varians markah yang diberikan kepada pelajar.54 = 43.54 = (0. M L =40.82 40 ˜Þ Semua pelajar lain akan diberi markah baru dengan rumus yang sama.28 + 4. iaitu ia dapat mengurangkan perbezaan/variasi keputusan ujian.98x + 4. seperti berikut: y = mx + c = (0.98 c = MA – mMPA =[80 – (0.98)(36) + 4. jika nilai kecerunan persamaan perubahan markah ialah 0.7225 varians markah asal.98)(77)] = 80 – 75.170  TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN Sebagai contoh. . maka varians bagi markah baru akan menjadi (0.98)(77) + 4.54 Contohnya.54 = 46.54 = 80 Pelajar yang mendapat markah 36 akan diberi markah baru 40.85) = 0. pelajar yang mendapat markah 43 dalam ujian ini akan diberi markah 47 seperti berikut: y = 0.46 = 4.

Adakah dia dapat dianggap pelajar pandai berbanding dengan rakan-rakannya yang lain? Persoalan ini sukar . apabila seseorang pelajar mendapat markah sebanyak 81/100. dalam melaporkan kemajuan dan perkembangan seseorang murid dalam kelasnya. diperiksa dan diberi markah. tiga orang guru memberikan skor yang hampir sama kepada jawapan seorang pelajar dengan menggunakan prosedur yang sama. 50 peratus berbanding dengan hanya penyataan memuaskan. Menurut Lindvall dan Nitko (1975).4 Apakah tujuan utama kita mengadakan penyelerasan pemeriksaan skrip jawapan? 7. Contohnya 30 peratus.3 PENILAIAN Setelah ujian ditadbir. Misalnya. iaitu markah yang diperoleh daripada jumlah jawapan yang ditanda dengan betul. markah kuantitatif ini penting kerana: (a) Ia dapat memberikan pemerihalan yang lebih tepat tentang sesuatu keadaan Misalnya.TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN t 171 SEMAK KENDIRI 7. Sebenarnya. guru akan hanya menggunakan markah mentah. markah sebegini didapati kurang memberi pengertian dan memerlukan maklumat tambahan. ujian untuk mengeja perkataan bagi suatu sampel 200 daripada 300 perkataan.3. apakah langkah seterusnya yang perlu diambil oleh guru? Markah yang diperoleh daripada ujian tersebut adalah dalam bentuk kuantitatif. Oleh itu.1 Penilaian Markah Ujian Pada dasarnya. apabila pencapaian pelajar digredkan dengan mengira peratus ejaan betul. Guru akan mendapat maklumat yang lebih tepat. baik dan sebagainya. Ia dapat meningkatkan keobjektifan langkah pengukuran Misalnya. Ini secara langsungnya menolong guru dalam membuat sesuatu keputusan. guru perlu menginterpretasi markah tersebut untuk kegunaan tertentu. Ia membolehkan komunikasi yang lebih lancar dan jelas dibuat Komunikasi tersebut boleh dalam bentuk perbincangan guru-guru atau melibatkan penerangan laporan kemajuan murid-murid kepada ibu bapa mereka. Ini menunjukkan prosedur berkenaan adalah menepati keobjektifan dan maklumat yang diperoleh adalah boleh dipercayai. (b) (c) 7.

Markah terbitan termasuklah pangkat ratusan. Ini menyebabkan sukar bagi kita untuk menentukan pencapaiannya berbanding pelajar-pelajar lain. dua langkah boleh diambil oleh seseorang guru. iaitu sama ada menggredkan pelajar mengikut rujukan norma atau rujukan kriteria. Penggredan mengikut rujukan norma lebih bersifat kuantitatif. 7. Penentuan jenis markah ini mengambil kira beberapa aspek seperti: (1) markah yang diperoleh daripada kemahiran atau pengetahuan seseorang tentang sesuatu yang diuji. Markah berkenaan dikenali sebagai markah terbitan.172  TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN dijawab jika hanya bergantung semata-mata kepada markah mentah. Apabila markah terbitan dibentuk.3. stanines dan penentuan gred. kita memerlukan maklumat tambahan yang dapat menerangkan pencapaian murid dengan lebih terperinci. (3) markah dapat membezakan antara individu dilakukan.2 Penilaian Pencapaian Bagi memudahkan guru membuat pertimbangan terhadap pencapaian pelajar.4. (2) perbezaan yang berlandaskan asas tertentu seperti tahap kesukaran. Markah ini tidak langsung membandingkan markah yang diperoleh oleh seseorang pelajar dengan pencapaian pelajar-pelajar lain. . Untuk membuat perbandingan pencapaian. dan markah yang membolehkan perbezaan individu itu sendiri dilakukan. ia akan memudahkan guru membuat perbandingan antara markahmarkah yang berlainan. manakala penggredan mengikut rujukan kriteria lebih bersifat kualitatif. Ward dan Ward (1999) mencadangkan lima panduan dalam penentuan gred murid seperti dalam Jadual 7.

Rajah 7.4: Penilaian Pencapaian Mengikut Ward dan Ward (1999) Panduan 1 2 3 4 5 Penentuan Gred Menentukan tujuan sistem penggredan sebelum menggredkan pelajar. Jika untuk membina motivasi pelajar. pangkat ratusan dan stanines seperti yang dijelaskan dalam bahagian berikut. Rajah 7.3 Apakah sebab yang mungkin. Memasukkan pemboleh ubah yang sesuai kepada tugasan dalam pemberian gred. terdapat beberapa kaedah yang boleh diguna untuk menentukan pencapaian pelajar daripada markah yang mereka peroleh. gred. AKTIVITI 7. guru menukar cara penggredan semasa ujian sedang dijalankan? Dari segi penilaian pencapaian pelajar.10: Kaedah penentuan pencapaian pelajar . Elakkan daripada menukar cara penggredan semasa ujian sedang dijalankan bagi mengelak rasa tidak puas hati di kalangan pelajar dan ibu bapa. Memastikan amalan menggredkan pelajar adalah selaras dengan amalan peringkat pusat atau kebangsaan. Menerangkan kepada pelajar tentang sistem penggredan yang akan digunakan pada awal penggal atau semester pelajaran.TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN t 173 Jadual 7.10 menunjukkan kaedah-kaedah tersebut iaitu pangkat. penggredan wajar dibuat secara kriteria.

Lazimnya.6: Penentuan Gred Pelajar Gred ini hanyalah menentukan pencapaian pelajar berkenaan dengan gred A lebih baik daripada gred B dan seterusnya. C. Penentuan gred perlu dilaksanakan secara diselaraskan mengikut peraturan tertentu. Guru hanya boleh membandingkan kedudukan pelajar dalam bilik darjah tertentu sahaja. gred yang diperoleh para pelajar sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada pencapaian pelajar. ketiga dan seterusnya. Contoh penentuan pangkat murid adalah seperti Jadual 7. sehinggalah pangkat yang terendah sekali. Walaupun begitu. gred yang diberikan kepada pelajar adalah A.5: Penentuan Pangkat/Kedudukan (b) Penentuan Gred Kepada pelajar. guru tidak boleh membuat andaian bahawa pelajar yang mendapat gred A dua kali lebih baik dari pelajar yang mendapat gred C. Secara umum. misalnya penetapan gred mengikut markah seperti dalam Jadual 7. ibu bapa dan guru sendiri. Lazimnya. tanpa dapat membandingkan pelajar-pelajar dalam kelas lain.6 . Jadual 7. B. kedudukan pangkat disebut sebagai kedudukan pertama. D. kedua.5 Jadual 7. E sebagai gred lulus atau F sebagai gred gagal.174  TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN (a) Pangkat Meletakkan pangkat pelajar adalah lebih mudah. . penentuan bilangan pelajar bagi setiap gred boleh dibuat supaya taburannya mengikut taburan normal (normal curve). sebab ia hanya melibatkan pemeringkatan kedudukan pelajar daripada yang paling tinggi ke paling rendah.

atau menggunakan kekerapan kumulatif seperti di berikut: Pangkat persentil = Kekerapan kumulatif X 100. Bagi kumpulan yang lebih pandai adakah persentil sesuatu markah lebih rendah atau lebih tinggi? Stanines Markah terbitan ini sering kali digunakan dalam ujian pencapaian. Ia adalah berdasarkan skor-z. 2003).TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN t 175 (c) Pangkat Ratusan Pangkat ratusan/persentil (percentile) ialah markah tertentu yang menunjukkan peratusan pelajar yang mendapat markah lebih rendah daripada markah tersebut. jika dikatakan pencapaian Mazlin berada di kedudukan pensentil 70. Contohnya. seorang pelajar telah mengambil satu ujian dan mendapat markah sebanyak 75. Formula stanines seperti di bawah: Stanines = 2z + 5 di mana z = skor-z yang mempunyai min=0 dan sisihan piawai = 1. Markah 75 ini mungkin pensentil yang berbeza bagi kumpulan lain. (d) . Skor persentil menunjukkan kedudukan markah pada sepanjang taburan markah (Bhasah Abu Bakar. Misalnya. ini menunjukkan markah Mazlin adalah lebih tinggi daripada markah 70% pelajar-pelajar lain. Markah yang diperoleh itu adalah lebih baik daripada 60% markah pelajar-pelajar lain dalam kumpulannya. N Kekerapan kumulatif ini dikira hingga ke markah sebelum markah yang ingin ditentukan persentilnya atau bilangan pelajar yang memperoleh markah lebih rendah daripada markah tersebut. Untuk mendapatkan pangkat persentil. persentil ke-50 dipanggil kuartil kedua (Q2). Stanines mempunyai min = 5 dan sisihan piawai = 2. Pangkat persentil dapat dianggap sebagai satu skor terbitan yang mempunyai median 50 bermula dari taburan 1 hingga 99. Ia dibentuk berasaskan andaian bahawa pencapaian mengikut taburan normal. Ini bermakna markah 75 adalah persentil ke-60 bagi keseluruhan markah ujian untuk kumpulan ini. kita boleh gunakan grafik ogif yang dijelaskan sebelum ini. Persentil ke-25 dipanggil kuartil pertama (Q1). Perkataan “stanines” ini berasal daripada perkataan “standard nine”. dan persentil ke-75 dipanggil kuartil ketiga (Q3). yang juga dikenali sebagai median.

Dalam hal ini. Zaki telah menunjukkan . Jadual 7. Selain itu. Daripada perbandingan yang dibuat dengan murid-murid lain. penggunaan markah secara rujukan norma ini juga memungkinkan rasa rendah diri di kalangan pelajar yang berada dalam kumpulan terbawah. Berikut adalah contoh cara penilaian markah secara rujukan kriteria dilaksanakan: (a) Dalam suatu ujian bacaan. Di samping itu. Penggredan berdasarkan rujukan kriteria pula ialah dengan melaporkan prestasi seseorang pelajar secara relatif bagi menggambarkan sejauh mana seseorang pelajar itu menguasai sesuatu objektif mata pelajaran yang telah ditetapkan. supaya aktiviti pemulihan dapat dijalankan. Namun.7 . Kelemahannya pula ialah dari segi markah yang diperoleh tidak menunjukkan dengan jelas sejauh mana seseorang pelajar itu menguasai ilmu atau kemahiran yang telah ditetapkan. sederhana atau gagal. ia juga membantu guru mengenal pasti murid yang paling lemah.7: Stanines dan Peratus Pelajar Kelebihan penilaian markah secara rujukan norma ini dapat memberikan maklumat ringkas tentang prestasi pelajar yang boleh difahami dengan mudah oleh pelajar dan ibu bapa mereka. Zaki berada pada tahap 35 peratus di bawah. Zaki didapati dapat menyebut pada peringkat perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka.176  TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN Setiap pelajar akan ditetapkan stanines masing-masing dari satu hingga sembilan. guru perlu menetapkan kriteria penggredan terlebih dahulu dan menetapkan standard bagi setiap kriteria berkenaan. Skor dan gred yang diperoleh menggambarkan pencapaian yang sama dalam mana-mana tugasan yang telah dilaksanakan. Maklumat begini juga memberi mekanisma untuk menyusun pelajar kepada pencapaian cemerlang. Peratusan pelajar yang mendapat gred stanines ditunjukkan dalam Jadual 7.

Ini menunjukkan pencapaiannya adalah tinggi. Sax (1997) berpendapat kelemahan yang ketara ialah aras kesukaran akan menentukan peratusan pelajar yang mendapat gred-gred tertentu. Dengan memberikan gred kepada murid- murid akan menggambarkan pencapaian sebenar mereka dalam sesuatu mata pelajaran. manakala ujian yang mudah akan menyebabkan ramai pelajar mendapat markah tinggi. (iii) mengawal aktiviti dan program pembelajaran. Antara tujuan penggredan ialah untuk (i) memaklumkan kepada ibu bapa tentang kemajuan anak-anak mereka dalam sesi persekolahan. 95% yang diperoleh itu terdiri daripada kemahiran yang rendah. Selain itu. Ujian yang sukar akan menyebabkan ramai pelajar mendapat markah rendah. sedangkan mereka masih belum menguasai kebanyakan kemahiran yang diajar. pengukuran dan penilaian dalam bilik darjah. sedangkan ujian berkenaan adalah terlalu sukar. mereka akan merasa kecewa dengan gred yang rendah. (b) Razif mendapat keputusan pencapaian dalam mata pelajaran Geografi sebanyak 95 peratus. misalnya.TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN t 177 perkembangan pada peringkat menguasai perkataan yang amat sukar. Pencapaian ini menyamai pencapaian ¼ daripada pelajar dalam kelasnya. Kesannya juga turut dirasai pelajar. Walaupun begitu. maka guru boleh mengambil langkah memperbaiki pengajarannya supaya ramai pelajar mendapat gred yang lebih baik. Begitu juga sebaliknya. Kedua-dua keadaan ini juga tidak memberikan gambaran sebenar tentang pencapaian pelajar. jika pencapaian pelajar adalah rendah dan ujian berkenaan adalah sah. (ii) membantu murid-murid dalam menetapkan matlamat mereka dalam sesuatu mata pelajaran. RUMUSAN Pemarkahan dan penggredan adalah aspek yang penting dalam konteks pengujian. serta (iv) menentukan sama ada murid berkenaan layak untuk diberikan anugerah atau pengiktirafan serta peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Guru pula lebih mudah untuk memberikan gred kepada pelajar-pelajarnya. Kelebihan penggredan secara rujukan kriteria ialah pelajar boleh mendapatkan gred yang tinggi jika mereka berusaha bersungguh-sungguh. . Manakala kemahiran yang tinggi masih belum dikuasai. Zaki mencapainya dalam tempoh empat bulan. ujian yang terlalu mudah memungkinkan pelajar-pelajar mendapat gred yang cemerlang. Dalam memberi gred kepada pelajar secara rujukan kriteria ini.

Arahan ujian/peperiksaan terdiri daripada dua bahagian. Penyelarasan markah ujian dibuat selepas semua markah ujian diperoleh. Mengapakah penyelarasan markah ujian ini perlu dibuat? Jelaskan dengan ringkas satu kaedah bagaimana penyelarasan markah ujian boleh dibuat. Bagi mendapat gred A pula beliau membuat keputusan markah minimum 78 layak diubah kepada markah 80. 3. tiga aspek perlu diberi perhatian oleh guru/penggubal soalan. Salah satu daripada kaedah penilaian ialah penilaian rujukan norma. Dalam usaha menyediakan skema pemarkahan. beliau membuat keputusan untuk menaikkan markah 36 kepada markah lulus 40. Jelaskan dengan ringkas aspekaspek tersebut.178  TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN Skema Pemarkahan Pemarkahan Holistik Pemarkahan Analitik Penggredan UJIAN 1 1. 3. 2. . UJIAN 2 1. Berikan dua (2) kelebihan kaedah penilaian ini. Kira markah baru bagi markah asal 66. Seorang guru telah mengadakan ujian bagi T ahun 2 Jaya. Daripada taburan markah yang diperoleh. 2. Jelaskan bahagian-bahagian arahan ini.

Ward. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. S. Assessment in classroom. Mokhtar Ismail. J. (1987).. W. Penilaian di bilik darjah. S. Krathwohl. Raminah Haji Sabran. California: Wadsworth. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. G. Taksonomi objektif pendidikan. Hasting. (1995). (1989). B. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Illinois: F. Sax. M.).). S. Oosterhof. M. . A. New York: HBJ Inc. Handbook on formative and summative evaluation of student learning. (1975). Occasional papers no.TOPIK 7 PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN t 179 RUJUKAN Abu Bakar Nordin. M. R. (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. T. (1997). buku pedoman 1: Domain kognitif (ed. (2001). B. F. & Madaus. B. & Masia. B. D. Classroom application of educational measurement (3rd ed. A. Measuring pupil achievement and aptitude (2nd ed. C. Classroom testing: Construction. (1971). & Ward. California: Wadsworth.. (1965). A.E Peacock Publisher Inc. Bloom. Principles of educational and psychological measurement and evaluation.5. Bloom. New York: Harper and Row Publisher.) New Jersey: Printice Hall. (1991). B. Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. J... Pusat Perkembangan Kurikulum.. Developing scale in affective domain. Lindvall. Bloom. & Nitko.. Penilaian kendalian sekolah. G.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful