You are on page 1of 22

1.0.

PENGENALAN

Program inklusif telah dimasukkan dalam sasaran kerja utama Kementerian Pendidikan. Menjelang tahun 2000, salah satu sasaran kementerian ialah untuk “mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa”. Langkah sedemikian menunjukkan dengan jelas bahawa program inklusif akan menjadi sebahagian daripada proses pendidikan penting pada masa akan datang. Murid berkeperluan khas dapat menikmati segala peluang dan pembelajaran sebagaimana yang dirasai, dialami dan dinikmati oleh rakan sebaya mereka yang normal. Dalam dunia pendidikan pada hari ini, terdapat banyak isu-isu yang diketengahkan samada melalui media cetak dan elektronik serta media massa. Pendidikan di Malaysia juga tidak terkecuali namun tidak ramai yang tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang isu-isu yang terdapat dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah. Oleh itu, setiap dari kita perlu segera membuka mata dan minda supaya kita dapat memberikan tumpuan sejenak untuk menyelami dunia kecil pendidikan di Malaysia iaitu Pendidikan Khas.

2.0.

ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS:

Dalam bahagian bab 2 ini akan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan program Pendidikan Khas khususnya program Pendidikan Khas yang dilaksanakan di negara ini. Isu-isu ini merangkumi perkara-perkara berikut: i. ii. iii. iv. Pihak pengurusan sekolah Guru Pendidikan Khas Murid Pendidikan Khas Ibu bapa atau waris

Hala tuju pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas pada masa kini ialah ke arah mengintegrasikan mereka dengan murid-murid normal. Untuk itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi merealisasikan matlamat berkenaan. Namun,

berdasarkan beberapa kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang menghalang

kepada kejayaan dan keberkesanan program-program Pendidikan Khas.

Laporan

kajian Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya (1997) yang bertajuk “Bias Pengajaran Guru Dalam Pelajaran Khas dan Pelajaran Normal” oleh Ysseldyke dan Alozzine (1982), menyatakan antara faktor-faktor tersebut ialah;    Sumber yang terhad Sikap yang negatif dan; Kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya.

2.1

PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

isu layanan kelas kedua

isu pengasingan aktiviti antara murid aliran perdana dan murid pendidikan khas

isu elaun guru pendidikan khas
Pihak Pengurusan Sekolah

isu peruntukan kewangan isu aspek pembanguna n fizikal

isu peperiksaan awam

isu layanan kelas kedua isu layanan kelas kedua yang diterima oleh guru-guru pendidikan khas dan murid – murid pendidikan khas sudah menjadi kebiasaan di setiap sekolah. Ini kerana kebanyakan guru aliran perdana sering memperlekehkan golongan pendidikan khas kerana kurangnya pendedahan terhadap golongan ini. Guru aliran perdana sering menggangap tugas sebagai guru pendidikan khas merupakan kerja yang enteng memandangkan bilangan murid yang tidak ramai di dalam sesebuah kelas disamping dibantu oleh pembantu pengurusan murid. Ini menyebabkan pihak pengurusan sekolah sering mengambil kesempatan dengan memberi tugas tambahan melebihi guru aliran perdana dengan alasan bahawa guru pendidikan khas tidak mempunyai kerja yang banyak seperti menanda buku dan sebagainya.

Isu elaun guru pendidikan khas Guru-guru dari aliran perdana menganggap tugas mengajar murid-murid ini tugas yang sia-sia dan tidak kurang juga yang merasa jijik. Selain itu, isu elaun yang diterima oleh guru Pendidikan Khas turut menjadi pertikaian kerana melalui anggapan mereka mengajar murid-murid khas lebih senang berbanding mengajar murid aliran perdana. Malah terdapat juga segelintir guru aliran perdana yang menganggap bahawa elaun yang diberikan tidak adil memandangkan beban kerja guru aliran perdana lebih berat jika dibandingkan dengan guru pendidikan khas jika dikira dari faktor bilangan murid yang terdapat di dalam sesebuah kelas.

Isu peruntukan kewangan Setiap sekolah akan mendapat peruntukan dimana peruntukan ini merupakan salah satu perkara utama yang dirancang dalam Rancangan Malaysia sejak dari Rancangan Malaysia pertama bertujuan menaiktaraf kemudahan sekolah serta bantuan kepada murid-murid yang memerlukan. Namun begitu, peruntukan kewangan yang diterima tidak disalurkan dengan betul kepada program pendidikan khas. Terdapat sesetengah

sekolah yang menggunakan peruntukan kewangan tersebut bagi kepentingan sekolah seperti membeli barang keperluan sekolah dan bukannya kepada program pendidikan khas sekolah tersebut. Ini menyebabkan perancangan aktiviti program tersebut

terbantut dan tidak dapat dijalankan kerana kewangan yang tidak mencukupi. Malah fasiliti kelas program tersebut tidak dapat ditingkatkan memandangkan kekurangan atau ketiadaan peruntukan kewangan yang diturunkan kepada program tersebut. Ini menyebabkan kelas berada dalam keadaan yang teruk seperti bilik yang sempit, tidak kondusif, tidak ceria dan tidak sesuai dengan murid pendidikan khas.

Isu peperiksaan awam Ari (2008) menyatakan bahawa pihak pentadbiran sekolah berasa kurang senang apabila murid daripada pendidikan khas mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil pelajaran Malaysia (SPM). Pihak pentadbiran tidak begitu menggemari situasi ini kerana mereka takut perkara ini akan menjatuhkan graf peperiksaan sekolah memandangkan prestasi murid pendidikan khas yang lemah sedangkan mereka juga layak diberikan peluang seperti kanak-kanak normal yang lain.

Isu aspek pembangunan fizikal Kelas bagi program pendidikan khas biasanya didirikan di bangunan yang terpinggir atau lama. Malah ruang yang disediakan juga terhad dan sempit. Ini amatlah tidak sesuai untuk digunakan oleh murid pendidikan khas yang memerlukan kawasan yang lebih luas dan kondusif supaya memudahkan pergerakan murid untuk melakukan sebarang aktiviti. Isu ini sering dipandang remeh oleh pihak pengurusan sekolah kerana mereka menganggap mereka hanya merupakan golongan minoriti di dalam kawasan sekolah tersebut dan kewujudan mereka tidak dipedulikan sekolah. Selain itu, kurang komunikasi berlaku di antara guru pendidikan khas dan guru aliran perdana kerana faktor penempatan yang berasingan memandangkan guru aliran perdana ditempatkan

di dalam bilik guru manakala guru pendidikan khas pula ditempatkan di bangunan pendidikan khas yang terasing daripada bangunan utama sekolah.

Isu pengasingan aktiviti antara murid aliran perdana dan murid pendidikan khas Seperti yang dapat dilihat di setiap sekolah, murid pendidikan khas akan diasingkan atau dikecualikan daripada sebarang aktiviti di sekolah dengan alasan murid pendidikan khas tidak dapat mengawal diri dengan baik dan akan menggangu kelancaran aktiviti tersebut.

2.2

GURU PENDIDIKAN KHAS

isu kesediaan guru isu kekurang an guru pendidika n khas isu sikap profesionalisme guru

Isu kesediaan guru Sebagai seorang guru pendidikan khas, penting bagi guru tersebut untuk bersedia dari segala segi bagi menghadapi murid-murid pendidikan khas. Ini kerana mengajar murid istimewa memerlukan kesabaran dan persediaan dari segi fizikal dan mental dalam melayani karenah mereka yang pelbagai. Dalam mendidik murid istimewa, guru perlu membuat persediaan yang lebih berbanding mengajar murid aliran perdana. Persediaan tersebut merangkumi bahan bantu mengajar dan kreativiti semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Namun terdapat sesetengah guru yang hanya mengajar sambil lewa. Malah terdapat guru yang langsung tidak mengajar dengan alasan bahawa murid-murid pendidikan khas tidak boleh diajar. Sedangkan mereka berhak untuk menerima pendidikan seperti murid normal yang lain.

Terdapat guru yang tidak bersedia secara mental untuk mengajar murid ini. Kecacatan murid yang pelbagai dianggap menyusahkan dan suatu yang menjengkelkan. Sikap

guru yang tiada kesediaan dari segi mental akan mewujudkan jurang di mana guru tidak mesra dengan muri. Oleh itu, guru tidak akan memahami apa yang dihadapi oleh murid dan kekurangan murid tersebut dijadikan alasan untuk guru tidak mengajar dengan baik.

Segelintir guru mengajar kelas pendidikan khas kerana terpaksa sedangkan opsyen mereka adalah mata pelajaran lain di aliran perdana. Ini menjadikan mereka tidak dapat menerima hakikat dan tidak mempunyai ilmu dan kemahiran dalam mendidik murid istimewa ini. Ini kerana mereka tidak mempunyai kemahiran psikologi dan mengajar yang cukup. Guru ini akan menghaapi kesukaran kesukaran kerana mereka tidak dapat mengagak apa yang perlu dilakukan bagi mengajar murid ini, cara menangani sebarang masalah yang timbul dan sebagainya.

Isu kekurangan guru Pendidikan Khas

Seperti yang kita sedia maklum, program Pendidikan Khas ini masih dikira program yang baru dilaksanakan oleh kerajaan. Dengan itu, sudah tentu masalah kekurangan guru terlatih bagi program ini menjadi satu masalah yang belum selesai

memandangkan semakin banyak program pendidikan khas dibuka di sesebuah sekolah sedangkan penempatan yang sedia ada masih mempunyai masalah kekurangan guru. Dengan itu, guru daripada aliran perdana terpaksa diserap masuk ke dalam program ini. Apa yang menjadi masalah ialah guru-guru ini tidak mempunyai asas yang kukuh dalam pendidikan khas yang dikira jauh berbeza dari apa yang mereka pelajari. Malah terdapat persepsi yang mengatakan bahawa guru-guru yang bermasalah dan teruk akan dihantar ke program pendidikan khas. Ini sekaligus menjadikan guru tersebut berasa tertekan dan rendah diri sehingga prestasi guru menurun. Malah guru juga tidak bersemangat kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka ditempatkan bagi mengajar murid pendidikan khas sehingga murid istimewa ini menjadi mangsa.

Kekurangan guru pendidikan khas juga menyukarkan sesebuah program menjalankan aktiviti P&P mereka kerana kurangnya tenaga pengajar. Guru yang sedia ada perlu mengambil alih kesemua murid-murid sehingga guru sukar untuk menumpukan perhatian khusus kepada murid tersebut. Ini juga merupakan satu faktor utama mengapa murid sukar dikawal dan diajar.

Isu sikap profesionalisme guru Guru merupakan tunggak utama dalam sesebuah institusi. Guru, murid dan waris merupakan hubungan yang saling berkaitan dalam memastikan perkembangan pendidikan murid di sekolah. Sebagai guru pendidikan khas, hubungan di antara guru dan waris sangatlah penting kerana mereka perlu saling berhubung jika terdapat sebarang masalah yang berkaitan dengan murid. Namun terdapat segelintir guru yang tidak profesional dalam menjalinkan hubungan dengan ibu bapa. Terdapat guru yang mempunyai masalah untuk berinteraksi dengan ibu bapa dan sebagainya. Ini hanya akan menyukarkan kedua-dua belah pihak. Selain itu, terdapat guru yang melepaskan kemarahan peribadi terhadap murid-murid pendidikan khas. Ini sepatutnya tidak berlaku walaupun murid tersebut tidak tahu untuk melawan. Sebagai guru pendidikan khas juga, penting bagi guru untuk melindungi maklumat peribadi murid. Guru tidak boleh bercerita sewenangnya kepada orang lain maklumat peribadi murid mahupun memburukkan diri murid di hadapan orang lain. Walaupun mengajajar kelas pendidikan khas, guru sepatutnya memastikan setiap tugas dilaksanakan dengan baik daripada segi menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH), menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) dan mengajar murid-murid ini. Guru tidak boleh menganggap bahawa tiada bezanya jika guru mengajar atau tidak. Apa yang penting ialah setiap guru perlu menonjolkan sikap profesionalisme dalam profesion perguruan ini.

2.3 MURID PENDIDIKAN KHAS

isu kehadiran murid

isu kesediaan murid

isu pelabelan dan pengasingan

isu kepelbagaian potensi murid

Isu kehadiran murid Dalam program pendidikan khas, kehadiran murid menjadi satu masalah yang dapat dilihat dengan jelas. Ramai murid yang mempunyai masalah kehadiran. Terdapat murid yang mempunyai masalah kesihatan sehingga memaksa mereka untuk tidak hadir ke sekolah. Murid pendidikan khas ini biasanya mempunyai tahap imuniti yang lemah yang menyebabkan mereka mudah jatuh sakit seperti selsema, demam dan batuk. Namun terdapat juga murid yang sengaja tidak hadir ke sekolah kerana malas mahupun sengaja tidak dihantar oleh waris ke sekolah. Memandangkan murid ini sering membuat perangai apabila ingin ke sekolah, ini menyebabkan ibu bapa mereka mengambil jalan untuk tidak menghantar mereka ke sekolah. Malah cuaca yang tidak baik juga merupakan salah satu faktor mengapa waris tidak menghantar mereka ke sekolah.

Isu kesediaan murid Murid-murid pendidikan khas terdiri daripada pelbagai kecacatan yang menyebabkan mereka sukar untuk menerima pengajaran guru dengan sempurna. Kepelbagaian kecacatan dan kekurangan ini sangat mempengaruhi kesediaan murid dan ianya merangkumi masalah sensori, neorologi, psikologi dan tingkah laku murid.

Dalam pendidikan khas, isu kesediaan murid ini sering timbul kerana setiap murid menunjukkan tahap kesediaan yang berbeza untuk belajar. Perbezaan tahap dan jenis kesediaan yang bergantung kepada kecacatan ini menyebabkan penyediaan sumber pengajaran yang disediakan oleh guru adalah berbeza-beza mengikut kategori murid. Isu ini turut menjadi permasalahan utama kerana kesukaran guru untuk memahami dan mengendalikan tingkah laku murid yang pelbagai. Pembelajaran juga menjadi lebih sukar kerana guru perlu mengawal ramai murid yang terdiri daripada pelbagai kecacatan pada satu masa yang sama.

Isu pelabelan dan pengasingan

Pelabelan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 862) bermaksud perbuatan membubuh label pada sesuatu. Manakala pengasingan pula menurut sumber yang sama mendefinisikan kata pengasingan perihal mengasingkan atau memisahkan, pemisahan, menyisihkan dan memencilkan diri. Namun, pelabelan yang saya

maksudkan ini bukanlah perbuatan membubuhkan label pada sesuatu barang atau yang lainnya tetapi perbuatan atau pandangan negatif masyarakat termasuk komuniti di sekolah seperti guru-guru aliran perdana, rakan-rakan sebaya yang biasa atau normal, pihak pentadbir yang prejudis, memandang rendah akan kelemahan dan kekurangan yang dimiliki murid khas, menganggap murid khas tidak memberi sebarang sumbangan kepada sekolah dan sebagainya. Anggapan mereka „bodoh‟ dan seumpanya sering kali berlaku terhadap mereka. Mereka juga dipandang sinis oleh sesetengah pihak yang tidak mempunyai hati dan

perasaan. Tindakan pelabelan seperti ini semestinya menyebabkan murid-murid khas hilang keyakinan diri dan tidak mahu hadir ke sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan yang sempurna yang lain sama ada di sekolah mahupun di rumah.

Isu kepelbagaian kompotensi murid

Murid pendidikan khas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan dan keupayaan yang berbeza di antara satu sama lain. Isu kepelbagaian kompetensi murid ini bertambah rumit lagi kerana wujudnya penempatan yang tidak sesuai berdasarkan kebolehan dan keupayaan murid-murid di sekolah. Misalnya, terdapat murid yang mempunyai keupayaan IQ yang terlalu rendah dicampurkan bersama dengan murid yang mempunyai keupayaan yang sederhana. Hal ini boleh menyebabkan murid yang IQ rendah itu akan lebih ketinggalan semasa mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya kanak-kanak tadi tidak lagi berminat untuk menumpukan perhatian di dalam kelas. Proses P&P sedikit sebanyak akan terganggu kerana murid yang tidak dapat memberikan tumpuan akan mengganggu rakan-rakan lain.

2.4 IBU BAPA/WARIS

IBU BAPA/WARIS

• isu keprihatinan ibu bapa • penyalahgunaan elaun murid

Isu keprihatinan ibu bapa Ibu bapa merupakan tunggak penting kepada anak istimewa memandangkan mereka lebih mengenali anak mereka sendiri melebihi orang lain. Namun terdapat ibu bapa yang bersikap lepas tangan dengan melepaskan semua tanggungjawab tersebut kepada guru. Ibu bapa mengharapkan guru untuk menguruskan segala hal anak mereka di sekolah. Sebagai ibu bapa yang prihatin, mereka seharusnya memastikan anak mereka terurus sebelum diserahkan kepada guru. Namun terdapat sesetengah ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah dalam keadaan tidak terurus seperti tidak mandi, tidak membawa wang saku, tidak memakai kain lampin jika tidak dapat menguruskan diri dan sebagainya. Sikap seperti ini hanya akan menyusahkan guru untuk mengurus keseluruhan kelas.

Selain itu, terdapat ibu bapa yang tidak prihatin terhadap sebarang aktiviti anak di sekolah seperti cuti, aktiviti luar dan sebagainya sedangkan surat pemberitahuan telah diberikan kepada waris sehingga menyukarkan proses aktiviti dijalankan.

Isu penyalahgunaan elaun Seperti yang diketahui umum, murid pendidikan khas akan menerima elaun bulanan lebih kurang RM150. Elaun ini sedikit sebnayak dapat membantu waris yang kebanyakannya terdiri daripada orang yang susah. Elaun yang diberikan kepada murid ini seharusnya digunakan bagi tujuan perubatan, pendidikan, program sekolah dan sara hidup murid. Malangnya terdapat sesetengah ibu bapa yang menyalahgunakan elaun yang diberikan bagi tujuan peribadi. Kerap terjadi ibu bapa datang meminta buku akaun murid dengan alasan untuk membeli barang keperluan murid tetapi murid tersebut tetap ke sekolah dalam keadaan yang tidak terurus. Malah ibu bapa juga enggan memberikan anak mereka menyertai aktiviti atau program yang dianjurkan oleh program pendidikan khas di sekolah yang memerlukan duit dengan alasan bahawa aktiviti yang dijalankan memerlukan duit dan mereka tidak mampu. Ini menjadikan anak mereka terlepas peluang untuk mencuba sesuatu perkara baharu dan tidak dapat menjalankan aktiviti tersebut bersama rakan.

3.0.

CADANGAN-CADANGAN PENDIDIKAN KHAS

UNTUK

MENGATASI

ISU-ISU

DALAM

3.1

PIHAK SEKOLAH

Bagi mengatasi isu sokongan pihak sekolah yang sering berlaku di mana-mana program pendidikan khas ini, semua guru Pendidikan Khas mestilah tabah dan tidak mudah berputus asa. Guru-guru Pendidikan Khas perlulah menganggap apa sahaja persepsi negatif pihak sekolah sebagai satu cabaran. Guru-guru Pendidikan Khas juga perlu melakukan tugas dan tanggungjawab dengan penuh komited dan ikhlas supaya mereka menyedari bahawa guru-guru Pendidikan Khas lebih cemerlang dalam segala aspek.

Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam membangunkan sesebuah sekolah. Dalam usaha mengatasi masalah yang timbul berkaitan hubungan pihak pentadbir sekolah dengan program Pendidikan Khas ini sebenarnya amat bergantung kepada kredibiliti seorang Guru Besar atau Pengetua untuk mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang harmoni antara aliran biasa dan program Pendidikan Khas.

Jika Guru Besar sendiri mewujudkan jurang dan menerapkan elemen negatif di dalam diri warga sekolah, sudah tentu keseluruhan warga sekolah akan memandang serong kepada program pendidikan khas tersebut.

Justeru, apa yang boleh dilakukan oleh pihak pentadbir untuk memantapkan lagi program Pendidikan Khas di sekolah mereka ialah: 

Mendalami dan memahami dunia Pendidikan Khas dengan menambah pengetahuan mengenainya melalui kursus-kursus, seminar dan bengkel yang disediakan atau dianjurkan oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia.

Membina jati diri yang positif sebagai ketua yang berkaliber dalam sesebuah organisasi dengan tidak mengamalkan nilai-nilai yang tidak patut dimiliki oleh seseorang ketua seperti berburuk sangka dan memandang ringan terhadap profesion guru Pendidikan Khas dengan menganggap guru-guru Pendidikan Khas tidak ada kerja berat dengan hanya „mengasuh‟ murid-murid itu di sekolah sahaja, meletakkan perspektif negatif lain dan sebagainya.

Sebagai ketua atau guru biasa sekalipun, perlu disedari setiap bidang yang diceburi mempunyai cabaran yang perlu digalas sendiri dan ianya pasti tidak sama antara satu sama lain.

Sentiasa mengambil berat akan perkembangan program Pendidikan Khas di sekolah seperti kewangan, peralatan dan bahan bantu mengajar, aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran sosial serta urus diri murid Pendidikan Khas dan sebagainya.

3.2

GURU PENDIDIKAN KHAS

Sebagai seorang guru pendidikan khas, guru perlu sentiasa mempunyai nilai-nilai murni dan sikap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas. Nilai-nilai murni dan sikap profesionalisme ini dapat dipupuk apabila guru ikhlas dalam mendidik dan menggunakan kewarasan akal apabila bertindak. Guru perlu sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu tidak kira pengetahuan asas, pedagogi mahupun ilmu berkaitan bidang pendidikan khas sebagai persediaan mengajar murid istimewa ini. Sebelum mengajar, penting bagi guru untuk membuat persediaan mengajar seperti merancang P&P dan menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dengan tahap murid. Ini sekaligus dapat membantu murid memahami dengan lebih baik setiap apa yang diajar oleh guru. Malah guru juga perlu sentiasa membimbing dan memantau murid semasa mereka menjalankan sebarang aktiviti. Bagi mengatasi masalah kekurangan guru pendidikan khas, kerajaan perlu mengambil inisiatif menambah bilangan guru pelatih yang memohon untuk mengambil bahagian

pendidikan. Ini kerana pendedahan dari awal guru pelatih kepada bidang ini akan memudahkan mereka untuk lebih bersedia apabila diserapkan ke dalam program pendidikan khas. Ini berbeza dengan guru daripada bidang yang berlainan dan diserapkan ke dalam pendidikan khas. Mereka tidak betah dan tidak dapat menghayati dengan baik berbanding mereka yang sudah berkecimpung dari awal dalam bidang tersebut.

3.3

MURID PENDIDIKAN KHAS

Terdapat banyak cara yang boleh digunakan bagi mengatasi setiap isu yang berkaitan dengan pendidikan khas. Kesemua pihak boleh berganding bahu bagi membantu murid ini dari pelbagai segi. Dari sudut ibu bapa, mereka memainkan peranan yang paling besar dalam mengurus kehidupan anak mereka. Ibu bapa perlu sabar dalam mendidik dan menjaga murid istimewa ini. Setiap keperluan anak mereka perlu diurus dengan baik dan murid ini juga layak diberikan peluang seperti peluang belajar, bersosial, rawatan dan sebagainya supaya mereka dapat membesar seiring dengan kanak-kanak normal yang lain. Ibu bapa seharusnya menonjolkan anak mereka di khalayak ramai supaya anak mereka lebih mudah diterima disamping meningkatkan keyakinan anak itu sendiri. Sebagai seorang guru, guru perlu memfokuskan atau mengenal pasti kemahiran utama dan minat murid Pendidikan Khas. Hal ini kerana terdapat murid yang menunjukkan tingkah laku agresif di dalam bilik darjah adalah kerana tidak berminat dengan pembelajaran formal, mereka sebenarnya menggemari aktiviti „hands-on‟ seperti pertukangan, perkebunan dan menghasilkan kraftangan. Justeru, guru-guru boleh

memperbanyakkan aktiviti yang sesuai berdasarkan minat dan kemahiran utama murid tersebut. Apa yang penting ialah mereka diberi peluang untuk mencuba perkara baharu. Guru juga perlu memastikan bahawa murid diberi latihan yang sesuai dengan tahap pemikiran mereka bagi mengelakkan mereka berasa rendah diri.

3.4

IBU BAPA ATAU WARIS

Isu penyalahgunaan elaun murid-murid pendidikan khas sering wujud kerana tiadanya kesedaran di kalangan ibu bapa murid. Bagi mengatasi masalah penyalahgunaan elaun ini, pemantauan oleh pihak Jabatan Kebajikan masyarakat perlulah diwujudkan supaya setiap ibu bapa tidak menggunakan wang yang diperuntukkan untuk murid sewenangwenangnya. Dengan adanya pihak yang bertanggungjawab, masalah penyalahgunaan elaun ini mungkin dapat dibendung seikit demi sedikit.

Selain itu, ibu bapa perlulah diberikan taklimat mengenai elaun yang diperuntukkan untuk anak-anak mereka. Sesi perbincangan dan kaunseling mengenai pengurusan elaun boleh diadakan. Jadi, ibu bapa akan mendapat gambaran sebenar mengenai tujuan sebenar elaun diperuntukkan kepada anak mereka.

Sehubungan itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk mengelakkan penyalahgunaan elaun murid khas ini. Buku akaun murid dikendali dan dipegang oleh penyelaras pendidikan khas supaya elaun yang masuk setiap bulan tidak digunakan sesuka hati oleh ibu bapa. Kawalan yang dibuat oleh guru bukanlah bertujuan untuk mengawal setiap perbelanjaan murid, tetapi lebih bersifat menjaga supaya tidak berlaku penyelewengan yang tidak sepatutnya.

Dalam menentukan hala tuju murid-murid Pendidikan Khas, ibu bapa perlu menjadi tunjang untuk menyokong apa yang anak mereka lakukan. Ibu bapa perlu sedar bahawa sokongan dari pihak keluarga terutama ibu bapa sangat penting kepada muridmurid khas ini. Ibu bapa perlu didedahkan mengenai pengetahuan dan maklumat yang berkaitan Pendidikan Khas. Maklumat yang diperolehi bukan sahaja untuk mengenali masalah murid-murid khas tetapi lebih bersifat membantu ibu bapa supaya dapat menguruskan anak-anak istimewa ini dengan cara yang betul dan terbaik. Sehubungan itu, kelas kaunseling dan bimbingan perlu dilaksanakan oleh pihak berkenaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Pusat Pemulihan dalam Komuniti untuk memberi maklumat yang berguna mengenai keupayaan dan juga kelebihan yang ada

pada murid-murid khas ini supaya mereka tidak disisihkan dan sentiasa diterima oleh masyarakat. Bagi ibu bapa yang tidak dapat menerima kenyataan, sesi kaunseling boleh dilaksanakan oleh kaunselor yang profesional agar jiwa ibu bapa ini tenang dan boleh menerima kekurangan dan kelebihan anak mereka. Murid-murid khas ini jika diajar dan dibimbing seperti anak-anak normal yang lain, berkemungkinan besar mereka juga boleh berjaya. Sekiranya mereka tidak mendapat kemewahan dalam kehidupan, kebolehan menguruskan diri sendiri pun susah memadai bagi murid-murid berkeperluan khas ini.

4.0 KESIMPULAN Pendidikan Khas ini memberi satu cabaran kepada guru Pendidikan Khas untuk membentuk murid yang dari tiada apa-apa menjadi murid dan insan yang boleh dibanggakan dan diharapkan. Sebagai guru, didikan yang ikhlas perlulah diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas ini kerana mereka juga sama seperti muridmurid yang memerlukan sokongan dan perhatian daripada pelbagai pihak. Murid pendidikan khas perlulah dilayan sama rata seperti murid-murid lain supaya tiada lagi isu-isu negatif dibangkitkan. Oleh hal yang demikian, semua pihak sama ada kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), guru-guru Pendidikan Khas, guru-guru aliran perdana/ biasa, pihak pentadbiran sekolah, ibu bapa dan juga masyarakat Malaysia amnya perlu lebih prihatin terhadap nasib golongan ini. Mereka juga mempunyai hak untuk menikmati segala kemudahan yang ada termasuk keperluan pendidikan yang sama rata selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan pendidikan yang sama rata kepada semua atau disebut sebagai „education for all‟.

5.0 RUJUKAN

Buku

Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Penganjaran Dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd K.A. Razhiyah. (2006). Anak Istimewa Panduan Bagi Ibu Bapa Membesarkan Anak Istimewa. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. K.A. Razhiyah. (2008). Apa Itu Autisme. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. K.A. Razhiyah. (2008). Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : longman Sdn. Bhd Mohd Sharani Ahmad. (2006). Mengurus Kanak-kanak Susah Belajar. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2010). Perkembangan kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Omardin Ashaari. (2009). Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Sheila Devaraj, Samsilah Roslan. (2006). Apa Itu Disleksia? Panduan Untuk Ibu Bapa, Guru dan Kaunselor. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Internet http://yushazwani.blogspot.com/2011/09/updates-isu-isu-dalam-pendidikan-khas.html (dilayaripada 24/9/12) http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/02/isu-profesionalisma-guru-pendidikan.html (dilayaripada 25/9/12)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurusekolahrendahkecewa (dilayaripada 25/9/12)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/OKUmatikenaderadipercayaikenaliwat (dilayaripada 25/9/12)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TPMserahbantuanpersekolahanRM2_49bil ion (dilayaripada 25/9/12)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wujudsekolahkhasmuridlemah (dilayaripada 25/9/12)

LAMPIRAN