You are on page 1of 4

SK PASIR GUDANG 4

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3 SK PASIR GUDANG 4 MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KANTIN KALI PERTAMA 2013 Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 4 Februari 2013 : 1.10 petang : Bilik Mesyuarat SK Pasir Gudang 4 : Pn. Rohaya Binti Mohd Lazim

Kehadiran(Bilangan) : Sembilan Orang Turut Hadir (Jika ada) : Guru Besar Pn. Rohaya Binti Mohd Lazim : GPK HEM Pn. Noormalawati Binti Aspan : GPK Petang Pn. Norhayati Binti Tumin 1 PERUTUSAN PENGERUSI Mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan oleh Ahli Jawatankuasa Kantin Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4. 2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Tiada pengesahan minit mesyuarat yang lalu kerana mesyuarat kali pertama. 3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT. Tiada perkara yang berbangkit kerana mesyuarat kali pertama. 4 FOKUS MESYUARAT : Isu-isu kantin Guru besar, GPK Hal Ehwal Murid, GPK Petang dan semua AJK kantin telah memfokuskan beberapa isu-isu kantin yang perlu diambil perhatian, antara isu-isu yang difokuskan ialah : 4.1. Kebersihan 4.1.1 Kebersihan Makanan: a) Makanan murid : Pihak kantin ada menjual makanan yang dilarang seperti :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

SK PASIR GUDANG 4

PK07 Pengurusan Mesyuarat

- Air Gas - Pewarna minuman tiruan - Ais krim - Nugget dan sosej

Pihak kantin juga ada menjual minuman yang terlalu banyak ais, air milo yang terlalu cair dan buah-buahan yang tidak segar oleh itu Guru Besar mancadangkan supaya pihak kantin menjual buah segar tanpa perasa tambahan ( asam)

Makanan murid-murid pra sekolah tidak setimpal dengan harga makanan tersebut kerana terlalu sedikit kuantitinya.

b) Makanan guru : Guru melaporkan menemui benda-benda asing yang tidak patut dijumpai dalam makanan seperti : - Dawai - Rambut - Lalat - Lipas dan telurnya Terdapat makanan guru yang terlalu lama, basi, dan daging ayam yang tidak masak dengan sempurna. Makanan tidak mencukupi dan pilihan makanan semakin berkurangan terutama untuk guru supaya petang. Ustaz Rohaizat dapat bin Othman mencadangkan pengusaha kantin menyediakan

makanan panas dan goreng untuk guru-guru sesi petang seperti mee goreng, pisang goreng dan lain-lain. Harga makanan tidak menentu terutama makanan guru. Guru Besar mencadangkan pihak kantin menyediakan menu makanan guru beserta harga makanan, sekiranya terdapat menu tambahan pihak kantin boleh menulis menu tambahan tersebut beserta harga di papan putih. 4.1.2 Kebersihan peralatan : a) Peralatan makanan murid :

Pihak kantin masih lagi menggunakan polisterin dan plastik untuk


meletak dan membungkuskan makanan dan minuman. Sabun basuh tangan tiada disingki murid. b) Peralatan makanan guru :
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

SK PASIR GUDANG 4

PK07 Pengurusan Mesyuarat

Terdapat cawan yang sumbing. Guru melaporkan menemui lipas dibahagian paip air flask semasa menuang air panas, Ustaz Rohaizat bin Othman mencadangkan supaya pihak kantin tidak menggunakan flask untuk megisi air panas.

4.1.3 Kebersihan kantin dan keceriaan. a) Ruang makan murid : Kebersihan meja, lantai dan longkang kurang memuaskan kerana kebiasaanya meja melekit, lantai kotor dan berbau, manakala longkang tidak bersih. Puan Noor Malawati binti Aspan mencadangkan meja dan lantai dilap menggunakan ubat atau sabun yang sesuai, meja dan lantai mestilah dilap sekurang-kurangnya 3 kali sehari iaitu setiap kali selepas rehat. Manakala longkang pula mestilah di bersihkan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Pihak kantin mencuci pinggan dan cawan di singki, ia merupakan satu tindakan yang kurang sesuai. Mesyuarat mencadangkan supaya pihak kantin tidak lagi mencuci pinggan dan cawan di singki sebaiknya mencuci didalam kantin. Singki dan cermin perlu sentiasa dibersihkan dan di selenggara sekiranya bocor dan tersumbat. b) Ruang makan guru : Kedudukan meja guru kurang selesa dan sempit, Puan Yantie binti Kamaruddin mencadangkan supaya mengikut susunan meja yang sebelum ini atau fikirkan cara lain yang lebih efektif. Menyediakan alas meja makan dengan alas plastik

4.2 AJK kantin mestilah memastikan:

Pekerja kantin mengambil suntikan Typhoid di klinik kesihatan walaupun pekerja berubah-ubah. Pekerja kantin memakai pakaian yang mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan. Makluman

HAL-HAL LAIN

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

SK PASIR GUDANG 4

PK07 Pengurusan Mesyuarat

5.1. Guru Besar mengharapkan pada masa akan datang pekara berikut dapat dipatuhi dan dilaksanakan :

Pihak kantin dapat meningkatkan kualiti kebersihan dan kualiti makanan yang
disediakan kerana majoriti guru makan dikantin sekolah.

Pengusaha kantin hendaklah mematuhi aspek-aspek dan prosedur yang telah


ditetapkan.

Keadaan kantin yang bersih dan ceria perlu diwujudkan kerana Sk Pasir
Gudang 4 sering menjadi tuan rumah dan tumpuan pihak tertentu. Pihak kantin boleh mewujudkan suasana yang ceria dengan menceriakan kuanter pembelian murid dengan lebih menarik atau mengecat semula mural-mural yang sedia ada. 5.2. AJK kantin mesti membuat pantauan ke kantin sekolah setiap minggu. Tindakan: Pengerusi AJK kantin PENUTUP

a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Disediakan oleh,

Disemak dan sisahkan Oleh,

.......................................... (NORZILA BINTI MOHD SAID ) Setiausaha AJK kantin Tarikh : (18 Februari 2013)

................................ (ROHAYA BINTI MOHD LAZIM) Guru Besar SK Pasir Gudang 4 Tarikh : 18 Februari 2013

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00