You are on page 1of 16

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGHARGAAN

2.0 PENGENALAN

3.0 JADUAL KEPUTUSAN UJIAN MURID 3.1 JADUAL KEPUTUSAN UJIAN 1 3.2 JADUAL KEPUTUSAN UJIAN 2 3.3 JADUAL PERBANDINGAN UJIAN 1 DAN 2

4.0 KESIMPULAN

5.0 LAMPIRAN 5.1 SUKATAN PELAJARAN 5.2 JADUAL PENENTU UJIAN 5.3 KERTAS SOALAN 5.4 SKEMA PEMARKAHAN 5.5 SAMPEL JAWAPAN TIGA PELAJAR

6.0 RUJUKAN

1.0 PENGENALAN Sebagai golongan profesional, guru seharusnya membina soalan yang berkualiti untuk menilai pencapaian murid murid. Soalan yang dibina juga mestilah memenuhi aras yang telah ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pelajar. Jadual Penentu Ujian (JPU) hendaklah dibuat sebelum guru menggubal soalan tetapi terdapat juga guru melakukan penyalahgunaan JPU iaitu dengan membuat JPU selepas soalan selesai dibina. Walau bagimanapun, mulai sekarang kita harus bergerak di landasan yang betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan kita yang bermutu. Konsep pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur tingkahlaku seseorang terhadap pembelajarannya. Menurut R.M. Gagne dalam The

Condition of Learning menyatakan bahawa ianya adalah cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkahlaku murid. Proses ini melibatkan penggunaan alat pengukuran (iaitu ujian). Alat pengukuran untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian murid. Murid perlu menyatakan secara eksplisit seperti menjawab secara lisan, tulisan, demonstrasi dan amali (perubahan tingkahlaku). Alat pengukuran melibatkan pemerhatian, ujian formal, ujian amali dan praktikal. Proses yang terlibat ialah seperti berikut: Peringkat persediaan Pelaksanaan (pentadbiran) Peperiksaan

Dalam bilik darjah, pengujian adalah proses mengukur perubahan tingkahlaku murid berkaitan dengan aktiviti pembelajaran murid. Ianya adalah kaedah lazim yang digunakan untuk mengesan pencapaian murid secara formal dengan menggunakan kertas dan pensil. Ianya terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang mana murid perlu memberi satu set tindakbalas. Pengujian adalah untuk mengukur ciri ciri tingkahlaku murid dalam masa terhad kepada sebahagian aspek pembelajaran sahaja seperti kognitif, afektif atau psikomotor (KPA). Tujuan pengujian adalah untuk mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai, mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentant pencapaian hasil hasil pembelajaran yang lain, dan mengesan masalah masalah yang dihadapi oleh murid murid. Manakala, konsep pengukuran ialah satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan murid dalam pembelajaran. Proses ini dilakukan dengan menggunakan ujian atau peperiksaan bagi mendapatkan bukti atau dalam dalam angka. Ianya mempunyai maksud yang lebih luas daripada pengujian.

Pengukuran dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) termasuklah pengujian dengan


2

menggunakan dua skala iaitu skala ordinal dan skala selang. Skala ordinal adalah untuk menentukan kedudukan murid mengikut markah. Manakala, skala selang pula ialah unit markah (dengan nilai) digunakan untuk menentukan kedudukan dan membuat perbandingan antara murid atau kumpulan. Alat pengukuran ialah ujian, skala kadar, senarai semak, soal selidik, kod skor dan lain lain. Maklumat yang diperolehi melalui pengukuran ini

digunakan untuk membuat interpretasi, menetapkan keputusan dan pencapaian sesuatu tujuan. Pengukuran dalam pendidikan merupakan satu proses yang menentukan kuantiti atau tingkat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru. Tujuan dan fungsi

pengukuran dapat dilihat dari dua aspek iaitu pengajaran dan pentadbiran. Dalam pengajaran, fungsi pengukuran adalah seperti mengesan hasil hasil pembelajaran yang diperolehi, mengesan jenis jenis kemahiran yang diperolehi dan mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek pembelajaran yang lain. Dari segi pentadbiran, fungsi pengukuran adalah seperti mendapatkan maklumat untuk pengaliran (streaming) atau pengumpulan murid murid, bimbingan, kecekapan guru, rekod prestasi dan rekod profil untuk makluman kepada murid dan ibu bapa. Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukan. Pembinaaan Jadual Penentu Ujian (JPU) digunakan untuk memastikan

pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai. Jadual penentuan ujian membantu mengenalpasti kandungan pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah tetapi juga turut mengenalpasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Guru akan tentunya yakin bahawa mereka mengukur pembelajaran murid dari awal hingga akhir dan sudah pasti guru tidak akan lupa mengenai kandungan apa yang patut diajar. Enam elemen yang perlu diketahui sebelum membina jadual penentuan ujian bagi ujian adalah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. keseimbangan sasaram ujian keseimbangan tahap pembelajaran format ujian jumlah item bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran; dan kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangka kerja.

Spesifikasi yang terbentuk berdasarkan enam elemen ini akan membolehkan keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap unit yang seimbang sasaran dan tahap pembelajaran. Terdapat beberapa langkah dalam membina JPU. Berikut adalah langkah langkah pembinaan JPU: 1. Langkah Pertama: 1.1 menentukan topik yang hendak ditaksir. Misalnya dari Topik 1.1 sehingga 1.3. 1.2 tentukan bilangan masa pengajaran, misalnya 30 waktu pengajaran.

2.

Langkah Kedua: 2.1 Tentukan jenis ujian, iaitu sama ada ujian objektif, struktur atau esei. 2.2 Tentukan jumlah item yang hendak dibina, misalnya 20 item. 2.3 Tentukan pemarkahan setiap item, misalnya 3 markah bagi 1 item. 2.4 Hitung berapa waktu P&P yang mesti dibina bagi satu item. Contoh pengiraan seperti berikut: = 30 20 waktu = 1.5waktu =setiap 1.5 waktu P&P dibina 1 item atau setiap 1 item bagi 1.5 waktu P&P. 2.5 Hitung bilangan item bagi setiap topik: Contoh: Tajuk 1.2 Kata Hubung (Rujuk Lampiran 2: Jadual Penentu Ujian) = (Jumlah waktu P&P Topik X Jumlah item) Jumlah Waktu Keseluruhan = (3 X 20) 30 = 2 item bagi Topik 1.2

3.

Langkah Ketiga: 3.1 Tentukan model aras kesukaran item menggunakan Taksonomi Bloom 3.2 Untuk domain kognitif: Aras 6 Aras 5 Aras 4 Aras 3 Aras 2 Aras 1 - Penilaian sukar - Sintesis - Analisis - Aplikasi - Kefahaman - Pengetahuan Mudah

4.

Langkah Keempat 4.1 Tentukan bilangan item bagi setiap komponen (sekiranya pelbagai bentuk ujian dibina sama ada objektif, struktur atau esei). 4.2 Tentukan aras kesukaran setiap item dan mengikut pemberatan, nisbah 3:2:1 atau antara 20 % - 80 %

5.

Langkah Kelima: 5.1 Bina jadual dan lengkapkan dengan semua ciri yang telah ditentukan 5.2 Susun nombor item mengikut tajuk 5.3 tuliskan mata pelajaran dan kelas Konsep penilaian pula ialah proses memperolehi maklumat dan menggunakannya

untuk membuat tafsiran dan keputusan.

Menurut D. Stufflebeam dalam Educational

Evaluation and Decision Making menyatakan bahawa ia adalah proses menentukan, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan dan tindakan susulan. Dalam pendidikan proses penilaian melibatkan perancangan rapi bagi menilai perkara dan objektif pembelajaran. Aktiviti penilaian termasuklah analisis hasil pengukuran kuantitatif dan kualitatif tingkahlaku murid murid dan membuat pertimbangan nilai terhadap tingkahlaku itu. Penilaian ke atas murid adalah lebih daripada pengukuran atau pengujian dan mempunyai makna yang sangat luas. Dalam bilik darjah, penilaian adalah proses mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, menganalisis atau membuat keputusan dan merancang tindakan sewajarnya. Ia juga adalah proses yang sistematik untuk mendapatkan maklumat bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif dan arah pengajaran dan pembelajaran. Penilaian melibatkan tiga langkah seperti berikut: 1. 2. 3. Mendapatkan maklumat melalui pengukuran Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran Membuat suatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh murid dalam unit unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan murid telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca punca
5

kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan sama ada murid telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah. Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan murid dalam unit unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai menguasai atau tidak menguasai sesuatu isi unit pelajaran.. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred. Guru sepatutnya memberi penerangan kepada murid dan ibu bapa mengenai tujuan penilain formatif iaitu sebagai ujian diagnostik yang dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid. Maklumat yang diperoleh seharusnya terus digunakan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada kelemahan ini, guru dan murid dapat mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akhirnya membantu mempertingkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan. Bagi

memastikan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu diberi perhatian oelh guru: 1. 2. 3. 4. 5. menentukan tajuk pengajaran menentukan aspek penguasaan menghubungkait elemen-elemen dalam tajuk membina soalan ujian mencadangkan tindakan susulan Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan murid dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi persekolahan. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir persekolahan, skor skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Secara am, tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu murid meningkatkan pencapaian, tetapi untuk memberikan gred kepada mereka. Gred yang diperoleh boleh digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian dikalangan murid. Penilaian suamtif juga dapat dijadikan petunjuk sama ada murid akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak. Bagi memastikan penilaian sumatif, langkah langkah berikut harus diambil semasa menggubal ujian: 1. 2. membentuk jadual penentu ujian membina soalan
6

3. 4. 5.

mengumpul soalan secara sistematik menguji soalan melalui kajian rintis menyiapkan skema pemarkahan

2.0 JADUAL KEPUTUSAN DAN ULASAN Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah indeks kesukaran item (item difficulty index, p). Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama ada sesuatu item itu mudah dijawab atau susah dijawab. Bagi ujian berbentuk objektif (betul atau salah, isi tempat kosong, padanan, beraneka pilihan), indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut: p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul Jumlah calon yang menjawab Dalam ujian kali pertama, bagi soalan kertas 1, item 1 murid menjawab dengan betul ialah 34 orang daripada sejumlah 40 orang murid yang menjawab soalan 5. Nilai p bagi soalan ini ialah 34 40 = 0.85. Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00. Sekiranya tiada seorang murid pun dapat menjawab dengan betul, maka nilai p akan menjadi 0 (soalan amat sukar), tetapi jika semua murid dapat menjawab dengan betul, nilai p akan menjadi 1 (soalan terlalu mudah). Justeru, item yang sukar mempunyai nilai p yang rendah, sebaliknya item yang mudah mempunyai nilai p yang tinggi, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.1 dan Jadual 2.2. Pengiraan indeks kesukaran,p, ini adalah secara manual. Pengiraan indeks kesukaran,p, dalam formula Microsoft Excel, boleh dirujuk dalam Jadual 2.4: Matriks Respon Murid bagi ujian kali pertama dan Jadual 2.5: Matriks Respon Murid bagi ujian kali kedua.

Jadual 2.1 Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item Ujian 1 Nilai p 0.00 0.20 0.21 0.40 0.41 0.60 0.61 0.80 0.81 1.00 Pengelasan Item Terlalu sukar Sukar Sederhana sukar Mudah Terlalu mudah 11, 19, 20 8 1, 2, 3,4, 5, 6, 7, 9, 10, 12, 13, 14, 15, 16, 17,18 No. Item

Jadual 2.2 Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item Ujian 2 Nilai p 0.00 0.20 0.21 0.40 0.41 0.60 0.61 0.80 0.81 1.00 Pengelasan Item Terlalu sukar Sukar Sederhana sukar Mudah Terlalu mudah 11, 19 8, 20 1, 2, 3,4, 5, 6, 7, 9, 10, 12, 13, 14, 15, 16, 17,18 No. Item

Jadual 2.3 Perbandingan Indeks Kesukaran,p, Ujian 1 dan Ujian 2 ITEM 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 NILAI p UJIAN 1 p = 40 / 40 = 1 p = 40 / 40 = 1 p = 40 / 40 = 1 p = 35 / 40 = 0.875 p = 34 / 40 = 0.85 p = 35 / 40 = 0.875 p = 39 / 40 = 0.975 p = 32 / 40 = 0.80 p = 38 / 40 = 0.95 p = 40 / 40 = 1 p = 20 / 40 = 0.50 p = 38 / 40 = 0.95 p = 40 / 40 = 1 p = 40 / 40 = 1 p = 35 / 40 = 0.875 p = 38 / 40 = 0.95 p = 37 / 40 = 0.925 p = 37 / 40 = 0.925 p = 18 / 40 = 0.45 p = 24 / 40 = 0.60 NILAI p UJIAN 2 p = 40 / 40 = 1 p = 40 / 40 = 1 p = 40 / 40 = 1 p = 34 / 40 = 1 p = 34 / 40 = 1 p = 36 / 40 = 1 p = 40 / 40 = 1 p = 26 / 40 = 1 p = 37 / 40 = 1 p = 39 / 40 = 1 p = 24 / 40 = 1 p = 40 / 40 = 1 p = 40 / 40 = 1 p = 38 / 40 = 1 p = 35 / 40 = 1 p = 39 / 40 = 1 p = 35 / 40 = 1 p = 37 / 40 = 1 p = 24 / 40 = 1 p = 26 / 40 = 1 = = = = ULASAN = = =

Petunjuk: = Pencapaian murid sama Pencapaian murid meningkat Pencapain murid menurun

Bagi soalan objektif iaitu Bahagian A (Kertas 1), kesemua murid perlu menjawab soalan. Kualiti item ujian mungkin lemah atau ianya boleh disebabkan oleh faktor psikologi, persekitaran atau pentadbiran. Bagi item subjektif (kertas 2) yang markahnya mengambil nilai 0,1,2,3,...; indeks kesukarannya boleh dikira sebagai nisbah markah purata (markah min) kepada julat markah penuh seperti berikut: Indeks kesukaran item (p) = Markah Purata Julat Markah Penuh Sebagai contoh dalam kertas 2, item ujian esei berjawapan pendek diberi markah minimum 0 dan maksimum 40. Sepuluh orang murid telah menjawab soalan ini dan mendapat markah seperti dalam Jadual 2.6: Jumlah Markah Murid. Jadual 2.4 Jumlah Markah Murid Murid Markah 1 18 2 22 3 20 = 4 16 5 21 6 18 7 21 = 8 19 193 10 = Julat Markah Penuh = = = 19.3 9 20 10 18 Jumlah 193

Markah purata

Jumlah Markah Jumlah Murid

Markah Maksimum Markah Minimum 40 0 40

10

Oleh itu, indeks kesukaran,p = 19.3 / 40 = 0.48 = 48%

Item atau soalan yang baik akan dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara mereka yang berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. Indeks yang digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan murid ini ialah indeks diskriminasi item. Indeks diskriminasi boleh dikira melalui langkah langkah Mehrens & Lehmann (1991) seperti berikut: 1. Membahagikan murid kepada tiga kumpulan, iaitu murid berpencapaian rendah (25%), murid berpencapaian sederhana (50%) dan murid berpencapaian tinggi (25%). 2. Mengira bilangan murid yang menjawab dengan betul di kalangan murid berpencapaian rendah (RL Right Lower), bilangan murid yang menjawab dengan betul di kalangan murid berpencapaian tinggi (RU Right Upper) dan jumlah murid berpencapaian rendah dan tinggi (T(L+U) Total). 3. Indeks Diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan (RU RL) dengan separuh T(L+U) seperti berikut: Indeks Diskriminasi, (d) = (RU RL) (1 / 2 T(L+U) ) 4. Sebagai contoh, 40 orang murid menjawab item soalan 8. Setelah 10 orang murid (25% daripada 40 orang murid) berpencapaian tinggi dikenalpasti, didapati 9 orang daripada mereka dapat menjawab soalan tersebut dengan betul (RU = 9). Seterusnya, daripada 10 orang murid berpencapaian rendah, seramai 4 orang dapat menjawab dengan betul (RL = 4). Dalam kes ini, jumlah murid berpencapaian rendah dan tinggi ialah 20 orang (T = 10 + 10 = 20). Oleh itu, Indeks Diskriminasi boleh dikira seperti berikut: Indeks Diskriminasi, (d) = (RU RL) (1 / 2 T(L+U) ) = =
11

(9 4) (1/2 20) 5 / 10 0.50

5.

Dalam contoh ini, Indeks Diskriminasi boleh bernilai 1.00, sekiranya semua murid berpencapaian tinggi dan tiada seorang pun murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul (RU RL = 10 0 = 10). Indeks Diskriminasi, (d) = (RU RL) (1 / 2 T(L+U) ) = = = (10 0) (1/2 20) 10 / 10 1.00

6.

Indeks Diskriminasi boleh bernilai 0.00, sekiranya bilangan murid berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama (RU RL = 10 10 = 0). Indeks Diskriminasi, (d) = (RU RL) (1 / 2 T(L+U) ) = = = (10 10) (1/2 20) 0 / 10 0.00

7.

Akhirnya, Indeks Diskriminasi boleh bernilai -1.00, sekiranya semua murid berpencapaian rendah dan tiada seorang pun murid berpencapaian tinggi dapat menjawab soalan dengan betul (RU RL = 0 10 = -10). Justeru, daripada contoh yang diberikan di atas, kita dapat melihat Indeks

Diskriminasi boleh bernilai -1.00 hingga 1.00. Secara amnya, item yang mempunyai Indeks Diskriminasi positif menunjukkan murid berpencapaian tinggi lebih ramai dapat menjawab sesuatu soalan dengan betul daripada murid berpencapaian rendah. Secara logiknya, kita memang mengandaikan lebih ramai murid berpencapaian tinggi akan dapat menjawab sesuatu soalan dengan betul berbanding murid berpencapaian rendah. Ini menjadikan nilai Indeks Diskriminasi hampir kepada 1.00, yang juga bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) sebab ia dapat membezakan murid berpencapaian tinggi daripada murid berpencapaian rendah.
12

Sebagai panduan, aras kesukaran item boleh ditafsirkan mengikut nilai d seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.5: Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item Jadual 2.5 Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item Nilai (d) 0.00 0.10 0.11 0.20 0.21 0.30 0.31 0.40 0.41 1.00 Pengkelasan Item Tidak baik Kurang baik Sederhana baik Baik Sangat baik

Dalam kes ini juga, saya menggunakan pengiraan Indeks Diskriminasi melalui program Chris Elvin (2003) yang dimuat turun daripada laman sesawang

http://www.eflclub.com/elvin/publications/2003/itemanalysis.html.

Pengiraan menggunakan

program ini boleh dirujuk dalam Jadual 2.6 : Matriks Respon Murid dan Jadual 2.7: Jadual Pencapaian dan Kedudukan Murid. Contohnya, pada ujian kali pertama, bagi item soalan 1, jawapan betul adalah C, seperti yang ditunjukkan dalam sel C47. Pecahan murid memilih C adalah seperti dalam sel C50, 1.0, iaitu kesemua murid menjawab dengan betul. Untuk mengira nilai ini, saya menggunakan fungsi COUNTIF. Dalam sel C50, formula bar dibaca sebagai =COUNTIF(C6:C45, C) / 40, iaitu sebarang sel dari C6 ke C45 yang menjawab C dihitung, dan dibahagikan dengan bilangan calon murid yang menjawab soalan itu, iaitu 40 orang. Nilai ini adalah item facility (IF) bagi soalan tersebut. Untuk menukar pilihan jawapan murid seperti dalam Jadual 2.6 kepada bentuk angka (numeral) seperti dalam Jadual 2.7, sebagai contoh item 1, murid 1 (Aaron Metiew) kita menggunakan formula seperti berikut =IF($C$6= C,1,0). Jika Aaron menjawab C maka tanda 1 akan muncul, jika dia menjawab selain itu, maka dia akan mendapat 0. Pengiraan bagi IFUPPER ialah =SUM(C58:C67)/10, dan IFLOWER ialah =SUM(C88:C97)/10. Bagi pengiraan ID (Index of Discriminator) pula ialah C100 C101. Markah purata seperti yang ditunjukkan dalam sel X100 yang diperolehi 40 orang murid juga boleh dikira melalui

13

formula =AVERAGE(W58:W97). Untuk mengukur kebolehpercayaan ujian ini, formula yang digunakan dalam sel X99, ialah =(20/40)*(1-(X100-X100*X100/20)/(X101*X101)). Pada ujian kali kedua, keputusan murid boleh dirujuk dalam Jadual 2.8 Matriks Respon Murid.

14

3.0 KESIMPULAN Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajarnya mengusai pengatahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai,seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini pentign untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran. Selain itu, guru perlu memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesautu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar. Keputusan ujian juga membantu guru untuk memberi khidmat bimbingan. Penilaian yang dijalankan dari masa ke masa dapat meningkatkan

motivasi pelajar untuk belajar lebih gigih bagi mendapatkan pencapaian terbaik mereka. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan terus berusaha untuk mengekalkan prestasi mereka. Sebaliknya pelajar yang lemah akan dapat mengenalpasti kelemahan mereka dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka.

15

4.0 RUJUKAN Azizi Ahmad. 2009. HBEF3203: Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Selangor: Open University Malaysia. hlmn 80 127.

Chris Elvin. 2003. Test Item Analysis Using Microsoft Excel Spreadsheet Program. Dicapai pada 01 Julai 2012 dari laman sesawang

http://www.eflclub.com/elvin/publications/2003/itemanalysis.html

16