PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER: MEI 2012 KOD KURSUS : HBAE 1203 TAJUK KURSUS: PERKEMBANGAN SENI KANAK

-KANAK

NAMA NO MATRIKULAS NO. TELEFON E-MEL

: : : :

MOHD REZMAN BIN SIDI HAMAT 790616035703001 790616035703 0199563312 mr_rezman@yahoo.com PPW KELANTAN

NO .KAD PENGENALAN :

PUSAT PEMBELAJARAN :

............................7 CONTOH LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT PERINGKAT UMUR.......................................................................................14 2 ...........13 PENUTUP..............................................................2 PENDAHULUAN...........................................3 DEFINISI KREATIVITI KANAK-KANAK MENGIKUT PENDAPAT TOKOH-TOKOH......6 PERLAKSANAAN 5 TAHAP KREATIVITI DALAM STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGIKUT KAEDAH PENYOALAN..........................6 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER.............................11 IMPLIKASI KREATIVITI DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI SEGI SOSIAL..............PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN .......................................................................................................................4 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER.................................................... FIZIKAL DAN EMOSI...............................................................................................................................................................................................................................

Usaha yang disarankan ini dilihat relevan dengan aspirasi pendidikan seni visual kerana subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan tidak jumud. Berdasarkan faktor inilah maka sangat 3 . Bagi orang dewasa. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Selain menggalakkan penjanaan idea.kreativiti yang terdapat di dalm diri kanak-kanak adalah bersifat semulajadi.PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 PENDAHULUAN Pendidikan menjelang wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif.1975). Dalam hal ini. mata pelajaran ini banyak memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Kanak-kanak dan kreativiti memang tidak dapat dipisahkan. akan terus berkembang bersama kanak-kanak. seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan. Hasil seni kanak-kanak adalah satu kaedah yang sangat unik untuk menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan kognitif mereka.namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld. Hosffa (1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnya dijadikan landasan yang terbaik Bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti murid-murid. Kanak. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan negara.kanak dilahirkan dengan kebolehandan keupayaan yang berbeza. Refleksi ini menurut Koster (2001). Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi. Tetapi bakat dan kreativiti yang tidak diberi galakan dan bimbingan yang sewajarnya dapat dilupuskan dengan begitu sahaja. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri.

(2002) ialah satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreativiti. dan beliau mengusulkan bahawa ujian IQ(intelligent quotion) bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur daya intelektuali seseorang melalui instrument ciptaannya ‘Torrence Test Of Creative Thinking’. Amerika Syarikat dan merupakan anak keempat daripada enam adik beradik. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaiti”creare” yang membawa maksud “membuat”.Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat. Amerika Syarikat. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah Berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Manakala daripada perkataan Greek pula perkataan “creare”bermaksud “memenuhi”. Pernyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka. Pandangan tokoh-tokoh seni visual mengenai kreativiti antaranya ialah Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti.PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 penting penerapan pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Ini kerana beliau telah bertukar bidang sekali lagi ke psikologi klinikal apabila beliau melanjutkan pelajaran di peringkat doctor falsafah. Kemuncak kerjayanya ialah apabila beliau Berjaya mencipta kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorangg individu.yang dapat berfungsi sepenuhnya dalam kehidupan. menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli. dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif . Carl Rogers di lahirkan pada 8 Januari 1902 di Chicago. Rogers melanjutkan pelajaran di University of Winsconsin dalam bidang pertanian dan kemudian menukar bidangnya dalam pengajian agama. pada tahun 1966. Kerjaya perguruannya bermula dari tahun 1957 hinggalah 1984. Bapanya merupakan seorang jurutera sivil manakala ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa.kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada 4 . Sepanjang hidupnyaCarl Rogers lebih dikenali sebagai seorang ahli psikologi yang terkemuka dan pengasas kepada Client-centered Theraphy. DEFINISI KREATIVITI KANAK-KANAK MENGIKUT PENDAPAT TOKOH-TOKOH Pengertian kreativiti mengikut Kamus Dewan. bermula di University of Minnesta hinggalah ke University of Georgia.

(secara spontan serta pantas).fleksibel. merasa.cuba menikmati kehidupan yang dialaminya.) Kesimpulannya.Antara kepentingan kreativiti pada kanak-kanak ialah: . 2003).Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni atau pun sains. baru dan asli.menghidu. salah satu daripada tanggungjawab guru pendidikan seni adalah memupuk daya kreativiti di kalangan murid-murid (Md Nasir Iberahim& Hassan. kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan sesorang menghasilkan sesuatu yang kreatif.Membiasakan minda mencari jawapan yang bilazim dan tidak konvensional. Kepentingan kreativiti pada kanak-kanak Kreativiti perlu dibangunkan pada peringkat awal persekolahan lagi untuk membolehkan mereka tahu potensi kecenderungan diri serta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri mereka. dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Pernyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka. 5 . . Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat.(mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian (mencari idea baru dan asli kepekaan).Menggalakkan kanak-kanak meneroka bidang dan teknologi baru. Oleh itu.PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 pengalaman. mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif.Mencerna idea untuk menghasilkan penulisan ataupun karya bagi menyelesaikan Tugasan dengan lebih lancar. menghargai diri sendiri.dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod. . . Beluai percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain dipersekitarannya.Victor Lowenfeld-menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran .Meneliti kualiti hasil kerja yang dihasilkan dan membuat penambahbaikan.mendengar.

b)Peringkat Penerokaan Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan.PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER PERINGKAT KREATIVITI OLEH FISHER(1943) Peringkat Rangsangan Peringkat Penerokaan Peringkat Perancangan Peringkat Aktiviti Peringkat Kajian Semula TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER Kreativiti dipercayai mempunyai tahap-tahap tertentu. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. mengapa. pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai bentuk soalan seperti apa. Guru perlu membantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu. Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang 6 . Mengikut pendapat Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu: a)Peringkat Rangsangan Pada peringkat ini. bagaimana dan sebagainya. siapa.

kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melaui persoalan-persoalan seperti “Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?” e)Kajian Semula Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.gaya dan teknik. perancangan. Walau bagaimanapun perkembangan kreativiti kanak-kanak boleh dirangsang melalui lima peringkat iaitu rangsangan. aktiviti dan kajian semula. Untuk latihan dan pendedahan seperti eksprementasi. pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi menggalakkan perkara tidak diingini daripada terjadi semula.imeg lukisan dan sebagainya. Terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan lima tahap kreativiti kanak-kanak. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. 7 . dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh membantu.graf. perancangan secara visual dilakukan secara visual. PERLAKSANAAN 5 TAHAP KREATIVITI DALAM STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGIKUT KAEDAH PENYOALAN.interaksi dan sebagainya. d)Peringkat Aktiviti Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Pada peringkat ini.penerokaan.pemerhatian. Perkembangan kreativiti berkembang mengikut tahap-tahap tertentu bergantung kepada pengetahuan asas dan pengalaman kanak-kanak. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui tiga cara iaitu perancangan secara verbal melalui perbincangan. c)Peringkat Perancangan Pada peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dank omen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. Pada peringkat ini.

Penyoalan adalah satu aspek penting dalam pengajaran dan ianya terlibat dalm semua kaedah pengajaran. 3. Murid tidak dikehendaki mamanipulasikan maklumat. Aplikasi Soalan tahap ini mengkehendaki murid mengaplikasikan maklumat yang telah dipelajari. Soalan yang dibina perlu berupaya menggalakkan murid terlibat dalam proses kognitif. soalan pemahaman memerlukan murid menterjermah atau mentafsir bahan pembelajaran yang ditunjukkan dalam bentuk carta. Murid perlu menunjukkan mereka lebih memahami apa yang telah dipelajari dan boleh menyatakannya denga perkataan sendiri atau membuat perbandingan. dan kartun. murid mesti mengingat kembali fakta. Sebelum membina soalan pada setiap tahap. Menyoal merupakan cara yang paling berkesan untuk menggalakkan pemikiran dan pembelajaran. memerhati dan mendefinisikan apa yang telah dipelajari. Ada pelbagai jenis soalan akan memberikan respons yang berbeza.murid perlu pergi lebih jauh daripada hanya setakat mengingat kembali. Murid harus ada maklumat yang berkaitan sebelum mereka boleh menjawab soalan peringkat pemahaman. Kemahiran dalam penyoalan sangat penting. Untuk menjawab soalan ini. Untuk menjawab soalan peringkat ini. murid perlu mengenal pasti sebab 8 . Murid perlu memilih fakta yang penting untuk menjawab soalan. Soalan boleh dibahagikan kepada beberapa tahap berdasarkan teori Taksonomi Bloom. Soalan aplikasi memerlukan murid menggunakan peraturan atau proses untuk menyelesaikan masalah. graf. dan soalan pada setiap tahap memerlukan murid menjawab dengan menggunakan tahap proses pemikiran yang berlainan. Bagi pemahaman. 2. terdapat enam kategori yang perlu difahami terlebih dahulu. Selalunya. Pemahaman Peringkat pemahaman memerlukan murid menunjukkan bahawa mereka telah mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menyusun maklumat secara mental. tetapi hanya mengingatinya sahaja. Pengetahuan Pengetahuan memerlukan murid mengenal pasti atau mengingat kembali maklumat. Selalunya hanya satu jawapan yang betul dikehendaki. jadual. 4. 1. Analisis Soalan peringkat ini adalah soalan peringkat tinggi dan memerlukan murid memikirkan dengan kritikal dan mendalam.PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 Antara strategi yang dicadangkan disini ialah strategi penyoalan mengikut aras soalan Taksonomi Bloom.

Sintesis Sintesis juga merupakan soalan peringkat tinggi. Murid tidak boleh hanya meneka untuk menjawab soalan sintesis. Jawapannya boleh terdiri daripada pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. Murid perlu membuat jangkaan atau menyelesaikan masalah atau menghasilkan satu komunikasi yang asli. Ianya juga memerlukan murid memberikan pendapat tentang sesuatu isu dan membuat penghakiman. Murid dikehendaki menghasilkan pemikiran kreatif dan asli. 5. Ianya juga seperti soalan sintesis dan analisis yang merupakan soalan peringkat tinggi. Soalan sintesis tidak semestinya memberikan satu jawapan betul. Soalan sintesis memerlukan pemahaman yang terperinci tentang sesuatu subjek. Soalan penilaian tidak mempunyai satu jawapan betul.PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 sesuatu perkara itu berlaku. menganalisis maklumat untuk membuat sesuatu kesimpulan. inferens atau generalisasi untuk mendapatkan bukti bagi menyokong atau menyagkal hipotesis. Soalan Mengikut Lima Tahap Perkembangan Kreativiti Tahap/Aras Soalan Rangsangan Pengetahuan Apakah kenderaan yang kamu naiki? Pemahaman Terangkan bahagianyang terdapat pada kereta. 6. Selain itu. inferens dan generelisasi berdasarkan maklumat resebut. Ia memerlukan murid membuat penghakiman sesuatu idea. penyelesaian kepada sesuatu masalah atau penilaian kepada sesuatu kerja estetik. Untuk melakukannya. Penerokaan Dengan menggunakan pensel lukis masa cuba kereta sebuah pernah bahagian Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian 9 . Penilaian Soalan peringkat penilaian ialah soalan tahp yang paling tinggi. murid menganalisis kesimpulan. murid perlu mempunyai kriteria.

murid mula meneroka berdasarkan bahan yang telah dirangsang.PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 hadapan. Terdapat pelbagai kaedah dan strategi yang dapat dilaksanakan untuk mengembangkan setiap tahap-tahap tersebut. Berdasarkan kepada jadual di atas guru telah mengemukakan soalan apakah. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid membantu mereka untuk bercerita dengan jelas dan yakin. Perancangan Apakah ciriciri kamu? Aktiviti Apakah yang kamu jangka jika kamu berjaya? Kajian Semula Bagaimana pandangan kamu tentang ciri-ciri keselamatan kereta kamu? ciptaan rekaan rekaan - Fisher berpendapat tahap perkembangan aktiviti dapat dilaksanakan berdasarkan lima tahap. Salah satu kaedah yang dicadangkan disini ialah kaedah penyoalan mengikut Taksonomi Bloom.siapa. Pada peringkat kedua. Pada tahap pertama Fisher telah menyatakan bahawa murid perlu dirangsang terlebih dahulu dengan soalan-soalan apa. Murid mula berimaginasi untuk mencipta sesuatu ciptaan yang baru. Kaedah ini merupakan penyoalan mengikut aras yang telah ditetapkan berpandukan aras-aras soalan mengikut tahap. guru boleh meminta murid 10 .mengapa.bagaimana dan sebagainya. Soalan ini adalah untuk membantu murid berinteraksi dengan guru dan rakan –rakan dengan menyatakan jenis kenderaan yang pernah mereka naiki.

CONTOH LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT PERINGKAT UMUR • 1.murid akan merasai keseronokan dan kebebasan untuk mencipta. Mereka dapat meyakinkan dengan hujah-hujah bahawa rekaan mereka adalah benar-benar selamat untuk digunakan. Murid mungkin akan menggabungkan pengalaman-pengalaman mereka dengan keinginan mereka untuk mendapatkan hasil yang baru.PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 melakar kereta ciptaan mereka. Berdasaekan contoh soalan di dalam jadual diatas.4 Tahun • Contengan tidak terkawal oleh Mohd Shazlee Amir (20 bulan) • 4 – 7 tahun 11 . Di sini murid. Kesimpulannya.murid dapat membuat penilaian yang tepat tentang ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada rekaan mereka. Pada peringkat ketiga murid mula merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Pemikitan mereka akan lebih terbuka dan dapat menjangkakan sesuatu kemungkinan yang akan berlaku. Peringkat yang kelima adalah peringkat untuk menilai keberkesanan tindakan atau hasil yang telah mereka lakukan. Guru boleh membantu murid dengan mengemukakan soalan seperti ‘apakah ciri-ciri idaman yang ada pada rekaan kamu’. Murid akan membentangkan cirri-ciri yang akan diaplikasikan pada rekaan mereka. aras –aras soalan sangat membantu tahap perkembangan kreativiti kanak-kanak kerana mereka dapat dirangsang dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Pada peringkat keempat murid akan mula mereka cipta rekaan mereka.

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 • 7 -9 tahun • 12-14 tahun 12 .

berbanding dengan hasilan akhir. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat dari aspek social.PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 IMPLIKASI KREATIVITI DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI SEGI SOSIAL. Oleh yang demikian. Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang hasil karya. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya.produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Selain itu. fizikal dan emosi. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Pendidikan seni visual juga menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni. Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada murid untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan 13 . proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses. Murid juga boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pacaindera dan deria. FIZIKAL DAN EMOSI.

Merujuk kepada kajian pakar-pakar pendidikan maklumat yang diperolehi melalui deria penglihatan ialah 75%. Ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka pemilihan teknik yang sesuai. murid akan berasa cepat jemu dan pembelajaran satu hala atau pengajaran yang hanya menggunakan satu medium kurang memotivasikan murid pada zaman sekarang ini. Kanak-kanak terlalu unik sehingga melahirkan ramai pengkaji lukisan kanak-kanak. Pendidikan seni visual dapat memenuhi keinginan dan fitrah kanak-kanak.pembentukan sikap melalui nilai murni dapat dilakukan semasa proses penghasilan lukisan di dalam kelas. PENUTUP Kesimpulannya penghasilan lukisan dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk meluah kan ekspresi mereka melalui hasil lukisan. ia akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran menarik dan lebih berkesan bagi melahirkan kreativiti pelajar. Ia juga mampu membina dan meningkatkan psikomotor halus pelajar dalam proses menggambar. deria pendengaran 13%.Tanpa penggunaan alat bantu mengajar . Oleh sebab itu perlu melibatkan kesemua deria murid dalam proses pembelajaran melalui alat bantu mengajar yang menarik dan sesuai dengan tahap murid serta objektif yang diingini.guru boleh menggunakan ICT. Mata pelajaran seni juga menganjurkan semangat bekerjasama didalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. deria sentuhan 4% dan deria bau 4%. Mereka dapat meluahkan perasaan dan emosi mereka melalui lukisan. Oleh yang demikian. Sebagai orang dewasa kita hendaklah sentiasa menggalakkan dan memberi sokongan kepada mereka agar kreativiti yang ada pada mereka akan terus digilap sehingga berjaya. amatlah penting guru 14 .PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 untuk memupuk perasaan toleransi. Contoh-contoh gambar sebenar boleh digunakan sebagai rujukan. Dengan penggunaan contoh lukisan yang telah siap. pelajar dapat melihat sebuah hasil dan memberi peluang kepada mereka untuk meniru atau mencetus idea mereka sendiri.Jika guru menyediakan bahan bantu mengajar. Guru perlu memberi kebebasan kepada pelajar untuk melihat sendiri bahan sebenar seterusnya mengaplikasikan unsure tersebut ke dalam lukisan menggunakan idea tersendiri. Sebagai contoh.carta atau contoh model murid-murid yang terdahulu.

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 menjadi fasilitator semasa proses pengajaran dan pembelajarannya bagi memperkembangkan kreativiti pelajarnya. 15 .

New York : McGraw Hill. Children art. Bil. Khairezan Rahmat dan Zuraimi Zakaria (2011). Kuala Lumpur.Bhd. Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingannya.(Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.Haji Abdul Shukor Hashim. Kissick. Badrul Isa. Iberahim Hassan (2000b). Jurnal Pendidikan GERAK Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.Sdn. Ee Ah Meng (1992). (Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik).PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 RUJUKAN Iberahim Hassan (2000a). Art : Context & Critism. 2nd Edition. 2002. Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Berhubung Dengan Pendidikan Seni. Dr. et. J. Krieger. Meteor Doc. Menilai Pendekatan Pembelajaran Dengan Menggunakan Taksonomi Pembelajaran. al.Fajar Bakti Sdn. 16 . Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu. Bhd. Munich Chee Kim Mang. (1996). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.OUM. 39-44. HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak. (2003). 14.

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 17 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful