MTE3106 Resos Dalam Matematik

Topik 2

Bahan Bantu Belajar

2.1 Sinopsis Topik ini membincangkan tentang bahan bantu belajar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Bahan bantu belajar terdiri daripada bahan manipulatif, pukat dan pepejal, alat pengukur dan alat mengira. Beberapa contoh penggunaan bahan manipulatif seperti papan Geometri, rod Cuisenaire dan blok asas sepuluh(contoh: blok Dienes) juga akan dibincangkan. Manakala pukat dan pepejal pula terdiri daripada bentangan dan bungkah. Alat pengukur yang biasa digunakan adalah seperti alat penimbang serta alat mengira seperti kalkulator, abakus, rod & batang kayu juga merupakan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. 2.2 Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: • • • • • Membina satu set bahan manipulative yang kreatif untuk membantu pengajaran dan pembelajaran Mengaplikasikan kefahaman penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai bagi tajuk bentuk dan ruang Menggunakan alat pengukur yang berkesan bagi mempelajari konsep berat Menerokai konsep nombor dengan menggunakan alat mengira yang sesuai Menggunakan bahan bantu mengajar secara kreatif dan inovatif

1 1

MTE3106 Resos Dalam Matematik

2.3 Kerangka Konseptual

Bahan Bantu Belajar

Bahan Manipulatif

Bentangan Dan Bungkah

Alat Pengukur

Alat Mengira

2.4 Bahan Manipulatif

Bahan manipulatif (Manipulaitve Kit) amat sesuai digunakan untuk pengajaran pembelajaran matematik sekolah rendah.
Pembelajaran konsep akan menjadi sangat bermakna jika bahan manipulatif yang sesuai digunakan. Walau bagaimanapun, keberkesanan penggunaan bahan manipulatif dalam pengajaran dan pembelajaran sangat bergantung kepada jenis dan cara ia digunakan.

Bahan manipulatif yang biasa digunakan sebagai bahan

bantu belajar adalah seperti papan Geometri, blok asas sepuluh (contoh:blok Dienes) dan rod Cuisenaire. 2.4.1 Papan Geometri Papan geometri ialah salah satu bahan manipulatif yang boleh dijadikan bahan bantu belajar bagi mengenali konsep asas dalam satah geometri kertas geometri. seperti perimeter, luas, segitiga serta poligon. Bentuk-bentuk yang dihasilkan kemudiannya boleh dilukis pada Papan geometri juga boleh digunakan dalam membina objek tiga Papan geometri terdiri matra dengan menggunakan kertas geometri isometrik.

daripada sekeping papan atau plastik yang mempunyai beberapa paku yang tersusun untuk membentuk petak atau bulatan. Gelang getah boleh dipasang pada paku-paku untuk menghasilkan bentuk-bentuk geometri seperti Rajah 1.0 berikut. 2

Papan Kayu Geometri 3x3 Papan Plastik Geometri 5x5 Rajah 1.0: Contoh Papan Geometri 2.4.1.1 Contoh Penggunaan Papan Geometri

Aktiviti berikut adalah bagi tujuan membandingkan luas segi tiga yang mempunyai bentuk yang berbeza. Langah1: Pelajar diberikan gambar suatu segi tiga dan diarah untuk membentuk semula segi tiga tersebut di atas papan geometri mereka dalam kedudukan yang sama. Langkah 2: Langlah 3: Langkah 4: Kemudian pelajar diminta untuk menghasilkan beberapa bentuk segi tiga yang mempunyai tapak dan tinggi yang sama. Buat perbandingkan luas setiap segi tiga yang telah dihasilkan dalam bentuk jadual. Adakah luas segi tiga yang dibentuk sama walaupun mempunyai bentuk yang berbeza? Kaitkan aktiviti ini dengan rumus segi tiga kepada pelajar. (Setiap langkah perlu dihuraikan dengan gambar rajah yang lengkap) 1. Bincangkan rumus yang boleh dikaitkan antara luas dan perimeter Segi tiga dengan menggunakan papan geometri. 2. Senaraikan beberapa topik dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah yang boleh menggunakan papan geometri sebagai bahan bantu belajar serta huraikan kelebihan penggunaannya dengan memberikan beberapa contoh.

Bentuk Blok Dienes Nama Blok Dienes 1. penolakan.1.2 Blok Dienes Blok Dienes merupakan contoh penggunaan blok asas sepuluh yang mana digunakan bagi memahami konsep nilai tempat bagi pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah.1 : Blok Dienes .4.2. pendaraban dan juga bahagi. Blok Dienes juga boleh digunakan dalam mengenali konsep penambahan.blok Saiz Blok Dienes 1 unit Nama Dalam Blok Asas Sepuluh Sa 10-blok 10 unit Puluh 100-blok 100 unit Ratus 1000-blok 1000 unit Ribu Rajah 1. Bentuk dan ciri-ciri blok Dienes adalah seperti dalam Rajah 1.

4. Penambahan dengan mengumpul semula Contoh : Langkah 1 Wakilkan 78 dan 39 dengan menggunakan 10-blok dan 1-blok 10-blok 1-blok 78 + 39 78 39 .2.2.1 Contoh Penggunaan Blok Dienes Berikut adalah beberapa contoh penggunaan blok Dienes dengan menggunakan konsep asas blok sepuluh dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Bagi menunjukkan perwakilan nombor bulat Contoh : Jawapan: Blok Dienes 214 2. 1.

Langkah 2 Kumpulkan semua 1-blok 10-blok 1-blok Langkah 3 Sepuluh 1-blok digantikan dengan satu 10-blok 10-blok 1-blok .

Langkah 4 Jumlahkan semula bilangan 10-blok dan 1-blok 10-blok 1-blok 78 + 39= 117 3.Penolakan dengan pengumpulan semula Contoh : Langkah 1: Wakilkan 63 dengan menggunakan 10-blok dan 1-blok 10-blok 1-blok 63 – 25 63 Langkah 2 Satu 10-blok digantikan dengan sepuluh 1-blok 10-blok 1-blok .

7 .

Langkah 3 Kumpulkan semula semua 1-blok 10-blok 1-blok Langkah 4 Keluarkan dua 10-blok dan lima 1-blok Langkah 5 Jumlahkan baki 10-blok dan 1-blok yang tinggal 10-blok 1-blok 63 – 25 = 38 .

8 .

dua belas 1-blok(12) Oleh itu : 200+100+12 = 312 24 x 13 = 312 9 .Pendaraban dengan menggunakan konsep model luas Contoh : Langkah 1: 24 x 13 Wakilkan 24 dan 13 dengan menggunakan 10-blok dan 1-blok dalam bentuk mengufuk dan mencancang Langkah 2: Penuhkan ruang yang ada dengan mengisikan blok yang sesuai bagi membentuk satu segi empat tepat Langkah 3: Jumlahkan bilangan blok yang digunakan (sama seperti mencari luas bagi segi empat tepat yang berwarna biru) Jawapan: Dua 100-blok (200).4. sepuluh 10-blok(100).

(i) (ii) (iii) (iv) (v) penambahan dengan pengumpulan semula penolakan tanpa pengumpulan semula penolakan dengan pengumpulan semula pendaraban dan pembahagian .5. Langkah 1 : Langkah 2 : Susunkan blok yag sesuai secara mengufuk Jawapan : dua 10-blok dan dua 1-blok Oleh itu 308 ÷ 14 = 20 + 2 = 22 Huraikan dengan menggunakan blok Dienes berasaskan asas blok sepuluh dalam menerangkan konsep perpuluhan yang berikut. Bahagi dengan menggunakan konsep model luas Contoh : 308 ÷ 14 Wakilkan 308 (luas diberi) dan 13 dengan menggunakan 100-blok dan 10-blok dan 1-blok.

1cm 1cm 1-10 cm Rajah 1. 2 cm. hitam.4 : Sepuluh Warna Rod Cuisenaire 1 11 . coklat.. 9 cm dan 10 cm...3 : Sebatang Rod Cuisenaire Setiap batang rod itu diwarnakan. hijau.MTE3106 Resos Dalam Matematik 2. 1cm 2cm 3 cm 4 cm 5cm 6 cm 7cm 8 cm 9cm 10 cm putih Merah hijau ungu kuning hijau tua hitam coklat biru tua oren Rajah 1. 3cm.. terdapat sepuluh warna yang mewakili rod yang berukuran dari 1 cm hingga 10 cm masing-masing.. Semua rod yang sama panjang mempunyai warna yang sama. ungu..3 Rod Cuisenaire Rod Cuisenaire merupakan batang rod kayu atau rod plastik berbentuk kuboid yang mempunyai luas keratan rentas 1 cm x 1 cm dengan panjang 1 cm.. biru dan oren. Susunan warna adalah dari putih. merah. hijau tua.4. Semua sekali. kuning.

(nyatakan 2 kelebihan kat sini) 1 12 . 1.3. 2. Rod Cuisenaire digunakan untuk menggambarkan konsep tambah secara menggabungkan atau menyambungkan dua set objek maujud. 1. Bincangkan sekurang-kurang lima aktiviti memperkenalkan rod Cuisenaire. Berikan beberapa contoh aktiviti yang boleh digunakan bagi mengaitkan panjang dan warna Cuisenaire dengan nilai nombor yang diwakilinya 2.4.1 Contoh Penggunaan Rod Cuisenaire Operasi tambah dan tolak dengan menggunakan rod Cuisenaire hanya boleh dilakukan selepas pelajar menjalankan beberapa aktiviti memperkenalkan rod Cuisenaire serta beberapa aktiviti mengaitkan panjang dan warna dengan nilai nombor yang diwakilinya. Aktiviti Operasi Tambah Konsep ini boleh disampaikan dengan menggunakan bahan maujud.Kelebihan menggunakan rod Cuisenaire ialah dapat menyediakan model konkrit untuk membantu pelajar berfikir secara matematik serta membantu pelajar mengalih dari peringkat konkrit ke peringkat separa konkrit dan seterusnya ke peringkat abstrak.

Rod warna apakah yang berpadanan dengan kombinasi rod hijau dan rod merah? Rod warna apakah yang sama panjang dengan rod coklat? Jika rod merah diasingkan dari sambungan itu. rod warna apakah yang tinggal? 13 .Contoh : Diwakili oleh 4+5= 4 Ung u 5 kuning Rod tersebut digabungkan untuk mencari hasil tambah 9 Biru 2. 2. rod warna apakah yang tinggal? Jika rod merah diasingkan dari kombinasi itu. rod warna apakah yang tinggal? Jika rod hijau diasingkan dari sambungan itu. Contoh: COKLAT HIJAU MERAH Aktiviti soal jawab dijalankan seperti berikut : 1. 4. 6. 3. 5. Aktiviti Operasi Tolak Pelajar juga boleh dibimbing untuk memahami dan menguasai konsep tolak sebagai mencari beza dengan membandingkan mana-mana dua atau tiga rod. rod warna apakah yang tinggal? Jika rod hijau diasingkan dari kombinasi itu.

9. 8. Contoh 1 : 3 x 2 . 10. 3. Aktiviti Operasi Darab Langkah 1 : konsep oeprasi darab Konsep darab diperkenalkan sebagai opersi tambah yang berulang-ulang di mana objek yang terlibat adalah objek diskrit. 6 tambah berapakah sama dengan 8? 2 tambah berapakah sama dengan 8? 8 dibuang 2 sama dengan berapa? 8 dibuang 6 sama dengan berapa? Kefahaman dan penguasaan konsep tolak boleh dipertingkatkan dengan mengulangi aktiviti di atas menggunakan contoh-contoh yang lain sehingga semua murid boleh menjawab semua soalan di atas dengan betul. Contoh 2 : 4 x 5 bermaksud 4 kumpulan yang mengandungi 5 objek setiap kumpulan Langkah 2 : susunan dalam lajur /baris Contoh : operasi darab 3 x 2 14 . bermaksud 3 kumpulan yang mengandungi 2 objek setiap kumpulan.7.

Rod Cursenaire berwarna merah mempunyai nilai 2 Rajah bagi operasi darab 4 x 5 Dalam rajah di atas. Langkah 3: Luas Permukaan Rod Cuisenaire • • • • • • • Konsep luas permukaan memanjang Rod Cuisenaire Dimensi rod putih (1 cm × 1 cm × 1 cm) Ukuran satu daripada permukaan rod putih dan luasnya Ukurannya adalah 1 cm × 1 cm. Dianggapkan sebagai 1 × 1 = 1 Perbincangan bagi rod merah Luas permukaanya adalah 2 cm persegi. Rod Cursenaire berwarna kuning mempunyai nilai 5 Dalam kedua-dua aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini. o iaitu 1 × 2 = 2 dan 2 × 1 = 2. 15 .Dalam rajah di atas. penekanan adalah membilang untuk mendapatkan jawapan. iaitu 1 cm persegi. Model-model ini juga mempunyai hadnya iaitu tidak boleh memodelkan operasi darab bagi nombor pecahan atau perpuluhan.

Langkah 4 : Model Luas Segiempat Pendaraban • • • Pra-syarat Model luas kawasan pendaraban perwakilan dimensi rod Memodelkan pendaraban. kuning kuning kuning 7 kuning kuning kuning kuning 5 (a) (b) (c) (d) (e) Apa jenis rod yang anda akan gunakan? Berapa (rod oren) yang anda gunakan? Bagaimanakah rod-rod itu akan disusunkan? Bagaimana anda menentukan luas segiempat tepat itu? Apakah nilai 7 × 5? Langkah 5 : Algoritma Pendaraban Contoh 6 × 13 oren hijau muda hijau muda hijau muda hijau muda hijau muda hijau muda oren oren 6 oren oren oren 13 16 . contoh 7 × 5.

• • Memodelkan 6 × 13 Berapa rod oren? 17 .

****** *** *** 6 ÷ 2 juga boleh digambarkan dengan menggunakan Rod Cuisenaire dan soalan-soalan bimbingan berikut dikemukakan. 1 3 × 6 1 8 6 0 7 8 6 × 3 = 18 6 × 10 = 60 18 + 60 = 78 4. . Aktiviti Operasi Bahagi Langkah 1 : Konsep Kongsi Sama Rata Konsep ini merupakan konsep yang paling asas dan kerap diajar di peringkat awal pengajaran pembelajaran kemahiran pembahagian. Pelajar menggambarkan konsep dan menguasai kemahiran ini dengan mengagihkan objek yang ada satu demi satu sehingga habis kepada bilangan kumpulan yang ditetapkan supaya setiap kumpulan menerima bilangan yang sama.• • • • • • Berapa rod hijau muda? Berapa jumlah nilai rod oren? Bagaimana anda dapatkan jumlah nilai rod oren? Bagaimana anda dapatkan jumlah rod hijau muda? Berapakah jumlah semua rod? Bolehkah anda tunjukkan proses pendaraban dalam bentuk lazim bagi 6 × 13.

apakah nilai setiap rod? (3) Apakah kesimpulan anda mengenai 6 ÷ 2? (Hasil bahagi ialah 3) Langkah 2 : Konsep Pengumpulan 6 ÷ 2 juga dijelaskan sebagai pengumpulan 6 objek diskrit menjadi kumpulan-kumpulan 2 objek untuk mengetahui berapa kumpulan 2 objek yang boleh dibuat daripada 6 objek. pelajar boleh menunjukkan konsep bahagi kepada peserta secara kuantitatif dan juga secara kualitatif di mana 2 ditolak secara berulang-ulang dari 6. 4. maka rod hijau (6) akan dletak di permukaan meja kemudian menentukan bilangan rod merah (2) yang boleh dimuatkan dalam rod hijau hijau Dalam model ini. 6. 2. . merah merah merah ** ** Jika Rod Cuisenaire digunakan.1. (Rod hijau tua) Bagaimana anda membahagikan rod ini kepada dua bahagian yang sama panjang? (Menggantikan rod hijau tua dengan dua rod yang sama warna) 3. Pilih rod yang mewakili 6. 5. Rod warna apakah yang akan dipilih? (Rod hijau muda) Adakah jumlah panjang dua rod yang dipilih itu sama panjang dengan panjang rod hijau tua? (Ya) Jika dua rod ini diasingkan. ****** ** (6).

Pelajar dikehendaki menggunakan rod Cuisenaire bagi contoh berikut: 18 ÷ 3 dan 20 ÷ 4. Soalan-soalan bimbingan berikut boleh digunakan. Langkah 3 : Model Luas Segiempat Tepat Operasi bahagi boleh dikaitkan dengan model luas segiempat tepat yang digunakan untuk mendemonstrasikan operasi darab. 18 ÷ 3 = 6. Contoh : 18 ÷ 3 “Berapa rod hijau muda (3) boleh dimuatkan dan dalam sambungan rod jingga dan rod coklat (18)?” jingga Coklat hijau muda hijau muda hijau muda hijau muda hijau muda hijau muda Model di atas dapat membantu pelajar menjawab soalan yang telah dikemukakan . iaitu “Terdapat 6 rod hijau muda yang boleh dimuatkan di dalam rod jingga yang disambungkan dengan rod coklat” Maka . . Contoh di atas juga boleh dilanjutkan untuk mewakil 18 ÷ 3 = 6 dengan model luas segiempat tepat. 50 ÷ 10 .

8. 5. 6. 3.1. Bagaimanakah anda menggambarkan operasi bahagi 18 ÷ 3 dengan model luas segiempat tepat? [Membina segiempat tepat yang luasnya 18] Berapakah luas kawasan segiempat tepat itu? [18] Apakah rod-rod yang digunakan untuk mewakili luas berkenaan? [Rod jingga dan rod coklat] Apakah ukuran sisi menegak segiempat tepat yang dikehendaki? [3] Jadi. rod-rod (jingga dan coklat) akan ditukar dengn rod jenis apa? [Hijau muda] Bolehkah anda membina sebuah segiempat tepat dengan rod itu? [Ya] Apakah panjang sisi mendatar segiempat tepat itu? [6] Apakah jawapan bagi 18 ÷ 3? [6] Susunan rod dalam rajah di atas boeh diubah kepada bentuk segiempat tepat Jingga Coklat hijau muda hijau muda hijau muda hijau muda hijau muda hijau muda 3 6 3 18 6 3 18 . 4. 7. 2.

1. luas dan isipadu bungkah. Bentangan geometri adalah dalam bentuk dua matra dan apabila dilipat akan menjadi bentuk tiga matra atau bungkah. . bucu dan sisi. Apakah kelebihan penggunaan Rod Cuisenaire dalam pengajaran pembelajaran operasi tambah dan tolak berbanding dengan pembilang konkrit lain? 2.5 Bentangan Dan Bungkah Bentangan merupakan bentuk yang terhasil apabila bungkah tiga matra dibentangkan dengan semua permukaannya terbuka rata. Pecahan setara adalah satu konsep yang penting untuk murd menguasai kemahiran menyelesaikan operasi yang melibatkan pecahan Pecahan Setara 1 2 = 2 4 = 8 4 Huraikan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagaimana Rod Cuisenaire boleh digunakan untuk membantu murid sekolah rendah memahami konsep pecahan setara seperti di atas. 2. Pemahaman tentang bentangan membantu pelajar dalam menerokai konsep perimeter. Pelbagai bentuk bentangan boleh diperolehi dari bungkah yang berbeza bergantung kepada ciriciri nya dari segi bilangan permukaan.

1 Bentuk Dan Ruang Bagi memahami konsep bentuk dan ruang.5. bentangan juga perlu boleh dilipat untuk membentuk bungkah. Bentangan kuboid menunjukkan bentuk yang hampir sama dengan kiub . pelajar boleh menggunakan bentangan pelbagai bentuk . 2.6: Bentangan Kiub Rajah 1. Di samping itu. .5 dan Rajah 1.6 merupakan bentangan bagi sebuah kuboid dan kiub. Bentangan hanya boleh membentuk bungkah jika bilangan dan bentuk permukaan bagi bentangan dan bungkah adalah sama.2.5: Bentangan Kuboid Rajah 1.yang membezakannya adalah permukaannya terdiri daripada enam segiempat tepat berbanding dengan kiub yang terdiri daripada enam segiempat sama. Hasil daripada bentangan boleh memberikan beberapa maklumat bentuk dan ruang dalam bungkah tiga matra tersebut.1 Contoh Bentangan Bungkah Rajah 1.5.1.

. Hasilkan satu aktivti permainan yang kreatif yang melibakan konsep bentangan dan bungkah. 2. Bincangkan dalam kumpulan. Senaraikan tajuk dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar yang mempelajari matematik sekolah rendah yang berkaitan dengan bentangan dan bungkah.7? Huraikan perbincangan anda dengan pelbagai contoh bungkah tiga matra yang lain.Berikut adalah 11 bentangan yang boleh dihasilkan daripada sebuah kiub.7 : Jumlah Bentangan Kiub 1. 3. Rajah 1. bagaimanakah menentukan bilangan jumlah bentangan yang boleh dihasilkan oleh sesebuah bungkah seperti dalam Rajah 1.

0 berikut . berat dan cecair.Lengkapkan maklumat Jadual 1.0: Ciri-Ciri Bungkah 2. panjang.6 Alat Pengukur Pelbagai alat pengukur yang sesuai boleh digunakan sebagai bahan bantu belajar untuk matematik sekolah rendah. . Bentuk Bungkah Tiga Matra Prisma Kuboid Piramid Tetrahedron Kiub Oktahedron Ikosahedron Dodecahedron Bilangan Permukaan Ciri-Ciri Bungkah Bilangan Bilangan Sisi Bucu Luas Isipadu 6 segiempat tepat 4 segitiga & 1 segiempat sama 4 segitiga 6 segiempat sama 8 segitiga 20 segitiga 12 pentagon Jadual 1. Alat pengukur yang berbeza digunakan bagi mengukur masa.

bercerita. menganggar dan menyelesaikan . mereka cerita tentang masa. dan membuat kerja projek boleh digunakan bagi mengembangkan kemahiran proses mengukur. 2. melukis objek dan pelan. mengukur objek dan jarak. meneroka ukuran panjang.2.6.1 abad = 100 tahun .program televisyen.6. pita pengukur. menganggar dan menyelesaikan masalah berkaitan timbangan berat.2 Ukuran Panjang Bagi ukuran panjang. dan kerja projek boleh digunakan bagi mengembangkan kemahiran proses menimbang.1 Ukuran Masa Bahan bantu belajar yang boleh digunakan bagi mengukur masa ialah perkakasan teknologi dan perisian kursus yang bersesuaian serta model atau objek sebenar seperti pelbagai jenis jam. rod meter dan pembaris boleh digunakan. menganggar dan menyelesaikan masalah berkaitan masa dan waktu. Di samping itu. pendekatan atau aktiviti seperti perbincangan.3 Ukuran Berat Bahan bantu mengajar ang boleh digunakan alam ukuran berat ialah dengan menggunakan perkakasan teknologi dan perisian kursus yang bersesuaian serta model atau objek sebenar dan bahan manipulatif seperti pemberat dan alat penimbang. 1 dekad = 10 tahun. tali. jadual perjalanan pengangkutan awam. jadual kelas. meneroka timbangan berat. serta kerja projek boleh digunakan masalah dalam ukuran panjang. Pendekatan atau aktiviti seperti bagi perbincangan. perkakasan teknologi dan perisian kursus yang bersesuaian serta model atau objek sebenar dan bahan manipulatif seperti kertas jalur.1 alaf = 1 000 tahun 2. kalendar. 1 abad = 10 dekad . bercerita tentang sejarah masa dan waktu. Pendekatan atau aktiviti seperti perbincangan.6. menimbang objek. mengukur masa. simulasi berdasarkan resepi masakan dan menu. carta pertukaran unit masa dan teks cerita perlu digunakan. memperkukuhkan kemahiran proses mengukur. bercerita tentang ukuran panjang.

abakus dan rod serta batang kayu. dan kerja projek boleh digunakan bagi mengembangkan kemahiran proses mengukur. rod serta batang kayu boleh digunakan dalam menerokai konsep nombor. • • • • Masa dan Waktu Ukuran Panjang Timbangan Berat Isipadu Cecair 2. mengukur isi padu cecair. meneroka isi padu cecair.2. Cadangkan alat pengukur yang kreatif untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran serta boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. . Pendekatan atau aktiviti seperti perbincangan. Kalkulator. bercerita. botol. bahan manipulatif seperti sudu. Abakus pula lebih menekankan kepada kefahaman konsep nilai tempat.4 Ukuran Cecair Bagi mengukur cecair pula di samping menggunakan perkakasan teknologi dan perisian kursus yang bersesuaian serta model atau objek sebenar. Perbincangan perlu meliputi pelbagai bentuk ukuran.6.7 Alat Mengira Bahan bantu belajar yang boleh digunakan sebagai alat mengira ialah kalkulator. bekas bersenggat piawai dan silinder penyukat boleh digunakan. menganggar dan menyelesaikan masalah berkaitan isi padu cecair . cawan. Walaubagaimanapun adalah menjadi kebijaksanaan seorang guru dalam memilih alat mengira yang sesuai untuk menjadikan kelas lebih bermakna dan konsep yang disampaikan lebih mudah difahami.

Salwa Bte Abu Bakar Ketua Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus temenggung Ibrahim Johor Tn. Kelebihan alat yang dipilih c. rod dan batang kayu) b. Alat mengira yang digunakan(kalkulator. Berikan contoh serta huraikan langkah-langkah penggunaan dengan gambar rajah yang sesuai Dr. abakus.Hj.Hjh.Bincangkan alat mengira yang kreatif dan sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah dengan merujuk kepada topik yang tertentu. a.Md Nordin Bin Monel Pensyarah Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus temenggung Ibrahim Johor . Dalam perbincangan perlu dihuraikan perkara yang berikut.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful