Miskonsepsi murid-murid dalam pengendalian data berkaitan piktograf Piktograf atau piktogram digunakan untuk menunjukkan data

dalam bentuk visual. Piktograf boleh dilukiskan dalam bentuk horizontal (horizontally)atau mengufuk (vertically) menggunakan dua paksi. Kita selalu menggunakan bentuk visual atau gambar sebagai perwakilan sesuatu jumlah atau kuantiti. Perwakilan ini dinamakan sebagai petunjuk (Key). Miskonsepsi yang selalu berlaku berkaitan piktograf ialah kegagalan murid menghubungkaitkan kegunaan petunjuk (Key) pada sesuatu piktograf dengan bilangan atau jumlah sebenar. Sering kali terjadi murid hanya membilang gambar yang terdapat pada piktograf jika diminta menyatakan bilangan atau jumlah bagi sesuatu kategori. Murid tidak dapat menggunakan petunjuk (Key) yang diberi dengan sebaiknya. Situasi ini terjadi mungkin disebabkan kecuaian atau kurang kefahaman murid tentang kegunaan petunjuk (Key) tersebut. Lantas menyebabkan kesilapan murid dalam memberikan jawapan sebenar. Miskonsepsi ini jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan kegagalan murid untuk melakukan beberapa aktiviti lanjutan yang berkaitan dengan pengendalian data. Contohnya jika murid diminta melukiskan graf, sudah pasti graf yang dilukiskan itu tidak menunjukkan frekuensi yang betul. Data yang ditafsirkan dari graf tersebut akan memberikan jawapan yang berbeza atau salah daripada data sebenar.

Penyelesaian (cara membantu murid menguasai konsep) Berikut adalah antara kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu murid mengatasi masalah tersebut. 1. Beri penekanan kepada murid-murid tentang kepentingan petunjuk (Key) pada sesuatu piktograf. Sentiasa menyebut, mengulang dan menegaskan bahawa setiap piktograf mesti ada atau disertakan petunjuk (Key). 2. Jelaskan kegunaan petunjuk (Key) tersebut dan gambar yang dipilih menggunakan kaedah bersoaljawab.

4. 5. Selain itu. Berpandukan contoh dalam bilangan 3 di atas. Kemudian murid juga dapat membilang dan seterusnya memberikan jawapan yang betul. Seterusnya perbanyakan contoh dan soalan berkaitan piktograf agar konsep ini dapat difahami dan ‘melekat’ di minda murid. sentiasa melatih tubi murid yang lambat menguasai atau lemah.satu gambar dengan perwakilannya. Contohnya jika diklik pada satu gambar. Bimbing murid mengira perwakilan dengan cara yang betul. 6. . bilangan perwakilan akan dipaparkan. murid dapat melihat dengan jelas hubung kait di antara gambar dan perwakilan pada petunjuk (Key).3. Gunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik seperti program ICT untuk menunjukkan tautan (‘link’).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful