You are on page 1of 44

BAB 2 : GURU DAN PERUNDANGAN

Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Pendahuluan
Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada 2002. Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002)


Berkuatkuasa pada 20 Jun 2002. Pindaan ini melibatkan Peraturan 2 iaitu PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], yang disebut Peraturan-Peraturan ibu. Dalam peraturan ini, pindaan dibuat terhadap peraturan 2 dengan memotong subperaturan 2(2). Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Rasional Peraturan Tatatertib


Untuk memastikan pegawai awam; Melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab; Meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri; Menjaga imej perkhidmatan awam; dan Yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan dihukum.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, (Pindaan) 2002 (P.U.A.246)
DiKuatkuasakan pada 20.6.2002, antara peraturan yang dimasukkan dalam peraturan ini adalah seperti yang berikut;
Jenis-jenis kesalahan yang membolehkan diambil tindakan tatatertib. Jenis-jenis tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap pegawai yang melakukan kesalahan
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Jenis-jenis Hukuman Tindakan Tatatertib

Definisi
Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua : tatatertib dapat didefinisikan sebagai peraturan yg mesti dipatuhi; disiplin. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat : tindakan tatatertib pula dapat ditakrifkan sebagai hukuman yg dikenakan terhadap seseorang yg melanggar peraturan tatatertib perkhidmatan, organisasi dsb.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Pengenalan
Sebagai seorang penjawat awam, seorang guru hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang telah termaktub dan sebarang pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Seorang pegawai dianggap melanggar peraturanperaturan ini jika didapati melakukan sebarang kesalahan yang bertentangan dengan mana-mana peraturan tatakelakuan. Jika disabitkan kesalahan, seseorang pegawai awam boleh dikenakan tindakan bergantung kepada kesalahan yang dilakukan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Jenis-Jenis Hukuman Tindakan Tatatertib


Terdapat beberapa jenis tindakan tatatertib yang boleh dikenakan ke atas pegawai awam jika seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman. Berikut merupakan jenisjenis tindakan tatatertib: - Amaran -Turun Pangkat - Denda -Buang Kerja - Lucut Hak Emolumen -Tangguh Pergerakan Gaji
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Amaran
Amaran merupakan salah satu tindakan seorang guru itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tatakelakuan dan tatatertib. Amaran boleh diberi oleh seorang ketua jabatan atau pihak pentadbiran secara lisan atau bertulis. Amaran boleh diberikan kepada guru sebanyak 3 kali sebelum pihak sekolah mengambil tindakan yang seterusnya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Contoh Surat Amaran

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Hukuman Tatatertib
Peraturan 42 Turun Pangkat

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan hukuman turun pangkat ke atas seseorang pegawai mengikut cara yang berikut:

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Kesan Hukuman
Turun Gred Gaji ( DG52 Kepada DG48) Hilang Kelayakan-kelayakan Di bawah Gred DG52

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Pelucutan Hak Emolumen

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Takrif Emolumen
Emolumen ertinya segala saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada seseorang pegawai termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan lain

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Hukuman denda atau lucut hak emolumen hendaklah dibuat mengikut subperaturan (2), (3), (4), (5) dan (6).
Apa-apa denda yang dikenakan pada mana-mana satu masa tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi tujuh hari pegawai yang berkenaan.

Jika seseorang pegawai didenda lebih daripada sekali dalam mana-mana bulan kalendar, agregat denda yang dikenakan ke atasnya dalam bulan itu tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan empat puluh lima peratus daripada emolumen bulanannya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Jika hukuman yang dikenakan adalah kerana pegawai tidak hadir untuk bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, apa-apa pelucuthakan emolumen pegawai itu hendaklah, melainkan jika diputuskan selainnya oleh Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan, dihitung dengan mengambil kira tempoh sebenar pegawai itu tidak hadir.
Hukuman denda atau lucut hak emolumen tidak boleh dikenakan ke atas seseorang pegawai yang tidak hadir tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah jika emolumen pegawai itu telah dilucuthakkan, berkenaan dengan ketidakhadiran untuk bertugas itu, di bawah peraturan 27.

Segala denda atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong daripada emolumen bulanan pegawai itu dan hendaklah dibayar ke dalam hasil Majlis itu.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Situasi
Seorang guru di salah sebuah sekolah rendah di ibu kota sering tidak hadir ke sekolah tanpa mengemukakan kebenaran cuti (surat tunjuk sebab). Hal ini telah menimbulkan banyak masalah dan membebankan pihak sekolah terutama para guru. Sebagai seorang Guru Besar, anda diminta untuk melakonkan cara untuk memberi amaran kepada guru tersebut secara lisan. Lakonkan situasi tersebut secara spontan. Watak : Guru yang selalu ponteng, Guru Besar.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Peraturan 3A
Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar.

Peraturan 3B
Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam PeraturanPeraturan Pegawai Awam (PU.A.176) Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Peraturan 3C
Menjadi tanggungjawab seseorang pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana pegawai yang melanggar manamana peruntukan peraturan-peraturan ini. Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Peraturan 4 (1)
Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di- Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan.

Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang- undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Antara contoh pelanggaran peraturan 4(1) adalah seperti berikut;
Bersubahat dengan musuh negara Membocorkan rahsia Kerajaan. Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan Kerajaan. Menjadi Anggota Jemaah Islamiah Menyertai Kesatuan Militan Malaysia

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Peraturan 4 (2)
Seseorang pegawai tidak boleh ; membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya; berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya); berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa; Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan /mencemar nama baik perkhidmatan awam; Seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha; Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah; Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab; membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar Membantah atau melawan pegawai atasan; cuai dalam melaksanakan tugasnya;
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Peraturan 6: Pakaian Antara contoh pelanggaran Peraturan 6 adalah seperti; Memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar Memakai sarong, seluar pendek dan lainlain

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Peraturan 7: Menyalahgunakan Dadah Perkhidmatan Pegawai Boleh ditamatkan Atas Kepentingan Awam [Peraturan 49] sekiranya Pegawai mencapai umur persaraan pilihan. Contoh Pelanggaran Peraturan 7 adalah menghisap ganja, morfin, heroin atau menagih dadah.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Peraturan 9 : Menerima/ Memberi Keraian


Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima / memberi keraian sekiranya keraian itu didapati dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasmi kerana ini bercanggah Peraturan 4. Contoh pelanggaran peraturan 9 pula adalah seperti kontraktor meraikan ketua jabatan yang menjadi ahli lembaga tender seperti [keraian] - belanja makan, hotel, tambang bercuti dan lain-lain.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Peraturan 11 : Menyenggara Taraf Hidup Melebihi Emolumen/ Pendapatan Yang Sah


Seseorang pegawai tidak boleh; Menyenggara taraf hidup melebihi emolumen/ pendapatan yang sah. Menguasai/memiliki sumber kewangan atau harta yang tak seimbang atau tak munasabah dengan emolumen/ pendapatan yang sah.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Peraturan 12
Penjawat awam tidak boleh meminjam wang / menjadi penjamin kepada mana-mana orang.

Peraturan 13
Seseorang pegawai tidak boleh terlibat dengan Keterhutangan Kewangan yang Serius.

Peraturan 16 Seseorang pegawai tidak boleh terlibat dalam pasaran hadapan.


Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Peraturan 18 : Penerbitan Buku dan Karya


Seseorang pegawai juga tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, makalah atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat. Antara Contoh Pelanggaran Peraturan 18 adalah seperti menulis/menerbit buku dengan menggunakan maklumat rasmi terperingkat (rahsia besar, rahsia dan sulit).

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Peraturan 20 : Penyunting Akhbar/Majalah/Jurnal Seorang penjawat awam adalah tidak boleh menjadi penyunting akhbar/majalah/jurnal kecuali, penerbitan; Jabatan Profesional Pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik. Diluluskan secara bertulis oleh ketua jabatan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Rumusan Peraturan Tingkatkan mutu perkhidmatan Halang penyelewengan Halang rasuah Banyak beri pengajaran Langkah pencegahan

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Akta Pendidikan 1996


Merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961. Bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar Pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Tujuan Penggubalan Akta Pendidikan 1996


Memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi.
Untuk menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.

Mencakupi perundangan pada tahap prasekolah hingga tahap pendidikan tinggi termasuk kerajaan dan swasta.
Memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. IPG Kampus Ipoh Nordin Tahir,

Tujuan Penggubalan Akta Pendidikan 1996


Penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui kurikulum kebangsaan. Menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama. Pendidikan islam diperluaskan untuk pelajar islam.

Memperluaskan bidang kuasa menteri pendidikan.


Mempertingkatkan pendidikan teknikal. Memperkukuhan latihan perguruan. Pendidikan swasta yang lebih sistematik. Memperkukuhkan kedudukan bahasa suku kaum.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Kandungan Akta Pendidikan 1996


Seksyen 16: telah memberikan kategori kepada sekolah di Malaysia, tiga kategori iaitu kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta. ini boleh menampung dengan jelas keperluan kelas tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya. Seksyen 17(2), memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.

Seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan.
Seksyen 19 memperuntukkan semua sekolah menyediakan pelajar untuk Peperiksaan Awam, melainkan yang dikecualikan. Seksyen 21 memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan menyenggara tadika.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Kandungan Akta Pendidikan 1996


Seksyen 37 dan seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan kursus pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain.

Seksyen 47 (1), membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain.
Seksyen 40, yang membolehkan Menteri mengadakan kelas pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah. Seksyen 50 memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah termasuk sekolah swasta bila terdapat 5 atau lebih pelajar Islam. Seksyen 69 semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam perlu mendapatkan kebenaran dari Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu. Seksyen 77 menjelaskan bahawa isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan program "twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Menteri terlebih dahulu.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Sekian, Terima Kasih


Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh