You are on page 1of 121

Acik Lana

Bab 1
IRUK-PIKUK di sekeliling tidak lagi menarik perhatian Imanina. Ada perkara yang lebih penting yang perlu dia selesaikan pada saat ini. Tak boleh ditangguhtangguh lagi. Liar matanya memandang ke kiri dan kanan. Kemeriahan majlis tahlil dan doa selamat di banglo Tan Sri Tengku Lokman masih lagi berlangsung. Para tetamu yang begitu ramai menyukarkan dia mencari kelibat umi. Umi tentu saja sibuk membantu Puan Sri Khalida melayan tetamu, memang susahlah nak jumpa! Hesy... mana nak cari toilet ni? Kalau tanya pekerja catering ni, manalah diorang tahu sebab diorang pun baru datang sini. Patutnya banglo besar macam ni kena buat signboard, senang dia bawak kaki ikut hala mana nak tuju. Desis hati Imanina sendiri. Seketika dia mendiamkan diri. Daripada terpacak macam tiang dekat laman rumah Tan Sri ni, baik dia masuk ke dalam cari bibik. Takkanlah orang kaya macam Tan Sri ni takde bibik. Dah jumpa bibik, barulah boleh tanya jalan mana nak pergi toilet. Bijak-bijak! Imanina tersenyum sendiri.

Pelangi Cinta Buat Suami

Melangkah masuk ke dalam banglo mewah dua tingkat itu, Imanina terpegun. Dia hanya menelan liur melihat kemewahan majikan uminya ini. Barang-barang perhiasan, perabot, karpet, pasti diimport dari luar negara. Matanya melekat ke arah bangku comel yang diletakkan di suatu sudut di ruangan bacaan. Dia yakin, bangku cinonet macam tu pun harganya pasti lebih mahal daripada set sofa umi di rumah. Confirm! Teringatkan hajatnya yang belum tertunai, pantas Imanina melangkah kaki ke dapur. Dia agak-agak saja di mana ruang dapur, selalunya pasti di bahagian hujung rumah. Jarang rumah berdapur di muka pintu depan. Imanina berbalas senyum dengan beberapa orang tetamu yang berselisih dengannya. Nak bertanyakan tentang kedudukan bilik air kepada tetamu Tan Sri, kurang manis pula rasanya, silap-silap kena maki. Orang kaya nikan banyak sangat protokolnya. Tak semua, tapi majoriti. Assalamualaikum, kak... sapa Imanina kepada seorang wanita yang sedang membasuh pinggan di singki. Tengok pada gaya, macam bibik-bibiklah. Pakai kain batik dan dikenakan dengan T-shirt biasa. Kadang-kadang dia pelik, bibik ni macam dah ada uniform tersendiri. Boleh diagak dari luaran. Pergi rumah siapa pun, jarang kita keliru untuk membezakan antara bibik dengan majikan. Sebab apa? Sebab cara berpakaian. Waalaikumussalam... ya neng? Mahu dibantu apa neng? Wanita itu tersengih seraya mengelap tangan dengan kain batik yang dipakainya. Errr... saya nak tumpang toilet, bik. Kat mana ye tandasnya? Imanina mengetap bibir. Kenapa dia pun nak berjangkit cakap slang Indonesia ni?

Acik Lana

Oh, toilet? Wanita yang masih pekat loghat jawanya tersenyum. Dekat bawah ni sudah enggak bisa guna tandasnya, neng naik di atas ya. Naik tangga ini sampai hujung, nanti sebelah kiri ada tandasnya. Naik tangga sampai hujung, toilet sebelah kiri? Imanina ulang balik kata-kata bibik itu. Takut juga kalau dia tersalah terjah bilik orang pula nanti. Ya-ya. Sebelah kiri ya neng. Okey-okey. Terima kasih, bik. Imanina tersenyum. Pantas langkahnya menuruti arahan bibik tadi. Naik tangga sampai hujung, bilik sebelah kiri. Ulangnya di dalam kepala berulang kali. Sampai di tingkat atas, sekali lagi Imanina terpanar melihat keindahan hiasan dalaman di ruangan itu. Tingkat dua agak luas dan ruang tamu di situ menempatkan ruang istirahat yang santai konsepnya. Tampak moden namun masih mengekalkan elemen kemewahan. Cantik! Perlahan dia menyusuri ruang tamu yang nyaman dihembus oleh penyaman udara. Hebatnya, setiap ceruk rumah ada penyaman udara. Kalau dekat rumah dia, cuma dalam bilik umi saja yang dipasang dengan penyaman udara. Bila musim panas, berebutlah dia dengan Yaya nak tidur bersama umi. Itu pun boleh menyelit kalau ayah kena outstation, kalau tidak jangan haraplah. Bunyi merdu yang entah dari mana sayup-sayup kedengaran. Kening Imanina bertaut. Seingatnya orang kenduri tahlil mana ada pasang muzik. Tabiat ke apa nak pasang lagu bagai? Tanpa dia sedari kakinya menapak mara mencari alunan indah itu. Bukan bunyi piano, tapi bunyi petikan gitar. Dan sudah pastinya, perempuan berjiwa seni seperti dia ini

Pelangi Cinta Buat Suami

pastinya mudah terpesong hajat bila mendengar bunyi semerdu itu. Kakinya terhenti di hadapan sebuah pintu kayu berwarna coklat gelap. Entah pintu bilik siapa. Yang pasti, bukan pintu bilik air sebab pintu yang dipesan oleh bibik tadi di sebelah kiri, pintu yang ini di sebelah kanan. Imanina merapatkan telinga ke pintu kayu itu. Alamak, tak berkunci rupanya! Hati meronta-ronta ingin melihat siapa yang memetik gitar di dalam sana. Pelik betullah, orang tengah kenduri tahlil dekat bawah, dia boleh main gitar dekat atas. Anak siapalah ni... harus siasat! Sebelum meneruskan misi menyiasatnya, Imanina menoleh ke kiri dan kanan. Line clear! Perlahan dia menolak sedikit daun pintu yang renggang itu. Dari celah pintu tersebut, dia dapat melihat seorang lelaki sedang duduk membelakangkannya. Khusyuk lelaki itu menghadap meja dengan tangan memegang gitar. Amboi... tak turun mengaji kat bawah, boleh senang hati main gitar kat sini. Siapa dia ya? Seingatnya, umi tak pernah pula bercakap tentang anak lelaki Tan Sri. Balik-balik nama Qalisha yang sosial itu disebut-sebut oleh umi. Tak pernah terpikir olehku Tak sedikit pun kubayangkan Kau akan pergi tinggalkan kusendiri. Suara lunak itu membuatkan Imanina terpaku. Sedap sangat la pulak suara mamat ni! Mendayu-dayu suara itu mengalunkan lagu bernada sedih. Imanina menggigit bibirnya.

Acik Lana

Macam pernah dengar lagu ni... oh ye, lagu Saat Terakhir daripada ST12. Dia selalu dengar lagu yang menjadi OST drama sinetron entah apa yang ditonton oleh uminya dulu. Begitu sulit kumenyangkal Begitu sakit kurasakan Kau akan pergi tinggalkan kusendiri. Imanina masih kaku mendengar. Semakin lama, semakin mendayu suara lelaki itu. Bagaikan sedang menangis. Hesy... ada lagi ke lelaki menangis zaman sekarang ni? Kalau ya pun menghayati keindahan lagu, takkan sampai menangis? Tak masuk akal. Di bawah batu nisan kini kau telah sandarkan Kasih sayang kamu begitu dalam Sungguhku tak sanggup ini terjadi Karna kusangat cinta Inilah saat terakhirku melihat kamu Jatuh air mataku menangis pilu Hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih. Petikan gitar terhenti. Imanina menjengukkan sedikit kepalanya, cuba melihat reaksi lelaki yang masih menghadap ke sebelah sana. Dia nampak lelaki itu meraup wajah berkali-kali. Ada bunyi esakan kecil persis menangis. Imanina tercengang. Sahlah,

Pelangi Cinta Buat Suami

lelaki ini menangis. Tapi kalau tengok daripada fizikal, bukan main tegap lagi tubuh lelaki itu. Takkanlah hati selembut sutera? Petikan gitar kembali bergema, suara lunak itu semakin menusuk ke dalam hatinya ini. Entah kenapa, dia bagaikan dapat merasai kesedihan dalam hati lelaki itu. Ada nada sendu, ada bunyi sedih yang teramat, jiwanya diusik pilu entah kenapa. Satu jam saja kutelah bisa Cintai kamu di hatiku Namun bagiku melupakanmu Butuh waktuku seumur hidup Satu jam saja kutelah bisa Sayangi kamu di hatiku Namun bagiku melupakanmu Butuh waktuku seumur hidup Di nantiku. Nina? Tersentak dan terkejut, Imanina hampir tergolek ke lantai apabila suara itu menyapa dari belakangnya. Kelamkabut dia berpaling. Apa lagi yang mampu dia buat setelah tertangkap mengintai anak teruna orang selain daripada menyengih tanpa rasa bersalah. Eh, Puan Sri... Nina... errr.... Nina cari toilet! La... toilet kat depan ni, sayang. Puan Sri Khalida menunjuk ke arah pintu di sebelah sana. Semestinya pintu di sebelah kiri seperti yang dipesan oleh bibik tadi.

Acik Lana

Imanina terkulat-kulat sendiri. Malunya dicekup oleh tuan rumah. Ni kalau umi tahu memang masak dia kena cubit. Mama, kan Qalif kata jangan ganggu Qalif! Bisingbising apehal ni? Satu suara garau berbaur tegas kedengaran di belakangnya. Pantas Imanina berpaling, mahu juga dia melihat wajah cembeng yang menyanyi sambil menangis tadi. Saat seraut wajah itu singgah di mata, dia ternganga. Maha Suci Allah... indahnya ciptaanMu. Qalif, bukan mama nak ganggu Qalif. Nina ni tersalah bilik, dia nak pergi toilet. Keliru agaknya sebab pintu banyak sangat, balas Puan Sri Khalida dengan riak serba salah. Imanina masih terpegun saat lelaki itu mengerlingnya. Pandangan tajam, sinis, sombong, angkuh dan langsung tidak ada riak kemesraan. Tapi mengapakah wajah itu masih kelihatan menarik? Biarpun tanpa segaris senyuman, raut itu masih elok dipandang. Sungguh, lelaki ini mungkin anak Puan Sri Khalida dan lelaki ini adalah lelaki paling kacak yang pernah dia lihat di hadapan mata. Siapa kata lelaki seperti watak hero di dalam novel itu tidak wujud? Buktinya, lelaki itu wujud di depannya sekarang. Apa kau tengok-tengok? Pergilah toilet sana tu! Terkulat-kulat Imanina ketika suara itu lantang mengherdiknya. Hilang melayang wajah kacaknya bila berperangai sombong macam ni. Qalif, behave yourself. Nina ni tetamu mama, tak baik cakap macam tu dengan dia. Cakap baik-baik tak boleh ke, nak? Puan Sri Khalida berasa serba salah. Tangannya

Pelangi Cinta Buat Suami

naik menggosok lembut bahu Imanina. Bimbang gadis itu berkecil hati dengan sikap baran anak lelakinya itu. Errr... sorry encik. Saya tersalah bilik, maaf kalau saya mengganggu. Imanina akur dengan silapnya. Kepala ditundukkan sedikit menzahirkan rasa bersalah. Aku peduli apa kalau kau bebal sampai tersalah bilik sekalipun, tapi jangan memekak dekat sini! jerkah lelaki bernama Qalif itu angkuh. Langsung tidak memberi kesempatan kepadanya untuk membela diri, pintu dihempas sekuat hati. Tanpa rasa hormat dan rasa bersalah. Imanina terkebil-kebil sendiri. Ya Allah, sombong benar anak Tan Sri ni! Nina, Nina okey? Maafkan anak auntie ye, dia memang moody macam ni. Puan Sri Khalida tersenyum kelat. Segan dengan anak gadis pekerjanya ini. Tengku Qalif pun satu, ikutkan sangat rasa hati sampai semua orang nak dihamburnya. Dia tahu Tengku Qalif masih tertekan dan bersedih, namun itu bukan alasan untuk Tengku Qalif bersikap kurang ajar begitu. Eh, Nina okey aje Puan Sri. Nina ke tandas dulu ya. Imanina tersenyum pahit. Pantas, dia mengatur langkah meninggalkan Puan Sri Khalida di situ. Bibir Imanina menghela keluhan perlahan setelah mengunci diri di dalam tandas. Seketika dia menatap wajahnya di cermin lebar yang menghiasi dinding. Apalah nasib dia bertemu dengan lelaki sombong macam tu? Tadi bukan main meleleh menyanyi, lepas tu nak menyinga dengan orang pulak. Kesian, handsome-handsome tapi otak pulak tak berapa betul. Gila agaknya dia tu. Imanina menggelengkan kepala. Astaghfirullah....

Acik Lana

Sampai ke situ otaknya mengata orang. Padahal dia sendiri yang cari penyakit sebab menghendap anak teruna orang. Harap-haraplah Puan Sri Khalida zip mulut dan tak sampaikan pada umi. Kalau tidak, tadah telingalah kau Nina!

Pelangi Cinta Buat Suami

Bab 2
AKARAN di atas kertas dipandang kosong. Bosan. Satu idea pun liat nak masuk kepala. Imanina mengigit hujung pensel di tangannya. Entah apa yang mengganggu fikirannya, semua idea canggih-manggih dah hilang melayang. Selalu tu bukan main hebat dia melakar. Lepas sehelai, sehelai kertas dipenuhi dengan sketch yang selalunya dilabel gempak oleh rakan-rakannya. Tapi malam ini... habuk pun tarak! Imanina menghela nafas berat. Dia bersandar di kerusi dengan tangan mengetuk meja. Bosan termenung, dipusing-pusing kerusi beroda itu ke kiri dan ke kanan. Wajah itu kembali terlayar di depan mata. Wajah yang membuatkan dia banyak berfikir dan termenung sejak senja tadi. Qalif.... Nama itu terpacul dari bibirnya. Terbayangkan pemilik nama indah itu, dadanya kembali diusik debar halus. Masih terngiang-ngiang jerkahan

10

Acik Lana

anak Tan Sri itu di telinga. Masih ternampak-nampak pandangan tajam yang mencerlung garang kepadanya. Pelik, lelaki itu nampak begitu bengis tapi dia yakin yang dia tidak tersalah pandang. Dalam renungan tajam itu, ada sendu yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Ada kesedihan yang jelas nyata pada penglihatannya. Dengan wajah dihiasi jambang-jambang halus, memang nampak seksi sangat. Sesuai dengan bentuk muka maskulin lelaki itu. Tapi dia tidak rasa lelaki itu menyimpan jambang untuk kelihatan seksi atau superhot, tapi itu jambang bermasalah! Bukan jambang tu yang ada masalah, cuma jambang-jambang liar itu menunjukkan yang tuannya sedang bermuram durja. Macam dalam filem hindustan, hero mesti berjambang kalau sedang berfikiran kusut. Tapi kenapa mamat tu berfikiran kusut? Masalah apa yang berat sangat sampai lelaki maco macam tu boleh menangis beria-ia? Ah, masuk hari ini sudah berpuluh kali dia memaksa telinga mendengar lagu Saat Terakhir yang dimuat turun tadi. Lagu yang lelaki bernama Qalif itu nyanyikan dengan penuh perasaan sehingga mengalirkan air mata. Apa yang boleh dia faham tentang lagu itu cumalah tentang luahan kesedihan kerana orang yang disayangi sudah meninggal dunia. Siapa yang meninggal dunia dalam hidup Qalif? Mak ayah dia bukan main sihat walafiat lagi. Tan Sri tu kalau main golf memang dialah juara kata umi. Atau atuk yang meninggal? Atau nenek? Atau juga kekasih? Fuh... kalau kekasih meninggal dan lelaki gagah seperti Qalif menangis, memang touching habis!

11

Pelangi Cinta Buat Suami

Selama ini Kiara dan Siti selalu mengutuknya kuat berangan kerana berfikir mahu berpakwekan lelaki berhati suci begitu. Dia dilabel tidak cukup akal kerana sanggup menunggu lelaki idaman walaupun sudah berusia dua puluh empat tahun. Salah ke kalau dia mengimpikan lelaki yang menyayangi seorang wanita dengan perasaan yang paling dalam? Lelaki yang mampu menangisi pemergian wanita yang disayanginya, lelaki yang setia hingga ke hujung nyawa. Salah ke macam tu? Kiara dan Siti kata, dia banyak sangat terpengaruh dengan cerita Hindustan. Masing-masing mengutuk dan menegaskan yang lelaki idamannya itu tidak mungkin wujud di dunia ini. Zaman sekarang lelaki bukan serius sangat sayangkan perempuan pun sekadar suka-suka saja. Itu cakap kawan-kawan dialah, sebab diorang tu asyik kecewa bercinta aje! Selang semester tukar-tukar boyfriend. Dia ni lainlah, seorang lelaki pun dia belum terima lagi. Memilih sangat kata umi. Mestilah kena pilih wei... nak buat suami sampai akhir hayat tu! Bukan semudah memilih ikan di pasar, boleh tuding-tuding jari aje. Dia cuma mahu cinta pertamanya menjadi cinta yang terakhir. Cinta suci gitu! Kekal sampai hujung nyawa. Bibir mengukir senyuman bahagia, hanyut dalam angan-angannya yang indah. Keluhan terbit di bibir, bila nak bertemu putera idaman dia ni? Asyik mengeluh aje, ekonomi negara merudum sangat ke sekarang ni sampai kamu sakit kepala? Tersentak Imanina apabila suara itu menghalau lamunannya yang panjang. Mata menyorot kepada umi yang melangkah masuk ke dalam bilik dengan baju-baju yang

12

Acik Lana

sudah siap berlipat. Bibirnya tersengih kelat. Kenapa umi susah-susah lipatkan baju Nina tu? Nina boleh lipat sendirilah nanti. Bilanya? Tahun depan baru nak lipat? sindir Puan Salmah selamba. Tangannya ligat menyusun baju-baju yang berlipat itu ke dalam almari pakaian anak sulungnya. Huih... umi ni kalau menyindir memang makan dalam. Terluka hati ni tau. Tak betul ke apa umi cakap? Kain baju Nina ni dah dua hari dekat bilik belakang tu. Apalah salahnya kalau Nina lipat elok-elok? Nanti bila dah takde baju nak pakai, mulalah menjerit tanya-tanya umi, bebel Puan Salmah seraya menggelengkan kepala. Walaupun dia tahu Imanina sibuk dengan assignment dan projek akhirnya, tapi itu bukan alasan untuk Imanina mengetepikan kerja-kerja rumah. Anak perempuan mana boleh malas, kena pandai bahagi waktu dan kerja. Imanina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kan, dah kena sound tepek dengan umi! Bukan dia malas nak melipat kain bajunya, dia benar-benar terlupa. Dia bercadang mahu melipatnya selepas balik dari kenduri tahlil tadi, tapi sekarang dia sudah sibuk mahu menyiapkan drawing pula. Drawing itu perlu disiapkan malam ini juga. Esok dia sudah sibuk dengan kerja-kerja mengumpul material untuk rekaannya. Dia tidak punya banyak masa, bimbang jika baju rekaannya tidak sempat siap untuk fashion show bulan depan. Errr... umi, umi tau tak yang Puan Sri tu ada anak lain?

13

Pelangi Cinta Buat Suami

Anak lain? Apa maksud kamu ni Nina? Puan Salmah yang berkira-kira mahu keluar dari bilik itu, tidak jadi melangkah. Wajah Imanina yang masih duduk di meja belajarnya itu dikerling sekilas. Takkanlah Nina dah jumpa dengan Tengku Qalif? Yalah, anak lelaki dia. Umi kenal tak? Pernah jumpa tak? Imanina memusingkan kerusi menghadap uminya yang melabuhkan duduk di birai katil. Mimik wajahnya beriak tenang, bimbang juga kalau umi mengesan sifat busy body dia ni. Tengku Qalif ke? Siapa? Tengku Qalif ke nama dia umi? Imanina tercengang. Wow, semakin menarik sebaris nama itu di telinganya. Tengku Qalif... nama sehebat tuannya. Tapi dari segi rupalah, attitude memang hancur. Ya itulah namanya. Puan Sri bukan ada anak lelaki lain, yang sorang tu ajelah. Umi pun tak pernah jumpa dia lagi. Tapi, ada la dengar-dengar Puan Sri bercerita pasal dia, bicara Puan Salmah sambil tangan ligat membetulkan cadar anaknya yang tidak tegang. Dia memang tidak senang hati jika melihat ruang yang tidak kemas, mulalah tangannya berjalan sendiri. Mengemaskan apa yang tidak kena di matanya. Loh... umi kan dah lama kerja dengan Tan Sri, takkan tak pernah jumpa anak dia tu? Hesy, Nina ni... umi secretary Tan Sri dekat ofis aje, bukan sampai ke rumah dia. Lagipun Tengku Qalif tu baru aje balik sini. Umi pun tak tengok lagi macam mana rupa orangnya. Baru balik sini? Dah tu selama ni dia duduk kat

14

Acik Lana

bulan ke umi? Imanina cuba berlawak. Tak mahulah nampak sangat yang dia sedang merisik perihal anak teruna orang, nanti umi tembak lagi dengan peluru powernya. Duduk bulan apanya, dia baru balik dari Abu Dhabi. Abu Dhabi? Dekat Dubai sana tu? Bulat mata Imanina memandang wajah uminya. Patutlah kacak benar, dah terbias-bias raut wajah Pak Arab rupanya. Dia kerja kat sana ke umi? Haah... engineer kata Puan Sri. Tapi, lepas ni dia dah tak balik sana dah kut. Dia tengah lemah semangat lagi tu. Agaknya kalau dibiarkan tak berubat, memang trauma sampai ke sudah la. Puan Salmah mengeluh perlahan. Simpati mengenangkan nasib anak lelaki majikannya itu. Dia memang tidak pernah lupa ketika Puan Sri Khalida meluahkan perasaan kepadanya dengan linangan air mata beberapa bulan yang lepas. Kesedihan itu berjangkit di hati sendiri sampaikan dia pun ikut sama menangis. Dia faham naluri seorang ibu, dan melihat Tengku Qalif menderita seperti itu bukan sesuatu yang mudah. Anak yang selama ini cergas, yang kuat dan gigih bekerja tiba-tiba saja hilang semangat untuk meneruskan hidup. Hati ibu mana yang tak sedih. Melihat air muka uminya yang keruh, semakin meronta-ronta hati Imanina mahu mengorek cerita. Trauma? Kenapa pulak dia nak trauma umi? Hmmm... Tengku Qalif tu baru aje kahwin enam bulan lepas. Imanina semakin giat menumpukan perhatian. Matanya tekun memerhati gerak mulut umi yang bercerita.

15

Pelangi Cinta Buat Suami

Oh... dah kahwin mamat garang tu rupanya. Siapalah wanita yang malang sangat dapat lelaki handsome tapi takde adab macam tu? Bercakap dengan menjerit sama aje, tak ada beza. Sempat pula Imanina mengutuk dalam hati. Lepas dia kahwin, dia bawak wife dia balik Dubai. Honeymoon sekalilah kata Puan Sri. Tapi baru dua hari dekat Dubai, Tengku Qalif dengan isteri dia accident. Accident teruk, kereta bertembung dengan lori. Berderau darah Imanina mendengar cerita itu. Bagaikan ternampak-nampak di ruang mata pertembungan antara kereta dengan lori. Pasti tragis, pasti sangat ngeri. Nauzubillah! Hmmm... wife dia meninggal dekat situ jugak. Tengku Qalif pulak koma sebulan. Lepas tu, bila dia sedar dia terus tanyakan arwah isteri dia. Tapi itulah, Allah lagi sayangkan arwah isteri dia tu. Meninggal masa honeymoon, dah takdir dia. Hesy, sedih umi kalau ingat-ingat balik cerita ni. Puan Salmah menggelengkan kepalanya perlahan mengenangkan kisah itu. Tidak dapat dia gambarkan perasaan Tengku Qalif yang kehilangan isteri pada saat-saat indah begitu. Imanina menelan liur. Jadi Tengku Qalif menangis sedih kerana pemergian isterinya? Sudah hampir setengah tahun, namun Tengku Qalif masih meratapi pemergian isterinya itu. Ya Allah... wujud lagi lelaki seperti itu di dunia ini. Lelaki yang... lelaki yang selama ini kewujudannya dinafi oleh Siti dan Kiara. Lelaki yang menepati ciri-ciri lelaki idamannya. Termenung pulak budak bertuah ni. Kamu berangan ke mana Nina? Orang tanya tak dijawabnya.

16

Acik Lana

Tersentak Imanina dengan suara uminya yang sedikit kuat. Terkulat-kulat dia memandang wajah ibu kesayangannya yang merenungnya tepat. Apa dia umi? Umi tanya apa? Umi tanya, macam mana Nina tau pasal Tengku Qalif tu? Tadi masa kenduri tak ada pulak Puan Sri kenalkan dia dengan umi. Puan Salmah mengulang semula soalannya. Bibirnya mendengus perlahan. Imanina ni memang kuat berangan, pantang lepa entah sampai ke bulan mana dah kepala anak daranya melayang. Ikut perangai siapa entah. Oh, Nina terserempak dengan dia dalam rumah Puan Sri. Nina nak ke toilet, ternampak dia dekat bilik dia, cerita Imanina bersahaja. Terpandangkan jelingan aneh uminya, pantas dia menukar jalan cerita. Errr... pintu bilik dia terlopong, Nina lalu depan tu memang ternampaklah dia. Lepas tu Puan Sri yang cakap lelaki tu anak dia. Hmmm... yalah. Lain kali jangan suka-suka nak masuk rumah orang. Walaupun Puan Sri dengan Tan Sri tu baik dengan kita, tak bermakna kita boleh buat rumah dia macam rumah kita. Nak masuk mintak izin dulu, jangan main redah aje. Umi tak suka. Nasihat Puan Salmah bersungguh. Ya, saya faham. Bersungguh-sungguh Imanina menganggukkan kepalanya. Sengaja mahu mengusik umi. Itulah dia, orang nasihat dia buat main-main pulak. Dah, umi nak masuk tidur. Oloh, marah ke Puan Salmah? Jangan marahmarah, nanti berkedutlah muka tu. Imanina masih mengusik. Tersengih-sengih dia memandang umi yang mengerlingnya.

17

Pelangi Cinta Buat Suami

Kalau berkedut muka umi ni, umi pinjam iron kamu. Gosok kat pipi ni hah, nanti eloklah licin semula. Tergelak besar Imanina mendengar balasan uminya. Alahai... pandai buat lawak emak aku ni. Eh, jubah Puan Sri dah siap, kan? Bila Nina nak hantar? Dah siap dah umi, manik pun Nina dah jahit. Umi jangan risau ye, esok mesti dia dah dapat baju tu, ujar Imanina memberi jaminan. Bukan sekali dua Puan Sri Khalida menempah jubah dan baju kurung dengannya, sudah banyak kali mereka berurus niaga. Dan itu merupakan bonus untuknya kerana Puan Sri Khalida akan memberi upah yang lebih daripada harga biasa. Lepas tu siap tolong promosi dengan kawankawannya pula. Rezeki dia, mana tahu lepas ni boleh buka butik pulak. Maklumlah, orang dah kenal produk dia. Bukan sembarang orang, tapi diva-diva Datin dan Puan Sri okey! Terkenangkan janjinya kepada umi, dia termenung seketika. Ah, nampaknya esok dia terpaksa ke banglo itu sekali lagi. Selalunya dia akan berikan tempahan Puan Sri Khalida kepada umi aje, dan umi akan serahkannya kepada driver Tan Sri untuk diberikan kepada Puan Sri Khalida. Tapi petang tadi Puan Sri Khalida sudah berpesan supaya dia menghantar sendiri baju itu ke rumah. Tan Sri ke Johor selama seminggu, jadi tak boleh main pass-pass and go lagi kali ini. Tak mengapalah, bukan jauh sangat rumah Puan Sri tu dengan kolejnya. Setelah uminya keluar dari bilik, Imanina menyambung menungan. Terfikir-fikir cerita sedih umi

18

Acik Lana

sebentar tadi. Jadi jelaslah maksud lagu Saat Terakhir itu, Tengku Qalif nyanyikan untuk arwah isterinya. Itu cara Tengku Qalif meluah rasa sedih dan pilu di hatinya. Satu jam saja kutelah bisa cintai kamu, Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup. Hmmm... tapi Tengku Qalif kena sedar, untuk apa meratapi pemergian orang yang telah pergi selama-lamanya. Memang dia idamkan lelaki yang setia sebegitu, tapi kalau dah setengah tahun masih nak menangis dan bersedih, itu lemah namanya. Lelaki kena kuat, cekal, gagah menempuh dugaan hidup, barulah boleh memimpin keluarga. Dan dia cukup yakin selama setengah tahun ini Tengku Qalif hanya terperap di dalam bilik. Tidak keluar, bersosial dan bekerja. Reaksi Tengku Qalif petang tadi sudah cukup membuktikan segalanya. Jelas dan nyata yang lelaki itu sudah memisahkan dunia realiti daripada hidupnya. Lelaki itu seolah-olah berada di dalam dunia lain. Dunia yang kelam dan kelabu, hanya ditemani oleh rasa pilu dan kenangan-kenangan bersama arwah isterinya. Daripada menyanyi macam tu, kan lebih elok kalau bersolat dan berdoa. Hadiahkan doa-doa indah untuk arwah isterinya, ada juga faedahnya. Jiwa pasti lebih tenang dan lebih yakin untuk meneruskan hidup. Hidup tidak mungkin berakhir hanya kerana satu kehilangan. Banyak lagi tanggungjawab di dunia ini yang belum tertunai. Kesetiaan Tengku Qalif akhirnya akan membinasakan diri sendiri. Dan lelaki itu masih belum sedar

19

Pelangi Cinta Buat Suami

bahawa apa yang dilakukan kini hanya akan memusnahkan dunianya. Bangkitlah wahai lelaki....

20

Acik Lana

Bab 3
EPALA terjenguk-jenguk di muka pintu yang terlopong luas. Liar matanya memerhati ke kiri dan kanan. Tidak nampak kelibat yang dicari, dia menoleh pula ke belakang. Alahai... mana bibik ni? Tadi aku ding dong bell bukan main laju dia bukak pintu. Ni dah menghilang ke mana? Jangan main-main bibik, terbayang cerita hantu Indonesia dah ni. Bik, ooo... bik. Saya masuk ye bik? laungnya sedikit kuat. Lama dia menunggu balasan namun suasana masih sepi. Jangan kan mahu melihat kelibat bibik, suara wanita itu pun tidak berbunyi langsung. Jenuh menimbang membulatkan tekad. keputusan, akhirnya dia

Alah, masuk ajelah. Campak baju ni atas sofa, lepas tu pecutlah balik rumah. Dah nak masuk maghrib ni, tak elok merayap rumah orang. Desisnya menyokong tekad di hati. Tanpa membuang masa, dia menanggalkan kasut di

21

Pelangi Cinta Buat Suami

muka pintu. Kemudian perlahan-lahan dia menapak masuk ke dalam ruang tamu yang luas itu. Matanya liar memerhati ke kiri dan kanan. Manalah tahu bibik ada hati nak main baba-cak dengan dia. Yalah, siapa boleh menjangka tekanan kerja kadangkala mampu mengubah sifat manusia. Pranggg! Berderau darahnya apabila terdengar bunyi bising dan kaca berderai di tingkat atas. Liurnya ditelan berkali-kali. Oh, mood seram kembali! Laju saja dia meletakkan jubah yang berbalut clothes protector itu di atas sofa. Dia mahu segera beredar, dia tidak mahu masuk campur dalam apa juga kejadian pelik di dalam banglo ini. Maaf tuan, maafin saya! Langkah Imanina kaku sebelum sempat sampai ke pintu depan. Suara mendayu-dayu bibik bagaikan meraih simpatinya. Telinga masih tekun mendengar, cuba menangkap sebarang bunyi yang mungkin kedengaran. Bimbang juga dengan kes-kes penderaan bibik yang berleluasa sekarang ini. Kau bodoh ke apa? Berapa kali aku nak bagitau kau, hah? Get out! jerkah satu suara yang amat membingitkan. Kuat sudah tentulah, kalau tidak masakan dia boleh dengar dengan jelas dari tingkat bawah. Imanina menggigit bibir. Dia cukup yakin itu adalah suara Tengku Qalif yang bad mood dua puluh empat jam. Dengan bibik pun boleh bawak gaduh, psiko sangat dah mamat ni! Gerutunya geram. Kalau nak ditinggalkan bibik menghadap hamburan ganas lelaki itu seorang, dia rasa bersalah pula. Tanpa berfikir panjang, kakinya laju menapak ke tingkat atas.

22

Acik Lana

Matanya kian galak memerhati ke seluruh ruang yang pernah dia jejaki sebelum ini. Seketika pandangan tertancap kepada bibik yang tunduk mengutip serpihan kaca di hadapan pintu bilik Tengku Qalif. Cemas dia melangkah menghampiri wanita itu. Bik, kenapa ni? Neng, jangan datang ke mari neng. Kacanya bersepah-sepah, nanti cedera kakinya. Bibik bersungguhsungguh mengisyaratkan Imanina supaya tidak mara ke hadapan. Imanina memerhati wanita itu yang masih sibuk mengutip kaca. Ya Allah, teruk sangat penyakit mental Si Tengku Qalif ni. Orang hantar makanan pun dia marah. Tengoklah tu, nasi dengan lauk-pauk habis bertabur atas lantai. Tahulah kau kaya kan, tapi hormatlah sikit yang semua ini rezeki. Ada pulak dicampak suka-suka hati! Maafin bibik ya neng. Tadi lepas dibuka pintunya, Tuan manggil bibik. Itu bibik enggak menunggu neng di pintu. Bibik meluahkan rasa serba salahnya. Eh, takde apalah bik. Saya faham. Tiba-tiba pintu bilik Tengku Qalif terkuak luas. Spontan mata Imanina melirik ke situ dengan riak terkejut. Bibik pula sudah pucat lesi melihat wajah garang Tengku Qalif yang muncul di muka pintu. Lelaki itu mencerlung wajah Imanina dengan riak bengis. Apehal ni? Yang korang memekak depan bilik aku ni kenapa, hah? Terpejam mata Imanina tatkala suara itu melengking tinggi ke telinganya. Nafas ditarik dalam-dalam. Kenapalah asyik itu saja dialog yang keluar daripada bibir Tengku Qalif? Dahlah tak ada budi bahasa, memekik aje kerja

23

Pelangi Cinta Buat Suami

dia. Bingitlah! Pandangannya dialihkan ke wajah garang lelaki itu. Maaflah Encik Tengku, saya datang sini cuma nak hantar baju Puan Sri. Saya naik atas ni pun sebab terdengar bunyi bising. Kut-kutlah ada benda tak elok berlaku. Ada orang rompak rumah ke, ada orang sakit terlentang ke, ada orang histeria ke, and thats why saya ada dekat sini. Salah? soal Imanina selamba. Lantak kaulah nak menyinga sekalipun! Sempat dia melirik kepada bibik yang terkebil-kebil memandang dirinya. Agaknya bibik pun terkejut ini kali pertama ada orang melawan mamat bengis ni kut. Hei perempuan, berani kau menjawab ye! Kau ni takde kerja lain ke selain nak menyemak dekat rumah aku? Baik kau berhambus! Berhambus sekarang! Hambur Tengku Qalif dengan mata merah menyala. Nafasnya berbahang ketika dia mendengus keras melepaskan rasa marah. Imanina masih mampu bertenang biarpun lelaki itu meluah geram tanpa bertapis. Orang gila tak elok dilayan dengan sikap gila juga, tapi dia dah tak tahan dengan mamat poyo ni! Oh, ini rumah encik ke? Saya ingatkan tadi rumah Puan Sri. Maaflah ya, saya tak periksa pulak yang encik ni ada bayar ansuran rumah banglo ni ke tidak. Memang saya tak tahu, sindirnya dengan senyuman sinis. What the.... Tengku Qalif mengetap kuat bibirnya. Semakin lama semakin membara darah panas di dalam dadanya. Wajah gadis bertudung pelik yang masih tenang memandang ke arahnya dipandang tepat. Bukan setakat tudung saja yang pelik, pakaian gadis itu juga nampak berlainan benar. Kelihatan menarik namun rasa baran di

24

Acik Lana

hatinya ini meleburkan apa juga tanggapan baik terhadap tuan punya mulut celopar itu. Dengar sini. Aku tak peduli apa pun niat kau datang sini, tapi sekarang aku nak kau berhambus sekarang jugak! Semak aku tengok perempuan macam kau ni depan muka aku. Get out! jeritnya melepas segala rasa berbuku. Nafas di dada masih turun naik menahan baran. Tangannya pula menongkat tubuh di ambang pintu biliknya. Kekurangan tenaga akibat jarang menjamah makanan membuatkan seluruh badan longlai, lemah tidak berdaya. Pandangan juga terasa berpinar-pinar kerana kurang tidur. Hati Imanina kian panas bila dijerkah tanpa sebab. Dia takkan mundur, dia bukan buat salah apa pun. Eh, semak lagi saya tengok muka encik tu! Dahlah muka macam orang tak mandi sepuluh bulan, lepas tu mulut kurang ajar tak reti bertapis. Encik ingat orang lain takde perasaan ke? Encik ingat encik tu siapa sampai nak maki hamun semua orang? Youre sick! Bulat mata Tengku Qalif dengan kata-kata yang meluncur lantang daripada bibirnya. Sempat juga dia menjeling reaksi bibik yang sudah terlopong melihat reaksi wanita itu. Ewah... bibik, dalam kutip-kutip kaca pun, sempat lagi menonton sinetron yang dilakonkannya ini. Kau ni memang cari pasal. Kau memang sengaja cabar aku. Kau tak kenal lagi aku siapa! Terhuyung-hayang Tengku Qalif keluar dari bilik menuju ke arah gadis itu. Mahu ditampar-tampar mulut celopar yang sesedap rasa mengutuknya. Huh, ada hati nak berlagak lagi tu. Perbetulkan jalan encik tu dulu, baru boleh nak ajar orang, sindir Imanina lagi.

25

Pelangi Cinta Buat Suami

Dah jalan senget-menget macam orang mabuk, ada hati lagi nak belasah orang! Shut up! Perempuan tak guna, idiot! tempik Tengku Qalif. Dalam rasa marah, dia cuba membawa diri kepada perempuan yang masih terpacak kaku, masih berwajah tenang menanti dia mara menghampiri. Berani sangat kau ya, kau memang nak kena! Namun baru beberapa tapak melangkah, kepalanya semakin terawang-awang, pandangan pula semakin kabur dan kelam. Kepala digelengkan beberapa kali, cuba melawan rasa pening yang menyengat tajam. Dia mahu mengajar perempuan gila itu, mahu dilepaskan semua rasa geramnya. Bayang tubuh itu semakin berlapis-lapis. Dari satu menjadi dua, dari dua menjadi tiga, dan tiba-tiba saja kakinya longlai tidak berdaya. Ya ampun, tuan! Ternganga Imanina tatkala melihat tubuh itu rebah terkulai ke lantai. Aik, tak sempat nak belasah aku dia dah pengsan? Neng, tuan jatuh atas kaca neng! jerit bibik cemas. Tersentak dengan jeritan itu, pantas matanya tersorot ke tubuh Tengku Qalif. Jelas kelihatan ada kaca-kaca kecil masih bertaburan di bawah tubuh itu. Ya Allah... ini bukan yang dia rancang! Hatinya kalut serta-merta, sangat-sangat cemas. Nanti macam mana kalau dia dituduh sebagai penyebab kematian lelaki itu? Membunuh anak Tan Sri pulak tu... ah, kau memang cari nahas Nina!

26

Acik Lana

Telefon ambulans, neng! Telefon ambulans! Arahan bibik menyedarkan Imanina yang diserang strok panik. Dia menganggukkan kepala dengan debaran di dada. Pantas telefon bimbit dari kocek seluarnya dikeluarkan. Berapa nombor talian kecemasan? Argh, time-time inilah dia nak jadi blur!

27

Pelangi Cinta Buat Suami

Bab 4
ATA yang masih berat dibuka perlahan-lahan. Masih ada rasa sengal dan sakit-sakit di seluruh tubuhnya. Tangan naik menyentuh dahi yang terasa pedih, ada sesuatu tertampal di situ. Pandangan yang sedikit kabur dihala pula ke ruang sekelilingnya. Asing. Semuanya tidak kelihatan seperti di dalam biliknya, serba-serbi berlainan. Mata melirik pula ke lengan kanannya yang bertampal di sana sini, juga kepada tiub air yang tergantung di sisi katil. Tengku Qalif mengeluh perlahan. Kenapa dia perlu kembali ke situasi ini sekali lagi? Terbaring lemah di atas katil hospital seperti sekarang membawa fikirannya kepada kenangan pahit dahulu. Dia pernah terbaring begini dan apabila dia tersedar dari lenanya yang panjang, Liyana sudah tiada. Sudah hilang ditelan bumi, sudah pergi dan tidak mungkin berganti. Sesungguhnya semasa dia tidur terlalu lama itu, dia telah kerugian yang amat besar. Dia tidak sempat menatap seraut wajah Liyana untuk kali yang terakhir dan dia juga tidak sempat mengucup dahi isterinya sebagai tanda

28

Acik Lana

perpisahan yang kekal sampai bila-bila. Tanpa sebarang pesan, tanpa sempat dia menyimpan wajah terakhir itu di ingatan, akhirnya dia ditinggalkan sendiri begini. Kehilangan Liyana mengubah hidupnya secara total. Dari gagah di puncak dunia, dia tersungkur jatuh menjunam terus ke bawah. Jatuh dan tidak berdaya lagi untuk bangkit meneruskan sisa hidupnya. Liyana sudah pergi... Liyana sudah pergi membawa seluruh hati dan kebahagiaannya. Perginya Liyana mematikan setiap rasa di segenap tubuh dan jiwanya. Kosong, hambar, sepi dan sunyi. Sukar dia mahu menerima hakikat kehilangan yang satu itu. Tiada lagi senyuman manja Liyana menghiasi mata, tiada lagi bisikan-bisikan lembut di telinga, tiada lagi sentuhan-sentuhan hangat membelai dirinya. Tiada apa-apa lagi yang tinggal. Semua sudah hilang. Kini dia hidup bertemankan kenangan-kenangan bersama Liyana. Kenangan indah yang akhirnya meluluhkan hati sendiri. Dia mampu tersenyum beberapa saat ketika mengingati kenangan indah mereka, dan kemudian menangis tatkala sedar hanya dia di sini. Dicari di kiri dan kanan, depan dan belakang, di setiap ceruk rumah dan bilik, namun Liyana tetap tiada. Gelak tawa dan canda Liyana yang singgah di telinga hanyalah igauan semata-mata, hanya khayalan. Mata dipejam rapat, cuba mencari-cari dirinya yang sudah lama hilang. Qalif dah sedar ya? Mata terbuka semula apabila suara mamanya menerobos ke telinga. Dia mengalih pandang kepada wanita yang melangkah masuk dengan mangkuk tingkat di tangan. Mungkin mamanya baru datang melawat. Ah, dia betul-betul

29

Pelangi Cinta Buat Suami

mahu bersendiri, tak mahu ada yang datang mengganggu. Tolonglah tinggalkan dia sendirian. Qalif, ni mama ada masakkan bubur ayam untuk kamu. Makan banyak sikit ye nak. Doktor kata badan kamu ni dah lemah sangat, kurang makan dan kurang minum. So, sekarang kamu kena topup tenaga banyak-banyak, baru boleh cepat sembuh. Come, mama suapkan. Puan Sri Khalida tersenyum mesra. Lembut suaranya memujuk hati Tengku Qalif persis memujuk anak kecil. Im not hungry ma... mama baliklah. Walaupun tersentak dengan kedinginan sikap anak lelakinya, Puan Sri Khalida masih cuba bereaksi tenang. Dia tahu Tengku Qalif bukan sengaja bersikap begini, anak lelakinya itu sudah terlalu lama hanyut dalam rasa duka. Bibir menguntum senyuman kelat, cuba membuang rasa terkilan di hati. Walaupun Tengku Qalif menolak, sebagai ibu dia tidak akan berputus asa. Tangannya ligat membuka dan menyusun mangkuk tingkat di atas meja berhampiran katil Tengku Qalif. Makan sikit Qalif, penat mama masak tau. Kalau tak berselera banyak, jamah sikit pun cukuplah. Puan Sri Khalida meletakkan pula mangkuk berisi bubur ayam di atas meja kecil yang merintangi katil anaknya. Wajah Tengku Qalif yang termenung jauh ditatap dalam-dalam. Tengku Qalif masih membungkam. Kepalanya ligat memikirkan punca kenapa dia boleh terlantar di sini. Terkenangkan luka-luka di tubuhnya, terpacul seraut wajah di ruang mata. Nafas mula keras menahan geram dan marah yang datang menyerbu. Siapa perempuan tu mama? Terpinga-pinga Puan Sri Khalida dengan soalan

30

Acik Lana

anak lelakinya yang tiba-tiba saja menerjah telinga. Terpandangkan raut tegang itu, dia tahu hati anaknya tidak senang. Perempuan? Perempuan mana maksud kamu ni? Perempuan mana lagi, perempuan yang menyibuk dekat rumah kita tu la. Yang kononnya datang nak hantar baju mama tadi. Who is she? soal Tengku Qalif sedikit kasar. Oh... Imanina ke maksud kamu? Nina tu anak Puan Salmah, secretary papa. Dia datang pun sebab.... I dont care why! sampuk Tengku Qalif berang. Wajah mamanya yang sedikit terkejut ditatap garang. Mama pesan dengan dia, jangan sesekali tunjuk muka depan Qalif lagi! Kalau Qalif nampak muka dia, memang nahas dia. Itu memang tanda dia nak merasa sangat penampar Qalif! Astaghfirullahalazim Qalif... kamu ni kenapa? Kenapa cakap macam tu kepada Nina? Puan Sri Khalida menarik nafas dalam-dalam, kemudian menggelengkan pula kepalanya tanda kesal. Kalau tak sebab Nina tolong kamu tadi, entah apa nasib kamu tahu tak? Nina tu punyalah berusaha tolong kamu, sampai habis terluka jari dia kena kaca. Dan apa pulak hak kamu nak tampar dia? Tengku Qalif terdiam. Hanya mata menjeling tajam ibunya yang masih membebel entah apa. Jari terluka sebab nak tolong aku? Baguslah, biar padan dengan muka dia. Kalau kaca tu tembus dalam perut perempuan tu sekalipun, ada aku peduli? Lantaklah, memang mulut kurang ajar! Marahnya dalam hati. Qalif, sampai bila kamu nak macam ni, nak. Sayu suara Puan Sri Khalida menutur kata. Anak lelakinya yang nampak terusik dengan kata-kata itu melarikan pandangan ke sisi. Isyarat enggan mendengar ayat seterusnya.

31

Pelangi Cinta Buat Suami

Arwah Liyana dah lama pergi. Kita yang hidup ni kena tabah, nak. Kena cekal untuk teruskan hidup. Takkanlah selama-lamanya kamu nak hidup bersedih macam ni? Bangkitlah Qalif, please move on. Mama nak tengok kamu macam dulu, tersenyum dan ceria dalam keluarga kita. Tengku Qalif merengus rimas. Kenapa semua orang asyik mendesaknya untuk melupakan Liyana? Dia tidak mahu melupakan isterinya. Dia tidak akan ingkar pada janji yang sudah dia tanamkan di hati Liyana. Sampai bila-bila pun dia akan sayangkan isterinya. Jangan sesekali ada yang berani memaksa dia membuang semua rasa itu ke tepi. Qalif penat, nak tidur. Mama baliklah. Tubuh diiringkan menghadap dinding. Biar dia menyepikan diri, bimbang kalau bersuara nanti mamanya pula yang sakit hati. Mata yang berkaca-kaca dipejam rapat. Liyana... nama itu terus-menerus disebut suara hatinya. Tidak akan jemu, tidak akan berakhir. Puan Sri Khalida memandang sayu kepada Tengku Qalif. Ya Allah... berilah kekuatan kepada anakku. Kembalikan dia kepadaku Ya Allah. Air mata yang mengalir di pipi diseka perlahan.

IMANINA bergolek-golek malas di atas katilnya. Tangan yang berplaster di sana sini dibelek seketika. Daripada rasa tenang, terbit pula rasa geram. Panas hati! Tangan mengipas-ngipas wajah yang terasa berbahang. Asal teringat pasal Tengku Qalif, dia panas. Asal panas, teringat Tengku Qalif! Apa ni, wei?

32

Acik Lana

Bibir merengus geram. Kalau tak difikirkan dirinya yang sudah dididik dengan nilai-nilai moral yang murni, memang tak kuasa dia nak menolong lelaki itu. Ingat senang ke nak papah badan besar macam tu ke tepi tadi? Mintak nyawa, okey! Bibik pun sampai terduduk-duduk atas lantai sebab tak mampu nak papah sebelah lengan majikan bengis tu. Ikutkan hati dia ni, memang dia nak biarkan saja lelaki itu tergolek di atas kaca sampai ambulans datang. Tapi bila ternampak darah di lengan Tengku Qalif, dia pulak panik tak tentu arah. Siap paksa-paksa bibik tolong sekali... aduh! Tapi itulah, lelaki keras hati macam Tengku Qalif mana reti nak berterima kasih. Silap-silap bila lelaki itu sedar dekat hospital nanti, surat saman sampai depan pintu rumah dia ni. Manalah tahu mamat tu tuduh dia yang menjadi punca kecederaan. Padahal dia cuit pun tidak, cuma lawan mata aje. Alih-alih dah tergolek pengsan. Yalah, mana tak pengsannya kalau badan tu lemah sangat. Bibik sendiri cakap Tengku Qalif tu suka skip makan, memanglah tak ada tenaga. Penat terlentang, dia mengiring pula ke sebelah kiri. Terkebil-kebil pandangannya yang kosong melayangkan lamunan. Dan seketika kemudian, bebola matanya melekat pada buku nota di atas meja belajarnya. Buku nota tebal yang dia curi tanpa sengaja di bilik Tengku Qalif tadi. Kelamkabut sangat mencari pengenalan diri lelaki itu, sampai segala benda dia capai. Sedar-sedar saja buku itu elok terselit di dalam begnya. Dia bukan berniat mahu mengambilnya, dia memang tak sengaja. Mungkin dia sudah terbiasa dengan rutin hariannya yang menyiapkan buku-buku kuliah lebih

33

Pelangi Cinta Buat Suami

awal. Buku yang dipilih diletak elok-elok di atas meja belajar. Bila bangun pagi esoknya, dia bersiap, capai buku di atas meja dan terus sumbat ke dalam beg silangnya. Agaknya tadi dia terbuat perkara yang sama. Berdiri depan meja, capai buku, sumbat dalam beg. Ah, bodohnya! Masalahnya itu meja Tengku Qalif, bukan meja kau Nina. Yang pergi rembat buku mamat tu kenapa? Kutuknya sendiri. Tapi nak buat macam mana, dia tengah panik tadi. Otak tak berfikir dengan betul sebab gelisah sangat, anak orang kaya tengah berdarah dekat luar bilik tu. Dia mengeluh lagi dengan rasa resah di dada. Cuba fikirkan macam mana dia nak pulangkan balik buku tu nanti? Kalau dia hantar dekat hospital dengan penuh sopan meminta maaf, confirm kena sembur dengan Tengku Hantu tu! Atau campak saja dekat laman rumah Puan Sri dan berlakon tidak tahu apa-apa? Hesy... keji sangatlah pulak! Tak pun buat bodoh saja macam buku itu tak pernah dia lihat sepanjang hidupnya? Tak pun buang dalam tong sampah? Tapi... macam mana kalau buku itu penting? Mana tahu Tengku Qalif ada simpan nombor telefon perempuan kat dalam buku tu? Tak pun nombor akaun bank dia yang ada berjuta duit dekat Dubai. Penting tu! Seketika dia bungkam dengan kepala masih ligat mencongak-congak tindakan apa paling baik harus dia ambil. Perlahan dia bangkit duduk dengan mata memanah tajam ke arah buku nota itu. Hanya satu cara untuk tahu... buka dan baca! Bibir mengukir senyuman nakal. Rasa hormat kepada privasi orang lain hilang

34

Acik Lana

melayang tatkala mengenangkan buku itu milik Tengku Qalif. Lelaki yang sah-sah tak reti nak menghormati orang lain. Jadi adillah, kan? Kau tak hormat orang, orang pun tak kuasalah nak hormat kau. Menurut rasa geram dalam hati, pantas Imanina bangkit dari katil menuju ke meja belajarnya. Rasa serba salah ditolak ke tepi. Dia cuma mahu tahu buku itu penting atau tidak kepada Tengku Qalif. Kalau penting, barulah dia boleh fikirkan cara untuk memulangkan semula kepada tuannya. Buku di tangan dibawa semula ke katil. Tubuhnya dibaringkan penuh selesa sambil tangan membelek-belek muka luar buku nota tebal itu. Bibir mengukir senyuman kecil. Dah macam nak baca buku cerita sebelum tidur pulak! Tengku Qalif, maaflah sebab saya bukak buku Tengku ni. Harapnya, hari raya nanti saya boleh mintak maaf dengan Tengku ya. Ucapnya bersahaja. Dengan lafaz bismillah, dia menyelak buku nota tersebut. Sesaat itu mata terpegun melihat tulisan tangan yang begitu cantik di halaman pertama. Kerana cinta Liyana... kutitipkan segalanya di sini.... TgQ - 27 Jan 1999. Bulat matanya apabila terbaca sebaris ayat yang ditulis cantik dengan dakwat hitam. Bibir diketap rapat. Tahun 1999? Pantas kepalanya mencongak dan membuat pengiraan. Wow, itu 13 tahun yang sudah. Siapa Liyana? Arwah

35

Pelangi Cinta Buat Suami

isteri dia mungkin. Hati mula meronta-ronta ingin tahu. Macam menarik! Hei, curi-curi baca diari orang lain memanglah menarik. Itu memang sifat sesetengah manusia, suka menyibuk rahsia orang. Imanina menarik nafas dalam-dalam. Patut atau tidak dia meneruskan pembacaan ke helaian sebelah? Hati berkira-kira sesuatu. Akal menyangkal dan menolak, namun hati menuntut yang lainnya. Sebagai hukuman atas sikap teruk Tengku Qalif, dia mengambil keputusan menyelak helaian berikutnya. Alhamdulillah, hubungan aku dengan Liyana dah semakin rapat. Dari bestfriend bertukar menjadi girlfriend. Penangan SPM mungkin. Demi Tuhan, perasaan kali ini terlalu benar. Tak pernah aku rasa aku akan jatuh cinta dengan gadis sepertinya. Liyana yang selama ini pendiam dan pemalu rupanya begitu bijak membuai perasaan aku. Comel bila merajuk dan marah. Hati berlagu riang. Terima kasih Allah. TgQ - 02 Feb 1999. Jantung Imanina bergetar halus membaca bait-bait indah luahan luhur daripada hati seorang lelaki. Tidak sangka sungguh yang Tengku Qalif ini boleh tahan juga romantisnya. Mana ada lelaki rajin sangat nak mencatat benda-benda

36

Acik Lana

macam ni dalam diari. Ni kerja perempuan, kerja perempuan macam dia. Dan nampaknya Tengku Qalif menduduki SPM tahun 1999, maknanya sekarang umur lelaki itu sudah pun mencecah 30 tahun, lima tahun lebih tua daripada dirinya. Matanya kembali menyorot catatan yang berikutnya pula. Liyana nampak cantik di airport hari ini. Dengan baju kurung bunga-bunga warna pink, rambut dilepas bebas, sekali lagi aku terpaku. Senyuman itu yang aku rindu selama bercuti di Kota London. Dan kini... Liyanaku ada di sisi. Im so blessed, alhamdulillah. TgQ - 28 Feb 1999. Tersenyum bibirnya membaca helaian itu. Tangannya yang mula terasa lenguh kerana menjulang buku nota tersebut memaksa dia menukar posisi kepada meniarap pula. Dia semakin berminat mahu tahu tentang kisah percintaaan Tengku Qalif dengan gadis bernama Liyana itu. Seperti membaca novel cinta, hatinya meronta-ronta ingin tahu adakah hero akan berbahagia dengan heroin di hujung cerita. Liyanaku menangis hari ini. Menangis sebab aku terseliuh ketika bermain bola tadi. Lembutnya hati kesayanganku itu... terseliuh pun dah melalak macam aku nak mati.

37

Pelangi Cinta Buat Suami

Cinta dalam hati itu, aku sudah tahu di mana parasnya. Tapi percayalah Liyanaku sayang, rasa di hati ini lebih banyak dari apa yang mampu kau bayangkan. TgQ - 10 Mac 1999. Jika tadi dia tersenyum, kali ini dia tergelak kecil dengan catatan yang agak lucu itu. Comelnya mereka berdua ini. Dan dia hampir tidak percaya yang luahan-luahan yang dibacanya itu lahir dari jiwa lelaki sekeras Tengku Qalif. Bertuah sungguh Liyana. Liyana jumpa mama hari ini. Alhamdulillah, mama nampaknya suka benar dengan Liyana. Siapa tak suka kalau wajah sejernih dan selembut itu singgah di mata. Mama beri restu, dan bila aku bukak soal kahwin, mama kata habiskan belajar dulu. Baru habis SPM dah sibuk nak kahwin. Mama tak tau ke yang aku nak cop Liyana awal-awal, takut kena kebas. Tapi aku tahu, hati Liyana tetap untuk aku... and we will be together, one day... insya-Allah :) TgQ - 18 Mac 1999.

38

Acik Lana

Imanina membelek beberapa helaian sebelumnya. Hmmm... nampaknya Tengku Qalif tak catatkan aktivitinya setiap hari kalau dilihat pada tarikh yang ada. Mungkin lelaki itu cuma abadikan perkara-perkara penting antara mereka berdua. Ah, sweet betul! Liyana di JB, aku di Melbourne. Semoga Allah lindungi kesetiaan aku di sini, dan semoga Allah sentiasa memelihara kesayangan aku di sana. TgQ - 04 Apr 1999. Okey, ini macam dah masuk part menarik. Ni mesti terpisah sebab sambung belajar ni. Desis hatinya membuat kesimpulan. Berjaya ke cinta jarak jauh macam ni? Maklumlah Tengku Qalif tu kacak dan Liyana pula digambarkan cantik menawan, pasti banyak dugaan yang datang. Hatinya masih rancak membuat kesimpulan. Hari ini hari jadi Liyana. Selamat hari jadi sayang.... Liyana menangis lagi bila aku tiba-tiba muncul di kampusnya. Liyana kata dia tak sangka aku ada depan mata dia, dan dia menangis sebab dia terlalu rindukan aku. Liyana tidak pernah tahu... yang aku sering sesak nafas di sana mengenangkannya.

39

Pelangi Cinta Buat Suami

Hati memberat kerana rindu, dan kalaulah Liyana tahu betapa comotnya calendar dalam bilik aku tu terconteng.... :) Tapi sayangku, Melbourne-Malaysia pernah terasa jauh keranamu. TgQ - 05 May 1999. Imanina menyentuh dadanya yang tiba-tiba berdegup deras. Hatinya kembang kuncup bagaikan ikut sama merasai kebahagiaan merpati dua sejoli itu. Tidak dinafikan dia benar-benar tersentuh dengan sikap Tengku Qalif yang jelas nyata berbeza. Lelaki itu begitu luhur, begitu ikhlas, dan begitu penuh dengan rasa cinta. Ya Allah... kenapa sejauh ini Tengku Qalif berubah watak? Tanpa sedar tangannya menyelak helaian demi helaian. Menikmati momen-momen indah antara Tengku Qalif dan Liyana yang penuh warna-warni. Dia bagaikan tercampak ke dalam kenangan itu, melalui satu per satu babak-babak yang tercatat penuh indah. tak

40

Acik Lana

Bab 5
IKIRAN Imanina menerawang jauh. Sejak pagi tadi otaknya seperti tidak berapa betul, asyik termenung memikirkan manusia yang wujud namun seperti tidak wujud di dunia ini. Ya, dia terfikirkan tentang diri Tengku Qalif la, siapa lagi. Dari malam tadi sampailah ke petang ini, hanya nama lelaki itu yang melekat kuat di dalam kepalanya. Macam dah tak ada benda lain dia nak fikir, macam dah tak ada benda lain yang mampu menarik perhatiannya. Keluhan kecil terlepas dari bibir. Buku drawing di hadapannya dipandang sepi. Hilang mood nak memotong kain untuk dibuat blaus, dia lebih suka memilih untuk termenung. Kalaulah dengan termenung blaus dia tu boleh siap tak apalah jugak. Ah, nak buat kerja memang tak ada mood! Pandangannya dikerling pula ke arah beberapa orang pelajar di dalam fashion workshop itu. Masing-masing kelihatan tekun menyiapkan rekaan baju untuk pertunjukkan

41

Pelangi Cinta Buat Suami

fesyen bulan depan. Semua orang rajin dan bersemangat, dia seorang saja yang nampak malas hari ini. Kepala dilentokkan ke atas meja beralas buku-buku fesyen yang dijadikan rujukan untuk rekaannya. Tangan pula mengetuk-ngetuk dada buku nota milik Tengku Qalif. Perasaannya bercampur baur, ada bermacam rasa di dalam sana. Keluhan kecil terhela di bibir. Sebab buku inilah fikirannya tunggang-langgang secara tiba-tiba. Dan kerana buku inilah juga dia bersengkang mata sampai ke pagi semata-mata nak khatamkan hingga ke hujung cerita. Mujurlah sempat habis, dan petang nanti bolehlah dia singgah ke banglo Puan Sri untuk berikan buku ini kepada Bibik. Dia sudah berpesan kepada bibik, buku ini perlu berada di atas meja Tengku Qalif sebelum lelaki itu pulang dari hospital petang nanti. Harap-harap sempatlah. Fikiran kembali tertumpu kepada buku nota berwarna coklat gelap tersebut. Kecewa, itu yang dia rasa. Penghujung kisah itu tidak seindah mana. Terlalu perit dan sedih dia membaca halaman-halaman terakhir yang dicatat oleh Tengku Qalif. Kisah penderitaan jiwa lelaki itu yang merintih sedih sejak kematian Liyana di saat mereka mengecapi kebahagiaan. Dia faham kenapa lelaki itu menderita dan bersedih sehingga berputus asa untuk meneruskan hidup. Mana tidak sedihnya, tidak sampai sebulan usia perkahwinan mereka, Liyana sudah meninggalkan lelaki itu. Bercinta punyalah lama, tapi bahagia cuma seketika. Dan dia turut sama merasai jerihnya penantian dua jiwa itu untuk bersatu. Penantian yang lama namun berakhir sekelip mata. Kalau diikutkan catatan pada buku itu, Tengku Qalif kembali dari Melbourne pada tahun 2004, dan pada

42

Acik Lana

tahun itu jugalah Tengku Qalif dan Liyana mengikat tali pertunangan. Lakaran kebahagiaan begitu jelas diungkapkan oleh Tengku Qalif di dalam buku itu. Siap ditulis hantaran apa, tema warna apa dan baju apa yang dipakai oleh Liyana. Oh well... itu sangat manis. Ada ke lelaki sepeka itu? Mungkin ada dan dia cukup yakin memang limited edition jumlahnya. Yang dia ingat, selepas bertunang Tengku Qalif bekerja di sebuah syarikat perkapalan di Klang selama dua tahun. Tapi tak ada pula lelaki itu tulis apa nama syarikatnya. Liyana pula bekerja sebagai seorang guru Sains di Shah Alam. Jadi cikgu... memang sesuailah dengan sikap Liyana yang digambarkan lembut dan penyabar itu. Ah, hatinya teringin benar mahu melihat seraut wajah yang dipuja-puja oleh Tengku Qalif namun sekeping gambar pun tidak terselit di situ. Yalah, ada sesetengah orang suka tulis diari dan tampal gambar-gambar kenangan yang ada. Tapi Tengku Qalif berbeza. Lelaki itu lebih suka menggambarkan setiap cerita melalui tulisannya. Daripada apa yang dia baca, dia dapat rasakan betapa cantik perjalanan cinta antara Tengku Qalif dengan arwah Liyana. Nak baca kisah tentang mereka bergaduh atau salah faham, memang tak ada langsung. Kalau ada pun cuma kes Liyana merajuk sebab cemburukan Tengku Qalif yang rapat dengan secretarynya. Itu pun merajuk-merajuk manja. Dan Tengku Qalif pun sangat hebat memujuk, siap bawa Liyana dinner dekat tepi pantai. Tak cukup dinner, Tengku Qalif bina pula istana pasir setinggi enam kaki. Tinggi tu, entah berapa lamalah dia siapkan agaknya. Imanina tersenyum sendiri. Tersangatlah romantis sikap lelaki itu, cair hati dia membacanya.

43

Pelangi Cinta Buat Suami

Selain sikap-sikap romantis lelaki bernama Tengku Qalif, dia benar-benar terpesona dengan bait-bait indah yang dicatat oleh lelaki itu. Setiap kata-kata cinta yang ditulis bagaikan lahir dari hati yang begitu ikhlas dan luhur. Cukup setakat membaca, dia sudah boleh merasakan betapa kuat perasaan lelaki itu terhadap Liyana. Jiwa, hati, cinta, perasaan, pandangan, sentuhan, semuanya milik Liyana. Tidak cukup bertuah lagikah gadis itu? Mendapat tempat yang paling istimewa di hati lelaki sehebat Tengku Qalif pastinya menjamin berjuta rasa bahagia di hati mana-mana perempuan yang memilikinya. Bibirnya diketap rapat. Sungguh, hatinya benarbenar kagum dengan Liyana. Pasti gadis itu begitu hebat dan sempurna sehingga lelaki seperti Tengku Qalif sanggup membutakan hatinya untuk perempuan lain. Seolah-olah segalanya sudah terkunci untuk Liyana seorang. Perlahan kepalanya yang terlentok ditegakkan semula. Tangan pula mencapai buku nota milik Tengku Qalif yang menjadi penemannya sepanjang malam semalam. Dengan keluhan berat, dia menyelak helaian terakhir yang dicatat oleh Tengku Qalif beberapa hari yang lalu. Sayu matanya meniti setiap tulisan yang kemas tersusun itu. Liyanaku... I would give my life away, if it could only be the same. Cause I cant still the voice inside of me thats calling out your name.... I miss you, and I always will. But, Im dying here without you. TgQ - 25 Jan 2012.

44

Acik Lana

Imanina menongkat kepalanya dengan tangan kanan. Entah kenapa bait-bait perkataan itu meruntun jiwanya, membuatkan dia hampir menangis mengenangkan nasib Tengku Qalif. Gila, kan? Semalam dia begitu benci dan meluat dengan lelaki itu, tapi hari ini semuanya berubah. Sekelip mata dia jatuh simpati kepada lelaki itu. Sekelip mata? Ya, memang gila! Perubahan mendadak ini berlaku kerana dia sudah hanyut sekali dengan kisah cinta Tengku Qalif yang dibacanya. Hati menjadi lembut kerana dia dan Tengku Qalif bagaikan bersatu. Apa yang ditulis oleh lelaki itu dengan mudah dia fahami dan dia rasa begitu dekat dengan diri dan hati Tengku Qalif. Nina! Terlalu terkejut dengan panggilan itu, buku di tangannya tercampak ke tengah meja. Kelam-kabut Imanina mencapai buku itu dan dilekapkan ke dada. Menutup rasa gelabah, segera anak matanya mencari wajah Siti dan Kiara. Apehal ni? Dah tak reti nak bagi salam ke? Tajam mata memanah dua sahabatnya yang mengambil tempat di meja yang sama. Kiara dan Siti tersengih-sengih tanpa sedikit pun riak bersalah. Kau menung dah sampai mana? Ada sampai bulan macam angkasawan handsome kita tu? Kiara menyindir dengan gelak kecilnya. Itulah, orang panggil banyak kali tak dengar, kan dah dapat suara petir Mak Cik Siti ni. Siti mengekek ketawa apabila Imanina menjeling kepadanya. Kertas-kertas lakaran yang baru dicetak tadi dihulurkan kepada tuannya itu. Kau ni kenapa? Tak sihat? Muka nampak semacam aje, soal Siti.

45

Pelangi Cinta Buat Suami

Pantas Imanina mengelengkan kepala. Tangan kanannya meraba-raba pipi. Nampak lain ke muka dia ni? Dia rasa okey saja cuma pening sikit sebab tak cukup tidur, balasan sebab sibuk sangat jaga tepi kain orang. Aku okey aje. Dah siap print? Berapa ringgit nak bayar ni? Kertas yang dihulurkan oleh Siti sebentar tadi dibeleknya. Hmmm... kau kena topup lagi dua puluh ringgit, balas Siti bersahaja. What? Mahalnya. Alah, kan aku dah bagi tiga puluh ringgit semalam, rungut Imanina. Aduhai, duit macam air! Buat assignment pakai duit, buat presentation pakai duit, serba-serbi guna duitlah! Nasib baik juga dia ada mengambil tempahan menjahit baju secara sambilan, dapat jugalah membantu umi dan ayah menanggung kos pembelajarannya yang bukan main mahal lagi ini. Memanglah, ini pun aku bayarkan dulu tau. Tapi jangan hutang lama-lama, aku nak pakai duit weekend ni, sampuk Kiara sambil tersenyum. Terpandangkan buku yang dipeluk Imanina, keningnya berkerut kehairanan. Kau baca buku apa tu? Errr... takde apa, buku saja-saja, bohong Imanina. Buku saja-saja? Serentak soalan itu terpacul dari bibir Kiara dan Siti. Imanina tersengih kelat. Hesy, mak cik berdua ni memang kuat menyibuk! Dan lagi, dia tak boleh bukak mulut yang dia curi-curi baca diari Tengku Qalif, mati kena ceramah free nanti. Siti dan Kiara ni walaupun tak bertudung kepala, tapi kalau bab-bab macam ni diorang sensitif. Nanti laju saja mulut nak menghentam perbuatannya.

46

Acik Lana

Buku apa, wei? Siti nampak sedikit tidak sabar. Errr... buku adik aku. Dia suruh aku baca sebab dia buat novel suka-suka. Imanina tersengih lagi. Habislah kau dik, akak jual nama kau sekejap. Yaya tulis novel dalam buku? Awat tak taip dekat lap-top aje, kan lagi senang macam tu, soal Siti yang berkulit hitam manis itu. Perlahan Imanina mendengus resah. Siti ini memang jenis suka menyoal selagi hati dia tidak puas dengan jawapan yang diberi. Kiara pula selalunya lebih suka buat hal sendiri, tak adalah sekronik Mak Cik Siti ni yang rajin sangat nak menyiasat. Hmmm... ni draft aje, balasnya menutup rahsia. Ye ke? Aku suka jugak baca novel, bak kasi aku tengok. Manalah tahu aku boleh komen-komen suruh dia improvekan. Siti tersengih seraya menadahkan tangannya di hadapan Imanina. Errr... sorrylah Siti, aku dah janji dengan Yaya yang takkan bagi orang lain baca. Lagipun dia malu sebab entah apa-apa aje ceritanya. Kalau dia dah edit nanti, aku kasi kau baca ye? Eh, jomlah kita potong kain. Imanina cepatcepat melarikan topik. Nanti kalau banyak-banyak sangat melayan soalan Siti, tak pasal-pasal kantoi pulak. Imanina segera memasukkan buku nota Tengku Qalif ke dalam beg sandangnya. Manalah tahu kalau tak nampak depan mata mungkin mulut Siti akan diam dari bertanyakan bermacam-macam soalan. Bibir menguntum senyuman lega. Nampaknya Siti tidak terlalu mendesak dan memaksa. Nafasnya ditarik lega menyorok rasa gelisah yang mengganggunya. Apa juga rasa pelik yang bertamu di hatinya

47

Pelangi Cinta Buat Suami

kini akan dicampak sejauh mungkin. Dia mahu menumpukan perhatian kepada tugasan penting mereka hari ini. Dia tidak boleh lalai dan terlalu memikirkan diri lelaki yang tidak penting itu. Tidak sampai sejam menghadap kain dan lakaran rekaannya, Imanina mengeluh untuk kesekian kalinya. Dia memandang sepi perca-perca kain yang melekat di tubuh patung tanpa kepala di hadapannya. Hilang mood, hilang idea, hilang minat dan hilang keghairahan di dalam dirinya. Perlahan dia melabuhkan duduk di atas kerusi. Dadanya masih berdebar-debar setiap kali sebaris nama itu terlintas di kepalanya. Berkali-kali dia berusaha untuk tidak menghiraukan ingatan itu, namun setiap kali itulah fikirannya tetap melencong ke sana. Nak semat jarum peniti pada kain, dia teringat kisah Tengku Qalif yang pernah membelikan kain pasang untuk Liyana sempena Hari Raya. Nak gunting kain, dia teringat pula kisah Tengku Qalif yang suka menggunting sendiri rambut Liyana. Nak buat apa pun, ada saja nama lelaki itu menyelit sama. Gila! Balik ni memang dia kena baca surah Yasin banyak-banyak supaya dia boleh lupakan kisah yang dibaca di dalam buku itu. Dah parah penyakit dia ni! Entah kenapa, tiba-tiba saja dia risaukan tentang diri lelaki itu. Bimbang sungguh jika Tengku Qalif patah semangat atau berputus asa untuk meneruskan hidup. Jauh di lubuk hati dia tahu yang Tengku Qalif seorang lelaki yang amat budiman. Lelaki itu mempunyai hati yang begitu lembut di sebalik kekasaran dan keangkuhan yang ditunjukkannya. Cuma sifat-sifat elok itu hilang seketika dek rasa hati yang terlalu berduka.

48

Acik Lana

Jiwa Imanina meronta-ronta dengan satu rasa. Dia rasa dia perlu membantu lelaki itu untuk bangkit semula mencari dirinya yang telah hilang. Lagipun setiap rasa, setiap kisah yang berlaku kepada Tengku Qalif semuanya sudah tersemat kukuh di kepalanya. Dia tahu apa yang lelaki itu rasa, apa lelaki itu lalui dan dia yakin dia boleh membantu. Nina, kenapa kau stop buat kerja? Kau okey ke tak ni? soal Kiara yang masih sibuk menjahit manik pada kain rekaannya. Siti yang sedang memotong kain ikut sama mengalih pandang kepada Imanina. Hmmm... aku pening sikit je. Pening? Kau nak Panadol tak? Ada kat dalam beg aku tu, ambiklah. Siti memuncung ke arah beg sandangnya yang berada di atas meja di hadapan Imanina. Imanina tersenyum sebelum menggeleng perlahan. Takpelah Siti, sikit aje ni. Aku nak rest sekejap, nanti okeylah tu. Siti dan Kiara berbalas pandang sebelum menjongket bahu. Hairan dengan sikap Imanina yang berubah ketara hari ini. Selalunya perempuan itulah paling kecoh dan bersemangat. Pantang mereka terhegeh-hegeh membuat kerja, laju saja mulut Imanina menceceh memberi kata-kata perangsang. Girls.... Imanina yang termenung jauh memanggil Siti dan Kiara dan pantas mereka menoleh ke arahnya. Nafas ditarik dalam-dalam, dia serba salah dan keliru. Korang percaya tak kalau aku cakap yang aku... yang aku.... Errr... kau apa Nina? Siti yang tidak sabar membuka mulut. Imanina mengalih pandang kepada dua sahabatnya yang masih mempamer riak kehairanan. Apa juga rasa yang

49

Pelangi Cinta Buat Suami

bergelodak dalam jiwanya ini bagaikan tidak mampu lagi ditanggung sendiri. Walaupun dia belum cukup pasti dengan perasaannya yang sebenar, tapi dia memerlukan pandangan Kiara dan Siti untuk membantunya menentukan apa yang betul dan apa yang salah. Korang percaya tak kalau aku cakap yang aku... yang aku dah jatuh cinta? Bagaikan dijangka, reaksi teman-temannya memang ketara. Siti melopong, Kiara ternganga dan tidak sampai lima saat, dua orang gadis itu sudah berdiri tegak di hadapannya. Kain ke mana, gunting ke mana, masing-masing sudah tidak peduli. Berita sehangat ini mana boleh ditangguh-tangguh! Siapa Nina? Siapa? Tell us now! Lelaki mana yang bertuah sangat tu? Entahnya, cakap cepat siapa? Wah, tak sangka diam-diam kawan kita ni dah ada boyfriend! Imanina tersenyum pahit. Soalan bertubi-tubi daripada Kiara dan Siti dibiarkan sepi. Kepalanya lebih ligat berfikir sendiri. Betul ke dia dah jatuh cinta dengan Tengku Qalif? Begitu aneh dan pelik tapi memang itu yang dia rasakan. Hati dan perasaannya terbuai-buai indah dengan sikap lelaki itu, fikirannya bagaikan melekat hanya untuk diri itu. Tapi malangnya... dia jatuh cinta dengan Tengku Qalif yang dibacanya di dalam buku nota, bukan Tengku Qalif angkuh yang berdiri lemah di hadapannya semalam. Memang orang yang sama, tubuh yang sama tapi sebenarnya terlalu berbeza.

50

Acik Lana

Dan dia benar-benar mahu lelaki itu kembali menjadi Tengku Qalif yang dahulu. Yang begitu halus jiwa dan perasaannya, yang begitu lembut membelai hati perempuan, yang penuh rasa cinta dan setia. Tapi mampukah dia menemui Tengku Qalif yang itu?

51

Pelangi Cinta Buat Suami

Bab 6
ENGKU QALIF merebahkan tubuhnya di atas katil setelah pintu bilik dikunci rapat. Berada di zon selesanya ini, dia berasa sedikit lega dan tenteram. Sepanjang tinggal di hospital beberapa hari yang lalu, dirinya bagaikan mayat bernyawa. Nampak terkelip-kelip mata dan bernafas di dada, namun sebenarnya dia benar-benar terseksa berada di sana. Saudara-mara yang datang menjenguk, sahabat handai yang datang melawat, semua itu membuatkan dia semakin tertekan. Mana tidaknya, masing-masing membawa niat yang sama. Niat untuk meyakinkan dia supaya melupakan Liyana. Geram! Kenapa diorang tak pernah faham yang Liyana takkan hilang dari hati dan fikiran aku? Suka hatilah aku nak fikir ke, nak rindu ke, nak kenang ke? Diorang sakit kat mana kalau aku buat semua tu? Diorang tak rasa apa yang aku rasa, bercakap memang pandailah! Bentaknya dalam hati.

52

Acik Lana

Bosan berbaring, dia bangkit dan duduk di birai katil. Lama dia termenung sendiri, fikirannya kosong dan melayang entah ke mana. Sekali-sekala tangan naik meraup muka dan kemudian melurut rambut. Rimas dan tertekan. Dia bangkit berdiri dengan perasaan yang masih gelisah. Kemudian langkahnya diatur perlahan ke jendela kamar yang tertutup oleh langsir berwarna biru gelap. Langsir tebal itu diselak ke tepi dan daun tingkap dikuak luas. Angin petang yang menerobos masuk melalui tingkap itu melegakan sedikit tubuhnya yang kegelisahan. Dahulu dia dan Liyana suka keluar berjoging dalam cuaca begini. Liyana sebenarnya kurang rajin bersenam, tapi dialah yang selalu mendesak dan memaksa. Baginya dia mahu yang terbaik untuk Liyana terutamanya dari segi kesihatan gadis itu. Dia mahu Liyana sentiasa sihat di sampingnya kerana dia benar-benar menjangkakan hubungan mereka akan kekal berpanjangan. Dia yakin dia dan Liyana akan berpimpin tangan sampai ke hari tua mereka, dia yakin dia dan Liyana akan punya keluarga yang bahagia, dia yakin isterinya akan sentiasa berada di sisinya. Tapi kini lihat apa yang dia ada? Mana Liyana yang disangka akan menemani hidupnya sehingga hari tua? Di mana isteri yang bakal melahirkan zuriat-zuriat keturunannya? Di mana? Ah, semua ini memang tidak adil! Tengku Qalif merengus sendiri. Berkali-kali dia menyalahkan takdir yang dianggapnya terlalu kejam dan keterlaluan. Dia sudah terlupa akan qadak dan qadar Allah yang sentiasa berputar dalam kehidupan manusia, dia lupa segala-galanya kerana dihimpit oleh rasa duka yang tidak terperi banyaknya.

53

Pelangi Cinta Buat Suami

Tangan meraup pula wajah yang ditumbuhi oleh jambang. Dia memang tidak ada hati untuk mencukur atau mengemaskan wajahnya. Untuk apa dia melakukan semua itu jika tidak ada Liyana yang mahu melihat dan memujinya. Biarlah dia tidak kacak, tidak wangi atau tidak indah dipandang sesiapa. Dia memang sudah tidak peduli. Selama ini semua yang dilakukannya hanya untuk Liyana, cuma Liyana. Bibir melirik senyuman tanpa sedar. Terbayangbayang keletah manja isterinya yang sering membuatkan dia ketawa. Gelak ketawa Liyana masih mampu diulang dengar di telinganya setiap masa, begitu juga dengan lirikan dan senyuman menawan isterinya itu. Dia tidak pernah lupa, dan dia tidak mungkin terlupa. Beberapa saat kemudian senyuman di bibirnya hilang serta-merta apabila mengenangkan seraut wajah itu hanya singgah di dalam kepala, bukan di alam nyata. Liyananya sudah pergi dan takkan kembali sampai bila-bila. Pedih sungguh hakikat itu. Jauh lamunan Tengku Qalif menerawang. Dia leka mengimbas, memutar dan mengulang tayang keindahan hidupnya suatu ketika dahulu. Hidup yang penuh dengan warna-warni dan berseri kini semakin jauh dia tinggalkan. Lamunannya tiba-tiba saja terhenti apabila bunyi deruman kereta mengganggu fikiran yang melayang jauh. Pandangannya melirik ke arah pintu pagar dan kelihatan sebuah Perodua Viva terparkir di situ. Dia tidak berminat untuk mengambil tahu siapa yang datang bertandang ke rumahnya. Baru saja berkira-kira mahu menutup tingkap, pandangannya terpaku ketika melihat susuk tubuh itu keluar

54

Acik Lana

dari kereta. Perasaan yang dingin serta-merta terasa hangat membara. Berlumba-lumba darah panasnya menyerbu ke muka. Bibir diketap rapat menahan geram. Perempuan keparat ni! Dan tanpa sedar langkahnya dihayun laju ke pintu bilik.

IMANINA tersengih-sengih apabila bibik muncul di muka pintu utama. Beg kertas berwarna putih yang berisi buku nota Tengku Qalif bertukar tangan. Dia mahu segera beredar, bimbang juga kalau-kalau Tengku Qalif dan Puan Sri Khalida tiba dari hospital ketika dia masih di sini. Neng, ngapain lambat benar datangnya? Imanina mengerutkan kening apabila mendengar soalan berbaur cemas daripada bibir wanita Indonesia itu. Dia mengerling jam di tangannya. Dia terlambat sangat ke? Rasanya dia hanya terlewat lima belas minit dari waktu yang dia janjikan. Takdelah lambat sangat ni, kenapa bik? Waduh, neng lambat benar datangnya. Bibik tertoleh-toleh ke arah tangga dengan riak cemas. Tuannya udah pulang neng, tuan udah ada di kamarnya di atas. Waduh, gawat gaya gini! Imanina terlopong. Berdebar-debar dadanya mendengar berita daripada bibir bibik itu. Kalau lelaki itu sudah balik, memang susahlah bibik mahu menyusup ke dalam bilik dan meletakkan buku itu di atas meja semula.

55

Pelangi Cinta Buat Suami

Alahai... macam mana ni bik? Jalan jammed la tadi, sebab tu saya lambat. Tapi bibik kata dia balik pukul enam, ini baru pukul lima empat puluh lima, bik. Imanina mengerling lagi jam di tangannya. Bibik jangka saja neng, sebab Puan Sri kata pukul enam baliknya. Tapi tadi tuan pulang sendiri naik taksi, Puan Sri enggak ada. Bibik mengeluh bimbang. Neng, gimana bibik mahu simpan buku ini neng? Bibik takut, tuan enggak suka orang masuk ke kamarnya. Imanina mengeluh resah seraya meramas jarijemarinya. Bimbang, kecut perut, menggeletar lutut, semua ada! Patutnya dia buang aje buku tu, buat-buat tak tahu. Kan sekarang dah dapat masalah! Bik, dia ada jerit-jerit tanya buku dia tak tadi? Belum lagi neng. Barangkali belum sedar bukunya hilang. Hah, kau lagi! Kau nak apa pulak kali ni? Imanina dan bibik tersentak mendengar suara melengking kuat itu. Spontan mata Imanina mengerling ke arah tangga. Terpandangkan riak tegang Tengku Qalif, debaran di dadanya semakin menggila. Ya Allah... dengan lelaki ini ke aku jatuh cinta? Macam tak sanggup aje. Errr... neng, bibik masuk dulu. Bibik menghantar isyarat mata yang buku itu mahu diletakkan di dalam bilik Tengku Qalif sementara lelaki itu berada di bawah ini bersamanya. Secara sembunyi Imanina mengangguk tanda faham. Apa kau buat kat sini? Tersentak Imanina dengan suara yang begitu

56

Acik Lana

garang menjerkah. Wajah Tengku Qalif yang berdiri di ambang pintu dijeling sekilas. Tajam sekali mata itu merenungnya, namun entah kenapa jantung ini berdegup laju. Mata redup yang dipayungi kening lebat itu kelihatan begitu menawan. Hey, kau pekak ke apa? Kau nak menyusahkan aku lagi kali ni? Kau tak sedar apa kau dah buat pada aku kelmarin? Suara itu masih tinggi memarahinya. Imanina memejamkan matanya seketika, cuba untuk mengumpul kekuatan dan sedikit keberanian. Kemudian dia mengangkat muka, membalas renungan garang lelaki tegap yang masih mencerlungnya tajam. Masih ada kesan-kesan luka di lengan dan dahi lelaki itu namun kelihatan sudah beransur pulih. Saya tak pekak, dan saya bukan nak menyusahkan sesiapa. Saya datang sini sebab nak hantar barang Puan Sri, tu aje. Jawabnya tenang. Pasal kelmarin tu tak payahlah Tengku nak salahkan saya pulak. Jangan salahkan saya kalau Tengku yang lemah sebab tak cukup makan sampai jatuh sendiri, saya cuit pun tidak. Oh ya, saya cuma lawan mata aje dengan Tengku masa tu, tak sangka pulak sampai boleh pengsan. Wh... what? Rahang Tengku Qalif bergerak-gerak menahan geram. Tapi sebab saya dah tolong papah tengku so, saya tak buat salah, kan? In fact, Tengku yang terhutang budi dengan saya. Am I right? Menggelegak darah Tengku Qalif mendengar celoteh selamba daripada bibir perempuan itu. Dikerling jarijemari Imanina yang masih berplaster namun tidak ada sekelumit pun rasa simpati, jauh sekali terhutang budi.

57

Pelangi Cinta Buat Suami

Kau ingat, aku ni bodoh sangat ke? Kau sengaja buat aku macam tu sebab kau nak nampak baik depan mak bapak aku kan? Apa motif kau ni? Kau ada niat nakkan harta mak bapak aku, kan? Hey, perempuan macam kau ni memang tipikal, mata duitan! tuduh Tengku Qalif. Terhenyak pedih perasaan Imanina. Dia cuba bersabar apabila mengenangkan keperitan dan kejerihan hidup yang dilalui oleh Tengku Qalif. Lelaki itu masih bermurung, pasti emosinya tidak stabil dan boleh bersikap macam orang gila. Sabarkan hati kau Nina, sabarkan hati kau. Bisiknya memberi sedikit semangat kepada diri sendiri. Nakkan harta mak ayah Tengku? Oh my, dia ni takde idea kelas sikit ke nak sakitkan hati orang? Drama sinetron betullah. Imanina mencebikkan bibirnya dan dia nampak dengan jelas mata Tengku Qalif terbeliak memandangnya. Kau sedar tak kau bercakap dengan siapa sekarang? Pekik Tengku Qalif menghambur marahnya. Demi Tuhan, dadanya bagaikan mahu pecah kerana terlalu sakit hati dengan sikap jengkel perempuan di hadapannya ini. Oh, sebelum tu saya nak tanya something. Sebelum Tengku berniat nak sembur-sembur saya ni, Tengku ada gosok gigi tak? I cant stand that smells, busuk sangat! Berapa lama Tengku tak mandi ni? Euww youre so petty, unmanly! Imanina buat-buat mengipas hidungnya. Sengaja memprovokasi. Semakin berapi dada Tengku Qalif mendengar sindiran daripada bibir Imanina. Busuk? Berani sungguh gadis itu memberi komen tentang penampilannya. Dia sendiri sudah tidak ingat bila kali terakhir dia mandi, mungkin tiga hari yang lepas. Jadi mungkin benar badan dan mulutnya

58

Acik Lana

berbau, tapi dia peduli apa kalau perempuan gila itu tidak selesa sekalipun! How dare you said that. Bibirnya diketap menahan geram. Ah, Im sorry! It kind of slipped out. Balas Imanina seraya menampar perlahan bibirnya. Aksi menyindir. Shut up! Kau ni memang nak makan penampar agaknya! Tengku Qalif menaikkan tangan seolah-olah mengugut namun gadis bernama Imanina itu masih tegak berdiri di hadapannya tanpa rasa gentar. Jangan nak tampar dulu, saya takut nanti Tengku tergolek dekat depan pintu ni takde orang nak tolong. Eh, tapi kalau depan pintu lagi senang orang ambulans nak kutip Tengku, kan? sindir Imanina bersahaja. Biarkan, dia memang mahu lelaki itu ingat siapa dirinya. Hey perempuan gila, kau mencabar aku ya? Kau ingat aku tak berani nak tampar muka kau tu? herdik Tengku Qalif sekuat hati. Turun naik nafasnya melawan amukan di dada. Saya tak kata Tengku tak berani, I just... Tidak sempat Imanina meluah sehabis kata, lengannya tiba-tiba direntap kuat. Bergegar jantungnya dengan rasa cemas yang tidak terduga. Dasar perempuan tak ada adab! Kau ni memang patut diajar menghormati tuan rumah! Tengku Qalif menguatkan cengkaman tangannya. Dia sedar gadis itu meronta-ronta kesakitan, namun dia buat tidak peduli. Memang itu yang dia mahu! Sudah diberi amaran, jangan sesekali cuba mencabar dirinya. Imanina benar-benar panik ketika Tengku Qalif menarik kasar tangannya ke pagar rumah. Oh, sekarang nak

59

Pelangi Cinta Buat Suami

menghalau la ni? Tak payah susah-susah kut, bukannya dia tak reti nak balik sendiri. Gerutunya tidak berpuas hati. Lengannya yang masih dicengkam kemas oleh lelaki itu terasa semakin perit. Berkali-kali dia cuba melepaskan diri namun kudratnya tidak terlawan dengan tenaga dari tubuh Tengku Qalif. Kata kurang makan, sekarang ni tenaga dari mana pulak lelaki itu dapat? Apabila dia dan Tengku Qalif berdiri di hadapan pagar, dia dapat merasakan pegangan lelaki itu mula longgar. Kesempatan itu diambil dengan merentap lengannya sekuat hati. Let me go! marah Imanina. Matanya membalas pandangan tajam Tengku Qalif. Merah muka lelaki itu menahan marah. Seketika dia mengamati tubuh lelaki yang tegak berdiri di hadapannya itu. Lelaki itu memiliki ketinggian yang sempurna, jauh lebih tinggi daripada dirinya. Dan kalau Tengku Qalif berniat mahu menyekehnya, memang senang sungguh kerja lelaki itu. Kata saya takde adab, adab Tengku tu elok sangat ke terjaga? Siapa izinkan pegang-pegang saya? Kita ni bukan muhrim tahu tak?! Imanina melemparkan rasa tidak puas hatinya tatkala teringatkan perbuatan Tengku Qalif sebentar tadi. Pertama kali ada lelaki memegang tangannya, rasa nak tercabut nyawa yang satu ini. Oh, shut up! Kau tu baik sangat ke? Kau jangan ingat aku boleh terpedaya dengan gaya warak kau ni. Kau ni agaknya pakai tudung sebab nak berfesyen, bukan sebab kau betul-betul jaga aurat kau tu! balas Tengku Qalif dengan suara masih berada di paras ton menjerit. Imanina tersentap. Kurang asam! Sedap mulut aje menuduh orang pakai tudung sebab nak berfesyen. Bibir

60

Acik Lana

diketap geram. Kalau diikutkan hati, memang dia sepaksepak tulang keting lelaki bengis di hadapannya ini namun dia masih berfikiran waras. Sungguh, dia hampir terlupa yang lelaki ini adalah lelaki yang sama telah mencuit hati dan perasaannya. Jauh berbeza, langsung tidak serupa macam langit dengan bumi. Jangan nak persoalkan keimanan saya, you dont even know me! tempelak Imanina tegas. Dahlah, malas saya nak melayan orang macam Tengku ni. Lain kali bawakbawaklah jenguk dunia luar sikit, terperuk dalam bilik pagi petang siang malam buat apa? Sebab tu bila saya pakai macam ni, Tengku dah macam beruk dapat bunga, jakun tak bertempat! Tidak mempedulikan reaksi Tengku Qalif, dia segera menapak keluar menuju ke keretanya. Dia tahu sangat yang Tengku Qalif dah nak meletup marah, merah padam mukanya. Lantak! You.... Tengku Qalif mengetap bibirnya rapat. Dia mahu meluah kata, mahu memaki hamun, mahu menghambur kata-kata kesat namun kerongkongnya tersekat kerana terlalu marah. Bagaikan ada ketulan besar yang tidak mampu dia lontarkan keluar. Tajam matanya mengekori langkah bersahaja Imanina ke kereta. Sempat pula gadis itu memberi salam sebelum memecut beredar dari situ. Dadanya membungkam. Imanina, aku takkan lupakan kau. One fine day, kau akan dapat balasannya!

61

Pelangi Cinta Buat Suami

Bab 7
UANG restoran mewah yang dimasuki oleh Imanina dan Puan Salmah agak lengang dan hanya ada beberapa buah meja saja diduduki oleh pelanggan. Di dalam hati, Imanina begitu kagum dan teruja. Bukan selalu dia berpeluang masuk ke dalam restoran mewah seperti ini. Setakat restoran makanan segera, memang selalulah jadi port dia dan kawan-kawannya. Selama ini pun, mereka sekeluarga lebih suka makan mewah di restoran-restoran biasa. Kalau bukan di restoran Kelantan, mereka akan ke restoran yang ada menjual ikan bakar. Ambil lauk-pauk sampai penuh meja pun masih dikira mampu, memang berbaloi-baloi. Puan Sri Khalida, please, ucap Puan Salmah dengan memberi nama Puan Sri Khalida sebagai password kepada seorang pelayan lelaki yang menyambut kehadiran mereka. Tanpa banyak soal, lelaki itu segera membawa mereka ke arah sebuah meja yang agak tersorok di sudut restoran itu.

62

Acik Lana

Imanina berbalas senyum dengan Puan Sri Khalida yang menggamit kehadiran mereka. Salam berbalas mesra. Maaflah Puan Sri, jammed teruk tadi. Ada accident. Puan Salmah yang melabuhkan duduk di hadapan wanita bergaya itu meluahkan rasa kesal. Segan juga apabila wanita seperti Puan Sri Khalida yang terpaksa menunggu dia dan Imanina di sini. Dah terbalik pula, diorang pulak yang jadi tetamu VIP. Its okay Sal, saya pun baru sampai ni. Puan Sri Khalida tersenyum senang hati. Pandangannya hinggap pula ke wajah Imanina yang cantik bergaya seperti biasa. Memang dia akui, anak Salmah yang seorang ini begitu bijak berfesyen. Bukan setakat bergaya untuk diri sendiri, menjahit dan mereka baju pun bukan main hebat lagi. Baju yang dijahit oleh Imanina memang begitu selesa terletak di tubuhnya. Teliti dan rapi buatannya. Sebab itulah dia rajin memperkenalkan rekaan Imanina kepada kawan-kawannya, dapat juga gadis itu menambah mata pencarian keluarga mereka. Sal, Nina, orderlah nak makan apa. Jangan malumalu, order aje apa yang tekak terasa nak makan. Lagipun, bukan selalu kita dapat makan bersama macam nikan? Imanina tersengih kelat. Memang Puan Sri Khalida amat baik orangnya. Tidak kedekut dan tidak pernah sesekali menayang lagak dengan status yang ada pada dirinya. Orangnya pun beriman, seringkali Puan Sri Khalida mengadakan majlis-majlis agama di banglonya. Tapi itulah, nak order pun dia rasa serba salah. Awal-awal tadi umi sudah berpesan supaya dia tidak order makanan yang mahal-mahal. Walaupun orang pelawa dengan ikhlas, kena berjimat jugak dan tak boleh ambil kesempatan.

63

Pelangi Cinta Buat Suami

Aduhai... tapi mata dia ni asyik melekat pada menu beef steak yang berharga RM85 ini aje. Nak jugak dia merasa steak mahal, sedap benar ke dagingnya? Nina? Orderlah. Puan Sri Khalida menegur setelah gadis itu terkulat-kulat memilih hidangan di dalam menu. Errr... Nina kenyang lagi ni Puan Sri. Haah. Kami baru je makan tengah hari kat rumah tadi. Puan Salmah pula menokok. Imanina tersenyum kelat dan menganggukkan kepala mengiyakan kata-kata uminya. Makan tengah hari dengan mi goreng lebihan pagi tadi sebab umi tak sempat masak nasi dah terkocoh-kocoh nak keluar. Umi bimbang Puan Sri Khalida menunggu mereka lama di sini. Terpandangkan menu di tangannya, Bunga (Imanina) menelan liur. Wahai beef steak... tunggu aku dah jadi fashion designer terkenal, dah banyak duit, baru kita berkenalan, okey? Sekarang kita cuma boleh jeling-jeling, pandang-pandang saja. Hesy, tak mahulah macam ni. Hari ni saya memang dah berniat nak belanja. Lagipun Nina dan Sal dah banyak tolong Tan Sri dan saya. Puan Sri Khalida tergelak kecil. Dia tahu benar yang mereka segan dengannya. Nina, aunty orderkan beef steak untuk Nina ye? Kat sini steak dia sedap tau. Imanina terlopong seketika. Alahai... magiknya Puan Sri Khalida ni, macam tahu-tahu aje aku mengidam yang tu. Ke dia nampak mata aku terkelip-kelip pandang gambar beef steak tadi? Dalam teragak-agak, matanya menjeling umi dan umi menganggukkan kepala tanda memberi keizinan. I love youlah umi!

64

Acik Lana

Errr... bolehlah Puan Sri. Nina try yang tu, ujarnya dengan senyuman segan. Sal pulak? Dah pilih nak makan apa? Pandangan Puan Sri Khalida beralih pula kepada Salmah yang masih membelek menu di tangan. Cuba Seafood Platter dia ni, Sal suka seafood, kan? Puan Salmah tersenyum segan. Setelah dipelawa berkali-kali oleh wanita itu, dia jadi serba salah pula mahu menolak. Lagipun beria-ia benar Puan Sri Khalida mengajaknya keluar di hari minggu begini, bosan agaknya sebab Tan Sri outstation ke Johor Bahru. Setelah pesanan dibuat, mereka duduk bersembangsembang dan sesekali ketawa ceria. Banyak topik yang mereka bualkan ketika itu, dari kisah bisnes Tan Sri, sehinggalah halhal fesyen masa kini. Lagi pula mereka semua bertudung, jadi perkembangan fesyen wanita muslimah memang menjadi minat Puan Sri Khalida. Imaninalah yang paling banyak memberi buah fikiran dan cadangan, dah macam perunding imej Puan Sri pula. Aunty memang suka tengok cara Nina bertudung, unik. Walaupun unik, tapi masih menutup aurat. Cantik dan manis aje. Puji Puan Sri Khalida seraya mengelap bibirnya dengan napkin. Pinggan yang sudah kosong di hadapannya segera dikutip oleh pelayan yang memang sentiasa bersedia di sisi meja mereka. Thanks, Puan Sri. Nina memang suka bereksperimen, harap tak nampak macam Lady Gaga sangatlah. Balas Imanina dengan gelak kecilnya. Saya ni tak kisah Puan Sri, asal jangan yang bukan-bukan dipakainya. Tengoklah zaman sekarang ni, fesyen pelik-pelik sangat. Pakai berlitup di atas, bawah pulak

65

Pelangi Cinta Buat Suami

singkat ke betis. Hesy, kalau Nina pakai macam tu memang saya koyakkan terus kain dia tu. Puan Salmah tersenyum ceria. Mata mengerling Imanina. Dalam berlawak, dia menyampaikan pesan juga kepada anak gadisnya itu. Dia tidak mahu dalam keghairahan berfesyen, Nina terlupa dan alpa dengan apa yang betul dan apa yang salah. Taklah, saya tahu Nina tak macam tu. Awak pandai jaga anak-anak awak Sal, awak tak payah risau. Puan Sri Khalida tersenyum kecil. Tiba-tiba, wajahnya berubah mendung. Awak bertuah sangat Sal, nasib awak tak macam saya. Saya ni anak-anak asyik peningkan kepala aje. Mana nak layan kerenah Si Qalisha yang makin liar tu, mana nak fikir pasal Qalif yang dah patah semangat tu lagi. Hmmm... lamalama boleh sakit jantung saya ni. Tersentak, Imanina menelan liur ketika nama itu singgah ke telinganya. Nama Qalisha dia tidak peduli sangat, nama yang lagi satu itu benar-benar mengusik hatinya. Bila nama itu disebut-sebut, mulalah dia rasa tidak sedap badan. Hati pun mula berdegup tidak tentu arah. Sudah seminggu kejadian dia bertekak dengan Tengku Qalif berlalu, namun kepalanya masih liat mahu membuang nama lelaki itu. Pelik, dia memang dah jatuh cinta betul-betul ke? Dan paling gila, dia sanggup berpusing jauh semata-mata mahu melintasi rumah Puan Sri Khalida setiap kali balik dari kolejnya. Bukan singgah pun, saja lalu lalang depan banglo itu. Betullah orang cakap, dah jatuh cinta memang banyak benda-benda mengarut kita sanggup buat. Tak dapat tengok orangnya, tengok bumbung rumah pun jadilah. Hesy, old skool betul kau ni Nina! Kutuk hatinya sendiri.

66

Acik Lana

Imanina sekadar diam dan mendengar Puan Sri Khalida bercerita dengan umi tentang Qalisha. Dia kurang berminat apabila kisah gadis sosial yang sebayanya itu dibentangkan. Apa nak pelik, gadis kaya dan moden seperti Qalisha memang sukakan hidup penuh hiburan. Tidaklah semua begitu, cuma segelintir remaja seusianya mungkin suka mencuba sesuatu yang baru. Lagi pula kalau hidup mewah dan mampu memiliki segala-galanya, langkah pasti lebih panjang. Dengan sabar Imanina menadah telinga mendengar satu per satu aduan Puan Sri Khalida tentang Qalisha. Dia ternanti-nanti kisah Tengku Qalif menjadi bahan bualan. Banyak yang dia mahu tahu tentang lelaki itu. Entah apa khabar agaknya, seminggu tidak nampak muka risau pula kalau-kalau lelaki itu sudah gila. Nauzubillah... tak baik cakap bukan-bukan. Apa yang terlahir dari bibir itu kan satu doa. Tengku Qalif tu, Puan Sri tak cuba bawak berubat ke? Yalah, kita ni kena ikhtiar, tak boleh biarkan dia macam tu aje. Takut jugak nanti makin teruk emosi dia terganggu. Terdengarkan nama Tengku Qalif disebut-sebut oleh umi, Imanina rasa seperti mahu menadah tangan tanda bersyukur. Akhirnya terpacul juga nama lelaki itu di bibir umi. Tangan mencapai gelas berisi air kosong, diteguk sekali dua dengan dada berdebar-debar menanti balasan Puan Sri Khalida. Itulah Sal, saya ni dah tak tahu nak buat apa dah dengan Qalif tu. Dari cara moden, sampailah cara islamik saya nak cuba, tapi susah sebab Qalif tu yang menolak. Bila orang datang nak ubatkan dia, dia duduk dalam bilik kunci pintu semua. Mengamuk jangan ceritalah, habis barangbarang dibalingnya, keluh Puan Sri Khalida dengan riak mendung. Runsing sungguh hatinya mengenangkan diri

67

Pelangi Cinta Buat Suami

Tengku Qalif yang entah bila mahu sembuh seperti sediakala. Dia benar-benar mahu melihat Tengku Qalif hidup bersemangat dan ceria seperti suatu masa dahulu. Dalam diam Imanina masih ralit memerhati. Telinganya dibuka luas-luas untuk mencerna setiap butir perkataan daripada bibir Puan Sri Khalida. Kalau cerita pasal Tengku Qalif aje, memang mood di hatinya ini berkobarkobar. Cuba bukak cerita pasal lelaki lain, memang dia boleh menguap kebosanan. Silap-silap tertidur terus. Mungkin dia sendiri yang tak nak berubah, Puan Sri. Dia memang nak hidup macam tu agaknya, hidup dengan terus mengenang arwah Liyana. Puan Salmah bersuara tenang. Tapi Puan Sri sekeluarga kena banyak menyokong dia, jangan buat dia rasa sunyi atau keseorangan. Kita tahu yang dia sayang sangat dekat arwah Liyana tu, lagi pulak bercinta dari zaman sekolah. Ambik masa agaknya dia nak lupakan kenangan-kenangan diorang tu. Arwah Liyana pun meninggal masa diorang baru-baru kahwin, itu agaknya punca Tengku Qalif susah nak terima kenyataan. Puan Sri Khalida mengangguk perlahan. Pandangan dilemparkan ke ruang restoran yang masih lengang. Hakikat sebenar hati tuanya resah dan gelisah mengenangkan anak harapan keluarga yang seorang itu. Dia dan Lokman sudah buntu bagaimana mahu memulihkan Tengku Qalif. Dan Tengku Qalif sendiri tidak berusaha untuk berubah, lebih suka terperuk di dalam bilik dan termenung setiap masa. Anaknya itu juga langsung tidak mahu bercampur dengan orang lain, dengan keluarga sendiri pun sama. Saya risau Sal. Dia dah lama tak kerja, keluar dari rumah pun tak nak. Nak jumpa orang luar jauh sekali, memang dia tak suka. Hati saya dengan Tan Sri tak tenang macam ni. Dengan saya pun kadang-kadang sampai dua tiga

68

Acik Lana

hari dia tak nak bercakap, duduk aje berkunci dalam bilik. Keluhan kecil terhela daripada bibir Puan Sri Khalida. Awak pun tahu kan yang Tan Sri kena transfer ke Rusia tahun depan? Makin pening kepala saya tengok keadaan dia macam ni. Tersentak Imanina dengan apa yang didengarinya. Tan Sri kena transfer ke Rusia? Dada mula berdebar kencang, ada rasa tidak enak menyelit di celah hatinya. Kalau Tan Sri pindah ke Rusia, Tengku Qalif ikut sekali ke? Tengku Qalif cakap apa pasal ni? Dia nak ikut Puan Sri sekali ke sana? soal Salmah prihatin. Imanina memandang tepat ke wajah Puan Sri Khalida. Tidak senang duduk menanti jawapan daripada bibir wanita itu. Terpandangkan Puan Sri Khalida mencapai gelas dan meneguk minuman, semakin tidak keruan hatinya. Dia mahukan jawapan segera. Macam mana kalau Tengku Qalif pergi sekali ke sana? Oh... kesian hati dia ni! Baru jatuh cinta, dah kena tinggal. Memang tak sempatlah dia mahu memenangi hati lelaki itu. Ah! Beranganlah nak jinakkan lelaki seangkuh Tengku Qalif yang begitu bengis. Tapi siapa tahu semua itu tidak mustahil untuknya. Qalif tu nak ikut? Memang takde maknanya Sal. Dia awal-awal lagi dah cakap, hidup mati dia biarlah dekat sini. Saya tahu kenapa dia cakap macam tu, sebab kubur arwah Liyana kan dekat sini. Dia memang tak nak pergi jauhjauh. Imanina menghela nafas lega dengan kata-kata Puan Sri Khalida itu. Syukur alhamdulillah.... Dia pernah ke pergi kubur arwah Liyana tu Puan Sri? Penuh hati-hati Puan Salmah bertanya. Bimbang juga

69

Pelangi Cinta Buat Suami

jika Puan Sri Khalida menganggap yang dia ini penyibuk mahu mengorek cerita, tapi niatnya ikhlas mahu berkongsi rasa dengan wanita itu. Hmmm... seingat saya memang tak pernah lagi Qalif melawat kubur arwah Liyana. Pernah sekali dulu Pak Dol temankan dia ke sana, tapi tak sempat sampai ke kubur Qalif dah rebah pengsan. Dia memang belum kuat Sal, lemah sangat. Puan Sri Khalida menarik nafas dalam-dalam. Rasa sebak di dadanya bergumpal-gumpal apabila mengenangkan nasib sedih anak sulungnya itu. Penat sudah dia menangis, memang terasa benar seri di rumahnya hilang sejak arwah Liyana pergi. Dia bukan setakat kehilangan menantu, dia turut kehilangan Tengku Qalif. Imanina mengalihkan pandangannya yang digenangi oleh air jernih ke tengah ruang restoran. Dia tidak mahu Puan Sri atau umi nampak kesedihan yang dia rasai ketika ini. Dia boleh bayangkan perasaan Tengku Qalif, bukan mudah mahu menatap tanda persemadian isteri yang baru dinikahi. Tapi baru-baru ni, saya terkejut jugak bila bibik cakap Qalif dah menapak sampai ke pagar depan tu. Selalu tu, nak keluar dari pintu bilik pun payah Sal. Puan Sri Khalida buat-buat suara ceria dengan bibir mengukir senyuman kelat. Dia nampak riak keruh di wajah dua beranak itu yang tersentuh dengan ceritanya. Kasihan pula dengan Salmah dan Imanina yang terheret sama dalam emosi sedihnya. Di pihak Imanina pula, dia mula tidak sedap hati mendengar perkataan pagar. Mana tidaknya, kali terakhir dia bertekak dengan Tengku Qalif memang dekat depan pagar. Malulah kalau Puan Sri Khalida tahu dan masaklah dia kalau umi dengar cerita ni. Dia tidak beritahu umi yang dia ke sana minggu lepas.

70

Acik Lana

Ah, sudah. Bibik ni memang tak reti coverline tau! Tangan mencapai air kosong dan diteguknya sehingga habis. Menggelabah sungguh. Betul ke Puan Sri? Alhamdulillah... tu perkembangan baik tu. Puan Salmah tersenyum mendengar khabar yang agak baik itu. Itulah, saya pun tak sangka Nina boleh heret Qalif sampai ke pagar. Hebat tu. Puan Sri Khalida tergelak kecil seraya memandang tepat kepada Imanina. Imanina yang sedang meneguk air, tersedak. Mujur juga tidak bersembur air dari dalam mulutnya. Terpandangkan pandangan umi yang semacam, duduknya semakin tidak selesa. Dia tahu benar maksud pandangan itu. Eh, Nina pergi rumah Puan Sri? Umi tak tahu pun. Ton suara Puan Salmah mula mendatar. Terkulat-kulat Imanina memandang wajah uminya. Errr... Nina singgah sekejap aje umi sebab Nina nak pulangkan barang Tengku Qalif yang Nina terambik hari tu. Nina terambik barang Tengku Qalif? Semakin bulat mata uminya. Imanina cemas, kang umi ingat dia mencuri pulak! Alah, takde apalah Sal. Nina cuma terambik buku Qalif masa kelam-kabut nak ke hospital hari tu. Puan Sri Khalida menenangkan Salmah yang kelihatan tajam merenung anak gadisnya. Jelas di matanya yang Puan Salmah mendidik anak-anaknya penuh berdisiplin, sebab itulah Imanina dan Suraya elok terdidik dan sentiasa menghormati orang tua. Berbeza sungguh dengan sikap Qalisha yang lebih suka membentak dan melawan itu. Hmmm... risau jugak saya kalau-kalau benda lain

71

Pelangi Cinta Buat Suami

yang Nina terambil. Puan Salmah tersenyum kelat. Anak gadisnya yang seorang ini bukan boleh percaya sangat, kadang-kadang akalnya lain macam sedikit. Pandangan teralih kepada Imanina yang sedikit menunduk. Nina buat apa sampai Tengku Qalif kena heret ke pagar tu? Errr... mana ada Nina buat apa-apa. Imanina mengerling uminya sekilas. Memang dia tak ada buat apaapa, cuma Tengku Qalif sibuk menyinga tak tentu pasal. Lagi satu Tengku Qalif yang heret dia ke pagar, bukan dia yang heret lelaki itu! Qalif tu yang sengaja cari pasal Sal, dia marahmarah Nina tanpa sebab. Saya ni tak sedap hati sebab Nina dah banyak tolong Qalif, sebab tu hari ni saya ajak Sal dan Nina ke sini. Sebagai tanda terima kasih saya. Puan Sri Khalida tersenyum memandang dua beranak itu silih berganti. Puan Salmah dan Imanina sekadar tersenyum kecil. Spontan Imanina melirik kepada luka di jari-jemarinya yang kian sembuh, cuma ada parut yang mungkin memakan masa untuk hilang. Apa sangatlah jasa dia ni. Puan Sri mungkin patut cuba cara lain untuk pulihkan Tengku Qalif tu. Macam orang cakap, yang patah tumbuh, hilang kan berganti, usul Puan Salmah perlahan. Maksud Sal? Mungkin Tengku Qalif patut disedarkan yang hidup dia belum berakhir lagi. Kalaupun Liyana dah tak ada, tak bermakna kasih sayang dalam diri dia pun patut mati sekali. Cinta boleh datang berkali-kali dalam hidup ni, Tengku Qalif perlu tahu tentang itu. Terang Puan Salmah tenang. Sekadar memberi pandangan.

72

Acik Lana

Maksud Sal, suruh Qalif cari pengganti lain? Bulat mata Puan Sri Khalida dengan cadangan itu. Puan Salmah tersenyum dan menganggukkan kepala. Hmmm... lebih kurang macam tu la. Sebab saya rasa Tengku Qalif ni rasa dia dah hilang kasih sayang. Cinta dia dah padam, sedangkan dia boleh pupuk dan semai perasaan dia tu pada gadis yang sesuai dan setanding Liyana. InsyaAllah dia akan rasa kebahagiaan tu semula. Puan Sri Khalida terdiam mendengar kata-kata Puan Salmah. Tubuhnya disandarkan ke kerusi dengan keluhan kecil. Walaupun cadangan itu kedengaran logik di telinganya, namun dia cukup yakin Tengku Qalif tidak akan sesekali menduakan arwah Liyana. Dinasihat sedikit pun Tengku Qalif sudah melenting, ini kan pula mahu disuruh berkahwin dengan perempuan lain. Imanina yang sejak tadi mendengar, mula berasa tidak senang hati. Boleh pulak umi bagi cadangan macam tu. Habis tu, kalau Tengku Qalif cari pengganti arwah Liyana, macam mana dengan nasib dia ni? Melepaslah jawabnya. Tapi dia sedar ada kebenarannya dalam kata-kata umi sebentar tadi. Selama ini Tengku Qalif menganggap cuma arwah Liyana yang boleh dicintai dan mencintai dirinya sedangkan semua itu tidak benar sama sekali. Perasaan cinta boleh hadir kepada sesiapa saja jika hati itu dibuka luas, jika peluang dihulur kepada yang sudi. Siapalah yang nakkan dia tu Sal. Dengan keadaan dia yang macam dah tak betul tu, perempuan pun takut nak dekat, balas Puan Sri Khalida mendatar. Dulu masa barubaru arwah Liyana meninggal, ramai jugak perempuan entah dari mana datang menjenguk Qalif. Tapi itulah, habis

73

Pelangi Cinta Buat Suami

dihalaunya balik. Mengamuk meremban ikut suka dia, takutlah diorang semua tu. Hmmm... mungkin orang yang dia pernah sayang sebelum arwah? Bekas kekasih ke? Puan Salmah memberi buah fikiran. Mustahil lelaki tampan dan kaya raya seperti Tengku Qalif cuma ada arwah Liyana di dalam hidupnya. Seketika Imanina tunduk memandang meja. Umi tidak tahu, dalam kehidupan Tengku Qalif selama ini cuma ada Liyana. Liyana cinta pertamanya, dan dia benar-benar berharap Liyana bukanlah cinta terakhir untuk Tengku Qalif. Sal, Liyana tu girlfriend pertama Qalif, memang tak ada yang lainnya. Tapi betul jugak cakap Sal tu, Qalif memang perlukan seorang isteri di sisinya. Dalam keadaan dia tak menentu macam ni, dengan saya dan Tan Sri nak ke Rusia lagi, Qalif memang perlukan someone untuk jaga dia kat sini. Puan Sri Khalida meluah rasa resahnya. Siapalah yang sanggup menjadi isteri kepada Tengku Qalif yang dilabel gila itu. Mungkin Puan Sri boleh kenalkan dia dengan gadis-gadis yang elok. Mana tahu hati dia boleh terbukak Puan Sri, cadang Puan Salmah lagi. Dia sendiri ikut runsing dengan permasalahan keluarga majikannya itu. Tak betah dia membiarkan keluarga Tan Sri yang banyak berjasa dalam hidupnya itu semakin hancur. Tak mungkin ada yang sanggup melayan kepala angin Qalif tu, Sal. Saya tak nak sia-siakan hidup anak gadis orang lain, luah Puan Sri Khalida sedikit sayu. Nina sanggup. Tersentak Puan Sri Khalida dan Puan Salmah apabila Imanina tiba-tiba saja menyampuk. Pantas keduanya mengalih pandang kepada gadis yang kelihatan tenang itu.

74

Acik Lana

Astaghfirullahalazim... Nina cakap apa ni? Suara Puan Salmah sedikit menaik. Ya Allah, dia bimbang pula kalau Puan Sri Khalida tersalah sangka. Mana tahu Puan Sri Khalida fikir dia sengaja memberi cadangan itu semata-mata mahu mempromosi anak dara sendiri. Tanpa sedar tangannya mencengkam lengan Imanina yang beralas baju blaus lengan panjang. Nina cakap apa ni? Umi tak ajar Nina cakap yang bukan-bukan! Puan Sri Khalida terkelip-kelip memandang wajah Imanina yang masih tenang. Gadis itu mengangkat muka memandang Puan Salmah, kemudian mengalih pandang ke arahnya. Nina sanggup jaga Tengku Qalif. Demi Allah, Nina ikhlas. Puan Sri Khalida kematian kata. Puan Salmah pula mengurut dada.

75

Pelangi Cinta Buat Suami

Bab 8
ENGKU QALIF tersenyum ceria. Dari belakang, tangannya memeluk erat pinggang Liyana yang berdiri menyikat rambut di hadapan almari solek. Bibir mula nakal mencari sasaran, dikucup lembut pipi isterinya yang berbau harum. Liyana tergelak manja dan membalas kucupan di pipinya pula. Sayang dah check ke? Tubuhnya ditundukkan sedikit, kemudian dagunya diletakkan di atas bahu Liyana. Wajah cantik isterinya direnung penuh kasih melalui biasan pada cermin di hadapan mereka. Indah sungguh perasaan, terasa begitu dekat hati mereka bersatu. Check apa ni abang? Liyana menjongketkan kening. Tangan masih melurut perlahan rambutnya yang melepasi bahu. Pandangan mereka bersatu, mesra seperti biasa. Tengku Qalif tersenyum lebar. Sayang memang suka buat abang saspens ye? Abang tahu sayang dah check tadi. So, macam mana?

76

Acik Lana

Apa dia abang ni, check apa? Orang tak fahamlah. Liyana masih mahu mengusik. Sayang, jangan main-main please. Abang excited nak tahu ni. Bagitau la sayang, pujuk Tengku Qalif dengan suara mendayu-dayu. Dieratkan pelukan ke tubuh isterinya dengan perasaan berbunga. Sekali lagi pipi Liyana dikucup sekilas, berharap si isteri cair dengan pujukannya. Kan sayang dah cakap, sayang akan bagitau abang malam nanti. Liyana melirik manja. Tengku Qalif mematikan senyum, riak merajuk pula ditayangkan kepada isterinya. Kan hari ni anniversary perkenalan kita, takkan sayang tak boleh nak bertolak ansur sikit? No, I cant. Just wait and see, ya? Liyana tersenyum seraya menggeleng perlahan kepalanya. Tengku Qalif terdiam apabila Liyana mengusap lembut kepalanya. Sungguh dia terleka dibelai penuh kasih oleh isterinya, terlalu bahagia. Sebab anniversary kitalah, sayang nak bagitau abang time tu. Sabar sikitlah abang, kan dua jam aje lagi. Abang tak boleh tunggu sayang. Tapi, abang yakin positif, kan? Liyana menjongket bahu dengan wajah selamba, masih mahu berteka-teki dengan dirinya. Nakal ye isteri abang ni. At least kalau negative, kita boleh giat berusaha lagi. Sekarang pun sempat sayang, dua jam lagi, kan? Tengku Qalif mengangkat-angkat kening dengan senyuman nakal. Mood berbulan madu masih membuak-buak di dalam dirinya. Maklumlah sudah sebulan lebih bernikah,

77

Pelangi Cinta Buat Suami

namun bulan madu mereka asyik tertangguh gara-gara sibuk dengan komitmen kerja. Bukan setakat dia yang sibuk, Liyana pun terikat dengan tugasan di sekolah. Baru kali ini isterinya dapat mengikut dia balik ke Abu Dhabi. Indah sungguh tatkala insan yang dicintai selalu berada di hadapan mata, dekat dalam pelukan setiap masa. How sayang? Shall we? Dia masih mengusik. Kali ini kecupannya singgah di belakang leher isterinya yang jenjang. Rasa teruja mula berkumpul di dada. Eee... mulalah tu! Tak naklah, sayang dah penat. Liyana menolak dengan nada manja. Penat? Eleh, bukan dia buat apa pun, usik Tengku Qalif dengan gelak kecil. Dikucup pula bahu isterinya yang terdedah. So, macam mana? Nak bagitau ke tak ni? Kalau tak nak? duga Liyana. Hmmm... lets see. Sayang pun tau yang abang tak main-main bila bercakap, kan? balasnya dengan nada mengugut. Wajah Liyana pada biasan cermin ditatap tepat, bibir pula mengukir senyuman penuh makna. Well... sayang memang tak nak cakap! Liyana menjelirkan lidahnya. Tengku Qalif tergelak besar apabila Liyana meleraikan pelukannya. Bibir diketap menahan rasa girang, berani betul Liyana mencabarnya. I did warn you sayang.... Tanpa berlengah dia mengejar Liyana yang sudah menjerit-jerit cuba menjauhinya. Tidak dapat disembunyikan, kebahagiaan yang begitu jelas terasa di ruang kamar itu. Terbayang jelas di ruang matanya wajah ceria Liyana yang berpusing-pusing di sekeliling katil untuk mengelak daripada

78

Acik Lana

ditangkap olehnya. Penat berkejaran, mereka terdampar di atas katil. Dan saat indah itu berulang sekali lagi.

HILANG detik bahagia, dirinya terlontar pula di dalam kereta. Masih terasa dia menggenggam erat jari-jemari isterinya yang tenang bersandar di sisi. Dan ketika itu berkali-kali dia menoleh ke sisi, memandang wajah Liyana yang begitu cantik dan ayu malam ini. Kenapa abang pandang-pandang macam tu? soal Liyana dengan gelak kecil. Why? Tak boleh ke abang nak pandang isteri abang yang cantik ni? balas Tengku Qalif dengan senyuman mekar di bibir. Hows sweet... abang memang bermulut manis, boleh diabetis, okey! Tergelak Tengku Qalif mendengar luahan isterinya. Jari-jemari itu semakin erat digenggam. Dia mahu Liyana merasakan apa yang dia rasai pada detik ini, dia mahu isterinya tahu begitu banyak rasa cinta yang mahu dia salurkan tanpa henti. Abang happy sangat malam ni, luahnya perlahan. Bibir pula mengukir senyuman kecil. Oh, really? Why abang? Liyana merenungnya dengan senyuman manis. Senyuman yang sering membuatkan dia gila bayang setiap kali mereka terpisah jauh. Dari dulu sehinggalah kini, cuma senyuman Liyana mampu menghantar debar di hatinya. Abang happy sebab akhirnya sayang ada dekat sini

79

Pelangi Cinta Buat Suami

dengan abang. Sayang teman abang, sayang gembirakan abang, sayang jaga abang, youre kind of perfect darling. Hmmm... Im touched abang, seriously. Tapi betul ke sayang happykan abang? Kan abang yang bayar bil dinner tadi. Liyana membalas selamba. Tengku Qalif tergelak kecil. Dia tahu isterinya sengaja mahu mengusik. Of course abang happy sebab sayang hadiahkan diri sayang untuk abang. Dan sekarang sayang hadiahkan seorang lagi buah hati untuk abang. Demi Allah, abang rasa nak menjerit dan menangis gembira ni. Pandangan yang kabur digenangi air jernih digosok dengan tangan kiri. Hatinya terlalu penuh dilimpahi rasa indah sehingga dia sebak tidak terkata. Tangan kirinya dipaut lembut oleh Liyana. Sekilas dia berpaling ke sisi dan Liyana mengucup tangannya penuh kasih. Biarpun tindakan itu terlalu ringkas, namun begitu hebat rasa cinta tersalur ke hatinya. Dia benar-benar terharu. Sebenarnya abang yang bahagiakan sayang, abang seorang suami yang baik seperti yang pernah abang janjikan dulu. Dan syukur Alhamdulillah, sebab Allah kurniakan kita rezeki ni. Mudah-mudahan baby ni akan eratkan kasih sayang antara kita ya abang, tutur Liyana sayu. Semakin dalam perasaan menujah ke hati Tengku Qalif. Dari biasan lampu kereta dari arah bertentangan, dia nampak mata isterinya berkaca-kaca. Insya-Allah sayang. Abang janji abang akan jadi suami dan ayah yang baik, abang akan bahagiakan family kita. Yeah, I know you will. Tapi boleh tak abang rahsiakan hal ni dari mama dan papa? Emak dengan abah pun tak boleh tahu pasal baby ni tau, pinta Liyana manja seraya melentokkan kepala ke bahu kiri suaminya.

80

Acik Lana

Sekilas Tengku Qalif menghadiahkan kucupan ke kepala isterinya. Why sayang? Kenapa tak nak bagitau diorang? Nanti mama dan papa, emak dan ayah akan potong line kita. Liyana tergelak kecil. Potong line? Abang tak fahamlah sayang. Yalah, kalau tahu sayang pregnant, confirm diorang bergegas datang sini. Nanti tak puas sayang nak honeymoon berdua dengan abang. Tawa besar terhambur daripada bibirnya. Ceria sungguh dia mendengar kata-kata daripada bibir Liyana. Jika itu permintaan isterinya, dia akan menurut saja. Lagipun kandungan Liyana baru saja berusia tiga minggu, masih terlalu awal untuk dikhabarkan. Biarlah mereka menikmati perasaan indah ini berdua dahulu. Abang.... Hmmm... ada apa sayang? Kalau sayang tak ada, abang sedih tak? Tersentak dengan soalan si isteri, dada tiba-tiba saja berdebar kencang. Sesungguhnya dia kurang senang dengan soalan yang terlontar itu. Berpisah dengan Liyana sekejap pun dia sudah tidak tentu arah. Gelisah tidak kira waktu dan dia memang benci saat-saat mereka berjauhan. Kenapa sayang tanya macam tu, hmmm? Sayang tahu kan abang tak boleh hidup tenang kalau sayang takde. Sunyi sangat, rasa macam nak menangis, jawabnya dengan nada bergurau. Dia tidak mahu perasaan aneh itu mengetuk sekali lagi dadanya. Kalau sayang takde, abang janji abang kena teruskan hidup abang ya?

81

Pelangi Cinta Buat Suami

Apa sayang cakap ni? Abang tak sukalah, sayang. Suaranya tiba-tiba naik sedikit tegas. Semakin tidak sedap hati dengan ayat-ayat yang terluah dari bibir isterinya. Abang, I love you so much. I want you to know that youre everything to me. Lirih suara itu bersuara. Hati Tengku Qalif semakin berdegup kencang. Entah kenapa dia rasa semacam pula, ada aura aneh melekat di hatinya. Pandangan dilemparkan kepada Liyana yang masih melentok di sisi. Kemas genggaman tangan isterinya melekap di lengan. Ya Allah... kenapa lain benar perasaan aku ini? Sesaat dia menoleh kembali ke hadapan, ada silau terang di hadapan mata. Begitu terang, begitu dekat dan begitu menakutkan. Kaget, panik, terpaku, otak hilang pertimbangan dan anggota lainnya bagaikan gagal menerima arahan. Sekelip mata bunyi yang amat ngeri dan kuat itu kedengaran. Dengan mata terpejam rapat, tubuhnya terasa melayang-layang, terhentak kuat di sana sini. Sakit di seluruh tubuhnya tidak terkata. Dan ketika segala-galanya kembali sepi, dengan susah payah dia cuba membuka matanya yang terlalu berat. Perasaannya masih keliru dengan apa yang berlaku dan pandangan yang kabur menyukarkan dia melihat apa yang ada di hadapannya. Dia teraba-raba tanpa daya. Dalam kesakitan yang tidak terluah, kepalanya diangkat sedikit. Dia tahu dia perlu melihat keadaan isterinya, dia perlu memastikan isterinya selamat walau dalam apa keadaan sekalipun. Pandangan terpaku. Dan di sebelah sana, dia terlihat sekujur tubuh terbaring lemah. Darah menyimbah di wajah itu, di baju dan juga di jalan raya. Jantungnya seolah-olah direntap kasar,

82

Acik Lana

dada terasa perit dan pedih. Dia cuba berusaha untuk bangun namun tulang-temulangnya bagaikan berlaga antara satu sama lain, ngilu tidak terkata. Pandangan semakin kabur, tubuhnya kian lemah namun dia tahu yang terbaring kaku di sana adalah isterinya. Yang berdarah itu adalah Liyana. Dia mahu bersuara, mahu bangkit mendapatkan isterinya namun seluruh tubuh bagaikan terkunci. Dan tiba-tiba saja segalanya gelap gelita. Liyana!!! Jeritan kuat memecah kesunyian banglo Tan Sri Tengku Lokman. Beberapa minit kemudian, suasana gelap di banglo itu menjadi terang-benderang. Ada esakan dan rintihan sedih kedengaran di malam yang dingin itu, sama seperti malam-malam sebelumnya. Suara itu masih merintih, masih menangis mencari sesuatu yang telah hilang.

83

Pelangi Cinta Buat Suami

Bab 9
IHUN goreng di dalam mangkuk besar disenduk ke dalam pinggan di tangannya. Dari ekor mata dia tahu umi dan ayah masih merenungnya, sengaja dia buat-buat tidak nampak. Cukup dua senduk mihun goreng terletak di dalam pinggan, tangannya mencapai pula teko berisi teh o panas. Dituang perlahan air yang masih berasap nipis itu ke dalam cawan. Wajahnya masih tenang, tidak ceria dan tidak juga masam mencuka. Ini muka mogok namanya, dan dia tahu umi dan ayah cukup jelas dengan mimik yang satu ini. Ini sampai bila Nina nak berlakon bisu ni? Encik Johar tidak jadi menyudu mihun goreng ke mulut. Wajah Imanina yang sudah lengkap berpakaian kemas untuk ke kolej itu direnung dalam-dalam. Pagi ini sikap Imanina tidak seperti selalu. Selalunya mulut itu bukan main riuh menyakat dan bersembang di meja makan, bukannya dingin seperti ini. Abang tak payah nak buat-buat tanya, selagi kita

84

Acik Lana

tak cakap kita setuju dia kahwin dengan Tengku Qalif selagi itulah dia nak mogok, sampuk Puan Salmah seraya melabuhkan duduk di hadapan Imanina. Cawan berisi kopi panas diletakkan di sisi suaminya yang mengepalai meja makan enam kerusi itu. Mata mengerling Imanina yang masih bereaksi selamba dan langsung tidak terusik dengan sindirannya sebentar tadi. Biarkan Si Nina tu nak mogok sampai bila pun, dia tetap takkan bersetuju dengan cadangan Imanina yang didengarnya tiga hari lepas. Gila apa mahu melepaskan Imanina kepada Tengku Qalif? Lelaki itu sah-sah tidak sukakan Imanina. Kalau perempuan lain, mungkinlah ada peluang lagi untuk mencuri hati lelaki itu, tapi dengan Imanina memang Tengku Qalif tak sebulu langsung. Puan Sri Khalida sendiri bercerita yang bibik mengadu tentang Tengku Qalif yang asyik menjerkah anak gadisnya ini. Tak boleh bertembung pandang, menyinga entah kenapa. Mahunya dia tak susah hati kalau Imanina berkahwin dengan lelaki itu. Silap-silap nanti jadi mangsa dera pula. Hesy, simpang malaikat empat puluh empat! Dia ni cubit anak pun tak pernah, memang dia tak boleh terima kalau anak dia kena belasah dengan orang lain. Nina, cuba Nina cakap betul-betul dengan ayah. Kenapa tiba-tiba Nina nak kahwin dengan Tengku Qalif tu? Lembut suara Encik Johar bertanya. Pandangan tajam isterinya dibuat tidak nampak. Sebagai bapa, dia mahu tahu dan dia ingin menyelami perasaan anak gadisnya sebaik mungkin. Imanina memandang ke arah ayahnya sekilas namun masih tenang menyudu mihun goreng ke dalam mulut.

85

Pelangi Cinta Buat Suami

Tengok tu, tunjuk perangai keras kepala dia. Kan ayah tanya tu, jawablah Nina, celah Puan Salmah geram. Awak ni, cuba bersabar sikit Sal. Nina tengah makan tukan, memanglah dia tak boleh nak jawab, bela Encik Johar seraya menggelengkan kepala. Puan Salmah membalas dengan jelingan dengan geram. Pandangan Encik Johar beralih semula kepada Imanina. Nina, Nina betul-betul ke dah buat keputusan ni? Perlahan Imanina meletakkan sudu di dalam pinggan. Kesian pula dia mahu membiarkan ayah dan umi melayan mogok tak berapa nak menjadi dia ni. Keluhan panjang terhela daripada bibir sebelum kepalanya diangkat mencari wajah ayah, kemudian beralih pula kepada wajah umi yang menunjuk riak tidak berpuas hati. Ayah bagi ke kalau Nina nak kahwin dengan Tengku Qalif? No, no, umi tak nak! Umi tak mahu! Puan Salmah menggeleng laju. Siap tangan melambai-lambai tanda menolak. Hesy, awak ni. Awak ke saya yang jadi ayah sekarang ni? Nina tanya saya, kan. Encik Johar mengerling isterinya seraya menggeleng perlahan. Pandangan beralih, wajah Imanina lembut. Dia tidak mahu Imanina berasa tertekan. direnung

Nina, ayah cuma nak tau sebab apa Nina tiba-tiba nak kahwin dengan dia. Nina bukan kenal sangat dengan Tengku Qalif tu, jumpa pun baru dua tiga kali. Umi dan ayah cuma pelik aje kenapa Nina buat keputusan ni. Kami risau pasal masa depan Nina nanti.

86

Acik Lana

Nina sukakan dia ayah, jawab Imanina yakin. Puan Salmah mendengus geram. Suka? Nina oi... tang mana kamu suka dia pulak? Asal jumpa bertekak, asal bertembung pandang nak bercakar. Suka apanya macam tu? soal Puan Salmah dengan muka serius. Dia memang tidak boleh terima alasan Imanina itu, tak logik langsung. Mustahil Imanina sudah sukakan Tengku Qalif padahal baru dua kali berjumpa. Itu pun bukannya berjumpa baik-baik, bertekak sampai bergegar banglo Puan Sri Khalida dengan suara lelaki itu memaki hamun anaknya. Awak ni pun, laju aje nak mencelah. Biarlah Nina explain dulu. Lagipun, ini kan idea awak yang suruh Puan Sri carikan isteri baru untuk Qalif. Bila anak awak volunteer, awak pulak tak kasi. Encik Johar menyindir isterinya. Kuat Puan Salmah menghela dengusan. Suaminya ini memang geng sekapal dengan Nina, bukan boleh dimarah sangat anak kesayangan dia ni. Abang, saya cadangkan perempuan lain kat luar sana tu, bukannya saya letak anak kita. Apa bezanya, Sal? Anak kita pun perempuan jugak kan, cantik pulak tu. Encik Johar mengangkat-angkat kening kepada Imanina yang mengukir senyuman kecil. Alah, tak mustahil satu hari nanti Tengku Qalif jatuh hati dengan Nina. Anak ayah semua hebat-hebat, kan? Setakat nak pikat hati lelaki tu, celah gigi aje. Terukir senyuman di bibir Imanina. Hatinya sedikit lega kerana ayah seolah-olah memberi sedikit harapan kepadanya. Dua lawan satu, memang ada potensi nak menang ni. Abang nikan, abang tak fikir ke Nina ni anak kita? Saya ni tak kisah kalau Tengku Qalif tu elok layan dia.

87

Pelangi Cinta Buat Suami

Masalahnya memang lelaki tu tak suka dia. Bibik sendiri cakap, Tengku Qalif dah warning Puan Sri yang dia nak tampar anak kita ni kalau bertembung muka lagi kat sana. Imanina mengerling uminya. Cara umi bercakap macam dia ni buruk sangat sampaikan Tengku Qalif tak mungkin boleh jatuh cinta kepadanya. Dia ada cara tersendiri untuk memikat jiwa lelaki ego itu. Dia yakin dia boleh. Umi ni awal-awal dah cantas angan-angan dia. Sentap la macam ni! Sal, awak tak yakin dengan Nina ke? Encik Johar merenung isterinya. Isterinya itu mendengus lagi, siap menjeling-jeling mata ke arahnya. Tak puas hatilah tu sebab dia asyik menyokong dan membela Imanina. Awak sendiri bagi suggestion ni kat Puan Sri, nak sangat tolong keluarga dia. So, apa salahnya kalau Nina tolong awak jayakan misi awak ni. Tak okey ke? Berbesan dengan Puan Sri lagi. Abang sindir saya, ya? Bukan sindir, apa salahnya Nina kahwin dengan Tengku Qalif tu. Mana tahu hati lelaki tu terubat dengan anak kita yang cantik menawan ni. Encik Johar mengerling pula ke arah Imanina yang sejak tadi mendiamkan diri. Abang, Nina ni mana ready lagi nak kahwin... muda sangat lagi. Saya tak setuju. Puan Salmah masih berterusan menolak. Kalau Imanina mahu berkahwin dengan lelaki lain, mungkin dia boleh bersetuju. Tapi dengan Tengku Qalif yang berkasar itu, dia memang tak sanggup. Tidak sangka pula cadangan dia akhirnya menjerat leher sendiri. Nina dah ready umi. Betul, Nina dah ready, sampuk Imanina bersungguh-sungguh. Dipandang tepat ke wajah umi dan ayahnya silih berganti. Berharap agar

88

Acik Lana

kesungguhan dia ini dapat meyakinkan kedua orang tuanya. Tak sangka sungguh, rasa cintanya terhadap lelaki itu membuatkan dia benar-benar kelihatan terdesak. Biarkan, dia cuma bimbang jika Tengku Qalif mengubah fikiran untuk ke Rusia bersama Puan Sri Khalida. Mati kering dia kat sini menanggung rindu. Ready apanya Nina? Tu, kain baju kamu tu pun umi lagi kena basuh dan lipat tau. Memasak pun kamu bukan terror sangat, nak kahwin macam mana? Goreng ikan pun selalu hangus, ada hati nak kahwin pulak. Puan Salmah mula mencari alasan. Sungguh, dia benar-benar takut mahu melepaskan Imanina kepada Tengku Qalif. Kena gulai anak dara dia ni nanti! Umi ni.... Imanina mengeluh perlahan. Dia tahu itu sekadar alasan umi untuk mematahkan semangatnya. Umi sengaja mahu memancing undian ayah supaya tidak berpihak kepadanya. Nina dah buat solat sunat istikharah, umi. Nina yakin dengan gerak hati Nina. Seketika Puan Salmah terdiam. Dia mengeluh panjang. Kenapalah Nina nak cari masalah macam ni? Sakit jantung dibuatnya! Nina yakin dengan perasaan Nina pada dia? Ayah tak nak sebab Nina terpesona dengan muka handsome dia aje tau, itu tarikan fizikal namanya. Belum tentu perasaan tu benar, nasihat si ayah lembut. Imanina menganggukkan kepala. Demi Tuhan bukan kerana tarikan fizikal. Dia terpikat kerana dia mengenali isi dalam lelaki bernama Tengku Qalif itu. Setiap perasaan, emosi malahan kenangankenangan lelaki itu sudah tersemat kukuh di kepalanya. Dia yakin, tidak mungkin ada perempuan lain yang mampu

89

Pelangi Cinta Buat Suami

memahami Tengku Qalif sebagaimana dia memahami lelaki itu. Macam nilah, Nina, Sal.... Encik Johar menarik nafas dalam-dalam. Menimbang-nimbang apa yang ada di dalam kepalanya. Dia perlu mengambil langkah bijak dalam situasi begini. Tidak boleh memenangkan anak secara terus, dan tidak juga boleh mengetepikan kehendak isterinya. Dia perlu adil untuk memastikan kerukunan keluarganya terjaga. Biar ayah dan umi bincang dengan Puan Sri dulu pasal niat Nina ni. Hal nikah kahwin ni bukan benda kecik, banyak benda kita kena fikirkan. Nina cuma perlu yakin dengan jodoh yang dah diaturkan oleh Allah. Kalau memang Nina berjodoh dengan dia, Insya-Allah Nina akan berkahwin dengan dia. Encik Johar menyedapkan hati anak gadisnya. Imanina bukanlah sedegil mana, kalau kena dengan cara memujuknya memang gadis itu menurut apa sahaja tanpa membantah. Cuma Salmah yang panik tak tentu arah beberapa hari ini, takut sangat Nina kahwin lari. Nak lari apanya kalau pengantin lelaki tak sukakan pengantin perempuan? Mustahil Nina nak culik Tengku Qalif pulak. Abang, kita ni dah jadi macam pihak lelaki tau. Kita pulak nak kena bincang dengan Puan Sri macam nak meminang anak lelaki dia tu. Malulah saya, dah macam perigi cari timba pulak. Puan Salmah menggeleng laju. Kemudian dia bangun mencapai pinggan-pinggan kosong di atas meja. Dahlah, saya malas nak fikir pasal ni... lama-lama nanti masuk wad pulak sebab darah tinggi naik melangit. Encik Johar sekadar tersenyum apabila Salmah menghilang ke ruang dapur. Masih terdengar bebelan isterinya dari sini. Pandangannya melekat pula pada wajah Imanina yang masih tenang merenung jauh entah ke mana.

90

Acik Lana

Dia yakin Imanina cukup bijak untuk membuat keputusan. Dan sebagai bapa, dia akan menyokong anak gadisnya mencari kebahagiaan yang diingini. Mudahmudahan Allah memberkati niat murni Imanina itu.

IMANINA menjenguk kepalanya ke tingkap kaca yang melebar di dinding. Cuaca mendung dan angin yang bertiup kencang membuatkan hatinya sedikit resah. Bimbang kalau-kalau hujan turun sebentar lagi. Baju yang ditempah oleh kawankawan Puan Sri Khalida ini bukannya boleh kena hujan, takut rosak nanti. Maklumlah, labuci dan manik bukan main mengerlip di sana sini. Meriah macam lampu lip-lap, glamour habis kalau dipakai. Dah rezekinya, tempahan semakin banyak pula kebelakangan ini. Bakal mak mentua bagi pertolonganlah katakan. Bibirnya serta-merta mengukir senyuman kecil. Ya Allah, perasannya kau Nina, bakal mak mentua konon! Kutuknya sendiri. Kebelakangan ini mudah benar kepalanya melayang dan berangan jauh. Sejak umi menunjukkan respons positif dengan niatnya, dia mula berani memasang impian. Nak tidur malam saja, dia tersenyum-senyum sendiri. Berangan dia menjadi perempuan paling istimewa di hati Tengku Qalif. Istimewa seperti arwah Liyana dan menikmati hidup penuh harmoni dilimpahi kasih sayang dari lelaki itu. Harap-harap ini semua bukan sekadar mimpi, dia memang mahu semua itu menjadi kenyataan. Dan kini dia perlu lebih giat berusaha memenangi hati Tengku Qalif. Umi pun ada cakap, Puan Sri Khalida gembira benar kalau dia yang menjadi calon menantu di rumah besar

91

Pelangi Cinta Buat Suami

itu. Puan Sri Khalida sudah memberi lampu hijau, cuma Tengku Qalif belum tahu tentang perkara ini. Entah apalah yang akan diamuknya kalau Puan Sri memberi cadangan tentang perkahwinan mereka. Silap-silap terbakar rumah banglo itu agaknya. Siang malam dia berdoa agar Allah melembutkan hati Tengku Qalif, memberi ketenangan kepada lelaki itu untuk menerimanya suatu hari nanti. Kalaupun lelaki itu memerlukan masa untuk memberi ruang di hati, dia rela menanti dengan penuh sabar. Itu tekadnya.

SELESAI saja perbincangan dengan ahli kumpulannya, Imanina tergesa-gesa keluar dari fashion workshop menuju ke keretanya di ruang parkir sambil menjinjing jubah dan dress yang sudah kemas berbalut di dalam clothes protector. Boleh tahan juga beratnya. Dua helai di tangan kiri, tiga helai di tangan kanan, semua dress dan jubah yang sarat dengan manik pulak tu. Nasib baik terngiang-ngiang bunyi ka-ching di telinga dan simbol duit di matanya. Lenguh tangan boleh ditolak ke tepi, janji masyuk! Setelah memasukkan pakaian-pakaian tadi ke tempat duduk belakang, dia segera meloloskan diri ke dalam perut kereta. Hujan sudah mula turun renyai-renyai dan dia perlu segera menghantar baju-baju ini ke pejabat uminya. Tenang saja dia memandu keluar dari pekarangan kolej menuju ke destinasinya. Sesekali dia menyanyi kecil mengikut rentak lagu yang berkumandang di corong radio. Terkenangkan Tengku Qalif, semakin bersemangat dia ikut menyanyi lagu cinta yang didengarinya ketika itu.

92

Acik Lana

Baru beberapa minit memasuki lebuh raya, ketenangan di hatinya serta-merta hilang. Sebuah kereta mewah berdecit laju di sisi keretanya. Awalnya dia sekadar buat tidak peduli, namun semakin lama semakin dekat kereta itu menghimpit ke sisi. Hatinya tiba-tiba diserang rasa panik. Ya Allah, pembuli jalanan ke apa ni? Ke perompak? Bimbang kereta kesayangannya bergesel dengan kereta itu, kelam-kabut dia memulas stereng ke laluan kecemasan. Pandangannya membulat apabila kereta mewah tadi terus berhenti di hadapan keretanya seolah-olah menghalang laluan untuk dia terus bergerak ke hadapan. Jantungnya berdebar kencang. Takut, cemas dan dia tidak tahu nak buat apa. Matanya liar memerhati ke hadapan. Dan ketika pintu kereta berwarna putih itu terkuak, mulutnya spontan ternganga. Dia tersalah tengok atau dia berhalusinasi? Mata terkelip-kelip melihat susuk tubuh itu kian mara dengan riak wajah membengis. Takut, tapi jiwanya rasa melayang-layang indah pula sebaik wajah itu singgah di mata. Sah dia dah gila. Tingkap keretanya diketuk kuat. Tidak cukup tingkap, pintu keretanya pula dihentak-hentak dari luar. Bergoncang kereta buatan Malaysianya ini diamuk lelaki itu. Kalau kemeklah pintu kereta dia ni, memang naya dia kena bebel dengan umi. Kereta ni umi yang bayar tau! Bukak! Aku kata bukak pintu ni! jerit lelaki itu kuat. Kenderaan-kenderaan yang lalu lalang mula memperlahankan kenderaan masing-masing. Suka sangat tengok drama orang bergaduh di tepi jalan agaknya.

93

Pelangi Cinta Buat Suami

Imanina menelan liur. Dalam rasa indah, kecut juga perutnya melihat amarah lelaki itu. Kalau dia bukak pintu, berpotensi tak lelaki itu nak melempangnya? Bukan dia tidak tahu dah banyak kali Tengku Qalif teringin nak menampar pipi gebu dia ni! Imanina, keluar! Bukak pintu ni sebelum aku pecahkan cermin kereta kau! Semakin cemas Imanina dengan ugutan yang diterimanya. Wajah Tengku Qalif yang begitu hampir dengan tingkapnya dipandang cuak, merah padam wajah lelaki itu. Alamak, Puan Sri dah bagi tahu mamat ni ke pasal tu? Hey you, keluar! Keluar sekarang! Aku kira sampai tiga, kalau kau tak bukak aku pecahkan tingkap kau! Perasaan Imanina kian kalut. Kira sampai tiga aje? Kurang asam, nak fikir dan buat keputusan pun tak sempat! Spontan tangannya membuka lock pintu kereta. Sedar-sedar saja pintu keretanya sudah terlopong luas. Tubuhnya terasa ditarik keluar dengan kasar, terhuyung-hayang dia cuba menstabilkan tubuhnya. Matanya dipejam rapat, takut! Kau ingat kau siapa hah? Kau dah gila ke apa? Imanina mengaduh kesakitan apabila tubuhnya terhenyak kuat ke dinding kereta. Ya Allah, macam nak patah pinggang. Bahunya dicengkam kuat oleh Tengku Qalif sehingga dia tidak mampu melepaskan diri. Pandangan garang lelaki di hadapannya itu dikerling sekilas, masih mencerlung tajam dan bengis. Agaknya kalau mulut Tengku Qalif besar, dah lama dia kena telan hidup-hidup! Apa ni Tengku? Janganlah nak berdrama tengahtengah hujan macam ni, orang tengoklah! Dia cuba menepis tangan gagah yang masih kuat menyakiti bahunya.

94

Acik Lana

Biarlah orang tengok. I dont care! Kau tahu malu ke perempuan? Kau tahu malu ke, hah?! tengking Tengku Qalif sekuat hati. Panas dan mendidih darahnya gara-gara perangai perempuan seorang ini. Nampak saja bertudung litup, tapi dalam kepala berselirat dengan idea jahat. Demi Tuhan, dadanya terasa mahu pecah kerana terlalu marah dan geram. Bertimbun-timbun kata makian mahu meluncur keluar daripada mulutnya sampai dia tidak tahu mahu dimulakan dengan yang mana satu. Wajah Imanina yang berkerut-kerut menahan kesakitan dipandang penuh rasa benci. Apa motif kau hasut mama aku suruh kita kahwin? Kau ni bangsa perempuan jenis apa, hah? Dasar muka tembok! Kau ingat aku teringin sangat ke nak beristerikan perempuan jijik macam kau ni? Terpejam mata Imanina mendengar jerkahan kasar itu. Nampaknya tekaan dia tidak silap, Puan Sri Khalida sudah membuka mulut, sebab itulah Tengku Qalif mengamuk bagai nak gila sekarang. Nafasnya yang sesak kerana ketakutan ditarik panjang. Dia perlu tenang, dia tidak boleh panik dan takut. Perlahan dia mengangkat muka memandang raut wajah lelaki tinggi itu. Tengku, kita boleh bincang baik-baik, kan? Tak payahlah nak buat macam ni, sakit tahu tak! Dia masih cuba meleraikan cengkaman lelaki itu di bahunya namun Tengku Qalif semakin mengganas. Sekali lagi tubuhnya dihentak ke kereta. Sakit di dada, dia akhirnya terbatuk-batuk. Pertama kali kena belasah dalam hujan, rasa nak pengsan dibuatnya. Aku tak nak bincang apa-apa dengan kau. Aku cuma nak kau tarik balik cadangan bodoh kau yang kemaruk sangat nak jadi menantu mama aku! Suara Tengku Qalif

95

Pelangi Cinta Buat Suami

masih melengking tinggi. Buang niat kau nak jadi menantu orang kaya, sebab orang macam kau ni tak layak nak dibuat isteri! Jadi isteri pengemis pun kau tak layak, lagi berangan nak jadi isteri aku?! Imanina tersentak. Menyirap darah panasnya sampai ke kepala. Telinga pula berdesing dengan kata-kata jahat dari mulut lelaki itu. Dengan berani dia menentang wajah Tengku Qalif yang masih tegang. Dalam hujan yang semakin lebat, dia tidak terasa sejuk langsung. Tubuhnya panas berbahang, rasa nak sepak-sepak orang! Cantiknya bahasa Tengku... tinggi sangat ke darjat Tengku tu sampai nak hina saya macam ni? soal Imanina bengang. Suka, suka juga tapi kalau maruah dah diinjak-injak macam ni, mana boleh dia menahan sabar lagi. Kau ni memang jenis perempuan tak bermoral. Kau buat baik dengan mama aku sebab kau ada niat. Hey, aku tahulah niat kau. Kau nak kikis harta mak bapak aku, kan? Tengok muka kau pun aku dah tahu perangai kau macam mana, tak payah kau nak berlakon alim pulak. Aku takkan terpedaya! tempelak Tengku Qalif berang. Tangannya beralih pula ke wajah Imanina sebelum mencengkam kasar dagu gadis itu. Bulat matanya apabila Imanina menepis tangannya tanda menentang. Berani betul perempuan gila ni! Excuse me? Kalau saya nak harta benda mak bapak orang, saya takkan pilih anak orang kaya yang gila meroyan macam Tengku ni! Baik saya pilih lelaki yang ada kerja, yang handsome dan kemas. Tak busuk dan rajin mandi tahu tak? balas Imanina senafas. Wow, skrip ini memang dia tak rancang langsung,

96

Acik Lana

spontan keluar dari hati yang tengah panas. Dan jelas, Tengku Qalif kelihatan semakin berang. What did you say? Tengku Qalif menjegilkan matanya. Tak dengar? Nak saya ulang sekali lagi? Youre out of your mind, and you have no idea what youre getting yourself into. Kau memang cari pasal! bentak Tengku Qalif lagi. Terpandangkan buku lima Tengku Qalif berdesup ke arahnya, rapat Imanina memejamkan mata. Dia tahu dia tidak mungkin sempat untuk mengelak, dia terpaksa pasrah menerimanya. Dum! Tumbukan padu itu hinggap ke dinding keretanya, sipi saja lagi nak terkena muka dia ni. Imanina menjeling Tengku Qalif dengan pandangan meluat. Panas baran melampau mamat ni. Cuba bawak mengucap tak reti? Celah manalah tersorok hati lembut lelaki itu agaknya. Eee... what do you think youre doing? Apehal nak pukul-pukul kereta orang ni? Kalau kemek ada duit ke nak bayar? Orang tak kerja macam Tengku ni, mana ada duit! sindirnya berani. Terbuntang mata Tengku Qalif mendengar sindiran gadis itu. Perempuan ni hilang akal ke apa? Ingat sabar di hatinya ini tebal sangat? Tangannya menolak kasar tubuh Imanina. Kemudian dia meraup pula wajahnya berkali-kali, rambut yang basah disirami hujan dilurut geram. Baran di hatinya ini terlalu berapi, silap-silap merasa penangannya perempuan ni.

97

Pelangi Cinta Buat Suami

Aku bagi kau amaran Imanina, listen carefully. Bergetar suaranya meluahkan kata. Pandangannya yang tajam melekat tepat di wajah Imanina yang masih selamba memandangnya. Aku tak tahu apa niat sebenar kau, tapi aku nak kau berhambus dari hidup aku. Jangan sesekali kau bukak cerita pasal kau nak berkahwin dengan aku. Its not gonna be happen, not even in your dreams! Imanina menarik nafas dalam-dalam. Hati lelaki itu sudah gelap, sudah kabur kerana kesedihan melampau. Dia beristighfar dalam hati, cuba bertenang untuk menjernihkan semula keadaan yang kian tegang. Kalau asyik bertekak macam ni, jawabnya bercerai sebelum kahwinlah dia. Dia mungkin akan kehilangan Tengku Qalif untuk selamalamanya. Tengku, niat saya baik... saya cuma.... Dia mematikan kata, kemudian mengeluh serba salah pula. Nak mengaku jatuh cinta? Memang sia-sia kena sembur. Orang takkan percaya apa yang dia rasa kerana dia dan Tengku Qalif baru sekali dua berjumpa, takkanlah dah boleh jatuh cinta? Atau nak sebut pasal diari tu? Lagilah mati! Shut up, you dont have to say anything! Tengku Qalif mengangkat tangan sebagai isyarat menyuruhnya diam. Aku tak berminat nak dengar apa jugak alasan kau. Just leave me alone, aku tak perlukan kau atau mana-mana perempuan dalam dunia ni. Ketika lelaki itu berpaling dan melangkah semula ke keretanya, perasaan Imanina cemas dan kalut. Dia tidak boleh mengalah, tidak sebelum dia memulakan langkah. Tengku jangan nak yakin sangat! laungnya dengan nada mengejek. Serta-merta langkah Tengku Qalif terhenti. Lelaki

98

Acik Lana

itu berpaling semula menghadap Imanina dengan pandangan tajam. Imanina sedaya upaya menayang reaksi bersahaja. Mark my words Tengku... one day youll begging on your knees for me. Tengku akan melutut merayu mahukan cinta saya dan saya akan pastikan semua tu berlaku. Terlopong Tengku Qalif dengan ikrar yang disebut oleh Imanina. Matanya mencerlung garang, semakin kecil tubuh itu di matanya. Perempuan jenis begini pasti sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Ingat dia senang-senang boleh jatuh cinta? Tak mungkin semua itu boleh berlaku, cintanya hanya untuk Liyana. Sampai bila-bila! Kau cakap apa? soalnya serius. Saya kata Tengku akan jatuh cinta dengan saya! Berang dan geram, Tengku Qalif kembali menapak kepada Imanina. Nafasnya terasa panas, dadanya bergendang hebat kerana terlalu marah. Berdiri tegak di hadapan gadis yang masih bersandar di kereta itu, barannya naik mendadak. Dengan nafas turun naik, dia merapati Imanina. Kedua belah tangannya pantas bergerak mengepung tubuh gadis itu. Pandangannya yang tajam bersabung dengan mata Imanina yang membulat kerana terkejut dengan apa yang dia lakukan. Sesak nafas Imanina berada di dalam situasi begini. Tubuh Tengku Qalif yang hampir bersatu dengan tubuhnya membuatkan dia panik bagai nak gila. Mahu menolak dan melarikan diri, dia bimbang dipandang tewas oleh lelaki itu. Reaksi beraninya tidak lama apabila melihat wajah

99

Pelangi Cinta Buat Suami

Tengku Qalif semakin mendekat. Dadanya berdetak laju, nafasnya seolah-olah tersekat menahan debaran yang tidak terjangka. Bibir lelaki itu hampir saja melekap ke telinganya yang berbalut tudung. Im not gonna fall for you, not even if youre naked. Bisik Tengku Qalif sinis dan mengejek. Tersentap Imanina dengan luahan egois daripada bibir lelaki itu. Berani betul bercakap kotor dengan dia! Menunjuk rasa marah, tubuh Tengku Qalif ditolak sekuat hati. Turun naik nafasnya menahan gumpalan-gumpalan geram di dada. Lelaki ini memang melampau! Jangan nak yakin sangatlah Tengku, ingat saya nak percaya? Kalau betul Tengku takkan jatuh cinta pada saya, saya cabar Tengku. Buktikan pada saya! Cabar Imanina berani. Riak lelaki itu yang sedikit terusik menambahkan rasa yakin di hatinya. Kalau berani, kahwinlah dengan saya, Tengku! Kita tengok mampu atau tidak Tengku jaga hati Tengku supaya tak jatuh pada saya. Ill make you regret for all the things you said to me just now. Berdesing telinga Tengku Qalif mendengar cabaran Imanina. Dia mengetap bibir seraya membuang pandangan ke sisi. Perempuan ini memang pandai memutar belit ayat, kalau tersilap langkah dia mungkin akan terjerat dengan perkahwinan gila ini. Someday, turn around and look at me with those slanted eyes, will you? Imanina masih lancar menabur ayatayat yang mengguris ego Tengku Qalif. Biarkan, dia sudah bertekad mahu membuat lelaki itu akur dengan permintaannya. Hmmm... Tengku tak berani, kan? Tapi takpe, kita bincang lain kali aje. Tunggu cuaca panas sikit. Tidak

100

Acik Lana

mengendahkan pandangan tajam mengatur langkah ke pintu kereta. You listen here, stupid girl.

lelaki

itu,

Imanina

Dia yang berkira-kira mahu meloloskan diri ke dalam kereta, terpaku seketika dengan sebaris ayat itu. Stupid girl? Ah, memang takde adab betul mamat ni! Namun ayat yang tergantung itu mungkin membawa bermacam-macam makna. Tangannya kembali menutup pintu kereta dengan pandangan dilemparkan ke arah Tengku Qalif yang masih terpacak kaku di situ. Okey, saya dengar.... Tengku Qalif mendengus keras ketika pandangan mereka berlaga tepat. Dia tidak tahu keputusan ini betul atau salah, namun dia tidak sesekali akan meruntuhkan maruah dan egonya di kaki perempuan seperti ini. Nafasnya ditarik dalam-dalam, bersedia untuk melepas kata. Kau dah terdesak sangat nak kahwin dengan aku kan? Fine, kita kahwin! luahnya geram. Hampir pengsan Imanina mendengar keputusan lelaki itu. Dia tersalah dengar ke apa? Takkanlah semudah ini Tengku Qalif bersetuju? Tubuhnya kaku tidak berkutik, hanya mata terkebilkebil memandang wajah merah padam itu. Aku akan pastikan kau menyesal dengan perkahwinan ni. Im gonna make you suffer for the rest of your life... just remember that! Ikrar Tengku Qalif meluncur dalam nada tertahan. Nafasnya yang sesak dan berat dihela kasar. Demi Tuhan, dia tidak tahu kenapa tiba-tiba saja keputusan ini yang menjadi pilihannya. Sedangkan niat awalnya dia mahu

101

Pelangi Cinta Buat Suami

bersemuka dengan Imanina untuk memberi amaran kepada gadis itu supaya berhenti berangan. Mungkin juga kerana cabaran Imanina tadi yang begitu berani memperlekehkan egonya, atau mungkin juga kerana desakan mama yang tidak pernah habis, atau juga kerana rasa dendam terhadap Imanina yang begitu berani mahu merampas tempat Liyana di hati mama. Mungkin... mungkin kerana semua itu bibirnya terlepas kata. Dan ketika kaki menapak ke arah keretanya, dia sudah menyemat kukuh kenyataan itu di hati. Bermula saat ini, detik ini, Imanina adalah musuhnya yang paling ketat di dunia! Dia akan pastikan Imanina menyesali perkahwinan ini sehingga ke akhir usia. Dia akan pastikan!

102

Acik Lana

Bab 10
Tersentak Imanina yang sejak tadi termenung jauh memandang kolam renang di tepi banglo itu. Segera anak matanya mencari wajah wanita yang kelihatan sibuk membelek katalog perkahwinan di tangan. Senyuman kelat dilemparkan apabila kening Puan Sri Khalida terjongket sedikit ke arahnya, isyarat mahukan jawapan daripadanya. Anak mata meleret pula pada jari telunjuk Puan Sri Khalida yang tepat menghala di atas gambar sepasang dress labuh berwarna putih. Errr... Nina tak rasa nak pakai baju tu Puan Sri. Balasnya dengan nada perlahan. Senyuman pahit terukir lagi di bibir. Nina, apa mama cakap tadi? Panggil apa? Puan Sri Khalida menyoal dengan wajah dibuat-buat serius. Dia tahu Imanina masih segan, sejak tadi gadis comel ini kelihatan tidak selesa berada di rumahnya. Errr... sorry mama. Imanina menukar gelaran

ANG ni okey tak?

103

Pelangi Cinta Buat Suami

seperti yang dipinta. Dari Puan Sri Khalida bertukar kepada mama, memang tergeliat lidahnya. Ini kalau Tengku Qalif dengar, mahu terkeluar asap daripada telinga. Puan Sri Khalida tersenyum senang. Mungkin Imanina resah dan gelisah mengenangkan Tengku Qalif yang sejak tadi tidak nampak bayang. Berkurung saja di dalam bilik, tapi sengaja pula anaknya itu menunjuk protes. Sejak Imanina sampai tadi bermacam-macam perangai buruk Tengku Qalif lakukan di atas sana, berdentum-dentam bunyinya menghempas barang. Kesian Nina... dia yakin hati gadis itu tersentuh dan bersedih. Sebenarnya dia sendiri berasa pelik dengan situasi sekarang ini. Hari itu bukan main lagi Tengku Qalif mengamuk apabila dia mencadangkan Imanina sebagai calon isteri. Memang bermati-matian Tengku Qalif menolak. Tapi pada petang hari yang sama, Tengku Qalif kata setuju pula. Bila dia tanya mengapa, tidak mahu pula anak lelakinya itu membuka mulut. Pening sungguh kepalanya dengan sikap Tengku Qalif yang berubah-ubah. Namun dia bersyukur kerana Imanina akhirnya diterima juga oleh anaknya itu sebagai isteri. Dia cukup yakin anak Puan Salmah ini bijak dan mampu memulihkan semangat Tengku Qalif seperti sediakala. Dari pandangan tuanya, Imanina dan Liyana tidak jauh berbeza. Kedua-duanya sama cantik, lemah lembut dan baik budi pekerti, memang sesuai benar mahu berdampingan dengan anak lelakinya itu. Orang kata api tak mungkin boleh dilawan dengan api, kena dipadankan dengan unsur yang lebih sejuk untuk seimbang. Hmmm... mama suka gaun yang ni Nina, cantik

104

Acik Lana

sangat. Design simple tapi nampak eksklusif, memang sesuai untuk majlis nikah nanti. Komen Puan Sri Khalida ceria. Matanya masih liar memerhati katalog yang dibawa oleh wakil perancang perkahwinan yang diupahnya. Terpandangkan riak keruh di wajah gadis itu, perasaannya serba salah pula. Nina tak suka yang ni ya? Mama terlupa pulak Nina ni fashion designer, mesti Nina ada idea yang lebih best, kan? Perlahan Imanina menggelengkan kepala. Bukan macam tu mama, cuma Nina errr.... Kenapa Nina? Cakap aje dengan mama, tak payah nak segan-seganlah, balas Puan Sri Khalida seraya menyentuh tangan Imanina persis mahu menenangkan hati anak gadis itu. Errr... Nina dah cakap hari tu yang majlis ni Nina nak buat kecik-kecik aje. Cukuplah kalau keluarga dan kawan-kawan rapat Nina aje yang datang. Tapi bila Nina tengok mama upah wedding planner semua, Nina rasa tak sedap hati pulak. Luah Imanina berterus terang. Yalah, kalau dah ada pelamin bagai tak ke haru nanti. Dia ni bolehlah nak tersenyum-senyum manis atas pelamin sebab gembira dapat berkahwin dengan lelaki yang dia suka. Tapi pengantin lelaki mesti tayang muka ketat, muka macam kena kahwin paksa. Memang terpaksa pun sebenarnya. Dia cukup yakin Tengku Qalif tidak akan bersetuju dengan majlis penuh gilang-gemilang ini. Majlis yang seolaholah meraikan dirinya menduakan arwah Liyana. Hesy, silapsilap keris kat pinggang Tengku Qalif terbenam dekat perut dia nanti.

105

Pelangi Cinta Buat Suami

Memanglah Nina kata nak buat kecil-kecilan... tapi nikan pertama kali Nina naik pelamin, kenalah buat elok sikit. Pujuk Puan Sri Khalida lembut. Nina tak nak macam tu, Nina rasa kita patut hormat perasaan Tengku Qalif. Mesti dia sedih sebab... Imanina menggigit bibir dalam rasa serba salah. Bibirnya mengukir senyuman kelat ketika pandangan berlaga dengan Puan Sri Khalida. Sebab apa Nina? Hmmm... sebab belum sampai setahun pun Kak Liyana tinggalkan dia, Nina tak naklah buat grand-grand macam ni. Nanti entah apa pulak dia rasa. Puan Sri Khalida tergelak kecil. Ini simplelah Nina, cuma pelamin dengan makan beradab aje. Please mama, Nina tak nak. Kalau boleh Nina nak kami bernikah dekat masjid aje. Lepas tu buat kenduri doa selamat sikit, cukuplah tu. Baju pun biar Nina jahit sendiri. Tutur Imanina lembut namun nadanya seakan merayu. Puan Sri Khalida mengeluh perlahan. Dia bersimpati dengan keadaan Imanina sebenarnya. Majlis pernikahan akan berlangsung pada minggu depan, namun Tengku Qalif langsung tidak ambil peduli, liat mahu menghulur tangan untuk membantu apa-apa yang patut. Jangankan nak sibuk-sibuk membuat persiapan, disuruh fitting baju kahwin pun anaknya itu dah mengamuk sakan. Bukan kena pergi butik pun, baju dah dihulur di depan muka pun masih tak mahu beri kerjasama. Kesian Imanina terpaksa berkejar ke sana sini sendirian, pergi kursus kahwin pun Tengku Qalif tak sudi nak temankan. Hatinya ini risau juga, bimbang jika nanti Imanina tidak bahagia dengan anaknya. Mana dia nak letak muka dia

106

Acik Lana

ni kalau berhadapan dengan Encik Johar dan Puan Salmah nanti. Kalau dah macam tu kehendak Nina, mama ikutkan aje. Tapi mama nak tanya something boleh? Imanina yang sedang menghirup kopi, mula berasa tidak sedap hati. Dia seperti dapat menghidu apa yang bakal ditanya oleh Puan Sri Khalida. Pastinya soalan-soalan lazim yang acap kali dia dengar kebelakangan ini. Cawan diletakkan semula di atas piring dan dia tersenyum memandang wanita itu, bersedia dengan beberapa pilihan jawapan di dalam kepala. Mama nak tanya apa? Hmmm... mama cuma pelik, kenapa Nina sanggup berkahwin dengan Qalif? Yalah, dia kan tak berapa sihat sekarang ni, kuat marah-marah pulak tu. Mama cuma nak tahu aje, Nina jangan salah anggap pulak ye? Puan Sri Khalida kelihatan serba salah. Bimbang pula kalau Imanina menganggap dia ada menyimpan prasangka yang bukanbukan. Imanina tersenyum tawar dengan soalan itu. Soalan sama yang pernah diajukan oleh umi, ayah, Yaya, Kiara dan Siti. Masing-masing asyik mendesak mahukan jawapan yang memuaskan hati mereka sendiri. Imanina tahu, dia tidak boleh menyebut tentang diari Tengku Qalif, jadi jawapan paling mudah yang diberi dengan mengatakan Allah sudah bukakan pintu hati dia untuk bercinta. Dan lelaki yang menjadi takdir cinta pertamanya adalah Tengku Qalif. Buat apa nak dipersoalkan dengan yang lain, segala-galanya aturan Yang Maha Esa. Setiap yang berlaku sudah tertulis, bukan dia mahukan semua ini mengikut kehendak hati semata-mata.

107

Pelangi Cinta Buat Suami

Nina rasa ada something dalam diri Tengku Qalif yang buat Nina terpikat. Imanina tersipu-sipu segan. Dia tunduk sedikit memandang jari-jemarinya yang diramas sendiri. Tengku Qalif sayangkan sangat arwah isteri dia, dan Nina kagum bila fikirkan semua tu. Nina tak tahu kenapa semua ni yang Nina rasa, tapi Nina memang ikhlas sukakan dia. Ucapnya jujur. Puan Sri Khalida tersenyum senang, dia tahu Imanina ikhlas. Dia cukup yakin tidak ada agenda lain tersembunyi dalam hati gadis seluhur Imanina. Syukurlah, mudah-mudahan hati Tengku Qalif akan berubah suatu hari nanti. Siapa tahu Imanina mampu menyembuhkan luka-luka di hati Tengku Qalif kesan dari kehilangan Liyana. Alhamdulillah, perasaan cinta yang kita rasa ni lahir kerana Allah... jadi mama harap Nina banyak-banyak bersabar ya. Its not gonna be easy. So, Nina jangan ambik hati kalau Qalif marah-marah Nina nanti, ya? Bagi dia masa untuk dia sesuaikan diri dia dengan Nina. Insya-Allah, Nina akan cuba yang terbaik, balas Imanina perlahan. Senyuman di bibir Puan Sri Khalida disambut dengan senyuman kelat. Kalaulah Puan Sri Khalida tahu apa yang disumpahkan oleh Tengku Qalif kepadanya, dia yakin wanita ini tidak akan ada hati mahu membelek-belek katalog pakaian pengantin seperti sekarang. Silap hari bulan Puan Sri Khalida bergegas terus ke rumah dia untuk meminta maaf kepada umi dan ayah, lepas tu batalkan perkahwinan ini serta-merta. Tidak mungkin Puan Sri Khalida sanggup mendera anak dara orang dengan perangai tiga suku Si Qalif tu! Perlahan Imanina menarik dan menghembus

108

Acik Lana

nafasnya. Dia sudah berfikir masak-masak, cabaran Tengku Qalif akan dia sambut selapang dada. Biarlah lelaki itu mahu melakukan apa saja untuk menyakiti hatinya, dia cuma berpegang pada satu hakikat. Hakikat yang Allah sentiasa ada di sisinya. Dan suatu hari nanti, cinta di hatinya ini akan bersambut juga.

SEKALI lagi Tengku Qalif menjenguk di balkoni. Bibirnya diketap geram tatkala melihat kelibat itu masih ada di sana. Dia merengus pula melepaskan rasa marah di dada. Benci! Perempuan ni tak reti nak balik ke apa? Dari tengah hari tadi sibuk melangut dekat rumah orang, dah tak sabar sangat nak duduk rumah besar macam ni agaknya. Dia merengus lagi sebelum kaki dihala laju ke ruang biliknya. Tegak dia berdiri dengan tangan mencekak pinggang. Bibirnya masih membebel marahkan Imanina yang tidak habis-habis menyusahkannya. Semakin dekat dengan tarikh pernikahan mereka, semakin kerap pula Imanina bertandang ke rumahnya. Kadangkala dia naik rimas mendengar gelak ketawa mama bersama gadis itu. Dahulu, semua ini milik Liyana. Liyana la kesukaan mama, kesayangan mama dan papa. Tapi kini, Imanina pula mahu masuk jarum, mahunya dia tak sakit hati. Dia sangatsangat berkecil hati kerana semua orang seolah-olah sudah melupakan Liyana dan semuanya sudah beralih kepada Imanina. Kakinya mundar-mandir di ruang lapang di tengah bilik. Rambutnya dilurut kasar beberapa kali. Hajat hatinya

109

Pelangi Cinta Buat Suami

mahu keluar petang ini, dia mahu berjumpa dengan sahabat karibnya Amri yang baru pulang dari Dubai. Amri adalah satu-satunya manusia yang paling ingin dia temui sejak kehilangan arwah isterinya. Amri adalah sahabat paling rapat, paling banyak berjasa dalam hidupnya, dan paling penting, Amrilah punca dia dan Liyana bertemu. Bertemu dan akhirnya saling jatuh cinta. Memang dia teruja mahu bertemu Amri setelah hampir setahun tidak bersua muka. Namun apabila terkenangkan Imanina yang bersenang-lenang di bawah sana, serta-merta moodnya melayang. Sakit jiwa! Matanya mengerling jam yang tergantung di dinding. Sudah pukul tiga empat puluh lima petang dan dia perlu berada di Cinnamon Bistro pada pukul empat setengah nanti. Kalau Imanina masih seronok bergelak ketawa dengan mama dekat bawah sana, macam mana dia nak keluar? Mahu ke keretanya pun dia terpaksa melalui kawasan kolam renang itu juga. Masalahnya dia memang tak kuasa nak memandang muka perempuan gila tu. Dalam rasa berang, tanpa sedar tangannya menepis buku-buku yang tersusun kemas di atas meja. Bertaburan semuanya jatuh ke lantai. Dia merengus lagi melepaskan sakit di hati. Setiap kali teringatkan Imanina, hatinya diamuk rasa marah. Tertekan dengan kemunculan gadis itu yang kini mula menghuru-harakan kehidupannya. Demi tuhan, kebelakangan ini dia makan hati kerana rasa bersalah menduakan Liyana. Memang dia tidak mungkin akan menyimpan perasaan terhadap perempuan gila itu, tapi dia kesal kerana gelaran satu-satunya isteri yang disandang oleh Liyana akhirnya terlucut dan bakal berpindah pula ke bahu Imanina. Dan paling bodoh, dia termakan

110

Acik Lana

muslihat licik gadis itu. Terjerat dengan cabaran gila yang akhirnya membuatkan dia melongo kesal. Perlahan Tengku Qalif melabuhkan duduknya di birai katil. Kepala yang memberat ditopang dengan kedua belah tangan, sakit kepala dia memikirkan masa depannya yang kelam bersama Imanina. Dan kerana itulah dia bersungguh benar mahu berjumpa dengan Amri, mahu meminta idea-idea bernas daripada Amri supaya dia dapat membuang perempuan penyibuk itu sejauh mungkin. Tanpa berlengah, Tengku Qalif bingkas bangun menuju ke almari pakaiannya. Dia mahu bersiap-siap dan keluar bertemu sahabat karibnya itu. Peduli apa kalau Imanina ada dekat bawah sekalipun!

TERKELIP-KELIP Puan Sri Khalida melihat anak sulungnya melangkah ke laman rumah. Imanina yang duduk di hadapannya ikut sama menoleh ke belakang, melihat apa yang dia lihat. Pelik, tak pernah-pernah Tengku Qalif keluar dari bilik tapi hari ini bukan main lagi anak lelakinya itu bergaya. Dengan baju kemeja yang kemas, wajah yang dirapi, haruman yang bukan main wangi terhidu sampai ke sini, dia betulbetul berasa hairan. Qalif nak pergi mana tu? Tengku Qalif yang menonong ke arah keretanya buat tidak peduli dengan teguran itu. Memandang mama memungkinkan dia untuk terjeling kelibat Imanina tanpa sengaja. Dia tidak mahu memotong mood sendiri. Jangankan nak memandang, sedikit saja imej gadis itu menjelma di

111

Pelangi Cinta Buat Suami

ruang mata pun darahnya sudah mula mendidih. Benci tahap tertinggi! Imanina sekadar memandang langkah Tengku Qalif. Dia terpesona, rasa nak terjelepok jatuh dari kerusi. Sungguh, ini kali pertama dia melihat lelaki itu tampil kemas dan bergaya. Selalunya selekeh macam muka manusia ketandusan air dekat rumah, rambut pun tak bersikat. Kali ini berlainan benar. Dengan gaya rambut yang cantik dirapi, wajah kemas dihiasi jambang nipis yang elok terbentuk. Kaca mata hitam tersangkut di hidung, dia jadi terpegun pula. Sebelum ini memang dah hot, kali ini superhot! Hati bukan main lagi memuji, dah suka memang semuanya nampak cantik dan elok. Qalif, Im talking to you, kamu nak pergi mana ni? Puan Sri Khalida bingkas bangun membontoti langkah Tengku Qalif. Risau pula hatinya kalua-kalau Tengku Qalif berniat mahu lari dari rumah. Tengku Qalif membiarkan mamanya mengekori dari belakang. Alarm kereta ditekan dan dia segera menguak luas pintu keretanya. Dia mahu cepat-cepat berlalu, sakit jiwa dengan aura Imanina yang nampaknya begitu berbekas di hati mama dan papa. Dia yakin benar sekejap lagi mama akan mendesaknya berbual-bual dengan Imanina. Jangan haraplah, semua itu takkan berlaku! Kenapa ni? Qalif tak dengar ke mama tanya? Puan Sri Khalida memegang pintu kereta Tengku Qalif, menghalang anaknya menutup pintu itu. Tengku Qalif masih bereaksi selamba dengan duduk di seat pemandu dan menghidupkan enjin kereta yang mengaum kuat. Qalif, cuba bagitau mama kamu nak pergi mana.

112

Acik Lana

Tu, Imanina ada tercongok kat sana tu, kamu tak perasan ke? Tajam Tengku Qalif menjeling mamanya. Kan dia sudah cakap, nama Imanina pasti akan disebut-sebut oleh mama. Mama sudah melupakan Liyana sejak bertemu dengan Imanina, jelas semua itu di matanya. Wujud ke tak wujud perempuan tu, tak ada kenamengena dengan Qaliflah. Balasnya tegas. Wajahnya masam mencuka, terlalu sakit hatinya kini. Pintu kereta ditarik namun mamanya masih menghalang. Lepaslah mama, Qalif nak cepat ni! No, Qalif, kamu tahu tak yang tak baik kamu layan Nina macam ni. Selama ni dia sorang aje yang bersusah payah menguruskan majlis kahwin ni, kamu langsung buat tak peduli. Memang Qalif tak peduli pun. So, what? Dia kemaruk sangat nak kahwin, kan? Biarlah dia buat semuanya sendiri, I will stay out of anything! bentak Tengku Qalif dengan nada separuh menjerit. Melengking tinggi suaranya. Terkejut besar Puan Khalida menerima pekikan anaknya sendiri. Dia mengeluh seraya melurut dada yang terasa perit. Ya Allah, kenapa cakap macam ni Qalif? Tengku Qalif menunjuk sikap tidak peduli, matanya sempat mengerling ke arah Imanina yang buat-buat selamba di sana. Dahlah mama, tepi. No, mama tak kira. Kali ni kamu kena ikut cakap mama. Puan Sri Khalida memaut pintu kereta yang ditarik oleh Tengku Qalif. Mama nak kamu bawak Imanina keluar sekali, biar dia temankan kamu walau ke mana pun kamu nak pergi.

113

Pelangi Cinta Buat Suami

What? Suara Tengku Qalif semakin kuat memetir. Perasaannya benar-benar sakit sekarang ini. Sakit dengan perbuatan mama. Makin dia nak mengelak dari memandang muka tidak tahu malu itu, makin giat pula mama sua-suakan kepada dia. Dont do this ma, jangan buat Qalif hilang sabar! Qalif tak ingin nak keluar dengan dia, tepi! Tangannya menepis jari-jemari mamanya yang masih erat memegang pintu. Dia terlupa rasa hormat, dia terlupa yang dia sedang berkasar dengan wanita yang paling dia kasihi dalam hidupnya. Dia terlupa semua itu gara-gara rasa marah dan benci kepada Imanina sudah mengatasi segala-galanya. Ditolak tangan wanita itu, Puan Sri Khalida jatuh terduduk di atas lantai di ruang porch. Berkerut-kerut wajahnya menahan kesakitan. Sungguh, Tengku Qalif benarbenar sudah melampau. Tengku! Tengku Qalif terpanar apabila suara itu lantang melaung namanya. Suara jelik yang amat dia benci. Tegak dia memandang ke hadapan, dan di situ Imanina berdiri mendepang tangan di hadapan keretanya. Bibir diketap geram. Tak habis-habis pompuan ni! Matanya kemudian mencerlung garang kepada Imanina yang menapak laju ke sisi keretanya. Dan ketika itu barulah dia tersedar yang mamanya sedang terduduk di atas lantai kerana ditolak olehnya. Seketika dia tergamam dan tersedar. Tangan meraup wajah dengan rasa kesal. Ya Allah... apa yang aku dah buat ni? Mama okey? Terkial-kial Imanina membantu Puan Sri Khalida bangun. Tidak sangka sejauh ini Tengku

114

Acik Lana

Qalif bertindak. Agak-agaklah kalau nak mengamuk pun, apa kes sampai nak tolak mak sendiri macam ni? Hesy, memang kurang ajar betul Si Tanggang ni! Kutuknya geram. Lambat-lambat Tengku Qalif keluar dari keretanya. Kaku dia berdiri di hadapan Puan Sri Khalida yang sedang dipapah oleh Imanina untuk berdiri. Hatinya memberat, dia rasa berdosa dan serba salah. Mama... Im sorry. Pantas Imanina mengerling Tengku Qalif. Mintak maaf macam tak ikhlas. Orang kalau rasa bersalah, takkanlah tayang muka bengis macam tu. Nampak sangat tak insafnya. Qalif ni kenapa? Mama ni ibu Qalif tahu tak? Tergamak kamu tolak mama sampai tersembam macam tu. Perlahan Puan Sri Khalida menyeka air mata yang mengalir di pipinya. Dia benar-benar berkecil hati dengan sikap anaknya itu. Selama ini dia bersabar saja dengan perangai gila anak lelakinya ini, tapi kali ini perasaannya terhiris pedih. Seumur hidup Tengku Qalif, tidak pernah sekali pun anaknya itu berkasar dengannya. Tapi bila Liyana meninggal dunia, semuanya berubah sekelip mata. Tengku Qalif yang lembut, bijak menjaga hati dan mengasihinya sudah jauh berubah, seolah-olah sudah hilang bersama jasad arwah Liyana. Mama. Tengku Qalif mendengus resah. Dia memang rasa bersalah, demi Tuhan dia rasa! Cuma untuk memujuk mama dengan kehadiran Imanina di situ, dia rasa tidak sanggup pula, egonya tercalar. Enough! Mama tak nak dengar apa-apa lagi dari kamu. Puan Sri Khalida menunjuk keras hati. Nina, tolong panggilkan bibik. Mama nak masuk dalam, badan mama dah sakit-sakit ni.

115

Pelangi Cinta Buat Suami

Dada Tengku Qalif berombak kencang. Bingit telinganya yang sejak tadi mendengar Imanina bermamamama dengan ibunya. Hebat, belum kahwin pun dah berani memanggil mama! Eh, takpelah mama, biar Nina aje papah mama masuk dalam. Imanina memaut erat lengan Puan Sri Khalida. Wajah baran Tengku Qalif dikerling sekilas. Merah padam kulit lelaki itu sampaikan telinga pun ikut sama berubah warna. Marah sangatlah tu agaknya bila dia panggil mama kepada Puan Sri Khalida. Hei, bukan aku yang nak sangat panggil macam tu, Puan Sri Khalida yang suruh! No-no, mama okey... Nina just tolong panggilkan bibik. Oh ya, handbag Nina mana? Handbag? Imanina terpinga-pinga apabila Puan Sri Khalida meleraikan pegangan tangannya. Handbag Ninalah... dah, pergi ambik cepat handbag tu. Mama rasa ada atas kerusi dekat gazebo tu tadi. Puan Sri Khalida memuncungkan bibirnya ke arah pondok kayu tempat dia dan Imanina duduk bersembang tadi. Terkulat-kulat Imanina yang masih kabur dengan arahan itu. Puan Sri halau dia balik ke? Pergh... depan anak dia pulak tu. Memang melompat girang la Tengku Qalif kalau macam ni. What are you thinking, ma? Tiba-tiba saja Tengku Qalif menyampuk. Wajahnya masih sama, serius tanpa segaris senyuman. Dia boleh menjangka apa yang mamanya mahu lakukan. Hati semakin geram dan panas. Mama nak Qalif bawak Nina keluar. Jawab Puan Sri Khalida bersahaja namun tegas berbaur arahan. Nina, go and get your bag.

116

Acik Lana

Terlopong Imanina apabila otaknya mentafsir katakata itu. Puan Sri Khalida suruh dia ikut Tengku Qalif? Ya Allah... Puan Sri Khalida ni nak bunuh dia tanpa niat ke apa? Dah tahu lelaki bertuah ni tengah menyinga, lagi nak suruh dia ikut sekali. Mama, mama tak boleh buat Qalif macam ni. Suara Tengku Qalif bergetar, marah dan geram. Wajah mamanya ditentang namun wanita itu sekadar menjelingnya. Qalif tak nak keluar dengan dia, ma! Shut up, Qalif! Kamu ni tak rasa bersalah langsung ye buat mama macam tu tadi? Dan sebagai denda atas kesalahan kamu, mama nak kamu keluar dengan Nina sekarang jugak! balas Puan Sri Khalida tegas. No way! Apa no way? Qalif, kamu tengah bercakap dengan mama, bukan dengan kawan kamu! Mama tak kira, mama nak kamu layan Nina baik-baik hari ni. Puan Sri Khalida mencari pula wajah Imanina. Nina, kalau dia buli Nina, bagitau mama. Terdiam kaku Imanina dengan paksaan bakal ibu mentuanya itu. Takut memanglah takut, tapi dia harus sedar yang tidak lama lagi mereka akan berkahwin. Mahu atau tidak, dia terpaksa juga menghadap Tengku Qalif saban waktu. Dengan anggukan kecil, Imanina melangkah semula ke laman rumah untuk mengambil beg tangannya. Jelingan tajam penuh amaran daripada mata Tengku Qalif dibuat tidak nampak. Bukan dia yang buat keputusan ni, tapi emak lelaki itu sendiri. Diulangi, emak lelaki itu sendiri! Dan sebagai anak-anak, tak baik melawan cakap orang tua. Betul tak? Imanina menyedapkan hati sendiri.

117

Pelangi Cinta Buat Suami

Tengku Qalif mengetap bibir. Lain yang nak dibuat, lain pulak yang jadi! Geram sungguh. Dalam hatinya terbit rasa menyesal kerana tanpa sengaja dia sudah mengasari mamanya. Terkenangkan perempuan bermuka tembok itu, perasaannya kian panas. Ya Allah... mudah-mudahan Kau kurniakan sedikit kesabaran di hati aku. Bisik Tengku Qalif tanpa sedar.

118

No. ISBN:- 978-967-0448-26-8 Jumlah muka surat:- 840 Harga Runcit:- S/M: RM30, S/S: RM33 Harga Ahli:- S/M: RM26, S/S: RM29 Sinopsis:Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja. Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati. Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan

separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua. Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya. Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak. Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina. Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahanlahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya. Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza. Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap semula tangannya. Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?

Percayalah kasih kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan PELANGI CINTA BUAT SUAMI di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196