You are on page 1of 2

ANALISIS HURAIAN SUKATAN PELAJARAN TAHUN 1 BESERTA DENGAN PENJELASAN RINGKAS SALAH SATU KANDUNGANNYA

Di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 1 KSSR bagi mata pelajaran Sirah, terdapat hanya dua tajuk yang ditekankan di dalam Tahun Satu. Antara tajuk yang ditekankan ialah Keturunan Mulia dan juga Penyusuan Nabi Muhammad SAW. Bagi tajuk yang pertama iaitu Keturunan Mulia, standard kandungannya ialah untuk memahami salasilah keturunan Nabi Muhammad SAW serta tanda- tanda kenabian baginda SAW. Bagi tajuk ini juga, Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka standard pembelajaran. Antara standard pembelajaran bagi tajuk tersebut ialah murid dapat menyatakan salasilah keturunan Nabi Muhammad SAW sebelah bapa dan ibu. Selain itu, murid juga dapat menyatakan keistimewaan keturunan Nabi Muhammmad SAW serta dapat menyatakan tanda- tanda kenabian Nabi Muhammad SAW berdasarkan peristiwa semasa dan selepas baginda dilahirkan. Bagi tajuk yang kedua iaitu Penyusuan Nabi Muhammad SAW, standard kandungannya ialah untuk memastikan murid dapat memahami kisah penyusuan Nabi Muhammad SAW dengan mendalam. Antara standard pembelajaran yang telah ditetapkan bagi tajuk ini ialah murid dapat menyebut nama- nama wanita yang menyusukan Nabi Muhammad SAW dan juga tempoh penjagaannya. Selain itu, murid juga dapat menyatakan sebab- sebab Nabi Muhammad SAW disusukan oleh ibu susuannya.

TAJUK: KETURUNAN MULIA (TAHUN 1 KSSR) .