You are on page 1of 19

PENGAJARAN NYANYIAN

TOPIK 4

TOPIK 4

PENGAJARAN NYANYIAN
Umran bin Samsudin

PENGENALAN
Sebagai pendidik muzik, anda perlu memahami bidang nyanyian dan menyampaikan kepada pelajar dengan cara yang berkesan dan bermakna kepada mereka. Dengan memasang rakaman audio seperti cd dan kaset, manakala murid menyanyi dengan seronok belum memadai. Sebenarnya banyak aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik di sekolah terutama nyanyian. Pengajaran dan pembelajaran nyanyian akan lebih terancang dan berkesan sekiranya anda sebagai pendidik muzik dapat mengenal pasti dan menguasai kaedah-kaedah yang akan digunakan serta konsep-konsep muzik yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. Pendidik juga harus peka mengenai perubahan dan pembaharuan terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menerangkan beberapa kaedah pengajaran nyanyian dalam pendidikan muzik; 2. menyedari akan kepentingan pendekatan dan kaedah-kaedah pengajaran nyanyian dalam pendidikan muzik; 3. memahami, menguasai kemahiran dan mengaplikasikan konsep-konsep muzik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran nyanyian; dan 4. dapat mengendalikan kelas dengan aktiviti-aktiviti muzikal yang kreatif dan menarik.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK
Topik ini mengandungi tiga sub topik iaitu: 1. Kaedah pengajaran nyanyian. Di dalam bahagian ini, anda akan didedahkan dengan beberapa kaedah pengajaran nyanyian dan lagu yang perlu dilaksanakan mengikut urutan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Pemilihan aktiviti dan lagu juga memainkan peranan yang penting sebelum pengajaran dan pembelajaran nyanyian dilaksanakan. Mengaplikasikan konsep muzik melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran nyanyian. Bab ini pula mendedahkan 7 konsep muzik yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran nyanyian. Pengendalian kelas.

2.

3.

36

OUM

Konsep-konsep ini telah diteliti dengan lebih halus dan mendalam sebelum diubahsuaikan untuk kegunaan hinggalah ke peringkat sekolah menengah pada masa sekarang. Carl Orff (Jerman). Menganalisis bunyi (sebarang bunyi). .mendengar dan mengajuk balik bunyi:(i) yang sama. 6. bentuk. Pilihan lagu-lagu yang menarik dari segi mud. setiap mereka telah banyak memberi perhatian yang teliti kepada bagaimana konsep-konsep muzik harus diperkenalkan kepada pelajar-pelajar muzik di peringkat sekolah rendah dan juga prasekolah. dalam pengajaran dan pembelajaran nyanyian. Namun begitu. Zoltan Kodaly (Hungary) dan Edwin Gordon (U.Ekspresi Pelajar perlu mahir dalam sesuatu konsep kemudian baru beralih atau maju ke perkara baru. mengaplikasikan kepada muzik dan bunyian muzik. Mengaitkan dan menyelaraskan not-not vokal dengan peralatan instrumental. Mengajar BUNYI sebelum SIMBOL (isyarat).A). (a) (b) Pilihan lagu-lagu yang sesuai dengan renj (julat) suara murid. Selepas aktiviti amali barulah beri bahan-bahan teori dan prinsipnya.1 Kaedah Mengajar Nyanyian Untuk mengajar menyanyi.1. 5. Pelajar mesti menjalani aktiviti nyanyian dahulu.Melodi . 4. Prinsip-prinsip Muzik Mengikut Sistem Pestalozzi 1. 7. Mengajar sesuatu konsep atau sesuatu perkara mengikut urutan. Contoh. Pendidikpendidik muzik yang dimaksudkan adalah Johann Heinrich Pestalozzi (Swiss). Shinuchi Suzuki (Jepun).TOPIK 4 PENGAJARAN NYANYIAN 4.Irama . anda perlulah mengambil kira beberapa perkara seperti berikut. Walaupun jaguh-jaguh ini mempunyai latar belakang yang amat berbeza. yang berbeza (berlainan) (ii) yang enak dan yang kurang enak.1 KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN Pengajaran dan pembelajaran muzik di hampir seluruh dunia pada masa sekarang boleh dikatakan banyak dipengaruhi dan berdasarkan kepada pendekatan-pendekatan yang telah diasaskan oleh beberapa pendidik muzik yang termasyhur di dunia. . terdapat beberapa kaedah yang perlu diikuti mengikut urutan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kreatif serta menarik. membuat latihan. 2. tempo. 3. (ROTE then NOTE) Mengajar pendengaran secara aktif bukan pasif.S. kemudian baru belajar membaca dan menulis. ekspresi dan lirik lagu. Emile Jacques Dalcroze (Swiss). irama. OUM 37 . 4.

Jenis-jenis lagu (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) Lagu-lagu rasmi Lagu-lagu beraksi Lagu-lagu permainan anggota badan Lagu-lagu berdasarkan gambar/cerita Lagu-lagu patriotik Lagu-lagu tradisional Lagu-lagu jenaka Lagu-lagu nasihat Lagu-lagu mengenai persekitaran Lagu-lagu perayaan Lagu-lagu solfa do. Mud lagu hendaklah riang dan pelbagai. melodi. 38 OUM . pernafasan. Melalui kaedah ini. Senikata tentang kegembiraan.1. minat serta kebolehan pelajar.. Antara garis panduan yang perlu di ikuti semasa memilih lagu ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) Lagu sesuai dengan renj suara. menarik dan berulang-ulang. Penyediaan carta lagu. Guru perlu menggunakan gambar-gambar untuk menggantikan perkataan supaya mudah untuk pelajar mengingatinya.. murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Mempunyai perkaitan tentang kehidupan harian mereka. Memastikan postur. Berkaitan dengan sesuatu perayaan atau peristiwa. ekspresi.PENGAJARAN NYANYIAN TOPIK 4 (c) (d) Pilihan lagu yang mempunyai hubung kait dengan pelajaran yang hendak di ajar. Nadanya tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.so. Senikatanya berulang-ulang.. (e) (f) (g) Pemilihan lagu Pemilihan lagu yang baik banyak bergantung kepada aspek-aspek usia. Melodinya menarik. Penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory) murid.2 Kaedah Mengajar Lagu Ada beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar lagu. (pic C sahaja) 4. Carta lagu hendaklah sesuai. dll) Mengenal pasti kaedah mengajar menyanyi yang akan digunakan.. ekspresi yang betul sewaktu menyanyi. Mengenal pasti konsep muzik yang ingin difokuskan (contoh: irama. Iramanya mudah. Kaedah-kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning). Irama yang mudah dan menarik.. penghasilan ton.

Membimbing pelajar menyanyi dengan senikata lagu sebaris-sebaris. Kaedah baris demi baris Kaedah ini adalah yang biasa di gunakan. m. Guru dan pelajar menyanyi lagu secara keseluruhan bersama-sama. Pelajar menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik. 1. u. r. s. (Rujuk Lampiran). terutamanya pada kelas yang lemah. Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara ‘humming’. l. kemudian diikuti dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir dan menyanyi keseluruhan lagu. berulang-ulang. berulangulang. e. t. Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara ‘humming’ atau sebutan vokal a. Sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa. Membimbing pelajar membaca senikata lagu dengan sebutan yang betul. (n) Kaedah solfege dengan isyarat tangan (Curwen) Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan ‘rote’ dan bacaan notasi menggunakan silibel (d. Langkah-langkah untuk menjalankannya adalah seperti berikut: (g) (h) (i) (j) (k) (l) Memperdengarkan lagu secara keseluruhan. Kaedah keseluruhan lagu (sesuai untuk mengajar lagu yang pendek) Teknik ini adalah teknik yang berkesan kepada kelas yang baik.TOPIK 4 PENGAJARAN NYANYIAN Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah seperti berikut. (m) Menyuruh pelajar menyanyi sendiri dengan iringan muzik dan tanpa iringan muzik. o. OUM 39 . f. (guru mesti mempunyai kemahiran vokal yang baik). d) digunakan sebagai pic. Mengajar pelajar membaca senikata lagu. Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara ‘humming’ baris demi baris. isyarat tangan dan gaya kodaly boleh digunakan untuk membantu pengajaran secara solfege. Langkah-langkah mengajarnya adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Memperdengarkan lagu secara keseluruhan dengan muziknya (tiga/empat kali) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan dengan iringan dan tanpa iringan muzik. i.

Langkah-langkah untuk menjalankannya adalah seperti berikut: (p) Memperdengarkan rakaman sambil membimbing pelajar mengecam naik turun rangkai lagu. Membimbing pelajar membaca senikata lagu mengikut naik turun rangkai lagu. (o) sm lsm lsmr lsmrd lsmrdl lsmrdls f t Kaedah menggunakan carta bola ping pong Kaedah ini adalah sesuai untuk lagu-lagu pendek dan mempunyai kontor melodi yang jelas. Melatih pelajar menunjukkan naik turun rangkai lagu dengan berpandukan carta dan iringan muzik. viii. iv. Melatih pelajar menyanyi secara ‘humming’ atau ‘la’. vii.PENGAJARAN NYANYIAN TOPIK 4 Isyarat Tangan ‘Curwen’ Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut: i. ii. iii. v. (q) (r) (s) (t) 40 OUM . Membimbing pelajar ikut menyanyi dengan senikata. vi.

Pelajar dapat mengecam pic dengan tepat sekali. Semasa kaset / cd dimainkan. Penggunaan kaset / cd untuk teknik ini oleh guru adalah sangat baik. Berlatih membunyikan Arpegios ‘ do. Kelebihan. Teknik ini berguna apabila guru ingin mengajar lagu yang susah dari segi senikata. Mengikut nyanyian lagu dengan bunyi solfa. ‘Gerak Binatang’. Disebabkan ini. te’ atau jeda do – re. (y) (z) (aa) Mengikut lagu dengan senikata. Langkah-langkah mengajar adalah seperti berikut: OUM 41 . so. Sekiranya guru ingin mengajar lagu Inggeris kepada pelajar yang kurang maju dalam mata pelajaran itu. Langkah-langkah mengajar: (w) (x) Berlatih membunyikan tangganada mengikut solfa do – do’ skel C. Guru pula mesti sangat mahir dalam nyanyian solfa dan dapat mengecam pic tiap-tiap not solfa itu dengan tepat setiap kali not itu dinyanyikan. fa. gunakanlah teknik ini. mereka masih tidak boleh membaca). (bb) Kaedah melakar bertema Teknik ini amat sesuai digunakan untuk mengajar murid tahap satu. Lagu senang digunakan dahulu. Mereka mesti biasa dengan solfa dan dapat mengecam pic solfa dengan tepat tiap-tiap kali not solfa tersebut dinyanyikan.TOPIK 4 PENGAJARAN NYANYIAN (u) Kaedah sebahagian-sebahagian (parth method or chime in method) Teknik ini melibatkan suatu jemputan kepada pelajar-pelajar untuk menyanyi dengan guru semasa guru menyanyi bahagian-bahagian lagu yang senang atau kerap di nyanyi seperti korus atau rangkailagu yang kerap diulang seperti perkataan ‘trek tek tek’ pada lagunya. (sebab besar kemungkinan pada masa itu. la. Lagu diulangkan sehingga pelajar boleh menyanyi dengan tepat. Jikalau guru ingin mengajar lagu yang mengandungi banyak perkataan kepada pelajar yang kurang maju. Lagu yang sesuai untuk diajar mengikut cara ini mesti mempunyai tema yang menarik dan boleh membuat gambar. (v) Kaedah solfa Teknik ini memerlukan banyak masa kerana pelajar mesti diberi banyak latihan dalam nyanyian solfa. pelajar dapat menyanyikan sebarang lagu yang dicatitkan dalam bentuk muzik atau solfa dengan serta merta. irama atau melodi. do’ dan ‘re. me. do – me dan sebagainya. Mendengar lagu keseluruhan mengikut solfa. supaya guru tidak menjadi terlalu letih. teknik ini amat berkesan. terutamanya pada peringkat awal selepas mereka masuk sekolah. contohnya lagu ‘Burung kakak Tua’. guru mengajak pelajar menyanyi bahagian-bahagian yang mereka boleh nyanyi itu.

senaraikan 5 aktiviti nyanyian yang kreatif yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. .1. Menyesuaikan lagu dengan tema atau tajuk mingguan. (c) (d) (e) (f) (g) 4. 2.guru haruslah memilih lagu-lagu yang sesuai dengan pelajar. Memilih lagu yang sesuai. Murid menyanyi seluruh lagu dengan iringan muzik. . Misalnya aktiviti nyanyian dengan permainan anggota badan. Latihan 4. beraksi dengan gambar dll.1 Berdasarkan kaedah pengajaran nyanyian dan lagu. .sesuatu aktiviti boleh dijalankan berulang kali dengan pelbagai teknik penyampaian supaya pengajaran menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan. Lagu yang dipilih perlulah yang mudah dan senang dinyanyikan oleh pelajar. 42 OUM . senikata.PENGAJARAN NYANYIAN TOPIK 4 (a) (b) Guru bercerita mengenai isi lagu kepada murid. Guru menunjukkan carta yang telah diajar dengan gambar-gambar yang menarik dan tersusun mengikut cerita lagu. Guru memperdengarkan lagu kepada murid sambil menunjukkan kepada gambar-gambar di carta.aktiviti muzik yang dipilih sebaik-baiknya mempunyai kaitan dengan tema pelajaran mingguan berkenaan. renj atau peringkat kemampuan pelajar. Fikirkan tajuk. Aspek-Aspek yang Harus Dipertimbangkan dalam Mengajar Nyanyian Memilih tajuk dan objektif . Mempelbagaikan teknik.guru mestilah memikirkan tajuk dan objektif aktiviti tersebut.3 1. Murid diajar menyanyi gambar demi gambar / rangkai demi rangkai. (satu rangkailagu satu gambar) Guru menanya soalan mengikut gambar sambil mengajar murid membaca lirik lagu secara gambar demi gambar atau baris demi baris. 4. 3. Menggabungjalinkan nyanyian dengan gerakan dan genderang.

tempo dan not-not muzik. 3. dan Ekspresi 4. Irama Melodi Harmoni Tekstur Warna Ton Bentuk. Secara mudahnya detik muzik adalah sama dengan detik jam biasa. Oleh kerana itu tentulah sukar bagi ahli muzik mengira setiap detik satu persatu. Panjang atau pendeknya sesuatu bunyi diukur menggunakan detik. 7.1 Elemen Irama Elemen irama termasuklah detik muzik. Detik ialah unit ukuran masa dalam muzik. Dalam sebuah lagu.2 MENGAPLIKASIKAN KONSEP MUZIK MELALUI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dalam pendidikan muzik ada 7 unsur / konsep asas yang perlu diketahui dan difahami oleh seseorang pendidik muzik sebelum diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran muzik.TOPIK 4 PENGAJARAN NYANYIAN 4. 1. 2. Tempo adalah istilah yang menunjukkan kelajuan detik. Tempo lambat pula mempunyai detik yang lambat. Oleh itu meter dicipta. Berikut diterangkan secara ringkas konsep-konsep muzik iaitu. Tempo yang cepat mempunyai detik yang cepat. kita menggunakan beratus atau mungkin beribu detik muzik. 6. Lambang yang menunjukkan panjang atau pendeknya bunyi itu dapat dikenali dengan merujuk kepada bentuk-bentuk not.2. Meter duaan. tigaan dan empatan menunjukkan bilangan detik dalam setiap kumpulan. Kumpulankumpulan detik ini dinamakan bar. 4. 5. Detik muzik selalunya adalah sekata iaitu tidak semakin cepat atau semakin lambat. OUM 43 . Meter ialah detik-detik yang dikumpulkan dengan bilangan tertentu.

Dalam setiap bar. Klef yang digunakan dalam muzik ialah klef Trebel. manakala pic rendah ialah bunyi besar. Tanda masa mempunyai dua nombor. Nombor 2 menunjukkan not minim. detik pertama dimainkan lebih kuat daripada detik-detik yang lain. Pic tinggi ialah bunyi yang kecil atau nyaring. Ini dapat “dirasai” secara muzikal. satu di atas dan satu di bawah. Jadual di bawah menerangkan meter lazim dan meter tidak lazim Meter Lazim (Meter Duaan) (Meter Tigaan) 2 2 2 4 2 8 3 3 3 4 2 8 Meter Tidak Lazim (Meter Duaan) 6 4 6 6 8 16 9 16 12 8 12 16 (Meter Tigaan) 9 9 4 8 (Meter Empatan)12 4 (Meter Empatan) 4 4 4 4 2 8 4. Pic adalah tinggi / rendah dalam muzik. terdapat tekanan bunyi yang berbeza-beza.PENGAJARAN NYANYIAN TOPIK 4 Jadual Di bawah Menunjukkan Nilai Not yang Terdapat Dalam Irama Jenis not Semibrif Minim Krocet Kuaver Semikuaver Bentuk Not Kiraan meter 4 2 1 1/2 1/4 Nilai not 1 1/2 1/4 1/8 1/16 Dalam setiap bar. klef Alto.2. Nombor 4 menunjukkan not krocet. 44 OUM . Nombor di atas menunjukkan bilangan detik dalam setiap bar. Pic ditandakan dengan huruf-huruf ABCDEF dan G. Baluk ialah 5 garisan selari. Manakala nombor di bawah menunjukkan jenis not. Klef digunakan untuk menandakan pic yang ditunjukkan pada garisan-garisan atau ruangan-ruangan baluk. klef Tenor dan klef Bes.2 Elemen Melodi Pic adalah unsur asas dalam elemen melodi. Meter dikenali dengan melihat tanda masa.

Garisan lejer ditulis pada bahagian atas atau bahagian bawah baluk. OUM 45 . Perfek Imperfek Plagal Perfek dan Plagal kaden bertindak sebagai kaden penamat. Contoh:Perfek kaden diakhiri dengan kod V-I. 2. Jarak antara not 3-4 dan juga 7-8 ialah satu langkah pada mata piano (1 langkah pada mata piano dipanggil semiton). Imperfek Kaden bertindak sebagai kaden pertengahan. ia diakhiri dengan kod I-V. Tanda kromat digunakan untuk menunjukkan suatu pic itu telah dinaikkan atau diturunkan. Kaden terbahagi kepada tiga kumpulan 1. Contoh Plagal Kaden. Bermula dan berakhir dengan not yang sama dengan nama skel itu (misalnya skel C major mesti bermula dan berakhir dengan not C). Kaden Kaden ialah pengakhiran atau penutup frasa yang menjadi penanda kepada setiap ayat dalam muzik. Ia digunakan apabila perlu sahaja bagi menunjukkan pic yang terlalu tinggi atau terlalu rendah (yang tidak terdapat pada baluk). Kadangkala ia juga disebut sebagai tangga nada. 3. 2. Tanda kromat FLET (b) menunjukkan pic telah diturunkan sebanyak 1 langkah dari pic asal. Mempunyai 8 not yang disusun secara berturutan. ia diakhiri dengan kod IV-I. Dalam sesebuah lagu yang bernada D Major ia mestilah diakhiri dengan kod GMajor dan D Major kerana G ialah kod yang dominant kepada D Major. Contoh ciri-ciri skel major adalah seperti berikut 1. Not-not yang disusun dengan struktur tertentu dinamakan skel. 3.TOPIK 4 PENGAJARAN NYANYIAN Pic dapat dikenali dengan melihat kedudukan kepala not di garisan atau ruangan baluk. 4. Tanda kromat NEUTRAL digunakan untuk mengembalikan not yang telah diubah (samada telah dinaikkan atau diturunkan). kaden ini bertindak sebagai tanda koma dalam muzik.3 Harmoni Harmoni ialah gabungan beberapa suara yang dibunyikan serentak. Dalam sesebuah lagu dalam nada C Major ia mestilah diakhiri dengan kod G Major iaitu kod yang dominant kepada C. Ton dan semiton ialah unit ukuran (jeda) antara dua pic dalam muzik.2. 4. Contoh Imperfek Kaden:merupakan kaden yang tidak lengkap. Dalam lagu yang bernada C Major ia diakhiri dengan kod C Major dan G Major. Tanda kromat SYAP (#) menunjukkan pic telah dinaikkan sebanyak satu semiton (1 langkah). Mempunyai turutan menaik atau menurun.

Perkusi badan ialah bahagian badan manusia yang ditepuk atau pukul supaya menghasilkan bunyi.. “Cing…” “Tak. Misalnya. Heterofoni Gaya improvasi dalam siri muzik polifoni. Polifoni Berbilang suara.” dan sebagainya. Misalnya bila anda menyebut “Dum. kerincing dan dram.4 Elemen Tekstur / Jalinan Tekstur ialah bilangan jenis suara yang terdapat dalam suatu lagu.2. memukul atau memalu. petik jari dan sebagainya. rangkai (verse) dan korus.lagu yang dihasilkan itu akan menjadi tidak teratur dan kelam kabut.PENGAJARAN NYANYIAN TOPIK 4 4. Sifat-sifat suara mereka adalah berbeza – perbezaan ini dinamakan warna ton. Jika sebuah lagu tidak mempunyai salah satu bentuk muzik.2. Misalnya bertepuk tangan. Sebuah lagu biasanya mempunyai intro (permulaan). suara manusia dan dram. Bentuk adalah seksyen atau bahagian-bahagian lagu. 4. Bahagian akhir lagu dinamakan Coda.. Perkusi vokal pula ialah bunyi perkusi tiruan yang dihasilkan dengan mulut. “Bum…”.2. piano. 4. Dalam muzik. dalam sebuah lagu terdapat alat muzik gitar. Bunyi suara lelaki dewasa adalah lebih kasar dan garau. Contohnya tamborin. hentak kaki. tepuk paha. Tekstur lagu itu adalah dikatakan tebal. 46 OUM . Vokal ialah nyanyian oleh suara manusia. seksyen ini ditandakan dengan huruf A B C dan seterusnya. Lagu yang mempunyai satu suara sahaja disebut sebagai mempunyai tekstur yang nipis. Monofoni Muzik satu suara tanpa iringan Homofoni Sistem interpretasi yang berharmoni dalam siri muzik polifoni. Tentu anda dapat membezakan suara Siti Nurhaliza dan suara nyanyian Ziana Zain.6 Elemen Bentuk Bentuk muzik merupakan satu esei atau lagu yang mempunyai pelan ataupun bagaimana corak melodi itu berubah. manakala bunyi suara wanita adalah nyaring dan lembut. Perkusi ialah alatan muzik yang dimainkan dengan cara mengetuk.”.5 Elemen Warna Ton Ciri-ciri bunyi dinamakan warna ton.

Bunyi yang lembut ditandakan dengan simbol p yang bermaksud piano. 1. tenang. sepadan. Pertalian Pembelajaran mudah berlaku bagi perkara-perkara yang mempunyai pertalian antara satu sama lain. Sebelum seseorang guru mengajar. takut. penggalak dan pembimbing dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik.sedih. Bunyi yang kuat ditandakan dengan simbol f yang bermaksud forte. berlawan dan berlaku dalam jarak masa yang singkat. Aplikasi konsep-konsep muzik dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dirujuk dalam Modul Pendekatan Kodaly. Mud Deskripsi mud dalam muzik.7 Dinamik Elemen Ekspresi Dinamik adalah volume sesuatu bunyi muzik. anda perlu memahami beberapa prinsip pembelajaran sebelum merancang sebarang pengajaran dan pembelajaran. Tanda-tanda ini ditulis di bahagian bawah not pada baluk. Peranan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja dalam bidang muzik tetapi juga mempunyai pengetahuan. Dalcroze dan Orff di dalam bilik darjah. melodi dan ekspresi dalam pengajaran dan pembelajaran muzik. Dalam muzik istilah perlahan tidak digunakan kerana ia boleh mengelirukan samada dinamik atau pun tempo. kemahiran. cemas. dedikasi dan inovasi dalam pengendalian kelas supaya pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih kreatif dan mencapai objektif pelajaran. 4.3 PENGENDALIAN KELAS Guru sangat berperanan dalam menentukan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.2. Oleh itu. guru adalah pemudah cara. bersemangat. Bunyi yang perlahan disebut sebagai bunyi lembut. Ada muzik yang kuat dan ada muzik yang perlahan. Antara beberapa prinsip pembelajaran ialah. OUM 47 .TOPIK 4 PENGAJARAN NYANYIAN 4. Latihan 4.2 Cuba rancangkan satu aktiviti nyanyian dengan mengaplikasikan konsep irama. riang. perkara-perkara yang seiras. Misalnya.

5. 11. misalnya aktiviti yang memerlukan pelajar menggunakan organ-organ derianya. Motivasi Seseorang yang digerakkan (mempunyai motivasi)) untuk belajar akan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Minat Pembelajaran lebih mudah berlaku apabila seseorang itu berminat atau sanggup mempelajari sesuatu. 8.PENGAJARAN NYANYIAN TOPIK 4 2. Sebaliknya. 9. Pengulangan Perkara yang kerap diulang-ulang dapat membantu proses pembelajaran. 48 OUM . Pelaziman Kebiasaan membuat sesuatu berulang kali dapat menghasilkan pembelajaran dengan lazimnya. Peneguhan positif seperti pujian lebih berkesan untuk menggalakkan pembelajaran. 10. Kesediaan Pembelajaran hanya boleh berlaku apabila seseorang itu mempunyai kesediaan untuk belajar. maujud kepada mujarad. umum kepada khusus dan daripada fakta kepada penaakulan. Peneguhan Peneguhan yang sesuai dapat menambahkan pembelajaran dan pengekalannya. 3. Contohnya. Pemeringkatan pembelajaran Isi pelajaran hendaklah disusun secara sistematik daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks untuk memudahkan pembelajaran. daripada mudah ke susah. Penyertaan Pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran akan menghasilkan kefahaman yang berkesan dan apa yang dipelajari itu dapat diingat dengan lebih lama. 6. Motivasi ini boleh wujud dalam bentuk ekstrinsik (ganjaran luar) mahupun intrinsik (keinginan dalaman). Paksaan tidak dapat menghasilkan pembelajaran berkesan. Kepuasan Tindakan belajar yang menghasilkan ganjaran dan kepuasan akan mendorongkan pembelajaran dan kekal dalam ingatan. 7. 12. Pengalaman Pembelajaran dan kefahaman lebih mudah berlaku apabila pelajar pernah mengalami sendiri sesuatu aktiviti. peneguhan negatif seperti denda boleh menimbulkan perasaan kurang sihat dan melemahkan semangat pembelajaran. misalnya menyanyi. Peniruan Pembelajaran boleh berlaku dengan meniru perbuatan orang lain. 4. melakukan aktiviti fizikal dan tingkah laku.

Menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi. berkesan dan boleh juga menggunakan sesuatu yang telah diimprovisasikan. Bertujuan untuk membina aliran fikiran dan mencetuskan minat murid supaya mereka menumpukan segala perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan oleh guru.TOPIK 4 PENGAJARAN NYANYIAN 13. 4. Ini membolehkan guru menyesuaikan kaedah pengajarannya. 4. Pelajaran seperti ini lebih bermakna dan berguna kepada pelakar untuk menguasai sesuatu pembelajaran. Mereka perlu mempunyai kemahiran dan kreativiti yang tinggi terutamanya dalam penggunaan alat dan bahan bantu mengajar serta cara penyampaian isi pelajaran menggunakan pendekatan dan kaedah mengajar yang pelbagai mengambil kira gaya pembelajaran pelajar agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan dan menyeronokkan. Pemilihan bahan bantu mengajar yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran nyanyian haruslah berfungsi. menarik. 15. mencukupi. 2. Cuba melibatkan murid dan menambahkan minat untuk mengetahui dan mempelajari pelajaran tersebut. Maklum balas Guru dan pelajar perlu mendapatkan maklum balas berkaitan proses dan kemajuan dalam pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Tujuannya? 1. Kaedah pembelajaran Kaedah pengajaran guru yang baik dan kaedah pembelajaran pelajar yang sesuai dapat menambahkan keberkesanan pembelajaran.1 Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran SET INDUKSI Definisi: Tindakan dan penyertaan guru yang bertujuan menggabungkan pengalaman murid dengan objektif-objektif dalam sesuatu pengajaran. Guru / Pendidik muzik harus mempunyai sifat positif dalam segala hal. 3.3. OUM 49 . Mendapatkan perhatian murid. Membolehkan murid memahami dengan mudah pelajaran yang akan diikuti nanti kerana maklumat awal yang berkaitan dengan pelajaran yang diajar telah diketahui mereka. Kemahiran menyediakan murid dan menarik perhatian awal merupakan permulaan sesuatu proses pengajaran. Pengalaman harian Pelajaran yang disampaikan hendaklah dihubungkaitkan dengan pengalaman seharian pelajar. 14. sementara pelajar pula dapat memperbaiki pembelajarannya.

sesuai dengan keadaan/situasi. Memulakan kerja amali. 5. 2. Memulakan pelajaran baru. tidak terlalu cepat. ‘Bagaimana mempopularkan lagu-lagu rakyat kepada masyarakat?’ 7. boleh diikuti oleh semua murid). Menggunakan isu-isu yang mencabar murid misalnya. cth. 4. Percakapan guru (jelas. mengeluarkan bunyi ganjil dan sebagainya. 6. Guru bercerita. Menggunakan alat bantu mengajar yang menarik seperti radio. gambar berwarna. model-model dan carta serta lain-lain yang bersesuaian dengan tajuk yang diajar. Bagaimanakah Caranya? 1. 3. Kemahiran Penjarian Rekoder. Memperkenalkan satu konsep atau prinsip. Menggunakan teknik ‘Memeranjatkan’ seperti menjatuhkan sesuatu secara tiba-tiba. 2. Terlalu banyak berjalan. Penyoalan – baik taburannya dan berkaitan dengan objektif atau isi pelajaran. lakonan. 8. objek-objek maujud. 50 OUM . Bahasa – tertib. Set induksi perlu menarik minat murid dan dapat memberi kesan. 5. PENYAMPAIAN Amalkan Strategi-strategi Berikut : 1. 4. cth: mengajar satu teknik baru dalam nyanyian atau murid mengulang perbuatan yang telah diajarkan sebelumnya kepada mereka. 4. 6. Teknik-teknik menyoal adalah dilakukan dengan betul. 6. 7. Kembangkan pelajaran langkah demi langkah tanpa gangguan.PENGAJARAN NYANYIAN TOPIK 4 Bila Set Induksi Digunakan? 1. Elakkan gangguan manerisme (cth. Tunjukcara. 3. Memulakan aktiviti untuk mendapatkan kemahiran. melambung pen/kapur atau penerangan tidak licin). terang. Bersoal jawab – menyoal pengalaman harian murid atau murid bercerita. simulasi dll. Menjalankan aktiviti yang menarik seperti nyanyian. Mulakan dari prinsip mudah ke susah dan sebagainya. Segera memulakan pengajaran agar murid tidak ternanti-nanti. sedangkan mereka telah bersedia. 2. Memulakan sesi soaljawab. 3. Mengubah cara penyampaian bila murid kurang atau tidak faham. 5.

6. 4. Memilih lagu yang sesuai dan menarik minat murid.3. 11. 2. 1.). Adakan VARIASI (berubah-ubah) dalam cara penyampaian :guru bergerak bebas tetapi tidak terlalu pantas dan mengganggu. Awasi segala latihan-latihan dengan teliti. Memberikan bimbingan kepada murid-murid secara beransur-ansur hingga mereka akhirnya boleh berdikari. 2. Berikan latihan-latihan supaya kemahiran-kemahiran yang diberikan itu teguh dalam ingatan murid. 3. galakan dll. 3. menyanyi mengikut dinamik . Dalam mengimplementasikan pengajaran dan pembelajaran. Guru – Murid Individu Murid – murid Adakan HENTIAN sebentar untuk murid berfikir selepas penerangan. 12. - Perkara-perkara yang harus dipertimbangkan semasa menjalankan aktiviti nyanyian. 2. Mengurangkan bilangan murid semasa nyanyian mengikut arahan guru. 5. Pengajaran yang dilakukan mengikut langkah-langkah kecil adalah lebih berkesan daripada menjalankan satu langkah besar. cth. Menyanyi secara ‘humming’ dan senikata berselang-seli. OUM 51 . Pelbagaikan interaksi. Berikan peneguhan seperti ganjaran (pujian. lihat rasa dll.2 1. Tidak mengulangi teknik atau pendekatan yang sama. 10. Selang-seli nyanyian murid perempuan dengan lelaki. Guru – Kumpulan. 4. 13. Pelbagaikan pengalaman (penerimaan) deria .kuat dan lembut. Menyanyi rangkai lagu mengikut barisan murid yang berlainan. Pusatkan perhatian murid secara lisan (beri arahan tertentu) atau bukan lisan (senyum. Menyanyi secara solo. A : menyanyi B : tepuk tangan / perkusi badan C : beraksi / melakukan gerakan. mengangguk kepala dan sebagainya). seseorang pendidik muzik haruslah menitikberatkan: 1. 7. dengar. Membuat aktiviti muzik dengan baik mengikut urutan dan betul.TOPIK 4 PENGAJARAN NYANYIAN 9. Beri peluang kepada semua anggota kelas untuk menyelesaikan satu masalah yang dihadapi oleh rakan mereka. Variasi Kaedah Latih Tubi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan.

euthusiasm and competency of the teacher using it” dan kita juga harus menyedari bahawa “few teacher remain with a method long without changing. Selain menjalankan ulangkaji. 6. Periksa sama ada murid dapat menjalankan sesuatu aktiviti yang diarahkan. agar murid dapat meningkatkan kefahaman konsep. perhatikan juga sama ada terdapat peningkatan prestasi atau kemahiran murid. 52 OUM . Latihan kemahiran patut dilakukan dalam pelbagai tempo dengan menetapkan frasa. “the success of any method depends upon the convicyion. 8. RUMUSAN Kaedah-kaedah pengajaran dapat melatih guru membuat perancangan dan rancangan pelajaran muzik (nyanyian) berperingkat-peringkat mengikut perkembangan pelajar serat mengambil kira kebolehan mereka. 7. 5. Semua pendidik muzik juga harus mengikut nasihat Dorothy McDonald yang pernah berkata bahawa. pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran menepati gaya pembelajaran pelajar yang berbeza dan unik untuk pembelajaran yang efektif. (Aplikasi Pendekatan Dalcroze Dalam Pengajaran dan pembelajaran Muzik di Bilik Darjah) 4. menambah. Selalulah menukar peraturan aktiviti. Jika bercakap. Pilihlah tempo yang bersesuaian bagi menjalankan aktiviti. Latihan 4. 9. tidak dapat dijalankan dengan baik oleh murid. menarik dan bermakna.3 Tulis satu rancangan mengajar nyanyian tahap 2 selama 30 minit mengikut langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan di atas. Ada kalanya sesuatu aktiviti yang nampaknya mudah. gunakanlah konsep irama tetapi ingat bahawa demonstrasi akan menjimatkan masa dan lebih memudahkan murid menjalankan sesuatu. Berwaspada terhadap tanda-tanda yang menunjukkan murid bosan atau tertekan dengan sesuatu aktiviti. Kepelbagaian kaedah mengajar. menukar dan mengubahsuai kaedah-kaedah pengajaran mengikut keperluan murid-muridnya dalam situasi bilik darjah.PENGAJARAN NYANYIAN TOPIK 4 3.” Pendidik muzik di bilik darjah harus diberi kebebasan untuk memilih. ambil segera langkah-langkah untuk mengatasinya. Sesuatu aktiviti jika ditukar peraturannya akan menghasilkan suatu aktiviti yang baru. Jika ada. adapting or refining it.

TOPIK 4 PENGAJARAN NYANYIAN GLOSARI Aural – kebolehan untuk mengetahui ertinya bunyi muzik dan memahami organisasi corak muzik tinggi rendah sesuatu bunyi susunan nilai-nilai not mengikut meter tetapi tanpa pic julat / jarak susunan nilai not mengikut pic tinggi. Senaraikan 7 konsep muzik yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. OUM 53 . tengah dan rendah gabungan pic untuk menimbulkan bunyi yang padu supaya memberi kepuasan pada pendengaran yang berdasarkan triad iaitu kombinasi ton yang berlaku pada masa yang sama. Pic Irama Renj Melodi Harmoni – – – – – UJIAN 1 1. Berikan beberapa contoh kaedah pengajaran nyanyian. Bagaimana anda merancang satu rancangan mengajar nyanyian? Apakah kaedah yang akan anda gunakan merancang pengajaran dan pembelajaran? Bincangkan. UJIAN 2 1. 2.

PENGAJARAN NYANYIAN TOPIK 4 LAMPIRAN ISYARAT TANGAN (CURWEN) DO RE MI FA SO LA TI DO’ 54 OUM .