You are on page 1of 14

1.0 LATAR BELAKANG PENGUKURAN KETANGKASAN Kajian-kajian mengenai ketangkasan bermula pada awal kurun ke-20.

Menurut Mosely ( 1958 ), pada masa lalu, dikatakan bahawa ketangkasan hampir bergantung sepenuhnya kepada baka dan ia merupakan warisan daripada keturunan. Tetapi menurut Bennet (1956), Lafuze (1957) dan Calvin (1958), ketangkasan dapat diperbaiki menerusi pengajaran yang diajar oleh guru. Berdasarkan kajian Serls (1951), yang telah dijalankan ke atas kanak-kanak di peringkat sekolah rendah mendapati bahawa terdapat korerasi yang positif dan tinggi perbezaannya di antara pertumbuhan fizikal serta lakuan ketangkasan jika

dibandingkan di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kajian ini disokong oleh Espenschande (1947), di mana dapatan daripada hasil kajian yang telah dijalankan ke atas kanak-kanak lelaki dan perempuan sehingga umur 14 tahun menunjukkan terdapat persamaan. Selepas berumur 14 tahun, kanak-kanak lelaki akan terus meningkat dari segi ketangkasannya tetapi sebaliknya bagi kanak-kanak perempuan. Ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor perkembangan fisiologi tubuh badan pada kanak-kanak perempuan mula menunjukkan perubahan. Perubuhan ini adalah dari segi bentuk tubuh badan serts saiz pertumbuhan yang meningkat. Berdasarkan ketangkasan somatotaip, pengkaji-pengkaji seperti Cureton (1941), Bookwalter dan Karl (1952), Perbis (1954) dan Solley (1957), berpendapat bahawa golongan endormof merupakan golongan yang paling rendah ketangkasan jika dibandingkan dengan somatotaip yang lain. Golongan endomorph merupakan golongan yang mempunyai rangka tubuh yang besar dan ia kelihatan gemuk. Menurut Bookwwalter (1952), daripada kajian yang dijalankan terhadap bentuk badan ektomorf mempunyai rangka tubuh badan yang kecil yang menampakkan seseorang itu kelihatan kurus dan tinggi. Mereka ini adalah lebih pantas dan tangkas. Berdasarkan kajian Sills (1953), beliau berpendapat bahawa kanak-kanak dari golongan mesomorf adalah lebih tangkas dari ektomorf. Ini kerana golongan ini memiliki rangka tubuh badan yang sederhana besar serta mempunyai otot-otot yang menampakkan seseorang itu kelihatan tegap. Namun begitu, daripada kajian yang

Lehsten (1941). Ia juga dikatakan sebagai asas kepada kemahiran dalam aktiviti sukan tertentu.82.dijalankan oleh Solley (1957). Dalam kajian ini. Menurut mereka ketangkasan merupakan satu komponen dalam kecergasan fizikal serta dianggap sebagai satu faktor yang boleh meramalkan kebolehan motor. Johnson (1934). hantaran pantas. bola baling dan bola sepak boleh meningkatkan ketepatan koordinasi pergerakan yang lebih tepat dan jauh serta ketangkasan yang baik. Ketiga-tiga penyelidik ini berpendapat bahawa ketangkasan sangat perlu dalam permainan bola keranjang.93 dan kesahannya pada 0. Hoskins (1934). menggelecek dan hantaran atas untuk ketepatan. bola keranjang. tenis. Beliau telah menjalankan kajian mengenai keupayaan keolahragaan untuk penuntut perempuan di sebuah kolej. McCloy (1942) dan Carruth(1952). Dalam projek Majlis Penyelidikan Amerika Alliance For Health Physical Education.Komponen ketangkasan yang terdapat dalam ujian ini adalah menjaring dari hadapan. lompat dan sentuh. Recreation and Dance (AAHPERD 1859). mendapati tidak ada bukti yang nyata tentang saiz tubuh badan kanak-kanak bagi sesuatu peringkat umur itu boleh mempengaruhi ketangkasan mereka dalam sebarang aktiviti yang diceburi oleh mereka. Salah satu daripada ujian yang dijalankan ialah ujian larian mengelak. bola jarring. terdapat ujian-ujian kemahiran sukan di mana komponen ketangkasan memainkan peranan yang penting seperti dalam ujian kemahiran bola keranjang. Terdapat tiga ujian yang telah dijalankan oleh . Gates (1940). beliau telah mewakilkan seramai 52 orang perwakilan di dalam bidang Pendidikan Jasmani sebagai subjek dalam ujian tersebut untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahannya. `foul shot`. Latihan-latihan seperti daya tahan dan latihan untuk meningkatkan kemahiran motor dalam permainan dapat memperkembangkan lagi komponen ketangkasan. Hasil daripada kajian tersebut mendapati kebolehpercayaan dalam ujian ini ialah r=0. Sheffield dan gates telah menjalankan pengujian ketangkasan ketika berlari. squash. Menurut Cozens (petikan Clarke. Kesemua penyelidik ini telah mengetengahkan kepentingan ketangkasan dalam aktiviti sukan. menjaring sisi. 1976). under basketball shot`. Melalui penyertaan dalam pelbagai jenis permainan seperti badminton.

.93.mereka untuk menguji keupayaan motor.81 dan kebolehpercayaan 0. Hasil daripada kajian menunjukkan kanak-kanak lelaki yang berumur di antara 13 tahun hingga 15 tahun untuk ujian lari berhalangan dengan menguji korelasi 0. Lawsons juga mendapati hasil yang sama terhadap kanak-kanak perempuan pada peringkat umur di antara 7 tahun hingga 12 tahun terhadap ujian lari ulang alik 40 ela. Skor t yang diperolehi digunakan sebagai kriteria perbandingan.

ketangkasan adalah kemampuan mengubah kedudukan badan dan arah secara pantas.2. Barrow & McGee mendefinisikan ketangkasan sebagai merujuk kepada kepantasan dan ketepatan semasa mengubah arah pergerakan sebahagian atau keseluruhan badan. Manakala menurut Safrit (1973). Mathews (1978). Maka keadaan ini mestilah dilakukan pada darjah ketepatan dan penggunaan daya yang sesuai. Baumgartner & Jackson(1999). Clarke (1876). .0 PENGENALAN KETANGKASAN Ketangkasan ialah kebolehan menukar arah kedudukan badan atau sebahagian badan dengan cepat dan pantas. Ketangkasan digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani sebagai satu ujian bagi mengukur prestasi kecergasan motor murid. Menurut Menurut Annarino (1976). ketangkasan merupakan salah satu unsur dalam faktor fisiomotor yang diperolehi daripada tindakan sistem saraf ke atas sistem otot dengan reaksi otot yang betul untuk menghasilkan pergerakan yang diingini.

Ini jelas menunjukkan bahawa berat badan (peratusan lemak) merupakan salah satu daripada faktor yang mempengaruhi ketangkasan. keupayaan latihan. Semakin meningkat dewasa. di mana ia juga dikaitkan dengan kelajuan dan ketepatan tentang reaksi satu kumpulan otot tertentu bertindakbalas ke atas sebarang aktiviti lakuan motor.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KETANGKASAN Antara faktor-faktor yang mempengaruhi ketangkasan ialah masa reaksi. maka kemungkinan anaknya akan mewarisi bakat yang ada padanya. Jika seseorang itu sentiasa melakukan latihan. Jika seseorang itu mempunyai latar belakang seorang atlit. peratusan lemak. . dia akan berupaya menggerakkan sejumlah besar otot secara pantas dan berkesan untuk menukar arah pergerakan. (2003) menyatakan bahawa kadar peratusan lemak yang tinggi dalam badan akan mengurangkan ketangkasan individu. keupayaan latihan merupakan faktor yang mempengaruhi ketangkasan. menyatakan ketangkasan juga mempunyai hubung kait dengan baka. Menurut Seils (1995) yang menyentuh ketangkasan mempunyai kolerasi yang positif dengan pertumbuhan fizikal bagi pelajar lelaki dan perempuan. Mereka yang mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan aktif dalam sukan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mencapai tahap ketangkasan yang optimum. faktor baka.3. gaya hidup juga aspek yang penting dalam ketangkasan. Miller (1998). Selain itu. ketangkasan pelajar lelaki akan meningkat manakala pelajar perempuan akan semakin menurun. Tambahan pula. gaya hidup dan kematangan. Masa reaksi iaitu kebolehan dan keberkesanan ketangkasan melibatkan faktor masa reaksi dan masa pergerakan. Menurut Braakhuis etc. Ini disebabkan beban badan yang berlebihan terpaksa ditanggung oleh individu untuk memudahkan mereka bertindak balas dalam sesuatu aktiviti.

Ujian itu haruslah membantu seseorang guru membuat keputusan yang bermanfaat. Kesahan (validity) Matlamat utama dalam pengukuran ialah mendapatkan maklumat yang benar. Kesahan sesuatu ujian adalan sah kalau ujian itu mengukur apa yang hendak diukur. Ujian juga merupakan alat utama dalam prosedur penilaian. satu kesahan tentang ujian dibuat. Kesahan Lahir Ujian dikatakan mempunyai kesahan lahir jika item-itemnya memenuhi criteria umum pembolehubah yang berkenaan.4. maka keputusan yang diperolehi tidak akan diterima pakai melalui ujian pengukuran itu. Kesahan menunjukkan setakat mana sesuatu ujian itu memenuhi matlamat atau tujuan menguji. dan morma (norms). kesahan konten. iaitu boleh diharapkan.0 PRINSIP-PRINSIP ASAS DALAM PENGUJIAN DAN PENGUKURAN KETANGKASAN Ujian-ujian pendidikan dalam Pendidikan Jasmani Kesihatan dan Sains Sukan ialah alat yang direka bentuk dengan tujuan mendapatkan maklumat yang relevan untuk membuat keputusan yang praktikal. Semasa penilaian dilakukan. keobjektifan (objectivity). Ciri-ciri kesahan ujian ini mengandungi beberapa jenis. kesahan criteria dan kesahan binaan. Keberkesanan penilaian amat bergantung kepada pembinaan ujian yang baik. Data-data yang diperolehi haruslah konsisten atau stabil. serta mudah diperolehi. misalnya ujian itu . Jika ujian penilaian yang dijalankan tidak memenuhi syarat ini. antaranya ialah kesahan lahir. Misalnya selepas meneliti item-item tanpa merujuk kepada criteria khusus. Hanya ujian yang mempunyai cirri-ciri kesahan sahaja boleh dikatakan sebagai ujian yang sah kerana ia dapat mengukur apa yang harus diukur. kebolehpercayaan (reliability). mesti terdapat empat konsep asas yang amat penting iaitu kesahan (validity).

dijalankan untuk mengukur pengetahuan sejarah. Jadi. Kesahan konten lebih khusus dari segala segi kriterianya. sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai kesahan konten jika ia merupakan sample yang baik bagi mewakili kandungan sukatan pelajaran dan objektif-objektif pelajaran. Sebagai kesimpulan. aras kesukaran dan peringkat objektif pelajaran yang hendak diuji. ia hendaklah memilih atau menyediakan item ujian yang sesuai. Kesahan Konten (Content Validity) Kesahan konten merupakan kesahan yang paling penting dalan melakukan pembinaan yang sah. Bagi ujian bertulis. maka ujian tersebut dikatakan mempunyai kesahan lahir. peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk. Kesahan Binaan (Construct Validity) Ujian yang mempunyai kesahan binaan ialah ujian di mana item-item yang dicipta oleh Pembina itu mewakili objektif-objektif dan isi kandungan yang telah dipelajari. Jadi. kandungan sukatan pelajaran. Kesahan konten selalu digunakan guru untuk mengukur pencapaian pelajar daripada apa yang telah diajarkan. . Apabila ujian tersebut sahih menampakkan kemampuan mengukur apa yang boleh diukur. Jenis-jenis item pula bergantung kepada jenis pencapaian murid-murid. sangat mustahakbagi guru supaya menyedari tujuan utama ujian itu. Isi ujian ditentukanberdasarkan kriteria. ujian itu ujian itu mempunyai kesahan lahir untuk mengukur pengetahuan sejarah. Kemudian. penekanan yang diberi kepada tajuk-tajuk. ujian itu dikatakan sah untuk Pembina jika kriteria ini dipenuhi. Ini amat bermakna apabila ujian tersebut mempunyai konten atau kandungan pelajaran yang sebenarnya telah dipelajari dan diajar mengikut aras kesukaran yang ditentukan. Pada amnya isi ujian yang disediakan oleh guru bergantung kepada apa yang telah diajar dan bagaimana ianya telah diajar.

dan cara pemeriksaan.Kesahan Kriteria (Criterion Validity) Kesahan kriteria menunjukkan bahawa skor ujian berhubungkait antara satu sama lain atau lebih factor luaran seperti kepakaran penilai. Ketepatan ukuran dianggarkan melalui konsep konsistensi maklumat. adalah amat sukar untuk membentuk satu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Ini kerana pencapaian murid dalam situasi yang berlainan akan dipengaruhi oleh factor-faktor yang berlainan sperti bilangan soalan. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi ialah ujian yang dapat memberi keputusan yang hamper sama atau sama apabila ujian itu dijalankan berulangkali dalam jangkamasa yang sama bagi sampel yang sama. Lazimnya. Faktor-faktor ini dikatakan mempunyai kesahan kriteria jika ia dapat menolong penilai memahami individu yang dinilai. Oleh itu. Ini bermakna darjah di mana skor yang sama akan doperolehi dengan menggunakan ujian-ujian yang berlainan. untuk meninggikan cirri kebolehpercayaan. keputusan pertandingan dan juga kesahan ujian. emosi dan kesihatan calon. guru perlu mengurangkan segala punca perubahan faktor-faktor tersebut. . keadaan persekitaran. Kebolehpercayaan (Reliability) Kebolehpercayaan merujuk kepada pencapaian yang tekal.

Tahap umur : Pelajar berumur 21 hingga 22 tahun Jantina Alatan : Lelaki dan perempuan : Stop watch (Jam randik) dan Fitness Jump Rajah 1: Fitness Jump .5.0 CONTOH UJIAN KETANGKASAN LOMPAT KUADRAN Objektif : Untuk mengukur ketangkasan berdasarkan perubahan posisi badan dengan lompatan dalam arah yang berbeza.

Skor : Bilangan kaki masuk ke dalam kuadran yang tepat dalam masa 10 saat. 2. Peserta berdiri di belakang penanda mula. kuadran 4 dan balik semula ke kuadran 1. Penalti : ½ markah (point) ditolak sekiranya kaki terpijak garisan atau salah zon atau arah. kuadran 2. 3. peserta melompat dengan kedua-dua kaki ke kuadran 1. Ulang lakuan tersebut sehingga arahan ‘berhenti’ diberikan. 4. kuadran 3. subjek dikehendaki melakukan semula.Prosedur : 1. Dua percubaan akan diberikan. 5. Jika subjek berhenti sebelum masa tamat. Apabila arahan ‘mula’ diberikan. Norma jumlah skor ujian lompat kuadran bagi pelajar Institut Pendidikan Guru TAHAP PENCAPAIAN CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH TERLALU LEMAH LELAKI PEREMPUAN 31 dan ke atas 25 – 30 13 – 24 7 – 12 0–6 33 dan ke atas 27– 32 14 – 26 8 – 13 0-7 .

2.Kelebihan : 1. . Subjek keliru arah lompatan. Arahan mudah difahami. masa dan kos. Mata akan ditolak sekiranya subjek pijak garisan atau salah arah. Jimat ruang. Kekurangan : 1. 2.

CONTOH BORANG SKOR LOMPAT KUADRAN NAMA: UMUR: 1 6 11 16 21 26 31 36 41 46 2 7 12 17 22 27 32 37 42 47 3 8 13 18 23 28 33 38 43 48 4 9 14 19 24 29 34 39 44 49 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50 BILANGAN SET LOMPATAN: SKOR TERTINGGI: TAHAP PENCAPAIAN: .

Maklumat ini benar-benar berguna kepada saya. Saya perlu bijak menguruskan masa untuk menyiapkan tugasan. melalui amali tersebut.REFLEKSI AMILAH BT MOHAMAD (900414-03-5654) Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. . Saya dapat mengetahui berkenaan ujian Straight Leg Angle. Misalnya mencari min. terdapat banyak kebaikan yang telah saya perolehi. Saya juga dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri saya sendiri. Antaranya ialah saya dapat mengetahui tentang sejarah sesuatu ujian yang dijalankan. saya dapat menganalisis sesuatu data. saya juga dapat meneroka berkenaan jenis ujian yang terdapat dalam penilaian dan pengukuran. ujian lompat jauh berdiri dan lompat kuadran. melalui perisian SPSS. saya dapat mengetahui tentang cara pengukuran sesuatu ujian. Kekuatan sesuatu alatan bagi ujian yang digunakan dapat membuktikan alatan tersebut dapat digunakan dengan baik. Selain itu. saya dapat merasai pengalaman menjalankan ujian straight leg angle. Maklumat ini boleh saya gunakan apabila ingin menganalisis sesuatu data kerana ianya berkaitan dengan kebolehpercayaan. Misalnya. Saya juga dapat menambah maklumat tentang kebaikan dan kelemahan sesuatu ujian yang dijalankan. Ilmu ini amat bermanfaat kerana ianya boleh saya gunakan apabila bergelar bakal pendidik kelak. Saya juga perlu mengambil peluang untuk perlu berfikiran lebih bijak dalam membahagikan masa bagi menyiapkan tugasan. Input yang diperolehi ini akan saya ingati sepanjang bergelar pendidik pada masa akan datang. Lompat Jauh Berdiri dan Lompat Kuadran. Antara kelemahan yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah faktor pembahagian masa. Cabaran dan dugaan yang datang ini lebih mematangkan saya dalam menangani sesuatu masalah yang datang. Malah. korelasi dan sisihan piawaian. Tambahan pula.

terima kasih.Akhir sekali. Sekian. . Ini kerana saya akan bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa kelak. saya berharap pengetahuan yang saya perolehi akan datang saya gunakan apabila saya bergelar bakal pendidik kelak.