You are on page 1of 3

LARI BERPAGAR

KEMAHIRAN LARI BERPAGAR Bagi acara ini, seseorang peserta perlu menunjukkan kepantasan berlari. Di samping itu, kelicinan semasa berada di antara pagar-pgar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama yang harus ada pada setiap peserta. Kelicinan ini disebut sebagai ritma. Setiap peserta acara ini mestilah mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kakinya. Badan peserta pula mestilah mempunyai daya kelenturan yang baik. Dengan ini, dia dapat melenturkan badannya secara automatik semasa membuat lompatan. Sebagai usaha memperkenalkan acara lari berpagar ini di peringkat awalan, para guru hendaklah mengamalkan pengajaran yang beransur maju. Cara ini akan membantu para pelajar mempelajari asasasas lari berpagar dengan cara yang menyeronokkan dan sesuai pula dengan kemampuan mereka. Di samping itu, cara pengajaran ansur maju juga dapat menyemaikan sifat-sifat keyakinan diri di kalangan pelajar. LATIHAN ANSUR MAJU LARI BERPAGAR Teknik (a) Menuju pagar pertama Bilangan langkah larian hendaklah tetap. Berlari dengan pantas (lari pecut) Jangan melonjak terlalu hampir dengan pagar kerana cara ini boleh menyebabkan peserta melompat terlalu tinggi semasa melepasi pagar. (b) Melepasi pagar Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah ke hadapan. Bongkokkan badan ke hadapan. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu. Tapak kaki belakang hendaklah mengarah ke luar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar. Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat). (c) Berlari di antara pagar Bilangan langkah hendaklah sama. Berdiri lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan. (d) Mengakhiri larian Gaya yang sama dengan gaya untuk lari pecut jarak dekat.

i. ii. iii.

i. ii. iii. iv. v.

i. ii. i.

Kesalahan Teknik

Peserta dikehendaki melangkah pagar melalui bahagian atasnya.10 meter 40 meter 100 meter (W) 400 meter (W) 110 meter (L) 200 meter (L) 400 meter (L) 0. Blok mulaan atau alat berlepas mestilah digunakan pada masa pertandingan.      Lompat ketingting melepasi 8 batang rotan yang disusun pada jarak 2 meter.5 meter 35 meter 9. peserta melonjak terlalu dekat dengan pagar. Bilangan langkah larian antara pagar tidak sama.com/2011/06/lari-pagar-3.html LATIHAN LARI BERPAGAR . Berlari dan melangkah gelong rotan yang tersusun di jarak yang tertentu Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan Berlari dan melangkah 5 pagar yang ditebalikkan.914 meter Aktiviti ansurmaju untuk larian berpagar.14 meter 18.840 meter 0. Kaki belakang tidak ditarik dengan pantas ke hadapan semasa melepasi pagar.( Jarak antara pagar ialah 8.(a) (b) (c) (d) (e) Peserta melompat pagar mengikut gaya gunting dalam acara lompat tinggi.762 meter 1.blogspot.29 meter 35 meter Jarak pagar ke garis tamat 10. Jarak dan Ukuran Pagar untuk Pertandingan Olahraga Acara Tinggi pagar Bilangan pagar 10 10 10 10 10 Jarak pagar 1 dari garis mula 13 meter 45 meter 13.72 meter 18.067 meter 0. Lompat dengan dua belah kaki melepasi 5 pagar yang disusun pada jarak 1 meter.29 meter 45 meter Jarak antara pagar 8.02 meter 17. Peraturan Asas bagi Perlumbaan Lari Berpagar (a) (b) (c) Peserta hendaklah mengikut lorong masing-masing. Melepasi pagar dengan badan tegak.5 meter) http://sukan-olahraga.762 meter 0.5 meter 40 meter 14. Ketika cuba melepasi pagar.

. Terdapat 10 pagar digunakan. Mana-mana situasi yang mungkin dihadapi oleh atlet perlu dipraktikkan berulang kali dalam latihan. Mereka juga boleh lari berpagar dengan ketinggian sederhana untuk melatih kekuatan dan daya tahan. Untuk atlet larian berpagar.LATIHAN LARI BERPAGAR Permulaan Permulaan dilakukan seperti dalam acara lari pecut. percubaan masa dan asktiviti simulasi boleh melibatkan pelbagai jarak dan keadaan. Masa selang (intervals) Terdapat pelbagai variasi yang boleh dilakukan. sederhana tinggi kemudian barulah pagar yang tinggi. contohnya bermula dengan pagar yang rendah. Penilaian kemajuan Perjumpaan. Latihan penamat Latihan ini menguatkan kemahiran dan ketahanan semasa penamat. Latihan X Atlet akan berlari merentasi pagar pada ketinggian yang berbeza. jarak ujian yang paling biasa ialah 55 meter (indoor) manakala semasa percubaan jarak yang biasa ialah 40 meter sehingga jarak penuh (outdoor). Atlet boleh berlari pantas dengan jarak 20 hingga 30 meter. Larian pada 5 pagar yang pertama dilakukan dengan larian yang tenang manakala larian pada 5 pagar yang akhir dilakukan dengan sepenuh tenaga. Dalam masa selang yang lebih pendek atlet boleh berlari lurus atau mengelilingi lengkungan.