You are on page 1of 11

3.

0 ULASAN PENGARUH TAMADUN ISLAM DI ASIA

Pemerintahan/Pentadbiran

Ekonomi

PENGARUH TAMADUN ISLAM

Sistem Pendidikan

Kesenian

DI ASIA

Kepercayaan dan Cara Hidup

Bahasa dan Kesusasteraan

Islam muncul di Semenanjung Tanah Arab pada kurun ke 7 Masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. , kerajaan Islam berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Ummaiyah,Seljuk di Turki, Empayar Moghul di India, Kerajaan Islam Acheh di Indonesia dan Kesultanan Melaka telah mewujudkan tamadun Islam yang agung. Pengaruh Tamadun Islam ini sangat besar dan meliputi pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan, cara hidup, kesusasteraan, kesenian dan juga ekonomi. 3.1 Pemerintahan dan Pentadbiran Institusi pemerintahan beraja memang terdapat terutamanya di Asia Tenggara sebelum kedatangan Islam. Setelah kedatangan Islam institusi beraja telah diubahsuai menjadi institusi kesultanan warisan daripada amalan pemerintah Abbasiyah di Baghdad dan kerajaan Turki Uthmaniyah. Istilah raja diketepikan setelah kedatangan Islam. Sultan sebagai ketua negara dan agama. Mufti pula sebagai penasihat sultan. Selain itu, diwujudkan pegawai seperti kadi, bilal, khatib, pemungut zakat dan penjaga harta wakaf.
8

Dalam Hukum Kanun Melaka, raja digelar Khalifatul Mukminin yang bermaksud pemimpin orang mukmin, perkataan ini tercatat dalam wang syiling kerajaan Melayu Melaka. Di India pula telah terbentuk Kesultanan Delhi yang terdiri daripada Kerajaan Mamluk, Dinasti Lodi, Dinasti Syeid di mana Delhi menjadi pusat pemerintahannya. Dinasti Ming (13681644M) pula merupakan dinasti Islam yang terkenal di China. Ramai orang Islam telah dilantik dalam pentadbiran kerajaan pada zaman Dinasti Ming. Islam telah menjadi agama rasmi bagi kerajaan Melaka, Acheh, dan Brunei. Antara sultan yang berpegang teguh kepada Islam ialah Sultan Malik al-Zahir dari Samudera Pasai dan Sultan Iskandar Thani dari Acheh. Nama-nama Islam digunakan pada nama negeri seperti Acheh Darus Salam dan nama raja seperti Sultan Mansur Syah yang beerti sultan terpuji. Pengaruh tersebut masih kekal sehingga kini, contohnya negeri Kelantan Darul Naim, Perak Darul Ridzuan dan sebagainya. Undang-undang Islam (syariah) menjadi asas pembinaan serta pengamalan, contohnya Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Muzzafar Syah. Ianya mengandungi peraturan serta hukum-hakam dalam bidang jenayah, muamalah, kekeluargaan,dan tanggungjawab raja-raja serta pembesar negeri dalam pemerintahan. Di Acheh pula, terdapat kanun yang mempunyai ciri-ciri sebuah perlembagaan Islam dikenali sebagai Kanun Mahkota Alam.. Pada zaman Dinasti Yuan (1260-1368M) di China, seorang Islam yang dikenali sebagai Abdul Rahman telah dilantik menjadi pengawal Kewangan Maharaja dan diberi kuasa mengagihkan cukai yang dikenakan ke atas rakyat China. Pada zaman Kesultanan Delhi di India, Sultannya dibantu oleh Menteri Kanan yang digelar Wazir. Majlis I-Khalwat dan Bari I-Khas ditubuhkan bagi mengawal jenayah. Urusan kewangan negara adalah mengikut Mazhab Hanafi iaitu dalam pengutipan cukai ,jizyah, dan kharaj. 3.2 Sistem Pendidikan Agama Islam mewajibkan setiap umatnya menuntut ilmu. Sebelum kedatangan Islam, pendidikan hanya untuk golongan bangsawan sahaja. Setelah kedatangan Islam, golongan bangsawan dan golongan bawahan mendapat pendidikan yang sama. Wanita juga diberi peluang menuntut ilmu Sikap mementingkan ilmu telah membawa perubahan

dalam sistem pendidikan dengan wujudnya institusi pendidikan formal seperti istana, masjid, pondok, pesantren, madrasah, dan surau. Istana merupakan pusat pendidikan bagi golongan bangsawan. Fungsi istana adalah sebagai tempat bagi ulama pembesar negeri. Istana juga penterjemahan. menyampaikan ilmu dan menasihati sultan serta sebagai perpustakaan, tempat penyalinan dan

Sistem masjid sebagai markas dapat dilihat sebagai suatu bentuk

pemusatan kegiatan Islam. Di antara pengajaran yang disampaikan ialah ilmu tafsir, Hadith, Fiqah, Ussuluddin, bahasa kesusasteraan dan sebagainya. Sekolah pondok merupakan salah satu sistem pendidikan yang terkenal terutamanya di Asia Tenggara. Salah satu pusat pendidikan Islam formal yang terawal ialah di Sumatera Utara ialah semasa pemerintahan kerajaan Perlak. Ia disebut dayah atau pondok. Salah sebuah dayah di Perlak dikenali sebagai Dayah Bukit Ce Breek telah didirikan pada abad kesembilan masihi. Pendidikan pondok telah berkembang meluas ke Pattani, Acheh dan Jawa. Acheh menjadi tumpuan ramai pelajar dari luar datang mendalami ilmu pengetahuan Islam sehingga digelar Serambi Mekah. Sistem pendidikan di Acheh lebih sistematik, terdapat peringkat rendah, menengah, dan tinggi Rumah guru agama juga memainkan peranan penting dalam pendidikan setelah kedatangan Islam. Di Tanah Melayu, Indonesia, dan Filipina, kanak-kanak yang berumur antara enam hingga sepuluh tahun mula membaca dan menghafaz al-Quran di rumah guru ataupun ulama. Fenomena pembelajaran berbentuk demikian wujud sehingga sekarang. 3.3 Kepercayaan dan Cara Hidup Cara hidup Islam banyak mempengaruhi masyarakat di Benua Asia sehingga kini. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Asia kebanyakannya mengamalkan kepercayaan ananisme, agama Hindu dan Buddha. Perubahan yang paling ketara setelah kedatangan Islam ialah perubahan jiwa kepercayaan dan pemikiran iaitu daripada kepercayaan ananisme kepada kepercayaan pada Tuhan yang esa. Kepercayaan kepada dewa-dewa, makhluk halus dan roh merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia primitif. Al-Quran menjadi pegangan hidup dan sumber rujukan bagi umat Islam. Kepercayaan karut lenyap beransur-ansur diganti dengan
10

kepercayaan Allah Yang Esa. Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w merupakan agama yang menuntut manusia berfikir secara rasional yang mencirikan perubahan intelek yang tinggi. Islam dijadikan ad-din iaitu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh. Kedatangan Islam turut mengubah sistem sosial masyarakat Asia. Sistem Kasta (penganut agama Hindu) yang menerapkan unsur kelas-kelas dalam budaya masyarakat telah dihapuskan. Islam telah mewujudkan persaudaraan Islam dan persamaan taraf. Amalan hormatmenghormati, tolong-menolong dan kerjasama diterapkan. Wujudnya cara pemakaian Islam seperti memakai tudung kepala bagi wanita dan bersongkok bagi lelaki. 3.4 Bahasa dan Kesusasteraan Kemunculan tulisan jawi merupakan salah satu pengaruh tamadun Islam. Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab. Tulisan ini juga digunakan secara meluas di Malaysia. Brunei, Indonesia dan juga Filipina. Tulisan ini menggantikan tulisan Palava Dewanagari iaitu tulisan zaman Hindu-Budhha. Bukti kewujudan tulisan jawi di Malaysia ialah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu. Kedatangan Islam melalui pedagang-pedagang Arab ke Asia telah menyebabkan istilah-istilah Arab digunapakai seperti istilah sultan, masjid, syukur, berkat, alam dan lainlain lagi. Pengaruh bahasa Arab sebagai bahasa Islam juga telah memunculkan Bahasa Urdu di India. Bahasa ini mempunyai perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki. Ia ditulis dengan skrip Arab tetapi diubah mewakili bunyi bukan Arab. Contoh perkataan Urdu ialah wajib dan munsyi. Melalui tulisan-tulisan ini, maka lahirlah buku-buku ilmuan, kisah-kisah para Rasul, cerita-cerita pahlawan Islam, kitab Feqah, tafsir Al-Quran dan sebagainya yang telah diterjemahkan dari kesusasteraan Arab dan Parsi. Di Alam Melayu, genre sastera Islam yang bercorak hikayat adalah seperti Sejarah Melayu. Antara karya lain ialah Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Puteri Salmah. Di China, karyawan Islam yang terkenal antaranya Yusuf Ma Zhu dengan karyanya Arah Islam dan Wang Dai Zing dengan karyanya Qing Zhen (Penjelasan Benar Mengenai Agama Islam dan Pengajian Tinggi).

11

3.5 Kesenian Kesenian Islam meliputi seni khat, seni bina, seni ukir, seni muzik, dan sebagainya. Pengaruh Islam dalam seni khat dapat dikenalpasti pada batu nisan, bilah mata keris, dan ukiran kayu. Pada batu nisan terdapat tulisan abjad Arab dan jawi Terdapat juga seni khat yang bertakhtakan emas dan perak. Masjid merupakan karya seni Islam yang terpenting. Masjid-masjid di Asia banyak dihiasi dengan seni khat yang digabungkan dengan dengan ukiran yang berkonsepkan alam mati. Contoh ukiran khat pada masjid terdapat pada mimbar, bingkai, tiang masjid dan sebagainya. Pengaruh seni bina Islam pula boleh dilihat pada bentuk masjid, kubah, mimbar, mihrab dan menara azan. Masjid-masjid dibina mengikut reka bentuk Arab dan tradisional masyarakat setempat. Di India, pengaruh reka bentuk kesenian Islam dapat dilihat di zaman pemerintahan Moghul. Shah Jahan merupakan ahli bangunan terkenal. Salah satu karyanya ialah bangunan Taj Mahal yang banyak dipengaruhi konsep dan gaya Islam. Taj Mahal menjadi terkenal sebagai salah satu keajaiban dunia. Masjid-masjid di China pula adalah gabungan ciri-ciri Islam dan tradisional China. Antara masjid yang tertua di China ialah Masjid Chingjing di Guangzhou yang dikatakan begitu jelas ciri Arabnya. Model masjid ini diambil dari Damsyik dan gerbangnya mempunyai ketinngian 20 meter yang dibina dari batu granit. Di Malaysia , antara masjidmasjid yang terkenal dengan reka bentuk Islam ialah Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar,Perak dan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah. Setelah kedatangan Islam, bentuk nyanyian yang mengagungkan Allah, Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat telah diperkenalkan. Alat-alat muzik seperti rebana, dabus, dan nobat juga telah menjadi sebahagian daripada alat muzik masyarakat setempat. Terdapat juga karya puisi Islam yang diterjemah dari Bahasa Arab seperti qasidah, berzanji, atau puisi untuk memuji Nabi dan berdakwah. 3.6 Ekonomi Setelah kedatangan Islam, ekonomi masyarakat Asia semakin berkembang Pedagang Islam mendominasi perdagangan di Lautan Hindi dan Laut China Selatan. Perdagangan dijalankan di pinggir-pinggir sungai dan di antara pelabuhan. Contohnya, Melaka dan Acheh. Jawatan laksamana ( ketua angkatan laut) dan Syahbandar telah
12

diperkenalkan. Selain daripada itu, sistem timbang dan sukat berdasarkan kati dan tahil menggunakan dacing juga diperkenalkan. Kedudukan Melaka dan Acheh yang strategik menjadi tumpuan pedagang-pedagang dan ini telah meningkatkan ekonomi kerajaan tersebut. Sistem mata wang juga telah digunakan iaitu mata wang emas, perak dan timah. Pedagang Eropah menggunakan mata wang perak manakala pedagang India, China dan Arab menggunakan mata wang emas. Perkembangan ekonomi juga adalah melalui sistem pencukaian. Pedagang wajib membayar cukai terhadap barang dagangan. Baitul Mal yang berfungsi sebagai perbendaharaan negara telah diwujudkan pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda di Acheh. Hasil Baitul Mal diperolehi daripada pengeluaran zakat fitrah, sedekah, kafarah dan wakaf dan dan peranannya membantu golongan fakir miskin dan yang layak menerimanya. Islam menggalakkan umatnya rajin bekerja, mencari rezeki yang halal dan menjauhi amalan riba dalam perniagaan. Sistem jual beli juga telah bertukar berlandaskan hukum syarak mengikut konsep halal dan haram. Di samping itu, Islam juga menyarankan umatnya berjimat-cermat dan tidak melakukan penindasan.

Kesimpulan Islam membawa pengaruh yang besar di rantau Asia. Proses penyerapan Islam secara berperingkat peringkat yang bermula dari golongan istana sehinggalah kepada rakyat biasa menjadikan masyarakat menerima Islam dengan baik. Kepercayaan kepada Allah yang satu telah membawa perubahan kepada manusia ke tamadun yang lebih maju dan mengamalkan tradisi keilmuan. Pengaruh tamadun Islam juga telah mencelikkan mata dunia kerana keistimewaan Islam itu sendiri yang sederhana dan tiada paksaan 4.0 SUMBANGAN TOKOH ISLAM - AL KHAWARIZMI Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang penting melalui tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang sama ada bidang agama, matematik, sains tulen, sastera, seni dan sebagainya. Salah seorang tokoh Islam yang terulung dan memberi sumbangan besar

13

kepada masyarakat umum dalam ilmu matematik, astronomi dan geografi ialah AlKhawarizmi. Nama sebenarnya ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Beliau dikenali dengan pelbagai nama. Di Barat al-Khawarizmi dikenali sebagai al-Cowarizmi, alAhawizmi, al-Karismi, al- Goritmi atau al-Gorism. Nama al-Gorism terkenal pada abad pertengahan. Di Perancis pula, beliau dikenali dengan nama Augryam atau Angrism. Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Beliau dikatakan hidup sekitar awal pertengahan abad ke sembilan dan meninggal dunia antara 220M dan 230M. Sumber lain mengatakan beliau hidup di Khawarism, Uzbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal dunia pada tahun 266H/850M di Baghdad. Tahun 780M 850M adalah zaman kegemilangan alKhawarizmi. Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang syariat dan bidang lain seperti falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Beliau bekerja dalam usia yang muda di Bayt alHikmah yang terletak di Baghdad pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam Abbassiyah . Kepakarannya dalam ilmu matematik telah diiktiraf oleh pemerintah Abbassiyah. Pada zaman Khalifah Harun Ar-Rashid, beliau telah dilantik sebagai pakar matematik dan ahli matematik di Bayt al- Hikmah. Kemudian dilantik pula sebagai pengarah arkib buku perpustakaan istana khalifah oleh Khalifah Mamun, pengganti Khalifah Harun ar-Rashid. Beliau adalah orang yang pertama memperkenalkan angka sifar dan sistem nombor secara sistematik. Pengenalan sistem angka yang sistematik telah membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan. Operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi dapat dilakasanakan dengan mudah, juga operasi lain seperti kuasa, kosinus, tan, log, dan lain-lain lagi. Beliau juga pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara perhitungan India pada dunia Islam. Al- Khawarizmi juga merupakan tokoh yang mula-mula memperkenalkan algebra dan hisab. Nama Algebra diambil daripada buku beliau iaitu Al-Jabr wa al-Muqabalah. Algebra merupakan satu bidang matematik yang menggunakan tanda-tanda dan huruf atau simbol untuk mewakili nombor, nilai atau pembolehubah, disebut persamaan menjurus kepada aritmetik. Beliau merupakan orang pertama mengajar algebra dalam
14

bentuk yang mudah dan dapat menyelesaikan banyak masalah seperti timbangan dan ukuran, perwarisan, pembahagian harta pusaka dan perniagaan. Selain daripada itu, al-Khawarizmi turut memberi sumbangan dalam bidang geometri. dan trigometri. Geometri berkaitan dengan ilmu yang mengkaji ciri-ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan, dan pepejal dalam ruang. Perkembangan trigometri pada abad ke-12M digunakan untuk menyelesaikan masalah persamaan, teorem segitiga sama, kira luas segitiga, segiempat selari, pecahan , dan lain-lain lagi. Sumbangan beliau dalam bidang astronomi juga sangat banyak. Astronomi atau ilmu falak ialah pengetahuan tentang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran mengenai bintang. Al- Khawarizmi telah berjaya mencipta jadual perjalanan bintang, menghasilkan peta dunia pertama, menghitung ukurlilit bumi, sukatan masa dan jam matahari. Beliau juga telah mencipta pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Al- Khawarizmi juga diberi gelaran Bapa Kaedah Berangka kerana berjaya menghasilkan penyelesaian dalam bentuk angka walaupun mungkin tidak tepat tetapi untuk praktikalnya mencukupi. Kaedah berangka atau Alogorithm dalam bahasa Inggeris ini digunakan secara meluas dalam pelbagai ilmu fizik, statistik, kejuruteraan, ekonomi, dan, pengurusan. Beliau juga telah memberi sumbangan melalui hasil karyanya. Hasil penemuan dan ciptaannya dibukukan dan beberapa daripadanya diterjemahkan dalam bahasa Latin. Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah; a) Sistem Nombor : Diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. Memperkenalkan konsep sifat dan penting dalam sistem nombor kini.

b) Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Tentang algebra dan mengemukakan 800 permasalahan matematik. c) Mufatih al-Ulum: Bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang. d) Al-Jami wa al al-Tafsir bi Hisab al-Hind :
15

Diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagri. e) Ar-Rubul Mamur : Mengandungi tulisan geografi yang dipelajarinya daripada sarjana Yunani. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia sarjana Greek dan India ke dalam bahasa Arab. Pengaruh dan peranan al-Khawarizmi dalam ilmu sains, khususnya matematik, astronomi , dan geografi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. sarjana Barat, al-Khawarizmi Ini diperakui G.Sarton yang mengatakan Pencapaian-pencapaian tertinggi telah mempunyai keperibadian yang teguh dan seorang yang yang dalam berbagai disiplin.

Selain menulis kitab-kitab ilmu, beliau juga terlebih dahulu menterjemahkan hasil karya

diperolehi oleh orang-orang Timur terutama al-Khawarizmi. Menurut Wiedmann pula, mengabdikan hidupnya untuk dunia Sains.

5.0 REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya, dapat juga saya menyiapkan tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini. Saya bersama dengan Pn. Zainab bt Zainal bergabung tenaga menyiapkan kerja kursus ini yang diberi dalam bentuk kumpulan berdua. Setelah berbincang, tugasan saya ialah menyiapkan tajuk Pengaruh Tamadun Islam di Asia dan Sumbangan Tokoh Tamadun Islam. Perkara yang menjadi masalah kepada saya ialah, saya kurang pengetahuan dan pemahaman tentang Tamadun Islam. Saya juga tidak memahami dengan sebenarnya
16

kehendak soalan . Di samping itu, kekangan masa untuk berbincang dengan rakan juga menjadi satu masalah kerana kesibukan bekerja dan juga jarak rumah dengan beliau. Tanggungjawab dan aktiviti-aktiviti di sekolah sangat banyak dan padat menyukarkan pembahagian masa. Walaubagaimanapun, segala masalah dan kelemahan dapat di atasi. Setelah membuat rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan serta penerangan dari pensyarah, Puan Salmah , dapatlah saya memahami kehendak sebenar tugasan ini. Melalui rujukan buku-buku dan internet, banyak maklumat telah saya perolehi tentang tajuk ini. Perbincangan dengan rakan kumpulan dan juga rakan-rakan lain juga banyak membantu. Bersama dengan Puan Zainab (rakan kumpulan), kami banyak berhubung melalui talian telefon dan e-mail kerana kesuntukan masa untuk mengaturkan pertemuan. Melalui proses membuat kerja kursus ini juga telah membuatkan hubungan silaturrahim antara rakan-rakan semakin rapat. Kemahiran mencari maklumat dengan melayari internet dapat dipertingkatkan. Selain daripada itu, menyiapkankan kerja kursus ini juga telah menjadikan saya lebih mengenali serta menambahkan pengetahuan tentang sejarah Tamadun Islam dan Asia dengan lebih terperinci lagi. Saya juga dapat mendisiplinkan diri dan lebih mementingkan masa. Secara keseluruhannya, kerja kursus TITAS ini telah memberikan banyak faedah dan kebaikan dalam pelbagai sudut. Saya merasa bertuah kerana dapat belajar asal usul serta perkembangan tamadun agama saya sendiri dan juga mengetahui begitu banyak sumbangan tokoh-tokoh Islam dalam pelbagai bidang. Disediakan oleh : Salina Md Saad 5.0 REFLEKSI Kelebihan dan keistimewaan Tajuk interaksi antara tamadun memberi pendedahan supaya masyarakat sekarang lebih berfikran terbuka dalam menerima sejarah tamadun yang membentuk masyarakat dunia dan komuniti Malaysia amnya. Tajuk ini memerlukan kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh dalam aspek nota. Penerokaan dalam laman internet memperkukuhkan lagi fakta sejarah dipelajari.
17

Pemahaman soalan memerlukan jawapan yang lebih berfokus agar tidak berlaku kesalahan struktur kemasukan pedagang dari luar ke Negara Asia.

Kelemahan Kelemahan terhadap perancangan penulisan refleksi adalah berlaku kepada proses kekangan masa untuk mencari idea teknik menulis .Situasi masa pembelajaran untuk tajuk tamadun juga agak terhad dan tidak mencukupi untuk membincangkan tajuk-tajuk yang agak kompleks.

Hasil tulisan : Zainab bt Zainal

18

You might also like