Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia

BAB 4: BAHASA-BAHASA ASIA

Se Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: a) Menerangkan perbezaan bahasa yang ditutur oleh penduduk Asia b) Membincangkan ciri-ciri bahasa di Asia c) Menjelaskan isu kepupusan bahasa

Bab 1: Lokasi & Bentuk Muka Bumi 4.1 Apakah Bahasa? 4.2 Rumpun Bahasa Asia  Sino-Tibetan  Indo-Eropah  Altaic  Semitic  Austro-Asiatic  Austroonesia  Dravidian  Tai-Kadai 4.3 Bahasa Rasmi 4.4 Kepupusan Bahasa Kata Kunci RINGKASAN Bab 2: Iklim & Tumbuhan-Tumbuhan Asal Bab 3: Tamadun Awal Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia Bab 5: Agama-Agama Asia Bab 6: Globalisasi & Kerjasama Serantau Bab 7: Penduduk Asia Bab 8: Ekonomi Bab 9: Politik & Konflik

1

Kata Kunci Ringkasan Rujukan

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia 4. 4. Austro-Asiatic  Vietnamese  Khmer  Lao 6. Tiga unsur utama sesuatu bahasa. Dravidian  Tamil  Malayalam  Telegu  Kannada 8.1 Lapan Rumpun Bahasa Asia 2 . Bahasa juga merefleksi pemikiran. bahasa-bahasa dalam sesuatu rumpun mungkin berbeza kerana perubahan-perubahan sepanjang masa. keinginan. Beribu-ribu bahasa digunakan oleh penduduk di Benua Asia yang telah pun dikategorikan kepada beberapa rumpun. Austronesia  Indonesia  Bahasa Melayu  Tagalog 7.1 APAKAH BAHASA? Bahasa ialah simbol bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi. perkataan dan ayat. Sino-Tibetan  Cina  Tibeto-Burman 2. Tai-Kadai  Thai  Lao Jadual 4. Secara umum bahasa-bahasa yang dikelompokkan dalam sesuatu „rumpun‟ berkongsi kosa kata asas dan morfologi. Semitic  Arab  Hebrew  Amharic 5. perasaan dan budaya sekelompok manusia. sama ada dalam bentuk rangsangan lisan atau pun tulisan. Altaic  Japanese  Korean  Mongolian  Turkic 4. ialah pertuturan yang terangkum di dalamnya bunyi. manuskrip atau bahan bertulis dan adab atau sopan santun. Bahasa digunakan oleh manusia untuk menyampaikan maklumat serte menerima maklumat daripada persekitaran. 1. Bagaimana pun. Rumpun bahasa adalah sekumpulan bahasa-bahasa yang mempunyai asal-usul dan ciri-ciri yang hampir sama. Indo-Eropah  Indic  Iranian  Turkic 3.2 RUMPUN BAHASA ASIA Adalah dijangkakan terdapat kira-lira 7000 bahasa yang digunakan oleh manusia dimerata dunia. Bahasa ialah sistem bunyi-bunyi vokal dan konsonan dengan urutan bunyi yang digunakan dalam komunikasi oleh sekumpulan manusia.

bahasa-bahasa utama yang ditutur oleh penduduk benua Asia boleh dikelompokkan kepada LAPAN rumpun utama.1 yang membahagikan bahasa-bahasa Asia kepada LAPAN RUMPUN umum adalah salah satu cara mengklasifikasi bahasa-bahasa Asia yang mungkin tidak dipersetujui oleh sesetengah pakar etnolinguistik.1 yang menujukkan taburan rumpun-rumpun bahasa benua Asia.1 Peta Menunjukkan Taburan Rumpun Bahasa Asia Lihat Rajah 4. 3 . Bahasa Melayu (di Malaysia) dan Tagalog (di Filipina). Secara umum.Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia Contohnya. Perlu ditegaskan bahawa terdapat beberapa kaedah mengklasifikasi beribu-ribu bahasa yang ditutur oleh penduduk Asia. Turkic Cina Mongolia Jepun Tibeto-Burman Semitic Austro-Asiatic Iran Indic Austronesia Dravidian Tai-Kadai Cina Jepun Semitik Dravidian Tibeto-Burman Mongolia Tai-Kadai Indic Iran Turkic Korea Austro-Asiatic Austronesia Rajah 4. Bahasa yang paling luas digunakan di bawah rumpun ini ialah Bahasa Indonesia (di Indonesia). rumpun Austronesia terdiri daripada kira-kira 1200 bahasa. Jadual 4.

Guangdong dan pulau Hainan). Antara dialek-dialek Min Dan ialah Hokkien.1. Australia dan Amerika Syarikat. Kantonis juga ditutur di Asia Tenggara.  Bahasa Cina ditutur oleh penduduk di China. Skrip Burma telah melalui pelbagai perubahan dengan mengambil kira kaum-kaum etnik yang menggunakan bahasa berkenaan sebagai bahasa komunikasi dan lingua franca. Lihat Jadual 4. RUMPUN SINO-TIBET Rumpun Sino-Tibet terdiri daripada 250 jenis bahasa yang meliputi Bahasa Cina. Bahasa Bahasa Tibet dan Bahasa Burma. Hong Kong dan disapora Cina di Asia Tenggara. Bahasa ini menggunakan skrip Burma yang berasal daripada skrip Brahmi yang merupakan skrip yang tertua di India.… Apa khabar? Terima kasih  Bahasa Burma ditutur oleh 42 juta penduduk di negara Burma (atau Myanmar). Yue atau Kantonis di ditutur oleh 70 juta penduduk di selatan China serta di Hong Kong dan Macau. Terdapat juga bahasa-bahasa Cina lain seperti Wu.Hainanese & Hokkien) Jadual 4.1 Bahasa-Bahasa Cina  Sementera itu. Kira-kira 850 juta oranga bertutur dalam Mandarin. Pulau Pinang di Malaysia dan Thailand. Bahasa Cina 我叫 你好吗 谢谢 Wǒ jiào Nǐhǎo ma? Xiè xiè Nama saya ialah …. hampir semua bahasa menggunakan skrip yang sama. dialek-dialek Min (ditutur oleh 50 juta penduduk) ditutur oleh penduduk di tenggara China (seperti di wilayah Fujian.. Ditutur oleh: 850 juta penduduk 90 juta penduduk 70 juta penduduk 50 juta penduduk Mandarin Wu Yue (Kantonis) Min Dan (Teochew. Walau pun bahasa-bahasa Cina berbeza dariapada bahasa pertuturan. Taiwan dan penduduk Cina di Filipina. Teochew dan Hainanese. Taiwan. Bahasa kebangsaan negara Cina ialah Mandarin yang dipanggil Putonghua yang merupakan bahasa pertuturan Cina Han (Han Chinese). wilayah Jiangsu dan bandaraya Shanghai. Min dan Yue. Wu terdiri dariapda beberapa dialek yang ditutur oleh 90 juta penduduk terutama di wilayah Zheijiang. 4 .Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia 1. Amerika Syarikat dan Kanada.

Tungusic. sesetengah pendapat tidak bersetuju bahawa bahasa Jepun dan bahasa Korea dikategorikan dalam rumpun Bahasa Altaic. Bahasa Parsi terdiri daripada perkataan daripada bahasa Turki.Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia  Bahasa-Bahasa Lain: o Bahasa Tibet di tutur oleh kira-kira 6 juta penduduk di Tibet yang kini dibawah jagaan Cina. Mongolia. kawasan-kawasan tertentu di Afghanistan dan Takijkistan." "Saya mahu pergi ke Jepun. Seramai 3 billion manusia dalam dunia bertutur dalam salah satu rumpun bahasa indo-eropah. Inggeris. 2. Jerman.2 juta penduduk berkomunikasi dalam bahasa Mongolia. Semua bahasa di Eropah dikelompok sebagai rumpun indoeropah dan anataranya ialah bahasa Sepanyol. Rusia. RUMPUN ALTAIC Rumpun bahasa ini terdiri daripada bahasa Turki. Bahasa Mongolia ditutur oleh penduduk di Mongolia dan kawasan-kawasan sekeliling. Tanaka. Contohnya. Bahasa Jepun telah banyak menggunakan kata dasar dan morfologi Bahasa Cina tetapi tidak dikategorikan dalam rumpun bahasa yang sama. Rumpun bahasa ini mendapat namanya daripada Pergunungan Altai di Asia Tengah. RUMPUN INDO-EROPAH Rumpun ini terdiri daripada ratusan bahasa dan dialek dan merupakan rumpun bahasa yang paing besar. Perancis dan Itali. Masih dipertikaikan tentang rumpun bahasa ini. Di benua Asia.  Bahasa Jepun ditutur oleh 120 juta penduduk di negara Jepun dan ditempat-tempat lain yang diduduki orang keturunan Jepun seperti di Hawaii. 3. Arab dan Hindustani. rumpun Indo-Eropah terdiri daripada  Bahasa Iran atau Parsi yang ditutur oleh 110 penduduk di Iran."   Bahasa Turki ditutur oleh 200 juta penduduk di negara Turki dan Balkans. Dianggarkan kira-kira 5. Bahasa Tibet juga terdiri daripada beberapa dialek. Bahasa Jepun 田中さんにあげて下さい。 Tanaka-san ni agete kudasai 日本に行きたい。 Nihon ni ikitai "Sila berikannya kepada En. Portuguese. Japonic dan Korea. 5 . Dicadangkan bahawa kedua-dua bahasa ini mempunyai ciri-ciri tersendiri dan patut di anggap sebagai berasingan.

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia Bahasa FARSI Selamat Petang Terima Kasih Asr be kheyr Mamnoon ‫ب خ یر ع صر‬ ‫مم نون‬ ‫ من ا سم‬. Kuwait dan Oman. Hindustani.. Bahasa-bahasa seperti Inggeris. Bahasa Arab telah meminjam perkataan daripada Hebrew. Syria. German. Kesatuan Emiriyah Arab. Bahasa HINDUSTANI Helo Selamat Petang Berapakah harga ini? Namastey Shubh sundhyaa Yeh kaisey diyaa? नमस्ते शुभ संध्या यह क ै से दिया । 4. RUMPUN SEMITIK Rumpun ini terdiri daripada beberapa bahasa yang ditutur oleh 270 juta penduduk merentasi Tumur Tengah. dan antaranya ialah:  Bahasa Arab yang ditutur oleh 206 juta penduduk yang tinggal di Arab Saudi. Pashto dan Punjabi pula telah meminjam perkataanperkataan Arab. Bahasa Melayu. Indonesia. Oman. bahasa Bengali dan bahasa lain yang ditutur oleh penduduk di utara India dan utara Pakistan dan negaranegara berhampiran. Yunani dan Farsi.. Contohnya.. Utara Africa dan Semenanjung Africa (Horn of Africa). Bahasa Arab Hi! Boleh saya Hal tolong anda? Berapakah harga ini? Salam! ‫س الم‬ ‫؟كتدعاسم يناكمإب له‬ 6 ‫ك م هو ث م نه؟‬ Hal beemkani mosa’adatuk? Kam howa thamanoh? . Perancis. Bahasa Arab lisan mungkin berbeza mengikut kawasan tetapi bahasa tulisan adalah sama. Arab dan Sanskrit.  Bahasa Indic yang meliputi bahasa Hindustani. Bahasa Arab yang ditutur oleh penduduk di Afrika Utara berbeza dengan Bahasa Arab yang ditutur di Kuwait atau Bahrain. Esm e man…. Banyak kosa kata Bahasa Hindustani diperolehi daripada Bahasa Parsi. bahasa Urdu. Yemen. Nama saya ialah…. Jordan. Malayalam.

Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia    Bahasa Amharic ditutur dengan meluas di Ethiopia dan merupakan bahasa rasmi negara berkenaan bagi kira-kira 27 juta penduduk.7 juta penduduk di Eritrea di Ethiopia. Lihat Rajah 4. RUMPUN AUSTRO-ASIATIC Rumpun ini terdiri daripada 168 bahasa yang ditutur di negara-negara Asia Tenggara. Bahasa Hebrew ditutur oleh 7 juta penduduk yang kebanyakkannya tinggal di Israel. Je a) Nyatakan bahasa-bahasa yang dikategorikan sebagai Rumpun Sino-Tibetan. b) Apakah ciri-ciri bahasa Rumpun Altaic? c) Manakah rumpun bahasa yang paling luas ditutur? d) Jelaskan ciri-ciri bahasa dikategorikan sebagai Rumpun Semitik.  Bahasa Vietnamese (Vietic) ialah bahasa rasmi di Vietnam. 5. Perancis telah menjajah Vietnam Rajah 4.2 yang menunjukkan taburan bahasa Austro-Asiatic. Bahasa Tigrinya ditutur oleh 6. Bahasa Vietnamese telah meminjam banyak perkataan daripada bahasa Cina dan dipengaruhi oleh J bahasa Perancis.2 Peta menunjukkan taburan bahasa-bahasa Austro-Asiatic 7 . Berhati-hati anda tidak keliru dengan mengaitkan perkataan “austro” dengan Australia!. Frasa „austro-asiatic‟ berasal daripada perkataan Latin yang bermakna “selatan” dan “Asia”.

Pulau Hawaii dan Madagascar (bahasa Malagasi). Rumpun bahasa terdiri daripada bahasa-bahasa yang ditutur oleh penduduk di selatan China. dan bahasa Lao yang merupakan bahasa rasmi Laos. Rajah 4.Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia    Bahasa Khmer ditutur oleh kira-kira 10 juta penduduk Khmer di Cambodia. Malaysia dan Filipina.3 Peta menunjukan Taburan Bahasa Austronesia 8 . Lao dan Vietnamese Bahasa Mon (Monic) ditutur oleh orang Mon yang tinggal di Myanmar dan Thailand. Terdapat banyak perkataan-perkatan bahasa-bahasa Tai-Kadai yang dipinjam daripada bahasa-bahasa Sino-Tibet (Ostapirat.268 bahasa yang ditutur oleh kira-kira 380 juta orang di Indonesia. Kira-kira 100 juta penduduk bertutur dalam kedua-dua bahasa ini. rumpun bahasa Tai-Kadai dikelompok bersama rumpun Sino-Tibet tetapi kini diklasifikasikan sebagai rumpuan berasingan. 7. Thailand. Vietnam. Adalah dianggarkan kira-kira sejuta orang bertutur dalam bahasa Mon yang kini sedang merosot dikalangan orang muda yang kurang menggunakannya. 2005). Palaungic. Bahasa-Bahasa lain seperti Bahnaric. 6. RUMPUN AUSTRONESIA Rumpun ini terdiri daripada 1.3. Bahasa Austronesia juga ditutur di New Zealand (bahasa Maori). RUMPUN TAI-KADAI Pada suatu ketika. Pearic dan Nicobarese ditutur oleh kumpulan-kumpulan minoriti. Ini termasuk bahasa Thai yang merupakan bahasa rasmi Thailand. Katuic. Lihat Rajah 4. Bahasa Khmer dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan juga bahasa Thai. Myanmar da Assam (India).

9 . Malaysia dan kemudian ke Madagascar dekat benua Afrika dan ke seluruh lautan Pasifik. Bahasa-bahasa Mikronesia. Sebaliknya. Contoh : bahasa Melayu. „Pasir‟ dalam Bahasa Melayu disebut sebagai „Pasig‟ untuk maksud yang sama. Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna. Jawa. Bahasa Batak Bahasa Bali. Dayak. Roto. Bahasa Aceh dan lain-lain. Tonga. Sika dan lain-lain. Tagalog. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil     Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara. Mengikut pakar-pakar linguistik. Carolina dan Gilbert. Bahasa Austronesia berasal dari Cina Selatan apabila penduduk bermigrasi ke pulau Taiwan dan dari sana bermigrasi ke Filipina. Aceh. Bahasa Tagalog. Kebanyakan bahasa Austronesia mempunyai bilangan penutur yang kecil. Perkataan „tahun‟ dalam Bahasa Melayu ialah „taon‟ dalam Bahasa Tagalog. kedua-dua bahasa menggunakan perkataan yang sama untuk „mata‟. Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji. Haiti Bahasa-bahasa Melanesia. Irian and Kepulaun Caledonia. Bahasa Sunda. Sunda. „austronesia. Bahasa Melayu Berat Mata Ikan Telur Tahun Air Lidah Api Masin Bulan Pasir Tahun Bahasa Tagalog Bigat Mata Isda Itlog Taon Tubig Dila Apoy Asin Buwan Pasig Tulug Jadual 4.2 Persamaan dan Perbezaan Di Antara Bahasa Melayu dan Tagalog TAHUKAH ANDA Bahasa Melayu ditutur oleh 180 juta orang dan merupkan bahasa yang ke 8 kerap digunakan dalam dunia. Bahasa-bahasa Polinesia. Lihat Jadual 4. Jika dicantumkan.2. Contoh : bahasa Hawaii. Kini terdapat ratusan bahasa Austronesia dan di antaranya ialah Bahasa Melayu. Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia lebih rapat berbanding dengan Bahasa Tagalog. Solo. Bahasa Jawa.Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia Istilah „austronesia‟ berasal daripada perkataan „auster‟ yang bermakna „bayu selatan‟ dan perkataan Yunani „nesos‟ yang bermakna „pulau‟. Pada umumnya. Bahasa Indonesia. Indonesia. bermakna „pulau-pulau selatan‟ yang sungguh tepat kerana bahasa-bahasa „austronesia‟ ditutur dengan meluas di pulau-pulau. Marshall. Maori.

Bahasa Tamil Apakah ini? Bolehkah saya tolong anda? Apakah nama anda? Berapakah harga ini? Ithu yenna? Naan unakku uthavalaamaa? Un peyar yenna? Ithu yenna vilai? இது என்ன? உன் பப஬ர் என்ன? நான் உனக்கு உதவலா஫ா? இது என்ன விலல?  Bahasa Telegu ditutur dengan meluas di wilayah Andhra Pradesh. RUMPUN DRAVIDIAN terdiri daripada kira-kira 85 jenis bahasa yang ditutur oleh penduduk di selatan India. Bahasa-bahasa Dravidian yang paling luas ditutur ialah:  Bahasa Tamil ditutur di wilayah Tamil Nadu dan bahagian utara Sri Lanka. Bahasa Telegu telah memimjam banyak perkataan daripada Sanskrit.M.4 Peta Menunjukkan Bahasa. (kira-kira 2500 tahun yang lampau). Rajah 4. Bahasa Tamil ialah bahasa yang paling tua selepas bahasa Sanskrit di India. kawasan tertentu di timur dan pertengahan India (Lihat Rajah 4.Bahasa Dravidian di Selatan India D 10 .Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia 8. Juga sastera Tamil adalah kaya dengan pelbagai hasil karya yang telah wujud 2000 tahun yang lampau. Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa tulisan-tulisan Telegu wujud pada 400 S.4).

Lihat Jadual 4. Sebelum abad ke 14.Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia  Bahasa Kannada ditutur dengan meluas di wilayah Karnataka dan terdapat buktibukti bahawa bahasa ini wujud pada 230 S. bahasa rasmi ialah Mandarin.3 11 . komunikasi di antara penduduk dalam sesebuah negara boleh terjejas. Bahasa Kannada mempunyai skripnya yang tersendiri yang berasal daripada skrip Brahmi seperti bahasa-bahasa India lain. (iaitu 2240 tahun yang lampau). Contohnya. Dengan kedatangan dan pengaruh agama Kristian dan Islam. Kadang-kala orang yang tinggal berhampiran tidak memahami sama sendiri kerana bahasa atau dialek yang digunakan adalah berlainan. kerajaan di negara tertentu telah memperkenalkan „Bahasa Rasmi‟. Bahasa Malayalam ditutur oleh 33 juta penduduk di wilayah Kerala. Banyak perkataan dalam bahasa Malayalam berasal daripada bahasa Tamil klasik serta Sanskrit. bahasa rasmi ialah Bahasa Tagalog dan di Indonesia. bahasa Tamil digunakan di wilayah Kerala. dan Nambudiri Brahmin bahasa Malayalam telah berkembang dan menggantikan bahasa Tamil sebagai bahasa pertuturan penduduk wilayah Kerala. Untuk mengatasi masalah ini.M. di India bahasa rasmi ialah Hindi (bersama Bahasa Inggeris) manakala di China.3 BAHASA RASMI Oleh kerana penduduk Asia bertutur dalam pelbagai jenis bahasa. bahasa rsami ialah Bahasa Indonesia.  4. Di Filipina.

b) Berikan contoh-contoh perbezaan dan persamaan di antara Bahasa Tagalog dan Bahasa Melayu.Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia NEGARA Afghanistan Azerbaijan Bahrain Bangladesh Bhutan Brunei Cambodia China India Indonesia Iraq Iran Israel Jepun Jordan Kazakhstan Korea Selatan Korea Utara Kuwait Kyrgyzstan Laos BAHASA RASMI Pashto Azeri Arab Benggali Bhutan Melayu Khmer Mandarin Hindi Indonesia Arab Parsi Hebrew Jepun Arab Kazakh Korea Korea Arab Kyrgyz Lao NEGARA Lebanon Malaysia Maldives Mongolia Nepal Oman Palestin Pakistan Filipina Qatar Arab Saudi Sri Lanka Syria Taiwan Tajikistan Thailand Turki Turkmenistan Vietnam Yemen BAHASA RASMI Arab Melayu Dhivehi Khalka Mongol Nepali Arab Arab Urdu Tagalog Arab Arab Sinhala Arab Mandarin Tajik Thai Turki Turkmen Vietnam Arab Jadual 4.3 Bahasa Rasmi Beberapa Negara Asia D Je a) Namakan bahasa-bahasa yang dikategorikan di bawah Rumpun Tai Kadai. d) Mengapakah bahasa rasmi penting bagi sesebuah negara? J 12 . c) Senaraikan bahasa-bahasa di bawah Rumpun Dravidian.

Pada masa kini hanya generasi tua yang masih bercakap bahasa Ainu dan apabila orang-orang tua ini meninggal dunia. Di selatan Taiwan terdapat 300 orang daripada kumpulan etnik „Saaroa‟ (Lihat gambar disebelah).Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia 4. Bahasa yang terancam kepupusan adalah kerana tidak ada orang lagi yang bertutur dalam bahasa berkenaan atau orang berpindah penggunaan sesuatu bahasa kepada bahasa yang lain dan mengabaikan bahasa asal. Akhirnya. bahasa berkenaan akan pupus kerana generasi muda dihalanga oleh kerajaan Jepun mempelajari bahasa berkenaan. Kini hanya enam orang yang fasih dalam bahasa Saaroa dan dalam beberapa tahun akan datang bahasa ini akan pupus sama sekali. Akhirnya. Gone: Five of Asia’s Most Endangered Language‟ telah mengenal past lima bahasa di Asia yang menghadapi kepupusan. bahasa berkenaan akan pupus. Sherley Wetherhold (2012) dalam artikel „Going. bahasa ini akan pupus kerana generasi muda tidak ingin mempelajari bahasa Kusunda. 13 . Separuh daripada 3054 bahasa yang menghadapi masalah kepupusan adalah bahasa-bahasa Asia. Laporan terkini mencadangkan hanya terdapat dua orang sahaja yang boleh bertutur dalam bahasa berkenaan (Lihat gamber sebelah). Di tengah Nepal terdapat sekumpulan penduduk yang bertutur dalam bahasa „Kusunda‟ yang berasal daripada Papua New Guinea. sesetengah bahasa Asia juga mengalami masalah kepupusan.4 BAHASA-BAHASA YANG TERANCAM KEPUPUSAN Seperti tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar mengalami kepupusan. Di Jepun terdapat kaum asli bernama „Ainu‟ yang menetap di pulai Hokkaido (Lihat Gambar disebelah). Adalah dianggarkan bahawa hampir 50% daripada 7000 bahasa dalam dunia akan pupus dalam tempoh 100 tahun. Terdapat sumber-sumber yang mengatakan hanya sepuluh orang yang boleh berbahasa Ainu hari ini. Going.

Di antara 300 orang Jarawa yang tinggal. bahasa Jarawa akan pupus seperti bahasa Bo juga di Pulau Andaman yang telah pupus sejak tahun 2010. Hari ini terdapat kira-kira 10 juta kaum etnik Manchu di China tetapi hanya 20 orang boleh bertutur dalam bahasa Manchu. bahasa Kelabit yang merupakan salah satu daripada bahasa tertua di dunia. Kaum Jarawa ialah orang asli yang tinggal di Pulau Andaman. berhadapan dengan ancaman kepupusan kerana bilangan penutur di kalangan generasi muda yang bercakap dalam bahasa itu semakin mengecil. Ini adalah kerana hampir semua kaum Manchu telah diterima sebagai China Han dan menguasai bahasa Mandarin. 2012. bahasa ini dituturkan oleh kira-kira 6. hanya 10 hingga 30 orang masih boleh bertutur dalam bahasa Jarawa (Lihat gamber disebelah). jika tidak ada usaha untuk memelihara. Bahasa Manchu akan pupus dalam berapa tahun akan datang. Namun kini.Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia Dinasti Manchu merupakan dinasti yang akhir memerintah China di antara 1644 hingga 1912 (Lihat Gambar disebelah). bahasa Kelabit akan pupus daripada permukaan bumi dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.000 bahasa dunia yang sedang mengalami kepupusan berikutan jumlah penutur terutama di kalangan generasi muda kian berkurangan. 14 . Bahasa Kelabit merupakan salah satu daripada 7. Kajian Kes: Bahasa Kelabit Diancam Kepupusan MIRI 18 Jun. Jika tindakan tidak diambil.000 penduduk Kelabit yang berasal dari tanah tinggi Bario di utara Sarawak. India. Bahasa Kelabit merupakan bahasa kaum minoriti Kelabit dan dipercayai digunakan sejak 200 hingga 300 tahun dahulu. Setakat ini.

mereka 15 . Lucy memberitahu.Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia Menurut pakar bahasa. RKS kini menghadapi cabaran untuk menulis pertuturan bahasa Kelabit ke dalam bentuk tulisan kerana setakat ini belum ada standard yang boleh digunakan untuk rujukan. Menurut Lucy. Hanya generasi tua yang tinggal di kampung fasih bertutur dalam bahasa Kelabit. identiti termasuk cara hidup yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. namun itu pun dalam bahasa Inggeris. nilai. ramai kaum Kelabit terutama generasi muda menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris dan ini secara tidak langsung menjejaskan penggunaan bahasa ibunda mereka dengan begitu teruk. jumlah kaum Kelabit yang boleh bertutur dalam bahasa Kelabit kini berkurangan. Kebanyakan generasi muda Kelabit kini dibesarkan di bandar yang mana persekitarannya sudah jarang menggunakan bahasa ibunda dalam kehidupan seharian. Lucy Bulan berkata. Beliau berkata. Ujarnya. setakat ini tidak sampai 1. Selain itu. antara kekangan utama yang dihadapi dalam memelihara dan mengembangkan bahasa ini ialah ketiadaan kajian lanjut mengenai asal usul bahasa Kelabit dan sistem ejaan yang standard.000 penduduk Kelabit tinggal di Bario dan majoriti mereka adalah generasi tua. kebanyakan kaum Kelabit yang berkahwin dengan kaum lain tidak lagi menuturkan bahasa Kelabit menyebabkan anak-anak hasil perkahwinan campur berkenaan tidak dapat bertutur dalam bahasa tersebut. kira-kira 40 tahun lalu. kaum Kelabit tidak mempunyai sebarang dokumentasi yang ditulis dalam bahasa itu sendiri dan keadaan ini menyukarkan mereka untuk mengembangkan bahasa itu kepada generasi muda. Pengerusi Unit Pendidikan RKS. bahasa yang pupus memberi kesan terhadap kebudayaan sesuatu komuniti. Di samping itu. usaha mendokumentasikan perkara berkaitan kaum Kelabit hanya berlaku sehingga pendidikan diperkenalkan di tanah tinggi Bario. Walaupun usaha itu agak lambat. Usaha menerbitkan bahan seperti Kamus Kelabit Inggeris dan cerita rakyat dalam bahasa Kelabit hanya wujud sejak beberapa tahun kebelakangan ini. katanya. Katanya. namun setidaktidaknya sudah ada kesedaran dan usaha untuk menghidupkan semula bahasa Kelabit secara bertulis. Lucy berkata.” katanya.

Justeru kita perlu mempercepatkan usaha ini untuk mengumpul maklumat sebanyak mungkin daripada mereka yang masih tinggal. Jika tidak. ramai orang tua yang mahir berbahasa Kelabit dan arif mengenai cerita rakyat sudah tiada. Setakat ini sebanyak 25 cerita rakyat Kelabit sudah ditulis semula dan dalam simpanan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak antaranya Agan Tadun. Apa yang menyedihkan. Bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dua orang lagi guru yang mengajar di Bario Asal dan Pa Ukat turut menjalani latihan yang sama di Kuching setiap tahun sejak tahun lepas. RKS kini mengorak langkah dengan menubuhkan sebuah lagi Pusat Pembelajaran Kelabit atau Tawaq Raut untuk pra sekolah di Miri yang dijangka bermula pada tahun ini. kita terpaksa menghantar bahan bantuan mengajar menggunakan pesawat. Sumber kewangan yang tidak mencukupi dan kekurangan kemudahan merupakan cabaran utama yang kita hadapi dalam melaksanakan kelas ini. Di Bario Asal dan Pa’ Ukat misalnya. tegasnya. Pusat pembelajaran di Bario menempatkan kira-kira 20 murid. 16 . kita tidak mempunyai sumber lagi dan mustahil untuk mengumpul maklumat. Setiap Tawaq Raut ini perlu dibekalkan dengan bantuan mengajar dan ini memerlukan kos yang tinggi. Kami mempunyai banyak lagu-lagu rakyat yang belum sempat dikumpulkan selain cerita rakyat. Bimbang dengan kepupusan bahasa Kelabit. Unit Pendidikan RKS bertanggungjawab mengeluarkan sendiri bahan bantuan mengajar termasuk buku bacaan dalam bahasa Kelabit. Dayang Meterik dan Siyok dan Uging. Balang Ramudan. pusat ini bertujuan untuk mengajar anak-anak ahli yang berusia antara lima hingga enam tahun untuk bertutur dan menulis dalam bahasa Kelabit. Kita juga sedang berusaha mengumpul murid-murid untuk diajar. ujar Lucy. Tawaq Raut pertama kali ditubuhkan di Bario pada 2007 dan mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk tempatan. Menurut Lucy. katanya. Kita berharap dapat mengumpul lebih banyak dana untuk membiayai kos penyelenggaraan dan operasi kelas terbabit. Setakat ini kita sudah menghantar dua orang guru untuk menjalani latihan di Kuching. Setakat ini dua Tawaq Raut dibuka iaitu di Bario Asal dan Pa Ukat yang mengajar dan mendidik anak-anak Kelabit berusia antara tiga hingga lima tahun.Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia memerlukan sistem ejaan yang standard bagi memudahkan usaha dokumentasi bahasa dilakukan. Tambahnya.

18 Jun. Projek „ENDANGERED LANGUAGES‟ Salah satu usaha menyelematkan bahasa-bahasa daripada terus pupus ialah Projek “Endangered Languages” (Bahasa Terancam) oleh Alliance for Linguistic Divesity. Tempoh ini amat sesuai kerana otak mereka sedang berkembang dan mudah menerima sesuatu yang baru. Apakah yang menyebabjannya? Salah satu fakor dikaitan dengan globalisasi yang mementingkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilimu dan bahasa komunikasi antarabangsa. Lebih kerap anak-anak itu didedahkan dengan bahasa ibunda. Lucy berkata. [sumber: Utusan Malaysia Online. RKS akan terus melipatgandakan usaha untuk mengumpul dana bagi memastikan ketiga-tiga Tawaq Raut ini dapat berjalan dengan lancar. katanya. Projek ini juga bertujuan membantu komuniti-komuniti yang ingin memelihara bahasa-bahasa yang menghadapi masalah kepupusan. Tujuan Projek ini ialah untuk mengumpul dan berkongsi maklumat tentang bahasa-bahasa yang terancam serta cara menyelamatkan bahasa-bahasa yang mungkin pupus. penerbitan buku dalam bahasa Kelabit untuk kegunaan kelas memerlukan tenaga kerja tambahan selain latihan berterusan. bahasa Kelabit sedang berhadapan dengan kemungkinan kepupusan jika tidak ada usaha dilakukan untuk mengekalkannya. Ini telah menyebabkan sesetengah komuniti mengabaikan mempelajari bahasa ibunda dan memilih untuk mempelajari Bahasa Inggeris. sebagai bahasa minoriti.Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia Selain itu. Ahli akademik. berkata. mereka lebih mudah mempelajari dan memahami pelbagai bahasa dalam satu masa terutama bahasa ibunda. masyarakat Kelabit harus mempertimbangkan langkah untuk mengajar anak-anak mereka bertutur dalam bahasa sendiri. 53. Menurut Marcus pada usia tersebut. Kanak-kanak Kelabit perlu didedahkan dengan penggunaan bahasa ibunda seawal usia tiga hingga enam tahun. lebih tinggi potensi mereka untuk menguasai bahasa asing. 2012] Bahasa-bahasa di Asia yang telah wujud beratusan tahun kini menghadapai masalah kepupusan. Mahu tidak mahu. pendedahan mengenai bahasa ini terutama di kalangan generasi muda perlu dilakukan sebelum ia terlambat. generasai muda dikehendaki menguasai Bahasa Rasmi atau Bahasa Kebangsaan masing-masing dan ini secara tidak langsung menyebabkan mereka mengabaikan bahasa ibunda yang seterusnya menghadapai masalah kepupusan. katanya.. Justeru katanya.” katanya. Marcus Gatuman Raja. Disesetengah komuniti. 17 . Lihat laman web halaman 18.

com/ Je a) Apakah yang menyebabkan sesuatu bahasa mengalamai kepupusan? b) Nyatakan contoh-contoh bahasa yang akan pupus jika tindakan tidak diambil.Gunakan peta dan kenal pasti bahasa-bahasa yang mengalami kepupusan di negara-negara Asia . .endangeredlanguages.Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia URL Laman Web: http://www.Pastikan bilangan orang yang masih bertutur bahasa-bahasa berkenaan - 18 J .Klik pada ‘Explore’ . c) Rujuk kepada Laman Web “Endangered Languages”.

Vietnam. Rumpun bahasa adalah sekumpulan bahasa-bahasa yang mempunyai asal-usul dan ciri-ciri yang hampir sama. Tiga unsur utama sesuatu bahasa. Rumpun Tai-Kadai terdiri daripada bahasa-bahasa yang ditutur oleh penduduk di selatan China. Bahasa Tibet dan Bahasa Burma. perkataan dan ayat. Tungusic. Rumpun Semitik terdiri daripada beberapa bahasa yang ditutur oleh 270 juta penduduk merentasi Tumur Tengah. Japonic dan Korea. Rumpun Sino-Tibet terdiri daripada 250 jenis bahasa yang meliputi Bahasa Cina. manuskrip atau bahan bertulis dan adab atau sopan santun. Thailand. Mongolia.       19 . Rumpun bahasa ini terdiri daripada bahasa Turki. Utara Afrika dan Semenanjung Afrika. Seperti tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar mengalami kepupusan. sesetengah bahasa Asia juga mengalami masalah kepupusan.Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia KATA KUNCI Sino-Tibetan Indo-Eropah Altaic Semitic Austro-Asiatic Austroonesia Dravidian Tai-Kadai Bahasa Rasmi Kepupusan bahasa   Bahasa ialah simbol bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi. Myanmar da Assam (India). ialah pertuturan yang terangkum di dalamnya bunyi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful