LAPORAN ANALISIS PENULISAN REFLEKSI KENDIRI DARI ASPEK STRUKTUR KATA, BENTUK KATA DAN PENGOLONGAN KATA BAHASA

MELAYU Oleh Autdrey anak Kanchin, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak

ABSTRAK Bagi memenuhi kehendak soalan Kerja kursus BMM 3109- Morfologi Bahasa Melayu, satu analisis berkaitan dengan penulisan refleksi kendiri dari aspek struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata telah dilaksanakan. Laporan ini bagi menjelaskan secara rinci metodologi analisis dan dapatan analisis penulisan refleksi kendiri dari aspek morfologi. LATAR BELAKANG LAPORAN Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji tentang perkataan dari segi struktur,bentuk dan golongan kata. Apabila menggunakan istilah perkataan, yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran dalam sesuatu bahasa atau lambang tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan. Manakala, pengolongan kata ialah proses

menjeniskan perkataan berdasarkan fungsi dan bentuk dengan mengambil kira kriteria sintaksis atau kriteria semantik perkataan. Hatta, laporan analisis ini berkaitan dengan ketiga-tiga aspek yang disebutkan di atas. Materi analisis merupakan penulisan refleksi analis yang terdiri daripada 614 patah perkataan. Metode analisis dijalankan secara deskriptif. Pengulangan kata yang sama pada penulisan refleksi tidak dikira semua, cuma satu patah saja diambil untuk wakilkan kata. Hasil analisis telah dilampirkan pada bahagian lampiran bagi menyokong dapatan analisa.
9

separa atau berentak. distingtif perkataan mengikut aspek golongan kata. kata majmuk diidentifikasi melalui dua kata dasar yang dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna khusus. sama ada bertaraf sebagai morfem yang berasingan. Di mana bagi menganalisis lambang tulisan kepada morfem. iaitu kata nama. iaitu lambang tulisan dipotong menurut segmen yang ada makna atau fungsi tatabahasa. Manakala. morf-morf yang dihasilkan ditentukan. sama ada penggandaan penuh. Kata terbitan pula didistingtif mengikut proses pengimbuhan awalan. tiga suku atau empat suku kata dan lebih. Namun. Bagi setiap aspek. Terdapat 3 kaedah menganalisis morfem yang telah digariskan oleh E. metode yang diguna pakai adalah distingtif perkataan mengikut bentuk. (Rujuk Lampiran 2) Seterusnya. Bagi aspek struktur kata.METODE ANALISIS Terdapat tiga aspek identifikasi morfologi iaitu dari segi struktur. tanpa mengambil kira binaan sintaksisnya. bentuk dan golongan kata setiap patah perkataan pada penulisan refleksi analis. dua suku kata. Bagi kata tunggal. kata kerja. ditentukan jumlah morfem. Jenis-jenis morfem terbahagi kepada dua iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Ini dilakukan dengan melihat jenis morf mengikut distribusi. Kata ganda dikenal pasti daripada pengulangan kata dasar dan penggunaan tanda sempang serta dikategorikan mengikut jenis penggandaa. yang digunakan hanyalah kaedah 2 dan kaedah 3. metode yang digunakan berbeza. lambang tulisan telah disegmen kepada morf.A Nida dalam bukunya Morphology : A Descriptive Analysis Of Word (1963). sisipan dan akhiran pada kata dasar. Ini bermaksud perkataan yang telah disegmenkan. kata adjektif dan kata tugas. Setiap kata dikategorikan berasaskan kriteria semantik. Kemudian. aspek bentuk kata pula. Seterusnya. metode yang digunakan adalah deskriptif struktur. dan dinyatakan jenis-jenis morfem yang terdapat padanya. kata majmuk dan kata ganda. kata terbitan. Terdapat empat golongan kata. perkataan dibatangkan bagi mengetahui jenis kata tunggalkata tunggal satu suku kata. iaitu kata tunggal. Perkataan yang sama tidak akan diulang. Rujuk Lampiran 1 bagi melihat analisis morfem mengikut jenis distribusi. akhiran. 10 .

iaitu : 1. kata kerja. Menandawarnakan dan distingtif struktur kata bentuk kata dan golongan kata perkataan. kata terbitan. terdapat 449 patah perkataan disenaraikan. (Rujuk Lampiran 1 : Analisis Struktur Kata dalam Refleksi Kendiri). Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Setiap kata disegmen kepada morf untuk menganalisis distribusi jenis-jenis morfem. 5. Terdapat dua jenis morfem iaitu morfem bebas dan morfem terikat. kata adjektif. bentuk dan penggolongan kata. Menganalisis dan membahaskan hasil analisis dan menghitung peratusan data 6. Tamsilnya perkataan kursus yang mendukung maksud sesuatu pelajaran. bahasa pula mendukung maksud sistem lambang bunyi dan lain-lain lagi. bentuk kata (kata tunggal. Menghitung jumlah struktur kata (morfem bebas dan morfem terikat).Selepas itu. misalnya rupa dalam merupakan. Mengidentifikasikan jenis-jenis struktur kata bentuk kata dan golongan kata perkataan 4. kata majmuk dan kata ganda). teknik analisis data digunakan. Membaca dan memahami penulisan refleksi kendiri 2.kata dasar perlu dalam memerlukan. dan kata tugas) secara general. kata dasar faham dalam 11 . (Rujuk Lampiran 3) TEKNIK PENELITIAN METODOLOGI Bagi menganalisis penulisan refleksi kendiri analis dari aspek struktur. Terdapat enam proses yang dilalui. Satu lagi contoh morfem bebas adalah kata dasar. 3. Morfem bebas juga mempunyai makna tersendiri. setiap golongan kata dipecahkan kepada subgolongan kata masingmasing. Membuat kesimpulan hasil analisis data. DAPATAN KAJIAN Bagi aspek struktur kata. dan golongan kata (kata nama.

Contoh. Unsur-unsur imbuhan asing yang dipinjam ini terbahagi kepada tiga iaitu imbuhan daripada Sanskrit. terdapat tiga morfem iaitu dua morfem terikat (imbuhan awalan meng.merupakan imbuhan yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit. Contoh yang terdapat dalam penulisan refleksi adalah. Dalam kata merupakan misalnya. iaitu dengan cara meminjam unsur-unsur imbuhan bahasa asing. Selain daripada mebuat distribusi morfem. (Rujuk Lampiran 1 : Analisis Struktur Kata dalam Refleksi Kendiri). manakala 310 patah perkataan terdiri daripada morfem bebas dan morfem terikat bagi mewujudkan 12 . setiap perkataan dikira jumlah morfemnya. imbuhan awalan me. Untuk contoh dan penjelasan lebih lanjut. terdapat 139 patah perkataan daripada 449 patah perkataan merupakan morfem bebas yang wujud secara sendirian.dan akhiran –an adalah morfem terikat.dan akhiran –kan adalah morfem terikat dan lain-lain lagi. Morfem terikat pula hanya wujud dalam pembentukan kata melalui pengimbuhan. Arab-Parsi dan Yunani-Latin-inggeris. Selain itu. telah berlakunya proses penambahan bentuk morfem terikat atau imbuhan dalam bahasa melayu. Bagi perkataan kursus pula. sila rujuk Lampran 1 : Analisis Struktur Kata dalam Refleksi Kendiri. imbuhan awalan me.memahami dan lain-lain lagi (Rujuk Lampiran 1 : Analisis Struktur Kata dalam Refleksi Kendiri). perkataan tatabahasa. Hasil analisis secara keseluruhan. Tatabahasa terdiri daripada dua morfem iaitu imbuhan awalan Sanskrit tata. Morfem bebas boleh digadingkan dengan morfem terikat untuk membentuk sesuatu kata yang lengkap dengan maknanya. terdapat satu morfem sahaja iaitu morfem bebas kerana perkataan kursus wujud bersendirian dan mempunyai makna tersendiri. dalam perkataan menggunakan. Imbuhan awalan tata. Distribusi jenis morfem masih menggunakan konsep yang sama. bagi pembentukan kata baharu.dan akhiran –kan) serta satu morfem bebas (kata dasar guna).sebagai morfem terikat dan bahasa sebagai morfem bebas. dalam kata memerlukan.

imbuhan-imbuhan awalan yang digunakan adalah pen-. Seterusnya bagi aspek bentuk kata. Cara pengiraan peratusan perkataan distribusi mengikut morfem adalah seperti yang berikut: 139/499 patah perkataan x 100 = 30% 310/499 patah perkataan x 100 = 69% PERATUSAN PERKATAAN DISTRIBUSI MENGIKUT MORFEM 30% 69% MORFEM BEBAS MORFEM TERIKAT DAN MORFEM BEBAS Tuntasnya. me-. kata tunggal satu suku kata seperti yang. Malahan setiap kata didistingtifkan mengikut pola suku kata kata tunggal. hal dan ke. apitan atau sisipan. setiap perkataan dikelompokkan mengikut distribusi imbuhan sama ada imbuhan awalan. bidang dan lain-lain lagi. Setiap kata tunggal ini dibahagikan mengikut subgolongan kata tunggal satu suku kata. empat suku kata dan lebih. (Rujuk Lampiran 1 : Analisis Struktur Kata dalam Refleksi Kendiri).kata yang lengkap maknanya. Tamsilnya. akhiran. Rujuk Lampiran 2 : Analisis Bentuk Kata Refleksi Kendiri untuk melihat analisis contoh kata tunggal tiga suku kata . 13 . iaitu kata tunggal. dua suku kata. Kata tunggal dua suku kata seperti bidang. setiap kata dianalisis mengikut jenis kata. tentang. tetapi bukan semua morfem adalah perkataan. Bagi kata terbitan awalan. kata majmuk dan kata ganda. Contoh kata tunggal adalah seperti kursus. kata terbitan. (Rujuk Lampiran 2 : Analisis Bentuk Kata Refleksi Kendiri) Kata tunggal adalah kata yang tidak menerima sebarang proses pengimbuhan. di. empat suku kata dan lebih.setiap perkataan merupakan morfem. mem-. pola dan lain-lain lagi. pel-. tiga suku kata. saya. satu. morf. Bagi dapatan analisis kata terbitan. dan.

dan di-…-i. meN. Manakala.i.gh.-kan dan –i. Terdapat 35 perkataan yang menggunakan imbuhan tersebut seperti pendengar. menarik. e. Manakala. di-…-kan. pe-…-an. bergugus. di. c. meng-…-kan. me-…-i . terdapat 43 perkataan yang terdiri daripada imbuhan apitan . bel-. men-…-i. projeksi yang dapat saya buat imbuhan meN. peN. o dan u (bunyi vokal) seperti contoh perkataan mengajar.menjadi meng. pendengar.apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g. miliki. kh dan h (bunyi konsonan) serta a. ia berlaku hanya pada perkataan sinambung dalam teks refleksi analis. Terdapat 12 perkataan yang menggunakan imbuhan akhiran. j. ke-…-an me-…-kan. men-…-kan. apitan.men-. ter-. Contoh imbuhan akhiran hadir pada perkataan seperti gunakan. Contohnya. menggali dan lain-lain lagi. Bagi kata terbitan akhiran pula. Misalnya.peng-…-an.dan se-.menjadi penapabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d. menggali. Hasil daripada analisis kata terbitan tersebut. mencari. sy dan z dan perkataan-perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s. imbuhan yang dikenal pasti pada perkataan adalah –an. meng-…-i. meng-. pe-…-an. be-. pelajar. ber-. Bagi imbuhan sisipan pula. ber-…-kan. menganalisis. belajar dan lain-lain lagi.cenderung mengalami perubahan alomorf apabila bergabung dengan kata dasar yang terdiri dari huruf gugus konsonan dan vokal. mem-…-kan. per…-an. hadapi. membantu. Rujuk Lampiran 2 : Analisis Bentuk Kata Refleksi Kendiri bahagian analisis kata terbitan bagi melihat contoh-contoh kata terbitan yang lain. bagi jenis imbuhan apitan pada kata terbitan adalah seperti pem-…-an. Rujuk Lampiran 2 : Analisis Bentuk Kata Refleksi Kendiri bahagian analisis kata terbitan bagi melihat contoh-contoh kata terbitan yang menggunakan imbuhan apitan seperti yang dinyatakan. awalan dan lain-lain lagi. Setelah dianalisa.dan peN. Formula : Jumlah perkataan / jumlah keseluruhan kata terbitan X 100 JUMLAH KESELURUHAN KATA TERBITAN : 91 Jumlah kata terbitan awalan -35 Jumlah kata terbitan akhiran – 12 Jumlah kata terbitan apitan – 43 Jumlah kata terbitan sisipan -1 Peratusan kata terbitan awalan akhiran apitan 1% sisipan 47% 39% 14 13% .

Contoh bagi kata kerja aktif tak transitif adalah seperti sampai. morfologi. belajar. Sila rujuk lampiran 3 : analisis kata nama mengikut subgolongan. Contoh kata kerja aktif transitif adalah mengambil. kata adjektif dan kata tugas tetap dilakukan secara detil. perkataan mengikuti.Dalam usaha mensintesiskan setiap bentuk kata tersebut kepada golongannya iaitu kata nama. disertai dan digunakan merupakan contoh bagi kata 15 . Daripada penerangan melakukan perbuatan. aktif tak transitif dan kata kerja pasif. murid dan pendengar. analis telah mengolongkan perkataan tersebut ke dalam kata kerja. hadir dan lain-lain lagi. pelajar. analisa subgolongan bagi setiap kata nama. kata adjektif dan kata tugas. Hasil analisis menunjukkan terdapat 87 perkataan yang digolongkan sebagai kata nama. kata kerja. 60 perkataan adalah kata kerja. 25 perkataan merupakan kata adjektif dan 72 perkataan yang tergolong dalam kata tugas. Perkataan mengikuti mendukung maksud melakukan perbuatan mengikut sesuatu atau seseorang . jumlah perkataan mengikut golongan kata dilakukan secara general. Contohnya. Klafikasi setiap kata mengikut golongannya boleh dirujuk pada Lampiran 3 : Analisis golongan kata dalam refleksi kendiri. JUMLAH PERKATAAN MENGIKUT GOLONGAN KATA 100 80 60 40 20 0 Golongan Kata kata nama kata kerja kata adjektif kata tugas 25 87 72 60 Kendatipun. bahasa melayu merupakan kata nama khas tak hidup. Misalnya tatabahasa. menarik dan lainlain lagi. kata kerja. analisis dilakukan dengan melihat konteks semantik setiap kata. Kata kerja dianalisis dari aspek kata kerja aktif transitif. Dihasilkan. Contoh bagi Kata nama am hidup manusia pula seperti guru. mencari.

tidak semua kesembilan kata jenis adjektif tersebut terdapat pada penulisan refleksi. Manakala. daripada dapatan kajian dan analisis data menunjukkan bagaimana proses penulisan refleksi kendiri analis dicerakinkan mengikut struktur kata. Oleh itu. Sila rujuk lampiran 3 : analisis kata kerja mengikut subgolongan untuk melihat klafikasi subgolongan kata kerja dengan lebih jelas. Perlaksanaan analisis ini membantu mengukuhkan kefahaman kendiri akan cabang-cabang morfologi tersebut. mengetahui.kerja pasif. kata adjektif waktu. kata adjektif perasaan. penting untuk menguasai nahu. sebagai bakal guru bahasa melayu. Sekaligus membantu guru membentuk manhaj pengajaran dan pembelajaran yang bervariasi dalam bilik darjah. Bukan itu sahaja. distingtif perkataan mengikut bentuk dan kriteria semantik. bentuk kata dan golongan kata. Hasil analisis menunjukkan jenis-jenis kata adjektif yang terdapat dalam penulisan refleksi adalah seperti kata adjektif sifatan atau keadaan. Pemahaman guru yang jelas dan mendalam akan aspek morfologi. memahami dan mengamalkan nahu bahasa yang betul merupakan tanggungjawab seorang guru. Perlaksanaan analisis tersebut membantu dalam mengklafikasikan setiap kata berdasarkan diskriptif struktur morfem. bagi kata adjektif pula. dapat membantu guru menggunakan bahasa dengan baik dan betul dimana paradigma bahasa dititik beratkan. 16 . kata adjektif cara dan kata adjektif jarak. Konklusinya. RUMUSAN Primafasinya. guru merupakan wadah pengajaran bahasa. Sila rujuk lampiran 3: analisis kata adjektif mengikut subgolongan bagi mengetahui contoh perkataan bagi setiap kata adjektif.

17 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful