PISMP SEM5 BC2

Permainan Bola Beracun
Cara bermain 1. Permainan ini boleh dijalankan di gelanggang atau kawasan lapang. 2. Bilangan pemain bagi permainan ini tidak dihadkan. 3. Permainan ini melibatkan dua kumpulan,jadi pembahagian bagi setiap kumpulan mestilah adil. 4. Permainan dimulakan dengan ahli kumpulan A membaling bola ke arah ahli kumpulan B. Sesiapa yang dapat mengutip bola boleh membaling balik ke arah pihak lawan. 5. Ahli kumpulan yang telah mati oleh sebab dibaling bola beracun,maka dia tidak boleh bermain untuk kumpulannya lagi. 6. Sesebuah kumpulan itu akan dikira menang jika kumpulan tersebut tertinggal ahli kumpulan terbanyak dalam masa 3 minit.

Peraturan 1. Bola yang dibaling oleh pihak lawan mestilah dari paras pinggang hingga ke bawah. 2. Jika bola yang dibaling terkena paras kepala hingga ke paras pinggang, balingan tersebut dianggap terbatal. 3. Pemain tidak boleh melepasi atau keluar dari kawasan yang ditetapkan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful