1.

0

KONSEP WACANA. Perkataan “wacana” telah digunakan sejak dari dahulu kala lagi. Sekiranya diteliti

dengan lebih mendalam, perkataan “wacana” berasal daripada perkataan bahasa Jawa iaitu wocono. Perkataan “woco” yang terdapat di dalam perkataan “wocono” bermaksud baca. Selain itu, perkataan “discourse” yang terdapat di dalam bahasa inggeris berasal daripada bahasa Latin “discursus” yang dapat diertkan sebagai ‘larian ke dan dari’. Menurut salah seorang pengkaji iaitu Chafe, wacana yang digunakan mempunyai pelbagai maksud yangt diberikan oleh pelbagai pengkaji. Tetapi, secara umumnya wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan dan batas-batas ayat yang terpisah-pisah. Lazimnya, penggunaan wacana dan teks seringkali ditukar ganti. Keadaan ini kerana kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Menurut pandangan beliau lagi, merujuk kepada kajian tentang unit tersebut, cabang linguistik yang setara dengan cabang yang lain seperti morfologi atau sintaksis. Dapat disimpulkan di sini bahawa wacana merupakan unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Sebagai unit bahasa yang tertinggi, wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Sebagai kajian, wacana memfokuskan pada unit tertinggi bahasa itu sehingga meliputi amalan sosial.

1.1

ANALISIS WACANA. Menurut Johnstone, analisis wacana merupakan analisis yang berfokuskan kepada

proses memecahkan wacana kepada bahagian kecil dengan berdasarkan kriteria tertentu dan seterusnya melihat kepada ciri setiap bahagian itu. Selain melihat ciri struktur bahagian itu, analisis wacana juga melihat fungsi bahagian itu. Menurut beliau lagi,

analisis wacana hanya sekadar metodologi. Selain itu, Dijk,T. A.V. (Schiffrin et. al, 2003:352) melihat analisis wacana pada peringkat kritis sebagai suatu kajian analisis wacana yang berfokus pada cara penyalahgunaan kuasa sosial, penguasaan dan ketidaksetaraan dimuatkan, ditampilkan dan dipertahankan melalui wacana dalam konteks sosial dan politik. Penganalisis wacana kritis mengambil pendirian yang jelas untuk memahami ketidaksetaraan sosial sehingga sanggup mendedahkan dan memeranginya. Wacana sebagai unit bahasa yang terbesar dianalisis melalui analisis wacana. Analisis wacana pula berkait dengan pandangan bahasa (Sanat,2005a:131-132). Ada tiga pandangan bahasa pada umumnya: Pandangan positivisme-empiris yang me-lihat bahasa sebagai jambatan antara manusia dengan objek di luar dirinya. Analisis wacana dalam konteks pandangan ini tidak melihat makna subjektif atau nilai yang mendasari penyataan. Sebaliknya, makna penyataan dilihat sebagai kebenaran atau ketidakbenaran sesuatu wacana dari segi tataaturan tatabahasa, seperti tautan dan runtutan. Di sini, jelas analisis wacana bermaksud sebagai metodologi untuk melihat sama ada makna penyataan sebagai kebenaran atau ketidakbenaran wacana, membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek, atau membongkar kuasa dan ketidaksetaraan sosial yang ada dalam setiap proses bahasa.

1.2

LATAR BELAKANG WACANA. Sejak dari dahulu lagi, wacana telah dikaji oleh pelbagai pihak. Salah seorang

pengkaji tersebut ialah Md. Nasir, wacana merupakan salah satu bidang kajian yang mempunyai sumber sejarahnya yang sangat panjang, iaitu bermula dengan peradaban keagamaan yang mengkaji kitab agama, seperti teks Veda pada 1200-1000 S.M. Selain itu, dalam tradisi Barat pula, wacana telah dapat dikenalpasti seawal abad kelima sebelum Masihi dan mendapat sumber sejarahnya daripada retorik klasik. Bidang wacana ini mendapat tumpuan yang tinggi di dalam aliran linguistik awal yang dipelopori oleh Aristotle (384-322 S.M.).

Retorik klasik ini mula semakin ditinggalkan dan menghilang dengan kemunculan linguistik sejarah dan perbandingan pada awal abad ke-19. Pada awal abad ke-20, telah lahir sebuah aliran iaitu aliran struktural yang mempengaruhi formalis Rusia dan strukturalis aliran Praha seperti yang terdapat di dalam Morphology of the Folktale oleh Propp pada tahun 1928 dan tentang perspektif ayat tugasan oleh Mathesius (1939). Akhirnya, hasil usaha beliau, konsep struktur tema dan struktur maklumat yang menjadi asas runtutan teks telah dicipta. Sementara itu, di Great Britain, satu aliran telah muncul dan berkembang iaitu aliran Firth (1935) yang menghubungkan bahasa dengan sekitarannya melalui konsep keperihalan keadaan Malinowski. Analisis wacana moden telah bermula pada pertengahan 1960-an dengan terbitnya analisis-analisis struktural wacana di Perancis. Terdapat aliran tagmemik di Amerika syarikat yang dipelopori oleh Pike, etnografi pertuturan oleh Hymes dan aliran tatabahasa stratifikasi oleh Lamb. Di Jerman pula, muncul aliran linguistik teks yang telah dipelopori oleh Hartmann. Sementara itu, di Great Britain, wujud aliran tatabahasa fungsional yang dipelopori oleh Halliday yang seterusnya dikenali dengan linguistik sistemik. Halliday (1962) dalam artikelnya, “Descriptive Linguistics in Literary Studies”, telah membuatpenyataan awal yang berkaitan dengan analisis wacana khususnya mengenai konsep tautan. Ruqaiya Hassan pada tahun 1964 di dalam tesis Ph.D-nya telah memperkukuh konsep tautan Halliday tersebut. Salah seorang pengkaji wacana yang terkenal ialah Gleason pada tahun 1968. Analisis wacana pada dekad 1970-an merupakan aliran yang menganalisis secara sistematik dalam disiplin yang sama atau antara disiplin. Perkembangan yang wujud ini merupakan perkembangan yang memberi tentangan terhadap tatabahasa formal dan konteks transformasi generatif. Antara terbitan yang terbaik dalam tempoh tersebut ialah Halliday dan Hasan (1976). Mereka menghasilkan Cohesion in English. Malah, dalam Sanat (2002:18) terdapat kesimpulan bahawa daripada 17 buah disertasi Ph.D di luar negara tentang tautan sehingga 1993, 15 buah daripadanya menggunakan kerangka sistemik Cohesion in English. Dekad 1980-an dan awal 1990-an telah membuatkan analisis wacana menjadi lebih padu dan berkembang. Antara terbitan yang terbaik dalam tempoh tersebut ialah Beugrande dan Dressler (1981) yang menghasilkan Introduction to Text Linguistics, Longacre (1983) yang menghasilkan The Grammar of Discourse, Halliday pada tahun

Seperti yang dinyatakan di atas. analisis wacana sejak dari dahulu kala lagi sehingga kini lebih menumpukan pada usaha untuk membongkar rahsia-rahsia yang terdapat dalam setiap proses bahasa kerana setiap bahasa dilihat sebagai suatu penanda yang menghasilkan dan memperbaharui bahasa yang sedia ada.1985 yang menghasilkan An Introduction to Functional Grammar. Jika dilihat perkembangan pada dekad pertengahan 90-an dan awal abad ke-21. dan Cook (1994) yang menghasilkan Discourse.0 WACANA WACANA DEFINISI CIRI-CIRI WACANA . dapat dilihat bahawa analisis wacana memasuki tahap yang kritis seperti yang dikatakan oleh Fairclough (1995. 2. Martin (1992) menghasilkan English Text: System and Structure. beliau telah menghasilkan karya lebih awal daripada itu seperti Discourse and Social Change pada 1992.2001 dan 2003). Malah.

sejumlah ayat. pidato) atau tulisan (spt surat. Selain itu. siri buku (cerita) dan sebagainya. pertuturan percakapan. novel. dialog. ceramah. di dalam kamus dewan bahasa edisi ketiga. Antara tokoh tersebut ialah Asmah Haji Omar yang mengatakan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat.1 DEFINISI. ucapan. perkataan wacana dapat dilihat takrifnya melalui Kamus Dewan Edisi Baru (1993:1484) iaitu ucapan. Sementara itu. cerpen. Wacana juga mempunyai kesatuan fikiran yang utuh. bab. sama ada dalam bentuk lisan (spt khubah. ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan mahupun percakapan. Perkataan “discourse” dalam Kamus Webster. Para pengkaji wacana telah mengeluarkan pendapat masing-masing mengenai wacana ini. yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat. wacana ditakrifkan sebagai keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan. buku. Contoh yang boleh dikaitkan dengan wacana ialah seperti risalah tulisan. perenggan. novel cerpen). Melalui definisi ini. perkataan wacana dikaitkan dengan perkataan “discourse”. (1983:522) ditakrifkan sebagai hubungan fikiran dengan kata-kata. artikel.PENANDA WACANA 2. disertasi formal. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan yang utuh. Dalam dalam bahasa Inggeris. dan khutbah. . dapat disimpulkan bahawa wacana merupakan keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa. kuliah. terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan. ceraian. percakapan. cerita. Wacana mempunyai hubungan secara umum. pertuturan.

Ia terdapat di dalam hierarki tatabahasa yang merupakan kesatuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. wacana dilihat sebagai contoh sebenar komunikasi melalui bahasa. . (2002:2-4). B. Keadaan ini bermaksud wacana merupakan seberkas ujaran yang terdiri daripada peristiwa-peristiwa bahasa seperti perbualan. . Wacana juga dalam bentuk jamak merujuk kepada pola kepercayaan dan tindakan lazim disamping pola bahasa. wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa. wacana juga ditulis sebagai paragraf. Wacana dalam linguistik merujuk kepada jujuhan bahasa (biasanya lisan) yang lebih besar daripada ayat merupakan pernyataan yang telah dikeluarkan oleh Crystal. teks bagi wacana merupakan ayat bagi ujaran. Menurut Johnstone. Selain itu. Harimurti Kridalaksana mengatakan bahawa wacana adalah satuan bahasa terlengkap. Wacana yang utuh sentiasa mempunyai koherensi dan kohesi tinggi dan berkesinambungan. Unit ini mempunyai status prateori dalam linguistik. wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. buku. Wacana sedemikian merujuk kepada idea dan cara bertutur seseorang individu sehingga dapat mempengaruhinya dan dipengaruhi. seperti pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. seorang tokoh yang bernama Henry Guntur Tarigan telah mendefinisikan wacana sebagai kesatuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas khalimah atau klausa. dan sebagainya. wacana ialah rentetan ujaran yang berkesinambungan dan gramatis serta tersusun rapi. Menurut beliau. Disamping itu. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel. ensiklopedia. Wacana yang baik juga harus mempunyai awal dan akhir yang nyata yang dapat disampaikan secara lisan atau tertulis. Secara ringkasnya. malah. ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap. Carlson yang merupakan salah seorang pengkaji wacana telah memberikan definisi wacana mengikut pendapat hasil dati kajiannya. Dengan kata lain. Crystal juga mendefinisikan wacana sebagai unit perlakuan.Stubbs dan Michael mempunyai pendapat tersendiri mengenai takrif wacana. khutbah dan temu duga. Menurut kedua tokoh tersebut.

PENERIMAA N KOHEREN ATAU RUNTUTAN. kohesi atau pautan juga menjadi unsur yang penting di dalam sesebuah wacana. Wacana juga boleh berbentuk lisan ataupun tulisan yang mempunyai peringkat awal dan peringkat akhir. kesemuanya menerangkan tentang wacana.2 CIRI-CIRI WACANA. walaupun definisi-definisi yang diberikan oleh pelbagai tokoh mempunyai persamaan dan perbezaan yang agak ketara.Secara kesimpulannya. Di dalam perkataan lain. Disamping itu. KOHESI ATAU TAUTAN. Selain itu. setiap ayat harus mempunyai kesinambungan yang baik. Unsur pertama yang sangat penting ialah wacana merupakan kesatuan bahasa yang sangat lengkap dan merupakan peringkat tertinggi selepas ayat. Terdapat beberapa unsur yang dapat dikenalpasti setelah membaca dan meneliti kesemua takrif tersebut. tersusun rapi dan mempunyai koherensi atau kepaduan di antara ayat. Keadaan ini membawa maksud bahawa wacana mengatasi ayat dan klausa di dalam satu-satu petikan esei. . wacana yang utuh juga mempunyai susunan yang teratur. namun begitu. 2. CIRI-CIRI WACANA.

Kamil dan Suraj pergi ke kedai komputer. 2.2. Di dalam contoh di atas. Kohesi yang dinyatkan tersebut bermaksud keserasian di dalam hubungan antara satu unsur linguistik dengan satu unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap dan utuh. terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut.TUJUAN KEADAA N BERMAKLUMAT INTERTEKS Para pengkaji wacana telah berusaha membuat kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan wacana. . Hasil daripada kajian dan penyelidikan tersebut. Antara kajian yang dilakukan ialah ciri-ciri wacana yang harus dimiliki oleh sesebuah wacana bagi melahirkan wacana yang utuh dan teguh. Perkataan “mereka” yang digunakan di dalam ayat kedua merujuk kepada Kamil dan Suraj. Mereka berdua ke sana untuk membeli peralatan komputer. sementara perkataan “sana” pula merujuk kepada kedai komputer. hubungan frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama dan hubungan frasa atau ayat dengan perkataan sebagai contoh.1 KOHESI ATAU TAUTAN. Ciri yang pertama bagi menghasilkan wacana yang utuh ialah tautan atau kohesi. para pengkaji telah berjaya menghasilkan beberapa ciri wacana. Keserasian hubungan ini pada kebiasaannya dapat dilihat melalui hubungan antara satu perkataan.

iaitu Samam. Rupa-rupanya keinginan kami sama”. penggunaan kata ganti nama amat penting kerana makna perkataan yang diganti akan didokong dengan lebih tepat lagi dan sekaligus akan menjadikan sesebuah wacana lebih rapi. Andika seorang yang tekun berusaha. Perkataan “mereka” di dalam ayat ketiga merupakan pengantian kata nam diri kepada Andika dan Samam Aspek kedua yang dapat ditinjau ialah aspek penggunaan penggantian. terdapat beberapa penggantian kata ganti giri yang telah dilakukan. perkara yang diubah merupakan perkara yang menjadi persamaan atau perbezaan bagi satu situasi ayng dihadapi oleh dua orang individu yang berbeza. penggunaan penggantian (subsitusi). “Jakiro memesan teh tarik. Perkataan “Andika” di dalam ayat pertama telah digantikan kepada perkataan “Dia” di dalam ayat kedua. samaada ianya merupakan benda atau nama manusia. Dia mempunyai seorang rakan karib. Di dalam aspek ini. Di dalam contoh tersebut. Contohya. peniadaan atau peleburan. Mereka selalu berbincang tentang pelajaran di sekolah. . Saya juga mahu satu.Kohesi atau tautan dalam sesebuah wacana yang utuh dapat ditinjau dari aspek yang utama iaitu hubungan dari segi penggunaan kata ganti. Contoh yang rngkas dan mudah untuk memahaminya ialah seperti berikut. penggunaan kata hubung dan penggunaan leksikal. Kata ganti nama tersebut digunakan sebagai kata rujukan yang boleh menggantikan sesuatu. Aspek pertama yang boleh dilihat ialah penggunaan kata ganti nama diri dan ganti nama tunjuk.

perkataan yang sama tidak diulang semula dalam ayat yang sama. Di dalam aspek ini. ia merupakan salah satu jenis wacana atau ayat yang berbentuk huraian. aspek penggunaan peniadaan atau peleburan juga ditinjau dalam kohesi atau tautan. Sebaliknya merupakan kata penghubung yang digunakan di dalam . terdapat beberapa pembaharuan yang telah dilakukan ke atas ayat kedua dan ayat ketiga. Sebaliknya. Samad bukan belajar. Sebagai contohnya. Di dalam ayat tersebut. Contohnya. ayat “suka makan laksa” tidak ditulis “tidak suka makan laksa” kepada adiknya. Dalam ayat tersebut. sebaliknya dia bermain. Kata hubung merupakan salah satu entiti penyambung makna dalam sesuatu wacana bagi menyempurnakan dan menjadikan sesebuah wacana menjadi yang utuh. Hal ini akan mengukuhkan lagi wacana tersebut. Selain itu. Perkataan “satu” adalah merujuk kepada the tarik di dalam ayat pertama. Hal ini membolehkan sebuah wacana yang lebih utuh dan jelas akan terhasil. ayat tersebut terus sahaja disambung dengan makanan kegemaran adiknya. “Kami” di dalam ayat ketiga merupakan pembaharuan yang telah dilakukan bagi menggantikan perkataan Jakiro dan saya. adiknya suka mee goreng.Di dalam ayat tersebut. Motred suka makan laksa. Di dalam contoh di atas. Aspek lain yang boleh ditinjau di dalam kohesi ini ialah penggunaan kata hubung. ayat “suka makan laksa” telah digantikan kepada “suka mee goreng”.

Hal ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat berdasarkan wacanawacana yang telah dihasilkan. perkataan “wanita” boleh disama ertikan dengan perkataan “perempuan”. Leksikal merupakan pemilihan kosa kata yang sesuai dengan makna yang hendak disampaikan. Antonim pula merupakan perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan erti dan maksudnya. Sebaga contohnya. Hal ini kerana kedua-duanya merupakan perkataan yang digunakan untuk menunjukkan jantina wanita. perkataan jantan dan betina. Contohnya. Keduaduanya merujuk kepada dua jantina binatang yang yang berbeza antara satu dengan yang lain. Leksikal boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu sinonim. Frasa “dia bermain” dan “bukan belajar” sebenarnya menerangkan tentang perlakuan Samad pada ketika itu. kereta.ayat tersebut bagi menghubungkan ayat pertama dan ayat kedua. Dalam erti kata yang ringkas. antonim. dan bas dapat digolongkan kepada kepada golongan kenderaan. Pernyataan “dipukul oleh datuknya” merupakan pengembangan cerita dan menunjukkan sebab Samuro menangis. motosikal. Hiponim merupakan penggolongan bagi sesuatu perkara. Sebagai contohnya. Ayat tersebut merupakan ayat yang berbentuk pengembangan. hiponim dan sebagainya. beberapa perkataan dapat digolongkan kepada satu golongan yang sama. Samuro menangis kerana dipukul oleh datuknya. . Sinonim merupakan perkataan-perkataan yang mempunyai makna dan maksud yang atau hampir sama. keadaan ini dapat dilihat apabila perkataan “kerana” telah digunakan bagi menunjukkan perkembangan sesebuah wacana. Aspek terakhir yang boleh ditinjau ialah penggunaan leksikal di dalam sesebuah wacana. lori.

ia menjelaskan bahawa koheran atau runtutan merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi teks itu bermakna. dan sebagainya. sekiranya sesebuah teks yang dihasilkan mempunyai makna yang tersendiri. hubungan sebab dan kesan. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Melalui takrif tersebut. Di dalam tatabahasa Dewan (2005:525). hubungan syarat dan hasil. Di dalam sesebuah wacana yang dihasilkan. Keadaan ini kerana.2.2 KOHEREN ATAU RUNTUTAN. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna. hubungan bersifat pasangan. hubungan bersifat pengulangan. hubungan bersifat tempoh masa. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju. Contohnya. tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi. hubungan sebab dan akibat. Hubungan bersifat sinonim. gejala. penyakit dan masalah ini.2. koheran dapat dilihat dari beberapa segi iaitu hubungan bersifat penambahan. Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukanlah gejala yang baharu. hubungan bersifat ikatan. maka teks tersebut boleh dikatakan sebagai sebuah wacana. Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan AIDS. dapat disimpulkan bahawa koheren atau runtutan ini merupakan perkara yang paling asas dalam pembinaan sesuatu wacana sehingga wacana tersebut menjadi sebuah wacana yang utuh. hubungan sebab dan hasil. .

3 TUJUAN. . tiap-tiap ayat mesti mempunyai maklumat baru yang tidak terdapat dalam ayat sebelumnya. 2. Asura memandu van.5 PENERIMAAN.2.2. Aspek ini juga adalah bagi menentukan jenis wacana yang digunakan. Contohnya. Sesebuah wacana yang dihasilkan haruslah mempunyai tujuan bagi menentukan jenis wacana. 2. Maklumat lama Maklumat baharu. Tujuan yang terdapat di dalam wacana tersebut ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Keadaan ini terbahagi kepada dua. Secara umumnya. dan penggunaan ayat.2. Van itu kepunyaan Basirun. sekiranya tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat. Sesuatu tujuan dalam wacana adalah bertujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. maka ayat yang sering digunakan ialah ayat tanya. Sebagai contohnya. Maklumat lama Di dalam konteks bermaklumat ini. setiap ayat kedua mesti dimasukkan maklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal dan tidak bertentangan dengan maklumat yang ada dalam ayat sebelumnya. maklumat lama (maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang semula dalam konteks yang berikutnya) dan maklumat baharu (maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan anggapan pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.4 BERMAKLUMAT.2.

Kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung pengetahuannya terhadap perkara yang sedang dibaca atau didengarnya itu. Oleh itu.7 INTERTEKS.pemilihan kata. Penanda wacana . untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan.Diterima khalayak/audiens: penerimaan tinggi jika pembaca atau pendengar memahami sepenuhnya wacana itu dan mempunyai tujuan yang sama. Bermaksud wacana yang bergantung kepada wacana yang lain. frasa atau ayat adalah penting. 2. 2.3 PENANDA WACANA. Wacana-wacana lain turut memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami dengan mudah.2. kepada 2.2. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.6 KEADAAN. Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan.

sekiranya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat. Penanda wacana amat penting digunakan di dalam sesebuah wacana agar wujud kesinambungan di antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheran antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. . dan Penanda elipsis atau pengguguran. Dalam bahasa Melayu. penanda leksikal.PENANDA RUJUKAN PENANDA PENGHUBUN G PENANDA LEKSIKAL PENANDA PENGGANTIAN PENANDA ELIPSIS ATAU PENGGUGURAN. Penanda wacana merupakan sesuatu perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi menghubungkan sesuatu idea. iaitu penanda penghubung. ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. penanda penggantian. penanda rujukan. terdapat sekurang-kurangnya lima jenis penanda wacana yang utama. hujah.

Terdapat pelbagai jenis penanda penghubung dalam wacana seperti penanda tambahan. selanjutnya. Maklumat yang dihubungkan boleh berbentuk idea.2. dengan kata lain. 1.. selepas itu. Penyataan semula iaitu. lagi. kemudian.hal ini dan selain juga 2. Urutan pertama. tambahan lagi. bertitik tolak.1 Penanda penghubung. Bil. tambahan pula. kemudian daripada akhirnya. yakni. Jenis penanda Tambahan Contoh dan. seperti yang diterangkan dan sekali lagi ditegaskan. penanda pernyataan semula. kedua. di samping. penanda rumusan dan sebagainya.lebih lebih lagi. penanda contoh.lebih awal dari itu dan lebih penting 3. penanda urutan. . seterusnya. itu. seterusnya. serta. lagi. perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat didalam sesuatu wacana dipanggil penanda penghubung. ayat atau perenggan dengan maklumat yang lain dalam wacana.3. Di dalam bahasa Melayu.

akhirnya. sebagai penyimpul kata 6. sebab itu. 8. ketika. pada mulanya. kesimpulannya. 7.sementara itu. ibarat. sebagai. sebagai akibat. fasal. Waktu apabila. lantaran. akhir kata. sebagai kesimpulan. lama-kelamaan. hal yang dimaksudkan. laksana. bersebelahan dengan. justeru itu. seperti. . bak kata. Contoh contohnya. dengan itu. Rumusan rumusannya. mari kita mengambil contoh. macam. bagai. lambat-laun. Sebab dan kesan oleh itu. 5.4. semasa. bertentangan dengan. umpama. khususnya. kemudian. misalnya. Tempat berhampiran dengan.sebagai hasilnya. selepas. jadi.

sungguhpun begitu. hal ini bermaksud. tentulah. dalam hal ini. sewajarnya. 10. Pengesahan. berhubung dengan. pertamanya. sebagai mukadimah 15 Singkatan Ringkasnya.penegasan Penekanan dan sebenarnya. Pertentangan tetapi. dari segi. hal ini bererti.akan tetapi. namun begitu. sejajar pastilah. sama juga dengan. sesuai dengan. pendek kata. merujuk kepada 13 Tujuan dan Maksud Untuk tujuan ini.9. sejajar dengan. selaras dengan. mulanya. sebaliknya. hal ini membawa pengertian. walau bagaimanapun. sebagai permulaan. sungguhpun. serupa dengan. bertentangan dengan. 11. 12 Perkaitan Sehubungan dengan itu. sememangnya. sesungguhnya. dengan itu. maksudnya 14 Pendahuluan Sebagai pendahuluan. Bandingan seperti juga. secara ringkasnya .

sekali peristiwa.4 Penanda leksikal Penanda leksikal merupakan penanda yang melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa melalui pengulangan kata. Selain itu. kedua dan ketiga. itu.2 Penanda rujukan. sini. pengulangan hiponim dan pengulangan kolokasi.3.3 Penanda penggantian. Dalam bahasa Melayu. . Penanda rujukan merujuk kepada kata ganti nama yang digunakan bagi merujuk perkataan dan frasa lain.3. arakian 2. Unsur pengulangan ini adalah terdiri daripada penggulangan unsur yang sama. kalakian. Sebermula. sana dan lain-lain. 2. Penanda penggantian merupakan perkataan atau frasa terpilih yang digunakan untuk menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama bagi menunjukkan pertautan di antara kedua-dua wacana yang berlainan.3. frasa nama atau klausa. pengulangan sinonim. adapun. syahadan. penanda rujukan terdiri daripada kata ganti nama tunjuk seperti ini. 2. maka. alkisah.16 Bahasa Klasik Hatta. kata ganti nama rujukan adalah terdiri daripada tiga kata ganti diri iaitu kata ganti nama diri orang pertama. Penanda wacana jenis ini terdiri daripada frasa kerja.

. Keadaan ini kerana dua ayat tersbut akan dapat dihubungkan dari segi makna. setiap perkataan atau frasa diulang sepenuhnya tanpa sebarang perubahan dilakukan. Sebagai contohnya.PENGULANGAN KOLOKASI PENGULANGAN SINONIM PENGULANGAN PENANDA LEKSIKAL UNSUR YANG SAMA PENGULANGAN HIPONIM a) Pengulangan unsur yang sama Di dalam pengulangan unsur yang sama. “Pelajar-pelajar kelas 3BMMT2 dikehendaki membuat satu projek wacana” . “Pelajarpelajar kelas 3BMMT1 juga dikehendaki membuat satu projek wacana” Dalam contoh di atas. “pelajar-pelajar kelas” dan “dikehendaki membuat satu projek” diulang sepenuh dalam ayat kedua.

Contohnya. kemboja dan sundal malam dikatakan berhiponim antara satu dengan yang lain. cempaka. Pertautan di dalam sesebuah wacana akan dapat diwujudkan dengan menggunakan hiponim. kaki. c) Pengulangan hiponim Pengulangan hiponim merupakan pengulangan sesuatu keadaan di mana satu perkataan mempunyai makna yang dianggap merupakan sebahagian daripada makna ungkapan yang lain. penanda wacana juga merujuk kepada perkataan atau frasa yang menandakan sempadan dalam wacana atau lebih tepat lagi dalam perbualan. ` Ali sangat menyayangi ibu bapanya. d) Pengulangan kolokasi Pengulangan ini melibatkan kehadiran sekumpulan perkataan yang saling berkait dengan sesuatu idea. mata.b) Pengulangan sinonim Pengulangan sinonim merupakanpengulangan perkataan yang sama atau hampir sama maknanya dengan perkataan lain. mulut. Bangsa Melayu. Cina dan India dan lainlain hidup dalam keadaan aman damai. Contoh yang paling mudah diambil ialah perkataan tangan.5 Penanda elipsis atau pengguguran Penanda ini melibatkan pengguguran perkataan atau frasa yang telah yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Contohny. perkataan wanita dengan perempuan dan bapa dengan orang tua. Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa. Beliau selalu menziarahi orang tuanya itu. topik. dan telinga dikatakan perkataan-perkataan yang berkolokasi kerana mempunyai kawasan lingkungan yang sama. 2. Pengulangan ini demi menjadikan dua ayat bertaut atau bersepadu. Sebagai contoh. Penanda . Jadi.3. cempaka merupakan perkataan hiponim bagi perkataan bunga. Contoh ayat yang menunjukkan pengulangan sinonim ialah. situasi atau konteks. Penanda wacana ini tidak menunjukkan struktur sintaktik atau semantik bagi wacana. Selain itu. Kebiasaannya. pengulangan kolokasi melibatkan perkataan selingkungan. iaitu pancaindera manusia. sebaliknya merupakan elemen yang mempunyai pelbagai fungsi.

Penanda penghubung merupakan salah satu aspek yang terdapat di dalam penanda wacana. penanda hubungan contoh. penanda hubungan urutan. iaitu sebagai elemen yang menjadi sebahagian ikatan ujaran dan sebagai elemen yang digunakan untuk tujuan perbualan. penanda hubungan tempat. Antara kategori tersebut ialah penanda hubungan tambahan.1. (Perenggan 1. Salah satu kategori tersebut ialah penanda penghubung tambahan.1 PENANDA PENGHUBUNG. Baris 7-8) Di dalam contoh di atas. penanda hubungan penyataan semula.wacana ini dapat difahami dengan dua cara. penanda hubungan waktu dan sebagainya. 3.1 Penanda Hubungan Tambahan.0 ANALISIS WACANA. 3. penanda hubungan rumusan. dan merupakan penanda penghubung yang telah digunakan bagi menyambung dan menambah frasa yang sebelumnya iaitu “…melalui sains…” . pelbagai alat telah muncul yang mendekatkan manusia. Antara contoh yang telah saya dapati di dalam rencana yang bertajuk “Bahasa Melayu dalam konteks globalisasi” ialah : Dengan kemajuan yang dicapai melalui sains dan teknologi. Terdapat beberapa kategori kecil penanda penghubung ini. 3.

Sebagai contohnya. . baris 1-5) Yang terakhir yang patut disebut ialah usaha berbentuk persidangan-persidangan antarabangsa yang membincangkan hal ehwal bahasa dan budaya melayu dalam konteks global.3. Kemudian daripada itu dan yang terkhir telah digunakan bagi menunujukkan urutan isi yang terdapat di dalam sesebuah wacana. baris 1-3) Di dalam contoh tersebut. (perenggan 13. apabila ekonomi wilayah kita berkembang dengan pesatnya. Kemudian daripada itu. (perenggan 8.1.2 Penanda penghubung urutan. Penanda penghubung kedua yang dapat dikenalpasti di dalam rencana tersebut ialah penanda penghubung urutan. atau ingin meluaskan pasaran barang-barangg mereka ke wilayah kita. Kedua-dua klausa tersebut dan kata penghubung urutan yang lain lazimnya digunakan di awal ayat bagi memberitahu kepada para pembaca tentang isi-isi utama pada setiap perenggan. timbul pula keperluan perdagangan kerana beberapa Negara luar ingin berdagang dengan wilayah kita.

.1. Belakangan ini lebih kerap terdengar perbincangan yang menumpukan perhatian kepada persoalan bahasa Melayu dalam konteks yang luas.3.1. dapat dilihat bahawa penggunaan “iaitu” adalah bertujuan untuk menyatakan semula apa yang telah dinyatakan sebelumnya. bahasa melayu dalam konteks global. ialah usaha yang mempertemukan para sasterawan dan peminat sastera. Pertemuan sasterawan Nusantara. iaitu bahasa Melayu dalam konteks global. tetapi kepada horizon yang lebih besar. Antara contoh yang terdapat di dalam rencana yang telah saya kaji ialah. yang tidak terbatas kepada dunia Melayu atau Nusantara semata-mata. misalnya. baris 1-5) Di dalam ayat tersebut. Antara penanda penghubung yang digunakan di dalam rencana tersebut ialah seperti yang berikut.1. (perenggan 1. baris 3-5) 3.3 Penanda hubungan penyataan semula.4 Penanda penghubung contoh. (perenggan 9. 3.5 Penanda penghubung waktu.

sama ada kerana tujuan-tujuan akdemik ataupun kerana matlamat penjajah. minat itu datangnya daripada golongan penjajah yang ingin . (perenggan 7. iaitu Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA). Ia digunakan mengikut kesesuaian ayat dan masa sesuatu kejadian. (perenggan 9. baris 2-6) 3. minat itu datangnya daripada golongan penjajah yang ingin mempelajari sebanyak mungkin tentang negara-negara jajahan mereka. baris 7-10) Pada suatu masa dahulu.6 Penanda penghubung musabab. Antara penanda penghubung musabab yang digunakan di dalaam rencana yang dikaji ialah.Penanda penghubung waktu merupakan penanda penghubung yang digunakan bagi menunjukkan waktu. Dan kini kita mendengar cadangan untuk menubuhkan sebuah badan untuk sastera yang lebih kurang sama fungsinya dengan MABBIM. pengajian mengenai wilayah kita hanya terdapat di Negara Belanda dan England. Antara penanda penghubung yang telah digunakan ialah. (perenggan 6. baris 3-5) Pada awalnya.1. Pada awalnya.

Apabila wujud perbezaan ideologi yang mempengaruhi pergolakan dunia. Antara penanda penghubung yang terdapat di dalam rencana tersebut ialah. (perenggan 7.1.8 Penanda penghubung klasik. 3. Rusia.1. (perenggan 89. baris 2-6) 3. baris 6-10) . dan china. Antara contoh yang digunakan di dalam rencana yang telah dikaji ialah. Maka lahirlah pusat-pusat pengajian Melayu Indonesia di Amerika. baris 6-9) Di dalam contoh tersebut. Namun begitu. (perenggan 7. Penanda penghubung klasik ialah penanda yang menggunakan bahasa klasik sebagai kata penhubung di dalam sesuatu wacana yang dikarang. maka kuasa-kuasa besar lain juga turut berminat untuk mendalami bahasa Melayu/Indonesia. dan dunia pengajian terhadap bahasa dan budaya kita telah berkembang luas. yantg nyata ialah bahawa minat telah timbul.7 Penanda penghubung pertentangan Penanda penghubung pertentangan digunakan untuk menunjukkan pertentangan diantara idea-idea yang diutarakan. “namun begitu” digunakan bagi menunjukkan pertentangan dan percanggahan idea yang dibawa melalui ayat yang sebelumnya dan ayat selepas “namun begitu”.mempelajari sebanyak mungkin tentang negara-negara jajahan mereka. walau apa pun tujuan penubuhan pusat-pusat ini. sama ada kerana tujuan-tujuan akdemik ataupun kerana matlamat penjajah.

Kategori pertama ialah kata ganti nama diri orang pertama. Seterusnya. Terdapat dua kategori kata ganti nama. dapat dilihat bahawa penulis telah menggunakan bahasa klasik di dalam rencananya.1 kata ganti nama diri. Antara contoh kata ganti nama diri yang terdapat di dalam rencana yang telah dikaji ialah. 3.Melalui contoh tersebut. 3. iaitu “maka”. Kita berharap usaha Dewan Bahasa dan Pustaka ini akan diteruskan oleh badanbadan lain. baris 1-2) . (perenggan 14. kedua dan ketiga. Penanda rujukan merujuk kepada kata ganti nama yang digunakan bagi merujuk perkataan dan frasa lain yang terdapat di dalam sesbuah wacana.2. kategori kedua ialah kata ganti nama tunjuk.2 PENANDA RUJUKAN.

“sini” digunakan bagi menyatakan bahawa terdapat satu lagi usaha kewilayahan yang patut ditulis di dalam rencana tersebut. (perenggan 12.2. Manakala. baris 2-6) Di dalam dua contoh tersebut. dan jalinan ini diteruskan selanjutnya dengan pertukaran lawatan. baris 1-3) Kedatangan rombongan Malaysia disambut dengan penuh mesra. baris 2-5) Di dalam contoh tersebut. “sini” dan “ini” telah digunakan bagi memberikan penunjuk tempat. minat itu datangnya daripada golongan penjajah yang ingin mempelajari sebanyak mungkin tentang negara-negara jajahan mereka. (perenggan 7. satu lagi usaha kewilayahan yang patut disebutkan di sini ialah usaha penghasilan kamus tiga Negara. Perkataan “kita” digunakan bagi menunjukkan perhubungan di antara penulis dan pembaca. penulis telah menggunakan kata ganti diri kedua pada contoh pertama dan kata ganti diri ketiga bagi contoh kedua. Perkataan tersebut merupakan kata rujukan yang menggantikan penjajah-penjajah.Pada awalnya. . perkataan “mereka” pula merupakan contoh bagi kata ganti diri orang ketiga.2 Penanda Rujukan Tempat. Antara contoh yang boleh didapati di dalam rencana tersebut ialah seperti yang berikut. yang sedang diusahakan oleh Brunei Darussalam dengan kerjasama Malaysia dan Indonesia. Dalam konteks contoh pertama. sama ada kerana tujuan-tujuan akdemik ataupun kerana matlamat penjajah. 3. (peranggan 5.

Antara contoh yang erdapat diadalam rencana yang telah dikaji ialah seperti berikut. Usaha ini merupakan satu keistimewaan yang sekali gus membuktikan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan dan bahasa ilmu. frasa “perbincangan dilakukan hanya dalam bahasa melayu” telah digantikan dengan frasa “Usaha ini”. (perenggan 11. Penanda penggantian dapat ditakrifkan sebagai perkataan atau frasa terpilih yang digunakan untuk menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama bagi menunjukkan pertautan di antara kedua-dua wacana yang berbeza. misalnya. baris 1-8) Di dalam contoh di atas. . Satu contoh yang jelas tentang sifat ini ialah hakikat bahawa kita boleh mengadakan pertamuan antarabangsa. Tidak timbul. dengan penyertaan dari pelbagai negara asing. Keadaan ini akan memudahkan penulis kerana seseorang penulis tidak perlu menulis rasa yang sama tetapi memendekkannya.3 PENANDA PENGGANTIAN. dengan segala perbincangan dilakukan hanya dalam bahasa melayu.3. keperluan untuk mennggunakan bahasa Inggeris atau untuk mencari penterjemah.

(perenggan 7. Rusia. baris 6-10) Di dalam contoh tersebut. Antaranya ialah penggulangan unsur yang sama. Terdapat beberapa kategori di dalam unsur ini. Maka lahirlah pusat-pusat pengajian Melayu Indonesia di Amerika. Penanda leksikal merupakan penanda yang melibatkan pertautan di antara perkataan atau frasa melalui pengulangan kata. pengulangan hiponim dan pengulangan kolokasi. pengulangan sinonim. di dalam rencana yang telah saya kaji. maka kuasa-kuasa besar lain juga turut berminat untuk mendalami bahasa Melayu/Indonesia. Apabila wujud perbezaan ideologi yang mempengaruhi pergolakan dunia. dan china”. Rusia.3. hanya terdapat satu sahaja penanda leksikal yang digunakan iaitu pengulangan hiponim. dan china. Namun bergitu. . frasa “kuasa-kuasa besar lain” yang digunakan adalah merujuk kepada negara “Amerika.4 PENANDA LEKSIKAL.

Selain itu. .5 PENANDA ELIPSIS. penanda wacana ini juga dapat merujuk kepada perkataan atau frasa yang menandakan sempadan dalam wacana atau lebih tepat lagi dalam perbualan. sastera dan budaya dari dalam dan luar negara untuk membincangkan pelbagai aspek dunia Melayu. Sebagai contohnya. anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka yang dijadualkan pada 21-25 ogos. “Bahasa Melayu Sedunia” telah digugurkan pada frasa “Kongres Bahasa Melayu Sedunia” dan digantikan dengan frasa “Kongres ini”. Persidangan ini mempunyai tema “bahasa melayu sebagai Bahasa Antarabangsa: Wawasan dan Keyakinan”. baris 4-12) Di dalam contoh tersebut. Kongres ini diharap akan mempertemukan tokoh-tokoh bahasa. Yang terakhir ialah Kongres Bahasa Melayu Sedunia. 1995. terutama dalam pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu dalam konteks cabaran abad ke21.3. Penanda elipsis melibatkan pengguguran perkataan atau frasa yang telah yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. (perenggan 13.

Pendapat tersebut berbeza sekali dengan teori kognitif yang menggunakan biologi. mengekalkan dan menggunakan maklumat yang telah disimpan pada tempat yang betul. semakin banyak aliran dan teori-teori yang muncul. menerima. hanya terdapat dua teori yang mendapat perhatian oleh para pengkaji dan pengguna bahasa. kanak-kanak akan mempelajari sesuatu berdasarkan latihan yang berulang-ulang terhadap sesuatu perkara yang sama. ia dapat didefinisikan sebagai suatu perubahan dalam tingkahlaku hasil maklumbalas dan peneguhan. Semakin lama wacana di dalam sesuatu bahasa dikaji. Menurut teori ini. Teori tersebut ialah teori behaviourisme dan teori kognitif. Teori behaviourisme menggunakan corak pembelajaran yang bersifat psikologi. ia mengkaji bagaimana individu mampu memproses ransangan. Perbezaan seterusnya dapat dilihat dari corak pembelajaran. Ia kurang mengambil berat tentang pemikiran individu yang terlibat. Teori ini sangat dikenali kerana ia menekankan kajian terhadap tingkah laku seseorang individu yang boleh didapati. menyusun. dari satuabad ke satu abad.4. Bagi teori behaviourisme. Walau bagaimanapun. Analisis wacana telah berkembang dari satu generasi ke satu generasi.0 PEMEROLEHAN BAHASA : PERBEZAAN TEORI BEHAVIOURISME DAN TEORI KOGNITIF. Salah satu aspek yang boleh dibezakan ialah definisi secara umum yang terdapat didalam kedua-dua teori tersebut. Teori ini juga menyatakan bahawa kanak-kanak akan mempelajari sesuatu secara semulajadi melalui minda. Terdapat beberapa perbezaan sekiranya dibandingkan diantara kedua-dua teori tersebut. Keadaan ini bermaksud behaviorisme menggunakan aspek psikologi sebagai penentu corak pembelajaran kanakkanak. Para pengkaji yang terkenal telah mengeluarkan dan menghasilkan teori-teori yang berbeza-beza antara satu sama lain. Manakala. teori kognitif pula dapat didefinisikan sebagai perubahan yang berlaku di dalam pengetahuan seseorang yang disimpan di dalam pangkalan memorinya· selain itu. Hal ini dapat diterangkan apabila teori ini mengatakan bahawa kanak-kanak akan . Perbezaan di antara teori behaviourisme dan teori kognitif dapat dilihat daripada pelbagai sudut dan aspek.

Para pengkaji yang beraliran behaviourisme berpendapat bahawa perbendaharaan kata dapat dikuasai melalui pembelajaran tidak formal yang berlaku sejak kanak-kanak dilahirkan sehingga mereka memasuki alam persekolahan. Di dalam teori behaviourisme. selain daripada itu. proses pembelajaran dilakukan melalui ransangan. bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf setelah menerima bahan-bahan dalam bentuk perangsang daripada pancaindera. Teori-teori pembelajaran di dalam kognitif adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal.mempelajari sesuatu perkara melalui hasil kajian. Selain itu. Berbeza dengan pendapat yang dikeluarkan oleh pengkaji dari aliran kognitif. penemuan dan sebagainya yang memerlukan seseorang kanak-kank menganalisis dan berfikir. Golongan ini berpendapat bahawa perbendaharaan kata yang diperoleh pada peringkat awal tidak hanya bergantung kepada operasi rangsangan dan tindakbalas sahaja tetapi turut dibantu oleh peranan kognitif. Sehubungan itu. ia dapat dipelajari melalui pembelajaran secara formal iaitu semasa proses pembelajaran intensif semasa di sekolah. Golongan ini berpendapat bahawa perbendaharaan kata yang diperoleh oleh seseorang individu pada peringkat awal tidak hanya bergantung kepada operasi rangsangan dan tindakbalas sahaja tetapi turut dibantu oleh peranan kognitif. kaedah penyelesaian masalah. dan juga keadaan yang baru kepada tingkah laku. perbezaan di antara kedua-dua teori tersebut dapat dilihat daripada proses pembelajaran. penemuan dan pengkategorian. Hal ini termasuklah gerak balas ransangan. Para pengkaji yang beraliran . kaedah penyelesaian masalah. teori kognitif telah mengutarakan proses pembelajaran yang sangat berbeza dengan teori behaviourisme. Manakala. Menurut aliran ini. Perbezaan yang seterusnya dapat dilihat dari segi pemerolehan perbendaharaan kata. sifat-sifat ingin tahu dan aktiviti meniru adalah faktor utama yang menyumbang ke arah peningkatan pembelajaran perbendaharaan kata. pemerhatian. sebarang pengukuhan. Teori ini juga menganggap bahawa pembelajaran bahasa merupakan salah satu kebiasaan yang diperoleh melalui proses pengulangan setiap aktiviti atau perkara yang hendak dikuasai.

kata-kata pujian. Teori ini telah mengasingkan dan mengelaskan peringkat perkembangan mental kepada empat tahap yang utama. Menurut teori tersebut. perbezaan di antara kedua-dua teori tersebut ialah melalui pembelajaran sesuatu bahasa. masalah yang paling utama ialah masalah yang berlaku di dalam pemerolehan bahasa oleh individu-individu khususnya kanak-kanak. hal ini akan membantu para murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang dimiliki ketika berada di prasekolah. Kajian terhadap wacana perlu diteruskan dan diusahakan dengan lebih gigih lagi demi melahirkan masyarakat yang berilmu .kognitif menerangkan bahawa adanya ciri-ciri kesejagatan dalam setiap tatabahasa bagi bahasa-bahasa di dunia. kanak-kanak yang berada di tadika akan memperolehi ilmu pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan sesuatu yang terlintas di dalam fikiran mereka pada masa tersebut. golongan di atas perlu memberi ganjaran seperti senyuman. maka. dapat disimpulkan bahawa teori-teori bahasa yang wujud pada masa kini lebih tertumpu kepada mencari pendekatan yang paling mudah dan sesuai bagi setiap individu untuk menyelesaikan masalah. Bagi para pengkaji juga. Di dalam konteks bahasa dan wacana. Setelah dilakukan sedikit kajian tentang perbezaan antara teori behaviourisme dan teori kognitif. ahli keluarga dan para guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam memberi ganjaran mahupun hukuman diatas apa yang dilakukan oleh kanak-kanak. Menurut pengkaji yang beraliran teori behaviourisme. ciuman ataupun sesuatu yang lain asalkan kanak-kanak berasa gembira kerana Berjaya dalam memahami sesuatu perkara seperti memahami perkataan mata. perkembangan bahasa seperti perbendaharaan kata akan hanya terbatas kepada apa yang dialami sahaja. Oleh itu. Peranan kognisi yang ada pada otak manusia telah menjadikan sesuatu bahasa itu bersifat kreatif iaitu tidak terbatas kepada objek dan peristiwaperistiwa. Pandangan ini bercanggah sekali dengan teori kognitif yang pada awalnya dikemukakan oleh Jean Piaget. Di dalam konteks ini. pembelajaran sesuatu bahasa oleh kanak-kanak adalh dipengaruhi oleh umur. pembelajaran sesuatu bahasa oleh seseorang kanak-kanak khususnya adalah berkaitan dengan ganjaran dan hukuman. tanpa peranan kognitif. Contohnya. ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka. apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan. telinga dan lainlain. Di dalam konteks pembelajaran bahasa. Keadaan ini bermakna ibu bapa. Di samping itu.

jurnal. Keadaan ini membawa maksud menggunakan bahasa Melayu yang betul dengan memasukkan unsur-unsur kohesi. Bahasa Melayu atau yang dahulunya dikenali sebaagi bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi bagi negara malaysia. komunikasi ini merupakan perbualan diantara dua atau lebih pihak. 5.0 RUMUSAN. komunikasi bertulis merupakan komunikasi yang dilakukan melalui tulisan. Komunikasi lisan merupakan komunikasi yang dijalankan di antara dua atau lebih individu dan dilakukan secara lisan. Penggunaan bahasa yang baik dapat dilihat melalui penggunaan wacana. suratkhabar dan sebagainya. Antara contoh komunikasi bertulis ialah seperti majalah. penggunaan bahasa Melayu yang sangat baik dalam kalangan penuturnya adalah amat penting. . Manakala.pengetahuan di dalam pemerolehan bahasa khususnya bahasa Melayu. Oleh itu. koheren dan sebagainya di dalam komunikasi lisan mahupun komunikasi bertulis. Dalam erti kata yang lain.

wacana merupakan salah satu aspek yang sangat penting untuk diperlihatkan terutama di dalam komunikasi bertulis. Hal ini adalah kerana teori-teori tersebut dapat dijadikan panduan dan pedoman kepada seseorang guru untuk . . Pengetahuan yang mendalam terhadap teori-teori pemerolehan bahasa iaitu teori kognitif dan behaviorisme juga sangat penting khususnya kepada seorang guru. Hal ini kerana wacana yang dimasukkan akan mempengaruhi secara langsung berkaitan dengan penyampaian maklumat yang baik dan penghasilan frasa-frasa dan ayat-ayat yang tidak mengelirukan pembaca. Begitu juga dengan wacana. agar sesorang pendidik itu tidak akan memyampaikan maklumat yang salah.Walau apapun jenis komunikasi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful