REFLEKSI

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat ilahi kerana dengan taufik dan hidayahnya melapangkan dada dan meruangkan masa kepada saya dengan mengizinkan saya menjalani Bina Insan Guru (BIG) gotongroyong pada 3 September 2012 yang lalu. Aktiviti ini telah dijalankan tapak perkhemahan Bina Insan Guru IPG Kampus Pendidikan Islam. Kursus ini telah bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah hari Saya rasa sangat beruntung kerana dapat mengisi dalam diri saya dengan pelbagai pengalaman baru disepanjang program ini berlangsung dan saya anggap ini merupakan persediaan di masa hadapan.

Pada hari permulaan, sedikit taklimat ringkas diberikan oleh ketua program iaitu Saudara Lokmanul Hakim tentang pembahagian tugas dan juga perkara-perkara yang perlu dilakukan sepanjang program gotong-royong ini berlangsung. Tempat berkumpul semua peserta Bina Insan Guru untuk mendengar taklimat pada kali ini adalah di Dataran Gerko. Alhamdulillah, semua peserta hadir tepat pada masanya untuk diberikan taklimat secukupnya.

Memandangkan jumlah peserta yang terlalu ramai, kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan dua tugas yang berbeza. Kumpulan pertam dikehendaki untuk membersihkan tapak perkhemahan Bina Insan Guru dan kumpulan kedua dikehendaki untuk membasuh khemah yang telah digunakan sebelum ini semasa pekhemahan unit beruniform yang lepas. Setelah mendengar taklimat, kesemua peserta bergerak ke kawasan tugasan masingmasing.

Melalui aktiviti ini. saya saya yakin ianya dapat mengeratkan silaturrahim antara pelajar tanpa mengira kos matapelajaran masing-masing. Nilai murni kerjasama inilah yang perlu diterapkan di dalam diri seorang guru untuk menghasilkan generasi masa hadapan yang berkualiti. saya amat berpuas hati dengan program kali ini dan berharap ianya dapat memberi saya kenangan yang bermakna dalam hidup saya. Kesimpulannya. Disediakan Oleh : ____________________________ (Muhammad Firdaus Bin Abdul Jalil) .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful