BAHAGIAN A

1

RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

1.0 PENGENALAN
1.1 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan Menurut Wikipedia, keselamatan ditakrifkan sebagai “perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan. Keselamatan juga bermaksud “keadaan terlindungi daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi”. Keadaan selamat adalah hasil daripada perubahan tingkah laku manusia atau perancangan fizikal persekitaran yang dapat mengurangkan kemungkinan wujudnya bahaya dan secara langsung menghindar berlaku kemalangan. Oleh itu, jika dikaitkan dengan bengkel samada di sekolah atau Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Husssein Onn, keselamatan bengkel diutamakan oleh amalan pengurusan dan

merupakan perkara yang paling penting dan perlu

setiap guru dan pensyarah terutamanya bagi subjek

Kemahiran Hidup. Ianya adalah bagi menjamin perjalanan dan pengendalian bengkel dan pelajar dapat dilakukan dengan teratur dan efisien. Selain itu, pengurusan dan keselamatan bengkel yang mengikut standard yang ditetapkan akan dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif kepada guru atau pensyarah serta pelajar. Ianya juga dapat menghindari perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku yang akan merumitkan proses pengurusan di institusi pendidikan dan memberi tekanan kepada pendidik. Bagi menyempurnakan tugasan RBT 3112 Pengurusan Keselamatan Bengkel ini, saya telah membuat tinjauan di bengkel Kemahiran Hidup Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Segala maklumat yang diperolehi mengenai pengurusan bengkel di institut akan dimuatkan di dalam laporan yang disediakan. RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
2

Walau pun ringkas. Seiso. manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik.1. menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja. Sapu. Susun. Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti. sesebuah organisasi akan mampu mengekal. Seiton. Seragam dan Sentiasa Amalkan ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. SISIH (SEIRI) SENTIASA AMALKAN (SHITSUKE) 5S SUSUN (SEITON) SERAGAM (SEIKETSU) Carta 1 : Definisi 5S SAPU (SEISO) 3 RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL .2 Konsep 5S Seiri.

Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. 1. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian. Jadi. mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun.2.1 Sisih (Seiri) Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. efisien dan dapat menjimatkan masa. 1. RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL 4 . segala proses pengajaran atau penggunaan bengkel menjadi lancar. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang.2. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini. Selain dari meningkatkan efisien kerja dan pelajaran.2.2 Susun (Seiton) Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak.1. menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan.3 Sapu (Seiso) Kebanyakan pekerja atau pelajar akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar.

2. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Justeru. guru atau pensyarah perlu menerapkan nilai ini dan menjadikan ia sebagai budaya agar pelajar dapat mengekalkan setiap amalan yang baik dalam diri mereka.4 Seragam (Seiketsu) Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. susun. Walau apa pun situasi kita.2.1. seseorang individu akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja atau tempat mereka belajar. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati. berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Jika di sekolah atau institusi pengajian. patuh. 1. dan sapu telah disempurnakan. 5 RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL . Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama.5 Sentiasa Amalkan (Shitsuke) Setiap pekerja atau pelajar perlu faham.

1 Pengurusan Menurut istilah Kamus Dewan (2001).1. Dengan kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal-ehwal fungsi pemerintahan. aset.‟ 6 RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL . organisasi dan Negara dimana ianya adalah kerja yang khusus yang hanya diketahui oleh manusia yang terlatih dalam sesuatu bidang berkaitan. meniru dan menurut. mengelola. merancang. menyelaras.1. pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat. menasihat.2 Pentadbiran Menurut Kamus Dewan (2001). Menurut Haji W an Azmi Ramli di dalam bukunya ‘Pengurusan Terkini’ – Pentadbiran adalah satu cara untuk menjayakan dasar-dasar kerajaan melalui penyelarasan serta penyeliaan segala pekerjaan yang dibuat disamping tindakan yang diambil. Segala ini diuruskan. sekolah dan lain-lain lagi.0 ASPEK PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BENGKEL 2. Haji Wan Azmi Ramli turut menyatakan bahawa „pentadbiran ialah sesuatu yang ditadbirkan dan ini merangkumi bidang batasan yang amat luas seperti menelah (meramal). pengurusan adalah suatu perihal (kerja dan sebagainya) dalam menguruskan sesuatu perihal mengurus (syarikat. secara sedar atau tidak sedar mengikut dasar tertentu agar matlamatnya tercapai dan kerja berjalan lancar yang boleh dimanfaat oleh semua.2. Menurut Rashid (1995) mendifinisikan pengurusan sebagai mengurus manusia.1 Skop Organisasi dan Pengurusan Bengkel 2. menyelia. Ianya adalah berkaitan dengan perihal menguruskan bengkel dan guru Kemahiran Hidup. melatih dan kadangkala . 2. perniagaan dan sebagainya). mengawal. badan.

Seperti panitia yang lain. panitia ini dipimpin oleh seorang guru kanan sebagai ketua panitia yang dilantik oleh Guru Besar sekolah. Di samping itu juga keputusan dalam mesyuarat panitia dibawa oleh Ketua Panitia kepada Guru Besar atau GPK untuk makluman dan tindakan. panitia Kemahiran Hidup juga bertujuan untuk memperbaiki prestasi pelajar dalam peperiksaan berasaskan target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. Panitia Kemahiran Hidup diwujudkan adalah untuk bertanggungjawab dalam meningkatkan mutu dan keberkesanan P&P Kemahiran Hidup dikalangan murid-murid. ahli Panitia Kemahiran Hidup juga akan berikhtiar dan berusaha mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong kecenderungan murid terhadap pembelajaran. Pembinaan organisasi yang mantap dan berkesan dapat menguruskan segala aktiviti dengan lancar dan menepati apa yang dikehendaki. Panitia Kemahiran Hidup dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. Selain itu. Walaupun di sekolah rendah mata pelajaran Kemahiran Hidup dianggap tidak penting tetapi ia tetap mempunyai fungsi dan struktur organisasinya yang tersendiri. Setiap mata pelajaran di IPG atau sekolah mempunyai jabatan atau panitia yang tersendiri yang dianggotai oleh individu-individu tertentu. Di samping itu juga. Mereka juga hendaklah mewujudkan semangat bekerjasama diantara panitia dengan persatuan atau 7 RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL . institutsi-institusi pengajian atau sekolah haruslah mempunyai satu organisasi yang mampu mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Semua ketua panitia menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.3 Pengurusan Dan Organisasi Dalam pengurusan sebuah bengkel Kemahiran Hidup samada di IPG.2.1. Begitu juga berkenaan mata pelajaran Kemahiran Hidup. Menurut Kamaruddin (1994). organisasi meliputi satu atau lebih pusat kuasa yang menepatkan matlamat memperuntukan sumber-sumber mengarah kepada kemajuan.

Di samping itu. Antara peranan Jabatan Kemahiran Hidup di IPG atau Panitia Kemahiran Hidup di sekolah ialah memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli panitia. Selain itu. Mereka juga akan menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan yang disediakan bagi tiap-tiap aliran dan jika perlu menubuhkan bank soalan. Ketua Jabatan dan Ketua Panitia juga akan mengagihkan tugas mengajar serta tanggungjawab pengurusan. Ketua Jabatan dan Ketua Panitia di sekolah-sekolah rendah dan menengah merupakan individu terpenting yang mana akan bertanggungjawab menguruskan Panitia Kemahiran Hidup. 8 RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL .kelab. Mereka bertanggungjawab membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk diserahkan kepada Guru Penolong Kanan pada setiap hujung tahun. bulanan dan semester. Beliau juga akan menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang kemaskini serta akan menjalankan mesyuarat panitia. Di IPG. Mereka juga akan membuat pesanan bahan dan alatan melalui borang pra pesanan. penyelenggaraan dan keselamatan bengkel kepada pensyarah-pensyarah dan guru-guru Kemahiran Hidup yang lain. mereka juga akan memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru atau pensyarah-pensyarah untuk dibekalkan di Pusat Sumber. Antara bidang tugas Ketua Jabatan dan Panitia ialah menyelaraskan sukatan dan rancangan pelajaran mingguan. Mereka juga akan menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan.

2.1.3.1 Carta Organisasi Jabatan Kemahiran Hidup IPGKTHO PENGARAH JABATAN HAL EHWAL PELAJAR KETUA JABATAN KEMAHIRAN HIDUP TIMBALAN KETUA JABATAN KEMAHIRAN HIDUP PENSYARAH KANAN PENSYARAH PENSYARAH PENSYARAH PELAJAR IPGKTHO 9 Carta 2 : Carta Organisasi Jabatan Kemahiran Hidup IPGKTHO RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL .

2.2 Carta Organisasi Panitia Kemahiran Hidup di Sekolah GURU BESAR GURU PEN KANAN 1 KETUA PANITIA GURU KH TAHUN 4 GURU KH TAHUN 5 GURU KH TAHUN 6 Carta 3 : Carta Organisasi Panitia Kemahiran Hidup di Sekolah Dalam sesebuah sistem pentadbiran dan pengurusan bengkel yang cekap. RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL 10 . Ini termasuklah dari aspek pengurusan dan pentadbiran sesebuah institusi pengajian atau sekolah kerana sebuah organisasi yang baik mempunyai sistem pengurusan yang baik.1. Mereka juga perlulah sentiasa merekod bahan-bahan atau peralatan yang digunakan bagi membuat bancian yang terjamin serta mampu membuat semakan jika terdapat barangan atau alatan yang ingin diganti atau ditambah. seharusnya diketuai oleh seorang ketua yang mempunyai sikap tanggungjawab yang tinggi.3. Bagi pensyarah-pensyarah dan guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup untuk setiap kelas perlulah sentiasa menjaga dan memastikan bahan dan peralatan di dalam bengkel sentiasa dalam keadaan yang baik tanpa sebarang kerosakan atau kecurian. Pengarah dan Guru besar selaku penaung kepada pentadbiran dan pengurusan bengkel seharusnya sentiasa memastikan kehendak dan keperluan yang diperlukan oleh bengkel tersebut sentiasa dipenuhi agar tidak berlaku sebarang kecacatan terhadap bengkel Kemahiran Hidup yang lengkap.

ibu-bapa dan pelajar serta orang awam. Namun begitu. Mereka perlu sentiasa akur akan peraturan pemakaian. mereka perlulah mengetahui dasardasar yang harus diikuti dan ketiga. pensyarah dan guru harus mengetahui prosedur yang perlu dilalui dalam membuat perancangan kewangan di IPG dan sekolah.2 Skop Organisasi dan Pengurusan Bengkel 2. seorang pensyarah dan guru Kemahiran Hidup haruslah menyediakan dan mengambil kira beberapa aspek seperti berikut: 1) Menyediakan anggaran perbelanjaan 2) Penyediaan alat bantu mengajar 3) Rekod penyelenggaraan 4) Perubahan kurikulum 5) Rekod inventori 6) Rekod hutang 11 RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL . Pertama. terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian di dalam proses membuat perbelanjaan terutamanya apabila berada di dalam organisasi di IPG dan sekolah. Dengan kewangan yang kukuh. 2. aspek kewangan merupakan salah satu penggerak utama di dalam sesebuah organisasi.1 Pengurusan Kewangan Sebagaimana yang kita sedia maklum.2. Punca kewangan di IPG dan sekolah boleh di dapati daripada tiga sumber iaitu daripada kerajaan. Kedua. Di dalam membuat perancangan perbelanjaan pula. keselamatan dan peraturan adab-adab ketika memasuki bengkel bagi menjamin keselamatan diri sendiri dan orang lain.Tidak lupa juga. pelajar-pelajar yang menggunakan bengkel Kemahiran Hidup juga mempunyai tanggungjawab mereka yang tersendiri semasa berada di dalam bengkel. kita akan dapat menyediakan pelbagai kemudahan dan menjalankan pelbagai aktiviti yang dirancang. pensyarah dan guru haruslah mengetahui dengan jelas tentang bidang tugas mereka.

Ini bagi memastikan sebarang kemalangan ataupun isu yang timbul dapat dirujuk daripada rekod yang disediakan dan memudahkan langkah penyelesaian. Hasil dapatan daripada bengkel di sekolah. Dengan 12 pengurusan kewangan yang cekap. Pihak pengurusan bengkel telah menyediakan satu fail khas iaitu Fail Jabatan Kemahiran Hidup atau Panitia Kemahiran Hidup bagi menyimpan rekod-rekod dan maklumat penting terutamanya bagi rekod kewangan.2 Pengurusan Stok Dan Inventori 1. Segala bentuk aktiviti dan perkara penting akan direkodkan bagi memastikan pengurusan bengkel yang tulus dan cekap. Penyelenggaraan alatan Pengurusan sesebuah bengkel perlu ada satu sisitem untuk memastikan bengkel diurus dengan baik. didapati bahawa pihak pengurusan bengkel telah menyediakan dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan bagi mendapatkan segala bentuk kemudahan di dalam bengkel Kemahiran Hidup.2.2. Pengeluaran stok Catatan hendaklah dibuat dalam buku stok 3. RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL . 2. Pemeriksaan stok Boleh dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun 4. Antaranya :  Sistem peminjaman dan pemulangan alatan  Sistem rekod kecederaan dan kemalangan  Sistem penggunaan bengkel dan mesin  Lain-lain sistem yang difikirkan perlu dan sesuai. Stok yang belum digunakan mesti diasingkan daripada stok yang digunakan atau rosak. segala aktiviti di dalam bengkel dapat dilaksanakan dengan berkesan. Penyimpanan stok Barang – barang yang diterima hendaklah disimpan secara teratur.

3.Madya Dr. keadaan bengkel perlulah berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Widad etc (2003).3 Prinsip Reka Bentuk Bengkel yang Efisien Pada pemerhatian saya. Bengkel ini dilengkapi dengan tiga unit kipas yang dapat memberikan pengudaraan yang baik di dalam bengkel. 13 RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL . Bagi memastikan pencahayaan di dalam bengkel dapat memberi keselesaan kepada pelajar. Oleh itu. Sepanjang pemerhatian saya di Bengkel Kayu IPG Kampus Tun Hussein Onn. setiap dinding bengkel dilengkapi dengan tiga birai tingkap yang mempunyai 8 keping cermin. terdapat cermin yang yang telah rosak yang dibiarkan tidak dibaiki.1 Persekitaran Yang Selamat Kesihatan dan keselamatan pelajar perlu diberi perhatian sepanjang masa semasa mereka berada di bengkel. Menurut Prof.2. pencahayaan dan pengudaraan di dalam bengkel boleh dikatakan sesuai dengan saiz bengkel. dalam melaksanakan pengendalian dan pengurusan bengkel.prinsip pengendalian dan pengurusan bengkel. IPG Kampus Tun Hussein Onn ini memenuhi prinsip. pensyarah atau pengguna. Selain itu. beberapa prinsip asas perlu diberi perhatian iaitu: 1) Persekitaran yang selamat 2) Bengkel yang efisien 3) Pencahayaan yang baik 4) Selamat untuk semua peralatan 5) Memudahkan kawalan pensyarah atau guru 6) Memenuhi keperluan psikologi pelajar 2. Namun begitu. Susun atur bahan dan peralatan yang sesuai dan diletakkan di tempat yang selamat. Keadaan grill tingkap yang berkarat juga perlu diberi perhatiaan. saya mendapati bahawa keadaan bengkel berada di dalam keadaan yang selamat.

alatan yang telah rosak ini perlu direkod dan disimpan dengan baik bagi memudahkan pengiraan stok. Selain itu.2 Bengkel Yang Efisyen Keperluan dalam memaksimumkan produktiviti semasa berada di dalam bengkel amat ditekankan bagi mengelakkan pembaziran masa dan tenaga. 14 RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL .Peralatan di dalam bengkel pula masih berada dalam keadaan yang baik dan sesetengahnya masih baru dan jarang digunakan. Melalui pemerhatian yang telah dilakukan. Peralatan dan kelengkapan yang mahal dan bahaya pula di letakkan di dalam almari supaya tidak membahayakan pelajar dan pensyarah semasa berada di dalam bengkel. aspek yang perlu dititik beratkan ialah susunan alatan dan kelengkapan yang dapat memudahkan pengendalian alatan dengan baik dan selamat serta mencapai objektif pembelajaran pelajar. Walaubagaimanapun. Semua peralatan dan kelengkapan di dalam bengkel diletakkan di bahagian tepi bengkel serta sebuah dua buah bilik yang besar untuk menempatkan pelbagai bahan. keadaan susun atur alatan dan kelengkapan di dalam bengkel Kemahiran Hidup di IPG Kampus Tun Hussein Onn adalah sesuai dan memudahkan pengendalian dan menguruskan peralatan. alatan dan mesin terutamnya untuk kerja kayu.3. peralatan dan kelengkapan juga di susun dan diasingkan mengikut kategori bagi memudahkan proses penyimpanan dan mengemas peralatan. Akan tetapi ada juga peralatan yang tidak dapat digunakan kerana telah rosak dan berkarat. Dengan itu. 2.

Bengkel ini juga mempunyai beberapa unit lampu kalimatan yang dapat menambahkan lagi kadar pengcahayaan di dalam bengkel. Susun atur meja juga kondusif dan tidak terhad untuk pelajar melakukan aktiviti amali. warna di dalam Bengkel Kayu IPGKTHO ini tidak banyak membantu dalam memberikan pencahayaan yang baik. susun atur peralatan di dalam bengkel dan semua faktor yang memberi kesan kepada penglihatan. Nisbah lantai dengan jumlah tingkap adalah sesuai selain mempunyai lubang udara di bahagian atas tingkap. Ruangan bengkel yang luas lengkap dengan papan tanda keselamatan supaya sentiasa dapat mengingatkan pelajar tentang keselamatan apabila mereka memandangnya. Bilangan unit lampu ini memadai dengan saiz bengkel yang agak besar dan mampu membantu memberikan penglihatan yang baik kepada pelajar dan pensyarah semasa melakukan aktiviti.3. Namun begitu. 15 RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL . Pencahayaan yang baik akan dapat meningkatkan tumpuan murid semasa pembelajaran dan meningkat produktiviti. Struktur meja juga kelihatan kukuh dan masih cantik walaupun umurnya sudah lama.3 Pencahayaan Yang Baik Aspek yang perlu ditekankan bagi mewujudkan pencahayaan yang baik ialah pencahayaan yang mencukupi. penggunaan warna yang baik.2. Keadaan meja yang luas dan mampu memuatkan 6 orang pelajar untuk melakukan kerja berkumpulan. Susunan peralatan dan kelengkapan di dalam bengkel pula tidak menghalang cahaya dari luar memasuki bahagian dalam bengkel. Suasana di dalam bengkel di Bengkel Kayu IPG Kampus Tun Hussein Onn ini boleh dikatakan mempunyai kadar pencahayaan yang baik.

3. Selain aspek keselamatan pelajar. Selain itu.2. susun atur meja di dalam bengkel yang sesuai juga memudahkan pergerakan pensyarah dari satu bahagian ke satu bahagian dengan cepat. adalah agak sukar bagi pensyarah untuk mengawal semua aktiviti yang dilakukan oleh pelajar. 2. Dengan itu. pendidik ini juga perlu memiliki daya pendengaran yang baik dan mempunyai kemudahan laluan yang cepat ke semua arah di dalam bengkel. cuaca.4 Selamat Untuk Semua Peralatan Keadaan sesebuah bengkel perlulah dapat meminimumkan kemungkinan berlaku kehilangan atau kerosakan disebabkan kecurian.sekiranya berlaku kemalangan semasa proses pengajaran. ianya juga bagi memastikan keselamatan peralatan di dalam bengkel juga selamat daripada perkaraperkara negatif.3. Merujuk pengurusan kepada keadaan telah Bengkel Kayu IPGKTHO ini. Walau bagaimanapun. 16 RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL . pensyarah dapat bertindak pantas bagi mengawal keadaan dan mengambil langkah keselamatan kepada pelajar. pihak dengan bengkel mengambil langkah keselamatan memasang slot untuk kunci mangga pada pintu dan tingkap yang mempunyai besi. salah guna dan tingkah laku yang negatif serta elemen negatif yang lain.4 Memudahkan Kawalan Guru Seorang pensyarah atau guru seharusnya mempunyai daya penglihatan yang baik terhadap semua bahagian di dalam bengkel. Oleh kerana saiz bengkel di IPGKTHO ini yang agak besar. Ini bagi memastikan keadaan peralatan dan bahan di dalam bengkel adalah selamat daripada kegiatan-kegiatan tidak bermoral yang mungkin wujud.

pelbagai usaha telah dilakukan. Kata-kata arahan yang dilekatkan di dinding bengkel dan rak peralatan pula bertindak sebagai arahan pasif daripada pihak pengurusan bengkel bagi menggalakkan pelajar sentiasa menjaga tingkah laku dan disiplin mereka semasa berada di dalam bengkel. pemupukan amalan disiplin di dalam diri pelajar dapat dibentuk secara tidak langsung. pelajar akan sentiasa peka dengan aspek disiplin dan mengelakkan mereka daripada melakukan tingkah laku yang negatif. Antaranya ialah beratur sebelum masuk ke bengkel.3. Dengan itu. sentiasa menjaga kebersihan dengan menyapu lantai apabila tamat waktu pembelajaran. Bagi memastikan pelajar dapat membentuk sikap positif mereka di dalam bengkel. berdisiplin dan sebagainya. Dengan itu.2. menyimpan peralatan di tempatnya dan lain-lain lagi. 17 RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL .5 Memenuhi Keperluan Psikologi Pelajar Suasana di dalam bengkel perlulah dapat mendorong pembentukan sikap yang positif pelajar seperti menjaga kebersihan.

Keselamatan bengkel meliputi aspek yang berikut :Keselamatan am. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH. 7. 8. Keselamatan diri dan rakan Keselamatan alatan dan bahan 2.4. 18 RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL . Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel. Lengan baju yang panjang dilipat kemas. 3. Rambut mestilah pendek dan kemas. bersih dan teratur.2. Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya. 6. Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas. Pemakaian apron yang betul. Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron. 2. Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid. 5.1 Keselamatan Am 1. 4.4 Peraturan dan Perundangan dalam Pengurusan Bengkel Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta suasana bengkel Kemahiran Hidup yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan.

Bagi murid yang mamakai baju lengan panjang. 3. 8. Penyimpanan bahan mudah terbakar. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek. Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan. lipat lengan baju ketika berkerja. 5. Pakai apron dan kasut getah yang bertutup. 5. pastikan tundung dipakai dengan kemas.2. 2. 4. Atalan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai penggunaannya. 6. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak.4. 6.2 Keselamatan Diri dan Rakan 1. Bagi murid-murid perempun. 2.3 Keselamatan Alatan dan Bahan 1. Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama ahli kumpulan. 2. 7. 3. Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam bengkel. Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel KH.4. Bagi yang bertudung. Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel KH. Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum murid boleh menggunakannya. mudah pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel KH 19 RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL .rambut yang panjang hendaklah diikat. 4.

Oleh itu. Setiap kemalangan yang berlaku pasti ada penyebabnya.5. menurut Prof.2. bagi meminimumkan punca kemalangan daripada faktor kemanusiaan di bengkel sekolah. Faktor kemanusiaan merangkumi: 1) Kecuaian 2) Kurang pengetahuan 3) Tidak berdisiplin 4) Masalah kesihatan 5) Tingkah laku dan emosi 6) Individu (accident repeater) Oleh itu.Madya Dr. 20 RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL .1. mewujudkan papan kenyataan peraturan bengkel dan tatacara penggunaan alatan.1 Faktor Kemanusiaan Adalah tidak dapat dinafikan bahawa terdapat kemalangan yang terjadi berpunca daripada kecuaian manusia. Widad etc (2003). pihak pengurusan bengkel telah mengambil beberapa langkah seperti melengkap guru Kemahiran Hidup dengan ilmu pengetahuan dalam aspek keselamatan.1 Punca Kemalangan 2. punca kemalangan boleh dibahagikan kepada tiga sumber utama iaitu: PUNCA KEMALANGAN Kemanusiaan Fizikal Pentadbiran Carta 4: Punca-punca Kemalangan 2.5.5 Punca Dan Pencegahan Kemalangan Terdapat pelbagai jenis kemalangan yang berlaku setiap hari.

Namun begitu. Selain itu. 21 RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL .2 Faktor Fizikal Faktor fizikal terbahagi kepada tiga bahagian iaitu persekitaran. beban lebih had. pengendalian dan pelupusan bahan.1. Persekitaran adalah meliputi: 1) Kawasan tempat kerja 2) Keadaan pengcahayaan 3) Kebisingan 4) Sistem pengudaraan 5) Penyimpanan. bengkel akan dibersihkan pada setiap kali tamat sesi pembelajaran . Pengunaan peralatan dan mesin sememangnya dapat membantu kita melakukan kerja dengan mudah dan lancar. kebocoran elektrik. Segala peralatan dan bahan pula akan diperiksa oleh pensyarah atau guru Kemahiran Hidup yang berpengalaman. peralatan dan mesin serta sistem pendawaian. kita juga berdepan dengan bahaya kerana kesilapan di dalam mengurus dan mengendalikan mesin serta peralatan akan dapat mewujudkan persekitaran yang bahaya di dalam bengkel. sistem pendawaian di bengkel juga akan dapat mewujudkan punca kemalangan. Dari segi kebersihan pula. pendawaian tanpa kebenaran dan pemasangan yang salah.2. Kemalangan yang disebabkan oleh pendawaian biasanya ialah renjatan elektrik.5. Antara punca kemalangan daripada faktor pendawaian ialah sistem pendawaian yang melebihi 40 tahun.

2. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pentadbir seperti meletakkan papan peraturan bengkel. 22 RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL . menyediakan pelan kebakaran dan sebagainya.5. faktor pentadbiran di dalam pengurusan keselamatan bengkel di IPG Kampus Tun Hussein Onn begitu positif.3 Faktor Pentadbiran Faktor pentadbiran pula melibatkan beberapa aspek iaitu: 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Penguatkuasaan peraturan yang tidak dilaksanakan Kurang atau tiada arahan keselamatan Kawalan kelas yang lemah Tunjuk ajar yang tidak lengkap Tiada prosedur kerja Tiada latihan pencegahan keselamatan Sikap guru danpentadbir yang mengambil jalan mudah Melalui pemerhatian yang telah dilakukan.1. Pihak pentadbir dan pihak pengurusan bengkel amat memberi perhatian dalam mewujudkan keadaan bengkel yang selamat digunakan oleh pensyarah dan pelajar khususnya.

23 RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL .2. Faktor pencegahan amat penting bagi mengekang dan mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.2 Pencegahan Kemalangan Oleh kerana Bengkel Kemahiran Hidup di IPGKTHO mengandungi pelbagai bahaya yang boleh mengundang kemalangan. ‘ mencegah lebih baik daripada mengubati ’. ianya telah banyak diaplikasikan di dalam bengkel di sekolah atau mana-mana institusi pengajian. Antara aspek dalam utama dalam pencegahan kemalangan ialah : Panduan Keselamatan Kebakaran Keracunan PENCEGAHAN KEMALANGAN Keselamatan Mesin dan Peralatan Kebisingan Carta 5: Faktor Pencegahan Kemalangan Berdasarkan kesemua faktor pencegahan kemalangan di atas.5. maka langkahlangkah pencegahan perlulah diberi perhatian. Pepatah juga ada menyebut.

Setiap pelajar hendaklah tahu dimana alat pemadam api ditempatkan supaya boleh diambil dengan cepat apabla diperlukan 24 RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL . Bagi pencegahan kebakaran dan penggunaan mesin dan peralatan.Keadaan di dalam bengkel IPGKTHO telah dilengkapi dengan aspekaspek pencegahan kemalangan terutamanya bagi aspek kebakaran dan keselamatan mesin dan peralatan. pihak pengurusan bengkel telah menyediakan beberapa langkah pencegahan seperti: 1) Menampal pelan laluan kecemasan semasa kebakaran di bengkel 2) Sentiasa menyelenggara peralatan yang digunakan 3) Memastikan keadaan bengkel sentiasa kemas dan teratur 4) Memastikan sisa bahan kerja dibuang dengan betul 5) Menampal nota penggunaan peralatan dengan betul 6) Mesin yang berbahaya di simpan di dalam almari khas 7) Menguruskan kawalan pelajar dengan teratur 8) Mengasingkan bahan berbahaya 9) Menyediakan buku rekod penyelenggaraan 10) Menyediakan buku rekod kemalangan 11) Motto dan arahan keselamatan 12) Menyediakan pemadam api di dalam dan di luar bengkel Alat pemadam api digunakan untuk memadamkan kebakaran kecil Setiap jenis alat pemadam api hendaklah dilabelkan untuk memudahkan pemilihan alat pemadam yang betul.

petrol. minyak . lekar.Air (A ) Karbon Dioksida ( BCF ) JENIS BAHAN PEMADAM Debu Kering ( ABC ) Buih ( B) Carta 6: Jenis Bahan Pemadam JENIS BAHAN PEMADAM Air Buih Debu kering Karbon dioksida CONTOH LABEL A B ABC BCF PUNCA KEBAKARAN Kayu.Ini untuk memastikan pelajar dan pensyarah berada dalam keadaan selamat semasa kerja amali berjalan. RBT 3112 | PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL 25 . kain. peralatan elektrik Jadual 1: Maklumat Bahan Pemadam Api Bengkel ini juga dilengkapi dengan peti kecemasan ataupun first aid. minyak petrol. plastik. lekar. gas. gas Semua jenis kebakaran Cat.Peti ini sedikit sebanyak dapat membantu semasa keadaan kecemasan sebelum mangsa dibawa ke hospital. sampah sarap Cat.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful