PENGENALAN Perbincangan mengenai stilistik adalah berkenaan dengan gaya (style).

Dalam bahasa Melayu, kata stylistics menjadi stilistik. Sebagai pendahuluan, kita akan membicarakan persoalan istilah terlebih dahulu. Persoalan ini pula berkaitan dengan berbagai-bagai persoalan lain, misalnya istilah dan pengertian yang berhubungan dengan style dan stilistik atau persoalan yang berhubungan dengan kemunculan ilmu itu sendiri, yang juga berhubungan dengan hakikatnya sebagai ilmu. Sebelum timbul ilmu stilistik, iaitu kajian gaya yang digunakan untuk menganalisis karya sastera, bahasa memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya. Ini kerana semua pengucapan yang tidak lurus seperti yang biasa dipakai oleh masyarakat adalah gaya. Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu dipakai untuk bercakap atau menulis. Maka, timbullah berbagai-bagai kelainan dan ia membezakan gaya tertentu antara satu sama lain. Stilistik ialah ilmu yang masih baru dan kedudukannya masih goyah. Kesedaran tentangnya masih goyah, terutamanya tentang gaya yang sudah lama wujud bagi mengkaji gaya yang terdapat di dalam sesebuah karya sastera. Terdapat dua faktor yang menyebabkan perkembangannya lambat. Ini dinyatakan seperti berikut:

(i)

Perhatian terhadap gaya mungkin pernah muncul pada orang yang hidup di dalam dunia sastera dan mereka sedar, pemakaian bahasa mereka berbeza daripada bahasa seharian mereka.

(ii) Di dalam hubungan dengan perkembangan lainnya, ada keinginan untuk merumuskan gaya yang terdapat pada bahasa yang indah itu dengan menghubungkan gaya dengan keindahan.

Kedua-dua faktor ini berpengaruh terhadap kelambatan munculnya stilistik sebagai ilmu. Gerak ke arah stilistik sebagai ilmu hanya muncul setelah adanya perubahan besar di dalam perkembangan linguistik dan kajian karya sastera. Berdasarkan gerak ke arah menjadikan stilistik sebagai bidang ilmu yang penting,

1

kita akan didedahkan tentang kepentingan ilmu stilistik yang meliputi definisi stilistik, ciri-ciri stilistik, stilistik di dalam bahasa, bahasa perbandingan dan keberkesanan stilistik di dalam bahasa. Stilistik berasal daripada bahasa Inggeris iaitu “style‟ yang bererti gaya dan daripada bahasa serapan ,‟linguistik‟ yang bererti tatabahasa. Menurut Kamus Bahasa Indonesia, stilistik ialah ilmu kebahasaan yang mempelajari gaya bahasa.Menurut Bally,Jacobson,Leech,Widdowson,Levin,ching,Chatman,dalan dan lain-lain, mereka menjelaskan stilistik sebagai suatu deskripsi daripada bahasa yang digunakan di dalam teks sastera. Bagi Leech, stilistik adalah pembelajaran gaya ilmu linguistik atau „simply‟ defined as the (linguistic ) study as style”. Wawasan demikian adalah seiring dengan pernyataan Cummings dan Simmons: bahawa pembelajaran bahasa di dalam teks sastera merupakan „a branch of linguistic called stylistic‟.Di dalam konteks yang lebih luas ,Jacobsons beranggapan bahawa puitika (poetics) sebagai teori tentang system dan kaedah teks sastera sebagai bahagian yang tidak dipisahkan bagi linguistik. Manakala ,Chavatik pula mengemukan stilistik sebagal kajian teks sasatera dan kod estetik dengan kajian stilistik yang mengkaji bahasa dalam teks sastera, sebagaimana bahasa menjadi objek kajian linguistik (Aminuddin,1995;22). Sedangkan menurut Rene Wellek dan Austin Warren , stilistika perhatian utamanya adalah kontras sistem bahasa pada zamannya (Wellek dan Warren, 1990:221). Bertolak daripada berbagai pengertian yang telah disebutkan,Aminuddin mentakrifkan stilistik sebagai pengajian tentang cara pengarang di dalam menggunakan sistem tanda sejajar dengan gagasan yang ingin disampaikan secara kompleks, dan juga kekayaan unsur pembentuk itu dijadikan sasaran kajian hanya pada wujud penggunaan sistem tandanya. Walaupun fokusnya hanya pada sistem tanda untuk memperoleh pemahaman tentang ciri-ciri penggunaan , apabila system tanda dihubungkan dengan cara pengarang di dalam menyampaikan gagasan , kita perlu memahami

2

Stilistik ialah kajian stail yang melibatkan bentuk atau bahasa dan isi kesusasteraan.Oleh itu.antaranya ialah untuk menghuraikan tingkah laku bentuk bentuk bahasa tulisan yang digunakan atau dicipta oleh pengarang di dalam karya deskriptif mahupun karya kesusasteraan . bentuk bahasa tulisan atau gaya bahasa banyak dipakai. pada kebiasaanyan .walaubagaimanapun . Mengikut Kamus Zaaba.Di dalam karya kesusasteraan.Kamus Dewan Edisi Ketiga pula mengatakan stilistik ilah kajian tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan di dalam penulisan . stilistik ialah suatu kajian mengenai teknik penggunaan gaya bahasa yang mantap serta secara berkesan di dalam suatu penulisan.stilistik merujuk kepada kajian mengenai bahasa literari sesuatu komuniti dengan menggunakan kaedah linguistik.Kelompok sosial itu pula dibezakan oleh bidang pekerjaan atau perbezaan kelas di dalam sesuatu masyarakat. (Nik Hassan 3 . berdasarkan jenis bahasa inilah .Ianya berkaitan dengan stail atau gaya terutamanya gaya bahasa. Kaedah ini banyak dipakai .Ia meliputi kajian mengenai teknik pemakaian bahasa di dalam penulisan dan teknik yang mengkaji segala kemungkinan yang berkaitan dengan gaya bahasa penulisan kesusasteraan yang semata-mata untuk mendapatkan kefahaman sebenar tentang kesusasteraan (Nik Hassan Basri:378). maka stilistik berusaha mencari jalan keluar bagi menghuraikan perhubungan antara bentuk pengucapan dengan makna yang dibawa oleh ny a Basri :378).i) ii) iii) Gambaran objek/peristiwa Gagasan Ideologi yang terkandung di dalam karya sastera Mengikut Kamus Linguistik Edisi Ketiga . Stilistik juga merupakan satu lagi disiplin yang mengkaji ciri-ciri lingustik yang berbeza yang berlaku di dalam kalangan kelompok sosial.stilistik boleh didefinisikan sebagai ilmu yang menyelidiki bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera atau ilmu yang bersifat interdisiplin antara linguistik dan kesusasteraan ataupun penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa.

stilistik atau ilmu gaya dapat dianggap sebagai kajian variasi linguistik. Stilistik juga mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik dan dialektologi . terdapat stilistik.Segala hubungan yang menimbulkan kelainan gaya bahasa. Stilistik merujuk kepada penggunaan prinsip linguistik terhadap bahasa sastera. yang melibatkan.(Keris Mas :8) Didalam disiplin linguistik. Beberapa pendapat lain yang sempat dikutip telah diutarakan oleh Freeman(1970:4). di kaji dan dihubungkan dengan kajian bahasa (Keris Mas:8) Kajian terhadap teks sastera secara tradisional hanya terbatas pada kelainan bahasa dalam hubungan dengan kehendak tatabahasa.Kedua-dua pula merupakan cabang linguistik (Azmi Rahman .bahasa kiasan. Perubahan kajian ini disebut kajian bentuk dan kajian isi.com). Ia meliputi kajian terhadap teks sastera.baginya .Menurut Keris Mas .Kajian stilistik telah berubah kepada kajian yang dianggap lebih objektif dan saintifik. penggunaan pengulangan dan meminjam usaha pengarang (di dalam konteks ini penyair) untuk mendapat kepastian tulisannnya. disamping kelainan yang bersifat figuratif .Esasterawan.stilistik melihat penggunaan bahasa yang menyimpang atau deviasi daripada norma tatabahasa . baik gaya individu mahupun implikasi lain. kesusasteraan yang mempunyai sifat dan hakikat perkembangan dan perubahan yang sejajar dengan perkembangan fikiran dan realiti kehidupan manusia dan masyarakat. yang diandaikan sebagai apa yang diperkatakan (isi) dan apa cara mengatakan bentuk atau bahasa ).ungkapan dan sebagainya. pendekatan terhadap kajian teks sastera meninggalkan cara pendekatan yang subjektif dan impresionis dan memasuki cara baru yang lebih objektif dan lebih saintifik. Variasi linguistik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks situasi. stilistik ialah kajian stail mengkaji segala kemungkinan gaya kesusasteraan untuk menilai dan mendapat kefahaman sebenar mengenai sesebuah teks kesusasteraan. Selain itu.lahirnya hasil sastera yang diperhatikan dan diberi saluran kajian khusus.iaitu penggunaan peribahasa.sindiran . yang tidak lagi dari sudut kebahasaan saja tetapi juga dari sudut isi yang disampaikan dengan penggunaan bahasa itu. Dengan stilistik. 4 . ikut dipertimbangkan.

terlepas daripada linguistik ataupun sastera.pencapaian estetika dan pernyataan sikap penulis. pemakaian ragam tertentu untuk memperoleh kesan tertentu serta keseluruhan ciri bahasa sekelompok penulis sastera (Kridalaksana. memberikan batasan stiliistik.Menurutnya para ahli mengatakan bahawa stilistik meneliti sastera pada aspek bahasa .xviii) mengusulkan bahawa stilistik menjadi ilmu yang berdiri sendiri. stilistik adalah bahagian daripada linguistik yang memusatkan perhatian nya pada variasi penggunaan bahasa .Umar Junus (1980:xvii). Bahasa sastera.1982:49-50) 5 .menurutnya . Fowier (1987. Di dalam kajian puisi. teknik eksposisi.237). morfologi dan sintaksis.Gaya bahasa sendiri adalah pemuafakatan kekayaan bahasa oleh seseorang di dalam bertutur dan menulis. Sebagaimana yang kita sudah ketahui. juga memberikan pengertian tentang stilistik. mengatakan bahawa stilistik merupakan cabang daripada pengajian sastera. yakni imej.Tetapi kemunculannya sudah ada di dalam linguistik .Murray pula berpendapat bahawa stilistik ialah gaya dan sesuatu yang istimewa. struktur suara. stilistik adalah ilmu yang menyelidiki bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera: iaitu ilmu interdispiliner antara linguistik dan kesusasteraan atau penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa (Dwisusanto. terutama kesusasteraan. iaitu ilmu sastera dan ilmu linguistik .menurutnya . stilistik.stilistik melihat kajian bahasa puisi dengan unsur linguistik seperti fonologi.Wordpress.Stilistik juga melihat diri puisi sebagai bahasa kreatif yang membenarkan terjadi deviasi/penyimpangan di dalam aspek linguistik secara eksplisit maupun implisit (Esasterawan.Umar Junus (1980.com) Tuner (1977:7). sintaksis dan lain-lain. stilistik dipakai sebagai gabungan. mengatakan bahawa hakikat stilistik adalah pemakaian dan penggunaan nya di dalam karya sastera.Menurutnya .com) Kridalaksana(1982:157). di dalam Kamus Linguistik.adalah tentang ilmu gaya bahasa.Selanjutnya .Pemilihan kata dan penyusunan struktur ayat memperlihatkan ciri-ciri keperibadian penulis. khasnya bahasa puisi adalah bahasa yang paling menonjol deviasi atau penyimpangan bahasa.

ada dua kemungkinan di dalam mendekatinya .com).Wordpress. penelitian stilistik ini di lakuakn dengan menghayati variasi terhadap pemakaian bahasa yang normal dan mememukan tujuan estetiknya (Wellekdan Warren.namun kedua-dua pendekatan tersebut pada hakikatnya tidaklah saling bertentangan (Dwisusanto. ternyata terdapat perbezaan mengikut bidang kajian masing-masing.Enkvist(Junus 1989:4). mengatakan bahawa gaya bahasa ada enam pengertian .1990:226) Berdasarkan kedua-dua pendekatan tersebut. iaitu: (i) Pertama. (ii) Kedua. seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Bungkus yang membungkus inti pemikiran yang telah ada sebelumnya Pilihan antara berbagai pernyataan yang mungkin Sekumpulan ciri peribadi Penyimpangan norma atau kaedah Sekumpulan ciri kolektif Hubungan antara satuan bahasa yang dinyatakan di dalam teks yang lebih luas daripada kalimat Untuk mengkaji karya sastera dari sudut stilistik. pengajaran stilistik dilakukan dengan cara menganalisis system linguistik karya sastera dan dilanjutkan dengan menginterpretasi ciri-cirinya. 6 .Ia dilihat daripada tujuan estetik karya sastera sebagai makna yang penuh.

stilistik mula digunakan pada tahun 1846.drama . iaitu. (i) Kajian tentang unsur-unsur ekspresif bahasa yang dapat menampilkan pemikiran dan perasaan sefektif mungkin (ii) Kajian tentang gaya bahasa pengarang secara individu. misalnya berupa rangkaian (perulangan) sesuatu bentuk linguistik seperti ayat jenis tertentu atau bunyi tertentu .Mengikut Awang Sariyan (1985) daripada dua aliran pemikiran yang diperkembangkan oleh Charles Bally dan Leo Spitzer itu. Ini akan diterangkan seterusnya. 7 . Ciri-ciri keindahan bahasa yang universal itu. cerpen.1988:210). sesuatu karya sastera boleh berupa novel . maka beliau dapat mengemukakan takrif stilistik dengan lebih jelas. Di dalam Bahasa Inggeris .Stilistik wujud sebagai cabang disiplin linguistik yang berdiri sendiri pada penghujung abad ke 19 dan awal abad ke 20. Lutfi Abas. puisi moden atau sajak (Lutfi Abas. Dengan cara membuat perbandingan ini.Stilistik ialah kajian kuantitatif yang berkaitan dengan usaha untuk mendapatkan atau membuktikan ciri-ciri keindahan bahasa yang universal berkenaan sesuatu karya sastera. dalam tulisannya cuba menunjukkan perbezaan antara stilistik dengan linguistik. ahli-ahli stilistik menyimpulkan dua jenis kajian stilistik.

eponym. gaya bahasa ini di ajar mengikut tahap-tahap tertentu. (a) Ciri-ciri yang terdapat di dalam gaya bahasa perbandingan adalah seperti imejan. eufemisme.Kelainan bahasa juga termasuk peribahasa. Menurut Nik Hassan Basri (2005) . Pertama.antaranya gaya bahasa yang selalu dikelompokkan di dalam gaya bahasa ini ialah gaya bahasa sinekdok. Kilatan atau bayangan merupakan nama lain bagi alusi.morfologi.pleonasme dan simile. perbandingan. anaphora.penyirnaan.CIRI.personafikasi. gaya bahasa pertautan ialah gaya bahasa yang menghubungkan sesuatu yang memiliki ciri atau sifat tertentu dengan yang lain. gaya pertentangan merangkumi aliterasi. Ciri yang keduanya ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakap dalam linguistik seperti fonologi.asonansi. sindiran dan gaya retorik. metonimia dan alusi. antonomasia.Kesemua gaya ini mempunyai takrifan dan ciri-ciri yang membezakan diantaranya. Ianya boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian yang utama tadi.rima dan sinkof.Alusi merupakan pemerian yang membayangkan atau merujuk sesuatu secara tidak langsung kepada sesuatu 8 . Misalnya gaya bahasa perbandingan simile di ajar kepada pelajar-pelajar tingkatan satu. Sungguhpun gaya bahasa pertautan tidak terdapat di dalam sukatan pelajaran. epitet.inverse dan paradox (c) Sementara . ianya juga perlu dikuasai oleh guru bagi membezakan nya dengan ciri-ciri yang lain. pertautan dan pertentangan.kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya . metafora. Stilistik di dalam kajian bahasa secara umumnya boleh dibahagikan kepada lima bahagian. (b) Gaya bahasa pertentangan pula adalah seperti hiperbola. Di dalam mata pelajaran Bahasa melayu.epifora. (d) Gaya yang terakhir ialah penyirnaan yang hanya terdapat satu cirri sahaja iaitu sinkof. bahasa pengulangan.sintaksis dan semantik.CIRI LINGUISTIK Stilistik atau kajian bentuk boleh dibahagikan kepada dua perkara.

Ciri yang seterusnya ialah epitet yang menjadi keterangan atau frasa yang menggelarkan atau merupakan suatu huraian yang menjelaskan atau menggantikan nama sesuatu benda atau gaya bahasa. Batang hidung itu mewakili keseluruhan tubuhnya (Nik Hassan Basri .Contoh perkataan yang sering digugurkan ialah perkataan “hulu” menjadi”ulu” dan “kamu” menjadi “mu” sahaja.apokop. Ciri yang terakhir di dalam gaya pertautan adalah sinekdok.afesis.batang hidung pun tak nampak”.Terdapat perkataan yang sinonim dengan perkataan ini seperti “meninggal dunia”.Metonimia pula digunakan bagi menjelaskan ciri atau nama seperti jenama dan sebagainya.ellipsis.Antara unsurnya ialah sinkof. kata. Ia merangkumi pengganti symbol atau lambing yang menyatakana sesuatu sifat atau ciri yang khas daripada seseorang atau sesuatu hal. gambar yang ditunjukkan itu menggembalikan kenangan kita kepada peristiwa Mei 1969. Eponim pula sejenis gaya yang menggunakan nama seseorang yang memiliki sifat tertentu di pakai di dalam ayat bagi menghubungkan sifat yang dimiliki oleh orang lain.cerita.Pengguguran ini adalah bagi memudahkan penutur meyebutnya . 9 .2005) Gaya bahasa penyirnaan atau pelesapan iaitu bentuk bahasa yang mengalami unsure pengguguran bunyi.Contohnya. dan“beranak”. perkataan “mati. Manakala eufemisme merupakan kata atau ungkapan yang lebih halus sebagai pengganti kata-kata atau ungkapan yang agak kasar atau keras.”Perangai kamu ini seperti Pak Pandir”.Sinekdok membawa maksud perkataan yang disebut itu membawa maksud sepenuhnya. Contoh perkataan yang sering digunakan bagi menggambarkan ciri ini ialah “Loceng pagi bersahut-sahutan pada pagi itu di rumah saya”.perkataan kasar digunakan .Aferisis ialah salah satu gaya bahasa penyirnaan .Perkataan ini lebih lembut berbanding mati. Contohnya . dan aferisis. akronim. Tetapi bagi menggambarkan ciri eufemisme.”Setelah mereka pergi dari rumah. Contohnya .suku kata.Loceng pagi sebenarnya menggambarkan ayam jantan yang berkokok. frasa atau bahagian ayatnya. walaupun perkataan separuh sahaja digunakan.Seterusnya antonomasia melibatkan penggunaan Jabatan kementerian dan gelaran tertentu seperti Dekan dan Guru Besar.Contoh ayat .iaitu pengguguran bunyi atau kata pada awal ujaran atau huruf awal atau suku kata awal bagi sesuatu perkataan.

Kesemua ciri di bawah penyirnaan ini adalah hampir sama tetapi mempunyai hanya sedikit perbezaan dari segi pengguguran penyingkatan.ellipsis merupakan sejenis gaya bahasa penyirnaan yang di dalam struktur ayatnya dihilangkan kata.yang di dalam ayatnya di dapati adanya unsur penghilangan atau pengguguran kata atau kata-kata atau ayat yang menjadi unsur penting di dalam pembinaan sintaksis yang lengkap.Contoh nya ABIM yang bermaksud Angkatan Belia Islam Malaysia.seterunya .Afesis dan aferisis adalah hampir sama . Ciri stilistik keempat yang terdapat dalam gaya bahasa pengulangan atau repetisi bermaksud gaya bahasa yang mengandungi unsur pengulangan bunyi. praakhir atau suku kata akhir bagi sesuatu perkataan. Ian jug termasuk pengguguran seluruh frasa predikat atau pengguguran bahagian frasa predikat atau gaya bahasa. baharu menjadi baru saja. Di dalam contoh ayat. tetapi pencantuman itu tidak dapat membentuk akronim. kata. tetapi afesis mengugurkan bunyi vokal bagi sesuatu kata. frasa atau rangkai kata atau pengguguran tertentu seperti pengguguran frasa nama sebagai subjek. sama ada hasil daripada cantuman dua atau lebih. “Dia dirotan”.sama ada hasil daripada cantuman dua atau lebih perkataan sehingga akhirnya membentuk satu perkataan yang terdiri daripada satu atau lebih suku kata. anaphora. atau bahagian ayat yang dianggap penting untuk menghasilkan kesan dan memberi tekanan di dalam sesebuah konteks yang sesuai.Contohnya Akademi Seni Kebangsaan (ASK).Terdapat lima ciri yang sering digunakan di dalam sukatan pelajaran iaiatu aliterasi.Sementara itu. suku kata. objek. Proses penyingkatan adalah disebabkan penggunaan huruf . manakala aferisis adalah sebaliknya. frasa.Contoh perkataan “kekanda” menjadi “kanda”. contohnya “anakanda”menjadi “anak” sahaja.Apokop pula ialah sejenis gaya bahasa penyirnaan yang mengalami proses pengguguran huruf akhir. kata yang mengalami proses penyingkatan pula disebut sebagai akronim.frasa yang digugurkan ialah “oleh gurunya”. suku kata atau bahagian suku kata di dalam struktur kata dan rangkai kata tertentu.Penyingkatan ini adalah disebabkan oleh pengguguran huruf atau suku kata didalam struktur kata tertentu.Pengguguran huruf sisip atau suku kata sisip perkataan atau dengan menghilangkan huruf tengah atau suku kata tengah. 10 . Contohnya .

Oleh yang demikian .cinta kepadanya adalah cinta jutaan bunga-bungaan. Epifora atau epistrofa ialah sejenis gaya bahasa pengulangan: iaitu pengulangan kata. gaya bahasa asonansi yang dipetik daripada puisi.Pengulangan ini biasanya dapat dilihat di dalam beberapa rangkap sajak atau syair.Benarbenar tidak mahu”(halaman 29). moden kreatif atau bukan kreatif.Anafora pula ialah pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat. pengulangan konsonan „d‟ “dara damba daku”.” Setiap huruf “a‟ menggambarkan asonansi.‟e‟.asyndeton.frasa. taringan (1985a:181. anaphora ialah pengulangan kata pada awal baris untuk ayat-ayat yang berturut-turutan.iaitupengulangan vokal „a‟. Othman Kelantan iaitu: “Aku tidak mahu. pengulangan vokal pada setiap baris atau ayat yang biasanya berurutan seperti anaphora.‟o‟. moden. terdapat sembilan ciri yang kurang digunakan iaitu anadiplosis. sajak “Negara Cinta”oleh Nahmar Jamil.beberapa kata pada akhir baris atau beberapa kata pada akhir ayat yang juga berurutan. sama ada di dalam puisi tradisional .alam adalah syurga bumi. yang biasanya secara berurutan supaya memperoleh kesan tertentu.erotesis.Di dalam bahasa Melayu . Gaya bahasa ini terbentuk hasil daripada pengulangan konsonan yang sama . Surat yang merupakan buku karya S.epizeukis. terdapat enam jenis vokal tetapi bunyi-bunyi itu hanya diwakili oleh lambing „a‟.asonansi. Seterusnya asonansi.epanortesis.antanaklasis. prosa tradisional.Sementara itu.gaya bahasa pengulangan ini biasanya terdapat di dalam puisi atau prosa. Pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata dan yang berurutan .185a:197) mendifinisikan aliterasi sebagai pemakaian kata yang permulaannaya sama bunyinya.epanalepsi.dan „u‟ iaitu sebanyak lima huruf sahaja.Puisinya adalah seperti berikut”Alam adalah sebahagian daripada kami . dan kiasmus.5). Contohnya. cinta kepadanya cinta jutaan manusiawi. Contoh .‟i‟.Menurut Rahman Shaari (2004. gradasi.dan epifora. 11 .Contoh gaya bahasa epifora yang ditinjau di dalam prosa kumpulan.

sampan kolek mudik ke tanjung.Contohnya .gurindam.Antanaklasis pula ialah sejenis gaya bahasa pengulangan yang mengandungi pengulangan kata yang sama bentuknya di dalam ayat .Ianya dikenali sebagai asindeton. iaitu yang terdapat dalam puisi seperti syair. tetapi mempunyai makna yang berbeza.namun ianya kurang diketahui. iaitu.Anadiplosis ialah sejenis gaya bahasa pengulangan.abba dan sebagainya.aabb.iaitu hanya dengan tanda koma atau beberapa tanda koma.”Ramli makan nasi.eh makan bubur”.”Mereka tidak lupa pesanan ibu mereka” Epanortesis ialah gaya bahasa pengulangan.atau rima ialah susunan bunyi atau keselarasan huruf pada akhir kata atau suku kata terakhir di dalam sesuatu baris atau serangkap puisi. “Tenang-tenang air di laut.di dalam tenaga ada daya.abcabc. budi sedikit rasa nak junjung”(Nik Hassan Basri .Gaya bahasa ini terlalu banyak menggunakan tanda koma di dalam ayat.Contohnya.Rima akhir bunyi ialah bunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akhir di dalam suatu rangkap .Epizeukis ialah sejenis 12 .”Di dalam raga ada darah.abab.2005) Sungguhpun ciri-ciri ini juga terkandung di dalam gaya bahasa penyirnaan.Contohnya. epanalepsi membawa maksud pengulangan kata pertama menjadi kata terakhir di dalam kalausa atau ayat. Gaya bahasa pengulangan yang menggunakan tanda baca yang sama berulangulang untuk menghubungkan kata. iaitu kata atau frasa terakhir di dalam satu klausa atau ayat yang berikutnya. Contoh rangkap yang memaparkan rima akhir „abab‟ yang dipetik daripada “Pantun Budi”.pantun.ayat antara satu dengan lainnya menjadikan satu ayat yang panjang . frasa.hati terkenang mulut menyebut.Epanalepsi juga merupakan pengulangan awal kata di dalam struktur kata di dalam ayat menjadi kata terakhir di dalam baris yang sama di dalam ayat.Sementara.Penggunaan gaya bahasa ini boleh digunakan juga di dalam penulisan kreatif.di dalam darah ada tenaga .iaiatu pengulangan beberapa kata yang sama di dalam ayat. Menegur kakak tua ayahku pagi kelmarin”.klausa.didalam daya ada segala”.contohnya.”Burung kakak tua menegur ayahku kelmarin.Tetapi di sebalik pengulangan itu terkandung maksud ayat pada mulanya ingin menjelaskan sesuatu tetapi diperbetulkan yang salah. misalnya aaaa.

Contohnya.Contohnya. iaitu yang menggunakan kata hubung yang sama diulang-ulang untuk menghubungkan kata dengan kata menggunakan kata hubung yang sama diulang-ulang untuk menghubungkan kata dengan kata atau frasa dengan frasa atau klausa dengan klausa di dalam ayat.(Taringan.”Rasuah bukan sahaja patut di kutuk tetapi diperangi habis-habisan”. Erotesis pula merupakan sejenis gaya bahasa pengulangan yang berupa pertanyaan yang sering digunakan di dalam ucapan ..iaitu yang berupa pengulangan sebuah kata atau beberapa kata berkali-kali di dalam sebuah struktur 13 ..gaya bahasa pengulangan.Polisindeton ialah sejenis gaya bahasa pengulangan.‟‟.. iaitu pengulangan kata atau frasa yang berada di tengah tengah baris atau pengulangan kata atau beberapa kata di bahagian tengah ayat atau di bahagian tengah baris sesuatu ayat yang berturut-turutan.”Bapanya memelihara kambing dan ayam dan lembu dan kerbau di ladang”.Contohnya. Gaya yang terakhir di dalam gaya bahasa yang berkaitan dengan pengulangan ialah tautotes. pidato. dan tahan uji menimbulkan harapan.Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Pengampun”..Paralelisme ialah gaya bahsa pengulangan.Dan pengharapan tidak mengecewakan.mesodilopsis atau nama lainnya responsif ialah gaya bahasa pengulangan.Misalnya “Kita malah bermegah juga di dalam kesengsaraan kita tahu kesengsaraan itu menimbulkan ketekunan..Tautotes ialah sejenis gaya bahasa pengulangan . iaitu sejenis gaya yang berusaha untuk mencapai keselarian di dalam penggunaan kata –kata beberapa frasa yang menduduki fungsi yang sama di dalam bentuk kenahuan yang sama.. perbahasan atau penulisan yang tujuannaya adalah untuk mencapai keberkesanan yang mendalam dan penekanan setra pertanyaan yang disuarakan atau persoalanyang diajukan itu tidak mengharapkan jawapan. Sementara .Gradisi pula ialah gaya bahasa pengulangan yang memaparkan maklumat yang mengandungi beberapa kata atau frasa yang paling sedikit tiga kata –atau istilah yang hadir secara berurutan di dalam ayat yang mempunyai beberapa perubahan yang bersifat kuantitatif..Ya Allah.dan ketekunan menimbulkan tahan uji.1985:239) pula merupakan inverse hubungan antara dua kata di dalam satu ayat pula dikenal sebagai kiasmus. iaitu pengulangan kata atau frasa yang pentingkan atau yang ditekan itu diulang beberapa kali berturut-turut di dalam satu ayat.

Gaya yang sering digunakan di dalam gaya bahasa ini tiga sahaja iaitu hiperbola. ukurannya dan sifatnya (Moelino.1971:233).Contohnya “Abang mengunjungi kakak. gaya bahasa yang lain pula adalah seperti antifrasis.Contohnya .Gaya bahasa ini boleh dijumpai dalam teks komsas. Gaya bahasa pertentangan.1984:3).apofasis.Manakala .hipalase. maksud hiperbola ialah pembaziran atau suatu cara yang melebihkan –lebihkan semata-mata untuk mencapai kesan tertentu.Jadi . a)Hiperbola berasal daripada bahasa Yunani.antiklimaks.2000:79).Ini bermaksud paradox memaparkan suatu keadaan atau suasana yang berlawanan.tetapi kenyataannya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum dan reality. c) Inverse atau anaskof pula ialah gaya bahasa pertentangan yang memfokuskan pembalikan kata-kata atau frasa yang berbeza daripada susunan nya yang lazim atau ayat yang susunnya dimulai dengan predikat dan diikuti dengan subjek. sama ada ayat aktif songsang atau ayat pasif songsang. iaitu suatu gaya bahasa yang mengandungi kebenaran yang diperbesarkan-besarkan (Dale et al.dan inverse atau anastof.Dengan kata lain hiperbola ialah unkapan yang melebihkan – lebihkan apa yang sebenarnya dimaksudkan : jumlahnya. ditengah-tengah kesedihan ada juga kelucuan (Dzul Karnain..mengemukakan makna yang bertentangan dengan makna yang bertentangan.Kata majmuk ini dibina melalui gabungan perkataan „hyper‟ yang bermaksud melebihi dan „ballien‟yang bererti meluahkan atau mengeluarkan . (b) Paradoks ialah sejenis gaya bahasa pertentangan yang mengandungi pertentangan nyata dengan fakta yang ada.ayat. 14 .paradox.kakak mengunjungi abang dan mereka saling kunjung mengunjungi”.

Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu dipakai oleh pelbagai orang. yang pada dasarnya bermula dengan percubaan mengucapkan sesuatu berlainan caranya 15 .1. manusia selalu menggunakan pelbagai gaya walaupun ayat yang dituturkan mempunyai maksud yang sama. Sejarah munculnya stilistik berkait rapat dengan retorik sebagai disiplin pertama di dalam tradisi Barat yang memberikan penyataan bahasa. Kelainan seperti itu sering berlaku di dalam bidang penulisan. Maka. timbullah berbagai-bagai kelainan. bahasa memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya. Setiap kelainan ini menjadi gaya tertentu yang berbeza antara satu dengan yang lain . kerana semua pengucapan yang tidak lurus seperti yang terbiasa dipakai oleh masyarakat adalah gaya. seperti untuk menghuraikan ilmu pengetahuan. Walaupun stilistik. kebanyakan pembicaraan mengenai stilistik selalu dilihat di dalam hubungan dengan bahasa dan linguistik. Gaya di dalam bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai. sebagai satu disiplin ilmiah masih agak baru. digunakan dalam bidang penulisan serta pemakaiannya dalam konteks tidak rasmi.0 HURAIAN DAN PENJELASAN TENTANG STILISTIK DAN SEJAUH MANAKAH IA MAMPU MEMANTAPKAN BAHASA MELAYU. BERIKAN CONTOH-CONTOH YANG KONKRIT BAGI MENYOKONG HUJAH ANDA Menurut Seymour Chatman (1971). Kelainan pemilihan kata untuk menyatakan satu makna yang sama akhirnya menjadi salah satu unsur lahirnya gaya. contohnya: (a) Dia itu orang bijak pandai (b) Dia itu pujangga besar Kedua-dua ayat tersebut sama maknanya tetapi lain dari segi pengucapannya. Sebelum timbul ilmu stilistik. selain kata-kata yang diucapkan oleh manusia seharian. Di dalam percakapan biasa. baik untuk bercakap atau menulis. namun pemikiran tentang gaya atau stail sudah lama timbul. Oleh sebab itu. iaitu ilmu kajian gaya yang digunakan untuk menganalisis hasil penulisan. Stilistik sering dikaitkan dengan gaya. stilistik lebih membatasi dirinya kepada unsur bahasa. Pemakaian bahasa mempunyai pelbagai jenis kegunaan tertentu.

indah dan menarik serta dapat berperanan untuk menimbulkan rasa yang berlainan dan makna yang lebih halus. apa cara disampaikan. berlakulah bermacammacam kelainan daripada pengucapan biasa. berkomunikasi atau berbual. Ujaran penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata-kata yang dilafazkan kerana melalui proses sosialisasilah. slanga. ketegangan emosi yang terlihat pada 16 . bahasa baku atau nada juga intonasi ketika mesej itu disampaikan Variasi ini dapat dilihat daripada beberapa dimensi seperti berikut . bagaimana disampaikan dan respons yang patut diberi terhadapnya. kedudukan status mereka. mudah. Maka. Struktur sintaksis yang lurus mengandungi subjek. seseorang itu berupaya membuat interpretasi isi kandungan ujaran. terdapat juga kelainan daripada penyusunan ayat. terdapat pelbagai kelainan daripada pengucapan yang lurus hingga bahasa itu menjadi berwarna dan berbunga. Sebagai contoh. Teks : Bahasa sehari-hari Unsur Stilistik : Kesantaian. apabila seseorang berhujah. Maka. apa yang ingin dilihat dan tahu bukan sahaja isi tetapi bagaimana caranya dilafazkan. Selain daripada kelainan pemilihan kata. sebagai seorang pendengar ingin tahu isi kandungan mesej yang hendak disampaikan. stilistik merujuk kepada situasi sosial di mana ujaran berlaku atau disampaikan. seseorang itu dapat menentukan dan mengenal pasti asal-usul atau kedudukan geografi penutur. dialek.daripada pengucapan biasa. predikat (misalnya) dilainkan dengan menterbalikkan susunan seperti ayat berikut: (a) Makan dia bersama saya (b) Dia makan bersama saya Seterusnya. bercakap. (a) Fitur tetap stilistik (i) Individu (Bahasa yang ditutur oleh individu itu sendiri atau bahasa sehari-hari)    Fungsi : Digunakan di dalam pergaulan santai yang alamiah. Tentu sekali. Sesuatu situasi atau lokasi juga memainkan peranan penting kerana ia boleh menentukan maksud sesuatu ujaran. Selain itu. selain dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adalah loghat. hubungan sosial antara penutur dan pendengar. jargona.

Unsur Stilistik : Berlainan daripada bentuk standard. baik dari segi sebutan. ejaan dan penggunaan ayat yang panjang serta pendek. Unsur Stilistik : Lukisan tentang apa yang terjadi (nama tempat. Unsur Stilistik : Struktur kata yang tertentu mengikut zaman atau masa yang dituturkan dari segi sebutan. (ii) Dialek (Bahasa yang dituturkan mengikut daerah geografi atau kedudukan sosial)    Fungsi : Digunakan di dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya.kelancaran dan hambatan di dalam pembicaraan dan cenderung kepada ayat pendek yang tidak mementingkan ketetapan dan kenahuannya. pelaku dan sebagainya). Teks : Bahasa kuno. ditulis. Teks : Mengikut daerah geografi atau kedudukan sosial. menjelaskan sehingga orang tahu dengan jelas tentang peristiwa yang dilaporkan. klasik dan kini. direkod melalui tayangan wayang gambar dan sebagainya). Fungsi : Informasi. (ii) Masa (Ketika/zaman yang dituturkan)    Fungsi : Bagi memberi pemahaman kepada pemakai mengikut sesuatu masa tertentu. (iv) Wacana     Media (dituturkan. tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu. penggunaan slogan. perifrasa dan kata pemula (yang menarik). Teks : Artikel surat khabar dan sebagainya. 17 .

perubatan. Teks : Dituturkan mengikut status pemakai. (iii) Bahasa pergaulan rasmi    Fungsi : Melaksanakan hubungan rasmi antara pegawai pemerintah dan rakyat. Unsur Stilistik : Perbezaan banyak kata. pencampuran kod bagi slanga. bidang dan peristiwa yang berbezabeza. (ii) Status (Slanga. Teks : Bahasa undang-undang. aspek. istilah yang monosemi. Unsur Stilistik : Intonasi yang berbeza. jargona. diraja dan sebagainya)    Fungsi : Menentukan konteks dan status pemakai apabila menuturkannya. politik dan sebagainya) Fungsi : Bagi menghuraikan hal. jarang ditemui penggunaan ungkapan seperti pepatah. Teks : Bersifat pemerintah. ekonomi. komentar. jalinan yang padu antara ayat-ayatnya. ekonomi dan sebagainya. sains. melukiskan dengan berbelit-belit. imbuhan dan jenis ayat tertentu mengikut laras yang digunakan.2 18 . Unsur Stilistik : Kata-kata yang neutral daripada nilai sastera dan tanpa warna emosi. lemah-lembut. gagal menggunakan kata yang berhubungan dengan perasaan. sains. Teks : Karangan ilmiah. kata atau ungkapan yang tertentu bagi jargona dan sebagainya. agama. kuliah. (iv)Gaya bahasa rasmi    Fungsi : Penyampaian kebenaran ilmu dan hukumannya dengan pembuktian logik dan objektif. Unsur Stilistik : Konstruksi ayat pernyataan yang rumit.(b) Fitur sementara stilistik (i)    Laras (Bahasa undang-undang. AK KEN DIRI 2 .

makan pagi memang banyak. bahasa perbandingan adalah bertujuan sebagai penggambaran atau pelukisan watak dan memberi pengajaran kepada pembaca tentang sesuatu akibat daripada perbuatan yang tidak baik. pembaca jarang terjumpa perkataan yang mempunyai kedua-dua makna konseptual dan makna stilistik. banyak dan sedap terutama bagi pesawah. tetapi telah kehilangan kuasa akibat daripada tindakannya yang tidak baik”. perkataan tersebut akan menjadi lebih gramatis dan sedap untuk dibaca. Seperti yang dinyatakan. mengenyangkan. Bagi sesetengah orang. Elok disemai sinonim dengan makna konseptual untuk memudahkan pembaca mengenali gaya-gaya atau cara-cara yang diketengahkan oleh penutur. Ia digunakan untuk menerangkan sesuatu maksud perkataan secara berkias. Konteks memainkan peranan penting di dalam semua aspek perbualan antara penutur dan pendengar. perkataan seperti “bunting” boleh digantikan dengan ayat “seseorang yang telah mengandung”. perkataan sarapan atau makan pagi yang mempunyai sama sahaja sifat luarannya iaitu aktiviti makan di waktu pagi. Seterusnya. Secara tidak langsung. iaitu banyak dan sedap pula. Sebagai contoh. Bagi orang lain. Cara atau gaya seseorang itu mengeluarkan buah fikiran. makan pagi betul-betul makan. Keadaan ini berlaku kerana penutur mempunyai cara tersendiri. berkomunikasi atau berhubung boleh menentukan 19 . Oleh kerana itu. Bagi orang Barat. Disamping itu. jadi tidak mungkin wujud sinonim sebenar. hanya kudap-kudap sahaja atau sedikit-sedikit dan tidak banyak. tetapi sifat dalamannya tentu sekali berbeza. tidak mungkin juga kita mendapat jawapan yang sama bagi sesuatu perkataan yang bersinonim dengan perkataan lain. stilistik merupakan gaya yang digunakan oleh pemakai bahasa untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka mengikut konteks masing-masing.Apa yang dinyatakan tersebut adalah sebahagian daripada ruang-lingkup stilistik di dalam sesuatu bahasa. Seperti contoh. bahasa perbandingan “bagaikan harimau kehilangan belangnya” boleh membawa maksud “seseorang yang berkuasa dalam sesuatu hal. Di dalam hal ini. iaitu hanya untuk melapik perut sahaja. terutama di dalam sesebuah penulisan prosa tradisional. stilistik juga mempunyai bahasa perbandingan dan fungsi yang tersendiri. Contohnya. penoreh getah atau pelaut. di dalam gaya bahasa eufemisme.

slanga. sama ada di dalam bidang penulisan ataupun sebaliknya. kedudukan status mereka ataupun pendengar dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adalah loghat. Maka. di dalam tradisi ilmiah Bahasa Melayu. Dengan adanya stilistik di dalam setiap bidang. Sebagai rumusan. pengkajian stilistik. baru muncul setelah adanya perubahan besar di dalam perkembangan linguistik. berstatus tinggi atau berpelajaran tinggi. kadangkala tinggi rendah nada atau intonasi suara seseorang itu boleh mencerminkan kedudukan kastanya. 20 . maka penghasilan idea yang diberikan akan dapat menentukan asal-usul atau kedudukan geografi penutur. stilistik sudah berupaya meyakinkan pengkaji bahasa bahawa di dalam hubungan sosialisasi. secara tidak langsung akan dapat mempelbagaikan cara penghasilan sesebuah makna. tidak kira ianya berbentuk ilmiah ataupun tidak. Selain itu. dialek. bahasa baku atau nada juga intonasi ketika mesej itu disampaikan. terutamanya dalam bidang bahasa akan dapat menggariskan gaya tertentu seseorang apabila berkomunikasi dengan orang lain. hubungan sosial antara penutur dan pendengar. Aspek komunikasi sosial yang mempunyai pelbagai stail atau gaya penyampaian bahasa memainkan peranan penting di dalam hal ini. apa statusnya dan latar belakang sosial seseorang. jargona. Gerak ke arah stilistik sebagai ilmu. stilistik juga melihat bukan sahaja isi tetapi gaya pengucapan seseorang apabila berhujah ataupun mengeluarkan sesuatu idea. Daripada itu. Sebagai ilmu yang masih baru. penggunaan bahasa ketika berkomunikasi dapat menentukan siapa penutur. Di samping itu. seseorang perlu menentukan stail pengucapannya. tidak kira secara formal mahupun tidak formal. Selain itu. jargona dan sebagainya. slanga.anggapan seseorang atau pendengar terhadap seseorang penutur. darjatnya. mewakili sesebuah kumpulan seperti dialek. stilistik merujuk kepada pengkajian yang berunsurkan gaya.

2. Selain itu. saya mempunyai masalah yang menyukarkan untuk menghabiskan tugasan ini. Dari segi fungsi-fungsi Stilistik ialah saya dapat mengetahui dimana Stilistik dapat memantapkan dalam Bahasa Melayu dari segi penggunaan dialek iaitu bahasa dapat digunakan di dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. di dalam disiplin linguistik.T kerana limpah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan projek BMM 3107 iaitu Pengantar Linguistik Bahasa Melayu dengan masa yang ditetapkan hasil usaha kawan-kawan dan tidak lupa juga pada pensyarah saya sendiri iaitu. Namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan kadar yang segera. Semasa menyiapkan tugasan projek ini. Dalam tempoh perlaksaan yang diberikan selama 5 minggu ini. terdapat stilistik. Apakah yang dikatakan dengan Stilistik ini? Perkataan ini telah bermain difikiran saya untuk menerangkan erti-erti yang tersirat dalam menyelami fungsifungsi Stilistik dalam memantapkan Bahasa Melayu di Malaysia ini. saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya kerana banyak membantu saya dan rakan-rakan menyiapkan tugasan projek ini dengan kadar masa yang ditetapkan. Contohnya 21 . Tuan Haji Zubaidi bin Ahmad. bersyukur kepada ALLAH S. Stilistik juga mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik dan dialektologi. Stilistik merujuk kepada penggunaan prinsip linguistik terhadap bahasa sastera. Stilistik atau ilmu gaya dapat dianggap sebagai kajian variasi linguistik.0 REFLEKSI TENTANG FUNGSI STILISTIK DALAM MEMANTAPKAN BAHASA MELAYU Alhamdulillah. Mengikut Kamus Linguistik Edisi Ketiga. stilistik boleh didefinisikan sebagai ilmu yang menyelidiki bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera atau ilmu yang bersifat interdisiplin antara linguistik dan kesusasteraan ataupun penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa. saya tidak langsung memahami apa yang dikatakan dengan Stilistik ini memandangkan tajuk bagi bab ini tidak diterangkan lagi. Variasi linguistik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks situasi.W. antaranya ialah. Terlebih dahulu. Alhamdulillah ia membuahkan hasil juga semasa saya menyiapkan tugasan projek ini.

Bahasa slanga ini juga lebih kurang sama dengan bahasa kasar sedikit. nada dan intonasi juga amat penting dalam memastikan perkara yang diujarkan dapat difahami oleh pendengar dan orang lain. Contohnya ialah. Stilistik ini perlu diterapkan kepada generasi muda pada zaman sekarang ini. Dari segi bahasa slanga ialah bahasa yang baru dan mempunyai maksud yang tersendiri.bahasa kasar dan bahasa basah. Fungsi yang keempat dan yang terakhir sekali ialah dari segi laras bahasa yang digunakan. Intihanya. Dalam fungsi yang ketiga ini. Fungsi yang ketiga pula ialah. 22 . supaya mereka tidak akan lupa dimana asal usul mereka berada dan dapat menyebarkan bahasa kita dimata dunia. Barang siapa yang tidak faham akan bahasa Kelatan ini akan runsing pemikiran bagi yang tidak tahu menahu dalam konteks bahasa Kelantan ini. Oleh itu. Selain itu. fungsi Stilistik ini amat penting sekali dalam meastikan bahasa yang digunakan ini dapat difahami oleh orang ramai tidak kira penutur mahupun pendengar. Laras yang digunakan mestilah berkaitan dengan hadishadis dan ayat-ayat Al-Quran. Contohnya penggunaan bahasa slanga. Contohnya ialah laras bahasa dari segi agama. Fungsi yang kedua pula ialah dari segi status penggunaannya. Laras bahasa juga amat penting diaman jatuhnya sesuatu syarikat bergantung kepada laras bahasa dari segi ekonomi. Fungsi ini amat penting sekali bagi memastikan laras yang digunakan itu mestilah sesuai dengan perkara yang hendak diujarkan. “mat rempit dan minah rempit” dan sebagainya. kita dapat lihat dimana bahasa amat penting sekali dalam memantapkan stilistik ini dalam Bahasa Melayu. Bahasa yang digunakan juga perlu sesuai dengan apa yang diujarkan.dari segi dialek orang Kelantan lebih pekat berbanding bahasa-bahasa biasa. “lu apa hal bro”. Bahasa ini banyak diujarkan oleh anak-anak muda zaman sekarang ini. bahasa pengaulan rasmi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful