You are on page 1of 19

IMPLIKASI BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Sepanjang menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) sebanyak 4 kali dari semester 1 hingga semester 4 , saya dapat melihat pelbagai senario senario yang berlaku di sekolah yang banyak memberi pengalaman yang bermakna dan juga ilmu yang bermanfaat untuk digunakan semasa bergelar guru kelak.Saya berasa amat bertuah kerana saya telah memlih sekolah yang berlainan dari aspek lokus sekolah dari pusat bandar, taraf sosial , tahap pencapaian sekolah , dan juga jenis sekolah ( satu bangsa atau berlainan bangsa ) .Pengalaman manjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) banyak membantu saya dalam memberi gambaran tentang konsep kelas mesra budaya yang sebanar.Antara sekolah yang pernah dihadiri oleh saya semasa Program Berasaskan Sekolah ( PBS ) ialah : a) Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan ( Majoriti taraf sosial pelajar rendah , Lokus sekolah jauh dari pusat bandar ,tahap pencapaian sekolah rendah , sekolah satu bangsa ( melayu sahaja). b) Sekolah Desa Pahlawan ( Majoriti taraf social pelajar sederhana , lokus sekolah jauh dari pusat Bandar , tahap pencapain sekolah sederhana , sekolah pelbagai bangsa ( melayu , india , kadazan , murut , iban) c) Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian Tiga (Majoriti taraf social pelajar tinggi , lokus sekolah di pusat bandar , tahap pencapain sekolah tinggi , sekolah satu bangsa ( melayu sahaja)

IMPLIKASI POSITIF KEJAYAAN MEWUJUDKAN KELAS MESRA BUDAYA Zulhilmi Paidi dan Rohani Abd Ghani (2005) menyatakan guru merupakan suatu profesion yang bertanggungjawab mendidik manusia. . Kejayaan guru dalam mewujudkan kelas mesra budaya mendatangkan pelbagai implikasi positif yang sudah tentunya akan membantu untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek JERIS seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Proses kemenjadian insan yang sempurna yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah secara tidak langsung akan menjadikan iklim sekolah lebih kondusif dan seterusnya akan mewujudkan satu institusi masyarakat yang harmonis dan yang lebih besar akan menjadikan negara lebih aman dan sejahtera .Begitu hebat implikasi yang dapat dilihat sekiranya kelas mesra budaya berjaya dilaksanakan dengam sempurna oleh guru.

Kejayaan guru dalam mewujudkan kelas mesra budaya bermula dengan kajian mengenai latar belakang pelajar , taraf sosio ekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan, dan agama dimana unsur-unsur ini akan membantu guru untuk memberikan layanan yang lebih adil kepada individu pelajar (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1). Hakikatnya situasi ini benar – benar berlaku di dalam bilik darjah , di mana jika dilihat tidak semua pelajar di dalam satu bilik darjah tidak sama dari aspek bentuk komunikasi , agama , taraf sosial , lokus kenegerian dan agama . Kesedaran guru tentang kepelbagaian sosio budaya dan keazaman mereka untuk membantu pelajar inilah yang akan membentuk bilik darjah yang mesra budaya dimana guru berjaya menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bermanfaat kepada semua pelajar walaupun terdapat pelbagai sosio budaya di dalam bilik darjah .

Berikut merupakan beberapa senario yang sering berlaku di dalam bilik darjah serta bagaimana guru mengaplikasikan konsep mesra budaya serta implikasinya kepada pelajar : a) Situasi 1 : Guru mengendalikan pelajar pemulihan ( lemah , lembap ) Lokasi : Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan ( PBS Semester 1 )

Pelajar lemah atau lembap merupakan salah satu golongan minoriti pelajar dalam satu bilik darjah yang memerlukan kelainan keperluan pembelajaran bagi mencapai tahap pembelajaran yang optimum seperti majoriti pelajar di dalam satu bilik darjah.

Pengalaman menjalani program PBS di Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan amat bermakna kepada saya.Ini adalah kerana di sekolah ini saya dapat melihat

situasi pengendalian pelajar pemulihan yang berbeza dan lebih sistematik berbanding sekolah lain.Di sekolah ini , pelajar pemulihan yang juga merupakan salah satu daripada golongan minotiti ini tidak dibiarkan terus keciciran dalam pelajaran sebaliknya guru kelas akan memastikan pelajar pemulihan mendapat hasil pembelajaran yang optimum sebagaimana majoriti pelajar di dalam bilik darjah. Pelajar yang dikesan sedikit terkebelakang dalam sesuatu pembelajaran akan terus disalurkan didalam kelas pemulihan.Setelah itu guru kelas bukan sahaja lepas tangan tentang pembelajaran pelajar pemulihan kepada guru pemulihan tetapi guru kelas akan terus memantau rekod pembelajaran pelajar – pelajar pemulihan ini daripada guru pemulihan dari masa ke semasa.

Di sekolah ini ,sumber pembelajaran bagi pelajar pemulihan ini divariasikan lagi daripada pelajar perdana.Ini adalah kerana secara teorinya , pelajar perdana akan mencapai hasil pembelajaran yang optimum dengan hanya mendengar penjelasan dan beberapa contoh oleh guru .

Situasi ini jauh berbeza dengan pelajar pemulihan dimana untuk mencapai hasil pembelajaran yang optimum , mereka bukan sahaja memerlukan penjelasan yang jelas daripada guru malah mereka memerlukan satu bahan maujud yang boleh merangsang sensori – sensori mereka supaya apa yang dipelajari lekat di memori mereka sebagai ingatan jangka masa panjang.Dengan menvariasikan sumber pengajaran ini , guru tidak perlu lagi mengulang isi pelajaran yang sama pada sesi pembelajaran yang berikutnya dan boleh meneruskan kepada isi pelajaran yang baru.

Terdapat banyak implikasi yang akan terhasil apabila guru mengamalkan konsep mesra budaya seperti dalam situasi di atas .Implikasi yang paling jelas yang dapat dilihat ialah dari sudut sikap pelajar pemulihan itu sendiri. Senario yang akan terpapar di minda kita tentang kelas pemulihan ialah satu bilik darjah yang suram , sebuah bilik darjah yang pasif , dan hanya wujud komunikasi satu hala di dalam bilik darjah . Senario ini akan berbeza sama sekali sekiranya guru mangamalkan konsep mesra budaya seperti yang diamalkan dalam situasi di atas Keperihatinan guru terhadap pelajar pemulihan ini dan keazaman guru untuk membantu mereka mencapai tahap pembelajaran yang optimum sebenarnya menjadi satu motivasi intrinsit yang mendorong mereka untuk belajar bersungguh-sungguh.Hasilnya , pelajar dalam golongan ini tidak akan merasa rendah diri untuk belajar malah konsep mesra budaya yang diamalkan guru ini akan membantu pelajar ini membentuk satu persepsi yang positif dalam diri pelajar pemulihan ini terhadap diri mereka menjadikan mereka lebih yakin pada kemampuan diri mereka.

Konsep mesra budaya jika diamalkan dengan sempurna sebagaimana situasi diatas akan turut memberi impak yang positif kepada persekitaran

sekolah.Persekitaran sekolah akan menjadi lebih harmonis kerana pelajar yang merupakan golongan majoriti sesebuah sekolah menjadi golongan yang mencintai ilmu kesan daripada konsep mesra budaya guru yang diamalkan yang memastikan semua pelajar tidak kira berbeza tahap kognitifnya mencapai tahap pembelajaran yang optimum setiap kali sesi P & P. Dengan itu , mereka akan sudah tentunya akan berusaha untuk menjaga persekitaran fizikal mahupun persekitaran sosio emosi sekolah agar mereka tidak akan mengalami sebarang gangguan semasa proses P & P di dalam bilik darjah . Situasi ini juga secara tidak langsung akan membentuk satu institusi masyarakat yang saling membantu membantu sesama mereka.Ini adalah kerana konsep mesra budaya yang diamalkan oleh guru didalam bilik darjah yang membantu golongan yang kelainan keperluan dalam bilik darjah akan turut dicontohi oleh pelajar untuk diaplikasikan dalam sistem hidup bermasyarakat dalam kehidupan

mereka.Dimana mereka juga akan turut membantu ahli dalam masyarakat mereka yang memerlukan bantuan dengan hati yang terbuka.Rentetan daripada itu akan wujudlah satu institusi masyarakat yang harmonis dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

b) Situasi 2 : Guru mengendalikan pelajar berlainan kelas sosial Lokasi : Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 ( PBS Semester 4 )

Guru yang bijak dan proaktif tidak akan melihat pelajar mereka dari segi luaran sahaja untuk menentukan taraf sosial pelajar dalam bilik darjah mereka.. Malah guru yang sedar akan sosio budaya akan berusaha untuk mendapatkan maklumat peribadi murid. Dengan memperoleh maklumat peribadi murid maka guru itu akan dapat merancang pembelajaran yang sesuai dan memberikan layanan yang adil terhadap semua lapisan kelas sosial pelajar yang terdapat dalam bilik darjah mereka.

Pengalaman menjalani program PBS di sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 amat memberi makna kepada saya kerana ia banyak mengajar saya tentang bagaimana untuk mengendalikan pelajar yang berlainan kelas sosial yang terdapat dalam satu bilik darjah.Sekolah ini merupakan sebuah sekolah elit yang majoriti pelajarnya mempunyai taraf sosial yang tinggi ( sila lihat lampiran satu ) . Walaubagaimanapun , masih lagi kedapatan golongan minoriti pelajar yang mempunyai taraf sosial yang rendah di dalam satu bilik darjah. Dengan mengaplikasikan konsep mesra budaya di dalam kelas guru dapat memastikan berlaku kesamarataan peluang pendidikan kepada semua pelajar di dalam bilik darjah mereka..Antara salah satu cara yang dilakukan oleh salah seorang guru di sekolah ini ialah dengan cuba memaksimumkan penggunaan bahan terbuang untuk dijadikan bahan untuk aktiviti pelajar.Dengan cara ini pelajar dalam kelas sosial yang rendah atau tinggi akan dapat bersama – sama belajar untuk mendapat hasil pembelajaran yang optimum.Selain itu di dalam bilik darjah guru juga banyak menggandingkan pelajar – pelejar yang mempunyai taraf sosial yang tinggi dan rendah semasa melaksanakan aktiviti semasa sesi P & P.Dengan cara ini mereka akan menjalinkan satu hubungan yang baik sesama mereka dan seterusnya dapat mengelakkan daripada wujud perasaan prejudis sesama mereka.

Pelajar selaku asset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. merupakan golongan pertama yang akan mendapat implikasi yang positif daripada pengamalan kosep mesra budaya di dalam bilik darjah. Pelajar di dalam sesebuah kelas terutamanya pelajar dalam kategori taraf sosial yang rendah akan seronok dan teruja untuk belajar.Mereka tidak akan merasa rendah diri dengan kedaifan sosio ekonomi yang dihadapi dan mereka tidak akan lagi menjadikan taraf sosial yang rendah sebagai halangan untuk mendapat pelajaran yang sempurna.Selain itu dengan mengaplikasikan konsep mesra budaya seperti situasi diatas , pelajar dari kedua-kedua kumpualan sosial ini akan menjalinkan hubungan yang erat sesama mereka dan secara tidak langsung dapat mengelakkaan daripada wujudnya perasaan prejudis sesame mereka.

Sekolah juga akan menjadi sebuah institusi ilmu yang lebih harmonis sekiranya konsep mesra budaya seperti situasi di atas terus diamalkan.Ini adalah kerana semua pelajar menghormati dan saling menyayangi antara satu sama lain tanpa mengira aspek kelas sosial.Ini juga secara tidak langsung dapat mansifarkan kes buli yang biasanya dihadapi oleh pelajar dalam kelas sosial yang rendah . Masyarakat juga akan

mendapat implikasi positif daripada pengamalan konsep mesra budaya di dalam bilik darjah seperti situasi di atas.Sikap positif pelajar terhadap golongan yang berlainan kelas sosial yang ditanam oleh guru dalam konsep mesra budaya yang diamalkan akan turut menjadi contoh kepada ibu bapa mereka yang merupakan salah satu golongan daripada institusi masyarakat.Rentetan daripada itu akan lahir satu institusi masyarakat yang harmonis dimana mereka akan saling menghormati antara satu sama lain serta tidak prejudis walaupun berlainan dalam aspek kelas sosial .

c)

Situasi 3 : Guru mengendalikan pelajar kelainan lokus kenegerian Lokasi : Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan( PBS Semester 1 )

Kelainan lokus kenegerian akan wujud di dalam kelas sekiranya terdapat pelajar dari negeri lain berpindah ke sekolah di negeri lain .Perbezaan lokus kenegerian secara tidak langsung juga akan membawa kelainan dalam aspek bahasa komunikasi dan budaya di dalam bilik darjah.

Pengalaman menjalani program PBS di Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan banyak memberi input yang berguna kepada saya dalam aspek pengendalian pelajar yang berbeza dalam aspek lokus kenegerian.Ini adalah kerana majoriti ibu bapa pelajar di sekolah ini bekerja sebagai askar yang datang dari pelbagai negeri yang secara tidak langsung membawa perbezaan dalam aspek bahasa komunikasi dan budaya di dalam bilik darjah

Antara cara pengendalian pelajar yang berbeza lokus kenegerian yang dijalankan oleh salah seorang guru di sekolah ini ialah menggunakan bahasa standart sepanjang semasa memberi penerangan dalam sesi P & P . Langkah guru ini bertepatan dengan konsep mesra budaya kerana semua pelajar dapat memahami isi pelajaran yang ingin disampaikan kerana bahasa standart biasanya difahamani oleh semua pelajar walaupun berbeza lokus

kenegerian.Selain itu guru di sekolah ini juga akan menerapkan unsur-unsur budaya bagi negeri semasa sesi P & P.

Golongan pertama yang akan mendapat implikasi daripada pengaplikasian konsep mesra budaya seperti situasi di atas ialah pelajar selaku asset utama seorang guru.Penggunaan bahasa standart di dalam kelas akan memudahkan pelajar untuk memahami isi pelajaran yang ingin disampakan oleh guru. Ini adalah kerana komunikasi secara lisan ini hanya berkesan sekiranya idea atau maklumat diterima oleh pelajar-pelajar dengan jelas dan mudah difahami. Selain itu , unsur mesra budaya melalui penerapan unsur budaya negeri semasa sesi P & P akan menjadikan pelajar merasakan diri mereka dihargai walaupun mungkin mereka hanya golongan minoriti didalam bilik darjah.Sekolah juga akan terkesan dengan konsep mesra budaya yang diamalkan seperti situasi diatas dimana suasana sekolah akan menjadi lebih berilmiah kerana semua pelajar walaupun berbeza lokus kenegerian akan menerima ilmu yang sama dan berpeluang memberi pendapat kerana tidak berlaku halangan komunikasi sepanjang sesi P & P .Seterusnya masyarakat juga akan mendapat implikasi positif dari pengamalan konsep mesra budaya dalam situasi di atas . Hubungan dalam masyarakat secara tidak langsung akan menjadi lebih erat dengan penerapan unsur budaya bagi negeri yang diamalkan dalam konsep mesra budaya seperti situasi di atas.

IMPLIKASI NEGATIF KEGAGALAN MEWUJUDKAN KELAS MESRA BUDAYA Kegagalan guru mewujudkan kelas mesra akan membentuk pelbagai implikasi negative kepada pelajar , sekolah dan negera. Kegagalan mewujudkan kelas mesra budaya ini sebenarnya berpunca daripada kegagalan guru dalam menerima pelajar sebagai individu yang unik yang berbeza dari aspek bentuk komunikasi , agama , taraf sosial , lokus kenegerian dan agama . Berikut merupakan beberapa senario kegagalan guru mengaplikasikan konsep mesra budaya yang sering serta implikasinya kepada pelajar :

a)

Situasi 1 : Guru mengendalikan pelajar yang tingkah laku bermasalah Lokasi Menurut : Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan ( PBS Semester 1 ) Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah adalah merupakan

tingkahlaku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat.Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkah laku desruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri . Kegagalan guru dalam mengendalikan pelajar yang mempunyai tingkah laku bermasalah dengan konsep mesra budaya akan menyebabkan pelbagai implikasi negative kepada pelajar , sekolah dan juga masyarakat.

Semasa menjalani program PBS di sekolah ini , saya dapat melihat bagaimana kegagalan guru dalam mewujudkan kelas yang mesra budaya memberi implikasi yang begitu maksima sepanjang sesi P & P. Salah seorang guru di sekolah ini telah gagal mengamalkan konsep mesra budaya di dalam kelasnya.Beliau hanya memarahi dan mendenda pelajar yang mempunyai tingkah laku bermasalah ini tanpa cuba memahami keperluan pelajar.

Rentetan daripada itu bukan sahaja murid yang mempunyai masalah tingkah laku ini sahaja tidak memperoleh ilmu yang ingin disampaikan malah murid yang tidak bermasalah tidak boleh mencapai hasil pembelajaran yang optimum kerana turut terganggu degan sikap guru yang terlalu autokratik.

Sikap guru yang tidak mesra budaya seperti situasi di atas akan mendatangkan implikasi yang begitu maksima terutamanya kepada pelajar.Sikap guru yang terlalu autokratik dan langsung tidak cuba untuk mewujudkan budaya penyayang di dalam bilik menyababkan pelajar terutamanya pelajar yang mempunyai

tingkah laku bermasalah tidak akan berminat lagi untuk belajar.Ini adalah kerana mereka merasakan guru tidak lagi mengambil berat tentang diri mereka , sebaliknya selalu mendenda mereka bertubi-tubi tanpa cuba memahami sebab mereka menimbulkan tingkah laku bermasalah tersebut.

Sekolah juga secara tidak langsung akan mendapat implikasi negatif daripada sikap guru yang tidak mesra budaya seperti situasi di atas.Sekolah yang sepatutnya menjadi satu tempat perolehan ilmu yang kondusif menjadi kacau bilau kerana kegagalan guru untuk mengaplikasikan konsep mesra budaya untuk mengawal tingkah laku pelajar-pelajar bermasalah ini.Kegagalan guru dalam pengendalian pelajar bermasalah tingkah laku ini dengan bijak dan proaktif menyebabkan mereka memberontak , dimana mereka bukan sahaja

menimbulkan masalah tingkah laku di dalam bilik darjah malah mereka turut menimbulkan masalah di luar bilik darjah .

Masyarakat juga akan turut merasakan implikasi negatif daripada kegagalan guru mewujudkan kelas yang mesra budaya.

Suasana hidup bermasyarakat tidak lagi harmonis rentetan daripada kebanjiran gejala bermasalah dalam masyarakat yang hadir dari pelajar yang gagal dimodifikasikan tingkah laku bermasalah yang dihadapinya di sekolah. Suasana ini secara tidak langsung akan mengurangkan program program bersama dalam kalangan masyarakat kerana banyak masa telah dihabiskan untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh pelajar.

b)

Situasi 2 : Guru mengendalikan pelajar yang berlainan bangsa Lokasi : Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan ( PBS Semester 1 )

Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan merupakan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa .Rentetan daripada itu , semasa menjalani program PBS di sekolah ini , saya dapat melihat bagaimana pengendalian pelajar yang berlainan bangsa yang telah dilaksanakan di sekolah ini.Di sekolah ini pelajar yang berlainan bangsa hanya akan ditempatkan pada satu kelas sahaja bagi setiap tahun tanpa dicampur dengan bangsa melayu yang merupakan bangsa majoriti di sekolah tersebut.Pengendalian seperti ini sebenarnya tidak menepati konsep mesra budaya , dimana

pengendalian seperti ini seakan akan ingin menyekat interaksi antara 2 bangsa yang berlainan.Pengendalian seperti ini juga tidak adil kepada kumpulan bangsa minority.Ini adalah kerana mereka tidak akan dinaikkan ke kelas yang lebih cemerlang sekiranya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Pengendalian bagi pelajar yang berlainan bangsa yang tidak mesra budaya yang diamalkan seperti situasi diatas banyak memberi impak terutamanya kepada pelajar yang menjadi pelanggan tetap bagi guru di dalam bilik darjah.

Pengendalian yang tidak mesra budaya seperti situasi di atas akan menyebabkan golongan bangsa minority hilang rasa keterujaan untuk belajar . Ini adalah kerana mereka akan tetap berada di kelas yang sama walaupun mempamerkan keputusan yang cemerlang di dalam

peperiksaan. Sekolah juga akan turut merasakan implikasi negatif daripada pengendalian pelajar yang berlainan bangsa seperti situasi di

atas.Suasana sekolah yang sepatutnya harmonis dengan pertembungan antara kumpulan bangsa yang berlainan menjadi sebaliknya dimana akan wujud kelompok – kelompok pelajar mengikut bangsa kesan daripada pengasingan mengikut bangsa yang telah dibuat oleh guru sekolah tersebut.Pengendalian yang tidak mesra budaya seperti situasi di atas akan melahirkan satu institusi masyarakat yang prejudis antara satu sama lain.Ini adalah kerana meraka tidak diberi berpeluang berinteraksi dan

mengenali adat dan resam dalam bangsa mereka dari sekolah lagi.

c) Situasi 3 : Guru mengendalikan pelajar yang berbeza tahap kognitif Lokasi : Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan ( PBS Semester 1 )

Guru adalah golongan manusia yang memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap manusia.Kegagalan guru dalam memahami keperluan pelajar dalam pendidikan akan mengahalang pelajar daripada mencapai hasil pembelajaran yang optimum. Semasa menjalankan program PBS di Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan , saya melihat beberapa situasi yang jelas berlaku ketidakadilan bagi pelajar yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi dan rendah.Saya melihat ,

kebanyakkan guru hanya mengambil berat terhadap para pelajar yang pandai dan rajin dalam kelas. Ini kerana mereka mengkatogerikan pelajar tersebut sebagai pelajar dari keluarga yang berlatarkan sosio ekonomi serta sosio budaya yang tinggi.

Manakala bagi pelajar yang ditempatkan di kelas terakhir mereka diberi layanan ala kadar sahaja. Ini kerana guru tersebut beranggap bahawa latar belakang mereka amat rendah dan pelajar yang rendah sosio ekonominya tidak akan ada niat untuk belajar.

Kegagalan guru dalam mengaplikasikan konsep mesra budaya seperti situasi di atas akan membawa implikasi negatif kepada pelajar.Jarak antara 2 kelompok pelajar berlaianan tahap kognitif ini akan menjadi lebih jauh. Lantaran itu, pelajar kelas akhir akan berasa tidak bermakna berada di sekolah , dianggap pelajar “bermasalah” dan akhirnya akan bertingkah laku sebagaimana jangkaan guru (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011:1) . Persekitaran sekolah juga akan terkesan dengan kegagalan guru mengaplikasikan konsep mesra budaya di dalam bilik darjah seperti situasi di atas.Di mana persekitaan sekolah yang sepatutnya harmonis dengan

persaingan yang sihat antara pelajar 2 golongan pelajar yang berbeza tahap kognitif ini tidak akan wujud kerana pelajar yang mempunyai tahap kognitif yang rendah tidak lagi berminat untuk belajar kesan daripada sikap guru yang langsung tidak mengamalkan budaya penyayang seperti dalam situasi di atas.

LANGKAH DAN TINDAKAN UNTUK MEWUJUDKAN KELAS MESRA BUDAYA

Guru adalah golongan manusia yang memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap manusia. Sistem pendidikan di Malaysia mendukung Dasar Wawasan Negara yang mana mahu menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju, bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan dan dilengkapi dengan nilai berfikiran terbuka, bertolak ansur, penyayang, saksama, serta progresif dan makmur. Dengan ini guru mempunyai cabaran yang besar untuk merialisasikan dasar ini apabila berhadapan dengan pelajar yang mempunyai kepelbagaian sosio-budaya didalam bilik darjah. Untuk merealisasikan dasar itu guru perlu bijak dan proaktif dalam merancang pengajaran bagi mewujudkan kelas mesra budaya.

Salah satu langkah untuk mewujudkan mewujudkan kelas yang mesra budaya ialah dengan pemilihan objektif pengajaran yang sesuai setiap kali sesi pengajaran dijalankan. Langkah ini adalah amat penting kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza.Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama muridmurid yang lambat. Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan berkemungkinan akan menjadi murid tercicir. Fahaman guru terhadap perbezaan kesediaan belajar membolehkan guru melayani murid secara individu atau kumpulan mengikut kaedah yang berbeza(Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: ).Oleh itu dalam merangka objektif pengajaran dan

pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan murid disamping menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan.

Pemilihan kaedah yang sesuai merupakan salah satu langkah untuk mewujudkan kelas yang mesra budaya.Kesedaran guru tentang kepentingan kesedaran kepelbagaian sosio budaya menjadikan mereka lebih peka dalam pemilihan kaedah yang sesuai bagi membantu murid – murid dalam memahami kepelbagaian budaya (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1). Satu strategi yang sesuai digunakan ialah pembelajaran kopertif. Melalui struktur pembelajaran koperatif , pelajar dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman , belajar bersama – sama , saling membantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian kumpulan. Pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang , etnik , taraf sosial dan pencapaian dapat saling belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung. Kesedaran budaya mikro kumpulan etnik yang berbeza dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1)

Selain itu , pemilihan bahan sumber yang baik juga banyak membantu untuk mewujudkan kelas mesra budaya.. Menurut Noriati ( 2011), pemilihan bentuk sumber yang dapat diterima , tidak bias dan prejudis perlu diutamakan. Contoh yang berkaitan dengan pengalaman harian pelajar akan meningkatkan motivasi pelajar. Ini secara automatik akan meningkatkan pembelajaran murid – murid. Pembelajaran berkesan berlaku berdasarkan pengetahuan dan budaya seseorang pelajar. Contohnya, jika sebuah kelas mengandungi tiga jenis kaum utama maka isi pelajaran yang disampaikan perlulah dikaitkan dengan ketiga – tiga etnik tersebut. Sekirannya, hanya satu kaum dominan di kelas dan jika selainnya terdiri daripada etnik minoriti, pelajar minoriti juga perlu diberikan perhatian ketika isi pelajaran disampaikan. Guru akan menyelitkan nama – nama watak , tempat makanan dan perayaaan etnik minoriti bersama kaum dominan dalam isi pelajaran mereka supaya murid – murid minat dengan penyampaian mereka. Guru juga akan sentiasa mengelakkan unsur – unsur negatif dan sensitif bagi mana – mana etnik. Ekoran itu, guru juga akan sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat mengenai sesuatu etnik. Pemilihan sumber yang merangkumi penggunan bahasa dan istilah yang tidak sensitif juga perlu diberi perhatian.

Persekitaran iklim fizikal bilik darjah yang baik dan kondusif juga banyak membantu guru untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Kondusif mengikut takrifan berdasarkan Cambridge Advance Learner’s Dictionary (2004) membawa maksud

menyediakan keadaan yang betul dan dapat memberi rangsangan untuk memastikan sesuatu yang berlaku (Priceton University,2003). Dalam konteks iklim pembelajaran yang kondusif pula, United Sates Department of Educatian (USDE) telah mentakrifkan iklim yang kondusif untuk pembelajaran yang berkesan merupakan suatu bentuk persekitaran yang menarik dengan reka bentuk dan pengurusan kemudahan yang sempurna dan mengambil kira penghuni serta aktiviti di dalamnya. Oleh yang demikian, dengan adanya kebijaksanaan seseorang guru dalam mewujudkan iklim fizikal bilik darjah yang kondusif dan sesuaimaka akan lahir suasana sosioemosi yang selesa dan seterusnya dapat menjurus ke arah untuk mewujudkan persekitaran yang mesra budaya. Contohnya, kedudukan murid di dalam bilik darjah perlulah

seimbang.Misalnya, murid melayu duduk bersebelahan dengan murid berbangsa cina ataupun india. . Di setiap baris dan lajur kedudukan di dalam bilik darjah perlulah mempunyai diwujudkan.. variasi murid agar kemesraan antara setiap budaya dapat

Keadaan fizikal yang baik sahaja tidak mencukupi untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.Persekitaran sosio emosi yang berkesan juga banyak membantu membina bilik darajah yang mesra budaya.Motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit , mengarah , dan mengawal minat dan tingkah laku murid ( Woolfolk , 1990 ) .Langkah yang pertama ialah dengan mewujudkan suatu keadaan yang harmonis dan ceria agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebelum melakukan pengajaran, guru perlu melihat bagaimana suasana emosi dalam bilik darjah. Langkah ini akan mempengaruhi pembelajaran murid dan membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam bilik darjah.

Kaedah main juga banyak membantu dalam mewujudkan suasana sosio emosi yang harmonis di dalam bilik darjah .Untuk itu ,guru perlu kreatif dalam mengajar dan mengaitkan isi pelajaran dengan permainan yang menarik dan menyeronokkan. Kajian membuktikan bermain itu adalah satu keperluan kanak-kanak dan juga membenarkan mereka melakukan aktiviti yang kreatif. Kanak-kanak yang suka bermain

menggalakkan interaksi sosial dan dapat mengawal emosi murid itu secara semula jadi dan ini adalah kerana bermain adalah proses spontan yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran.

RUMUSAN Kesimpulannya kesedaran guru dan kebijaksanaan guru dalam menangani

kepelbagaian sosio budaya di dalam bilik darjah amat penting dalam untuk mewujudkan kelas mesra budaya. Dalam konteks kepelbagaian ini, dimana pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu impak yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman kita perlu meneroka bagi menampung perbezaan perbezaan individu yang wujud di dalam bilik darjah dan untuk memberikan peluang yang terbaik kepada semua pelajar bagi mencapai kejayaan. Oleh yang demikian untuk memahami dan menyelaraskan proses pengajaran dan pembelajaran dalam amalan disekolah yang lebih afektif berdasarkan kepada situasi kepelbagaian pelajar yang wujud dalam dunia pendidikan sekarang adalah melalui pemahaman terhadap perbezaan individu iaitu latar belakang tentang kepelbagaian pelajar dan gaya pengajaran guru serta gaya pembelajaran pelajar itu sendiri.Dengan cara ini tidak akan wujud isu ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan murid yang berbeza sosio budayanya secara tidak langsung akan wujudlah kelas mesra budaya seperti yang diinginkan.