JEAN PIAGET Teori pengajaran kognitif http://upsi-kpt4033-s.wikispaces.

com/Teori+pengajaran+kognitifhttp://upsi-kpt4033s.wikispaces.com/Teori+pengajaran+kognitif Latar Belakang Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist." Jean Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner, 1973). Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini telah memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Menurut Piaget, proses equilibrium (keseimbangan) iaitu asimilasi dan akodomasi berkaitan antara perubahan dengan perkembangan kognitif. Piaget membahagikan perkembangan kepada empat tahap, iaitu sensori motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Teori pengajaran kognitif Jean Piaget mengasaskan teori pengajaran kognitif.Bidang perkembangan kognitif ini mengkaji bagaimana kemahiran mental dibina dan berubah mengikut kematangan fisiologi dan pengalaman seorang kanak-kanak sejak kecil lagi. Teori kognitif ialah pembelajaran bergantung kepada bagaimana seseorang memikir dan mengamati sesuatu, maklumat diproses dalam minda, dan pengalaman disusun dan dibezakan dalam pemikiran dan persepsi. Antara tokoh-tokoh teori kognitif ialah Wertheimer & Kohler - Teori Kognitif-Gestalt, perkembangan makna, celik akal; Piaget - Teori perkembangan kognitif, pembelajaran aktif; Bruner - Pemikiran induktif, pembelajaran penemuan; Ausubel - pemikiran deduktif, advance organisers, pembelajaran bermakna, peta konsep; dan Gagne - jenis pembelajaran, pembelajaran Mastery analisis tugasan Perubahan kognitif dikaitkan dengan perubahan yang berkualiti terhadap pemikiran seperti peningkatan ilmu pengetahuan dan keupayaan.Ramai ahli psikologi kognitif bersetuju bahawa perubahan yang berlaku dalam diri pelajar disebabkan interaksi pelajar dengan persekitaran hidup dan situasi pembelajaran yang dialami . Sebagai contoh, apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang baharu, kita akan cuba menyelaraskan dengan apa yang telah kita lalui berdasarkan pengalaman lampau atau idea sedia ada kita. Untuk berusaha kearah ini, kita mungkin menerima idea baru dan membuang idea lama atau membung idea baru kerana merasakan ia tidak relevan kepada kita. Maknanya, dalam apa situasi sekali pun kita sebenarnya sedang membina kefahaman tentang idea baru dan membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang telah kita hadapi atau idea sedia ada kita. Pengaruh persekitaran dan pembelajaran bermula seawal di peringkat bayi lagi. Walaupun kanakkanak dipengaruhi oleh persekitaran hidup adalah penting untuk memberi perhatian bahawa kanakkanak mempengaruhi persekitaran dalam konteks hubungan dan interaksi dengan ahli- ahli keluarga dan rakan-rakan. Dengan adanya hubungan ini, mereka berjaya mewujudkan peluang-peluang

Jarome Bruner melihatnya sebagai proses pembentukan konsep dan proses penemuan. Dalam hal ini Bruner telah membedakan perkembangan menjadi tiga tahap. membuat keputusan. pelacakan kembali. penemuan dan pengkategorian. memberi perhatian. beliau berpendapat bahawa mata pelajaran dapat diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan mereka. mempelajari serta mengingati konsep dengan mudah. pengalaman dan pembelajaran melalui hasil interaksinya. Dalam teori belajar Jerome Bruner. Bruner menekankan teori pembentukkan konsep dalam aliran kognitif. Konsep disjuntif pula merupakan gabungan atribut dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu situasi atau situasi yang lain. otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan. bahkan dalam tahap perkembangan manapun. menghindar. Kanak-kanak menggunakan peluang-peluang pembelajaran yang sedia ada di persekitaran hidup mereka untuk meningkatkan kemahiran. Bruner mempermasalahkan seberapa banyak informasi itu diperlukan agar dapat ditransformasikan . konsep juga berfungsi untuk menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea. mempelajari serta mengingati. . Ketiga-tiga konsep ini boleh diaplikasikan dalam amalan pembelajaran sekolah kerana ia melibatkan perhubungan antara guru dengan murid dan kedua-dua memainkan peranan penting dalam pembentukan suasana pembelajaran. membuat generalisasi. Maka. Selain itu. Konsep konjuntif menerangkan gabungan dua atau beberapa atribut yang tidak dapat dipisahkan atau dikurangkan. memori dan elaborasi reheashal. konsep adalah penting bagi seseorang kerana ia berfungsi untuk membolehkan kita mengenal pasti. dalam proses pembelajaran kognitif ini melibatkan dua proses mental yang penting iaitu persepsi dan pembentukan konsep (penanggapan).melalui pengaruh daripada persekitaran. dan semasa proses pembelajaran. membuat ramalan. manusia memiliki struktur kognitif. Ketiga-tiga tahap itu adalah: (1) tahap informasi: tahap awal untuk memperoleh pengetahuan atau pengalaman baru. dan pembuatan informasi yang bermakna. Salah satu tokoh dalam teori kognitif iaitu Jerome Bruner telah mengemukakan satu teori belajar iaitu Teori Pembentukan Konsep. Oleh kerana itu. memahami. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pengajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. dengan kejujuran intelektual kepada anak. Contohnya melalui cara pengkategorisasi. mencipta metafora. kaedah penyelesaian masalah. Ketiga ialah konsep hubungan yang bermaksud atribut-atribut dalam konsep mempunyai hubungan khas antara satu sama lain. Ini dapat memudahkan pengurusan keadaan yang beraneka kepada yang ringkas lalu menjadikannya lebih mudah difahami. atau merenung kembali dan membuat keputusan tentang peristiwa. Malah. Teori-teori pengajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal. Menurut beliau. Menurut teori ini. mencerna dan menganalisis pengetahuan baru serta ditransformasikan dalam bentuk baru yang mungkin bermanfaat untuk hal-hal yang lain. dan (3) tahap evaluasi: untuk mengetahui apaha hasil tranformasi pada tahap kedua tadi benar atau tidak. Tiga konsep telah dikemukakan oleh Bruner. Pengkajian terhadapTeori belajar kognitif memerlukan penggambaran tentang perhatian. Teori Kognitif Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Kaedah pengajaran kognitif membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir seperti membanding dan membeza. Teori kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan. Keadaan hidup dan cara kanak-kanak menerima asuhan dan didikan sejak di peringkar bayi lagi dapat membantu mereka dalam menentukan jenis pengalaman yang membantu memberi kesan terhadap pembelajaran. Pandangan yang baru pula mengutamakan pembinaan atau pembangunan ilmu pengetahuan. kita harus memberikan kesempatan kepada murid dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dapat diertikan oleh mereka semasa dalam pengajaran di sekolah. Jadi sebagai seorang guru. mengamal. (2) tahap transformasi: tahap memahami. Bruner juga menegaskan bahawa mata pelajaran apapun dapat diajarkan secara efektif. menerangkan sebab dan menyelesaikan masalah (Meister & Rosenshine 1992). Pandangan kognitif yang lama utamakan perolehan pengetahuan. Penemuan Jerome Brunner ini sangat menarik untuk dikaji lebih dalam bagaimana upaya beliau untuk memperbaiki sistem pendidikan di Sekolah Dasar dan Menengah. Manusia memilih.peristiwa yang berlaku dalam persekitaran untuk mencapai matlamat secara aktif.

Tokoh Robert Gagne juga telah mengemukakan teori beliau dalan bidang kognitif iaitu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Teori ini diangkat dari teori Piaget yang mengatakan bahawa seseorang harus berperan aktif dalam proses pembelajaran. c) nilai intuisi dalam proses pendidikan dengan intuisi. Ini merupakan pemberian kesempatan kepada seseorang kanak-kanak untuk menjadi seorang problem solver. Dalam pengajaran di sekolah. Mengikut teori beliau. Fasa Mengingati Kembali merupakan tindakan mencari maklumat yang telah simpan dalam stor jangka panjang. Fasa motivasi. Dalam proses pembelajaran. Fasa ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Gagne mengatakan bahawa fasa ini boleh diperlihat dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Fasa Tanggapan melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Asa Prestasi pula dikenali sebagai fasa perlakuan. dan guru harus memberikan kesempatan kepada muridnya dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dierti oleh mereka. d) motivasi atau keinginan untuk belajar. guru haruslah sering memberikan pujian kepada murid yang memberi jawapan yang tepat. dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya. di mana seseorang individu boleh mengingati kembali maklumat dalam stor ingatan panjang dan menggunakannya untuk situasi yang serupa atau sama. murid-murid akan menumpukan perhatian terhadap rangsangan yang dimotivasikan. maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek.siswa. murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan-rakan sekelas. Beliau mengakui bahawa suatu ketika hadiah ekstrinsik. Dalam fasa ini. Dalam Fasa Penyimpanan. Discovery Learning amat ditekankan dalam teori pembelajaran Jerome Bruner. Dan akhir sekali ialah Fasa Maklum Balas. ia akan dihantar kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Mengikut Gagne. Jadi semasa dalam amalan pengajaran di sekolah. apabila seseorang kanak-kanak berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya dengan tepat. Secara kesimpulannya dalam teori belajar Jerome Bruner. rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria manusia dan seterusnya ditafsirkan dalam stor ingatan. pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Semasa dalam pengajaran di sekolah. bisa berubah menjadi dorongan bersifat intrinsik. Selepas rangsangan yang dipilih dikodkan dalam ingatan jangka pendek. Jadi. dengan ini dapat membolehkan tujuan pembelajaran tersebut menjadikan kanak-kanak merasa puas. serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan anak. Dalam proses pengajaran. .Perlu diketahui. tidak hanya itu saja namun dalam proses belajar juga ada empat tema pendidikan yang perlu diperhatikan iaitu: a) mengemukakan pentingnya arti struktur pengetahuan. Berdasarkan kepada teorinya. murid-murid akan berusaha mengingati kembali apa yang telah dipelajarinya supaya menjawab soalan guru. Ini boleh membentuk peneguhan positif dalam diri mereka dan meningkatkan prestasi mereka pada masa hadapan. Keadaan ini membolehkan mereka menemukan erti bagi dirinya sendiri serta memungkinkan mereka untuk mempelajari konsep-konsep dalam bahasa mereka sendiri. Akhirnya. kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang. proses pembelajaran tidak akan menjadi bermakna dan berkesan. Seterusnya ialah Fasa Penahan. guru dapat menjadi dorongan yang bersifat ekstrinsik. Gagne kemudian mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran. b) kesiapan (readiness) siswa untuk belajar. Kita belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Fasa Generalisasi pula merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi. ia akan disalur dan disimpan dalam dalam stor ingatan jangka panjang dan ditransformasi menjadi sistem yang lebih mudah dan kekal dalam ingatan. Ia adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran. dan keberhasilan memecahkan masalah menjadi dorongan yang bersifat intrinsik. Motivasi memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. tanpa motivasi. dan guru untuk memotivasinya Dalam teori Burnner juga mengemukakan bentuk hadiah atau pujian dan hukuman perlu difikirkan cara penggunaannya dalam proses belajar mengajar. mata pelajaran dapat diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak. guru boleh menggunakan motivasi untuk menimbukan motif murid supaya berusaha belajar. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun melalui motif dalaman.

Pada saat mengawali pembelajaran dengan prestasi suatu pokok bahasan sebaiknya “pengatur awal” itu digunakan. iaitu mendapat pisang yang tergantung. Caranya unsur yang paling umum dan inklusif diperkenalkan dahulu kemudian baru yang lebih detail. boleh juga kita . Pengatur awal (advance organizer) Pengatur awal atau bahan pengait dapat digunakan guru dalam membantu mengaitkan konsep lama denan konsep baru yang lebih tinggi maknanya. Ausable menggambarkan model pembelajaran ini dengan nama belajar penangkapan. Selain itu.Ratna Willis Dahar (1996) mengatakan. Kohler menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mengkaji sebiji pisang yang tergantung di bumbung sangkarnya. guru haruslah selalu menggalakkan pelajar agar menggunakan celik akal mereka untuk menyelesaikan masalah pelajaran. sehingga pembelajaran akan lebih bermakna. Untuk mengatasi pertentangan kognitif itu.Anak yang belajar bertujuan melaksanakan belajar bermakna. Belajar superordinat Belajar superordinat adalah proses struktur kognitif yang mengalami petumbuhan kearah deferensiasi. Belajar superordinat akan terjadi bila konsep-konsep yang lebih luas dan inklusif. iaitu: . Diferensiasi progresif Dalam proses belajar bermakna perlu ada pengembangan dan kolaborasi konsep-konsep. Selanjutnya dikatakan bahawa pembelajaran dapat menimbulkan belajar bermakna jika memenuhi pras syarat. disebut sebagai celik akal. Teori beliau ini melibatkab aspek persepsi dan struktur pemikiran untuk penyelesaian masalah dengan menggunakan celik akal. Menurut Kohler. sehingga guru dapat menggunakan hierarki-hierarki konseptual ke atas dan ke bawah selama informasi disajikan. terjadi sejak perolehan informasi dan diasosiasikan dengan konsep dalam struktur kognitif tersebut. Teori ini merupakan kebolehan mental yang mendorong manusia mempersepsikan perkaitan unsurunsur dalam persekitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Penyesuaian Integratif Pada suatu saat siswa kemungkinan akan menghadapi kenyataan bahawa dua atau lebih nama konsep digunakan untuk menyatakan konsep yang sama atau bila nama yang sama diterapkan pada lebih satu konsep. 4. Proses belajar tersebut akan terus berlangsung hingga pada suatu saat ditemukan hal-hal baru. Penangkapan (reception learning). Belajar penangkapan pertama kali dikembangkan oleh David Ausable sebgai jawaban atas ketidakpuasan model belajar discovery yang dikembangkan oleh Jerome Bruner tersebut. Akhirnya cimpanzi tersebut menggunakan celik akal untuk mendapatkan pisang tersebut. Tokoh yang seterusnya ialah Wolfgang Kohler yang mengemukakan Teori Pembelajaran Celik Akal.Materi yang akan dipelajari melaksanakan belajar bermakna secara potensial . 3. Ausable mengajukan konsep pembelajaran penyesuaian integratif Caranya materi pelajaran disusun sedemikian rupa. David Ausable mengemukakan teori belajar bermakna (meaningful learning). maka David Ausable mengajukan 4 prinsip pembelajaran . persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah. berarti proses pembelajaran dari umum ke khusus. Menurut Ausubel . terutama materi pelajaran yang telah mempunyai struktur yang teratur. Kebermaknaan materi pelajaran secara potensial tergantung dari materi itu memiliki kebermaknaan logis dan gagasan-gagasan yang relevan harus terdapat dalam struktur kognitif siswa. Pemggunaan pengatur awal tepat dapat meningkatkan pemahaman berbagai macam materi . siswa tidak selalu mengetahui apa yang penting atau relevan untuk dirinya sendiri sehigga mereka memerlukan motivasi eksternal untuk melakukan kerja kognitif dalam mempelajari apa yang telah diajarkan di sekolah. sebagai pelopor aliran kognitif. Sama juga semasa dalam pembelajaran di sekolah. kita boleh memikirkan tentang alternatif-alternatif yang lain lalu fikir tentang struktur dan persepsi yang baru. Bedasarkan Pandangannya tentang belajar bermakna. Dengan menggunakan celik akal. 2. Belajar bermakna adalah proses mengaitkan dalam informasi baru dengan konsep-konsep yang relevan dan terdapat dalam struktur kognitif seseorang. iaitu: 1.

Prinsip ini member perhatian berat kepada kebolehan intelektual. Kohler menggunakan persepsi perkaitan unsur-unsur di persekitaran. terdapat beberapa ciri-ciri penting yang dapat dikutip daripada setiap mazhab untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. pembinaan konsep-konsep. demi mendapat kesimpulan atau generalisasi. keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian yang menjadikannya. Prinsip ini cuba mengetengahkan proses pengamatan dan pembinaan konsep yang bererti yang hanya dapat dilakukan melalui keseluruhan yang bermakna. pemilihan bahan. Pembelajaran harus berasakan minat. Antaranya ialah : 1) Pembelajaran merupakan satu proses mental Melalui prinsip ini. dan tidak keseluruhannya maka kita tidak dapat menghasilkan satu makna yang menyeluruh. Peringkat awal ini menjadi asas kepada perkembangan kognitif yang selanjutnya. disusunatur dan disampaikan mengikut keperluan. keseluruhan adalah penting untuk mendapatkan makna atau fungsi yang tepat. keperluan mewujudkan suasana konkrit daya ingatan dan sebagainya yang sebenarnya sentiasa terlibat dalam proses pembelajaran. Malahannya. pembelajaran di bilik –bilik darjah harus dipergiat untuk membolehkan kanak-kanak berfikir dengan sempurna. Prinsip ini menekankan kepentingan berfikir. Dalam proses pembelajaran. membina persepsi. kita sebagai guru juga harus menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing pelajar supaya menggunakan celik akal mereka. Dalam hal ini. kita dapat melihat makna sebenar dan pertalian atau hubungan antara bahagianbahagiannya. Guru harus memikirkan tentang tahap kemampuan berfikir. sensasi dan proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental. 2) Perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat. Dalam hal pembelajaran. strategi pengajaran dan sebagainya harus sesuai dengan perkembangan diri kanak-kanak ketika itu. umur. seandainya kita hanya berpeluang melihat bahagian-bahagiannya. daripada yang dekat kepada yang jauh. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. kanak-kanak harus dilayan mengikut keperluan psikologi mereka yang sebenar. Ini akan . Oleh yang demikian. Keadaan ini perlu mengambil kira prinsip-prinsip pembelajaran yang lain melibatkan pergerakan daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks. Semua perancangan yang melibatkan aktiviti. Ini bermaksud bahawa faktor kemampuan dan kematangan dalam pembelajaran adalah penting. celik akal. Menurut Kamarudin Hj. pembelajaran melibatkan 2 proses mental yang penting iaitu persepsi dan pembentukan konsep. menyelesaikan masalah dan menggunakan akal fikiran mereka melalui kaedah peninjauan secara terperinci. kandungan. pembelajaran adalah dianggap sebagai satu proses pemikiran. Biasanya kanak-kanak tersebut mempunyai motivasi yang lebih tinggi untuk belajar. Secara kesimpulannya. daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman. Peringkat yang lebih awal adalah lebih mustahak dan utama. Menurut prinsip ini. Hal ini sebenarnya. Ciri-Ciri Penting Mazhab Kognitif Dan Penggunaannya Dalam Kelas. menganalisis serta menilai data-data atau rangsangan-rangsangan yang diperoleh daripada dunia luar sebelum mereka mampu berinteraksi terhadapnya. Husin (1993). Gagne pula melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah memproses maklumat. keupayaan mental. guru harus menyedari hakikat bahawa perkembangan diri kanak-kanak sebenarnya tidak serupa. kanak-kanak sering berfikir. Prinsip ini menekankan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkatperingkat. daripada yang konkrit kepada yang abstark dan sebagainya. kecenderungan. Menurut prinsip ini. Mereka perlu diberi berfikir. Ausubel melihatnya sebagai pembelajaran resepsi serta bermakna dan akhirnya Bruner pula melihatnya sebagai proses pembentukan konsep dan proses penemuan. melibatkan persepsi. emosi dan sosial murid. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka harus disogokkan dengan pengalaman atau keadaan-keadaan tertentu untuk menghasilkan gerak balas tertentu juga. mengajarkan seseorang kanak-kanak tentang sesuatu yang belum sampai masanya akan memakan masa yang panjang daripada mengajar seseoarang kanak-kanak tentang sesuatu yang bersesuain dengan kemampuannnya. Ini kerana daripada keseluruhan. ingatan.membimbing pelajar untuk menggunakan persepsi mereka untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran. 3) Pembelajaran adalah satu keseluruhan. Kandungan perlu diperingkat-peringkatkan.

Hukum Kesinambungan dan Hukum Tutupan adalah mustahak diberi perhatian untuk membolehkan murid-murid membina konsep-konsep secara berkesan dan menjalani pembelajaran yang lebih bermakna. teknik lawatan dan sebagainya. menganalisis. Kohler menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) juga terdapat pada manusia yang membolehkan pelajar mempelajari perkara-perkara baru. inkuiri. Dalam hal pembelajaran. Pembelajaran mengikut pendapat mazhab ini bukan sahaja melibatkan proses cuba jaya tetapi juga pada peringkat yang lebih tinggi melibatkan kajian-kajian. Murid-murid boleh juga mengadakan sesi-sesi perbincangan. hal ini juga dapat memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid disamping menarik minat murid untuk belajar. Malah sesuai digunakan bagi memastikan murid di taraf sederhana dan lemah dapat mengikuti pengajaran dengan baik. Guru hendaklah menyediakan bahan dan aktiviti yang sesuai untuk merangsang celik akal murid memahami isi pengajaran yang hendak disampaikan oleh guru. mengetangahkan penemuan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini memerlukan murid menjalankan ujikaji atau pemerhatian untuk mereka memahami dan melihat sendiri perkaitan antara unsur-unsur yang relevan dalam sesuatu masalah. penyiasatan dan penerokaan. Implikasi yang pertama ialah guru perlu menggalakkan murid agar menggunakan celik akalnya untuk menyelesaikan masalah pembelajaran. proses ini kerap berlaku dan diamalkan di bilik-bilik darjah. Selain itu.menyebabkan pembelajaran dianggap tidak bererti dan tidak sempurna. Dalam kehidupan kita. iaitu menyediakan bahan dan milih strategi pengajaran yang sesuai. pembelajaran yang bertitik tolak daripada keduadua elemen ini memudahkan guru-guru merancang. murid-murid berpeluang mengetengahkan pendapat dan menggunakan idea sendiri untuk mengatasi sebarang masalah. murid-murid juga berpeluang mengikuti pembelajaran yang lebih bermakna yang telah disediakan mengikut tahap kemampuan intektual dan pengalaman mereka. Implikasi teori Kohler yang terpenting ialah guru perlu menggalakkan pemikiran celik akal di kalangan pelajar. teknik menyelesaikan masalah. menilai kerja-kerja sendiri dan sebagainya. memerhati. Selain itu. Menurut prinsip ini. mengesan dan sebagainya. Hal ini adalah penting untuk memastikan murid dapat memahami secara mendalam isi pengajaran yang hendak diajar. . kita cuba menyelesaikannya melalui pelbagai cara yang kita fikirkan terbaik. Dalam hal ini murid-murid biasanya meneliti. malah ia merupakan cara yang paling digemari oleh murid-murid. hukum-hukum pembelajaran yang disarankan oleh mazhab kognitif seperti Hukum Kedekatan. Biasanya. Implikasi Teori Pembelajaran Kohler Seperti yang dinyatakan Mok Soon Sang (2002). Pengalamanpengalaman itulah yang merupakan pembelajaran bagi mereka. semua pembelajaran harus mengambil kira pengalaman dan pengetahuan sedia ada dan kesediaan belajar murid-murid. Implikasi yang keempat ialah membimbing pelajar menyelesaikan masalah dengan teknik menyoal. 5) Pembelajaran adalah juga satu penyiasatan. Di samping itu. membentangkan laporan dan lain-lain yang difikirkan perlu. Situasi ini member mereka peluang bertukar-tukar pandangan. sering kali kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Dalam hal ini. apabila guru mengajarkan sesuatu tajuk baru kepada murid. 4) Pembelajaran adalah proses cuba jaya. tiba-tiba celik akal akan terhasil. Guru boleh menggunakan teknik penemuan. membuat perbandingan. tiada masalah yang dapat diselesaikan tanpa percubaan-percubaan mengatasinya terlebih dahulu. 6) Pembelajaran mementingkan pengalaman dan kesediaan belajar. Sebagai contoh. Hukum Keserupaan. pelbagai cara boleh digunakan untuk membolehkan penyiasatan dilakukan. membimbing murid menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran. Melaluinya. Dalam hal ini. Implikasi yang ketiga ialah menyampaikan pengajaran selangkah demi selangkah mengikut urutan yang sesuai. Dalam kesukaran menyelesaikan masalah itu. Biasanya.

Guru juga boleh mengaitkan pengalaman sedia ada murid untuk membantu mengajarkan sesuatu yang baru. Pengajaran mesti disampaikan selangkah demi selangkah dan mengikut urutan kesinambungan yang padu. EKSPERIMEN 3 Eksperimen yang ketiga ialah eksperimen terhadap anjing liar yang terdapat di sebuah pulau di Lautan Pasifik. dan pelajar cuba membuat generalisasi yang betul. Bumbung itu adalah tinggi dan tidak ada jalan bagi cimpanzi untuk memanjatnya. Proses ini lebih berkesan jika guru memberi banyak contoh yang khusus. Dengan menggunakan buluh yang panjang. pengajaran yang ingin dijalankan perlu juga diukur dari segi kebolehan murid. Ketika berhenti. Dalam eksperiman ini. Sebiji pisang tergantung di bumbung sangkar tersebut. iaitu X1 dan X2. Tiba-tiba anjing itu berlari keluar dari lorong mengelilingi pagar untuk sampai ke X3. Wolfgang Kohler menjalankan dua eksperimen dengan cimpazi. Cimpazi tersebut cuba mendapatkan pisang dengan menggunakan batang buluh yang pendek tetapi tidak berjaya. cimpanzi itu mengheret peti demi peti ke bahagian bawah pisang. demi mendapat kesimpulan atau generalisasi. Secara tibatiba dia cepat menggunakan buluh yang pendek untuk mengaut buluh yang panjang. kohler menghadapi masalah kerana anjing liar sentiasa datang ke rumahnya untuk mencuri makanan. Dengan cara ini cimpanzi Berjaya memperolehi pisang tersebut. Apabila cimpanzi secara tiba-tiba menyedari pertalian peti-peti dengan cara hendak mendapatkan pisang. Ia menyusun peti itu bertindih-tindih menjadi seperti tangga dan seterusnya memanjat peti-peti tersebut. Kohler merumuskan bahawa anjing itu telah menghayati perkaitan dalam keseluruhan situasi untuk menyelesaikan masalah. Selepas itu. Makanan kemudiannya diletakkan di lorong. Kaedah ini dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan dengan lebih mudah. murid juga dapat memproses maklumat yang diterima dengan lebih cepat.Hal ini dapat membantu guru menjalankan pemerhatian bahawa murid memahami ataupun tidak isi pengajaran yang disampaikan. cimpanzi itu dikatakan telah memperolehi celik akal apabila dai secara tiba-tiba terfikir untuk menggunakan buluh pendek untuk mendapatkan buluh yang panjang. Sedikit makanan juga diletakkan di X3 di sebelah pagar. Sekali lagi. Kohler dan rakan-rakannya sengaja . Cimpanzi itu mulai melompat-lompat beberapa kali untuk mencapai pisang tetapi gagal. dia mula mencabut seutas dawai dari sangkar dan mendapatkan pisang dengan dawai itu. Berhampiran dengan sangkar itu. Dalam eksperimen pertama. cimpanzi melihat sekeliling sangkar dan dengan tiba-tiba. Selain itu. Seterusnya cimpanzi itu barulah memperoleh pisang. Sekali lagi cimpanzi tersebut gagal. Sekiranya mengajarkan murid di tahap lemah perlulah menggunakan bahan rangsangan yang bersesuaian berbanding mengajarkan murid di tahap sederhana. Namun begitu. Proses memahami juga akan berlaku dengan lebih mudah EKPERIMENS DALAM TEORI PEMBELAJARAN KOLHER EKSPERIMEN 1 Bagi membentuk Teori Gestalt. Di dalam sangkar itu terdapat beberapa buah peti yang berlainan saiz. Selain itu.mendirikan pagar (mata punai) yang mempunyai satu lorong masuk di tepi rumah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. guru boleh menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing pelajar supaya menggunakan celik akal mereka. Malah guru juga perlu mengajar pengalaman baru berdasarkan tahap kebolehan pelajar dan pengalaman mereka. seekor cimpazi yang lapar diletak di dalam sebuah sangkar. Untuk mendapatkan makanan X3 diperhatikan anjing itu berhenti seketika dan memerhatikan keadaan di sekitarnya. Susunan makanan ini menarik anjing liar melalui lorong itu mendapatkan makanan X1 dan X2. ia dikatakan telah mendapat celik akal. EKSPERIMEN 2 Dalam eksperimen yang kedua. Sebagai contoh pelajar yang pernah melihat situasi kebakaran akan dapat menggambarkan keadaan ketika situasi itu berlaku berbanding pelajar yang tidak pernah melaluinya. iaitu di luarnya terdapat sebiji pisang dan beberapa batang buluh yang berlainan panjangnya. seekor cimpanzi diletakkan di dalam sebuah sangkar besar. Ia pun berhenti seketika. Eksperimen ini didapati dalam buku Asas Pendidikan 2 yang ditulis oleh Lee Shok Mee (199). keadaan lapar telah menjadi ransangan kepada cimpanzi untuk mendapatkan pisang yang tergantung itu. Bahan bantu mengajar yang bersesuaian adalah penting bagi memastikan proses berfikir dan celik akal murid berlaku dengan teratur. Pada suatu masa. Sekiranya pagar itu dibina daripada . Implikasi yang terakhir ialah membekalkan bahan-bahan pelajaran yang lengkap supaya pelajar boleh menggunakannya untuk menyelesaikan masalah.

guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanakkanak. Selain itu. Secara umumnya. Manusia juga mempunyai kebolehan mental yang istimewa yang disebut celik akal yang membolehkan mereka memperolehi pembelajaran dan menyelesaikan masalah yang kompleks. isi pelajaran yang di sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid ialah membantu muridmurid mengingat semula. murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahanperubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. mengira dan menaakul. jelaslah bukan tindkan secara membabi buta. Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah. Mengikut teori kognitif celik akal membolehkan kita menghayati perkaitan unsur-unsur di dalam persekitaran untuk membentuk erti dan menyelesaikan masalah. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut. Contohnya. Selain itu. Dengan pengetahuan yang ada ketika di prasekolah dahulu. Teori pembelajaran kognitif ini sangat menitikberatkan bahawa pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk proses pembelajaran. Daripada hasil kajian tersebut. iaitu mendapat pisang yang tergantung. Dalam bilik darjah. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid ialah merangsang ingatan kanak-kanak semula. beliau telah mengelaskan kepada empat tahap perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor( sejak lahir hingga 2 tahun). Contohnya. ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka. Oleh yang demikian. Dengan itu. disebut sebagai celik akal. operasi konkrit( 7 hingga 11 tahun) dan operasi formal( 11tahun hingga remaja). Mengikut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif. Hal ini demikian kerana. iaitu mendapati perkaitan di antara rangsangan-rangsangan seperti kotak-kotak dan pisang yang berada dalam situasi masalah yang dihadapinya. maka anjing itu tidak mungkin memperolehi makanan X3. kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. kohler menyarankan bahawa celik akal merupakan kebolehan mental yang mendorong manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tibatiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Kajian Kohler menunjukkan bahawa pembelajaran yang komlpeks berlaku bukan semata-mata mellaui kaedah cuba ralat. Seperti kemahiran 4M iaitu membaca. Menurut kohler. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. praoperasi( 2 hingga 7 tahun). pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. ia juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Dengan adanya teori pembelajaran kognitif ini ia secara langsung memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Di sini. persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah. cimpazi menggunakan alatan untuk menyelesaikan masalah.tembok batu yang padu dan anjing itu tidak dapat melihat keseluruhan situasi masakah. Selain itu. implikasi pembelajaran kognitif yang lain ialah isi-isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanakkanak. menulis. pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Contohnya. tetapi berdasarkan pengalaman dan persepsinya. teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. KESIMPULAN Kesimpulan yang didapati daripada hasil kajian kohler tersebut ialah haiwan seperti cimpazi belajar melalui proses kognisi. di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepada . Oleh yang demikian. Selain itu. Di samping itu. ketika kanakkanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada.

b) Berfikiran terbuka c) Dapat membuat rumusan. 4) Pengajaran mesti disampaikan selangkah demi selangkah dan mengikut urutan kesinambungan yang padu. Perbezaan aktiviti dilakukan kerana Piaget memperlihatkan adanya perbezaan pemikiran individu di dalam proses perkembangannya. 6) Guru perlu menggalakkan pemikiran kritikal dengan memastikan pelajar dengan : a) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas. 8) Jika sesuatu bahan pelajaran terlalu susah. Selain itu. Bagaimana Guru Boleh Menggalakkan Pemikiran Celik Akal Di Kalangan Pelajar a) Guru mesti menggunakan perbendaharaan kata yang jelas. guru perlu mengajar mata pelajaran tertentu mengikut langkah-langkah yang kecil dan tersusun. 2) Perkara yang hendak disampaikan mestilah mudah difahami. audio serta pengalaman langsung pelajar dalam pengajarannya. 1997) menyatakan bahawa aktiviti pengayaan dan pemulihan merupakan elemen yang penting dalam kurikulum pendidikan Matematik KBSR dan KBSM. 1997). 7) Guru boleh menggalakkan keinginan menyoal dan perasaan ingin tahu pelajar dan proses mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan fakta. pelajar tidak dapat mencapai celik akal.pengetahuan asas tentang kemahiran 4M. 10) Jika tugasan di sekolah terlalu susah. Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang berusaha menolong pelajar untuk mengatasi masalah pembelajaran. dengan itu guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah. guru perlu memudahkan bahan tersebut supaya pelajar dapat memahami bahan itu. b) Contoh yang digunakan mesti bersesuaian dengan perkembangan dan tahap pengalaman pelajar. 3) Soalan dan rangsangan yang diberi mesti sesuai dengan tahap kognitif dan perkembangan pelajar iaitu. . dan pelajar cuba membuat generalisasi yang betul.Proses ini lebih berkesan jika guru memberi banyak contoh yang khusus. 9) Untuk menyenangkan lagi pemahaman pelajar. a) Pelajar mesti dapat membuat tanggapan dan pemgamatan sepanjang pelajaran. dan peneranga guru tidak jelas. 5) Guru tidak boleh memberi terlalu banyak penerangan tetapi perlu memberi panduan dan bimbingan dalam proses pemikiran celik akal. Aktiviti pengayaan sering digunakan untuk mengesan pelajar pintar di samping dapat mengasah bakat dan kreativiti. mudah difahami dan dibantu dengan gambar. Manakala aktiviti pengayaan ialah sejenis aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar (Tengku Zawawi Tengku Zainal. PPK (dalam Tengku Zawawi Tengku Zainal.

guru bertanggungjawab memulakan proses pembelajaran berkenan. Bagi mazhab kognitivisme. permainan bebas dan terancang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memberi penekanan kepada bermain sambil belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Jean Piaget (1952) menyatakan bahawa aktiviti dan permainan yang menarik. Pelajar yang menggunakan komputer dalam pembelajaran Matematik juga mempunyai sikap yang positif terhadap dirinya. 2004). kemahiran motor kasar dan halus. pengetahuan dilihat sebagai skema atau pembinaan minda yang simbolik. interaksi sosial. kemahiran inovatif. 2001). ikonik dan simbolik. Sebagai contoh. masa. Dengan membuka "peti hitam" minda ini guru akan mendapat tahu betapa berharga dan pentingnya untuk memahami bagaimana murid belajar.Home|Teori Pembelajaran Kognitivisme Gagne. Bruner dan Wager telah mengemukakan pelbagai teori pembelajaran berasaskan kognitif. Meskipun begitu. Proses minda seperti berfikir. gambar dan seterusnya tahap simbol. . kebanyakkan guru-guru tadika lebih cenderung mengajar kanak-kanak terus ke tahap ke-3 iaitu simbolik tanpa memberi pengalaman di kedua-kedua tahap yang sebelumnya (Nani & Rohani. Teori Pembelajaran Kognitif Jean Piaget dengan Sistem Pembelajaran Nombor Berasakan Pendekatan Permainan. mampu memberi pemahaman Matematik yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal. percubaan idea sendiri. Namun begitu. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK. Ini selaras dengan Teori Perkembangan Kognitif Bruner yang mempunyai tiga peringkat iaitu enaktif. kelonggaran masa. kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. mengingat. Oleh yang demikian perisian komputer yang digunakan dalam P&P dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip Matematik dengan mudah dan berkesan. bahasa dan kefahaman (Rosazizi & Nani. Tumpuan mazhab kognitif ialah aktiviti dalaman minda (daya ingatan) iaitu penyimpanan dan penggunaan semula maklumat. Menurut Nani dan Rohani (2004) dalam Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah. 2004). Selaras dengan itu. Kanak-kanak haruslah diberikan asas dan pengalaman pranombor yang baik sebagai satu persediaan yang kukuh bagi pembelajaran Matematik di peringkat yang lebih tinggi. Cockcroft (1982) di dalam Ismail (1999). penerokaan dan interaksi dengan persekitaraan. sikap serta nilai dapat mempengaruhi proses minda. Ini menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat pengalaman perkembangan Matematik yang kukuh. maka pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan ke dalam sistem pembelajaran ini adalah pendekatan permainan. pembelajaran berkaitan nombor biasanya terjadi melalui pengalaman. Ini bermakna murid sendiri perlu melaksanakan proses dalam minda sedangkan guru hanya individu yang menyediakan cara atau kaedah untuk membolehkan proses pembelajaran berlaku. Murid bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka. Pendekatan bermain sambil belajar dapat meningkatkan keupayaan kognitif. kepercayaan. keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu. Pembelajaran seterusnya didefinisikan sebagai perubahan skema pengetahuan murid dalam minda. mengetahui dan menyelesaikan masalah mula diterokai. dan peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian. urutan perkembangan pembelajaran Matematik melalui tiga tahap iaitu tahap konkrit. KPM menekankan supaya pendekatan ini mempunyai ciri-ciri seperti aktiviti yang menggembirakan. menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam proses P&P mata pelajaran Matematik bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti pengajaran malah ianya boleh mengubah kepentingan sesuatu tajuk dalam sukatan Matematik. Pemikiran murid.